You are on page 1of 6

Sifat Matemat ik

Sekarang

lebih dari aritmetik dan geometri, matematik pada hari ini terdiri daripada pelbagai disiplin yang berkaitan dengan data, pengukuran, dan pemerhatian sains; dengan inferens, deduksi, dan bukti, serta dengan model matematik fenomena alam, perilaku manusia, dan sistem sosial.

Secara praktikal, matematik adalah ilmu pola dan susunan. Domainnya adalah nombor, peluang, bentuk, algoritma, dan pertukaran.

Sebagai ilmu objek abstrak, matematik bergantung pada logik, bukan pada pemerhatian, sebagai standard kebenaran.
Namun, matematik menggunakan pemerhatian, simulasi, dan experimen sebagai cara untuk mencari kebenaran.

Peranan khusus bagi matematik dalam pendidikan adalah kesan daripada aplikasinya secara universal. Melalui teoremnya, matematik menawarkan sains asas kebenaran dan standard kepastian.

Keputusan daripada matematik, teorem dan teori, kedua-duanya bermakna dan penting.

Matematik juga menawarkan mod pemikiran yang fleksibel dan kuat.

Matematik bergantung kepada kedua-dua logik dan kreativiti. Matematik digunakan dalam pelbagai aplikasi praktikal dan minat intrinsik. Intipati matematik terletak pada keindahannya dan cabaran intelektualnya. Nilai utama matematik adalah pada cara ia diaplikasikan kepada bidang-bidang yang berbeza.

Disebabkan peranan penting yang dimainkan oleh Matematik dalam budaya moden, pengetahuan asas mengenai sifat matematik adalah syarat untuk literasi saintifik. Untuk ini, pelajar hendaklah menerima matematik sebagai sebahagian daripada ilmu sains, memahami sifat pemikiran secara matematik, dan menjadi biasa kepada kunci idea matematik dan kemahiran.

You might also like