You are on page 1of 6

Set peraturan ini adalah tambahan kepada Terma dan Syarat Umum Travian.

Anda
patut biasakan diri anda dengan Terma dan Syarat Umum untuk mengesahkan apa
yang dibenarkan dan terutamanya sebagai rujukan sekiranya akaun telah dilarangkan
kerana pencabulan peraturan. §7 Terma dan Syarat Umum adalah sangat penting!

• §1 Kata Laluan, Pendaftaran & pemunyaan


o §1.1 Pendaftaran
Alamat e-mel yang digunakan untuk pendaftaran satu akaun mestilah
peribadi dan di bawah kawalan eksklusif seseorang yang mendaftarkan
akaun. Pemunya alamat e-mel yang digunakan untuk mendaftar akaun
adalah dianggap pemunya akaun, tidak kira hal peribadi atau perjanjian
pakatan. Pemunya akaun adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk
semua tindakan yang diambil dengan akaun ini.
o §1.2 Kata Laluan
Pemunya akaun tidak boleh pindahkan kata laluan akaun kepada
sesiapa bermain di dunia permainan yang sama. Tambahan pula,
pemilihan kata laluan sama di dunia permainan sama sebagai orang
lain adalah haram; mana-mana tindakan ini adalah dianggap akaun-
berganda, yang dijelaskan dalam peraturan ini.

Tetapi, ia adalah dibenarkan untuk pindahkan kata laluan akaun kepada


seseorang atau orang-orang bermain di dunia permainan lain (atau
langsung tidak bermain) untuk bermain akaun tunggal bersama.

Tiada pampasan unutk kerosakan yang dibuat oleh seseorang yang tahu
kata laluan untuk akaun. Pasukan Travian berhak menghentikan fitur
servis dan/atau mensyaki akaun kerana perkongsian kata laluan yang
haram. Tambahan pula, akaun yang menggunakan kata laluan yang
tidak selamat dan senang diperolehi atau diteka tidak layak untuk
pampasan sekiranya kerosakan terhadap akaun.

Orang yang menerima kata laluan adalah tertakluk kepada peraturan


Travian serta Terma dan Syarat Umum.
o §1.3 Penyerahan akaun
Untuk memindahkan akaun kepada pemunya baru, pemunya semasa
mesti hantarkan mesej e-mel kepada admin@travian.com daripada
alamat e-mel sekarang berdaftar unutk akaun. E-mel mesti mempunyai
maklumat berikut:
 Dunia mainan di mana akaun berada
 Nama samaran akaun
 Alamat e-mel pemunya baru.
Untuk tukarkan akaun dengan orang yang berada dalam dunia mainan
sama, kedua-dua orang mesti meminta pertukaran e-mel seperti yang
dinyatakan di atas dan meminta kata laluan untuk akaun baru melalui
fungsi mendapat kata laluan.

• §2 Penjagaan & penggunaan sama pc


o §2.1 Penjagaan
Setiap pemain berhak menamakan dua penjaga yang mungkin
menguruskan akaun semasa ketiadaan pemunya. Penjaga mesti main
akaun yang mereka jagai sepenuhnya. Anda tidak boleh main fungsi
penjagaan unutk mencuba 24/7 bermain.

Secara tetap menjaga akaun untuk pemain yang ponteng selama lebih
dari 2 minggu adalah dilarang. Ketidakhadiran selama lebih dari 2
minggu mesti dilaporkan kepada Multihunter sebelum pemergian
pemunya.

Tiada pampasan untuk kerosakan yang dibuat oleh penjaga. Pemunya


akaun adalah bertanggungjawab sepenuhnya unutk tindakan mana-
mana penjaga untuk akaun mereka. Dalam aktiviti di mana penjaga
akaun tidak mematuhi peraturan ini dan Terma dan Syarat Travian
Umum, kedua-dua akaun pemunya dan penjaga mungkin akan
dihukum.

