You are on page 1of 70

IMPRESIONI SME

DISEDIAKAN OLEH : FARAH FARHANA BINTI ABU SEMAN 5 PISMP PSV

Pengenalan

Rujukan

Sejarah

Rumusan

Impresionisme

Latar belakang

Ciri-ciri

Pengaruh

Tokoh

PENGENALA N

Impresionisme sama ada dari aspek kandungan atau stail, merupakan satu seni industrialisasi (urbanized Paris). Merupakan satu reaksi terhadap transformasi kehidupan di Perancis pada lewat abad ke 19. Perubahan drastik tersebut menghasilkan satu keadaan yang tidak stabil. Modernity is the transitory, the fugitive, the contigent Charles Baudelaire

Impresionis menghasilkan karya :

dengan merakam satu detik secara spontan visual yang dihasilkan tidak benar-benar tepat mematuhi prinsip karya realis tetapi dengan mempamerkan ilusi dan kefanaan imej dan keadaan

SEJARAH

Merupakan suatu gerakan seni yang bermula pada abad ke 19 di Paris pada tahun 1860-an. Nama Impresionisme diambil daripada karya Claude Monet, "Impression, Sunrise Monet bertanggungjawab terhadap label Impressionisme

Tajuk : Impression : sunrise Tahun : 1872 Media : oil on canvas Galeri : Musee Marmottan, Paris mula dipersembahkan kepada audien pada pameran pertama Impresionis pada tahun 1874

Walaupun pengkritik menyatakan label Impresionisme bertujuan untuk menghina, para pengkarya tetap teguh dengan aliran ini dan mula menggelar diri mereka sebagai Impresionis pada pameran ketiga Impresionis pada tahun 1878.

Impresionisme

Academic Salons And Independent Art Exhibitions

Bagi pengkarya dan pengkaji sejarah seni, seni moden mempunyai pendiriannya yang tersendiri walaupun bersifat kontra dengan perkembangan seni sebelumnya. Maka, sekolah-sekolah seni seperti Royal Academy Of Painting And Sculpture di Perancis dan Royal Academy Of Arts di Britain dinaik taraf.

Sekolah-sekolah ini menyediakan undangundang yang perlu dipatuhi oleh pelajar seni dan pameran-pameran yang ditaja sepenuhnya.

Undang-undang
Mengawal ketat setiap karya yang dihasilkan

Sebuah pameran tahunan yang dikenali sebagai Salons di Perancis merupakan pameran yang sentiasa menjadi rebutan pelajar sekolah-sekolah seni tersebut.
Academy Of Painting And Sculpture di Perancis dan Royal Academy Of Arts di Britain

Dengan sokongan kerajaan, Royal Academy of France telah mengawal ekspresi yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar hanya menumpukan perhatian terhadap subjek tradisional dan menggilap teknik. Oleh kerana cabaran yang ditunjukkan oleh pengkarya seni moden, juri-juri Salons dan pameran-pameran lain kerap menolak karyakarya yang dianggap bercanggah dengan apa yang ditetapkan.

Oleh kerana tidak berpuas hati, Salon de Refuses (Salon of Rejected) telah ditubuhkan pada tahun 1863 untuk mempamerkan semua karya yang tidak diterima di Salons. Le Dejeuner sur lHerbe yang dihasilkan oleh Manet merupakan salah satu daripadanya. Namun, Salons tersebut dihina dan diejek.

Tajuk : Le Dejeuner sur lHerbe (Luncheon on the grass) Tahun : 1863 Media : oil on canvas Saiz : 7 x 8 8 Galeri : Musee d orsay, Paris

Latar belakang

Pada tahun 1867, akibat terlalu kerap dikritik Manet telah mengadakan pameran persendirian di luar kawasan Paris dengan mempamerkan 50 buah karyanya. Enam tahun kemudian, Impresionis telah menubuhkan persatuan mereka sendiri dan mula mempamerkan karya-karya mereka di sekitar Paris.

Karakteristik utama lukisan impresionisme adalah: kuatnya goresan berus warna-warna cerah (ramai impresionis mengharamkan warna hitam kerana dianggap bukan sebahagian daripada cahaya) komposisi terbuka penekanan pada kualiti pengcahayaan subjek-subjek lukisan yang tidak terlalu menonjol sudut pandang yang luar biasa

Impresionis pada awalnya terinspirasi oleh teoriteori Eugene Delacroix yang mula merasakan ketidakpuasan terhadap perkembangan seni akademik pada masa itu yang terlalu berkonsentrasi kepada mahzab seni lukis klasik. Ia berpendapat bahawa lukisan tidak selamanya dibentuk dengan pengolahan garisan secara berlebihan. Sebaliknya pengolahan pengetahuan warnawarna dengan penuh teliti akan menghasilkan bentuk lukisan yang lebih menarik.

