You are on page 1of 19

SEJARAH KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU Sebelum kedatangan Islam, masyrakat Melayu menganut fahaman animisme.

Keadaan ini berubah selepas kedatanagan Islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas Islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur (Ruslan Zainuddin, 2004: 91-92). Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu (Hall dlm Ruslan Zainuddin). Manakala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di sekelilingnya masih belum mmeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu (Ruslan Zainuddin, 2004: 91). Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, kita dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik berterusan berlaku. Dalam bidang undang-undang dimulai dengan undang-undang Kanun Melaka & Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya Kanun Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan Perlembagaan Terengganu & Perlembagaan Negeri Johor. Perubahan dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah dianggap sebagai pemerintah di mana

kekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah dan para pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam. PENGHAYATAN ISLAM BERTERUSAN DI ZAMAN PENJAJAHAN Proses Islamisasi Undang-undang & Sosio-Budaya dan Politik tergugat dengan kedatangan penjajah British, tetapi tidak banyak terjejas di zaman Portugis dan Belanda. Di zaman penjajahan British peranan Undang-undang Islam diperkecilkan bidang perlaksanaannya & golongan yang terlibat dengan Undang-undang Islam, iaitu hanya untuk orang-orang Islam dan bidangnya hanya bidang undang-undang diri dan kekeluargaan. Sesungguhnya begitu, kita dapati dalam bidang-bidang yang lain, seperti pendidikan agama, kehidupan keagamaan dan kehidupan individu dan keluarga serta masyarakat masih diberi ruang untuk dihayati dan tidak diganggu-gugat. Justeru itulah kita dapati perkembangan Islam dan penghayatannya masih dapat dipertahankan (JAKIM). PENGHAYATAN ISLAM DI ZAMAN KEMERDEKAAN Kemerdekaan Malaysia yang dicapai pada 31 Ogos 1957 adalah usaha daripada UMNO, yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman. UMNO cuba menunjukkan kekuatannya kepada pihak berkuasa British dengan menggabungkan parti China (MCA) dan parti India (MIC) dalam gagasan Perikatan, dengan mengekalkan identiti parti masing-masing dalam perkaraperkara tertentu (JAKIM). Berasaskan perikatan ini didapati pensyarikatan kuasa politik berlaku antara etnik China, India dan Melayu, tetapi walau bagaimanapun UMNO masih merupakan kuasa politik dominan dalam pemerintahan. Sejak daripada tahun 1957 sehingga kini kedominan parti UMNO dapat dipertahankan dalam menguasai pemerintahan negara. Sungguhpun UMNO sebuah parti sekular, pendukung-pendukungnya adalah dari golongan Melayu Muslim yang masih sensitif kepada Islam kerana adanya sensitif ini didapati kedudukan Islam dan orang Melayu Islam ada keistimewaan-keistimewaan tertentu dan begitu juga intitusi-intitusi Islam di peringkat negeri dan pusat masih diberi kedudukannya yang tersendiri (JAKIM). Sejak daripada tercapainya kemerdekaan, perhatian kepada pembangunan masyarakat Islam terus berlaku dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosial cuma yang agak tersekat dalam proses Islamisasi ialah bidang undang-undang yang disegi kenyataannya untuk dibuat perubahan secara menyeluruh terhalang disebabkan beberapa peruntukan yang ditinggalkan oleh penjajah dalam perlembagaan, Undang-undang Federal dan Pusat. Undang-undang yang agak ketara percanggahannya adalah di bidang jenayah hudud, adapun di bidang jenayah membunuh & mencederakan sebahagian daripada prinsip dan hukumnya tidak banyak beza

