Pengenalan

-

Ujian Diagnostik yang ditadbir dapat mengenal pasti dengan lebih terperinci daerah-

daerah kelemahan dalam membaca, mengeja, menulis, dan masalah-masalah yang berkaitan dengan disleksia untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran. PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DISLEKSIA Program disleksia mengandungi pendekatan, kaedah dan

aktiviti berasaskan kepada gaya belajar setiap individu yang
bertujuan untuk menangani masalah yang dialami oleh muridmurid disleksia secara individu.

Beberapa definisi disleksia.
Definisi Pertama Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia Murid-murid disleksia ialah murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi mempunyai kesukaran atau kelemahan yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca dan menulis. Definisi kedua World Federation of Neurology pada tahun 1986. a disorder manifested by difficulty in learning to read despite conventional instruction, adequate intelligence and sociocultural opportunity. Disleksia ialah satu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka melalui pengalaman bilik darjah konvensional, gagal menguasai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka. (terjemahan) Definisi ketiga National Institute of Neurological Disorders and Stroke Dyslexia is a brain-based type of learning disability that specifically impairs a person's ability to read. These individuals typically read at levels significantly lower than expected despite having normal intelligence. Although the disorder varies from person to person, common characteristics among people with dyslexia are difficulty with spelling, phonological processing (the manipulation of sounds), and/or rapid visual-verbal responding. In adults, dyslexia usually occurs after a brain injury or in the context of dementia. It can also be inherited in some families and so on, and recent studies have identified a number of genes that may predispose an individual to developing dyslexia. Definisi keempat Persatuan Disleksia Malaysia

Dyslexia is a reading difficulty in a child or adult who otherwise has good intelligence, strong motivation and adequate schooling……Dyslexia reflects a problem within the language system in the brain” (Shaywitz, 2003) Definisi kelima A.D.A.M. Medical Encyclopedia. Developmental reading disorder, also called dyslexia, is a reading disability that occurs when the brain does not properly recognize and process certain symbols.

ciri-ciri murid disleksia
Kanak-kanak disleksia ini boleh dikenalpasti melalui pemerhatian terhadap tingkahlaku mereka. Diperingkat pra sekolah kanak-kanak tersebut mungkin : - Lambat bertutur - Mengalami kesukaran sebutan atau rima - Sukar menulis nama sendiri - Sukar mengenal bentuk atau warna - Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin : - Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan - Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas - Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira - Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) : - Tidak dapat membezakan antara -> 15 dengan 51 -> “was” menjadi “saw” -> „b‟ dengan „d‟„ - Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut - Keliru dengan konsep masa seperti „semalam‟, „ hari ini‟ , „esok‟ - Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah Masalah Fonologi Pengkodan fonologi merujuk kepada hubungan sistematik antara huruf dengan bunyi. Secara ringkasnya, kanak-kanak disleksia lazimnya mengalami kesukaran membezakan antara 'paku' dengan 'pasu'. Mereka juga tidak dapat 'mendengar' rima akhir yang sama antara perkataan. Umpamanya, apabila ditanya apakah perkataan yang bunyi akhirannya sama dalam "Jack and Jill went up the hill", mereka akan menjawab, "Jack" dan "Jill".

Masalah Penyusunan Bersiri Kajian menunjukkan kanak-kanak disleksia sukar menyusun sesuatu secara bersiri. 1996). kanak-kanak itu perlu diberi tempat duduk yang paling hadapan di dalam bilik darjah. mereka menghadapi masalah menghafal sifir atau pun mengingat susunannya. Selain itu. Keprihatinan dan pengetahuan para guru berkaitan masalah kanak-kanak disleksia sangat penting dalam usaha membantu mereka belajar. seperti susunan bulan dalam setahun. Apabila ditanya secara spontan. Walau bagaimanapun.. Kesukaran ini bukanlah disebabkan oleh masalah pendengaran. Ini bermakna penyelesaian satu masalah matematik yang mudah memerlukan jangka masa yang lama serta banyak tenaga dan usaha. kanak-kanak disleksia juga menghadapi masalah menentukan waktu atau pun membaca jam. susunan hari dalam seminggu. susunan huruf serta nombor. mereka tidak dapat menjawab secara spontan. Ini juga bermaksud mereka sukar mengingati fakta-fakta di sekolah apabila disoal oleh guru. mereka mempunyai masalah dalam mencari semula perkataan. sebaliknya berkait dengan pemprosesan maklumat di dalam otak (Farrer. Justeru. Mereka juga sering didapati mengalami kesukaran mengingati nama rakan-rakan. mereka terpaksa membaca sifir daripada awal sehingga sampai kepada nombor yang dikehendaki itu. malah anggota keluarga dan merujuk individu itu sebagai "kawan saya di sekolah" atau pun "budak lelaki itu". Seorang kanak-kanak disleksia mungkin dapat menghuraikan proses 'penyebaran' dalam subjek sains dengan panjang lebar tetapi mengalami kepayahan menyenaraikan contoh tumbuhan yang menggunakan angin sebagai mekanisma penyebaran. Ini bermaksud apabila mereka ditanyakan suatu soalan. Masalah yang sama berlaku dalam operasi pembahagian. Umpamanya. kanak-kanak disleksia juga cenderung menjadi kaku dan membisu apabila ditanyakan soalan. kanak-kanak disleksia mempunyai kecerdasan yang normal.15 tengahari adalah . Masalah Mengingat Perkataan Secara umumnya. "Berapakah nilai 5x7?". soalan seperti "45 minit sebelum pukul 1. .. Kebanyakan mereka mempunyai IQ yang normal dan sebahagian daripada mereka mempunyai kecerdasan luar biasa. serta membuat kira-kira yang berkaitan dengan waktu.Ini juga bermakna mereka keliru dan sukar membezakan harga sesuatu barang dalam bahasa Inggeris. guru dapat memerhatikan kanak-kanak itu secara berterusan bagi memastikan arahan dapat diikuti dengan jelas. Selain itu. sama ada fifty cents atau pun fifteen cents. Contohnya." sangat mencabar keupayaan mereka. Dengan cara ini.

