You are on page 1of 18

Bincangkan peranan pendidik dalam mengurus pembelajaran

1.0 Definisi pengurusan

Di dalam bilik darjah, selain mengajar guru juga memainkan peranannya sebagai guru.
Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya
menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan
menyusun meja kerusi,mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah,
mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran
dan pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih
berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan secara teratur mengikut
rancangan.

Pengurusan bilik darjah melibatkan segala aktiviti yang dilaksana guru untuk membentuk
dan mewujudkan sebuah iklim bilik darjah yang membantu keberkesanan dan kecekapan
pengajaran (Weber,1999). Pengurusan bilik darjah ialah proses mengatur dan melaksana segala
urusan bilik darjah bagi memastikan pembelajaran yang diharapkan itu dapat berlaku dengan
sempurna (Moore,2001)

2.0 Definisi pembelajaran

Pembelajaran merupakan suatu proses pengenalpastian tentang sesuatu yang


boleh memberikan kefahaman kepada kita melalui proses mempelajari dan pengajaran yang
berlaku samada secara formal atau tidak formal.

Marton & Booth menyatakan bahawa pembelajaran ialah “learning is about how we
perceive and understand the world, about making meaning”. Ini menunjukkan bahawa bentuk
pembelajaran boleh merupakan sesuatu prinsip yang abstrak, maklumat serta fakta, pemerolehan
kaedah, teknik dan pendekatan untuk melakukan sesuatu serta penaakulan. (Fry et al., 2003).
Oleh itu, pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam perlakuan pelajar yang di didik
hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan.1

1
Academic Staff Development Center (ASDC), KUKTEM 2005, 31 Januari 2009

1
Apabila ditakrifkan makna pembelajaran ini, skop perbincangan terlalu luas. Maka
beberapa domain atau pengkelasan dilakukan. Terdapat tiga klasifikasi yang sering digunakan
iaitu domain kognitif, domain efektif dan domain psikomotor.

Domain kognitif merupakan pembelajaran yang berlaku menerusi pemikiran dan minda,
manakala domain afektif merupakan pembelajaran yang berhubung kait dengan perasaan dan
emosi sementara domain psikomotor merupakan pembelajaran yang melibatkan pergerakan
anggota tubuh badan.2

2
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, Pedagogi Asas Pendidikan, Kayazano Enterprise, 2004, ms
152

2
3.0 Konsep mengurus pembelajaran

Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah adalah berasaskan elemen-elemen


pengurusan iaitu merancang, mengelola, mengarah dan mengawal. Ini bermakna guru sebagai
pengurus bilik darjah memainkan peranan sebagai perancang, pengelola, pengarah dan
pengawal3. Jesteru itu, untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan, guru hendaklah
memahami elemen-elemen pengurusan bilik darjah serta berusaha menguasai kemahiran-
kemahirannya.

3.1 Elemen dan kemahiran mengelola (mengurus)

Tujuan utama mengadakan pengajaran ialah mewujudkan aktiviti pembelajaran. Malah,


keberkesanan pengajaran bergantung kepada kebolehan menggunakan kemahiran mengajar yang
Berjaya memudahkan aktiviti pembelajaran murid. Seharusnya segala usaha pengajaran adalah
semata-mata ditumpukan untuk merangsangkan murid supaya menggerakkan mereka belajar.
Oleh itu, pengajaran mempunyai dua fungsi utama iaitu merangsangkan pembelajaran dan
mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan.

Pembelajaran hanya berlaku atas usaha sendiri, mengikut motif atau motivasi tersebut.
Oleh itu, di dalam bilik darjah tugas pengajaran ialah membekalkan motivasi tersebut sebagai
rangsangan untuk menimbulkan minat dan menggerakkan mereka belajar.

Disamping itu, segala aktiviti pengajaran adalah ditujukan untuk menghasilkan aktiviti
pembelajaran yang berkesan. Dengan perkataan lain, objektif utama pengajaran ialah membawa
hasil pembelajaran dengan membentuk perubahan tingkah laku dari satu tahap yang rendah ke
suatu tahap yang lebih tinggi.