Impresionis menggunakan goresan warna-warna pendek, pecah, dan sekali gus murni (tidak disengajakan untuk dicampur di atas palet) untuk memberikan nyawa kepada karya. Impresionisme sebenarnya adalah seni pergerakan, pose, dan komposisi dari permainan kesan cahaya yang dituangkan dalam warna-warna cerah dan bervariasi. Pada akhir abad ke 19, masyarakat mula mempercayai bahawa impresionisme adalah satu cara pandang yang jernih dan jujur terhadap kehidupan, meskipun secara artisitik bukanlah pendekatan yang benar dalam pembuatan karya. Impresionisme menjadi pelopor berkembangnya aliranaliran seni moden lain seperti Post-Impresionisme dan Kubisme.

Pengaruh terhadap Impresionisme

Pengaruh Teknologi dan Sains


Secara kebetulan, semasa kemuncak Impresionisme, penggunaan teknik fotografi diperkenalkan. Pada awalnya fotografi dianggap memusnahkan keberadaan seni lukis. Namun tujuan utama

Impresionisme yang menangkap kesan sesaat membuatkan teknik


fotografi menjadi alat bantu utama yang sangat bermanfaat. Pelukis mampu mengeksplorasi hal-hal yang biasanya hanya terjadi sesaat,

seperti langkah kuda semasa berlari, suasana kota yang dinamis


dan sebagainya.Selain itu teori warna juga berkembang dan membantu pengembangan aliran Impresionisme.

Pengaruh Terhadap Seni Rupa Moden


berhasil mengubah peraturan seni terhadap subjek yang akan dilukis. Bukti : Contoh karya Manet - menganggap moral bukanlah sesuatu yang harus terlalu dipertimbangkan di dalam seni rupa kerana inti daripada lukisan adalah lukisan itu sendiri bukannya mesej yang ingin disampaikan.

mempelopori penerapan kembali teori-teori sains terbaru dalam dunia seni lukis. Bukti : pencampuran warna secara optis yang pada masa itu diperkenalkan oleh Chevreul. Hampir seluruh contoh karya impresionisme memperlihatkan kesedaran pengkaryanya bahawa warna-warna meskipun tidak dicampurkan di atas palet, ia akan menghasilkan ilusi warna tertentu di atas kanvas. Misalnya kuning yang didekatkan dengan hijau akan membuatkan warna kuning tersebut menjadi kuning kehijau-hijauan. Sebaliknya apabila warna kuning didekatkan dengan warna ungu akan membuatkan warna tersebut semakin ketara dan memperlihatkan identiti kuningnya secara optis.

TOKOH-TOKOH IMPRESIONISME

Claude Monet
Tarikh lahir : 14 November 1840 Tempat lahir : tingkat 5, 45 Rue Laffitte Merupakan anak ke-2 kepada pasangan suami isteri generasi kedua Paris,Claude Adolphe Monet and Louise Justine Aubre Monet 1 April 1851- beliau memasuki Le Harve dan terkenal dalam karya karikatur yang menggunakan arang di mana dijual dengan harga 10 hingga 20 frans.

Beliau mempelajari lukisan daripada Jacques Francois Ochard yang merupakan pelajar kepada Jacques Loius David. Di pantai Normandy sekitar tahun 1856/1857, beliau berjumpa dengan Eugene Boudin, yang kemudiannya menjadi mentor kepada beliau dalam penggunaan cat minyak. Mempelajari teknik en plein air daripada Boudin.

28 Januari 1857, ibunya meninggal dunia. Pada usia beliau 16 tahun, beliau tinggal bersama ibu saudaranya, Marie Jeanne Lecarde. Semasa beliau berada di Paris untuk beberapa tahun, beliau telah berjumpa dan bersahabat dengan pengkarya-pengkarya muda seperti Edouard Manet. 1862, Monet menjadi pelajar di Charles Glayre di Paris, di mana beliau bertemu dengan Pierre Auguste Renoir, Frederic Bazille dan Alfred Sisley. Mereka bersama-sama menubuhkan sebuah aliran seni yang dinamakan Impresionisme.