Umpamanya. panggil abang turun dan bawa turun buku matematik sekali. "Kamu naik ke tingkat atas. Kanak-kanak disleksia menghadapi masalah dengan bahasa keduanya apabila peraturan sintaksnya berbeza daripada bahasa pertama. "Lipat dua kad manila itu. di mana frasa "black cat" dalam bahasa Inggeris disebut sebagai "kucing hitam" dalam bahasa Malaysia. terdapat arahan seperti. Umpamanya bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia mempunyai peraturan sintaks berbeza. Akibatnya mereka sering dianggap sebagai degil atau pun tidak mendengar kata. kanak-kanak disleksia tidak berupaya mengingat arahan-arahan panjang yang diberikan oleh guru. Apabila arahan itu melibatkan lima langkah atau pun lebih. seperti mengira jumlah harga barang atau pun menentukan baki. mereka didapati lebih berupaya menjawab dengan baik dalam soalan terbuka di mana mereka dapat berfikir dan menulis jawapan yang dikehendaki. lazimnya kanakkanak disleksia teus hilang punca. simpan stoking dalam laci. . potong di garisan tengah dan seterusnya". Ini menyebabkan kanak-kanak itu disangka tidak memberikan perhatian. Masalah Ingatan Jangka Pendek Ingatan jangka pendek atau pun ingatan bekerja merujuk kepada stor di mana maklumat yang sedang digunakan disimpan. Masalah yang serupa juga timbul apabila kanak-kanak disleksia berhadapan dengan soalan aneka pilihan. Lemah dalam pengamatan penglihatan atau visual. Masalah Kesedaran Sintaks Kesedaran sintaks atau sensitiviti pada tatabahasa merujuk kepada kebolehan memahami sintaks suatu bahasa. dalam subjek lukisan. PUNCA-PUNCA MURID LEMAH DALAM EJAAN 1. Kesemua proses ini akan mengumpul maklumat di stor ingatan jangka pendek bagi digunakan pada masa itu. Kanak-kanak disleksia didapati menghadapi masalah memproses maklumat yang baru masuk dan pada masa yang sama mengambil maklumat dari stor ingatan jangka panjang. Di rumah umpamanya. kanak-kanak itu perlu 'memegang' satu soalan dan empat pilihan jawapan dalam stor ingatan bekerjanya." kanak-kanak disleksia pastinya tertinggal atau pun terlupa sesuatu. Bagi memilih jawapan yang tepat. Dalam erti kata lain. dan ini menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu. apabila kanak-kanak itu disuruh. Sehubungan itu. Masalah ini wujud pada kanak-kanak disleksia di mana mereka sukar memahami peraturan berkaitan sintaks dalam bahasa.Sebahagian kanak-kanak disleksia menghadapi masalah dengan pengiraan yang melibatkan wang.

Masalah memori auditori dan visual. bunyi suku kata perkataan dan juga sukar menyusun atau menggabungkan suku kata bagi membunyikan perkataan. jika murid membaca secara songsang dari belakang ke depan. Murid menghadapi masalah untuk mengingati bunyi dan suku kata. 3. huruf "p" dan "q". Murid melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan secara terbalik. Kekeliruan inilah yang menyebabkan murid sangat lemah dalam kemahiran mengeja. Contohnya. Bagi murid disleksia. Tidak dapat mengingati dan membayangkan bentuk sebenar sesuatu huruf atau perkataan. Mereka sering memerlukan arahan yang jelas dan mudah bagi membantu mereka mengenal pasti bunyi sesuatu perkataan dan membina kemahiran fonologi. masalah yang dihadapi dalam mengecam bentuk huruf dan konfigurasi perkataan sangat ketara. 4. . Lemah dari segi Analisis pendengaran. Contoh: Makan dibaca sebagai nakaM 2. Murid juga tidak dapat mengaitkan bunyi huruf dengan huruf yang dilihat disebabkan kurang pendengaran. murid akan keliru dan akan menyebabkan kemahiran membaca murid semakin lemah dan teruk. Jika pengamatan penglihatan murid menghadapi masalah.Pengamatan bermaksud hasil tindakbalas keseluruhan sistem deria setelah menerima rangsangan daripada sumber lain. Pengamatan visual pula berkait dengan keupayaan deria penglihatan untuk menerima rangsangan dan seterusnya menghantar maklumat tersebut ke otak untuk ditafsirkan. Murid tidak dapat mengecam bentuk huruf dan perkataan. Sebutan huruf yang salah. 5. Terdapat beberapa huruf yang kelihatan seakan-akan sama walaupun bunyinya adalah berbeza. Simbol-simbol perkataan yang bercetak sukar diterjemahkan. Manakala murid yang lemah dalam ejaan amat memerlukan latihan dan aktiviti untuk menguatkan ingatan visual. Contoh: Sukar membezakan bunyi huruf vokal dan huruf konsonan. Murid sukar mengingat bunyi abjad. Contoh: Keliru membezakan huruf "b" dan "d". Murid yang menguasai kemahiran ejaan dengan baik akan menyimpan perkataan dalam memori dan mengingat kembali perkataan tersebut tanpa memerlukan petunjuk visual. maka perkataan atau huruf-huruf yang dilihat murid akan mengalami kesalahan dan kesilapan.

The results of this study indicate the needs of early intervention . kemahiran motor halus dan deria persepsi. Data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan peratusan.edu. Abstract This research meant to identify the characteristics of dyslexia in the preschool pupils at IPG Kampus Darulaman (IPDA).Murid menyebut nama huruf dalam 'telo' bahasa ibunda atau 'loghat' daerah. Hasil kajian menunjukkan perlunya dan pentingnya pengesanan dan intervensi awal simptom disleksia di peringkat prasekolah. acquired memories problems is a major problem in the sample with the percentage of 26. pengetahuan. reading and writing). Mathematical proficiency aspects related to the number. recall the memory. "perang" ( peperangan) disebut "perang" (warna).78%. murid menghadapi masalah dalam sebutan huruf "e" pepet dan "e" taling. Suraya bt. Kajian ini mengadaptasi instrument The Dyslexia Early Screening Test (DEST) dan set Ujian Awal Pengesahan Disleksia (UAPD) yang diubahsuai sebagai senarai semak untuk mengkaji kemahiran matematik. While the issue of combine spoken and written skills contributes as much as 23.my suraya@ipda. fine motor skills and sensory perception. PENGESANAN AWAL DISLEKSIA KANAK-KANAK PRASEKOLAH PENGESANAN AWAL DISLEKSIA KANAK-KANAK PRASEKOLAH Azmi bin Abu Bakar. The data was analyzed using descriptive study of percentage. language proficiency (oral. Pendedahan kepada guru mengenai simptom disleksia dan perancangan cara menangani kesukaran yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia melalui aktiviti yang bersesuaian hendaklah dilaksanakan supaya masalah penguasaan kemahiran 3M ini tidak berlarutan apabila kanak-kanak memulakan persekolahan. membilang nombor dan menentukan nilai nombor tidak menunjukkan masalah yang ketara dari segi penguasaan.52%. memori. Masalah kemahiran menggabungkan bahasa lisan dan tulisan pula menyumbang sebanyak 23. Bai azmiab@ipda.edu. counting and specify the value for number does not indicate a problem in terms of the mastery. Seramai 17 sampel murid prasekolah IPDA terlibat dalam kajian ini. as 17 preschool pupils of IPDA is involved in this study.52%. Contoh: "Makan" disebut "make". knowledge.78%. Sample. bacaan dan tulisan). Selain itu. This study adapts The Dyslexia Early Screening Test (DEST) instrument and a set of Ujian Awal Pengesahan Disleksia (UAPD) which is modified as a check list to examine mathematical proficiency. kemahiran bahasa (lisan. Aspek kemahiran matematik yang berkaitan dengan nombor.my Abstrak Kajian ini bertujuan mengenalpasti ciri-ciri disleksia yang terdapat dalam kalangan murid prasekolah IPG Kampus Darulaman (IPDA). Study shows. Dapatan kajian menunjukkan masalah ingatan merupakan masalah utama dalam kalangan sampel dengan purata sebanyak 26.

