You are on page 1of 17

Tajuk 8

SISTEM PENGHADAMAN

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi struktur dan fungsi sistem penghadaman dan penyerapan. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Menjelaskan sistem penghadaman dan fungsinya Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Sistem Penghadaman

Struktur

Fungsi

8.0

Pengenalan

Penghadaman ialah satu proses penghancuran atau pengisaran makanan secara fizikal, kemudiannya diikuti dengan beberapa proses kimia bagi memecahkan molekul makanan yang kompleks menjadi molekul atau elemen yang lebih halus dan terasing bagi memudahkan proses penyerapan. Bahan yang tidak dapat dimanfaatkan atau dipecahkan akan dibuang menerusi proses seterusnya yang dikenali sebagai penyingkiran. Makanan merupakan komponen penting yang membekalkan tenaga untuk tubuh badan. Namun, makanan yang diambil tidak berada di dalam bentuk yang sesuai untuk

digunakan sebagai tenaga oleh sel. Oleh itu, makanan tersebut perlu dicernakan agar ia sesuai digunakan oleh sel-sel tubuh. Penghadaman bermula apabila makanan memasuki tubuh menerusi mulut. Poses ini juga turut melibatkan organ-organ lain seperti kelenjar liur, hati, pundi hempedu dan pankreas. Penjagaan bermula dari makanan yang kita pilih. Kebiasaannya, rakyat Malaysia suka makanan berminyak, berlemak, pedas dan banyak perisa yang berkemungkian akan membawa kemudaratan jika pengambilannya tidak dikawal. Kesederhanaan adalah penting dan makanlah makanan yang berkhasiat. Salur penghadaman jangan disalah guna seperti meminum racun atau memakan ubat tanpa mengikut dos yang ditetapkan.

8.1

Rajah Sistem Penghadaman Struktur dan Fungsi 2

Sistem penghadaman menjalankan tugas yang penting iaitu menyediakan bahan-bahan makanan untuk diserap supaya bahan-bahan ini dapat digunakan oleh sel-sel tubuh. Ia terdiri daripada satu saluran yang bermula di mulut dan berakhir di dubur. Bahagian-bahagian yang terlibat untuk membina sistem penghadaman terdiri daripada struktur-struktur berikut: Struktur-struktur sistem penghadaman adalah seperti berikut: a. Mulut. b. Faring c. Esofagus d. Perut. e. Usus kecil. f. Usus besar. Organ yang turut membantu penghadaman ialah: a. Kilang air liur. b. Pankreas. c. Hati dan pundi hempedu.

8.1.1 Mulut Dikenali juga sebagai kaviti oral. Ruang mulut kita boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu ruang umum iaitu ruang tengah yang mengandungi lidah dan ruang vestibul iaitu ruang di antara gigi dan permukaan dalam pipi. Ruang mulut terdiri daripada atap, lantai, dinding, lateral dan dua pembukaan, anterior dan posterior. Atap mulut adalah lelangit yang membahagikan mulut daripada kaviti hidung. Lelangit keras yang terdiri daripada tulang memenuhi dua pertiga daripada anterior lelangit. Bahagian yang terdiri daripada otot adalah satu pertiga daripada posteriornya. Bahagian ini lembut dan digelar sebagai lelangit lunak. Lantai mulut pula dikenali sebagai diafragma mulut dan terdiri daripada otot.

Dinding lateral mulut dan pipi adalah otot yang dilapisi oleh membran mukus di bahagian dalam dan dilapisi kulit di bahagian luar. Vestibul mulut adalah ruang yang terdapat di antara pipi dan gigi. Pembukaan anterior mulut mempunyai dua bibir iaitu bibir atas dan bibir bawah. Bahagian luar bibir dilitupi oleh kulit dan bahagian dalamnya dilitupi oleh membran mukus. Kaviti mulut berhubung dengan bahagian tengah farinks membentuk pembukaan posterior.

