You are on page 1of 10

TUGASAN 2

Analisis Isu Nasional Berkaitan Pendidikan

PENDIDIKAN ORANG ASLI


OLEH: BASIR ZAHROM
[BERITA HARIAN/22 DISEMBER 2008]

1.0 Sinopsis

Wawasan 2020 adalah merupakan fokus utama Malaysia dalam mencapai impiannya
menjadi sebuah negara yang berdaya saing dan maju di mata dunia. Hasrat tersebut diharapkan
dapat menjadi pemangkin kepada usaha yang berterusan agar segala yang diimpikan menjadi
realiti dan bukan sekadar impian.

Bagi merealisasikan matlamat tersebut, aspek pendidikan menjadi fokus utama kerajaan
agar tidak ada golongan yang ketinggalan dalam perkembangan arus perdana yang pantas.
Namun demikian, masih terdapat golongan Orang Asli yang tercicir di dalam mengejar
pendidikan. Persoalannya ialah apakah punca yang menyebabkan berlakunya keciciran di dalam
kelompok orang Asli tersebut? Bagaimanakah kerajaan, masyarakat serta guru berusaha untuk
menampung lompang yang terhasil? Adakah perkara ini akan menjejaskan matlamat utama
pendidikan sepertimana yang telah disebutkan di dalam Akta Pendidikan 1996 iaitu kepentingan
pendidikan untuk negara dan bangsa?

Penulisan ini akan melihat permasalahan ini dari kaca mata sosiologi (sekolah dan
masyarakat) merangkumi tajuk-tajuk seperti pendidik sebagai aktivis sosial, pendidikan dan
masyarakat, interaksi dan masyarakat serta sejarah sosial pendidikan Malaysia. Sebagai
tambahan, penulis akan memberikan komen serta cadangan untuk menangani permasalahan ini.

Selain itu, penulis akan merungkaikan faktor dominan yang mempengaruhi pendidikan di
kalangan Orang Asli. Adakah permasalahan tersebut berpunca daripada kurangnya keprihatinan
ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak mereka ataupun terdapat faktor lain yang
mempengaruhi pembelajaran mereka.

1
1.1 Pengenalan kepada Orang Asli

“Orang Asli (Malay: Original people) is the accepted term for 17 to 25 indigenous ethnic
minorities of Peninsular Malaysia”

Orang Asli adalah masyarakat peribumi yang paling awal mendiami Tanah Melayu.
Hasil penyelidikan arkeologi yang dijalankan di beberapa buah gunung di timur dan utara
Semenanjung menunjukkan nenek moyang Orang Asli telah mendiami semenanjung sejak abad
ke-8 SM, iaitu kira-kira 10,000 tahun yang lalu1.

1.2 Keciciran pelajar

Menurut Lapuran Jawatankuasa di atas kajian Pendapat Mengenai Pelajaran dan


Masyarakat (Lapuran Keciciran) pada tahun 1973, kajian ini mendapati bahawa ramai murid-
murid miskin di luar bandar yang tercicir berbanding dengan rakan-rakan mereka di bandar.
Kadar keciciran yang paling tinggi ialah di peringkat peralihan persekolahan iaitu dari sekolah
rendah ke menengah rendah (Tingkatan 1 hingga 3).

Seterusnya Laporan Kes Mengenai Keciciran di Sekolah Menengah oleh Bahagian


Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan mendapati bahawa semua pelajar yang tercicir
datang daripada keluarga keluarga berpendapatan rendah atau sederhana dan tinggal di kawasan
yang persekitarannya tidak menggalakkan untuk pembelajaran. Walaupun agak sukar untuk
menentukan punca sebenar yang menyebabkan berlakunya keciciran, kajian mengenalpasti
empat faktor yang saling berkait iaitu peajar sendiri, keluarga, persekitaran dan sekolah.

2.0 Analisis mengikut konsep-konsep yang telah dipelajari (8 markah)


1
Mohd Fauzi Yaacob, Malaysia Menangani Perubahan Dan Pembangunan, 2006, Penerbit Universiti Malaya,
Kuala Lumpur, muka surat 188

2
2.1 Pendidik sebagai aktivis sosial

Tugas guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, bahkan


menanamkan sikap, nilai serta sahsiah yang sempurna dalam diri pelajar-pelajarnya.
Bagaimanapun, perkembangan yang pesat dalam pembangunan serta teknologi yang semakin
maju menyebabkan perubahan terutamanya dari segi sosial. Oleh sebab itu, guru berperanan
sebagai agen sosialisasi dengan membawa kualiti sosial pelajar seiring dengan arus
perkembangan.

