You are on page 1of 5

Taksonomi Bloom Berdasarkan kepada klasifikasi Taksonomi Objektif Pengajaran Domain Kognitif oleh Bloom, di peringkat manakah item-item

ujian berikut boleh dikelasifikasikan? (Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintisis, atau Penilaian) 1. 2. 3. 4. Bagaimanakah falsafah politik YTM Tunku Ab. Rahman Putra telah digambarkan di dalam perlembagaan Malaysia? (aras Kefahaman) Berdasarkan kepada apa yang telah kita pelajari mengenai sejarah muzik tanah air, ke manakah arahnya yang anda fikir akan dituju di masa hadapan. (aras Kefahaman) Sebutkan satu hukum berhubung dengan suhu, tekanan dan isipadu gas. (aras Pengetahuan) Berdasarkan kepada carta di atas, iaitu mengenai bilangan kemalangan jalan raya mengikut jam di Malaysia pada tahun 1987, adakah anda bersetuju yang kemalangan paling tinggi berlaku pada waktu tengah malam? (aras Kefahaman) Sediakan satu penulisan kreatif mengenai sikap mahasiswa masa kini dan implikasinya kepada pembangunan sumber manusia di negara kita di masa hadapan. (aras Sintisis) Sekumpulan penilai terlibat di dalam penghasilan satu taksonomi objektif pengajaran. Dalam bahasa biasa, apakah yang dilakukan oleh orang-orang ini? (aras Kefahaman) A. B. C. D. 7. Menilai kemajuan pelajaran Mengklasifikasikan matlamat pelajaran Menyediakan satu kurikulum Membina latihan pembelajaran

5. 6.

Bahagian tangga di dalam sebuah kolam mandi yang tenggelam kelihatan bengkok. Yang mana satu daripada berikut boleh menerangkan dengan baik fenomina di atas? (aras Aplikasi) A. B. C. D. E. Pantulan cahaya oleh permukaan air Penyebaran cahaya apabila masuk ke dalam air Biasan cahaya, disebabkan perbezaan kelajuan cahaya di dalam udara dan di dalam air. Cahaya tidak bergerak di dalam garisan lurus di dalam air Terdapat unsur-unsur terapung di dalam air

8.

Arahan : Setiap kenyataan di bawah hendaklah ditulis sebagai (aras Analisis)

A. B. C. D. E.

Kalau ianya berfakta dan didapati betul melalui eksperimen dan pemerhatian Kalau ianya berfakta dan didapati palsu melalui eksperimen dan pemerhatian. Kalau ianya sebahagian daripada teori yang telah diterima Kalau ianya bertentangan dengan teori yang telah diterima Kalau ianya betul kerana hanya melalui definisi perkataan-perkataan yang digunakan.

1. 2. 3. 4. 9.

Air beku pada 0 C Bahagian dalam satu atom sebahagian besarnya ruang kosong Tekanan yang dikenakan oleh gas disebabkan oleh berat molikul Besi berkarat apabila berpadu dengan oksigen.

Kenyataan : Adalah benar bahawa kalau pertandingan sempurna wujud, kos pengeluaran semestinyalah sama dengan harga jualan. Tetapi pertandingan sempurna tidak wujud, tidak pernah wujud dan tidak akan wujud. (aras Analisis) Kesimpulan : Kos pengeluaran tidak boleh sama dengan harga jualan. Komen: A. B. C. D. E. Kesimpulan di buat secara lojik Adalah tidak mungkin untuk merasai yakin yang pertandingan sempurna tidak pernah dan tidak akan wujud. Tidak dinyatakan yang pertandingan sempurna sajalah syaratnya yang membenarkan kos pengeluaran sama dengan harga jualan. Saranan yang bermula dengan "kalau", tidak boleh menjuruskan kepada kesimpulan yang mantap. Saranan nampaknya munasabah tetapi mengandungi kepalsuan yang nyata.

10.

Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ketiga? (aras Pengetahuan) A. B. C. D. Dr. Mahathir Mohamad Tun Hussein Onn Tun Abdul Razak Hussain Tunku Abdul Rahman Putra

11.

Berdasarkan kepada puisi di atas secara keseluruhan (pelajar telah mempelajari mengenai kritikan puisi), kita boleh memujinya berdasarkan kepada (aras Penilaian) A. B. Satu demonstrasi yang jelas dan menyakinkan tentang kebenaran universal mengenai sifat manusia. Amaran yang begitu bertenaga kepada pembaca untuk mengelakkan bahaya besar - bahaya yang dialami oleh manusia kerana sifat asasnya yang sentiasa terdorong ke arah itu. Plotnya yang disatukan Kebolehannya mempengaruhi pembaca untuk menghayatinya di dalam bentuk perasaan kasihan atau takut.

