You are on page 1of 24

1.

0 PENDAHULUAN Pengenalan
Dalam Bahasa Melayu, morfologi merupakan suatu bidang ilmu yang mengkaji tentang kata dan pembentukan kata. Terdapat beberapa perkara yang dikaji dalam bidang morfologi. Antara bidang tersebut ialah cara suatu kata dibentuk, proses-proses yang berlaku dalam pembentukan kata dan bentuk-bentuk yang terhasil dari proses tersebut.

Menurut Nik Safiah Karim (1996), morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Manakala pendapat Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1995), morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya.

Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob pula menyatakan morfologi ialah kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk-bentuk kata dan bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau mempelajari selok-belok struktur kata serta pengaruh perubahanperubahan struktur kata terhadap golongan dan erti kata.

Kata terbentuk daripada beberapa unit yang kecil. Unit tersebut dipanggil sebagai morfem. Morfem bermaksud unsur terkecil yang mengandungi makna. Morfem ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Sebagai contoh, morfem bebas merupakan bentuk yang dapat berdiri sendiri sebagai kata sempurna seperti kalah, budak, dunia dan sebagainya. Bagi morfem terikat pula, ia merupakan kata yang tidak boleh berdiri sendiri seperti me-, mem-, meny-, dan meng-.

Morfem juga boleh dinyatakan sebagai sesuatu yang bersifat abstrak. Ia bermaksud morfem tidak boleh didengar atau diujarkan. Morfem perlu ditukarkan ke dalam bentuk fizikal yang lebih konkrit. Bentuk yang dinamakan sebagai fizikal dipanggil sebagai morf. Morf mewakili morfem dalam sesuatu bahasa. Seandainya terdapat beberapa unsur morf yang mewakili satu morfem, kumpulan morf ini dipanggil sebagai alamorf. Sebagai contoh, morfem meNmempunyai beberapa alamorf iaitu me-, men-, mem-, meny-, dan meng-.

Perbezaan alamorf ini terjadi bagi menyesuaikan bunyi-bunyi nasal dengan bunyi-bunyi awal kata dasar yang diimbuhkan dengan alamorf-alamorf tersebut.

2.0 Proses Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu iaitu proses pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim.

Proses Pembentukan Kata

Pengimbuhan

Akronim

Pemajmukan

Penggandaan

Proses Pengimbuhan Kata terbitan ialah perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu dengan menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Merujuk kepada kedudukannya dengan kata dasar, imbuhan terbahagi kepada empat jenis iaitu (i) awalan, yang hadir sebelum kata dasar, (ii) akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, (iii) apitan yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu di awal dan akhir kata dasar, dan (iv) sisipan, yang hadir di celahan kata dasar.

Imbuhan-imbuhan tersebut membentuk pelbagai jenis kata terbitan, iaitu kata nama terbitan dan kata adjektif terbitan. Setiap jenis kata terbitan ini dibentuk oleh imbuhanimbuhan tertentu. Awalan-awalan peN-, peR-, pe-, ke-, juru-, maha-, dan tata- contohnya, membentuk kata nama terbitan. Akhiran imbuhan yang membentuk kata nama, iaitu an, wan, -wati, dan sebagainya. Antara imbuhan yang membentuk kata kerja pula ialah awalanawalan meN-, beR-, ter- dan di- serta akhiran kan dan i. Jumlah apitan juga banyak dalam bahasa Melayu, misalnya peN--an, ke--an, pe-an, dan peR--an yang membentuk kata nama; dan meN--kan, beR-..-kan, meN--kan, meN--i, dan mempeR--kan yang membentuk kata kerja.

Proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhanimbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif.

Jadual dibawah akan menerangkan pembentukan kata nama terbitan berawalan pendengan lebih terperinci.