dengan Islam, demikian juga dalam hukum tazirkesalahan-kesalahan maksiat. Selain daripada itu dalam muamalat hanya unsur riba yang ketara bercanggah dengan Islam, tetapi dalam bahagian yang lain tidak banyak percanggahannya. Dalam bidang kekeluargaan didapati sepenuhnya undang-undang Islam dilaksanakan, kecuali negeri yang masih berpegang, kepada adat perpatih (JAKIM). Dalam proses meneruskan Islamisasi di bidang undang-undang didapati peruntukanperuntukan khas diwujudkan untuk kepentingan Islam dan masyarakat Islam seperti Akta Bank Islam, Akta Takaful, Falsafah Pendidikan Negara, Akta Universiti Antarabangsa, Akta Koperasi dan sebagainya. Melihat kepada perkembangan ini ternyata proses Islamisasi berterusan berjalan dengan adanya ruang peruntukan dalam Undang-undang Negeri & Persekutuan, Cuma yang perlu diusahakan ialah bahagian-bahagian tertentu dalam Undangundang Federal, Perlembagaan dan undang-undang Negeri yang menghalang perlaksanaan Islam yang menyeluruh perlu dipinda (JAKIM). SISTEM DEMOKRASI & PENGHAYATAN ISLAM Selepas merdeka kita didedahkan dengan sistem demokrasi berparlimen, yang ditaja oleh penjajah British sebelum Malaysia diberi kemerdekaan. Untuk melaksanakan sistem demokrasi dalam pemerintahan maka parti politik ditubuhkan. Dalam sistem berparti ini terdapat peruntukan untuk parti pemerintah & parti pembakang. Dilihat dari sudut Islam sistem demokrasi ini dapat diterima dari satu sudut iaitu memberi suara kepada rakyat memilih pemimpin mereka secara bebas dan terbuka tetapi yang tidak cocok dengan Islam ialah ia membelah umat berterusan kepada dua kelompok, kelompok pemerintah dan kelompok pembangkang yang menentang pemerintah dalam ruang terbatas. Sedangkan dalam Islam mengajak kepada kesatuan umat dan mendekatkan jurang pemisahan di antara kelompok, bukan meluaskan jurang (JAKIM). Walau bagaimanapun kenyataan ini wujud di hadapan kita dan kita terpaksa menerima sistem ini dengan dibuat perhitungan bahawa sistem ini bukan suatu kebenaran mutlak dan ia adalah tajaan penjajah yang masih meneruskan polisinya divide & rule. Kalau diambil asas yang masakini iaitu kuasa politik Melayu Muslim masih ada sebagai titik tolak untuk menyatukan Kelompok Islam, dengan mengambil kira Islam sebagai asas dalam penyelesaian kuasa politik dan cuba menjauhkan titik-titik perbezaan serta mencari titik-titik persamaan yang membina, maka dirasakan ini lebih bermanfaat untuk kekuatan masa depan politik orang Islam. Kalau tidak kita berterusan menjadi alat idea penjajah divide & rule yang kita sendiri memecahkan kelompok kita dengan tangan kita sendiri. Oleh itu bagi memudahkan proses penyatuan umat di masa depan kita perlu menerima sebagai suatu kenyataan bahawa negara ini ialah sebuah negara Islam. Dengan menerima negara ini sebagai sebuah negara

Islam bukan bermakna ianya telah selesai segala tuntutannya. Kesempurnaannya perlu kepada pengisian daripada kita, sama juga seorang Muslim yang diakui sebagai Muslim selepas mengucap dua kalimah syahadah bukan bermakna Muslimnya sudah sempurna, kesempurnaan Islamnya bergantung kepada proses peningkatan ilmu & penghayatan Islam pada dirinya (JAKIM). KESIMPULAN Tidak ada kesepakatan dikalangan ulama tentang kriteria negara Islam kerana tidak terdapat nas Qati yang menentukannya. Justeru itu ulama berbeza pandangan dalam ijtihadnya dalam menentukan ciri-cirinya. Ada yang mencirikan bilangan majoriti Muslim sebagai penentu dan ada mencirikan perlaksanaan syariah sebagai penentu. Dalam pengalaman sejarah politik Islam tidak terdapat penentuan cara yang tetap dalam pemilihan pemimpin negara. Ada secara pemilihan terbuka dan ada secara warisan, tetapi semua bentuk pemimpin yang ditentukan itu diterima sah oleh ulama yang membincangkan teori politik Islam. Ulama juga tidak sepakat pendapat tentang syarat-syarat yang ditetapkan bagi ketua negara, kecuali beberapa syarat sahaja seperti keupayaan jasmani, kelayakan undang-undang, adil, kelayakan ilmu siasah, peperangan dan pentadbiran. Kerakyatan negara Islam sama ada Muslim atau bukan Muslim adalah sama disegi hak dan kewajipan kecuali perkara-perkara khusus yang dikecualikan. Mereka dikira sebahagian daripada umat Islam (ummatun min alMuslimin). Malaysia adalah sebuah negara Islam berdasarkan kepada majoriti penduduk Islam, keamanan yang dinikmati, perlaksanaan undang-undang Islam sebahagian besarnya dan kepimpinan negara dikuasai oleh orang Melayu Muslim (JAKIM). PENUTUP Dengan penerimaan negara ini sebagai sebuah negara Islam menimbulkan beberapa implikasi dalam kehidupan Muslim. 1. Muslim berhak menuntut pemerintah melaksanakan Islam sepenuhnya kerana itu adalah tanggungjawabnya sebagai pemerintah Islam. 2. Muslim dapat hidup dengan harmoni dan dapat berusaha meningkatan produktiviti untuk kepentingan Islam, kerana terdapat sikap baik sangka antara satu dengan yang lain. 3. Menimbulkan tanggungjawab yang lebih kepada Muslim untuk melaksanakan Islam di mana saja dia berada, kerana tidak dirasakan ada sesuatu yang bercanggah yang patut dielakkan dalam kehidupannya. 4. Membina sikap positif dan membuat kritikan yang membina untuk kepentingan Islam, serta berpatisipasi dalam memenuhi tuntutan Islam di mana saja ada kekurangan. 5. Setiap individu Muslim merasa berkewajipan untuk membangun negara dan umatnya dalam keupayaan masing-masing.

RUJUKAN Afifah Abu Yazid. (2003). Pengajian Tamadun Asia. Bentong: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Ayadurai. (1999). Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mahyuddin Yahya. (1998). Tamadun Islam. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ruslan Zainuddin. (2004). Sejarah Malaysia (edisi ke-2). Shah Alam: Penerbit Fajar Sdn. Bhd. Bakti

Kedatangan dan Penyebaran Islam di Nusantara


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Batu Bersurat Terengganu, antara bukti kedatangan Islam di Tanah Melayu.