C. D.

12.

Selalu dinyatakan bahawa, "fizik dan kimia adalah sains asas; astronomi dan geologi adalah sains terbitan," Yang mana satu dari berikut ialah interpretasi terbaik mengenai kenyataan itu? (aras Analisis) A. Fizik dan kimia terletak di atas satu asas yang kukuh yang telah terbukti oleh hukum-hukum; sebahagian besar astronomi dan geologi adalah semata-mata spekulasi. Pembinaan astronomi dan geologi memerlukan fizik dan kimia, dan bukan sebaliknya. Keseluruhan isi pelajaran astronomi dan geologi sebenarnya boleh diterbitkan dengan menggunakan hukum-hukum dan kaedah fizik dan kimia. Fizik dan kimia lebih mempunyai kepentingan asas kepada aktiviti manusia kalau dibandingkan dengan astronomi dan geologi. Boleh dilakukan eksperimen di dalam makmal bagi fizik dan kimia tetapi tidak astronomi dan geologi

B. C.

D. E. 13.

Yang mana satu daripada berikut paling hampir kepada makna istilah taksonomi? (aras Kefahaman) A. B. C. D. Kelasifikasi Pembinaan Penilaian Terjemahan

14.

Yang mana satu kenyataan benar-salah berikut mengandungi 'penentu spesifik'? (aras Kefahaman) A. B. C. D. Malaysia Barat ialah sebuah semenanjung Malaysia Merdeka pada 1963 Malaysia mempunyai sektor perindustiran yang agak maju Malaysia mempunyai penduduk yang semakin bertambah.

15.

Kenyataan yang berbunyi, "kebolehpercayaan ujian ialah syarat perlu tetapi tidak cukup untuk menentukan kesahan ujian", memberi makna (aras Kefahaman) A. B. C. Ujian yang boleh dipercayai akan mempunyai satu darjah tertentu peringkat kesahan. Ujian yang sah akan mempunyai satu darjah tertentu peringkat kebolehpercayaan. Ujian yang boleh dipercayai tidak akan sah dan ujian yang sah tidak akan boleh dipercayai sama sekali.

16.

Kalau ujian benar-salah menggantikan ujian pelbagai pilihan, bilangan item perlulah ditambah. Mengapa? (aras Kefahaman) A. B. C. D. Untuk mengekalkan kebolehpercayaan yang sama Untuk mengekalkan aras kesukaran yang sama Untuk mengekalkan cakupan isi pelajaran yang sama Untuk menambah kenyataan benar melebihi kenyataan salah

17.

Apakah kemungkinan akan terjadi kepada kebolehpercayaan markat satu ujian pelbagai pilihan yang bilangan alternatifnya setiap satu telah ditambah dari empat kepada lima? (aras Kefahaman) A. B. C. Ia akan bertambah Ia akan berkurang Ia tidak akan berubah Baca item ujian berikut dan tunjukkan perubahan yang paling baik boleh dibuat untuk memperbaiki item ini.

18.

Arahan:

Yang mana satu jenis hasil pembelajaran berikut yang paling sukar untuk dinilai secara objektif? (aras Analisis) 1. 2. satu konsep satu aplikasi

3. 4.

satu penghayatan tiada satu pun di atas

Perubahan terbaik ke atas item di atas ialah dengan: A. B. C. D. 19. menukarkan pokok kepada bentuk kenyataan tidak lengkap menggunakan huruf, bukan nombor bagi setiap alternatif buangkan perkataan "satu" bagi setiap alternatif gantikan "tiada satu pun di atas" dengan "satu interpretasi"

Pengarang sebuah buku pengukuran menyatakan calon akan mendapat jawapan betul sebanyak 50 peratus dalam ujian benar-salah dengan cara meneka. Yang mana satu andaian berikut telah dibuat oleh pengarang? (aras Analisis) A. B. C. D. Calon akan membuat tekaan bijak Calon akan meneka membuta tuli Tekaan calon dibantu oleh penentu spesifik Tekaan calon dibantu oleh pengetahuan separa dan penentu spesifik

20.

Yang mana satu kenyataan berikut mengekspresi dengan baik pandangan pengarang buku tesebut mengenai pengujian pencapaian? (aras Analisis) A. B. C. Keobjektifan mesti dikekalkan walaupun sebahagian daripada hasil pembelajaran diukur secara tidak langsung. Hasil pembelajaran mesti diukur secara terus walaupun pengukuran yang kurang objektif digunakan. Sama ada mengukur hasil pembelajaran secara terus atau mengekalkan keobjektifan adalah tidak mustahak kalau dibandingkan dengan mengikuti dengan teliti peraturan mentadbir ujian.

You might also like