Mereka memerlukan bantuan khusus atau program khusus yang sesuai dengan tahap masalah membaca yang mereka hadapi. kemungkinan kanak-kanak tersebut menghidap disleksia. jika seorang kanak-kanak itu tidak mampu untuk melakukan perkara-perkara tersebut.in early stage of dyslexia symptom primarily in preschool ratings is important to alleviate the problems. Mereka mengalami masalah dalam mengenal huruf iaitu semasa membaca. iii. . viii. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut : Kebolehan Kognitif Tingkahlaku Sosial / Perkembangan Sosial Penguasaaan Bahasa Lisan dan Pertuturan Penguasaan Membaca Kemahiran Perkembangan(Developmental Skills) Kemahiran Matematik Daya Penglihatan Darjah Kebolehan Pendengaran Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran memerlukan metodologi pengajaran yang menggalakkan mereka berinteraksi dan bergantung kepada keupayaan guru bagi mengenalpasti cara murid itu bertingkah laku. v. 1. Murid disleksia ini tidak hanya terdapat dalam kalangan kanak-kanak. Namun. 1. Guru yang mengajar kanak-kanak ini perlu menggunakan pelbagai strategi yang efektif. vi.2 Latar Belakang Murid disleksia merupakan sebahagian dari kategori murid bermasalah pembelajaran.1 Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Kementerian Pelajaran mendefinisikan kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. iv. ii.1. tetapi juga terdapat dalam kalangan golongan dewasa. mereka sudah mampu untuk membaca suku kata yang mudah. apabila telah memasuki alam prasekolah. vii. Kanak-Kanak ini juga sememangnya memberi tekanan emosi kepada guru dan ini mencabar dari segi tingkah laku mereka . PENGENALAN Kebiasaan seorang kanak-kanak yang normal yang berumur sekitar 5 atau 6 tahun. Teacher’s exposure to the dyslexic symptom and designing ways to handle the difficulties through appropriate activities should carried out so that the issue can be minimize when a child begins school. 1. mampu untuk membezakan bunyi-bunyian yang mudah seperti perbezaan bunyi loceng atau tepukan tangan serta apa jua perkara yang mampu dilakukan sebagai seorang kanak-kanak pra sekolah. Jumlah murid yang mengalami masalah ini di Malaysia masih belum diketahui. 1.1 Pendahuluan i. mampu mengikut arahan-arahan tertentu.

2. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan untuk menyelidik tahap kebolehpercayaan pelajar prasekolah IPDA. ii. disleksia ialah ketidakupayaan yang teruk dalam membaca. memahami. kita juga boleh mengenal pasti strategi-strategi pengajaran yang lebih efektif dalam usaha untuk memperbaiki prestasi akademik di kalangan pelajar-pelajar ini. melibatkan kesukaran dalam kefahaman dan perhubungan antara bunyibunyi huruf. . Sistem pendidikan murid disleksia. Murid disleksia memerlukan program khas yang boleh menilai kebolehannya supaya mereka dapat menerima pelajaran yang diajar sesuai dengan tahap penerimaan mereka. Kanak-kanak disleksia pada umumnya adalah kanak-kanak normal tetapi mempunyai masalah yang berpunca dari kecelaruan pada bahagian otaknya.i. terdapat juga masalah sampingan yang lain turut menyumbang kepada kesukaran dalam pembelajaran seseorang individu. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia pula. program pendidikan. Mereka juga mempunyai keupayaan intelek yang normal dan telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi. Masalah ini kebiasannya berkait rapat dengan gangguan urat saraf. Menurut Mercer (1991). Discalculia (Dyscalulia) yang melibatkan kesukaran dalam pengajaran matematik dan masalah bahasa yang yang melibatkan kesukaran mendengar dan bertutur.0 Pernyataan Masalah Disleksia bukanlah suatu konsep yang mudah untuk dijelaskan di mana kebanyakkan penyelidik bersetuju bahwa disleksia bolehlah diterangkan sebagai keadaan seseorang yang mengalami masalah membaca. disleksia adalah masalah murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid biasa tetapi menghadapi kesukaran yang tinggi dalam menguasai kemahiran membaca. kajian ini akan menjelaskan mengenai pendidikan murid disleksia berkaitan dengan hal-hal seperti berikut : Pola program pendidikan murid disleksia dengan menggunakan program murid normal. menulis dan mengeja. Maklumat mengenai tahap kebolehpercayaan pelajar-pelajar prasekolah ini dianggap penting bagi mengetahui sejauh manakah kebolehan mereka dalam proses pembelajaran. Selain masalah membaca dan mengeja. Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia dan kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah disleksia berbanding perempuan. Di samping itu. Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh. menulis. mengeja dan mengira. Oleh itu. Hal ini kerana mereka tidak mampu menyamai tingkat penguasaan sebagaimana murid normal. iii.murid disleksia menggunakan program murid normal yang telah diubahsuaikan dan program pendidikan yang khusus untuk murid disleksia. Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Masalah sampingan ini selalunya bertindihan antara satu sama lain dan sukar untuk dikesan. Antaranya ialah Disgrafia (Dysgraphia) yang melibatkan kesukaran menulis . menulis dan mengira yang agak serius. Rancangan Pendidikan Individu. Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca.

Adakah terdapat ciri-ciri disleksia dalam kalangan murid prasekolah IPDA? 2.perkataan “was” menjadi “saw”.1 Objektif Kajian i.4 Batasan Kajian Kajian ini hanya dijalankan di prasekolah IPDA. Kajian ini mempunyai batasan-batasan seperti berikut : Kajian ini terhad kepada hubungan antara kumpulan pelajar yang mengalami simptom disleksia secara rawak. huruf “b” menjadi “d”. temubual dan pemerhatian. Segala maklumat dan data yang diperolehi dari kajian adalah dari sumber soal selidik. pengkaji akan mentakrifkan istilah-istilah yang akan digunakan : . mengingati dan mengikuti arahan yang diberikan. Mereka juga mengalami kesukaran memahami. Mengenalpasti ciri-ciri disleksia dalam kalangan murid prasekolah IPDA. sukar mengenal bentuk bentuk atau warna dan sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya. Masalah yang berkaitan dengan murid disleksia ini berkaitan dengan kesilapan semasa membaca huruf. hasil kajian ini dapat membantu kanak-kanak prasekolah ini mempertingkatkan lagi potensi pembelajaran mereka dengan menggunakan pendekatan pelbagai deria seperti deria sentuhan dan deria pendengaran melalui ritma atau bunyi perkataan dan huruf. Di samping itu. Jika tidak dikenalpasti dan dibantu di peringkat awal boleh menyebabkan gangguan emosi (kemurungan). 2. hasil kajian ini juga dapat membantu guru-guru untuk mengkaji dan mengatasi kelemahan serta kesilapan yang dilakukan oleh pelajar semasa menulis .   2. kecelaruan tingkah laku) dan rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah). 2. senarai semak. mengeja serta dapat membaca dengan baik. Pemilihan kumpulan sampel adalah secara rawak tanpa pertimbangan jantina dan umur. masalah tingkah laku (melawan. tidak dapat membezakan nombor 15 dengan 51 . sukar menulis nama sendiri. perkataan atau nombor (bacaan terbalik).5 Takrif Istilah Bagi menjelaskan lagi kajian yang dijalankan ini.Antara ciri-ciri disleksia yang dapat dikenalpasti di peringkat pra sekolah berkemungkinannya adalah lambat bertutur. mengalami kesukaran sebutan atau rima.2 Soalan Kajian i.3 Kepentingan kajian Kajian ini diharapkan dapat membantu guru prasekolah dalam mengenalpasti murid bermasalah disleksia dan mengetahui tentang kepentingan mengenali simptom-simptom disleksia dengan lebih jelas dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah. 2. Selain itu.