Sub topik ini menekankan bahawa guru berperanan untuk membentuk pelajar-pelajar
agar dapat meningkatkan prestasi mereka tidak kira di dalam pelajaran mahupun membaiki nilai-
nilai dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, masalah jurang pendidikan Orang Asli
dengan bangsa yang lain seharusnya dapat dikurangkan memandangkan ramai guru-guru
siswazah telah ditempatkan di kawasan pedalaman bagi membantu golongan ini.

Guru sebagai model seharusnya dapat menyalurkan cita-cita dan mengembangkan bakat
para pelajar terutamanya Orang Asli. Ini kerana guru mempunyai ketokohan yang meyakinkan
serta mempunyai pandangan yang tinggi di dalam masyarakat. Melalui usaha yang berterusan
ini, guru diharapkan dapat merubah Orang Asli dari segi mentalitinya agar mereka mampu
meningkatkan taraf hidup mereka kepada tahap yang lebih baik berbanding dengan keadaan
mereka sekarang.

Peranan guru sebagai fasilitator atau pemudah cara ialah membentuk anak didiknya yang
mentah sehingga mereka menjadi manusia yang berjaya di dalam akademik mahupun di dalam
kehidupan mereka. Segala permasalahan yang dihadapi ketika berhadapan dengan karenah anak
murid haruslah ditangani dengan cara yang positif.

2.2 Pendidikan dan masyarakat

3
Pendidikan dan masyarakat tidak dapat dipisahkan kerana keduanya mempunyai
hubungan yang saling berkaitan. Sebagai contoh, dalam pengisian kemerdekaan telah berlaku
pelbagai usaha dalam modenisasi pendidikan negara. Tujuannya tidak terhad kepada ilmu
pengetahuan sahaja, malahan segala pengalaman serta idea yang baru dapat dikembangkan serta
diadaptasikan ke dalam negara bagi memajukan negara.

Orang Asli hendaklah mengeluarkan diri mereka dari kepompong yang menyebabkan
mereka terasing dan tertinggal jauh terutamanya dalam pendidikan. Kehidupan yang lebih
menumpukan kepada sara diri haruslah diubah melalui pendidikan yang formal. Ini kerana
hanya dengan pendidikan sahajalah mereka mampu menjadi suatu bangsa yang berdaya saing
setanding dengan bangsa-bangsa yang lain.

2.21 Pendidikan dalam konteks masyarakat


Pendidikan adalah suatu proses transmisi secara formal dan tidak formal. Persekolahan
misalnya adalah aktiviti di mana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Melalui institusi
pendidikan inilah berlakunya transmisi kerana sekolah adalah struktur sosial.

Sekolah adalah tempat berlakunya proses pengajarandan pembelajaran. Fungsinya bukan


sekadar untuk akademik, malahan sebagai tempat untuk belajar bersosial serta kepimpinan.
Sebagai contoh, pelajar yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang serta anutan dipupuk untuk
bersosial sebagai rakyat Malaysia yang harmoni. Perkara yang sama juga harus dialami oleh
Orang Asli kerana terdapat di kalangan pelajar-pelajar Orang Asli yang tidak dapat
menyesuaikan diri mereka dengan situasi yang baru ini.

Oleh itu, peranan sekolah ialah untuk memberi peluang kepada manusia khasnya generasi
muda untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk
menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan seharian.

2.22 Berapa kuat hubungan antara status pekerjaan dengan pendidikan?

4
Menurut pandangan fungsionalisme, pendidikan mempunyai peranan penting sebagai alat
mobiliti sosial2. pada hari ini kedudukan kelas dan pekerjaan selalu menjadi pengukur mobiliti
sosial. Perbezaan dalam Status pekerjaan jika diukur dari segi kolar biru dan kolar putih akan
meningkat seiring dengan tingginya tahap pendidikan3.

Di Amerika Syarikat, peratusan untuk semua bangsa bekerja dalam sektor kolar putih
meningkat dengan mendadaknya akibat daripada pendidikan, manakala peratusan yang bekerja
dalam sektor kolar biru turun dengan banyaknya. (Sumber : U.S Department of Labor 2001)

2.3 Interaksi dan masyarakat

2.31 Konflik-konflik dalam pendidikan

Pendidikan adalah untuk mengindoktrinasikan kanak-kanak nilai ekonomi kapitalisme.