Beliau menghasilkan karya dengan menampilkan bakal isterinya sebagai model. Karya-karya berikut ialah seperti :

1.
2. 3.

Monet's Camille or The Woman in the Green Dress (La femme la robe verte) (1866) Women in The Garden (1866) On the Bank of the Seine, Bennecourt, (1868)

Pengkarya : Cloude Monet Tajuk : Camille Tahun : 1866 Media : oil on canvas Saiz : 231 cm x 151 cm

Pengkarya : Cloude Monet Tajuk : Women in the Garden Tahun : 1866 Media : oil on canvas Saiz : 255 cm x 205 cm

Pengkarya : Cloude Monet Tajuk : On the Bank of the Seine, Bennecourt Tahun : 1868 Media : oil on canvas Saiz : 81.5 cm x 100.7 cm

Berkahwin pada 28 Jun 1870 Mempunyai 2 orang anak, Jean dan Michel Camille meninggal pada usia 32 tahun selepas melahirkan Michel. Monet telah mengabdikan kematian isterinya yang tercinta dalam sebuah karya.

Pengkarya : Cloude Monet Tajuk : Camille Monet On Her Deathbed Tahun : 1879 Media : oil on canvas Saiz : 90 cm x 68 cm

Monet meninggal dunia kerana kanser paruparu pada 5 Desember 1926 pada usia 86 tahun. Rumah, taman dan kolam teratai miliknya diwariskan kepada French Academy of Fine Arts oleh anaknya Michel. Rumah tersebut dipenuhi dengan cetakan Jepun yang merupakan koleksi peribadi beliau. Rumah beliau yang terletak di Giverny itu menjadi tarikan pelancong seluruh dunia.

KARYA-KARYA MONET
KARYA-KARYA AWAL

Pengkarya : Cloude Monet Tajuk : Jean Monet on His Hobby Horse Tahun : 1872 Media : oil on canvas Saiz : 60.6 cm x 74.3 cm

Pengkarya : Cloude Monet Tajuk : German: Bahnhof Saint Lazare in Paris Tahun : 1877 Media : oil on canvas Saiz : 60 cm x 80 cm

Pengkarya : Cloude Monet Tajuk : The Boat Studio Tahun : 1876 Media : oil on canvas Saiz : 72 cm x 59.8 cm

KARYA-KARYA MONET
KARYA-KARYA AKHIR

Pengkarya : Cloude Monet Tajuk : The Artist's Garden at Vtheuil Tahun : 1880 Media : oil on canvas

Pengkarya : Cloude Monet Tajuk : Rouen Cathedral. Facade (Sunset) Tahun : 1894 Media : oil on canvas

Pengkarya : Cloude Monet Tajuk : Water Lilies Tahun : 1919 Media : oil on canvas

Gustave Caillebotte
Dilahirkan pada 19 Ogos 1848 Bapanya seorang pewaris perniagaan tekstil dan merupakan seorang hakim. Dilahirkan di rumah. Awal 1860, Caillebotte mula menonjolkan minatnya dalam seni. Beliau merupakan pemegang ijazah perundangan pada tahun 1868 dan menerima lesen guaman pada tahun 1870. Beliau juga merupakan seorang arkitek.

Beliau mula terlibat secara serius dalam dunia seni apabila melawat studio Leon Bonnat. Beliau berjaya mengasah bakatnya dalam masa yang pendek dan telah membuka sebuah studio di rumah keluarganya. Pada 1873, beliau telah memasuki Ecole des Beaux Arts tetapi tidak berjaya menghabiskan pengajiannya di sana kerana mewarisi harta keluarganya. Sekitar tahun 1874, beliau telah berjumpa dengan beberapa orang pengkarya seperti Edgar Degas yang sedang menghasilkan karya di luar bangunan French Academy.

Beliau telah membuat debut pada Pameran Impresionis Kedua (1876) dengan menampilkan 8 karya termasuklah Floor Scrapers (1875), yang merupakan karya awal beliau. Karya-karya beliau banyak dipengaruhi oleh cetakan Jepun dan kemajuan fotografi. Beliau gemar menghasilkan karya yang bertemakan domestik, dalaman dan potret.