Bukti awal kedatangan dan penyebaran Islam di Nusantara bergantung kepada batu nisan dan buktibukti lain yang bertaburan di rantau ini. Contoh penting termasuk batu nisan yang ditemui di Champa sekitar awal abad ke 11M, batu nisan di Gresik, Jawa bertarikh akhir abad ke-11M dan Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303, rekod penempatan orang Islam di Majapahit dan kumpulan pedagang Islam di utara Tanah Melayu, serta pengislaman raja Pasai pada tahun 1282. Pada akhir abad ke-15, Islam sudah mengukuhkan kedudukan di Tanah Melayu, Sumatera, bahagian utara Pulau Jawa, Brunei dan Utara Borneo. Islam juga menembusi Maluku dan Sulu.
Isi kandungan
[sorokkan]

1 Teori Kedatangan Islam di Nusantara

o o o

1.1 Teori Kedatangan Islam Secara Langsung Dari Tanah Arab 1.2 Teori Kedatangan Islam Melalui India 1.3 Teori Kedatangan Islam Melalui China

2 Penyebaran Islam sebelum kebangkitan Melaka

[sunting]Teori

Kedatangan Islam di Nusantara

Tidak ada jawapan yang tepat bagi memastikan siapakah yang pertama sekali menyebarkan Islam di Nusantara kerana tiada bukti sahih yang ditemui bagi memastikan bilakahtarikh kedatangan mereka dan golongan manakah yang terlebih dahulu menyebarkan Islam. Walau bagaimanapun, dengan berpandukan beberapa penemuan batu bersurat dan catatan sejarah yang dibaca, ahli-ahli sejarawan tempatan telah membuat pelbagai teori kedatangan Islam ke Nusantara . Berikut adalah teori yang dikatakan ahli sejarawan tempatan.

[sunting]Teori

Kedatangan Islam Secara Langsung Dari Tanah Arab

Berdasarkan catatan sejarah Cina yang menyebut bahawa pada abad ke-7 Masihi, orang-orang Arab telah sampai ke Tanah Jawa.Pada tahun 684, mereka telah mendirikan sebuah perkampungan di pantai barat Pulau Sumatera. Menurut satu catatan lagi, pada zaman pemerintahan khalifah Al-Makmun bin Harun Ar-Rashid, seorang nakhoda telah memimpin seramai 100 orang mubaligh dengan 1 orang dari kalangan mereka berketurunan Quraish belayar menuju ke Nusantara untuk menyebarkan Islam. Apabila mereka sampai di Perlak, mereka mengadap Raja Perlak, Acheh dan berjaya mengislamkan baginda.Baginda Raja Perlak mengahwinkan puterinya itu denagan mubaligh Quraish itu tadi sementara mubaligh lain berkahwin dengan wanita biasa. Hasl perkahwinan mubaligh Quraish dengan puteri raja tersebut,Allah kurniakan mereka seorang putera lalu diberi nama Syed Abdul Aziz yang kemudian menjadi Sultan Perlak. Terdapat juga dalam satu catatan Barat menyebut bahawa pada tahun 1717 Masihi, sebuah angkatan laut Islam yang terdiri dari 35 buah kapal berlayar dari Tanah Arab menuju keChina. Dalam perjalanan ke China,kapa-kapal itu telah berhenti sebentar di Ceyloon di Sri Lanka, Srivijaya dan Palembang.Ketika mereka berhenti , mereka telah berdakwah dan menyebarkan agama Islam di situ.

[sunting]Teori

Kedatangan Islam Melalui India

Hubungan India dengan beberapa negara di Nusantara telah lama terjalin.Pada abad ke-13 Masihi, apabila kerajaan umat Islam di Arab menguasai bahagian barat dan timur India, mereka menjadikan Gujerat sebagai pangkalan penting bukan sahaja sebagai pelabuhan, bahkan sebagai pusat perhubungan antara timur dengan barat.

Dengan adanya kemudahan tersebut, saudagar-saudaugar Muslim dari Gujerat dikatakan sering berkunjung ke Nusantara untuk berdagang dan sekaligus menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk tempatan. Ada pendapat menyatakan kedatangan Islam ke Nusantara ialah melalui daerah Bengal yang terletak di Malabar, India bukan Gujerat. Bengal jatuh ke tangan umat Islam pada abad ke-13 Masihi lalu dijadikan pusat pengajian dan penyebaran ajaran Islam terulung di India. Ramai pelajar yang lulus di pusat pengajian tersebut merantau ke Nusantara untuk mengembangkan ajaran Islam bermazhab Syafie.Ramai daripada mereka berkahwin dengan wanita tempatan lalu menjadikan rumah mereka sebagai tempat mengaji Quran dan fardhu ain.

