You are on page 1of 41

Murid Tahun 5 dalam kelas saya terdiri daripada murid yang sederhana dan murid yang lemah pencapaiannya.

Daripada pemerhatian yang dijalankan melalui keputusan ujian, kerja rumah dan juga cara mereka menjawab soalan yang diberi semasa proses pengajaran di dalam kelas memang dapat dikenal pasti mereka menghadapi masalah semasa mempelajari mata pelajaran Sains.

Berdasarkan latihan yang diberikan kepada pelajar Tahun 5 semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, kami mendapati mereka kurang mengetahui cara bagaimana untuk mendapatkan maklumat yang terdapat dalam soalan ketika menjawab soalan pada bahagian B yang menguji kemahiran proses sains (KPS).

Terdapat juga segelintir murid tidak cuba untuk menjawab soalan bahagian B, mereka hanya menunggu jawapan daripada guru sahaja walaupun penerangan tentang soalan telah diberikan. Selain daripada itu, melalui soal jawab yang dilakukan dengan murid, kami mendapati ada di antara mereka tidak memahami kehendak soalan, tidak memahami istilah sains serta tidak memahami sebahagian tajuk yang telah diajar.

Kemahiran proses sains adalah kemahiran yang digunakan dalam pembelajaran sains dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Seseorang pelajar dikira menguasai kemahiran proses sains sekiranya ia dapat memerhati, membeza, mengelas, membuat inferens dan seumpama dengannya

(Lawson, A.E., 1995; Trowbridge, L.W.et.al.,1981).

Kebanyakan para pendidik bersepakat mengatakan bahawa perkembangan kemahiran proses sains patut menjadi matlamat utama dalam pendidikan.

(Gagne, 1970; Lawson, A.E., 1995; Trowbridge, L.W., 1981; Zeitler 1981)

Walaupun pelbagai kaedah telah didedahkan namun terdapat sebilangan besar guru yang masih menggunakan kaedah tradisional yang biasa seperti pendekatan latih tubi tanpa memberi penerangan konsep yang mencukupi melahirkan pelajar yang tidak boleh berfikir secara kritis dan kreatif.

( Mohamad Khatim, 2001 )

Pembelajaran merupakan satu proses dimana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka. Pelajar memilih dan mengintepretasikan maklumat membina hipotesis dan membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mental (struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberi makna dan pembentukan pengalaman dan membolehkan individu melangkau melebihi maklumat yang diberikan.

(Brunner, 1960)

Berdasarkan keputusan ujian bulanan Kedua (April) yang dijalankan, hampir keseluruhan murid gagal menjawab dengan cemerlang soalan-soalan di bahagian B iaitu mendapat markah melebihi 16/20 markah. Hanya seorang sahaja yang mendapat markah melebihi 16/20 markah, seramai empat orang mendapat markah antara 1015, manakala bilangan murid mendapat markah bawah daripada 10 adalah seramai 25 orang.

Memandangkan hasil ujian yang tidak memuaskan dan amat membimbangkan, maka saya terfikir untuk membuat kajian bagaimana untuk meningkatkan kemahiran murid menjawab soalan pada bahagian B ini.

Antara kelemahan murid-murid ini mungkin berpunca daripada beberapa faktor seperti berikut :

tidak menguasai kemahiran proses sains. tidak memahami kaedah guru mengajar tidak mengetahui kaedah menjawab soalan dengan betul tidak dapat mengaitkan soalan dengan topik yang telah dipelajari. tidak boleh membaca atau boleh membaca tetapi lemah tidak memahami istilah kemahiran proses sains (KPS) dan perkataan sains.

Walaupun terdapat banyak faktor yang menyebabkan murid-murid tidak dapat menjawab soalan di bahagian ini, kami hanya memfokuskan kajian ini kepada kaedah atau teknik menjawab soalan Kemahiran Proses Sains Bahagian B.

Objektif Umum Meningkatkan prestasi murid dengan menjawab soalan Sains Bahagian B dengan betul. Objektif Khusus

Meningkatkan pengetahuan murid terhadap maklumat yang terdapat di dalam soalan kemahiran proses sains bahagian B. Meningkatkan pemahaman murid terhadap maklumat yang terdapat di dalam soalan kemahiran proses sains bahagian B Membantu murid mengingat kaedah atau teknik menjawab soalan sains dengan betul. Membantu murid menguasai kemahiran belajar dengan merujuk glosari sains atau kamus. Meningkatkan peratus lulus murid bagi mata pelajaran Sains.

