You are on page 1of 8

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan para tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan-puan ke Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah & Hari Graduasi Prasekolah bagi sesi Tahun 2011. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil
tempat.

Yang berusaha En ___________________________ YDP PIBG SK Merting Yang berusaha En Mohd Azahar bin Zakaria, Guru Besar Sk Merting Yang berusaha En Jamaludin bin Bakar, Ketua Kg Merting/Lubuk Payung Yang Berusaha Wan Mohammad bin Wan isa Pengerusi Masjid Kg merting Yang Berusaha En Mohd Nor Bin Ab Kadir, GPK Kurikulum Sk Merting Yang Berusaha En Baharom Bin Bakar GPK HEM Sk Merting Yang Berusaha En Nor Hayazi Bin Mohamed GPK KO-Kurikulum SK Merting Guru-guru, ibu bapa, Serta murid-murid yang dikasihi. Melayang belatuk di hujung pekan, Diperdu peria makanan dicari, Kehadiran tuan kami alukan, Majlis ceria bertambah seri.

BACAAN DOA Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah kurnianya, marilah kita sama-sama memohon taufik dan hidayah sempena Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah & Hari Graduasi Prasekolah . Majlis dengan itu mempersilakan Ust Azaman Bin Yusoff, untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan..... Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ust Azaman Bin Yusoff di atas bacaan doa itu tadi.

BACAAN AYAT SUCI AL-QURAN DAN TERJEMAHAN Hadirin dan hadirat sekalian Bagi memberkhati lagi majlis kita pada pagi ini, kita semua akan diperdengarkan dengan Bacaan Ayat Suci Al-Quran dan Terjemahan: Dengan itu majlis menjemput adik: - Nadia Nabila binti Hamid yang akan membacakan ayat suci al-quran - Muhammad Hanif Bin Abdul Rashid yang akan membacakan terjemahan. Dipersilakan. Buat makluman para hadiran, adik Nadia Nabila adalah merupakan Johan dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran bagi Majlis Sambutan Israk mikraj peringkat sekolah. Di atas bacaan itu tadi pihak majlis mengucapkan ucapan terima kasih.

Hadirin dan hadirat yang dihormati, Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama sekali lagi di Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah & Hari Graduasi Prasekolah bagi sesi Tahun 2011. Pada hari ini tuan-tuan/puan-puan akan menyaksikan hasil usaha dan kejayan yang dilakar oleh anak tuan-tuan/puan-puan terutamanya dalam bidang akedemik di samping kegiatan kokurikulum. Selain itu kita juga akan dihidangkan dengan beberapa persemban yang menarik dari murid sk merting. UCAPAN/PERASMIAN EN. MOHD AZRZAHAR

Tuan-tuan dan puan-puan,


Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput Yang En. Mohd Azhar bin zakaria selaku Guru Besar Sk Merting bagi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis pada hari ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas ucapan Guru Besar Sk Merting sebentar tadi.

PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA MURID PRA SEKOLAH Hadirin yang dihormati, Majlis pada pagi ini akan diteruskan dengan acara GRADUASI PRA SEKOLAH sesi 2011. Bagi menyempurnakan acara , pihak majlis dengan segala hormatnya menjemput ______________________________________ untuk menyampaikan sijil.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Acara ini akan dimulakan dengan :

Penyampaian sijil kepada murid pra sekolah yang berumur 6 tahun 5 tahun 4 tahun. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada _______________________ di atas kesudian beliau menyempurnakan acara sebentar tadi.
PENYAMPAIAN HADIAH KAFA Hadirin dan hadirat sekalian, Acara seterusnya adalah acara penyampaian hadiah Kelas Asas Fardu Ain (KAFA). Untuk menyempurnakan acara, dijemput _________________________ bagi menyampaikan hadiah. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Bagi murid-murid Pra sekolah - Tempat ketiga - Tempat kedua - Tempat pertama Bagi murid-murid Tahun 1 - Tempat ketiga - Tempat kedua - Tempat pertama Disamping menduduki tempat _________ adik __________________ juga mendapat markah tertinggi bagi mata pelajaran______________________ Juga barjaya mendapat markah tertinggi bagi matapelajaran ______________________. Bagi matapelajaran terbaik _____________________ dijemput adik ___________________.

PERSEMBAHAN MURID PRA SEKOLAH Hadirin dan hadirat sekalian, Sebelum kita meneruskan acara seterusnya mari lah kita bersama-sama menyaksikan persembahan tarian dari murid-murid pra sekolah.

majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan Begitulah persembahan yang menarik itu tadi. Semoga para hadirin sekalian terhibur. Pihak majlis mengucapakan terima kasih kepada guru pembimbing serta murid-murid pra sekolah. PEYAMPAIAN HADIAH 1/2/3 Tuan-tuan/puan-puan sekelian, Majlis pada pagi ini akan diteruskan dengan Penyampaian Hadiah bagi kedudukan dalam kelas serta matapelajaran terbaik, ianya adalah berdasarkan Peperiksaan akhir tahun. Majlis dengan sukacitanya menjemput . untuk menyampaikan hadiah.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Acara penyampaian hadiah dimulakan bagi murid-murid Tahun Tempat ketiga Tempat kedua Tempat pertama Disamping menduduki tempat _________ adik __________________ juga mendapat markah tertinggi bagi mata pelajaran______________________ Juga barjaya mendapat markah tertinggi bagi matapelajaran ______________________.

Bagi matapelajaran terbaik _____________________ dijemput adik ___________________.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada _______________________ di atas kesudian beliau menyampaikan hadiah itu tadi.