asalkan mereka mendapat perhatian khas sesuai dengan keperluan mereka. Jenis pendekatan pendidikan bagi murid disleksia tersebut hendaklah bersesuaian dengan perlaksanaanya kerana banyak bergantung pada keadaan dan keperluan murid disleksia. Penggunaan kurikulum pendidikan bersama tersebut mempunyai beberapa masalah iaitu guru tidak terlatih secara khusus serta tidak mampu menghadapi murid disleksia. 2.5. Jadi pengembangan potensi murid disleksia yang menggunakan program pendidikan murid normal tidak boleh diabaikan dengan pendidikan secara khusus.5. sumber kewangan dan guru sebagai pelaksana program itu.5.2. Berikut adalah sistem pendekatan pendidikan yang diterapkan . guru pembimbing dan kelas biasa.1 Simptom Tanda-tanda yang dialami oleh seseorang individu yang tidak diketahui dan perlu mendapat pengesahan dari pakar perubatan.8 Sistem Pendekatan Pendidikan Murid Disleksia Pengurusan pendidikan murid disleksia dapat dilakukan dengan pelbagai pendekatan. 2. 2. Berdasarkan penjelasan ini.3 Prasekolah Murid yang berumur antara 5 . Pengurusan pendidikan yang menyediakan program yang pelbagai memerlukan dana yang banyak untuk persiapan dan perlaksanaannya. 2. dan murid disleksia yang lambat menyesuaikan diri akan cepat merasa putus asa dan tertinggal dalam pelajarannya..6 Pola Program Pendidikan Murid Disleksia Bagi memenuhi keperluan pendidikan murid disleksia maka beberapa bentuk program alternatif dibentuk sesuai dengan kemampuan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia dengan menggunakan kurikulum sekolah murid normal. menggunakan kurikulum sekolah murid normal yang telah disesuaikan dan menggunakan kurikulum khusus. dipilih secara rawak tanpa pertimbangan jantina dan bangsa. . 2.6 hingga tahun. maka halangan yang dihadapi pendidikan murid disleksia perlu ditiadakan. melibatkan kesukaran dalam kefahaman dan perhubungan di antara bunyi-bunyi dan huruf-huruf. Misalnya melalui lawatan guru ke kelas-kelas khas .2 Disleksia Ketidakupayaan yang teruk dalam membaca. Pengguanan kurikulum pendidikan bersama antara murid disleksia dan murid normal tidak menjadi masalah bagi mengembangkan potensi murid disleksia. dapat dikatakan bahawa kurikulum pendidikan yang diperuntukkan bagi murid disleksia ini fleksibel dan memiliki alternatif yang pelbagai dan sesuai dengan keperluan mereka.7 Menggunakan kurikulum sekolah biasa/normal. Oleh itu.

Namun begitu penekanannya amat lemah sekali dan inilah satu cabaran bagi pakar pendidikan khas di Malaysia. . 2.3 Kelas Biasa Kelas biasa merujuk pada pendekatan murid disleksia dan perlaksanaannya seiring dengan pentadbiran pendidikan kanak-kanak normal dengan menggunakan khidmat guru pembimbing yang khusus. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif melalui instrument kajian yang menghasilkan dapatan dalam bentuk numerik yang akan dihuraikan melalui penulisan deskriptif.9 Teori/Model Kajian Kanak-kanak khas dan bermasalah pembelajaran yang mereka hadapi untuk membaca.1 Kelas Khas Kelas Khas merujuk kepada sistem pentadbiran dan pelaksanaan pendidikan murid disleksia bersama dengan murid normal. Di samping itu kurikulum yang digunakan untuk murid disleksia ini umumnya kurikulum sekolah biasa yang diubah bagi membolehkan murid disleksia ini mengikutinya dan sesuai dengan keperluan dan keadaan mereka.2. 2.menulis dan mengira dalam apa jua bahasa dianggap sebagai satu aktiviti manusia yang sangat kompleks. Belajar membaca. Dalam kajian ini telah melaksanakan pemerhatian secara langsung ke atas sampel-sampel kajian dengan meliputi pemerhatian kemahiran. Mereka memerlukan layanan khusus dan tempat belajar yang selesa. menulis dan mengira merupakan aktiviti yang kompleks. pengetahuan dan tahap keupayaan mental dan fizikal bagi memperolehi dapatan kajian yang lebih tepat. Di Malaysia program ini telah diterapkan. Sistem ini juga membolehkan mereka ini belajar bersama-sama murid normal bagi mata pelajaran pendidikan jasmani sebagai contoh.8.2 Ruang Sumber Ruang sumber merujuk kepada pendekatan pendidikan murid disleksia di mana perlaksanaan program pendidikannya bersama pendidikan murid normal menggunakan ruang khusus sebagai tempat perunding. Pendekatan ini lebih baik kerana murid disleksia boleh berinteraksi dengan murid normal dan tidak terbatas sesama mereka sahaja.menulis dan mengira berterusan ditemui oleh guru-guru khas.10 Reka Bentuk Kajian Kajian ini menggunakan kaedah kajian tinjauan dalam mengenalpasti kanakkanak atau pelajar yang mempunyai ciri-ciri disleksia.8. 2. pembelajaran mata pelajaran tersebut merupakan tugasan yang sukar bagi kebanyakan kanak-kanak terutamanya kanak-kanak bermasalah pembelajaran.kanak-kanak perlu mengembangkan kebolehan membaca. Tidak boleh dinafikan bahawa . Oleh sebab membaca.8. menulis dan mengira sebagai bahagian penting kemahiran pembelajaran agar dapat berjaya dalam bidang akademik. 2.