farikks

Rajah 3.9: Ruang Mulut

8.1.2

Lidah

Merupakan organ penting di dalam mulut dalam sistem penghadaman. Lidah terdiri daripada otot rangka di mana bahagian anteriornya bebas dan bahagian posteriornya melekat pada lantai mulut. Terdapat dua kumpulan otot lidah iaitu ekstrinsik dan intrinsik. Otot ekstrinsik adalah untuk pergerakan lidah, manakala otot intrinsik terlibat dalam perubahan bentuk lidah. Membran mukus melapisi lidah dan membentuk tonjolan-tonjolan kecil yang dipanggil papila. Papila terbahagi kepada tiga jenis iaitu filiform, fungiform dan sirkumvalat. Tunas rasa terletak pada fungiform dan sirkumvalat. tugas, iaitu: Lidah mempunyai beberapa

a. Deria rasa

Tugas lidah Lidah dapat mengenali pelbagai jenis rasa seperti manis, masin, masam dan pahit dan ini membantu sesorang menikmati makanan atau minuman.

b. Pertuturan c. Kunyahan dan telanan d. Sentuhan

Lidah adalah penting untuk pertuturan Lidah membantu tindakan kunyahan dan telanan

Merupakan salah satu organ deria sentuhan

8.1.3

Rajah 3.10: Lidah Reseptor rasa Gigi Rajah Lidah

Merupakan struktur tambahan di dalam sistem penghadaman. Jumlah gigi bagi orang dewasa adalah sebanyak 32 batang, terdiri daripada 8 gigi kacip, 4 gigi taring, 8 gigi geraham kecil dan 12 gigi geraham besar. Gigi mambantu memecahkan makanan pejal dan membantu menambah rasa lazat pada makanan tersebut.

Jenis gigi Gigi kacip Gigi taring Geraham kecil Geraham besar

Fungsi Untuk menggigit dan memotong. Mempunyai pinggir yang rata dan tajam. Untuk mengoyak dan menikam. Mempunyai kepala yang tirus. Untuk mengoyak dan mengisar. Mempunyai dua gerigi di permukaannya. Untuk mengisar dan melumatkan makanan. Mempunyai muka yang lebar dan tidak rata.

Rajah Gigi

8.1.4

Kelenjar Air Liur


8

Bertanggungjawab merembeskan air liur secara berterusan. Kelenjarkelenjar air liur terdapat di dalam mulut atau berhampiran mulut. Rembesan air liur akan bertambah banyak jika kita memakan sesuatu. Ini terjadi supaya proses pelinciran, pelarutan, dan permulaan pemecahan secara kimia dapat dilakukan. Terdapat banyak kelenjar air liur, tetapi terdapat tiga kelenjar air liur yang mengeluarkan air liur dengan banyak. Kelenjar-kelenjar tersebut adalah kelenjar parotid, submandibular dan sublingual. Sebanyak kira-kira 1.0 hingga 1.5 liter air liur terhasil dalam satu hari. Kandungan air liur adalah 99.5% air dan 0.5% bahan-bahan tertentu seperti garam klorida, bikarbonat dan fosfat, gas terlarut, urea dan asid urik, albumin, globulin, musin dan lisozim. Kelenjar parotid Terletak di hadapan dan di bawah telinga. Merupakan kelenjar air liur yang terbesar. Merembeskan air liur melalui duktus parotid yang membuka pada bahagian atas vestibul Kelenjar submandibular Kelenjar sublingual mulut. Terletak pada rahang bawah di kedu-dua sisi. Duktusnya membuka ke bahagian depan lantai mulut di bawah lidah. Terletak di atas lantai mulut dan di bawah setiap sisi lidah. Duktusnya membuka ke dalam mulut di bawah lidah.