Bentuk awalan penKaedah pembentukan kata terbitan

Contoh

Kata dasar

Kata Terbitan

Pe-

Diimbuhkan pada kata dasar yang Ragut bermula dengan huruf l,m,n, ny, ng, Warna r dan w. Main

Peragut Pewarna Pemain

Imbuhan ini juga diletakkan didepan Kunci kata dasar yang bermula dengan Pegang huruf k, p, t, dan s. Tetapi huruf pertama kata dasar tersebut Tampar

Pengunci Pemegang

Penampar Penyoal

digugurkan dan digantikan dengan Soal bentuk sengau yang sama daerah artkulasinya dengan huruf yang

pertama. Iaitu ; ng = k m=p n=t ny = s

Pem-

Awalan ini diimbuhkan dihadapan Beli kata dasar yang bermula dengan Fitnah huruf b, f dan v serta gugusan Varnis konsonan yang bermula dengan Proses huruf b dan p.

Pembeli Pemfitnah Pemvarnis Pemproses

Pen-

Awalan ini diimbuhkan dihadapan Cedok kata dasar yang bermula dengan Jemput huruf c, d, j, sy dan z serta kata Syarah pinjaman yang huruf t dan s. bermula dengan Zina

Pencedok Penjemput Pensyarah Penzina

Peng-

Awalan ini diimbuhkan dihadapan Gigit kata dasar yang bermula dengan Hantar huruf vokal, huruf h, g, kh dan kata Khayal pinjaman yang huruf k. bermula dengan Olah Intip

Penggigit Penghantar Pengkhayal Pengolah Pengintip

Penge-

Awalan ini diimbuhkan pada kata Bom dasar yang berekasuku kata. Cat

Pengebom Pengecat

Gong Teck Chong menyatakan setiap awalan pen- mendukung makna tertentu. Makna makna tersebut ialah ;

Makna yang didukung awalan penOrang yang melakukan sesuatu. Orang yang menjawat tugas. Orang yang suka akan sesuatu.

Contoh Pembaca, Pemburu, Penyamun Pengawas, Pengarah, Pelakon Penzina, Penjudi, Pemikir

Orang atau benda yang memiliki sifat kata Pemarah, pemabuk, penyabar dasar. Alat untuk melakukan sesuatu. Ukuran hasil daripada melakukan sesuatu. Makna abstrak Penyapu, Pengelap, Pemadam Pelaung, Penanak, Pelontar Penunjuk, pendapat

Selain awalan pen- yang telah dinyatakan, terdapat beberapa awalan kata nama lain dalam Bahasa Melayu. Antara awalan yang dimaksudkan ialah pe-, per-, ke- dan juru- . Akhiran Kata Nama Akhiran an adalah satu satunya akhiran asli yang menbentuk kata nama dalam bahasa Melayu (Goh Teck Chong, 2008). Kata dasar yang menerima imbuhan ini membawa pelbagai makna yang berbeza. Jadual dibawah akan menunjukkan makna yang didukung oleh kata dasar tersebut ;

Maksud

Contoh

Hasil daripada melakukan maksud yang Ejekan = hasil ejekan terkandung dalam kata dasar. Menunjukkan maksud kawasan Ulasan = hasil ulasan atau Darat = daratan Hamparan = hamparan Longgok = longgokan Timbun = timbunan Membawa maksud alat Acuan = alat untuk mengacu Usung = alat untuk mengusung Membawa maksud orang atau haiwan atau Buru = buruan benda yang menjadi penderita kerja. Tawan = tawanan Rampas = Rampasan Membawa maksud sesuatu yang Asinan = sesuatu yang masin

bidang yang luas. Sesuatu yang banyak

mempunyai sifat yang terkandung pada Bulatan = sesuatu yang bulat

kata dasar. Tempat melakukan sesuatu Ukuran atau kiraan

Manisan = sesuatu yang manis Kurung = kurungan Mingguan = kiraan berdasarkan minggu

Apitan Kata Nama Terdapat empat apitan kata nama iaitu, pen-...-an, pe-... an, per-...an dan ke-...-an. Apitan Kata Nama pen- ... an. Seperti awalan kata nama, apitan kata nama pen-...-an juga mempunyai lima cabang iaitu pe-...-an, pem-...-an, pen-...-an, peng-...-an dan penge-...-an. Kaedah pengabungan apitan ini serupa dengan kata awalan pen-. Kata nama terbitan daripada apitan ini mempunyai kaitan dengan kata kerja yang menerima imbuhan awalan me-, men-, mem-, menge- dan meng-. Contohnya dapat dilihat dalam jadual dibawah. Me- (merundingkan) Mem- (membiayai) Men- (mendahulukan) Meng- (menguruskan) Menge- (mengesahkan) Pe- (perundingan) Pem- (pembiayaan) Pen- (pendahuluan) Peng- (pengurusan) Penge- (pengesahan)

