You are on page 1of 4

2.

0 PEMAPARAN DATA Bahagian ini akan memaparkan data korpus yang diperolehi melalui pencarian korkodans yang terdapat di pangkalan data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sumber data korpus berdasarkan Jurnal Bahasa Febuari 1979, Dewan Ekonomi April 2001 dan Dewan Siswa April 2001. Pemilihan data korpus berdasarkan bahan ini disebabkan oleh kajian ini ingin melihat taburan penggunaan kata hubung pancangan komplemen dan kata hubung pancangan relatif yang terdapat dalam majalah ilmiah.Data yang telah dikira akan ditunjuk dalam bentuk jadual dan graf. Hal ini bagi mendapat pemaran yang lebih jelas berkaitan taburan penggunaan kata hubung yang terdapat pada bahan kajian. 2.1 Kata hubung komplemen Dalam bahasa Melayu, terdapat dua jenis kata hubung komplemen iaitu bahawa dan untuk. Tatabahasa Dewan (2001) menerangkan kata hubung komplemen berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. 2.1.1 Kata hubung komplemen bahawa Kata hubung komplemen bahawa akan dianalisis berdasarkan jenis ayat komplemen yang terdapat pada data korpus. Terdapat tiga jenis ayat komplemen dalam bahasa Melayu iaitu ayat komplemen frasa nama, ayat komplemen frasa kerja dan ayat komplemen frasa adjektif. 2.1.1.1 Ayat komplemen frasa nama Berdasarkan Tatabahasa Dewan (2011) frasa nama boleh hadir pada empat tempat dalam ayat, iaitu sebagai subjek, predikat, objek tepat dan objek sipi. Namun demikian, ayat komplemen jenis frasa nama hanya menduduki dua tempat, iaitu sebagai ayat komplemen frasa nama subjek dan frasa nama objek tepat.

a) Ayat komplemen frasa nama

Pembinaan ayat komplemen frasa nama subjek didahului oleh frasa nama diikuti kata hubung komplemen bahawa dan predikat sebagai penerang. Gambaran binaan ayat komplemen frasa nama subjek adalah seperti berikut:
FN + bahawa+ predikat

Berikut merupakan analisis ayat komplemen frasa nama subjek berdasarkan data korpus bersumberkan Jurnal Bahasa, Febuari 1979: i. ...bahawa bahasa nasional kita harus mampu berfungsi sebagai sarana pendukung pengembangan ilmu pengetahuan dan teknologi moden. ii. Hal ini selarasa dengan kenyataan bahawa kedua-dua surat khabar tersebut begitu popular di kalangan pembaca dan penyebarannya juga begitu meluas di Malaysia. iii. ...kita ambil sebagai dasar bahawa satu ayat pada hakikatnya terdiri daripada bahagian yang merupakan...subjek. Jadual 1.0 Ayat Komplemen Frasa Nama Subjek bahawa
Ayat komplemen Frasa Nama Subjek 4 Jumlah keseluruhan ayat data korpus 32

Rajah 1.0Ayat Komplemen Frasa Nama Subjek bahawa


40 20 0 Ayat komplemen Frasa Nama SubjekJumlah keseluruhan ayat data korpus

Jurnal Bahasa, Febuari 1979

Berikut merupakan analisis ayat komplemen frasa nama subjek berdasarkan data korpus bersumberkan Dewan Siswa, April 2001: i. ...bahawa menjaga alam sekitar ialah amanah Tuhan kepada hamba-Nya.

Jadual 2.0 Ayat Komplemen Frasa Nama Subjek bahawa


Ayat komplemen Frasa Nama Subjek Jumlah keseluruhan ayat data korpus

31

Rajah 2.0 Ayat Komplemen Frasa Nama Subjek bahawa

Dewan Siswa, April 2001


40 30 20 10 0 Ayat komplemen Frasa Nama Subjek Jumlah keseluruhan ayat data korpus

Berikut merupakan analisis ayat komplemen frasa nama subjek berdasarkan data korpus bersumberkan Dewan Ekonomi, April 2001: i. Parti Demokrat menyebut bahawa cadangan potongan cukai Bush terlalu besar dan tidak

relevan. ii. Pemerhati menjangkakan bahawa pertumbuhan ekonomi As hampir sifar menurut

Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Alan Greenspan. iii. Kita juga perlu menerima kenyataan bahawa pilihan kita sendiri meungkin salah dan

hidup bukan semata-mata sebagai individu dalam masyarakat. iv. Abdul Malik mendakwa bahawa sekiranya kepercayaan dan keyakinan orang ramai dapat

diterapkan pada peringkat awal perlaksanaan... v. Pihak umum perlu menyedari bahawa sekiranya juruaudit sentiasa dipengaruhi oleh

syarikat. Jadual 3.0 Ayat Komplemen Frasa Nama Subjek bahawa


Ayat komplemen Frasa Nama Subjek 6 Jumlah keseluruhan ayat data korpus 60

Rajah 3.0 Ayat Komplemen Frasa Nama Subjek bahawa

Dewan Ekonomi, April 2001


80 60 40 20 0 Ayat komplemen Frasa Nama Subjek Jumlah keseluruhan ayat data korpus

Berdasarkan data yang telah dianalisis, pengkaji mendapati

taburan kekerapan ayat

komplemen frasa nama subjek bahawa banyak digunakan pada data bersumberkan Dewan Ekonomi, April 2001. Terdapat enam ayat komplemen frasa nama subjek bahawa daripada jumlah data sebanyak 60 ayat. Jurnal Bahasa Febuari, 1979 hanya terdapat lima ayat komplemen frasa nama subjek bahawa daripada jumlah data 32 ayat. Bagi Dewan Siwa, April 2001 hanya terdapat satu ayat komplemen frasa nama subjek bahawa daripada jumlah data sebanyak 31 ayat. Hal ini menunjukkan bahawa ayat komplemen frasa nama subjek bahawa jarang digunakan dalam majalah ilmiah.

You might also like