Pengajaran tidak akan menjadi bermakna sekiranya ia gagal mewujudkan situasi


pembelajaran yang berkesan. Sesunguhnya segala pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
mengajar adalah berlandaskan kepada segala teori dan cirri pembelajaran. Hal ini adalah
memastikan bahawa segala usaha pengajaran akan menghasilkan aktiviti pembelajaran dengan
berkesan. Jesteru itu, kaedah demonstrasi serta strategi pembelajaran seperti strategi pemusatan
3
Mok Soon Sang, Siri Pendidikan Perguruan Pendidikan Di Malaysia untuk Kursus Diploma Perguruan, Edisi ke-
8, 2004, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Selangor, muka surat 41

3
murid dan bahan adalah berhubung rapat dengan keberkesanan mengurus aktiviti pembelajaran
di dalam bilik darjah.

3.2 Pengurusan persekitaran pengajaran-pembelajaran

Organisasi bilik darjah KBSRdan KBSM mengandungi suatu ciri keistimewaan iaitu
disamping ruang aktiviti pembelajaran secara kelas, ruang-ruang aktiviti pembelajaran yang lain,
khasnya ruang digunakan untuk aktiviti kumpulan pula disediakan. Sehubungan ini, banyak
aktiviti kumpulan adalah dijalankan dalam ruang-ruang pembelajaran seperti sudut Matematik,
ruang Pendidikan Seni, ruang bacaan dan sebagainya.

Aktiviti-aktiviti yang biasanya dijalankan dalam sudut atau ruang pembelajaran ialah
aktiviti pengayaan dan pemulihan, aktiviti sokongan, aktiviti bacaan tambahan, perbincangan,
bercerita dan aktiviti jual-beli. Disamping itu, ruang-ruang pembelajaran juga digunakan untuk
mempamerkan bahan-bahan pelajaran dan hasil kerja atau murid-murid dalam kelas.

Dalam kerja pengurusan sudut dan ruang pembelajaran, guru harus memastikan bahawa
sudut dan ruang itu adalah dikelolakan dalam keadaan yang kemas dan teratur serta
dilengkapkan dengan bahan-bahan pelajaran yang sesuai digunakan oleh murid-murid yang
menjalankan aktiviti pembelajaran. Untuk mencapai tujuan ini, guru boleh melantik seorang
ketua daripada kumpulan murid untuk membantunya supaya menjaga dan membimbing rakan-
rakan sedarjah menggunakan ruang dan sudut pembelajaran dengan cara yang betul.

4
4.0 Fungsi-fungsi pembelajaran

Di dalam memahami definisi dan konsep pembelajaran, kita dapati bahawa pembelajaran
merupakan suatu proses mengajar belajar tentang sesuatu yang perlu diamalkan agar ia menjadi
sebahagian dari ilmu pengetahuan.

Oleh yang demikian, dalam proses belajar dan mengajar terdapatnya fungsi-fungsi yang
perlu ditekankan agar proses tersebut memberikan suatu hasil yang baik dan sempurna. Dalam
konteks hari ini, guru mestilah berperanan dalam mencorakkan fungsi pembelajaran di dalam
kelas berpusatkan tiga elemen penting iaitu berpusatkan akademik, berpusatkan pelajar dan
berpusatkan ideal dan berwawasan.

Berpusatkan akademik memberi maksud dengan proses pembelajaran yang berlaku dapat
menghasilkan pelajar yang dapat menguasai sesuatu topik atau ilmu yang diajarkan serta dapat
mengaplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian. Hal ini juga boleh disebut elemen
intelek.

Manakala berpusatkan pelajar pula adalah melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi
serta kreatif dan inovatif dalam mengaplikasikan ilmu tersebut. Elemen yang terlibat adalah
elemen rohani dan emosi.