[sunting]Teori

Kedatangan Islam Melalui China

Islam telah sampai ke Tanah Besar China sejak zaman Khalifah Uthman bin Affan lagi. Baginda telah menghantar bapa saudara Rasulullah SAW yang bernama Saad bin Abi Waqas ke sana untuk menyebarkan agama Islam di negara China yang luas itu. Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyyah, Khalifah Al-Walid telah menghantar pasukan tenteranya ke sempadan Negeri China. Ketua pasukan tentera tersebut telah menghadapraja China dan berunding dengannya. Menurut catatan Cina, pada abad ke-9, ramai penduduk di sebelah selatan negara China khususnya Yunan,China telah memeluk Islam. Pada suatu masa, berlaku huru hara di daerah Yunan tersebut, lalu ramai Muslim berhijrah ke Asia Tenggara. Antara mereka ada yang menetap di Champa,Kemboja dan ada juga yang menetap di Negeri Pantai Timur Tanah Melayu.Oleh sebab itulah,sesetengah seni bina masjid lama di Kelantan dan Demak,Indonesia mempunyai senibina Cina. Sesetengah ahli sejarawan tempatan berpendapat kedatangan Islam ke Nusantara melalui China telah berlaku pada akhir abad ke-10 dengan awal abad ke-11.

[sunting]Penyebaran

Islam sebelum kebangkitan Melaka

Sebelum kebangkitan Melaka, Islam terbatas di pelabuhan-pelabuhan di Sumatera. Bukti kehadiran Islam di kawasan pelabuhan-pelabuhan ini termasuk catatan pada 1292 olehMarco Polo mengenai negeri-negeri Pasai dan Perlak yang mempunyai pemerintah-pemerintah Islam, dan batu nisan seorang raja Pasai yang meninggal dunia pada tahun 1297 yang mempunyai nama Islam Malek-al-Salleh. Penduduk di sekitar pelabuhan-pelabuhan ini adalah antara yang paling awal dalam Asia Tenggara memeluk Islam. Sebab pemelukan Islam awal ini termasuk jarak kawasan ini yang jauh daripada pengaruh kerajaan Hindu Majapahit, dan hubungan dagang yang lama antara kawasan ini ada dengan pedagang-pedagang India yang telah memeluk Islam.

TITAS -Teori tentang kedatangan Islam ke Alam Melayu.

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Tamadun mendedahkan kita suatu cara hidup yang tentiasa berkembang tatkalala manusia mula menetap di satu kota atau bandar. Di dalam kota atau bandar tersebut akan wujudnya suatu organisasi sosial dan politik yang dikenali sebagai negara. Manakala agama merupakan satu aspek yang tidak boleh diabaikan dalam menjalankan sesuatu kajian tentang ketamadunan. Fenomena agama penting difahami kerana ianya merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia. Dengan kata lain, tanpa manusia mustahil wujudnya satu-satu agama. Justeru itu perkara asas yang diguna pakai dalam menentukan sama ada bertamadun atau tidak sesuatu masyarakat haruslah dibina di atas perspektif yang berpaksikan sistem nilai iaitu agama Islam.

1.2 Objektif Kajian

Antara objektif kertas kerja ini ialah seperti berikut: (i) Mendedahkan kepada pembaca tentang beberapa teori tentang kedatangan Islam ke Alam Melayu. (ii) Memberi pendedahan serta huraian terperinci tentang proses-proses penyebaran agama Islam ke Alam Melayu. (iii) Mengetahui jenis-jenis pusat-pusat tamadun Melayu selepas kedatangan agama Islam. (iv) Memberi gambaran sebenar tentang kesan dan pengaruh agama Islam terhadap Alam Melayu.

1.3 Kaedah Kajian

Batasan Kajian Pelbagai kaedah dan pendekatan telah digunakan dalam menghasilkan tugasan ini. Antara kaedah yang digunakan dalam usaha menyempurnakan tugasan ini ialah kaedah keperpustakaan dengan membuat penyelidikan di perpustakaan-perpustakaan di Sibu, Sarikei dan Bintangor. Kebanyakan kaedah kajian adalah lebih kepada pengumpulan maklumat dengan mentelaah karya-karya, kamus-kamus yang berkaitan dengan tugasan ini serta memanfaatkan pandangan daripada tutor dan ahli kumpulan agar kajian ini dapat memenuhi kehendak tugasan yang diberikan.

1.4 Batasan Kajian

Penulis tugasan ini membataskan kajian kepada beberapa teori tentang kedatangan Islam ke Alam Melayu. Tugasan ini hanya menerang proses-proses penyebaran agama Islam ke Alam Melayu. Ianya juga akan hanya membincangkan jenis pusat tamadun Melayu, kesan serta penaruh selepas kedatangan agama Islam ke Alam Melayu.

1.5 Definisi Konsep

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-3 Terbitan DBP (1994), membawa maksud perkataan: (i) Islam bermaksud agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. (ii) Pembinaan bermaksud perbuatan (kegiatan,usaha, dsb), membina (mendirikan, membangunkan) (iii) Tamadun bermaksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran.

