You are on page 1of 4

Aktiviti : Terdapat pelbagai teknik penghasilan transparensi berdasarkan prinsip grafik.

Berdasarkan satu topik pengajaran pengkhususan anda, hasilkan satu jenis transparensi yang telah anda pelajari Bincangkan teknik yang anda pilih semasa tutorial. Teknik Penghasilan Transparensi 1. Teknik terbuka

Transpernsi teknik terbuka

Teknik ini paling mudah dihasilkan. Dengan hanya sekeping transparensi dan kalau boleh ada bingkai (Tak wajib), lukis le apa yang hendak dilukis dengan pen OHP Menggunakan kaedah fotostat di kedai fotostat . Sediakan illustrasinya samada dilukis ada dicetak dengan komputer. Boleh juga guna cetakan dengan menggunakan ink-jet filem. Rekabentuk menggunakan komputer dan cetak.

2. Teknik tetingkap

Teknik ini sesuai digunakan untuk menguji ingatan murid. Transparensi ditutup

dengan tetingkap yang dibuat daripada kertas tebal, lebih kurang macam tingkap rumah kayu. Cuma enselnya dibuat dari masking tape, jangan dilipat tetingkap tu. Potong habis kotak tetingkap dan sambungkannya dengan masking tape. Ini untuk mengelak tetingkap tertutup semula bila dibuka, nanti tak cukup jari nak pegang seperti dalam transpensi atas sebelah kanan. Sesuatu imej boleh dibuka dan ditutup dengan mudah.

3. Teknik berlapis

Teknik ini sesuai untuk menunjukkan bahagian-bahagian tertentu pada manusia, haiwan, mesin dan sebagainya. Contohnya untuk memaparkan organ dalam badan: Transparensi 1- keseluruhan bentuk luaran tubuh Transparensi 2- mulut dan kerongkong Transparensi 3- paru-paru Transparensi 4- jantung Transparensi 5- organ lain

Teknik ini agak teknikal sedikit. Boleh guna sehingga 5 keping transparensi serentak tetapi semasa guna, tayang satu demi satu. Lapisan 1, dibahagian bawah bingkai bagi imej asas. Lapisan 2,3,4,5 di bahagian atas bingkai. Lukis imej ikut peringkat demi peringkat. Sebelum melukis, tampal (matikan) illustrasi dibahagian bawah dan tekap. Jangan tanggal illustrasi sehingga habis melukis. Gunakan pen OHP berwarna-warni.

4. Teknik pusingan

Teknik sesuai untuk menunjukkan proses atau kitaran. Contohnya kitaran hidup katak dan rama-rama. Nak buat sangat mudah. Seperti gambar di atas, boleh dibuat objek berpusing dengan kertas tebal untuk menutup bahagian tertentu. Bahagian yang berlubang akan dipapar. Atau guna transparensi seperti gambar 2 dan 3. Lukis, fotostat atau cetak imej.

5. Teknik bergerak/ animasi

Pelajar saya bila saya kata transparensi pun boleh buat animasi, mereka agak teruja! Sebenarnya bahagian-bahagian tertentu pada imej boleh digerakgerakkan. Contohnya transparensi kiri, tangan imej tu boleh dibengkokkan. Teknik ini memerlukan kreativiti dalam memanipulasi plastik transparensi tu. Sambungkan bahagian yang bergerak tu dengan benang atau pin.

6. Teknik bercerita dengan CD/DVD

Teknik ini agak susah jadi inilah yang diperlu dihasilkan oleh pelajar saya. Contohnya seperti cerita kanak-kanak dalam gambar di atas: KAMBING MENIPU HARIMAU. Kelebihan teknik ini, tranparensi mungkin menggabungkan dengan teknik berlapis, animasi dan sebagainya serta menggunakan audio berserta narasi, muzik dan efek bunyi. Transparensi dibuka atau ditukar satusatu mengikut audio. Skrip perlu disediakan dengan garis panduan penggunaan.

Teknik yang diajar untuk mengajar Pendidikan Seni Teknik yang sesuai untuk mengajar Pendidikan Seni ialah teknik tetingkap dan teknik berlapis. Guru dapat menerangkan langkah penghasilan karya seni dengan membuka tetingkap satu demi satu. Teknik berlapis selalu digunakan untuk memberi idea kepada murid tentang objek atau motif yang boleh ditambah ke dalam karya mereka. Teknik berlapis juga boleh digunakan untuk menghasilkan roda warna.

You might also like