Perkara ini terjadi kerana mereka diajar tentang kepentingan untuk mengekalkan status sosial
masing-masing. Menurut Randal Collins (1974), pendidikan digunakan oleh kumpulan masing-
masing untuk memperoleh faedah ekonomi, status dan kuasa.

2.32 Penganiayaan simbolik


Penindasan budaya kemungkinan berlaku kepada pelajar-pelajar Orang Asli. Ini kerena
terdapat perbezaan antara pelajar kaya dan pelajar yang miskin. Selain itu, terdapat banyak dari
kalangan pelajar Orang Asli yang keciciran dalam pelajaran mereka. Ada antara mereka yang
tidak tahu membaca dan lebih malangnya lagi gagal dalam peperiksaan yang diduduki.

Selain itu, keadaan guru yang mengandaikan semua muridnya tahu apa yang diajarkan
semasa di kelas adalah merupakan suatu bentuk penganiayaan simbolik. Tambahannya lagi
pendidikan yang berlaku terlalu berorientasikan akademik dan tidak mengambilkira keinginan
murid.

2.33 Habitus
2
Amir Hasan Dawi, Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Ketiga, 2006, Quantum Books, Tanjung Malim,
muka surat 180
3
John M. Shepard, Sociology, 9th Edition, 2007, Thompson Higher Wadsworth Education, Belmont, muka surat 383

5
Perasaan malu dan rasa rendah diri dalam kalangan pelajar Orang Asli seharusnya dapat
dikikis agar tidak melarat sehingga boleh menjejaskan masa depan mereka. Faktor-faktor
sekeliling seperti keluarga dan persekitaran seharusnya diubah agar tidak terus membelenggu diri
pelajar terbabit.

2.4 Reformasi pendidikan

2.41 Pendemokrasian pendidikan

Pendemokrasian pendidikan memberi peluang yang sama kepada pelajar untuk


mendapatkan pelajaran. Ini adalah bertepatan dengan prinsip-prinsip kesamarataan hak-hak
sosial.

Akses kepada peluang-peluang dan ganjaran-ganjaran adalah sama bagi setiap warga
negara Malaysia. Orang Asli juga tidak terkecuali di dalam mengejar maklumat serta pendidikan
yang sama seperti bangsa lain.

3.0 Cadangan dan rumusan (4 markah)

6
Menurut sebab yang utama, seharusnya dana awam dilaburkan pada sekolah-sekolah dan
program-program pendidikan bagi pelaburan modal insan. Secara tidak langsung ini akan
mempromosikan serta memesatkan ekonomi, sosial, kebudayaan dan politik bagi sesebuah
negara.

Penduduk yang tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan persekolahan yang


sempurna akan menyebabkannya tidak dapat mempunyai peluang untuk mengembangkan
maklumat serta meningkatkan taraf kehidupan ssms seperti yang lain. Pendidikan bukanlah
hanya suatu hak manusia, bahkan pendidikan juga adalah suatu keperluan sosial4.

Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan kawasan luar
bandar. Pendidikan yang asas di luar bandar boleh dikumpulkan kepada beberapa perkara iaitu
pendidikan asas, pendidikan untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga, pendidikan untuk
mengukuhkan komuniti serta pendidikan untuk membina pekerjaan5.

Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu meganjurkan siri ceramah yang
berunsurkan pendidikan wajib sama ada melalui media massa atau ceramah di kawasan tertentu
yang dikenalpasti bermasalah6. Perkara ini akan dapat memberikan kefahaman kepada
masyarakat perihal pentingnya pendidikan kepada anak-anak mereka.

Menurut Konvensyen Nasional PIPP Kedua (2008) mengenai merapatkan jurang


pendidikan telah menyarankan beberapa program serta projek infrastruktur dan ICT luar bandar.
Ini adalah bertujuan supaya dapat membina kesediaan pembelajaran awal di kalangan kanak-
kanak yang berumur lima tahun khususnya murid-murid luar bandar dan Orang Asli serta Penan.