terdapat dua kaedah yang boleh dicadangkan (KPM 2001) iaitu secara ujian dan secara senarai semak. temubual dan pemerhatian hasil kerja kanakkanak. Diantaranya ialah masalah ingatan. urutan dan yang berkaitan.0 Analisis Data Penganalisaan data dilakukan dengan penjumlahan keputusan subujian secara manual mengikut borang-borang tersedia dalam pakej ujian. Dapatan data adalah seperti jadual di bawah. penglibatan. Senarai Semak Lambat Kematangan dan Senarai Semak Ujian Diagnostik (Menulis). Kaedah senarai semak bertujuan untuk mendapatkan butiran kelemahan murid jika tahap pencapaian murid ketinggalan sebanyak dua tahun di belakang pencapaian rakan sebaya (Hammond. Senarai semak berkaitan ialah Senarai Semak Disleksia.P. masalah tumpuan.52 23. Ujian Bacaan dan Ujian Saringan ianya mengandungi soalan-soalan pendek berkaitan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan Ujian Komprehensif yang mengandungi aktiviti bacaan. Borang Pemerhatian Disleksia Kanak-Kanak Prasekolah. masalah pertuturan dan fonologikal.52 23.1 Dapatan Kajian Data yang diperolehi adalah berdasarkan senarai semak yang dijalankan melalui pemerhatian.2. Bagi kaedah ujian seperti Ujian Kecerdasan (IQ). perbincangan.2 Senarai Semak Disleksia Melalui Senarai Semak Disleksia terdapat beberapa subtopik yang diperhatikan untuk menentukan ciri-ciri disleksia kanak-kanak.76 .Dalam proses mengenalpasti kanak-kanak bersimptom disleksia. Masalah mempelajari sesuatu yang melibatkan Bilangan tidak menguasai 4 4 4 2 Peratus (%) 23. Statistik deskriptif akan digunakan bagi menerangkan kadar bilangan kanak-kanak yang didapati mempunyai simptom disleksia dalam frekuensi peratusan. Penganalisaan data juga dibuat menggunakan kaedah peratusan. ejaan. 1990). Sukar mengingati perkataan yang bari dibaca. masalah menggabungkan bahasa lisan dan bahasa bertulis. 3. matematik dan kecerdasan. Data-data dari rekod subujian akan dianalisis untuk pengiraan indeks.L & Hughes. Data yang telah diklasifikasikan indeksnya akan dirumuskan dalam borang keputusan ujian yang akan menunjukkan kadar pencapaian setiap ujian dengan jelas melalui paparan graf yang mudah untuk diinterpretasikan bagi pencapaian setiap individu untuk tujuan tindakan perancangan pengajaran dan pembelajaran. Senarai semak-senarai semak ini mengandungi beberapa subtopik yang memberi fokus kepada simptom-simpton yang berkaitan dengan disleksia dalam kalangan kanak-kanak. lukisan. 3. 3.1 Masalah ingatan Kemahiran 1 2 3 4 Sukar mengingati arahan Masalah mempelajari kemahiran bahasa yang asas seperti abjad dan bunyi. literasi.52 11. 3. dan masalah visual motor.

Jumlah ini mewakili 11.76 11.76 Jadual 2 Masalah pertuturan dan fonologikal Melalui pemerhatian penguasaan pertuturan dan fonologikal. Masalah mempelajari fonik.52 Beberapa item penguasaan kemahiran dirujuk terhadap kanak-kanak berdasarkan jadual di atas. Jadual 1 Masalah Ingatan 2 3 10 4 4 11.17% dari kanakkanak pra sekolah mengalami masalah ingatan.3 Masalah menggabungkan bahasa lisan dan bahasa bertulis.82% tidak menguasai kemahiran tersebut. Kesalahan ejaan yang sama dan berulangan.76 11.52 dan huruf. Masalah struktur bahasa dalam penulisan Bilangan tidak menguasai 2 2 2 2 2 2 2 2 Peratus (%) 11. 1 . terdapat 2 orang kanak-kanak yang tidak menguasai semua kemahiran yang diuji. Masalah matematik mengira dengan jari.76 11.76% dari jumlah keseluruhan kanakkanak yang dikaji.76 11. 3. Bilangan Kemahiran tidak Peratus (%) menguasai Lambat untuk mendapat perkaitan antara bunyi 4 23. 3.2. Lewat menguasai kemahiran bertutur.2.76 11.76 11.82 23.64 58.2 Masalah pertuturan dan fonologikal Kemahiran 1 2 3 4 5 6 7 8 Susah mendapat perkataan yang sesuai semasa bercakap. Masalah mengenal pasti dan membaca perkataan yang bermula dengan sukukata yang hampir sama. Sukar mengingati ejaan sesuatu perkataan untuk tempoh lama.52 23.76 11. Masalah mengenal pasti dan membaca „rhymes‟.5 6 7 8 9 urutan.76 17. Menyalin dengan tidak tepat. Keliru dengan urutan huruf dan digit seperti 13 dan 31. secara keseluruhannya. Secara keseluruhannya sebanyak 24. Masalah menyebut perkataan yang panjang Masalah menyebut perkatan bergabung. Masalah ketara yang dapat dilihat ialah penguasaan dalam kemahiran membilang menggunakan jari di mana 10 orang kanak-kanak iaitu 58.

5 Masalah visual motor Kemahiran Bilangan tidak Peratus (%) . Organisasi diri yang lemah.97% kanak-kanak tidak menguasai atau kurang memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. selalu lupa di mana letaknya sesuatu.88 5. Membaca perkataan yang tidak ada pada buku Pembacaan yang kurang kelancaran dan kelajuan yang tidak sesuai.2.88 5. Senang tertarik kepada ransangan lain.52 23.88 23.52 Jadual 3 Masalah menggabungkan bahasa lisan dan bahasa bertulis. Sukar menyampaikan idea secara bertulis.76 0 5.52 3 4 5 6 4 4 4 4 23. 3.selalu bergerak tanpa berfikir dan menjerit dalam kelas.2.4 Masalah tumpuan Kemahiran 1 2 3 4 5 6 7 8 Selalu berkhayal atau berangan dalam kelas.52 23. Sukar menyampaikan ideanya secara bertulis Terlangkau atau terlebih perkataan dalam penulisannya . Tidak boleh duduk diam.88 11.Kebanyakan kanak-kanak ini hanya dapat memberi tumpuan singkat sepanjang proses atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.52 Sebanyak lapan item diperhatikan dalam penguasaan tumpuan. Jadual 4 Masalah tumpuan Bilangan tidak menguasai 1 2 0 1 1 1 4 4 Peratus (%) 5.52 23. Melakukan banyak kesilapan yang cuai. membuta tuli (impulsive). Didiagnostic bermasalah ADHD.52% kanak-kanak yang tidak menguasai kemahiran ini. Melalui pemerhatian yang dijalankan terdapat sebilangan 10. Purata seramai 4 orang kanak-kanak didapati tidak menguasai keseluruhan kemahiran yang diperhatikan.selalu merengek. Pemerhatian yang dijalankan berkaitan kemahiran menggabungkan bahasa lisan dan bahasa bertulis menunjukan secara keseluruhannya terdapat sebilangan 23.2 Mampu mengeja sesuatu perkataan secara lisan tetapi tidak dapat menuliskan perkataan tersebut.52 23. 3. 4 23. Bertindak mengikut gerak hati. Hanya boleh bertumpu pada pembacaan untuk jangka masa yang pendek.