Apitan pen- ... an membawa makna tertentu seperti yang boleh dilihat didalam jadual berikut. Contoh Makna Kata dasar Dalam Proses mengerjakan atau perbuatan maksu yang Kilang Kata terbitan Pendalaman (proses mendalamkan) Pengilangan (perbuatan mengilang) Alam Hasil perbuatan Tahu Pengalaman (sesuatu dialami) Pengetahuan (hasil yang diketahui) Darat Tempat perbuatan Pendaratan (tempat mendarat) yang

terkandung dalam kata dasar.

Inap

Penginapan (tempat untuk menginap)

Apitan Kata Nama pe- ... an Kata nama terbitan yang terhasil daripada apitan ini agak terhad jumlahnya. Peperangan, peperiksaan, perkarangan dan petempatan merupakan antara contoh kata terbitan yang terhasil daripada imbuhan apitan ini. Seperti apitan kata nama yang lain, imbuhan apitan ini juga mendukung beberapa makna. Ini dapat dilihat dalam jadual dibawah.

Maksud

Contoh

Tempat sesuatu dikerjakan atau tempat Pedalaman (tempat yang kedudukannya yang khusus. jauh dari pantai.)

Menunjukkan makna hal yang terkandung Peperangan (hal berperang) dalam kata dasar. Apitan Kat Nama per- ... an Apitan ini boleh bergabung dengan mana- mana kata dasar. Kata nama terbitan ini juga mempunyai kaitan dengan kata kerja yang berawalan ber-. Contoh ; Beralih Bekerja Belajar Peralihan Pekerjaan Pelajaran

Apitan per-... an membawa dua maksud iaitu untuk menunjukkan tempat dan untuk menunjukkan makna hal yang berkaitan dengan kata dasar atau hasil daripada melakukan maksud kata dasar. Apitan Kata Nama ke-...-an. Apitan ini biasanya bergabung dengan kata dasar daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif untuk membentuk kata nama yang bersifat abstrak. Apitan ini mendukung beberapa makna. Antara makna tersebut ialah untuk menunjukkan hal atau keadaan yang terkandung dalam kata dasar, untuk menunjukkan tempat dan juga untuk menunjukkan hasil daripada sesuatu.

Sisipan Kata Nama Goay Teck Chong ada menyatakan bahawa bentuk sisipan yang membentuk kata nama ialah el-, -er- dan em-. Menurut beliau juga,kata terbitan bersisipan ini membawa maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya ; -elGembung Saput Gelembung Selaput

-emGuntur Kuncup Gemuntur Kemuncup

-erCucuk Gigi Cerucuk Gerigi

Proses Pemajmukan

Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar, dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, misalnya: kapal terbang, gambar rajah dan terima kasih.
Menurut Abdullah Hassan, proses pemajmukan ialah penggabungan dua atau lebih perkataan bagi membentuk kata nama lain yang berfungsi sebagai satu perkataan. Ada dua cara kata nama majmuk dibentuk, iaitu ; endosentrik eksosentrik

Endosentrik Kata nama majmuk yang terbentu melalui endosentrik ini terbentuk mengikut hukum sintaksis dalam bahasa Melayu. Kata nama majmuk ini mengikut hukum D-M. Hukum D M ini bermaksud yang diterangkan mendahului yang menerangkan. Contoh kata nama majumuk yang terhasil mengikut bentuk ini ialah ;

Anakanda Ketua menteri

Baja butir Padang ragut

Menteri besar Rumah rehat

Terdapat satu lagi bentuk kata nama majmuk yang terhasil mengikut cara endosentrik ini, Namun cara ini tidak mematuhi sistem sintaksis Bahasa Melayu. Hal ini kerana, bentuk ini terhad pada kata nama majmuk yang dipinjam daripada bahasa asing, dimana susunannya tidak mematuhi hukum DM, tetapi hukum MD. Contoh kata tersebut ialah ;

