You are on page 1of 7

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN _________________________________________________________________________ KOD KURSUS : HBML 2103 TAJUK KURSUS : MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA

MELAYU SEMESTER : MEI 2013 _________________________________________________________________________ ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam Bahasa Melayu. 3. Muatturunkan templet tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. 5. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ON-LINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur menghantar tugasan anda secara on-line . Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. 6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. 7. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 9 Julai 2013 hingga 17 Julai 2013. Serahan selepas 17 Julai 2013 TIDAK akan diterima. 8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

________________________________________________________________________ PENILAIAN Tugasan ini akan menyumbangkan 40% markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik/Skema Jawapan. Anda akan dimaklumkan tentang markah tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula. PLAGIARISME : POTONGAN MARKAH Amaran :Tugasan yang diserahkan secara automatic akan disemak untuk persamaan. Jika plagiarism dikesan, markah akan dipotong seperti berikut

Tugasan dengan kandungan10 30% yang sama dengan lain : 20% potongan daripada jumlah markah yang diperolehi. Tugasan melebihi kandungan 30 %yang sama dengan lain: Markah sifar akan diberikan.

SOALAN TUGASAN SOALAN Pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa bahasa Melayu di peringkat sekolah perlu diajar secara tidak langsung. a) Jelaskan prinsip prinsip pengajaran tatabahasa bahasa Melayu di peringkat sekolah.

b) Sebagai seorang guru Bahasa Melayu, anda bercadang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu menggunakan kaedah secara tidak langsung. Sediakan sebuah rancangan pelajaran yang dapat menunjukkan kaedah pengajaran tatabahasa secara tidak langsung diaplikasikan dalam bilik darjah.

c) Pada pendapat anda, apakah masalah masalah yang dihadapi oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa?

[JUMLAH : 40 Markah]

PANDUAN PELAJAR Anda dinasihatkan: 1. Membuat rujukan berdasarkan modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam internet yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang atau organisasi yang mempunyai reputasi yang baik) diperlukan untuk memahami konsep pengajaran tatabahasa secaraa tidak langsung. Aplikasi pengajaran tatabahasa dalam bilik darjah sesuai melibatkan murid Tahun 1 hingga Tahun 6 atau sekolah menengah. Rancangan pelajaran yang disediakan perlulah lengkap dan mematuhi sukatan pelajaran Bahasa Melayu.

2.

3.

MUKA SURAT TAMAT

LAMPIRAN RUBERIK TUGASAN KOD KURSUS : HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU SEMESTER : MEI 2013 KRITERIA Bahagian (a) Prinsipprinsip pengajaran tatabahasa. PEMBERATAN SANGAT LEMAH 0 Tidak berkaitan LEMAH 1 Penulisan berdasarkan kriteria berikut: (a) Pengenalan tentang tajuk ringkas. Objektif penulisan juga secara ringkas sahaja. (b) Huraian tentang prinsipprinsip pengajaran tatabahasa juga disampaikan secara ringkas (c) Tiada sumber rujukan. SEDERHANA BAIK CEMERLANG 4 Penulisan berdasarkan kriteria berikut: (a) Pengenalan tentang tajuk amat baik dan jelas. Objektif penulisan dinyatakan secara spesifik dan amat berkaitan. (b) Huraian prinsipprinsip pengajaran tatabahasa disampaikan dengan amat baik dan jelas. (c) Tiga sumber rujukan dikemukakan (d) Dua contoh yang bersesuaian serta relevan dikemukakan. MARKAH PENUH 12

2 3 Penulisan Penulisan berdasarkan kriteria berdasarkan berikut: kriteria berikut: (a) Pengenalan tentang tajuk jelas. Objektif penulisan dinyatakan. (b) Huraian tentang konsep prinsipprinsip pengajaran tatabahasa disampaikan dengan agak baik. (c) Hanya satu sahaja sumber rujukan dikemukakan (d) Tiada contoh disediakan. (a) Pengenalan tentang tajuk baik dan jelas.Objetif penulisan dinyatakan dengan baik. (b) Huraian prinsip-prinsip pengajaran tatabahasa disampaikan dengan baik dan jelas. (c) Dua sumber rujukan dikemukakan (d) Satu contoh yang berkaitan disediakan.

Bahagian (b) Aktiviti Pengajaran tatabahasa menggunakan kaedah tidak langsung.

Tidak berkaitan

Rancangan pengajaran yang disediakan ringkas dan tidak mengikuti format yang ditetapkan

Rancangan pengajaran disediakan dengan baik dan mengikut format yang disediakan . Objektif pengajaran dinyatakan tetapi secara ringkas dan tidak relevan dengan aktiviti serta langkah pengajaran. Aktiviti pengajaran tidak menampakkan unsur aplikasi pengajaran tatabahasa secara tidak langsung

Rancangan pengajaran disediakan dengan baik dan jelas mengikut format yang disediakan. Objektif pengajaran sesuai dan relevan dengan langkahlangkah pengajaran. Aktiviti pengajaran disediakan agak baik dan sebahagiannya menampakkan unsur aplikasi pengajaran tatabahasa secara tidak langsung. Penutup pengajaran disediakan tetapi kurang sesuai dengan pengajaran tatabahasa secara tidak langsung.

Rancangan pengajaran disediakan dengan amat baik dan amat jelas mengikut format yang disediakan. Objektif pengajaran spesifik dan amat bersesuaian dengan langkah-langkah pengajaran. Aktiviti pengajaran termasuk teknik dan strategi pengajaran disediakan dengan baik dan spesifik. Unsur aplikasi pengajaran tatabahasa secara tidak langsung dalam aktiviti jelas dan penutup pembelajaran disediakan amat bersesuaian dengan konsep pengajaran tatabahasa secara tidak langsung.

16

Bahagian (c)

Tidak berkaitan

Huraian tentang permasalahan murid dalam mempelajari tatabahasa disampaikan secara ringkas sahaja tanpa sebarang contoh dan cadangan penambahbaikan.

Huraian tentang permasalahan murid dalam mempelajari tatabahasa disampaikan dengan baik. Sekurangkurangnya dua permasalahan dikemukakan dengan contoh yang agak sesuai serta penambahbaikan yang agak sesuai.

Huraian tentang permasalahan murid dalam mempelajari tatabahasa disampaikan dengan baik dan jelas. Sekurangkurangnya tiga permasalahan dikemukakan dengan contoh yang sesuai serta cadangan penambahbaikan yang sesuai dengan latar belakang murid.

Huraian tentang permasalahan murid dalam mempelajari tatabahasa disampaikan dengan amat baik dan amat jelas. Sekurangkurangnya empat permasalahan dikemukakan dengan contoh yang sesuai serta cadangan penambahbaikan yang sesuai dan relevan dengan latar belakang murid. JUMLAH MARKAH

12

40

You might also like