52 23. 4 4 4 4 4 4 4 2 2 2 23.52 11.1 Masalah Bacaan Kemahiran 1 2 3 4 5 6 7 8 Bacaan yang lemah.52 23.76 3.99% kanak-kanak prasekolah tidak menguasai kemahiran ini.76 11. koordinasi dan postur fizikal yang ditunjukkan. Sebutan yang tidak betul. Menulis huruf dan nombor secara terbalik. Gagal untuk mengenali perkataan biasa. Hasil kerja yang lemah.76 11.52 23.52 23. Postur yang tidak betul dan tidak stabil semasa bekerja di meja atau duduk di lantai. Keliru dengan huruf kecil dan huruf besar. Keseluruhannya terdapat seramai 4 orang kanak-kanak yang menunjukkan kurang penguasaan visual motor melalui pemerhatian hasil kerja.52 23.52 23. Tidak tahu intonasi yang betul. Koordinasi fizikal yang lemah dan pergerakan yang kekok. Tangan mudah menjadi letih.3. Bilangan tidak menguasai 2 2 2 2 2 2 2 2 Peratus (%) 11. tidak kemas.76 11.menguasai 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Lambat menguasai kemahiran menulis berbanding kanak-kanak lain. comot dan gaya menulis yang tidak sesuai.contohnya “b” dan “d”. Gagal untuk memahami apa yang dibaca.76 11. Jadual 5 Masalah visual motor Pemerhatian penguasaan kemahiran visual motor menunjukkan 19.76 11.76 11.76 11.76 11.76 11.76 Jadual 6 Masalah Bacaan . Tidak suka bermain “puzzle” dan melukis semasa peringkat awal kanak-kanak. Tertinggal perkataan bila membaca atau menambahkan perkataan. Lemah dalam kefahaman. Bacaan dengan tiada perasaan.3 Pemerhatian Disleksia Kanak-Kanak Prasekolah (Bahasa) 3. Lambat menghabiskan kerja sekolah. Hilang baris semasa membaca.

76 11.52 23.Pemerhatian berkaitan kemahiran bacaan menunjukkan terdapat 2 orang kanak-kanak tidak menguasai kemahiran bacaan dengan baik.76 23.76 . Huruf besar/kecil permulaan ayat. Susah dalam mengingati perkara yang berturutan seperti hari. Sifir 2 hingga 10 Bilangan tidak menguasai 2 2 Peratus (%) 11. Cara memegang pensil yang tidak betul. Mengeja perkataan dengan pelbagai cara.52 23.76% dari jumlah keseluruhan mereka.76 11. Keliru dengan symbol + atau -. abc dan sebagainya. 3. p/g.52 0 Jadual 7 Masalah tulisan Kemahiran menulis pula menunjukkan pencapaian 83.3.76 3 2 11. 3.76 23.58% kanak-kanak menguasai kemahiran dengan baik. Tulisan kotor ( potong sana-sini) Keliru dengan huruf seakan-akan b/d .76 4 2 11. Sebanyak 8 item kemahiran yang diperhatikan dalam kemahiran ini. tahun. Bilangan ini membawa kepada 11. p/q. Bilangan tidak menguasai 2 2 2 2 2 4 2 4 4 4 0 Peratus (%) 11.2 Masalah tulisan Kemahiran 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Lambat menyalin Penat bila banyak menulis. Tidak ada tanda bacaan.76 11.3.42% kanakkanak kurang menguasai kemahiran ini berdasarkan 11 item yang diperhatikan. Kesilapan ejaan yang banyak dalam rencana.3 Masalah nombor Kemahiran 1 2 Keliru dengan nombor.76 11. Kerja tulis lemah banding dengan lisan.52 11. Ini menunjukkan sebilangan 16. bulan. nama am/khas. Tulisan tidak mengikut garisan.76 11.

3. Bilangan tidak menguasai 4 4 4 4 4 Peratus (%) 23.52% dari jumlah semua kanak-kanak yang diperhatikan.4 Senarai Semak Lambat Kematangan 3.88 5.52 23. Rajah 2 Graf pemerhatian Disleksia kanak-kanak prasekolah(bahasa) 3. Tidak pandai mengawal masa.88 5.52 23.88 3 4 1 1 5.52 Jadual 9 Masalah mengenal masa Sebanyak 5 item yang berkaitan dengan kemahiran mengenal masa digunakan dalam senarai semak ini. Bilangan ini merupakan 23. Konsep yang lemah.3.4. Secara keseluruhan bilangan ini menunjukkan nilai 11. Graf di bawah menunjukkan keseluruhan data berkaitan pemerhatian simptom disleksia kanak-kanak prasekolah.1 Masalah Main dan Rekreasi Kemahiran 1 2 Lebih suka bermain dengan kanak-kanak yang lebih muda Lebih suka bermain mainan aktiviti yang biasanya diminati oleh kanak-kanak yang lebih muda Masih menikmati rancangan TV yang diminati semasa peringkat yang sangat kecil Gurauan yang mirip kepada kanak-kanak yang lebih kecil Bilangan tidak menguasai 1 1 Peratus (%) 5.4 Masalah mengenal masa Kemahiran 1 2 3 4 5 Susah dalam memberitahu masa.76% dari jumlah keseluruhan kanak-kanak prasekolah yang dikaji.52 23. Penguasaan kemahiran berkaitan masa menunjukkan seramai 4 orang murid masih belum menguasainya dengan baik.Jadual 8 Masalah nombor Penguasaan kemahiran nombor menunjukkan hanya 2 orang kanak-kanak tidak menguasai dengan baik. Susah untuk mengingati tarikh lahir dan tarikh penting. Organisasi dan pengurusan diri yang lemah.52 23.88 .

4.88 5. Tidak dapat memulakan sesuatu permainan dengan rakan sebaya.88 5. 3. Jadual 10 Masalah Main dan Rekreasi 1 5.88 5.88 5. hanya seorang murid sahaja yang kurang menguasai item-item yang diperhatikan.5 6 Berada pada peringkat main khayalan dan imaginative (main peranan) untuk masa yang panjang berbanding kanak-kanak lain Takut pada cerita serta wayang gambar yang seram berbanding dengan kanak-kanak sebaya. Oleh itu bilangan ini hanya mewakili 5.88 Jadual 11 Masalah Ketidakmatangan Sosial Pemerhatian berkaitan kematangan sosial menunjukkan hanya seorang kanak-kanak prasekolah sahaja yang belum mengusai item-item yang diperhatikan berbanding rakan-rakan yang lain. 3. Jumlah ini mewakili sebanyak 5.2 Masalah Ketidakmatangan Sosial Kemahiran 1 2 3 4 5 6 7 8 Takut dan tidak mengambil inisiatif berkenalan dengan rakan baru yang sebaya. Sering menangis apabila berhadapan dengan masalah. Tidak menyertai rakan sebaya kecuali dijemput atau diberi galakan. Senang mempercayai orang lain dan lebih menyenangi dipimpin.88 1 5.88 5.88 5. Dalam pemerhatian yang dijalankan berkaitan kemahiran berinteraksi sosial iaitu bermain dan rekreasi. Tidak pandai mengawal tingkah laku sendiri.88 Pemerhatian seterusnya yang dijalankan adalah berkaitan senarai semak lambat kematangan.4. Bilangan tidak menguasai 1 1 1 1 1 1 1 1 Peratus (%) 5.88% dari keseluruhan kanak-kanak yang dikaji.3 Masalah Tumpuan Lemah Kemahiran Bilangan Peratus (%) .88 5. Terdapat 5 subtopik yang diperhatikan dalam kajian yang berkaitan aspek kematangan ini. Bercakap dan bertingkah laku yang tidak sesuai untuk peringkat umurnya. Meminta bantuan orang dewasa untuk menyelesaikan masalah kecil dengan kawan lain.88% dari jumlah keseluruhan kanak-kanak prasekolah yang dikaji.