8.1.5 Farinks Terletak di belakang hidung, mulut dan larinks. Terdiri daripada membran berotot dan dilapisi oleh selaput mukus. Ianya berukuran lebih kurang Rajah 3.13 : Pandangan kiri mulut 12.5sm panjang. Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: (i) Nasofarinks terletak di belakang hidung dan terdapat lubang tiub eustachio pada dindingnya. Kelenjar yang terdapat pada nasofarinks adalah adenoid. (ii) Farinks oral terletak di belakang mulut. Pada dinding lateralnya terdapat tonsil. (iii) Farinks larinks bahagian terendah yang terletak di belakang larinks. 8.1.6 Esofagus dan terletak di belakang trakea. Panjangnya

Merupakan tiub berotot

adalah di antara 23 hingga 25 sm. Satu per tiga daripada bahagian atas esofagus adalah otot rangka yang bersifat voluntari. Manakala satu per tiga daripada bahagian bawahnya terdiri daripada otot licin dan bersifat tidak voluntari. Satu per tiga daripada bahagian tengahnya pula adalah gabungan antara otot licin dengan otot rangka. Berfungsi untuk menghantar makanan dan minuman dari farinks ke perut. 8.1.7 Perut Kawasan penyimpanan makanan sementara sebelum makanan tersebut dicerna oleh usus. Isi padu ruang perut adalah 2.5 liter bagi orang dewasa. Perut akan mengempis apabila kosong dan mengembang apabila berisi makanan kerana ia bersifat kenyal. Rongga perut terbahagi kepada empat bahagian iaitu kardia, fundus, badan dan pilorus. Terdapat kira-kira 40 juta sel kelenjar gaster pada perut. Jus gaster mempunyai enzim pepsin, renin, mukus dan asid hidroklorik. Pepsin
10

menguraikan protein kepada pepton dan polipeptida; manakala renin mengentalkan susu dengan menggumpalkan protein susu yang larut, kaseinogen kepada kasein yang tidak larut. Mukus adalah bendalir yang likat berfungsi melindungi perut dari asid hidroklorik. Fungsi asid hidroklorik pula adalah: (i) Meneutralkan alkali pada air liur bagi menghentikan tindakan enzim amilase air liur; (ii) Menyediakan medium berasid untuk membolehkan enzim pepsin dan renin bertindak; dan (iii) Mensterilkan makanan daripada bakteria.

11

Rajah 3.14: Permukaan dalam gaster dan duodenum

12

8.1.8

Usus Kecil

Saluran makanan yang paling sempit. Berfungsi untuk pencernaan dan penyerapan hasil pencernaan. Tiga bahagian pada usus kecil adalah: (i) (ii) Duodenum menghubungkan perut dengan jejunum; Panjang kira-kira 25 sm dan berbentuk C. Kedudukan duodenum adalah mengelilingi kepala pankreas; dan (iii) Jejunum dan ileum jejunum 2.4m panjang dan ileum pula 3.6m panjang. Tugas usus kecil adalah: (i) (ii) Menyelesaikan semua proses penghadaman; Menyerap bahan-bahan makanan yang telah terhadam, asid amino dan glukosa ke dalam darah dan lemak hadam ke dalam salur limfatika; dan (iii) Menghasilkan beberapa hormon yang mengawal penghasilan bendalir pankreas, hempedu dan bendalirnya sendiri. 8.1.8 Usus Besar

Usus besar bermula dari ileum hingga ke anus dan berukuran 1.5m panjang. Bentuknya adalah lebih besar daripada usus kecil dan bahagian pada usus besar adalah: (i) (ii) Sekum mempunyai apendiks, namun apendiks tidak mengambil bahagian dalam proses pencernaan. Kolon naik ke atas di sebelah kanan rongga abdomen, kolon melintang dan kolon bawah. Bersambung dengan rektum. (iii) Rektum saluran berotot yang pendek. Kanal anus adalah bahagian paling akhir pada usus besar berukuran 4 sm. Pembukaan kanal anus dikenali sebagai anus dan dikawal oleh otot licin yang tebal dikenali sebagai sfinkter internal (tak voluntari) dan di luar oleh otot rangka yang disebut sfinkter eksternal (voluntari). Fungsi usus besar adalah sebagai: Penyerap air, garam dan glukosa;

13

Merembeskan musin oleh kelenjar pada lapisan dalam; Menyediakan selulosa dalam bentuk karbohidrat dalam tumbuhan, buahan dan sayuran hijau; dan Menyediakan sisa protein yang belum dicerna oleh tindakan bakteria untuk kumuhan.