(iv) Melayu membawa maksud nama sesuatu bangsa dan bahasa (terutamanya di Semenanjung Malaysia)

2.0 Teori Kedatangan

Tidak dapat dipastikan bilakah Islam mula datang dan sampai ke Alam Melayu. Bukti-bukti sejarah juga masih tidak jelas dan bersimpang-siur. Namun, terdapat beberapa bahan sejarah yang boleh membantu kita untuk menentukan tarikh kedatangan Islam ke Alam Melayu. Pertama dari sudut riwayat yang dicatat oleh para pengembara dan pedagang yang sampai ke Asia Tenggara. Catatan telah dibuat oleh pengembara Arab dan juga Parsi.

Mengikut riwayat Cina, telah ada orang Islam di Sriwijaya pada tahun 674 Masihi/ 55 Hijrah. Kemudian Al-Masudi meriwayatkan bahawa pada 887 telah ada petempatan orang Islam di Khanfu (Canton), negeri Cina. Oleh yang demikian terdapat sarjana yang melihat kedatangan Islam ke Alam Melayu melalui pelbagai teori. Antara teori-teori tersebut ialah;

(a) Islam datang melalui India dan para pembawanya ialah para saudagar yang berniaga terutamanya dari Gujerat . Teori ini banyak didukung oleh pengkaji-pengkaji Barat seperti Winstedt dan lain-lain. (b) Islam datang melalui Parsi yang dibawa oleh orang Islam yang berniaga dan yang berdakwah. (c) Islam datang secara lansung dari Tanah Arab. (d) Islam datang melalui negeri China seperti yang didukung oleh S.Q. Fatimi, seorang penyelidik dari Pakistan. (e) Islam datang melalui pelbagai jurusan dan tempat seperti Asia Barat, Asia selatan dan Afrika utara.

Namun ketetapan yang dibuat oleh para sarjana ialah Islam telah datang ke Alam Melayu sejak zaman Khalifah Ar-rasyidin lagi tetapi melalui perantara. Perantara yang dimaksudkan ialah pedagang-pedagang dari China dan India yang datang berdagang ke Alam Melayu.

Teori Kedatangan Islam Dari India

1. Van Ronkel menganggap Islam dibawa dari India Selatan dengan alasan adanya bentuk-bentuk popular Islam seperti adanya ciri-ciri mistik, sastera Roman dan sebagainya di Indo yang berasal dari India Selatan

2. Moquette & R.A Kem memilih Gujerat sebagai tempat asalnya. Islam- kerana kesamaan batu-batu nisan di Pasai (1428) & dan di Gerisek (1419). Dengan batu nisan di Gujerat 3. Disokong oleh D.G.E Hall (1987) mengatakan sebelum akhir abad ke 13M, pedagang-pedagang dari Gujerat, India menyebarkan Islam di Alam Melayu 4. Teori ini dicabar oleh G.E Morisson & S.Q Fatimi. 5. G.E Morisson & S.Q Fatimi: Islam datang dari Bengal 6. G.E Morisson: Ketika Samudera Pasai diislamkan, Gujerat dan daerah- daerah lain di India masih lagi beragama hindu. Bengal lebih dahulu menerima Islam setelah ditawan oleh orag-orang Islam pada awal abad ke-13, diikuti dengan kawasan-kawasan lain. 7. S.Q Fatimi: Malikus Salleh adalah orang berketurunan Benggali. Batu nisan beliau (1297) berbeza daripada batu nisan di Pasai (1428) dan batu nisan Malik Ibrahim di Gerisek (1419) sebab itu negeri Bengalah negeri utama asal agama Islam. 8. S.M Naquib al-Atas: batu nisan ini hanya menunjukkan ianya mudah dipesan dari sana, bukannya menunjukkan Islam datang dari sana. 9. Ahli sejarah Belanda, Josselin De Jung (1965); Daerah Pasai yang terletak di Pantai Sumatera Utara adalah sebuah negeri yang mana penduduknya mengamalkan ajaran Islam lebih awal berbanding kedatangan Marco Polo pada tahun 1292 M.

Teori Kedatangan Islam Dari China.

i. Syed Naquib al-Atas menyebut tentang pemberontakan di Canton pada tahun 877 M yang mengorbankan kira.kira 120000 hingga 200000 pedagang yang kebanyakannya beragama Islam (Arab dan Parsi). Manakala yang selebihnya terpaksa menyelamatkan diri mereka dengan berhirah ke Kalah (Kedah) ii. S.Q Fatimi: kewujudan kerajaan Bani Champa (1000-1471 M) yang dianggap didirikan oleh pelarian Syiah Alawiyah, Damsyik tetapi serangan kerajaan Annam, mereka berpindah ke Mekah dan Acheh iii. Batu Bersurat di Terengganu yang sebenamya bertarikh 1301 M mempunyai persamaan dengan batu nisan yang ada di Champa Selatan iv. Juga ada persamaan pada batu nisan Fatimah Bt. Maimon (1082M di Leran, Jawa Timur dengan batu nisan di Phan rany, Champa Selatan 1039 & 1035M) v. Dr. Abdul Jalil Hj. Hassan: dalam catatan sejarah Chau-Ju-Kua (1225M) terdapat negeri Islam yang disebut sebagai 'Fo-lo-an' ialah Kuala Berang di Terengganu yang menjalankan perniagaan dengan orang Arab di samping Srivijaya. Batu bersurat 1303 M di Kuala Berang, nyatalah Terengganu

sebagai negeri yang mempunyai pengaruh Islam pada ketika itu vi. Terbaru pula ditemui batu bersurat di Teluk Cik Munah, di Pahang yang bertarikh 702 H (1303 M) itu. Ini menunjukkan bahawa kemungkinan Islam masuk melalui Pantai Timur iaitu bererti dari China dan Indochina.