Berpusatkan ideal dan berwawasan memberikan impak bahawa pelajar yang dilahirkan
dapat menghasilkan sesuatu yang atau memberikan idea-idea yang berkaitan dalam usaha
penambahbaikan tentang ilmu yang dipelajari. Elemen yang terlibat pula adalah lebih kepada
elemen jasmani.

5
Fungsi-fungsi pembelajaran boleh di huraikan menerusi beberapa prinsip antaranya
ialah:-4

1) Perhatian
Di dalam mengajar guru perlu dapat membangkitkan perhatian pelajar kepada pelajaran
yang diajarkan oleh guru. Perhatian akan memberi impak yang lebih besar apabila pelajar
mempunyai minat dan bakat.

Bakat merupakan suatu kepribadian yang telah dipunyai oleh seseorang pelajar sejak
kecil lagi namun ianya dapat berkembang kerana pengaruh pendidikan dan persekitaran.
Perhatian dapat ditimbulkan secara langsung kepada pelajar kerana mereka sudah tahu tujuan
dan kegunaan mata pelajaran yang diperolehinya. Manakala perhatian secara tidak langsung
yang baru dapat dirangsang menerusi kaedah pengajaran yang menarik, ransangan untuk berfikir
serta menghubungkan pengetahuan yang telah dimiliki.

Apabila pelajar mempunyai perhatian di dalam kelas, maka dengan mudah pelajaran yang
diajarkan dapat diterima, dihayati, diolah sehingga pelajar tersebut mampu menghubungkan
antara suatu pengetahuan dengan pengetahuan yang lain.

Oleh yang demikian, menarik perhatian pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran diperlukan supaya guru dapat mengawal keadaan bilik darjah dengan baik dan
melahirkan pelajar-pelajar yang dapat memberikan perhatian di dalam sesuatu perkara yang
penting dalam hidup mereka khususnya pembelajaran akademik di dalam kelas.

2) Aktiviti
Dalam proses mengajar pelajar, guru perlu melakukan aktiviti samada berfikir mahupun
melakukan atau melaksanakannya sesuatu aktiviti.

Hal ini mampu memberi kesan yang baik kepada pelajar itu sendiri iaitu ilmu yang
diajarkan tidak berlalu begitu sahaja tetapi dapat difikirkan, diolah kemudian dikeluarkan dalam
bentuk yang berbeza.

4
Belajar dan Faktor-Faktor Yang Memepengaruhinya, Drs Slameto, Rineka Cipta, Jakarta, Januari 1995

6
Melalui aktiviti juga membolehkan pelajar bertanya, mengajukan pendapat serta
melakukan perbincangan dengan guru serta mematuhi arahan guru yang mengajar, melaksanakan
tugas, membuat grafik, diagram serta maklumat yang diberikan oleh guru. Apabila pelajar
terlibat secara aktif dalam aktiviti maka pelajar lebih mudah memiliki dan menggunakan ilmu itu
dengan baik.

Justeru, aktiviti perlu dilaksanakan dan diberikan perhatian dalam memastikan fungsi
pembelajaran digunakan sepenuhnya agar tumpuan pelajar dapat dikumpulkan pada satu titik
fokus utama. Dengan ini, akan lahirlah pelajar yang kreatif menggunakan ruang dan peluang
yang ada untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka seharian.

3) Integrasi
Menghubungkan pembelajaran yang baru dengan pengetahuan atau pengalaman yang
sedia ada dapat menjadikan pelajar berfikir dengan kreatif dan kritis. Proses ini akan menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar serta membantu pelajar untuk memerhatikan
pelajarannya dengan lebih baik.

Hal ini sedikit sebanyak melahirkan pelajar-pelajar yang dapat mengadaptasikan


pengetahuan yang mereka pelajari di dalam bilik darjah dengan kehidupan sebenar mereka diluar
khususnya dalam menghadapi cabaran-cabaran kehidupan mereka di masa-masa yang
mendatang.

4) Pengulangan
Tidak semua pelajar mempunyai tahap yang sama di dalam proses mengingati tentang
sesuatu pembelajaran yang diajarkan kepada mereka. Oleh itu, pembelajaran yang dibantu ulang
untuk proses mengingati diperlukan untuk memberikan tanggapan yang lebih jelas dan tidak
mudah dilupakan.