Berpandukan objektif-objektif kajian yang telah disenaraikan, soalan-soalan kajian dibina bagi memudahkan untuk mencapai objektif dan tujuan kajian yang dijalankan sebagaimana yang telah digariskan. Soalan-soalan kajian adalah seperti berikut;

1)Bagaimana meningkatkan prestasi dalam menjawab soalan Sains Bahagian B dalam kalangan murid? 2)Bagaimana dapat merangsang minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses P&P Sains? 3)Sejauh manakah pemilihan kaedah merangsang proses P&Pyang efektif? pengajaran

4)Apakah aktiviti pengajaran yang sesuai untuk menarik minat murid?


5)Apakah kaedah yang sesuai bagi memdahkan murid mengingat teknik menjawab soalan dengan betul? 6)Bagaimana murid dapat menguasai kemahiran belajar Sains dengan betul?

Meningkatkan kemahiran proses sains kepada murid-murid. Memperbaiki dan meningkatkan kualiti strategi pengajaran guru dalam sesi P&P. Meningkatkan sifat inkuiri dan memperkembangkan minat tentang dunia sekeliling mereka. Membekalkan murid dengan asas pengetahuan sains dan konsep. Aplikasi pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan

Kajian ini adalah bertujuan meningkatkan penguasaan menjawab soalan kemahiran proses sains (kps) bahagian b dalam kalangan murid tahun 5 sk pasir panjang dengan menggunakkan :

a) Aktiviti 1: Penerangan tentang teknik menjawab soalan Sains Bahagian B b) Aktiviti 2:Penggunaan Glosari Sains, Wordlist dan kamus c) Aktiviti 3 : Latihan Menjawab Soalan Bahagian B.

Oleh kerana populasi murid tahun lima adalah besar maka 25 orang sahaja murid dijadikan sebagai responden. Sampel dipilih secara persampelan kouta .( sebuah kelas tahun 5 dijadikan sampel

Masa yang singkat diperuntukkan untuk menjalankan kajian. Keputusan tindakan kajian dapat dilihat dalam jangka masa yang singkat .

Kajian

ini melibatkan 25 orang murid Tahun 5 SK Pasir Panjang yang terdiri daripada 17 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan.

Berdasarkan data-data yang dikumpul daripada tinjauan awal, saya telah menentukan aktiviti yang perlu dilaksanakan. Aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan bagi menangani masalah ini iaitu: i. Penerangan tentang teknik menjawab soalan Sains Bahagian B ii. Penggunaan Glosari Sains atau kamus iii.Latihan menjawab soalan Sains Bahagian B iv.Membina mengikut topik yang dipelajari

Saya mengambil masa selama dua jam untuk menerangkan kepada murid tentang teknik menjawab soalan Sains Bahagian B menggunakan aplikasi komputer power point dengan memaparkannya di skrin. Panduan (rujuk Lampiran 2) untuk mendapatkan jawapan bagi soalan Sains Bahagian B dan istilah-istilah penting KPS diedarkan kepada murid.

Untuk menarik minat murid dalam slot ini, saya menyediakan soalan (rujuk Lampiran 3) untuk dijawab oleh murid. Saya fokuskan soalan yang mudah mendapatkan markah berpandukan maklumat yang terdapat pada perenggan / pernyataan ayat / Gambar rajah / Carta Palang / Jadual

Contoh Soalan:
Maklumat yang boleh didapati dari perenggan, gambar rajah dan pernyataan ayat.

Gambar rajah

Pernyataan ayat

Saya menggalakkan murid merujuk pada buku glosari sains yang dibekalkan oleh kementerian, dan wordlist (rujuk lampiran) yang disediakan oleh saya untuk mencari makna perkataan yang tidak difahami secara berterusan dan menambah penguasaan istilah dan perbendaharaan kata sains dalam bahasa Inggeris. Setiap murid diberikan Wordlist atau senarai perkataan sains dalam Bahasa Inggeris. Diakhir setiap pengajaran dan pembelajaran, saya akan mengadakan kuiz teka kata secara spontan untuk dijawab oleh murid berdasarkan topik yang dipelajari.