Teori Kedatangan Islam dari Arab/Parsi

i. Wang Gungwu & C.A Majul: pedagang Arab sehingga abad ke 9M menguasai kegiatan perdagangan laut antara Mesir, India, Asia Tenggara & China serta didirikan penempatan di kawasan Pantai Nusantara. Semua ini berlaku sejak zaman jahiliah hingga abad pertama hijrah ii. S.M Nuqaib al-Atas: perkembangan Islam di rantau ini benar-benar dari Tanah Besar Semenanjung Arab disebabkan pengaruh dari sudut tulisan dan hasil karangan yang berasal dari Asia Barat. Tulisan jawi dan cara pembacaan al-Quran juga jelas pengaruh dari Asia Barat iii. Mubaligh Islam daerah ini terdiri daripada orang Arab/Parsi iv. Fahaman keagamaan yang dibawa oleh mereka bersifat Timur Tengah, bukan dari India contohnya cara penghuraian mazhab ilmu tasawuf dan sebagainya

v. Hamka :telah menjadi kepercayaan sejarah pada seluruh negeri melayu bahawa mereka menerima Islam dari Arab atau daripada salah seorang syeikh atau waliullah dari Arab dan atas alasan: pengislaman ke negeri-negeri melayu adalah langsung dari sumber Makkah dengan terutusnya Syeikh Ismail oleh Sharif Makkah yang singgah di Malabar untuk mengambil 'Fakir Muhd' (keturunan Abu Bakar as-Siddiq) menyertai ke Nusantara untuk mengislamkan Merah Silu vi. Pengislaman Parameswara dilakukakan oleh Syed AbduI Aziz yang datang dari Jeddah vii. Pengislaman di Acheh dirintis oleh Syeikh Abdullah Arif yang datang dari Tanah Arab bersama, muridnya Burhanuddin viii. Maulana Malik Ibrahim (salah seorang wali songo) turut mempelopori penyebaran Islam di Jawa adalah keturunan Ali Zainal Bidin, cucu Saidina Ali ix. Sunan Gunung Jati/ Sharif Hidayatullah Saleh, Wali Songo turut mengembangkan Islam di Jawa adalah bangsawan Quraisy x. Pengislaman Raja Kedah dalam Hikayat Merong Mahawangsa dilakukan oleh Syeikh Abdullah Yamani, ulama Arab xi. Pengislaman di Pulau Sulu diusahakan oleh Sayyid Abdul Aziz yang mengislamkan Parameswara

dan juga Abu Bakar, seorang penyair Arab.

2.1 Penyebaran Islam Ke Alam Melayu

Dalam proses penyebaran Islam ke Alam Melayu dua faktor penting yang mebawa kepada perkembangan Islam ke Alam Melayu ialah

Pertama, peranan golongan-golongan penyebar Islam yang terdiri daripada golongan bangsawan, peranan kerajaan-kerajaan Islam, golongan mubaligh, golongan ulama dan sufi serta pedagangpedagang asing.

Kedua, ciri-ciri yang terdapat pada agama Islam itu sendiri seperti;

a. Islam tidak memaksa masyarakat Alam Melayu supaya menerima ajarannya. b. Islam merupakan agama yang sederhana dan sifatnya ini telah mendapat tempat dikalangan masyarakat melayu. c. Agama baru juga boleh mengasimilasikan ajarannya dengan budaya masyarakat melayu yang telah sebati dengan diri mereka.

3.0 Pusat-Pusat Tamadun Melayu Selepas Kedatangan Islam

Selepas kedatangan Islam ke Alam Melayu maka wujudlah beberapa pusat-pusat Tamadun Melayu umpamanya;

3.1 Kerajaan Pasai (1250-1524 M)

Kerajaan Pasai lebih dikenali sebagai Kerajaan Melayu pertama yang memeluk agama Islam berikutan dengan peristiwa pemelukan Islam oleh pemerintahnya Merah Silu (Sultan Malik al-Salih). Pasai merupakan zaman kegemilangan Kesusteraan Melayu memandangkan sistem tulisan Bahasa Melayu iaitu tulisan Jawi telah bertindak sebagai medium penyebaran agama dan kesusasteraan Melayu-Islam ketika itu.

Ketinggian daya penciptaan yang mencerminkan ketinggian pemikiran bangsa melayu dapat dikesan

melalui penghasilan pelbagai hasil kesusasteraan agama seperti ;

a. Hikayat Nabi Bercukur b. Hikayat Nabi Wafat c. Hikayat Nur Muhammad d. Hikayat Bulan Berbelah dan sebagainya.