Penjaga akaun mesti menjaga akaun dengan gunakan fungsi penjagaan


akaun dalam mainan. Penjaga akaun tidak boleh memasuki akaun
dengan log-masuk menggunakan kata laluan akaun yang mereka jagai.
(§1.2).
o §2.2 Penggunaan sama pc
Jika terdapat dua atau lebih pemain menggunakan komputer sama dan
bermain dalam dunia mainan sama, semua akaun terlibat mesti
disenaraikan dalam profail dengan menggunakan fungsi
Travian"Kegunaan PC dengan pemain lain". Penyalahgunaan fungsi
ini boleh dihukum.

Bermain di komputer lain dalam rangkaian sama tidak dianggap


sebagai "kegunaan PC sama".

Pemain gunakan komputer sama dan mahu mengakses setiap akaun


mesti gunakan fungsi penjagaan.

Bacakan §3.2 untuk maklumat lanjut tentang had-had unutk pemindahan


sumber.

• §3 Pemindahan sumber
Setiap akaun perlu dimainkan sepenuhnya dan tidak boleh digunakan untuk
menyokong akaun alain. Peras ugut dalam penghantaran sumber melebihi
produksi sejam seperti dijelaskan di bawah tidak dianggap bermanfaat kepada
akaun.
o §3.1 Umum
Dalam tempoh 24 jam, pemindahan satu pihak dengan pemain lain
spesifik hanya sama dengan satu jam produksi sumber, termasuk
transaksi pasar. Satu jam produksi sumber ialah jumlah kasar semua
produksi sumber semua kampung tanpa menolak senggaraan untuk
askar-askar.

Amaun sumber tersebut mesti dibahagikan sekiranya pemindahan satu


pihak pelbagai sumber dengan pemain spesifik. Saiz akaun yang
terlibat tidak perlu diambil kira.

Jika pasukan anda memberi bantuan kepada kampung pemain, anda


dibenarkan menghantar cukup tanaman kepada pemain tersebut untuk
menyuap pasukan anda. Biasanya, amaun tanaman yang cukup dan
dibenarkan adalah memadai untuk menampung pasukan hidup 24 jam
seterusnya.
o §3.2 Penjagaan & penggunaan PC sama
Anda tidak boleh membuat pemindahan satu sebelah sumber kepada
pemain yang dimasukkan sebagai ‘penggunaan PC sama’.
Akaun yang bersambung fungsi penjaga tidak boleh membuat
pemindahan satu sebelah, juga. Ia tidak kisah samada akaun ialah
penjaga atau dijagai.

Sumber hanya boleh didagangkan dalam nisbah 1:1 dan pemindahan


sumber perlu disiapkan dalam 48 jam. Pengecualian kepada peraturan
ini ialah penghantaran tanaman untuk menyuap askar-askar yang
membantu kampung lain yang diserang. Anda boleh pindahkan cukup
tanaman unutk menyuap pasukan anda yang membantu kampung lain.
Pemindahan ini dianggap pengecualian yang jarang dan mesti berhenti
selepas 3 hari dari pengedaran tanaman pertama.

Semasa pemindahan satu sebelah, anda patut menunggu 48 jam selepas


pemindahan satu sebelah terakhir telah berjaya dihantarkan sebelum
bersambung dengan satu sama lain dengan mnggunakan fungsi penjaga
atau ‘penggunaan PC sama’.
Tambahan pula, anda mesti tunggu 48 jam sebelum membuat
pemindahan satu sebelah selepas membatal status penjaga atau
‘penggunaan sama PC’.
o §3.3 Keajaiban Dunia
Pengecualian kepada peraturan tersebut juga digunapakai untuk
pembina keajaiban dunia yang terlibat dalam perlumbaan ke tahap 100
keajaiban dunia. Kedua-dua pembina dan pembekal tidak terikat
dengan had pemindahan.
• §4 Serangan persahabatan
Anda tidak boleh benarkan pemain lain menyerang atau menjajah kampung
dengan relanya jika ia menjelaskan faedah akaun yang diserang atau dijajah.
Ini termasuk kampung anda atau yang dijagai. Diperas ugut untuk
membenarkan kampung diserang atau dijajah adalah tidak dibenarkan. Semua
yang terlibat dalam serangan mungkin akan dihukum.
Sumber yang tersimpan dalam kampung hanya untuk tujuan dicuri adalah
dianggap sama seperti sumber dihantar melalui pasar (§3). Ini tidak
digunapakai kepada kampung yang merupakan harta akaun yang menyerang.

Menyerang akaun yang bersambung kepada akaun anda melalui fungsi


penjaga atau ‘penggunaan sama PC’ adalah tidak dibenarkan apabila tiada
manfaat yang jelas kepada akaun yang diserang. Hal ini digunapakai kepada
akaun-akaun dalam persekutuan.
o §4.1 Menjajah kampung
Ia adalah dibenarkan untuk...
 menjajah kampung kepunyaan akaun yang anda jagai, kecuali
dua minggu telah berlalu sejak membatalkan pilihan penjaga.
 menjajah kampung kepunyaan akaun yang menjaga untukmu,
kecuali dua hari telah berlalu sejak membatalkan pilihan
penjaga.
 menjajah kampung kepunyaan pemain yang dimasukkan
sebagai ‘penggunaan sama PC’, kecuali dua minggu telah
berlalu sejak membatalkan penggunaan sama PC.
 menjajah kampung merupakan sebahagian dari persekutuan
anda, kecuali dua hari telah berlalu sejak akaun tinggalkan
persekutuan.
 menjajah kampung yang berada dalam persekutuan anda atau
dalam persekutuan lain yang bersekutu dengan persekutuan
anda.

Oasis dikecualikan dari peraturan ini.

• §5 Ralat program
Ralat program (juga dipanggil pepijat) perlu dilaporkan kepada pentadbir
serta-merta dan tidak boleh digunakan untuk faedah persendirian.
Penyalahhgunaan boleh membawa hukuman lepada akaun.
• §6 Transaksi wang
Jualan akaun Travian tidak dibenarkan.

Apa-apa jualan atau pembelian berkaitan wang sebenar tentang akaun, unit,
kampung, sumber, atau aspek lain Travian adalah tidak dibenarkan. Tambahan
pula, anda tidak boleh menerima atau menawarkan wang sebenar untuk
melakukan tindakan dalam permainan.
• §7 Netik
Semua orang mesti berkomunikasi dengan ramah, ton percakapan. Multihunter
mungkin ubah profail dan nama kampung yang tidak sesuai tanpa amaran.

a.Kelakuan berikut boleh dihukum dan digunapakai kepada semua


deskripsi, nama akaun, persekutuan dan nama kampung dan mesej:
Penglibatan dalam penyalahgunaan, fitnah, seksis, perkauman atau bahasa
kasar; merendahkan agama, bangsa, negara, jantina, kumpulan umur, atau
orientasi seksual; mengancam orang dengan tindakan dalam kehidupan
sebenar.

Pengeposan atau transmisi mana-mana bahan yang tidak sesuai untuk


orang bawah umur atau mencabul mana-mana undang-undang dan
peraturan tempatan, wilayah, kebangsaan atau antarabangsa, termasuk
seksual yang jelas, haram, lucah atau imej bahan, atau sambungan lucah.

Peras ugut pemain yang mencabul mana-mana peraturan Travian,


termasuk terma dan syarat umum.