4
Food & Agriculture Organization of The United Nation, Educational for rural people (Aid Agencies workshop),
Rome, Italy (12-13 December 2002), 2003, Working Document FAO and UNESCO-IIEP (International Institute for
Educational Planning), muka surat 25
5
Paiboon Suthasupa, Tertiary Education and Rural Development in Thailand, 1982, Maruzen Asia, Singapura, muka
surat 15
6
Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kajian Keciciran
Di Kalangan Murid Sekolah Rendah : Cabaran Menghadapi Sistem Pendidikan Wajib. Kuala Lumpur:
BPPDP , 2003

7
Selain itu, pelancaran Kelas Dewasa bagi Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Pribumi
(KEDAP)7 yang telahpun dilancarkan pada tahun 2008 mempunyai objektifnya yang tertentu
seperti mengurangkan kadar buta huruf khususnya Orang Asli serta beberapa golongan lagi.
Malahan kelas tersebut adalah sebagai wahana untuk membasmi kemiskinan tegar melalui
agenda pendidikan disamping membantu anak-anak golongan ini di dalam pembelajaran mereka
agar tidak berlaku insiden keciciran.

Mata Pelajaran Vokasional dilihat sebagai suatu alternatif dalam menyediakan pilihan
pelajaran di sekolah menengah harian kepada pelajar yang yang kurang minat dalam akademik
dan lebih cenderung kepada program vokasional yang berbentuk hands-on. perkara seperti ini
akan membantu mengurangkan masalah pelajar yang tidak menghabiskan pelajaran mereka
sehingga tamat tingkatan lima.

Oleh kerana tahap penguasaan 3M dikalangan orang Asli masih di tahap rendah serta
kadar keciciran mereka adalah tinggi, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menyediakan peruntukan bagi ibu bapa murid Orang Asli dan pribumi lain mulai dari tahun
2008. Mereka yang menghadiri kelas akan diberikan elaun sebagai usaha untuk meningkatkan
tahap pendidikan mereka yang masih jauh ketinggalan berbanding dengan bangsa-bangsa yang
lain.

Hanya melalui pendidikan Orang Asli dapat membuat perubahan di dalam kehidupan
mereka. Konsep pembelajaran sepanjang hayat (long life learning) seharusnya dapat ditanam ke
dalam setiap isi masyarakat Orang Asli. Tidak menyalahi sekiranya ibu bapa mempelajari
kemahiran 2M kerana melaluinya mereka dapat mengetahui akan kepentingan pendidikan
terutamanya kepada anak-anak mereka.

Selain itu, mentaliti Orang Asli haruslah berubah agar tidak berada di takuk yang lama.
Kehidupan yang dijalani sekarang mungkin tidak mengalami perubahan yang positif sekiranya
tiada inisiatif daripada mereka sendiri. Sewajarnya mereka sama-sama memajukan diri seiring
dengan perkembangan semasa.

7
Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan. Konvensyen Nasional PIPP Kedua 2008, IAB, 24-27 November 2008

8
Secara tuntasnya, penulis berpendapat bahawa pendidikan Orang Asli mampu
ditingkatkan ke tahap yang lebih baik kerana dasar pendidikan negara yang sentiasa menyokong
golongan ini untuk maju ke depan. Semua pihak seharusnya berganding bahu untuk sama-sama
memajukan pendidikan dalam negara terutama guru-guru. Tidak kira di mana mereka
ditempatkan sama ada di bandar mahupun di kawasan pedalaman.

4.0 Bibliografi

Buku

Amir Hasan Dawi, Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Ketiga, 2006, Quantum Books,
Tanjung Malim

Food & Agriculture Organization of The United Nation, Educational For Rural People (Aid
Agencies workshop), Rome, Italy (12-13 December 2002), 2003, Working Document FAO and
UNESCO-IIEP (International Institute for Educational Planning)

John M. Shepard, Sociology, 9th Edition, 2007, Thompson Higher Wadsworth Education,
Belmont

Mohd Fauzi Yaacob, Malaysia Menangani Perubahan Dan Pembangunan, 2006, Penerbit
Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Paiboon Suthasupa, Tertiary Education and Rural Development in Thailand, 1982, Maruzen
Asia, Singapura

9
Laporan

Lapuran Jawatankuasa di atas kajian Pendapat Mengenai Pelajaran dan Masyarakat (Lapuran
Keciciran) oleh Bahagian Perancang dan Penyelidikan Pelajaran. Kuala Lumpur: BPPP dan
Jabatan Perangkaan,1973. v, 147 muka surat

Laporan Kes Mengenai Keciciran di Sekolah Menengah oleh Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPDP, Mei 1996. 221 muka surat

Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.


Kajian Keciciran Di Kalangan Murid Sekolah Rendah : Cabaran Menghadapi Sistem
Pendidikan Wajib. Kuala Lumpur: BPPDP , 2003

Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan. Konvensyen Nasional PIPP Kedua 2008, IAB, 24-27
November 2008

10

You might also like