Hikayat Raja Pasai merupakan hasil kesusasteraan sejarah yang menjadi sumber pemikiran Tamadun Melayu melalui beberapa dimensi iaitu;

a. Sistem Kepercayaan

- Agama Islam menjadi teras kepercayaan masyarakat Melayu b. Sistem Politik dan Pentadbiran

- Sistem Feudal (bangsawan) merupakan bentuk sistem pentadbiran yang diamalkan di kebanyakan kerajaan Melayu Tradisi.

c. Sistem Sosial dan Budaya

- Masyarakat melayu mempunyai hierarki sosialnya yang mana Raja mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kerajaan dan diikuti oleh golongan pegawai, pemimpin-pemimpin tempatan dan seterusnya rakyat biasa. - Dari aspek kebudayaan ditonjolkan adat istiadat melayu seperti adapt menyambut kelahiran putera raja, adapt pertabalan raja dan sebagainya.

d. Sistem Ekonomi

- Hikayat Raja Pasai telah melukiskan kegiatan ekonomi masyarakat Melayu tradisi seperti memungut hasil hutan, memburu dan menternak binatang serta bertani (padi huma). Masyarakat Melayu juga

pada ketika itu telah ada aktiviti perdagangan dan perlombongan emas.

Dapatlah kita lihat atau renungkan bahawa Pasai merupakan pusat intelektual Melayu-Islam yang terus berkembangan biarpun Melaka mengambil alih sebagai pusat Tamadun Melayu. Namun begitu Pasai tetap menjadi sumber rujukan kepada Melaka yang berkaitan dengan agama Islam.

3.2 Kerajaan Melaka (1400-1511 M)

Kerajaan Melaka telah wujud pada awal abad ke-15 Masihi. Pada mulanya ia merupakan sebuah kerajaan yang kecil yang menjadi mangsa serangan dari luar terutamanya dari Siam. Mujurlah pada masa itu terdapat kekuatan angkatan laut China di Asia Selatan yang melindungi Melaka. Angkatan China ini dipimpin oleh Laksamana Cheng Ho ( atau Cheng He ) yang beragama Islam.

Setelah kedatangan Islam Melaka telah muncul sebagai sebuah kuasa dan empayar yang terpenting dalam Tamadun Melayu khususnya sebagai;

3.2.1 Pusat Penyebaran Agama Islam

Kerajaan Melaka muncul sebagai pusat agama Islam yang terpenting di Asia Tenggara menjelang pertengahan abad ke-15. Pemerintah pertama yang memeluk agama Islam ialah Megat Iskandar Syah manakala Sultan Muzaffar Syah pula telah menjadikan Islam sebagai agama rasmi Kerajaan Melaka pada ketika itu. Terdapat pelbagai cara atau kaedah digunakan bagi menyebarkan agama Islam di Melaka seperti melalui perkahwinan, perdagangan, penaklukan wilayah serta kegiatan mubaligh atau pendakwah.

3.2.2 Pusat Perdagangan

Melaka muncul sebagai pelabuhan entreport antarabangsa yang sibuk dan maju disebabkan oleh kedudukannya yang strategic iaitu terletak ditengah-tengah jalan perdagangan Timur-Barat. Empat orang Syahbandar telah ditugaskan untuk menyediakan kemudahan bagi aktiviti perdagangan dan juga memungut cukai. Dengan kata lain, Melaka ketika itu telah mempunyai sistem ekonomi yang

sistematik dan teratur bagi melicinkan lagi perjalanan aktiviti ekonominya. Ini telah mendorong Melaka muncul sebagai pusat Tamadun Melayu yang termaju pada abad itu.

3.2.3 Pusat Perkembangan Bahasa Melayu

Melalui peranan sebagai pusat perkembangan bahasa Melayu, ianya mempunyai perkaitan yang rapat dengan peranan Melaka sebagai pusat penyebaran agama islam dan pusat perdagangan sebagaimana yang telah dijelaskan di atas. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pendakwah yang mana ia telah digunakan bagi menyebarkan agama Islam.

4.0 Kesan Dan Pengaruh Islam Dalam Tamadun Melayu

Kesan kedatangan Islam ke Alam Melayu boleh dilihat melalui pelbagai dimensi kehidupan masyarakat Melayu antaranya iaitu;

4.1 Sistem Politik Pentadbiran dan Perundangan

Sistem politik pentadbiran dan perundangan Tamadun Melayu sememangnya banyak mengalami perubahan selepas kedatangan Islam. Dalam sistem kesultanan Kerajaan Utmaniyyah telah diperkenalkan dimana ketua negara dan ketua agama Islam ialah Sultan iaitu sebagai amanah Allah di muka bumi. Baginda dibantu oleh penasihat, ulama dan mufti semasa menjalankan pentadbiran. Malah penggunaan kata raja yang berasal daripada bahasa Sanskrit juga telah ditukarkan kepada perkataan Arab iaitu Sultan.