Bumiputera

Perdana menteri

Kata nama majmuk yang terbentuk secara eksosentrik pula hanya berlaku kepada kata nama majmuk yang terbentuk daripada dua unsur ayat yang mempunyai rentetan kata kerja + objek atau pelengkap. Contohnya ; Kajibumi Kaji (kata kerja) Bumi (pelengkap)

Proses Penggandaan Bentuk kata yang terakhir ialah kata ganda. Kata ganda ialah perkataan yang mengalami pengulangan pada kata dasarnya, sama ada secara sepenuh, separa atau berentak. Penggandaan penuh bermaksud pengulangan sepenuh sesuatu kata dasar, contohnya cantik-cantik dan mata-mata. Penggandaan separa bermakna pengulangan sebahagian daripada kata dasar sahaja, yang boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal biasanya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya, dan letak gandanya pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan itu mengalami proses pelemahan, menjadikannya vocal e pepet. Misalnya, lakilalakilelaki.

Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar yang berimbuhan hanya menggandakan kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan, dan berlaku hanya pada kata kerja dan kata adjektif tertentu. Bentuk gandaan separa boleh terletak di bahagian belakang kata dasar, misalnya berturut-turut dan mencari-cari atau bahagian kata dasar, contohnya bantu-membantu dan cinta-mencintai.

Penggadaan berentak pula ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi yang tertentu dalam kata dasar. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Penggandaan ini berlaku sama ada melalui pengulangan vokal, contohnya kuih-muih, tungkus-lumus; melalui

pengulangan konsonan misalnya simpang-siur dan mandi-manda


Menurut Goay Teck Chong, penggandaan ialah proses menggandakan kata dasar untuk membentuk kata ganda. Beliau juga menyatakan bahawa terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Penggandaan Kata Nama Penggandaan kata nama ini melibatkan ketiga tiga proses penggandaan. Sama ada penggandaan penuh, penggandaan separa ataupun penggandaan seretak. Penggandaan penuh Dalam penggandaan ini, kata dasar nama boleh terdiri daripada kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk. Penggandaan penuh kata nama tunggal terbahagi kepada dua iaitu; penggandaan kata nama tunggal tanpa imbuhan. penggandaan kata nama tunggal dengan imbuhan an.

Penggandaan penuh kata nama terbitan pula terbentuk daripada kata nama yang berawalan, berapitan, berakhiran ataupun bersisipan.

Penggandaan penuh kata nama majmuk pula dipengaruhi oleh bentuknya. Kata nama majmuk yang dieja bercantum akan digandakan keseluruhannya. Contohnya perkataan jawatankuasa, apabila digandakan akan menjadi jawatankuasa jawatankuasa. Manakala bagi kata nama majmuk yang dieja terpisah, penggandaan hanya akan berlaku pada bahagian awalnya sahaja. Sebagai contoh perkataan alat tulis, apabila digandakan akan menjadi alat alat tulis. Penggandaan Separa Penggandaan separa terhadap kata nama muncul daripada kata dasar yang tergolong dalam kata nama dan kata kerja.

10

Penggandaan Berentak Penggandaan berentak terhadap kata nama muncul daripada kata dasar yang tergolong sebagai kata nama. Makna Kata Nama Ganda Jadual ini akan menunjukkan maksud jenis jenis kata nama ganda.

Makna Penanda jamak Penanda nama haiwan Makna kesamaan atau keserupaan Penanda kepelbagaian jenis Penanda tidak tahu

Contoh Kata Ganda Buku buku, meja meja Labi labi, kura kura Orang = Orang orang Kuih = Kuih muih Mana = Mana - mana

Kata Akronim

Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.

Contohnya : ABIM Bernama Kugiran - Angkatan Belia Islam Malaysia - Berita Nasional Malaysia - kumpulan gitar rancak

Cara Menulis Kata Akronim Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara pembentukkannya.

11

Ditulis dengan huruf besar seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas.

Contohnya : ABIM UMNO Angkatan Belia Islam Malaysia

United Malay National Organisation

Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.