Tidak boleh belajar atas inisiatif sendiri. Sukar duduk diam.76 11.tidak menguasai 1 2 3 Tumpuan yang lemah berbanding kanak-kanak dalam kumpulan umur yang sama.76 Jadual 13 Masalah Ketidakmatangan Akademik Kematangan akademik merupakan salah satu aspek yang dinilai dalam kajian ini. selalu bergerak. Terdapat lima item yang diperhatikan berkaitan kematangan akademik.76 11. sperti kemahiran membaca. Hasil pemerhatian mendapati hanya 2 orang kanak-kanak prasekolah sahaja yang kurang memberi tumpuan sepenuhnya dalam aktiviti dan proses pengajaran dan pembelajaran. mengeja dan menulis.76 11.76 11. Sukar member komitmen kepada kerja yang tertentu.76 11.76%. 2 2 2 11. lebih suka bermain. Tidak meminta bantuan apabila diperlukan. Dapatan menunjukkan terdapat 2 orang kanak-kanak prasekolah yang masih lagi kurang menguasai tahap yang sepatutnya dikuasai di peringkat prasekolah dengan peratusan sebanyak 11. Tidak dapat standing dengan kanak-kanak lain dalam matematik.76 .4 Masalah Ketidakmatangan Akademik Kemahiran Tidak dapat setanding dengan kanak-kanak lain dalam bahasa.76% dari jumlah keseluruhan kanak-kanak yang diperhatikan. Kadang-kadang menggunakan bahasa seperti kanak-kanak kecil( “wee wee”). Bercakap pada peringkat umur yang lebih lewat.5 Masalah Ketidakmatangan Bahasa Kemahiran 1 2 3 4 Pertuturan yang tidak matang. Bilangan ini mewakili 11. tulisan yang tidak matang. Hasil kerja.76 11. Bilangan tidak menguasai 2 2 2 2 2 Peratus (%) 1 2 3 4 5 11.4.76 3.76 11. Bilangan tidak menguasai 2 2 2 2 Peratus (%) 11. 3. Jadual 12 Masalah Tumpuan Lemah Pemerhatian berkaitan masalah tumpuan hanya melibatkan tiga item.76 11.76 11.4. Kosa kata dan pengetahuan am tidak mencukupi berbanding kanak-kanak sebaya.

2 11. 3. hanya 2 orang kanak-kanak masih belum menguasai kemahiran membilang secara gandaan dua-dua atau tiga-tiga.88%.(menamakan) Bilangan tidak menguasai 0 1 Peratus (%) 0 5. Pemerhatian yang dibuat berkaitan kemahiran ini menunjukkan hanya seorang kanak-kanak masih belum menguasainya dengan peratusan sebanyak 5.3 Masalah Rangkaian Nombor . 4.1 Masalah Menamakan Nombor Kemahiran 1 2 Mengenal angka 0-5 (menyebut) Menayangkan kad imbasan secara rawak.5. 0 0 Jadual 16 Masalah Membilang Objek 1-10 Dalam kemahiran membilang.5 Senarai Semak Matematik 3. Penekanan diberikan kepada langkauan genap dan ganjil seperti : 2 2. 7……….76 Bilangan tidak menguasai 0 Peratus (%) 1 0 3 Menyuruh murid membilang nombor sambil menaiki tangga. Membilang objek satu-satu 1 – 10... Diantaranya ialah menamakan nombor. 3. 3.76%.5. Dua lagi item yang dinilai dalam aspek ini menunjukkan penguasaan 100% kanak-kanak prasekolah. murid sebut 0 – 5.2 Masalah Membilang Objek 1-10 Kemahiran Bilang tertib menaik dan menurun... 6. 1. Jumlah peratusan yang masih tidak menguasainya ialah 11.88 Jadual 15 Masalah Menamakan Nombor Dalam kemahiran matematik terdapat beberapa aspek yang diperhatikan.Jadual 14 Masalah Ketidakmatangan Bahasa Kemahiran penguasaan berbahasa yang diperhatikan. 8. 3. mendapati terdapat 2 orang kanak-kanak masih belum menguasai kemahiran ini berbanding rakan-rakan mereka yang lain.5. 5.

Senarai semak ketiga yang diperhatikan ialah senarai semak mengenai kematangan kanak-kanak. perbincangan kajian ini dibahagikan kepada perbincangan dan rumusan hasil kajian. keupayaan ingatan dan kemahiran menggabungkan bahasa lisan dan bertulis merupakan masalah utama yang di hadapi oleh kanak-kanak prasekolah tersebut. Dalam penulisan yang berkaitan dengan nombor. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan melalui senarai semak disleksia. Ujian atau pemerhatian yang dijalankan adalah merujuk kepada senarai semak disleksia (umum).76 11. senarai semak kematangan dan senarai semak matematik. Pemerhatian mengenai kemahiran menggabungkan bahasa lisan dan bahasa bertulis mendapati seramai 4 orang kanak-kanak tidak menguasai kesemua enam item yang diperhatikan. mereka juga didapati sukar untuk mengingati tarikh serta sukar untuk memberitahu waktu dalam jam. Di antaranya ialah . 4. pemerhatian disleksia kanak-kanak prasekolah (bahasa). Berhubung dengan masalah ingatan juga seramai 10 orang kanak-kanak prasekolah masih tidak menguasai kemahiran membilang menggunakan jari. mereka mengalami sedikit kesukaran untuk melakukannya.Kemahiran 1 2 3 Melengkapkan rangkaian nombor (1. Melalui pemerhatian ciri-ciri disleksia kanak-kanak prasekolah di dalam aspek bahasa. Secara umumnya. Bilangan tidak menguasai 2 2 2 Peratus (%) 11. Perbincangan dalam bahagian ini ialah mengenai hasil atau dapatan kajian yang dijalankan.10) Nombor mempunyai kuantiti 1 – 10 Memadankan beberapa benda maujud dengan kad nombor yang sama nilai.0 Rumusan Bahagian ini membincangkan keputusan yang diperolehi melalui kajian.76 11. Dapatan menunjukkan seramai 2 orang kanak-kanak masih belum menguasainya dengan baik. terdapat seramai 4 orang kanak-kanak keseluruhannya yang masih tidak dapat menguruskan masa atau menguasai kemahiran berkaitan masa dengan baik. Hasil pemerhatian menerusi senarai semak menunjukkan terdapat beberapa aspek yang kurang dikuasai oleh kanak-kanak. kanak-kanak ini juga didapati mengalami kesukaran. Kesemua kanak-kanak ini mampu bertutur dengan baik dan lancar. namun apabila diminta untuk melahirkan idea atau jawapan secara bertulis.76 Jadual 17 Masalah Rangkaian Nombor Kemahiran membilang rangkaian nombor juga dinilai dalam kajian ini.1 Perbincangan hasil kajian Pengesanan awal risiko disleksia ini mengandungi 4 ujian utama yang menguji pelbagai kemahiran. Setiap ujian ini mengandungi beberapa item yang diperhatikan untuk menilai simptom disleksia yang mungkin ada pada kanak-kanak-kanak prasekolah dalam kajian yang dijalankan. 4.