Manakala dari aspek perundangan pula, undang-undang Islam iaitu Hukum Syara telah dijadikan sebagai asas kepada sistem perundangan Tamadun Melayu. Sebagai contoh Hukum Kanun Melaka yang mengambil undang-undang Islam sebagai asasnya untuk mengukuhkan sistem perundangan Kerajaan Melayu Melaka. Dalam Hukum Kanun Melaka yang juga dikenali sebagai Undang-undang Darat Melaka atau Risalat Hukum Kanun yang mengandungi 44 Fasal yang berkuatkuasa di Melaka dan kawasan jajahannya. Antara kandungan Hukum Kanun Melaka ialah; a) tanggungjawab raja dan pembesar

b) pantang larang dikalangan anggota masyarakat c) hukum kesalahan awam dan jenayah d) undang-undang keluarga e) permasalahan ibadat dan muamalat f) hokum perhumaan

Antara yang jelas mengikut undang-undang Islam ialah undang-undang keluarga. Tetapi dalam halhal lain, wujud percampuran antara hukum aadat dengan hukum syara.

4.2.1 Pendidikan dan Pandangan Semesta

Semasa zaman Hindu, sistem pendidikan hanya diberikan kepada golongan bangsawan sahaja. Namun setelah kedatangan Islam sistem pendidikan lebih bersifat menyeluruh yang mana golongan rakyat biasa juga telah diberi peluang mendapatkan pendidikan selaras dengan ajaran agama Islam yang menekankan pendidikan untuk semua umat manusia tanpa mengira kedudukan atau pangkat seseorang. Sistem pendidikan madrasah, pondok telah diperkenalkan malah masjid dan surau telah menjadi institusi pendidikan yang penting setelah kedatangan Islam. Institusi istana pula telah menjadi pusat penyebaran ilmu pengatahuan yang berkaitan dengan agama Islam. Menurut pandangan salah seorang sarjana Islam, Syed Naquibb al-Attas, pandangan semesta Islam merangkumi dunia dan akhirat yang mana aspek dunia merupakan persediaan bagi aspek akhirat.

Oleh itu pandangan semesta dari prespektif Islam ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam. Islam cenderung kepada menyuburkan dirinya kepada seluruh alam manusia.Kunhi dhat semangat kegamaan Islam itu, sebagaimana disebutkan tadi, ialah kepercayaan ketuhanana yang tunggal, dan ini terkandung dalam satu konsepsi tersendiri peri keEsaan Tuhan atau Tauhid. Ditilik dari segi pandangan falsafah menerusi ilmu kalam dan tasawwuf, Tauhid mengemukakan suatu ontologi, kosmologi dan psikologi tersendiri dalam satu konsep agung yang biasa dinamai dengan istilah Keesaan Wujud atau Wahdat al-Wujud. Ontologi dan psikologi demikian itu tiadalah boleh sewenang-wenangnya disamakan dengan falsafah Neo-Platonisme dan falsafah Hindu sebagaimana yang dihuraikan mengikut pandangan Vedanta, sebab pada umumnya konsep-konsep itu berdiri tegak atas dasar-dasar terdapat yang terkandung dalam al-Quran yang berkesan mendalam bagi tiap segi dan kaedah, tiap aspek kehidupan orang Islam.

4.3 Kehidupan Masyarakat Melayu

Perubahan dalam kehidupan masyarakat melayu amat jelas kelihatan setelah kedatangan Islam ke Alam Melayu. Pada umumnya perubahan penting sememangnya telah berlaku dalam kehidupan masyarakat Melayu berikutan penerimaan Islam oleh mereka. Tidaklah keterlaluan untuk mengatakan bahawa gabungan antara kepercayaan yang terbentuk oleh rukun Iman dan kehidupan yang direncana dan diransangi oleh ritus dan institusi Islam telah mewujudkan batasan budayanya yang tersendiri. Tetapi apakah dalam semua segi kehidupan mereka perubahan redikal telah benar-benar berlaku, atau perubahan seumpama itu hanya berlaku dalam aspek tertentu dalam kehidupan tersebut, umpamanya dalam aqidah mereka, sehingga pandangan hidup masyarakat Melayu mengalami transformasi, daripada kepercayaan animisme kepada kepercayaan tauhid.

Dalam institusi kesultanan umpamanya sultan dianggap sebagai amanah Allah yang mana Sultan dibantu oleh para ulama dan agama Islam telah menjadikan agama rasmi kerajaan-kerajaan Melayu. Sesungguhnya agama Islam telah merubah kehidupan masyarakat melayu melalui pelbagai demensi kehidupan. Namun begitu adat-adat lama masyarakat Melayu yang dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu masih dipraktikkan tetapi tidak merosakkan aqidah masyarakat Melayu.

5.0 Kesimpulan

Kedatangan Islam ke Alam Melayu sememangnya membawa banyak perubahan dan pengharapan baru dalam keagungan Tamadun Melayu. Tidak dapat dinafikan bahawa wujudnya pusat-pusat tamadun unggul didunia amnya dan di Asia Tenggara khasnya adalah kesan daripada pengaruh Islam yang meresap masuk kedalam tamadun itu.

Daripada apa yang dibincangkan diatas kedatangan Islam bukan sahaja mewujudkan pusat-pusat Tamadun Melayu yang unggul tetapi Islam juga telah menyebabkan perubahan yang besar kepada pelbagai aspek kehidupan masyarakat melayu termasuklah sistem politik pentadbiran dan perundangan, pendidikan dan pandangan semesta dan kehidupan masyarakat Melayu itu sendiri.

You might also like