Contohnya : tabika - taman bimbingan kanak-kanak purata - pukul rata kugiran - kumpulan gitar rancak

Ditulis bermula dengan huruf besar Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar. Contohnya : Bernama Intan Proton Berita Nasional Malaysia Institut Tadbir Awam Negara

Perusahaan Otomobil Nasional

12

3.0 Pergolongan Kata Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan-golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik.

Dalam buku ini perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati lebih selaras dengan status perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan tatabahasa, iaitu frasa, klausa dan ayat. Binaan sintaksis bermaksud konstruksi-konstruksi yang dibentuk oleh perkataan-perkataan yang dapat berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai konstituenkonstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa. Dengan demikian perkataan dari sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang boleh menjadi unsur bagi setiap konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Frasa subjek dibentuk oleh frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA), dan frasa sendi nama (FS). Frasa-frasa ini disebut frasafrasa utama.

Frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif ialah frasa-frasa endosentrik; tiap-tiap satu boleh mengandungi satu unsur inti yang dapat menjadi wakil bagi setiap frasanya. Frasa nama, misalnya, mempunyai kata nama sebagai unsur intinya. Frasa sendi nama, sebaliknya, bukan frasa endosentrik tetapi frasa eksosentrik kerana tidak terdapat satu unsur inti yang boleh mewakili keseluruhan frasanya; malah frasa sendi nama mengandungi dua unsur wajib, iaitu kata sendi nama dan frasa nama. Perkataan yang menjadi unsur inti bagi frasa kerja pula ialah kata kerja (KK), dan perkataan yang menjadi unsur inti bagi frasa adjektif ialah kata adjektif (KA). Ini dapat dilambangkan seperti berikut:

a)

FN | KN | Kedai

b)

FK | KK | Berjalan

13

c)

FA | KA | Cantik

Selain unsur-unsur inti bagi frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif, terdapat juga unsur pilihan, iaitu unsur-unsur bukan inti yang mendahului ataupun mengikuti unsure-unsur inti itu. Contohnya seperti sebuah dan runcit seperti dalam rajah:

d)

FN | KN | Sebuah kedai runcit

e)

FK | KK | Sedang berjalan cepat

f)

FA | KA | Masih awal sangat

Kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh disebut golongan kata utama kerana inti bagi frasa-frasa utama ayat, iaitu frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Selain tiga golongan kata utama ini, tidak terdapat lagi perkataan-perkataan yang boleh menjadi inti bagi mana-mana frasa utama. Selain golongan ini, boleh dikelompokkan ke dalam satu golongan kata secara kolektif, iaitu kata tugas yang bersifat heterogen. Kesimpulannya, golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat, iaitu: i) ii) kata nama kata kerja

14

iii) iv) KATA NAMA

kata adjektif kata tugas

Golongan kata nama, seperti yang telah diterangkan, merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti pada binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, tempat atau benda. Kata nama terbahagi kepada tiga iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama. Kata Nama Khas Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.

Contoh: i) kata nama khas hidup a)manusia - Nina, Ahmad, Raja Azlan Shah b)bukan manusia - Tompok, Si Belang, Comel ii) kata nama khas tak hidup -Kuala Lumpur, Proton Saga, Gunung Kinabalu

Kata Nama Am Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang umum sifatnya. Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am abstrak dan kata nama am konkrit. Contoh:

i) kata nama am abstrak - mimpi, roh, idaman, serapan ii) kata nama am konkrit tangan, rumah, sungai, kambing

15

Kata Ganti Nama Kata ganti nama dibahagikan kepada dua iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri dibahagikan lagi kepada dua iaitu kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama diri orang. Kata ganti nama diri orang terdiri daripada kata ganti nama pertama, kedua dan ketiga.

i) kata ganti nama tunjuk - kata nama yang berfungsi menunjuk pada sesuatu perkara atau benda. Terdapat hanya dua iaitu itu dan ini.

ii) kata ganti nama diri - kata nama yang menjadi pangganti sesuatu benda, perkara atau manusia. Terbahagi kepada dua iaitu: a) kata ganti nama diri tanya-menanya hal benda, perkara atau manusia. b) kata ganti nama diri orang =pertama-saya, aku, beta, patik, kami dan kita =kedua-saudara, kamu, awak, engkau, dan anda =ketiga-ia, dia, beliau, mereka dan nya. Kata Kerja Kata kerja dapat dibahagikan kepada dua iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. i) kata kerja transitif pula dibahagi kepada dua iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif.