Questions

Answer

Species of plant or animal that are almost Endangered extinct An interaction in which two or more organisms living in the same habitat, trying to gain control of the same resources

Competition

Setiap minggu murid akan diberikan sekurang-kurangnya 2 soalan latihan bahagian B (rujuk lampiran) samada berbentuk gambarajah, jadual dan carta palang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari melibatkan tujuan penyiasatan/eksperimen, pembolehubahpembolehubah yang terlibat, membuat inferens, membuat hipotesis, mentafsir data dan membuat ramalan.

1. Temubual dengan murid Hasil temu bual dengan murid saya mendapati sebahagian 10/25 orang murid tidak dapat mengaitkan soalan dengan tajuk yang dipelajari, 15/25 tidak menguasai teknik menjawab soalan, tidak membaca soalan dengan teliti dan ada juga yang tidak berminat untuk menjawab soalan. .

2. Tinjauan Buku Latihan Murid Dan Lembaran Kerja

Kelemahan murid dalam menjawab soalan Sains Bahagian B juga ditinjau dengan terperinci melalui buku latihan murid. Sebahagian murid tidak dapat menjawab soalan latihan yang diberikan. Kesilapan yang sering dilakukan oleh murid seperti berikut : Tidak memahami kehendak soalan. Murid belum menguasai istilah penting dalam KPS seperti membuat inferens, hipotesis, mengawal pemboleh ubah dan mentafsir data. Kurang menggunakan maklumat yang diberi didalam soalan sama ada maklumat dalam bentuk jadual, graf, carta palang, gambar rajah dan pernyataan ayat.

3. Kelemahan murid menjawab soalan dapat dikenalpasti melalui Ujian Topikal yang akan diadakan setelah selesai sesuatu topik Jadual 1 : Hasil tinjauan Penguasaan Murid Menjawab Soalan KPS berdasarkan Ujian Topikal.
Perkara yang ditinjau
Murid tidak dapat menjawab Soalan (a) Soalan (d) Murid tidak dapat menjawab soalan ubah (b) Murid tidak dapat menjawab soalan mentafsir data (c) 16 mengawal pemboleh 16 18 15

Bilangan murid

Setelah melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancang prestasi murid menjawab soalan diukur daripada pemeriksaan buku latihan, lembaran kerja, markah penilaian ujian dan peperiksaan yang dijalankan. Berdasarkan Peperiksaan Akhir Tahun didapati markah paling minima yang diperolehi oleh murid selepas kajian ini ialah 2 markah.

Tidak ada lagi murid yang mendapat 0 markah. Terdapat juga masalah yang dihadapi oleh saya semasa menjalankan aktiviti yang dirancang seperti murid tidak serius dan bersungguh-sungguh menjawab soalan. Kajian yang telah dilaksanakan ini dapat membantu meningkatkan pencapaian murid menjawab soalan Sains bahagian B walaupun tidak sepenuhnya.

Markah

Bilangan Murid
Ujian Bulanan (April) Peperiksaan Akhir Tahun 4 11 10

16 - 20 10 15 0-9

0 0 25

Bil 1 2 3

Aktiviti Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal Menulis proposal kajian Merancang tindakan

Tarikh pelaksanaan

Catatan

4 5
6 7 8

Melaksanakan tindakan Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan


Refleksi kajian Menulis laporan kajian Pembentangan dapatan kajian

Bil 1 2 3 4 5

Jenis bahan Kertas A4 Printer Cartridge Kamus Dewan Buku Catatan Upah Perkhidmatan Fotostat JUMLAH

Kuantiti harga x seunit

Jumlah kos

Jurnal akedemik Jilid XIII 2001/2002, Maktab Perguruan Kuala Terengganu Projek Penyelidikan Tindakan Jabatan Pendidikan Bahagian Sri Aman Betong,2002 Abdul Wahid Ismail. 1989. Falsafah Sains dan Teknologi. Kuala Lumpur. DewanBahasa Dan Pustaka Enis, R & A.L Costa (pnyl). 1985. Goals For Thinking Curriculum DevelopingMinds : A Resource Book For Thinking Skill. Alexandria

You might also like