Perkara ini boleh dinyatakan apabila kita mengulang dengan cara dan kaedah yang baik
di dalam bilik darjah, semakin lama ia akan menjadi semakin jelas sehingga dapat digunakan
oleh pelajar untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Pengulangan secara teratur, pada
waktu-waktu yang tertentu atau setelah setiap topik itu diberikan, maka ia sangat membantu
proses pengajaran dan pembelajaran.

7
Hal yang demikian memberikan pengetahuan kepada pelajar bahawa pengulangan
merupakan suatu proses pendidikan yang mereka boleh aplikasikan dalam kehidupan mereka. Ini
menjadikan bahawa proses pengulangan adalah suatu konsep bagi fungsi pembelajaran itu
sendiri.

5) Sosialisasi
Dalam diri seseorang pelajar, mereka perlu terdedah kepada pergaulan sosial yang
bermanfaat bagi menjadikan diri mereka satu generasi yang mampu menjadi kebanggaan bagi
sesebuah masyarakat, bangsa, negara dan agama.

Ini adalah kerana, pelajar merupakan individu yang mempunyai segi sosial yang perlu
diperkembangkan. Dengan itu, adalah suatu kebaikan jika para pelajar diberikan ruang dan
peluang untuk menjalankan aktiviti bersama-sama dengan rakan sekelas mereka supaya
pergaulan sosial dapat dipelajari secara tidak langsung melalui aktiviti berkumpulan bersama-
sama rakan mereka di dalam kelas.

Perkara ini dengan sendirinya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang saling bekerja sama
antara satu sama lain, saling bergotong royong dan saling tolong menolong. Penerapan sosialisasi
ini dapat membuka pemikiran pelajar bahawa banyak permasalahan tidak dapat diselesaikan
secara bersendirian tetapi boleh diselesaikan dengan bantuan orang lain.

Selain itu, bekerja di dalam satu pasukan juga mampu meningkat cara pelajar itu berfikir
sehingga dapat memecahkan masalah dengan baik dan lancar. Oleh yang demikian, sosialisasi
atau pergaulan sosial dapat terbina dan menjadikan pelajar mampu untuk mengaplikasikan
kewibawaan untuk menempatkan diri di dalam masyarakat kelak.

Oleh yang demikian, melalui beberapa prinsip yang dinyatakan diatas dapat memberikan
gambaran bahawa perhatian, aktiviti, integrasi, pengulangan dan sosialisasi dapat menjadi satu
fungsi pembelajaran efektif yang berperanan bagi pendidik dalam menguruskan pembelajaran di
dalam kelas.

5.0 Bagaimana mengurus pembelajaran yang efektif

8
Untuk melaksanakan pembelajaran yang efektif memerlukan syarat-syarat yang berikut:

5.1 Belajar secara aktif dari segi mental mahupun fizikal

Di dalam belajar pelajar harus mengalami aktiviti mental. Misalnya pelajar dapat
mengembangkan kemampuan intelektualnya, kemampuan berfikir secara kritis, kemampuan
menganalisis, kemampuan mengucapkan pengetahuannya.

5.2 Guru harus menggunakan banyak method pada waktu mengajar

Variasi method mengakibatkan penyajian bahan pelajaran lebih menarik perhatian


pelajar, mudah diterima pelajar, dan kelas menjadi hidup. Kaedah persembahan yang selalu
sama akan membosankan pelajar.

5.3 Motivasi

Pengurusan kelas yang konvensional atau biasa, beranggapan bahawa pelajar-pelajar


mestilah dimotivasikan melalui sesuatu selain daripada kandungan pembelajaran. Ganjaran luar
berupa grades/pangkat, pujian, recognition, treats/belanja, dan kebebasan/privilege adalah faktor
yang dikenalpasti sebagai prime/ perangsang utama dalam pembelajaran pelajar-pelajar.
Sebaliknya, pengurusan kelas yang cemerlang menganggap pelajar-pelajar haruslah
dimotivasikan melalui kandungan pembelajaran itu sendiri5.