Rajah 3.15: Usus besar dan bahagian-bahagiannya

14

Jadual 3.1: Ringkasan proses kimia dalam pencernaan Sumber : Bantuan Studi Lengkap Biologi Tingkatan 4, Mah Chee Wai.
Bahagian Kelenjar salur pencernaan Mulut Kelenjar air liur Perut Kelenjar gaster Rembesan Air liur Jus gaster pH 6.5 6.8 1.5 Enzim Perubahan

Duodenum

Pankreas

Jus pankreas

7.8 8.5

Hati

Hempedu

Beralkali

Usus kecil Kelenjar (jejunum Brunner dan ileum) (kelenjar usus)

Jus usus Beralkali (sukus (7.6) enterikus)

Amilase air Kanji maltosa liur (ptialin) HCI (bukan Pepsinogen pepsin enzim) Pepsin Protein pepton + polipeptida Renin Kaseinogen kasein (kasein kemudiannya dicernakan oleh pepsin) Amilase Kanji maltosa pankreas Tripsin Protein pepton (polipeptida) Lipase Lemak asid lemak dan gliserol Garam Lemak titisan hempedu lemak (hempedu (bukan meneutralkan asid) enzim) Enterokinase Tripsinogen tripsin Erepsin Pepton polipeptida asid amino Maltase Maltosa glukosa Sukrase Sukrosa glukosa + fruktosa Laktase Laktosa glukosa + galaktosa Lipase Lemak asid lemak + gliserol

15

8.2
8.2.1

Mekanisme dan Kawalan Penghadaman


Mekanisme Penghadaman

Pencernaan berlaku terhadap makanan dan minuman yang kita ambil. Empat peringkat perubahan berlaku kepada bahan makanan dan minuman yang masuk ke dalam tubuh kita. (i) Kunyahan dan telanan Makanan akan dihancurkan oleh mulut, gigi dan lidah apabila masuk ke dalam mulut. Tindakan ini dikenali sebagai tindakan mengunyah. Makanan yang dikunyah tadi akan bercampur dengan air liur dan menjadi lumat. Kemudian makanan yang telah lumat ditelan melalui farinks dan esofagus ke perut. Otot pencerut pada dinding farinks bertanggungjawab kepada tindakan menelan ini. (ii) Penghadaman Penghadaman bermula dari dalam mulut hinggalah ke dalam perut dan usus kecil. Usus kecil merupakan tempat di mana kebanyakan proses penghadaman berlaku. Dalam proses penghadaman bahan makanan diubah dari segi fizikal dan kimianya agar lebih mudah diserap. (iii) Penyerapan Selalunya bahan makanan akan diserap di bahagian usus kecil. Namun, penyerapan boleh juga berlaku di bahagian-bahagian lain dalam sistem penghadaman. (iv) Pembuangan bahan makanan yang tidak hadam Bahan buangan iaitu najis adalah hasil bahan-bahan yang tidak hadam. Pembuang bahan makanan tidak hadam dilakukan oleh usus besar. 8.2.2 Kawalan Pencernaan Pencernaan dapat dilakukan dengan adanya enzim-enzim di dalam sistem pencernaan. Enzim adalah mangkin organik yang berkebolehan mempercepatkan kadar tindak balas biokimia dalan organisma hidup. Enzim bertindak mengubah kimia bahan makanan yang kompleks menjadi bahan larut yang mudah diserap. Enzim tidak berubah hingga ke akhir proses 16

penghadaman, walaupun ia sendiri mengubah kimia dalam bahan makanan. Di dalam bendalir penghadaman, terdapat beberapa enzim penting dan setiap satunya hanya bertindak untuk satu tindak balas sahaja. Anda boleh rujuk pada jadual ringkasan proses kimia dalam pencernaan untuk nama dan tindakan enzim terbabit.

17

You might also like