Kata kerja transitif aktif makan mengambil menendang melihat memperisteri

Kata kerja transitif pasif dimakan, ku makan, kau makan diambil, ku ambil, kau ambil ditendang, ku tendang, kau tendang dilihat, saya lihat, kamu lihat diperisteri, kau peristeri

ii) kata kerja tak transitif dibahagikan kepada dua iaitu kata kerja tak transitif tak berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. a) kata kerja tak trasitif tak berpelengkap - bangun, tumbang, menangis, tersenyum, menjerit, terpegun, melancong. b) kata kerja tak transitif berpelengkap

16

- beransur, tinggal, menjadi, ada, berbuat, berbantalkan.

Kata Adjektif Sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Dibahagikan kepada sekurang-kurangnya sembilan kumpulan berdasarkan makna:

i) kata adjektif sifat/keadaan - baik, jahat, cerdik, pandai, lemah, kasar, nakal, sibuk, tenang, segar, tegap, berani ii) kata adjektif warna - putih, kuning, hijau, ungu, hitam, kelabu, biru, merah iii) kata adjektif ukuran - panjang, pendek, kecil, nipis, tebal, tinggi, cetek, dalam iv) kata adjektif bentuk - bulat, leper, bujur, lonjong v) kata adjektif pancaindera a) rasa- sedap, manis, lazat, masam, pahit b) pandang- cantik, molek, hodoh, ayu, buruk c) dengar- merdu, mersik, nyaring, bising d) bau- harum, wangi, hapak e) sentuh- halus, licin, keras kasar, lembut vi) kata adjektif waktu - segera, spontan, lewat, awal vii) kata adjektif cara - cepat, laju, deras, perlahan viii) kata adjektif perasaan - cinta, rindu, asyik, ghairah, saying, berahi ix) kata adjktif jarak - jauh, dekat, nyaris, hampir

17

4.0 Analisis Teks Cerpen Berdasarkan cerpen bertajuk kasih seorang kakak, golongan kata yang terdapat dalam cerpen ini ialah golongan kata nama. Golongan kata nama ini boleh dibahagikan pula kepada sub golongan berdasarkan ciri-ciri semantik, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama. Kata Nama Am Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tidak hidup, manusia atau bukan manusia, Institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak abstrak dan berbilang atau tak berbilang.

Kata nama am yang terdapat dalam cerpen : Kata nama am hidup manusia Kata nama am hidup bukan manusia

Bapa

burung

adik

Kerbau

Doktor

Pokok

Perempuan

Belalang

Isteri

Bunga raya

Ibu

Kucing

Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit Rumah

Kata nama am tak hidup institusi

Sekolah

18

Kata Nama Khas Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama orang, haiwan, benda, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan

seumpamanya. Biasanya, dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas boleh dibahagikan kepada subgolongan. Iaitu,

Hidup > Manusia / Bukan manusia Tak hidup

Kata nama khas yang terdapat dalam cerpen : Kata nama khas hidup manusia Anita Cikgu Azmi Mohyen Kata nama khas hidup bukan manusia Pokok durian Burung menggala kerbau -

Kata Ganti Nama Menurut Nik Safiah et.al (1996), kata ganti nama sebagai perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama dibahagikan kepada dua golongan kecil, iaitu kata ganti nama diri; dan kata ganti nama tunjuk. Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya. Seterusnya, kata ganti nama diri orang dibahagikan kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga. Kata ganti nama diri orang yang terdapat dalam cerpen ialah:

kata ganti nama diri orang pertama -

kata ganti nama diri orang kedua -

kata ganti nama diri orang ketiga Dia Ia Mereka

19

Kata ganti nama diri tanya yang terdapat dalam cerpen : 1. mengapa 2. mana

Kata Kerja Golongan kata kerja pula merangkumi sejumlah kata dasar yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif pula boleh dibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif (Nik Safiah Karim et.al.2006). Kata kerja transitif Kata kerja transitif pula boleh dibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif.

Kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif yang terdapat dalam cerpen ialah: Kata kerja transitif aktif kerja transitif pasif

Anita cuma memakai seluar saja

Adikmu ditangkap kucing.

Anita menyusup di bawah rumah

Anita lupa adiknya anak patung yang dibeli oleh ayahnya.

Sepatutnya dia mendapat seorang adik

Bermula dari itulah Anita dilihat tidak sunyi lagi.

Cikgu azmi sangat kepingin mendapatkan Adik patung yang dibuat dari kain oleh burung itu. ibunya, tidak dihirau lagi.

Burung itu menjadi liar secara mendadak.

Bulu - bulu adiknya ditanam dengan penuh hormat.

20

Anita melepaskan pelukan bapanya. -

Kata kerja tak transitif Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam ayat-ayat yang predikatnya mengandungi kata kerja. Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

Kata kerja tak transitif yang terdapat dalam cerpen ialah :

kata kerja tak transitif berpelengkap

kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

Dia menahan sedih pilu

Adiknya sudah manja.

Bapanya juga tergenang air mata.

Anita cukup seronok.

Anita merenung bapanya.

Dia masih tercangkung di bawah pokok

Anita cepat - cepat berlari keluar.

21

Kata Adjektif Kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali,dan sudah lama sungguh. Kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.

Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar. Kata adjektif boleh terbentuk

berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan; sama ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan (Ali Mahmood et.al. 2007)

Kata adjektif terbahagi kepada sekurang-kurangnya sembilan jenis, iaitu (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) kata adjektif sifatan atau keadaan kata adjektif warna kata adjektif ukuran kata adjektif bentuk kata adjektif waktu kata adjektif jarak kata adjektif cara kata adjektif perasaan kata adjektif pancaindera

Jenis kata adjektif yang terdapat dalam cerpen ialah : kata adjektif sifatan atau keadaan kata adjektif waktu kata adjektif cara kata adjektif perasaan

jinak -

Petang Cepat -

Cepat Lembut -

Sedih Gembira Marah Hampa Kasih

22

Kata Tugas Kata tugas mempunyai tugas yang mustahak di dalam ayat. Kata tugas tidak mempunyai makna tetapi ia digunakan dalam ayat dan frasa untuk menjalankan sesuatu tugas tatabahasa. Fungsi kata tugas ialah menjadi penghubung, penentu, penguat, pedepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, penanya dan penyeru.

Ada 14 jenis kata tugas yang boleh dikelompokkan berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, iaitu :

- kata hubung - kata penegas - kata tanya - kata seru - kata pemeri - kata pembenda

- kata perintah - kata sendi nama - kata arah - kata bilangan

- kata pangkal ayat - kata bantu - kata penekan - kata penguat Jenis Kata tugas yang terdapat dalam cerpen ialah : kata hubung kata tanya kata bantu kata sendi nama

Yang

Mengapa

Sedang

Di

Dan

Apa

Sudah

Ke

Atau

Mana

Hendak

Dengan

Bahawa

Telah

Dari

Kepada

Sperti

23

kata arah

Kata pascakata

Atas

Adiknya

Bawah

Muridnya

Tepi

panggilannya

Usianya

Anaknya

rayunya

KESIMPULAN Secara keseluruhannya, konsep morfologi dan digunakan dalam menghasilkan karya seperti cerpen. Morfologi ini memfokuskan kajian terhadap perkataan dalam bahasa Melayu yang telah menunjukkan perubahan dan perkembangan yang pesat, terutama dalam bidang kosa kata dan yang melibatkan perubahan bentuk-bentuk kata.

Berdasarkan kajian, saya mendapati dalam cerpen tersebut, penggunaan kata nama merupakan golongan kata yang paling banyak digunakan. Bagi proses pembentukan kata pula, manakala terdapat juga ayat tak transitif juga penggunaan ayat transitif.

Penulis sesebuah karya kerap menggunakan penggunaan kata nama dan kata ganti nama diri dalam menghasilkan sebuah karya mereka.

24

You might also like