Sebagai contohnya, tugasan Matematik seharusnya menyeronokkan, tugasan membuat


karangan seharusnya menarik perhatian, dan pembelajaran yang menggunakan bahasa asing
merupakan sesuatu yang mengujakan. Bagi guru dan pelajar yang berkeadaan dalam pengurusan
konvensional, matlamat seumpama ini adalah semata-mata tidak praktikal dan adakalanya
mustahil. Manakala bagi pengurusan yang cemerlang, perkara ini adalah sebagai keperluan dan
asas yang rutin dalam motivasi pelajar.

5
Carl H. Rinne, Excellent Classroom Management, 1997, Wadsworth Publishing Company, Belmont, muka surat 5

9
Hal ini sangat berperanan pada kemajuan, perkembangan pelajar selanjutnya melalui
proses belajar. Bila motivasi guru tepat mengenai sasaran akan meningkatkan kegiatan belajar.
Dengan tujuan yang jelas pelajar akan belajar lebih tekun, lebih giat dan bersemangat.

5.4 Kurikulum yang baik dan seimbang

Proses pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada sistem yang


digunakan dalam proses tersebut. Sistem atau kurikulum memainkan peranan
utama dalam mencorakkan hala tuju pembelajaran yang berlaku.

Kurikulum merupakan perkara atau tahap-tahap yang perlu dilalui dalam


suatu proses pembelajaran yang disediakan oleh pihak sekolah dalam mencapai
matlamat tertentu dalam pendidikan.6

Justeru, sesuatu pembelajaran dapat diuruskan dengan sempurna


berdasarkan nilai tambah yang ada pada sesebuah kurikulum yang baik. Kurikulum
ini pula diatur dan disediakan melalui kajian serta analisis yang dilakukan oleh
jabatan-jabatan yang terlibat khususnya kementerian pelajaran Malaysia yang
mencorakkan konsep kurikulum yang digunakan di sekolah.

Selain itu, kesimbangan juga perlu dipertimbangkan dalam menentukan


konsep kurikulum yang diguna pakai di sekolah. Ini melibatkan keseimbangan
kepada pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual serta spiritual.
Keseimbangan kurikulum ini juga perlu dilihat dari aspek kebolehan pelajar
mengikut tahap umur serta keupayaan sekolah dalam mengaplikasikan
pembelajaran yang disediakan agar memberi peluang sama rata kepada semua
pelajar di semua sekolah untuk mendapat pembelajaran yang baik menerusi
kurikulum yang seimbang.

Oleh itu, pembelajaran di dalam kelas mampu diuruskan dengan baik serta
menjadikan aktiviti pembelajaran dapat diikuti dengan sempurna oleh semua
pelajar.

6
Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum, Quantum Books, 2008, ms 89

10
5.5 Guru perlu menimbangkan perbezaan individual

Perbezaan individual seperti ini sudah disebutkan sedikit di bawah sub topik kurikulum
yang baik dan seimbang di atas. Namun, kurikulum yang disediakan oleh kementerian yang
terlibat perlu diikuti oleh semua sistem persekolahan agar keseimbangan dapat diwujudkan di
antara semua sekolah.

Namun yang demikian, kurikulum yang seimbang belum menjamin pembelajaran dapat
diuruskan dengan baik di dalam bilik darjah. Terdapatnya perbezaan bakat dan kebolehan antara
pelajar di dalam sesebuah kelas di mana kecakapan dan ketangkasan pelajar berbeza secara
individual.7 Ada di antaranya yang cerdik dan cerdas sehinggakan mampu untuk menerima
dengan cepat ilmu pelajaran yang disampaikan kepadanya. Tahap ini merupakan tahap keboleh
penerimaan yang tinggi. Namun, perlu diingat bahawa masih ramai pelajar yang mempunyai
tahap keboleh penerimaan yang biasa dan rendah.

Disebabkan tahap keboleh penerimaan yang berbeza-beza ini menyebabkan guru yang
terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlu menyeimbangkan
kaedah, skop serta aktiviti pembelajaran agar semua pelajar yang mempunyai tahap penerimaan
yang berbeza dapat mengikuti pembelajaran dengan baik. Dengan cara ini, ianya dapat
mengembangkan kemampuan-kemampuan pelajar secara individual.8

Sebagai contoh, pelajar yang mempunyai tahap keboleh penerimaan yang tinggi hanya
perlu mendapat penerangan yang lebih ringkas kerana pengetahuan sedia ada serta kebolehan
memahami yang cepat. Ini berbeza dengan pelajar yang berada pada tahap sederhana dan rendah
yang memerlukan lebih penerangan dan kaedah yang lebih mudah difahami supaya mereka dapat
mengikuti memahami pelajaran dengan baik.

Oleh yang demikian, perbezaan individual perlu dipertimbangkan agar guru dapat
menggunakan teknik dan kaedah yang sesuai untuk semua pelajar dan memberi peluang sama
rata kepada pelajar untuk mendapat ilmu pengetahuan yang diajarkan.
7
Drs Slameto, Belajar dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhinya, Rineka Cipta, Jakarta, Januari 1995, ms 73
8
ibid, ms 93

11
5.6 Membuat perencanaan sebelum mengajar

Dalam memastikan sesuatu pembelajaran dapat dilakukan dengan baik, maka sebuah
perencanaan perlulah dilakukan oleh guru yang mengajar supaya proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dilakukan dengan lancar.

Ini dapat dilihat dari sudut perencanaan yang terperinci dengan turutan perencanaan
tersebut sebagai alat rujukan. Perencanaan sebelum mengajar perlu mempunyai objektif, teknik
dan kaedah yang akan digunakan semasa, serta penanda aras kefahaman para pelajar terhadap
penguasaan sesuatu topik pengajaran dan pembelajaran.

Dengan persiapan mengajar, guru akan mantap di hadapan kelas, perencanaan yang
matang dapat menimbulkan banyak inisiatif dan daya kreativiti guru sewaktu mengajar serta
dapat meningkatkan interaksi belajar dan mengajar antara guru dan pelajar.9

Dengan adanya perencanaan sebelum mengajar ini, ia bukan sahaja memberikan suatu
kemudahan kepada guru untuk mengajar dan mendidik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, malah murid turut mudah mengikuti dan memahami pembelajaran yang diajarkan
oleh guru tersebut. Perkongsian pemudahcara yang dilakukan oleh guru sebelum mengajar ini
mampu memberikan kesan yang lebih baik serta lancar kepada proses pengajaran dan
pembelajaran.

Oleh yang demikian, perencanaan sebelum mengajar adalah penting supaya para guru
mempunyai satu rujukan yang jitu mengikut kebolehan guru dan pelajar yang diajarkan suapaya
ilmu yang ingin disampaikan dapat diajarkan oleh guru dengan baik dan pelajar dapat menerima
ilmu tersbut dengan baik juga mengikut objektif-objektif, teknik dan kaedah serta penilaian yang
dilakukan terhadap pelajar.

9
Drs Slameto, Belajar dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhinya, Rineka Cipta, Jakarta, Januari 1995, ms 93

12
5.7 Pada penyajian bahan pelajaran pada pelajar, guru perlu memberikan masalah-
masalah yang boleh merangsang pelajar untuk berfikir

Semasa proses pengajaran di dalam kelas, guru sememangnya perlu


menyediakan kaedah-kaedah dan teknik mengajar dengan berkesan supaya pelajar
dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik serta
menerimanya sebagai sebuah bentuk pengajaran yang menarik.

Namun yang demikian, dalam menjadikan sesebuah kelas lebih menarik serta
memberikan rangsangan minda pelajar, guru seharusnya menyediakan bahan pengajaran yang
mampu memberikan permasalahan yang boleh menyebabkan pelajar berfikir serta merangsang
daya kreativitinya untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Dengan cara ini, pelajar bukan
sahaja menerima pembelajaran secara pasif, tetapi juga dapat terlibat aktif secara rangsangan
berfikir dalam mengikuti kelas yang dilakukan oleh guru.

Di dalam belajar, pelajar seharusnya mengalami aktiviti mental seperti pelajar dapat
mengembangkan kemampuan intelektualnya, kemampuan berfikir secara kritis, kemampuan
menganalisa dan kemampuan mengucapkan pengetahuannya disamping mengalami aktiviti
jasmani seperti mengerjakan sesuatu, menyusun intisari pelajaran, membuat peta dan lain-
lainnya.10

Hal ini secara langsung menjadikan pelajar tersebut memberikan fokus kepada proses
pengajaran yang berlangsung dan guru mampu mengawal proses pembelajaran di dalam kelas
dengan lebih baik dengan menjadikan permasalahan yang diberikan sebagai pokok utama
pengurusan guru di dalam bilik darjah.

10
Drs Slameto, Belajar dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhinya, Rineka Cipta, Jakarta, Januari 1995, ms 92

13
5.8 Semua pelajaran yang diberikan kepada pelajar perlu diintegrasikan, sehingga
pelajar memiliki pengetahuan bersepadu iaitu tidak terpisah-pisah

Kebiasaannya, pelajar hanya menerima proses pengajaran dan pembelajaran yang


dilakukan oleh guru sahaja seandainya guru tersebut tidak menggunakan teknik dan kaedah yang
bersesuaian dalam mengajar.

Namun yang demikian, guru seharusnya memainkan peranan mengajar dan menghubung
kaitkan diantara sesuatu topik dengan topik yang lain yang berkaitan agar para pelajar peka dan
memahami serta dapat mengaplikasikannya dengan baik.

Hal ini dapat menjamin penguasaan pelajar di dalam proses pembelajaran serta
memberikan ruang untuk guru menggunakan kawalan yang minima di dalam kelas kerana pelajar
itu sendiri sudah terdorong untuk fokus atau memberikan tumpuan disepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Oleh yang demikian, guru perlu kreatif dalam mengajar supaya proses pembelajaran
dapat dikaitkan antara satu konsep dengan satu konsep yang lain yang berkaitan agar minat
pelajar dapat mendorong mereka menjadi pelajar yang berkeyakinan dan berjaya didalam kelas
dengan mengintegrasikan pengetahuan yang baru dan sedia ada.

Mata pelajaran yang diajar di sekolah seharusnya diintegrasikan berpadu menjadi suatu
ilmu yang bersepadu. Pelajaran yang dipelajari bukan sekadar pengetahuan dalam bilik darjah
sahaja, bahkan bermanfaat di luar kelas serta dalam kehidupan seharian mereka.

14
5.9 Pelajaran di sekolah perlu dihubungkan dengan kehidupan nyata dalam
masyarakat

Pengetahuan sedia ada pelajar dapat mengukuhkan kefahaman pelajar di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Aspek kemasyarakatan tidak boleh dipandang remeh oleh guru.
Dalam norma ketamadunan manusia, setiap individu pasti akan menghadapi, mendepani,
berinteraksi dan bergaul dengan masyarakat di sekeliling mereka.

Oleh itu, guru sangat berperanan di dalam menyelitkan unsur dan pendidikan yang
bercorakkan masyarakat. Guru bukan semata-mata mengajarkan sesuatu mata pelajaran tetapi
juga mendidik pelajar khususnya dalam menyesuaikan diri di dalam masyarakat. Namun, perlu
diingat bahawa, elemen kemasyarakatan mestilah berbudaya atau bercorakkan masyarakat
setempat agar penerapan yang dilakukan oleh guru dapat diterima oleh pelajar dan ibubapa
mereka serta masyarakat di sekitarnya.

Dengan mengaitkan elemen pendidikan di dalam bilik darjah dengan kehidupan nyata di
dalam masyarakat, para pelajar dapat membuka ruang untuk diri mereka sendiri merasai dan
menghayati pendidikan yang sedang diajarkan oleh guru mereka. Ini adalah kerana pelajar itu
sendiri biasanya sudah memiliki pengetahuan asas dalam kehidupan mereka, hanya mereka
kurang berkemampuan untuk mengaitkan antara proses pembelajaran atau ilmu pengetahuan
yang mereka peroleh dengan kehidupan sebenar di luar sana.

Justeru, perkaitan yang terbina di dalam kelas dengan menghubungkaitkan pembelajaran


di dalam kelas dengan kehidupan masyarakat setempat dapat menjadikan agen kawalan bagi
guru di dalam proses pembelajaran di dalam kelas.

15
6.0 Carta-carta berkaitan

Mengurus aktiviti Mengurus rutin Mengurus aktiviti


penilaian bilik darjah murid

Mengurus keadaan ELEMEN Mengurus baha-


fizikal dan PENGURUSAN bahan pelajaran
kemudahan :

mengelola

Mengurus aktiviti Mengurus disiplin


kumpulan bilik darjah

Rajah 1: Perkaitan elemen pengurusan mengelola dengan pelbagai aktiviti


pengurusan bilik darjah

Proses pengurusan Bilik Darjah

Tentukan suasana Bilik


Darjah yang diingini
4 2

Pantau & nilai Analisis suasana


keberkesanan Bilik Darjah semasa
pengurusan 3

Pilih & guna strategi


pengurusan

Nota Kuliah Pedagogi: Encik Nasir

16
Pendekatan Pembelajaran

Secara umumnya terdapat tiga pendekatan pembelajaran yang biasa digunakan:


Pendekatan Cetek (Surface Approach), Pendekatan Mendalam (Deep Approach) dan Pendekatan
Strategik (Strategic Approach).

Ciri dan hasil pembelajaran bagi setiap pendekatan ditunjukkan oleh jadual berikut:

Pendekatan Ciri-Ciri Hasil

Pendekatan • Digerakkan oleh keinginan untuk hanya • Pemahaman


Cetek menghabiskan kursus secara am/umum
bagi keseluruhan
• Bergantung kepada menghafal fakta kursus/topik yang
• Tidak membezakan antara pengetahuan baru dipelajari
daripada pengetahuan sedia ada
• Menggunakan teknik hafalan
• Proses kognitif pada tahap minimum/rendah

Pendekatan • Digerakkan oleh minat yang mendalam • Pemahaman


Mendalam terhadap subjek/kursus secara mendalam
tentang subjek/
• Mencari makna bagi sesuatu yang dipelajari kursus/bahan
• Mengaitkan konsep dan pengalaman sedia yang dipelajari
ada dengan yang baru • Penghayatan
• Membuat penilaian secara kritikal terhadap makna
daripada fakta
• Mengenal pasti konsep dan tema-tema utama yang dipelajari
• Menghubungkaitkan pengetahuan dengan
pandangan sendiri
• Menggunakan logik dan urutan dalam menilai

Pendekatan • Digerakkan oleh keinginan untuk mendapat • Pelbagai tahap


Strategik gred yang baik pemahaman
sesuai dengan
• Mengaplikasi strategi daripada Pendekatan kehendak kursus/
Cetek atau Pendekatan Mendalam sesuai tugasan/
dengan kehendak tugasan. penilaian

17
7.0 Bibliografi

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum, Quantum Books,
2008

Academic Staff Development Center (ASDC), KUKTEM 2005, 31 Januari 2009

Carl H. Rinne, Excellent Classroom Management, 1997, Wadsworth Publishing Company,


Belmont

Drs Slameto, Belajar dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhinya, Rineka Cipta, Jakarta, Januari
1995

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, Pedagogi Asas Pendidikan, Kayazano
Enterprise, 2004

Mok Soon Sang, Siri Pendidikan Perguruan Pendidikan Di Malaysia untuk Kursus Diploma
Perguruan, Edisi ke-8, 2004, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Selangor

18

You might also like