Pengkarya : Gustave Caillebotte Tajuk : The Floor Scrapers Tahun : 1875 Media : oil on canvas

Pengkarya : Gustave Caillebotte Tajuk : Paris Street, Rainy Day Tahun : 1877 Media : oil on canvas

KARYA-KARYA GUSTAVE

Pengkarya : Gustave Caillebotte Tajuk : Young Man Playing The Piano Tahun : 1876 Media : oil on canvas

Pengkarya : Gustave Caillebotte Tajuk : Boulevard des Italiens Tahun : 1880 Media : oil on canvas

Pengkarya : Gustave Caillebotte Tajuk : Rue Halvy, From the 6th Floor Tahun : 1878 Media : oil on canvas

Eduoard Manet
Beliau dilahirkan pada 23 Januari 1832 dan meninggal dunia pada 30 April 1883. Merupakan seorang pengkarya Perancis. Merupakan seorang pengkarya abad ke 19 yang menonjolkan hal benda yang bersifat moden. Beliau juga merupakan tokoh penting dalam peralihan aliran seni iaitu dari aliran Realisme ke aliran Impresionisme.

Dilahirkan di dalam keluarga kelas atasan yang mempunyai hubungan politik yang kuat tetapi beliau meninggalkan semua masa depan yang disediakan untuknya demi dunia seni. Pada 20 tahun terakhir beliau, beliau telah membangunkan stailnya yang tersendiri dalam penghasilan karya yang disifatkan sebagai berinovatif dan menjadi pengaruh terbesar kepada pengkarya-pengkarya masa depan. Beliau meninggal disebabkan syphilis pada usia 51 tahun.

KARYA-KARYA MANET

Pengkarya : Eduoard Manet Tajuk : Self Potrait With Palette Tahun : 1879 Media : oil on canvas

Pengkarya : Eduoard Manet Tajuk : The Caf Concert Tahun : 1878 Media : oil on canvas

Pengkarya : Eduoard Manet Tajuk : The Railway Tahun : 1873 Media : oil on canvas

Pengkarya : Eduoard Manet Tajuk : Bar in den Folies-Bergre Tahun : 1882 Media : oil on canvas

Tokoh-tokoh lain
Camille Pissarro Berthe Morisot Pierre Aguste Renoir Edgar Degas James Whistler

Ciri-ciri Impresionisme

Goresan kuat, pendek dan tebal. Penggunaan warna yang minimum kerana pengkarya mementingkan warna yang tercampur secara optis oleh retina. Bayangan dibuat dengan mencampurkan warna komplementeri (Hitam tidak digunakan sebagai bayangan) Warna ditindan-tindan tanpa menunggu warna pertama kering. Pengolahan sifat transparansi warna dielakkan. Meneliti sifat pantulan cahaya daripada suatu objek untuk kemudian diterapkan di dalam lukisan. Karya dihasilkan di kawasan terbuka.

Sebenarnya ciri ini hampir sama dengan aliran-aliran lain tetapi hanya Impresionisme yang memiliki ciri-ciri tersebut secara keseluruhan dengan sengaja.

Rumusan
Impressionisme bermula apabila timbulnya salah faham di antara artis dan audien. Keadaan ini menimbulkan situasi luar biasa kepada audien tentang seni, keadaan ini berlaku berikutan perkembangan dan kemajuan berlaku dengan pesat. Masyarakat mula berkehendakkan kehidupan kepada yang lebih baik kerana mereka merasakan perlu memperolehinya termasuklah apa yang dilalui oleh kelas atasan seperti pendidikan, hobi dan seni. Pemikiran tentang seni klasik perlu berubah, selepas tahun 1860 pengkarya mula memikirkan rakaman secara spontan berdasarkan apa yang dilihat. Rakaman lukisan mestilah jujur iaitu melalui kesan berus yang perlu dinampakkan dengan jelas. Ini adalah idea baru mengenai teori yang berkait dengan pengalaman mata. Mata menerima informasi yang hanya melalui warna. Ianya juga bukan sekadar menghasilkan landskap malahan menghasilkan kesan dramatik daripada landskap tersebut. Impressionisme mula wujud apabila pengkritik seni iaitu M. Louis Leroy menulis dalam jurnal Le Charivari tentang seni lukisan Claude Monet Impressionisme Sunrise 1872.

RUJUKAN
www.slideshare.net/RismaHusaeniII/pengerti an-impresionisme www.slideshare.net/jabzthea/seni-ppt BUKU Gardners Art Through The Ages, Thirteenth Edition (vol 2)

sekian
Terima kasih

You might also like