PERSEMBAHAN MURID
Hadirin dan hadirat sekalian,

Acara seterusnya pada pagi, kita akan dipertotonkan dengan persembahan murid sk merting. Murid-murid tahun 1 akan mendendangkan 2 buah lagu yang bertajuk - Musim buah-buahan - Gajah menari Dengan tidak membuang masa majlis mempersilakan.. Majlis mengucapakan terima kasih kepada guru pembimbing dan murid-murid tahun 1. Majlis diteruskan pula dengan persembahan ke-3 pada pagi ini, yang akan dipersembahkan oleh murid-murid tahun 4/5 dibawah bimbingan Ust Maziah. Dimaklumkan persembahan ini merupakan persembahan koir, dengan lagu yang bertajuk: - Warisan - Nyalakan tekad Majlis dengan berbesar hati mempesilakan. Sekali lagi pihak majlis mengucapakan terima kasih kepada guru pembimbing setra murid-murid tahun 4/5.

PENYAMPAIAN HADIAH TAHUN 4/5/6 Tuan-tuan/puan-puan sekalian Acara penyampaian hadiah akan diteruskan bagi murid-murid tahun 4-5-6. Bagi menyempurnakan acara ini pihak majlis bebesar hati untuk menjemput _________________________________
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Acara penyampaian hadiah dimulakan murid Tahun Tempat ketiga Tempat kedua Tempat pertama Disamping menduduki tempat _________ adik __________________ juga mendapat markah tertinggi bagi mata pelajaran______________________

Juga barjaya mendapat markah tertinggi bagi matapelajaran ______________________.

Bagi matapelajaran terbaik _____________________ dijemput adik ___________________. KEDATANGAN PENUH Pihak majlis memohon _________________________________ terus berada di pentas bagi menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang mempunyai kedatangan penuh sepanjang tahun. Majlis mempersilakan adik: MURID ASLI TERBAIK

Seterusnya penyampaian hadiah bagi murid asli terbaik. Bagi makluman ibubapa, Hadian ini diberikan mengikut Tahap 1 & 2 Untuk tahap 1 majlis menjemput adik: - Borhan A/L Atan Manakala tahap 2 majlis menjemput adik - Zaina A/P Les Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada _______________________ di atas kesudian beliau menyampaikan hadiah itu tadi. PERSEMBAHAN MURID Tuan-tuan/puan-puan sekalian Majlis kita pada pagi ini akan diceriakan pula dengan persembahan murid tahun 2/3. Dengan persembahan Tarian Tarian Tradisional yang diberikan nama tarian Lodeh mak Lodeh. Guru pembimbing bagi pasukan tarian ini adalah cik rosmiza. Dengan itu majlis mempersilakan Majlis mengucapkan terima kasih kepada guru pembimbing dan murid-murid tahun 2/3 dengan persembahan yang menarik itu tadi. Semoga bakat yang ada ini dapat dikembangkan lagi pada masa akan datang. Kini majlis menjemput pulak, murid-murid tahun 6 yang akan membuat persembahan dalam bentuk koir dengan lagu 6

- Jasa bonda Majlis mempersilakan. Terima kasih diucapakan kepada guru dan murid-murid tahun 6 itu tadi. Buat pengatahuan para hadirin seklian, persembahan itu tadi telah dibimbing oleh Pn. Zainora. ANUGERAH KO-KURIKULUM / KHAS Tuan-tuan/puan-puan sekelian, Acara kita nampaknya dah hampir-hampir ke penghujung, tetapi kita masih ada hadiah/sijil yang masih belum disampaikan. Untuk pengatahuan hadirin semua apa yang dimaksudkan ialah Anugerah ko-kurikulum dan Anugerah khas. Apa yang dimaklumkan kepada saya, anugerah Ko-kurikulum ini adalah berdasarkan Buku Rekod Penilaian Ko-kurikulum. Anugerah ini akan diberikan kepada murid yang melibatkan diri secara aktif dalam ko-kurikulum. Penilaian dibuat berdasarkan 3 perkara - Kehadiran ( Unit Berunifom/Persatuan & kelab/sukan & permainan - Penglibatan (sekolah/daerah/negeri) - Pencapaian (johan/n.johan/k-3) Bagi menyempurnakan acara ini majlis bebesar hati untuk menjemput __________________________________ . Dengan itu majlis mempersilakan. Pihak sekolah telah memilih 3 organg murid iaitu Seterusnya kita pergi kepada Anugerah Khas, anugerah ini pulak diberikan kepada murid yang mempunyai pecapaian cermelang dalam akedemik dan ko-kurikulum. Pihak sekolah dengan bebesar hati telah memilih Adik: - Wan Nurul Alia Bt Wan Mohd Iskandar (Tokoh Harapan) - Nor Anis Binti Sazali ( Tokoh Murid) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada _______________________ di atas kesudian beliau menyampaikan hadiah itu tadi.

UCAPAN PENUTUP & JAMUAN Tuan-tuan dan puan-puan, Maka sempurnalah sudah Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah & Hari Graduasi Prasekolah bagi sesi Tahun 2011. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan majlis ini amat dihargai dan kami berasa begitu terharu dengan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak. Tenang-tenang air di laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut Budi baik rasa nak junjung Terima kasih atas segala perhatian, salam kemaafan di setiap kesilapan dari tuturkata mahupun lakucara, jumpa lagi pada lain ketika. Sebelum bersurai, sudilah apa kiranya menjamu selera hidangan yang tersedia. Pihak majlis menjemput para tetamu ke tempat jamuan. Sekian, wbt.

You might also like