Namun begitu. sokongan dan galakan yang berterusan. membaca). Guru perlu berusaha menerusi pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik untuk memastikan mereka berminat melakukan aktiviti yang memerlukan penumpuan yang tinggi (menulis. Terdapat dua perkara utama yang dibincangkan dalam bab ini iaitu rumusan kajian yang merangkumi bab 1 hingga bab 4 dan bahagian yang kedua merangkumi implikasi. Para ibu bapa juga turut memberi perhatia tentang masalah pembelajaran ini. nombor. Jika dahulu. Ketiga-tiga aspek ini menunjukkan sebilangan 11. 5. Aktiviti-aktiviti yang menarik dan mudah diterima adalah alternatif atau penambahbaikan kepada cara pelaksanaan semasa. Senarai semak keempat yang diperhatikan ialah senarai semak kemahiran matematik. Melalui senarai semak ini didapti seramai 2 orang kanak-kanak masih gagal menguasai dengan baik kebanyakan item yang diperhatikan. dapatan kajian mendapati kanak-kanak prasekolah di IPG Kampus Darulaman boleh dikatakan tidak mengalami risiko simptom disleksia yang tinggi. Oleh itu bagi memastikan kanak-kanak ini mampu menguasai kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. membaca dan sebagainya. mereka perlu diberi latihan. Disleksia adalah masalah kurang kemampuan dari segi pembelajaran menyebabkan mereka bermasalah untuk membaca. 4.2 Rumusan perbincangan Secara keseluruhannya.0 Kesimpulan Bab ini menerangkan rumusan hasil yang diperolehi. pendapat dan pandangan pengkaji terhadap hasil kajian yang diterangkan dalam bahagian ini. disleksia merupakan masalah dalam pembelajaran.76% kana-kanak masih belum menguasai kemahiran ini. kematangan akademik dan kematangan bahasa. Kegagalan sebilangan kecil mereka menguasai kemahiran yang diperhatikan melalui senarai semak mungkin bersifat sementara. menterjemahkan bunyi dan visual dalam penulisan menyebabkan mereka gagal untuk belajar. masalah. untuk aspek kematangan sosial hanya seorang kanak-kanak sahaja yang didapati masih belum dapat menguasai kemahiran bersosialisasi dengan baik. Cara ini dapat membantu mereka lebih berminat dan fokus terhadap pembelajaran seperti menulis. namun sekarang ia semakin mendapat perhatian oleh pelbagai pihak. Kemahiran membilang rangkaian nombor dan membilang objek merupakan dua masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak ini berbanding kemahiran menamakan nombor.1 Rumusan Kajian Seperti yang diketahui. Media-media elektronik dan media cetak turut menyumbang dalam memberi maklumat mengenai disleksia. . Disleksia sebenarnya berpunca daripada perbezaan otak memproses bahasa penulisan dengan bahasa pertuturan. limitasi. 5. mengeja dan memahami.aspek tumpuan. masyarakat kurang diberi pendedahan mengenainya. Ia bukan masalah intelektual kerana dari segi IQ mereka bijak tetapi ketidakupayaan membezakan huruf. melukis. Dipercayai sistem neurologi yang tidak berfungsi dengan betul menyebabkan gangguan pada struktur otak.

. Bold.Open Universiti Malaysia (OUM).PTS Profesional Publishing Sdn. 5.(2006).Bhd. When bright kids fail:how to help children overcome specific learning difficulties.Kementerian Pendidikan Malaysia. Strategi yang sesuai ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak yang menghidap disleksia untuk lebih berjaya dalam kehidupan seperti insan normal lain.Meteor Doc. Jamila K.A Mohamed.Sharani Ahmad(2004). Mohd.Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar.1990. Australia : Simon and Schuster. Oleh itu senarai semak pengesanan awal yang digunakan untuk mengenalpasti ciri-ciri disleksia boleh diaplikasi dalam ujian seterusnya. Akhirnya akan membentuk generasi akan datang yang tinggi pengetahuan dan menjadi pelapis negara yang cemerlang. Chua Tee Tee. 2000. Keputusan kajian telah mendapati sindrom disleksia tidak dihadapi semua kanak-kanak prasekolah. Dengan pengenalpastian ini. Mengesan disleksia pada peringkat awal sangat membantu dalam menentukan strategi yang sesuai. Kuala Lumpur.2 Implikasi kajian Melalui kajian ini pelbagai pihak semakin sedar akan tanggungjawab dan peranan mereka untuk membantu kanak-kanak yang mempunyai risiko disleksia agar dapat menangani masalah yang dihadapi. Kewujudan persatuan-persatuan yang berkaitan seperti Persatuan Disleksia Malaysia telah memberi ruang kepada kanak-kanak yang menghidap disleksia agar mempunyai masa depan yang lebih berjaya dan mampu untuk berdikari dengan sendirinya.HSBL1103 Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Hammond.Bhd.Fakulti Pendidikan dan Bahasa. PTS Publications & Distributors Sdn.Kajian mengenai simptom disleksia ini amat penting dalam mengesan masalah disleksia pada peringkat awal. Disleksia : kit penerangan asas. Hal ini seterusnya membantu kanakkanak untuk menguasai proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. namun begitu terdapat beberapa peratus kanak-kanak yang menghadapinya harus diberikan bantuan dan sokongan. Pulau Pinang : Bureau on Learning.Bhd.Pendidikan Khas dan Pemulihan-Bacaan Asas. langkahlangkah pada peringkat awal dapat dilakukan bagi membentuk kanak-kanak yang menguasai pembelajaran dan pengajaran yang diberikan. RUJUKAN Abd.Koh Boh Boon (1992). L & Hughes.Kuala Lumpur.Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. P.Sdn.Rahim bin Talib (2007).Dewan Bahasa dan pustaka.

Wilayah Persekutuan. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia. . 2002. Tinjauan Ciri-Ciri Disleksia Di Kalangan Murid-Murid Pemulihan di Zon Pudu.Musa Abdul Wahab.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful