You are on page 1of 38

KOMPOSISI:

Komposisi dalam seni visual adalah usaha untuk mengatur/menyusun unsurunsur sehingga menjadi harmonis (selaras dan seimbang). Untuk membangun/merancang sebuah karya seni agar terkomposisi dengan harmonis, maka perlu memahami dan menguasai UNSUR SENI & PRINSIP REKAAN

Susunan atau satu organisasi elemen rekaan Seni Visual seperti garisan, rupa,dan warna, dengan mengambil kira aspek-aspek prinsip rekaan seperti imbangan untuk menghasilkan karya seni yang menarik.

Melalui organisasi dan perhubungan antara elemen dan prinsip rekaan yang dimanupulasikan, sesuatu kandungan dan konteks rekaan itu dapat dinyatakan dengan jelas sebagai satu komunikasi visual.
Dalam menghasilkan sesuatu karya, bukan semua elemen dan prinsip rekaan diaplikasikan.

Langkah utama dalam membuat komposisi ialah dengan menentukan rupa bentuk, saiz dan imbangan yang berkaitan dengan dimensi ruang paparan. Ruang mungkin dalam bulatan empat segi , dan diorientasikan secara menegak atau melintang

Prinsip Komposisi. Untuk menghasilkan tarikan visual, satu titik tumpuan (focal point) perlu dinyatakan.

Pola komposisi

Terdapat 3 pola komposisi

simetri, asimetri, dan bebas atau informal.

1. Pola simetri

Pola simetri menggambarkan dua bagian yang sama dalam sebuah susunan. Komposisi yang berpola simetri meletakkan fokusnya di tengah, dan meletakkan unsur-unsurnya di bahagian kiri sama dengan bah. kanan, ibarat pinang di belah dua. Jika ada dua fokus dalam komposisi simetri, maka letaknya di kiri dan di kanan. Memberikan kesan bagian kiri dan bagian kanan sama kuat. Komposisi berpola simetri memberikan kesan formal, berperaturan dan statik.

2. Pola asimetri

Komposisi asimetri meletakkan fokusnya tidak di tengah-tengah, dan paduan unsur-unsur di bagian kiri tidak sama dengan yang di bahagian kanan, tetapi tetap memancarkan keseimbangan. Kompisisi asimetri memberikan kesan teraturyang bervariasi ,tidak formal serta lebih dinamis.

3. Pola bebas

Komposisi pola bebas meletakkan fokus dan unsur-unsurnya secara bebas, tetapi tetap memelihara keseimbangan. Dibandingkan dengan pola simetri, pada pola bebas ini kesan keteraturan dan kesan formal sama sekali tidak kelihatan. Meskipun demikian, kecermatan dan ketelitian dalam membentuk irama dan keseimbangannya menjadikan komposisi berpola bebas ini tampak dan terasa lebih hidup serta semakin menarik.

Asas Seni Reka

Asas seni reka merangkumi aspek elemen dan prinsip rekaan dalam seni tampak. Asas-asas ini mendukung kewujudan produk seni visual itu. Aspek ini juga dikenali sebagai sebahagian daripada bentuk atau form dalam bahasa seni tampak. Produk seni seperti catan umpamanya perlu dihasilkan mengikut peraturan seni reka contohnya ada aturan ruang, imbangan, kontra dan sebagainya. Karya seni yang tidak menggunakan asas seni reka dianggap kurang bermutu. Hasil seni tradisi seperti ukiran juga mementingkan asas rekaanya sendiri

Asas seni reka ada dua komponen utama iaitu ELEMEN/UNSUR dan PRINSIP. Elemen rekaan termasuklah garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan, dan warna. Prinsip rekaan pula meliputi harmoni, kepelbagaian, kontra, penegasan, imbangan, pergerakan/irama/rentak/pengulangan, kesatuan dan ekonomi. Elemen dan prinsip ini perlu diadun dengan baik oleh seseorang pelukis

Estetika

Seni visual juga difahami sebagai sesuatu yang mempunyai nilai estetik. Menurut Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik. Kesenangan estetik adalah kesenangan dan keceriaan kepada pihak yang menerima mesej. Menurut Syed Ahmad Jamal estetika berkaitan dengan deria pengamatan terhadap sesuatu perkara atau suasana yang menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan menekankan aspek kegunaannya.

Bentuk & Susunan seni visual


Karya seni yang lengkap mempunyai 3 komponen, subjek, bentuk dan kandungan. Komponen ini bertukar hanya dalam penekanan yang diberi. Apabila kita melihat imej-imej, kita mengambil bahagian dalam membentuk atau menyusun visual. Satu objek adalah dipecahkan kepada elemenelemen. Sebuah kerusi mungkin dilihat sebagai satu bentuk atau satu kumpulan garisan. Artis adalah pembentuk visual dengan satu perancangan. Mereka menyusun elemen-elemen seperti garisan,

Elemen-elemen yang digunakan perlu dikawal dan disatukan. Artis mengurus perkara ini melalui gabungan dasar organisasi: harmoni, kepelbagaian, imbangan, ukuran, kawalan, pergerakan dan ekonomi. Perancangan artis selalunya berdasarkan gabungan gerak hati dan kebijaksanaan.

KANDUNGAN SENI VISUAL


Subjek, bentuk dan kandungan adalah 3 bahagian asas bagi hasil kerja seni. Merujuk kepada pemahaman secara tradisi subjek adalah berkenaan orang, benda dan tema. Bagaimana pun di dalam karya abstrak, subjek boleh dirujuk sebagai rupa bentuk tertentu berdasarkan elemen seni. Ini bagaimana pun bercanggah dengan dengan pemahaman tentang bentuk yang yang biasa difahami sebagai elemen yang diguna di dalam mencipta karya.

Kandungan didefinasikan sebagai mesej yang hendak diperkembangkan di dalam karya oleh artis dan di interpretasi oleh pemerhati seni. Ada masanya kandungan karya berasal daripada pengalaman peribadi artis. Pengalaman ini amat peribadi di mana ada kalanya sukar untuk pemerhati memahami melainkan mereka mempunyai pengalaman yang sama seperti artis.

1.Subjek

Subjek terdiri daripada orang, benda atau idea. Orang atau benda dapat dilihat dengan jelas tetapi tidak bagi idea. Di dalam karya abstrak atau separuh abstrak, subjeknya mungkin boleh dimengertikan. Tetapi di dalam karya nonobjective, subjeknya adalah idea yang membentuk karya tersebut dan ia berkomunikasi hanya dengan mereka yang dapat memahami bahasa rupabentuk itu. Subjek adalah sebagai starting point untuk motivasi artis. Cara sesebuah karya dipersembahkan atau rupa bentuk yang memberi ekspresi adalah paling penting untuk diambil kira.

2.Bentuk

Merujuk kepada objek seni maksud bentuk digunakan dalam berbagai cara. Bagi sebuah ukiran atau sculpture, anda boleh menyebut bentuk ukiran, maksudnya jelas. Bentuk juga bermaksud berkenaan dengan akhirnya (latter), keseluruhan fizikal bagi karya seni. Bentuk di dalam sculpture ini adalah pada satu bahagian utama, figura individu yang

3.Kandungan

Mesej yang beremosi dan bijaksana di dalam karya seni adalah kandungan, pernyataan, ekspresi atau mood yang dibaca oleh pemerhati dengan harapan seirama (synchronized) dengan tujuan artis itu.

Bagi kebanyakan orang kandungan terhad kepada gabungan ciri-ciri yang diketahui, biasanya oleh perasaan yang dibangkitkan oleh objek dan idea yang diketahui. Maksud kandungan yang lebih bermakna dan luas tidak hanya dilihat berdasarkan imej tetapi diteguhkan oleh rupabentuk yang dicipta oleh artis. Kandungan seperti ini terdapat di dalam karya abstrak dan yang lebih realistik. Faktor emosi di dalam kandungan bagi fotograf ini adalah jelas. Tetapi artis ini telah memperkembangkan kandungan melalui cara dia mengawal situasi.

PRINSIP DAN ELEMEN PENDIDIKAN SENI 1. Harmoni Harmoni boleh dianggap sebagai faktor kepada pertalian yang teratur berkaitan dengan bahagian-bahagian di dalam gambar. Pengulangan elemen seperti warna, jalinan, nilai dan sebagainya memberi penyesuaian kepada pertentangan yang wujud. Irama yang stabil wujud apabila unit-unit visual yang teratur diulang-ulang. Harmoni adalah kandungan kesatuan.

Pengulangan bermaksud perkara tertentu yang diulang-ulang. Pengulangan tidak semestinya memerlukan aspek yang sama tatapi boleh juga yang seiras atau hampir sama. Konsep pada corak boleh dianggap sebagai pengulangan. Pengulangan yang biasa pada corak boleh digunakan untuk mencipta harmoni dan irama.Konsep motif hampir berkaitan dengan corak. Perbezaannya apabila satu unit dasar atau corak yang asli diberi pengulangan, ia dirujuk sebagai satu motif. Pengulangan dirujuk kepada kemampuannya menghasilkan irama.

2. Kepelbagaian

Kepelbagaian adalah mengimbangi harmoni. Sedang artis menghasilkan penyatuan kepada harmoni. Dengan kepelbagaian pula artis mencapai aspek individuliti dan minat. Minat merujuk kepada kemampuan membangkitkan perasaan ingin tahu dan mengekalkan perhatian pemerhati. Hal yang membangkitkan minat kepada visual adalah hasil penambahan kepelbagaian kepada komponen bergambar. Kepelbagaian diperolehi dengan penggunaan kontras dan perincian.

Kontras berlaku apabila elemen diulang2 dengan cara menjadikan ia nampak tiada kaitan; beberapa garisan lebar di dalam kawasan yang sempit. Perincian adalah cara lain kepelbagaian atau ketidaksamaan diwujudkan ke bahagian yang ketiadaan menarik di dalam visual. Ia boleh dianggap sebagai penambahan detail atau hiasan di sesuatu bahagian.

3. Imbangan

Di dalam seni kita berhadapan dengan imbangan bagi perkara yang berkaitan dengan tarikan graviti. Kebanyakan karya seni dipandang di dalam orientasi menegak iaitu berhubung dengan pandangan atas, tepi dan bawah. Imbangan bagi kandungan visual diperolehi secara menyeimbangkan tarikan ke bawah graviti komponen tersebut. Contohnya, bola yang yang diletakkan di bahagian atas kawasan gambar menghasilkan keadaan tegang, memberi aggapan bahawa graviti akan menyebabkan bola itu jatuh. Bola yang diletakkan di bawah atau di atas garis dasar menghasilkan keadaan tenang, Tiada tindakan berlaku oleh graviti.

Artis menyeimbangkan keadaan mendatar, menegak dan jejarian dalam semua arah dan posisi. Berbagai faktor seperti posisi, saiz, kadar, sifat, dan arah yang digabungkan dalam elemen, menghasilkan imbangan di dalam karya seni. Sekiranya dua rupa yang sama diletakkan bersebelahan di bahagian kiri gambar, karya itu akan kelihatan tidak seimbang pada bahagian kanan.

4.Kadarbanding

Kadarbanding adalah berkenaan nisbah bahagianbahagian tubuh individu atau objek. Di dalam karya seni visual, perhubungan bahagianbahagian tubuh manusia adalah sukar untuk di ukur dengan tepat kerana kadarbanding adalah penilaian peribadi. Bahagian-bahagian dalam kadarbanding ini dianggap berkaitan mengenai keseluruhan dan apabila digabungkan bahagian-bahagian tersebut menghasilkan harmoni dan imbangan. Dengan meletakkan tubuh lelaki di dalam rajah bulatan dan segi empat sama, Leonardo Da Vinci menyiasat tentang perhubungan kadarbanding bagi kepala, badan, tangan dan kaki.

5.Dominan

Sebarang karya seni visual yang menarik mesti mempamerkan kelainan yang menekankan kepada darjah kepentingan bagi berbagai-bagai bahagian. Kelainan ini dihasilkan daripada pertimbangan perantaraan dan kandungan. Biasanya, seniman menggunakan aspek kontra untuk menarik perhatian bagi sesuatu bahagian yang bermakna. Ini membuatkannya dominan. Seniman atau artis harus melihat bahawa setiap bahagian mempunyai darjah kepentingan yang diperlukan. Seniman harus menggabungkan bahagian-bahagian ini dengan darjah kepentingan yang berbagai. Seterusnya kepada pergerakan berirama dan imbangan karya seni. Seniman menggunakan kaedah yang berbeza untuk memperolehi dominan. Figura manusia menjadi fokus tumpuan atau unit-unit yang penting pada karya di atas kerana saiz, warna dan aktiviti mereka.

6.Pergerakan

Tatkala memerhatikan karya seni visual, kita seperti membuat satu pengembaraan. Seniman adalah pengarah yang membuatkan mata pemerhati begerak dengan selesa dan memperolehi maklumat. Garisan dan rupabentuk (kebiasaannya yang panjang) dan rupabentuk berkontour kebiasaanya memberi penegasan ke arah yang sama. Arca kinetik atau bergerak wujud tetapi kebanyakan arca dan permukaan gambar adalah statik.

Bulatan yang seakan berbuai dan seperti melambung menjana pergerakan persis pendulum.

7.Ekonomi

Artis akan mendapati bahawa jawapan kepada masalah visual yang pelbagai adalah wujudnya kerumitan yang tidak penting. Kadangkala artis hanya melibatkan sesuatu yang penting, menghapuskan penerangan detail, dan mengaitkan perkara tertentu kepada keseluruhan. Ekonomi selalunya berkaitan dengan aspek abstrak. Abstrak adalah berkaitan dengan proses pengurangan kepada keperluan yang penting, berdasarkan stail ekspresi artis.

Watercolour - Fishing boat, 10.5 x 14.5 1953

Watercolour - Beach hut, 10.5 x 14.75 1953

Yong Mun Sen (1896 - 1962). Born Yong Yen Lang di Kuching, Sarawak. Beliau menukar namanya kepada Yong Mun Sen pada tahun 1922. Beliau dikenali sebagai Bapa Lukisan Malaysia. Walaupun dilatih dalam formal lukisan berus Cina dan kaligrafi di Kwangtung, China, sebagai seorang artis, dia tertarik dengan cat air dan minyak kemudian.

Yong Mun Sen terkenal dengan lukisan landskap cat air yang diperbadankan pengaruh dari seni Cina Menghasilkan komposisi yang lebih lapang dan umum bukannya dalam gambaran yang lebih terperinci atau fakta. Karyanya mencerminkan usaha bersungguhsungguh untuk menggabungkan semangat seni Cina. Pengaruh seni Cina menyebabkan komposisi beliau yang lebih lapang dan umum

You might also like