Menunjukkan laporan peperangan dalam awam tanpa persetujuan kedua-


dua pemain yang terlibat.
b.kandungan profail perlu bebas daripada mengganggu susun atur asal
Travian.
c.Penyamaran sebagai pegawai atau kedudukan pegawai, termasuk, tetapi
tidak terhad kepada, Pentadbir, Multihunter dan Sokongan, adalah haram
sekalipun..
d.Mana-mana jenis iklan yang tidak dibenarkan oleh Pasukan Travian
adalah tidak dibenarkan.
• §8 Hukuman
Jika terdapat kesalahan terhadap peraturan permainan ini, Multihunters dan,
jika diperlukan, Pentadbir akan larangkan akaun dalam persoalan dan
pertimbangkan hukuman yang setimpal.

Hukuman yang mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada berikut:

o pemadaman penuh atau sebahagian penduduk (tahap bangunan dan


tahap lapangan sumber),
o pemadaman kampung,
o pengosongan penuh atau sebahagian gedung/jelapang,
o pemadaman penuh atau sebahagian askar-askar,
o buang dari persekutuan atau buang persekutuan,
o pemadaman akaun atau pembuangan akses selama-lamanya ke dalam
akaun mainan.
o §8.1 Gantian
Sumber, bangunan, kampung atau askar hilang semasa waktu
pemberhentian tidak akan digantikan oleh Pasukan Travian.
o §8.2 Gold/Plus

Tiada pemain berhak menuntut bayaran atau gantian untuk masa


Plus/Gold yang hilang oleh sebab pemberhentian.
Tiada layanan istimewa untuk pengguna Travian Plus/Gold
berkaitan tentang peraturan permainan samada dalam masa
diperlukan untuk menyiapkan kes atau dalam hukuman.
o §8.3 Rayuan
Pemain boleh berbincang kepada Multihunter yang melarang mereka
atau pentadbir melalui IGM atau e-mel. Larangan, hukuman atau
pemadaman tidak akan dibincangkan dalam awam (cth. IRC atau
Forum). Rayuan mesti ditulis dalam Inggeris kecuali Multihunter atau
Pentadbir bersetuju menggunakan bahasa lain.

Tambahan pula, Pasukan Travian tidak akan memberikan maklumat


kepada orang lain selain pemunya akaun.
o §8.4 Peraturan istimewa
Di dunia Kepantasan Travian akaun berganda mungkin akan
dipadamkan on sight tanpa perbincangan atau larangan. Pemindahan
sumber haram (§3) mungkin dihukum dengan setimpal tanpa larangan
atau perbincangan.

Peraturan istimewa ini mungkin digunapakai di semua dunia


permainan sehingga dua minggu selepas permulaan dan kepada akaun
sehingga 100 penduduk walaupun selepas dua minggu ini.
§9 Log-masuk Haram
Ia adalah tidak dibenarkan untuk mendapat akses ke akaun lain dalam
cara yang haram. Pencabulan peraturan ini boleh dipecat dari
permainan. Pasukan Travian tidak pernah meminta kata laluan anda.
§10 Desakan & Persubahatan
Hasutan, manipulasi, galakkan, pertolongan atau berkomplot dengan
orang lain untuk mencabul mana-mana Peraturan Travian adalah tidak
dibenarkan.
§11 Pemadaman
Peraturan ini digunapakai untuk para pemain yang akan memadam
akaun mereka atau sedang memadam akaun mereka tanpa
pengecualian.
§12 Perubahan peraturan
Pasukan Travian berhak mengubah peraturan pada bila-bila masa.
§13 Pembetulan klausa
Jika peraturan individu set peraturan ini tidak efektif, ia tidak berkesan
terhadap kesahan peraturan-peraturan lain set peraturan ini. Pentadbir
menggantikan peraturan yang tidak efektif dengan peraturan baru yang
menggantikan peraturan yang tidak efektif dengan cara yang sah. Ini
terus berkuatkuasa tanpa kelewatan dan akan digunakan dalam mana-
mana kes semasa. Ini juga digunapakai untuk celah-celah peraturan
terkandung dalam set peraturan. Untuk memperbetulkan celahan
pentadbir bekerja memperbetulkan, yang mematuhi kehendak
peraturan yang wujud.

You might also like