P. 1
96697187 Unit 9 Pelbagai Kecacatan

96697187 Unit 9 Pelbagai Kecacatan

|Views: 28|Likes:
Published by Noor Afifah Azizan
kecacatan
kecacatan

More info:

Categories:Types, Reviews
Published by: Noor Afifah Azizan on May 22, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/30/2014

pdf

text

original

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 101

UNIT PELAJARAN 9 KANAK-KANAK PELBAGAI KECACATAN
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. Menyatakan definisi pelbagai kecacatan 2. Mengenalpasti jenis pelbagai kecacatan. 3. Menjelaskan strategi pengendalian kanak-kanak pelbagai kecacatan.

PENGENALAN
Kanak-kanak dilahirkan berbeza-beza dan unik dari segi keupayaan fizikal dan kognitif. Keunikan dan perbezaan ini perlu dihargai dan dijaga dengan sebaiknya oleh ibu bapa dan guru. Kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa merupakan salah satu ciri perbezaan individu. Kanak-kanak berkeperluan khas ini merangkumi golongan kanak-kanak pintar cerdas, kerencatan akal, cacat pendengaran, penglihatan atau fizikal, bermasalah pembelajaran atau kesihatan serta kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pelbagai. Kanak-kanak yang mempunyai lebih dari satu kecacatan atau kecacatan pelbagai merupakan tamparan hebat kepada ibu bapa dan keluarga dan ini merupakan satu cabaran yang sangat besar. Ini kerana kanak-kanak yang mempunyai lebih daripada satu kecacatan mempunyai pola permasalahan yang berbeza daripada kanak-kanak yang hanya mempunyai satu kecacatan. Contohnya, kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran memerlukan lebih perhatian oleh ibu bapa dan keluarga kerana ibu bapa perlu memahami masalah-masalah khusus yang berkaitan dengan kanak-kanak kategori ini. Kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kecacatan merupakan kelompok terbesar dalam kategori kanak-kanak kurang upaya (Diane, Deborah & Brian, 2008). Menurut penyelidik-penyelidik ini lagi, kebanyakan negara menetapkan bahawa kanak-kanak yang memiliki lebih dari satu kecacatan termasuk dalam kategori kanak-kanak pendidikan khas. Mereka mungkin berkeadaan lumpuh, kehilangan pendengaran dan disertai dengan buta atau gangguan penglihatan.

Kanak-kanak yang mengalami kecacatan pelbagai adalah mereka yang secara tradisinya dianggap kanak-kanak yang mempunyai masalah mental yang cukup berat di mana mereka menghadapi kesulitan dalam pergerakan dan masalah dalam tingkah laku. Kanakkanak ini memerlukan sokongan secara berterusan, bagi menikmati kualiti hidup yang bagus dan selesa dalam bergaul dan berada di sekeliling kanak-kanak normal yang lain. Di Malaysia, perkhidmatan kepada kanak-kanak kurang upaya adalah tanggungjawab tiga kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendidikan bagi kanak-kanak tersebut dikendalikan oleh dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah cacat fizikal teruk, kerencatan akal sederhana dan teruk, pelbagai kecacatan dan kecacatan yang

beriman. . Lantaran ia merupakan aset yang dapat menyumbangkan dalam kemajuan masyarakat dan tidak hanya dilihat sebagai liabiliti sahaja. kategori ini tidak termasuk dalam pendidikan khas di mana program pendidikan khas hanya membuka peluang kepada mereka yang menghadapi satu jenis kecacatan sahaja (Richard. Definisi Kanak-kanak Pelbagai Kecacatan Menurut Nibedita (2003). pelajar yang menghidapi kecacatan pelbagai mempunyai kombinasi kecacatan di mana terdapat dua atau lebih kecacatan iaitu seseorang yang menghadapi kecacatan lebih daripada satu jenis ketidakupayaan misalnya. Ini termasuk keperluan pendidikan patut diberikan kepada kanak-kanak yang menghidapi kecacatan yang pelbagai. Menurut Edward & Yvonne (2007) pula. Deklarasi Pertubuhan Bangsa . justeru persamaan peluang pendidikan dapat dicapai dengan membolehkan setiap murid mengembangkan kapasitinya sendiri dan memaksimukan potensinya. Punca utama mengapa terjadinya kecacatan pelbagai tidak dapat dipastikan sepenuhnya tetapi dalam sesetengah keadaan boleh dikesan ketika bayi di dalam kandungan. mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jabatan Pendidikan Khas. mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri. Semua kanak-kanak perlu diberi pendidikan tanpa mengira kaum. masalah pendengaran serta keadaan yang melumpuhkan. kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pelbagai adalah mereka yang mempunyai dua atau lebih kecacatan seperti kecacatan mental disertai masalah penglihatan. Kecacatan pelbagai ialah istilah di mana merangkumi pelbagai kombinasi kecacatan yang melibatkan pendidikan. seseorang yang menghadapi keccatan penglihatan dan pada masa yang sama menghadapi keccatan pendengaran.Bangsa Bersatu Mengenai Hak kanak-kanak 1989 dan 'The Proclamation on the full participation and equality of persons with disabilities 1994). Kementerian Pelajaran Malaysia). pengenalan kepada kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pelbagai adalah penting. dalam program pendidikan bersepadu. Jadual 1. berhaluan. berdikari.K a n a k . ataupun perkembangan intelek mereka.k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 102 tidak membolehkan kanak-kanak tersebut untuk belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. berupaya. Keperluan untuk memberi pendidikan kepada semua kanak-kanak adalah menjadi satu daripada tanggungjawab sosial yang penting dalam masyarakat (Kementerian Pelajaran Malaysia). Dengan menyatakan bahawa pendidikan khas dapat melahirkan insan yang berkemahiran. pemulihan sokongan kerajaan dan kumpulan-kumpulan sukarela tertentu. Dalam IDEA. latar belakang sosial. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas ini. Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran. Walaupun mereka mempunyai keupayaan yang berbeza. kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai pelbagai kecerdasan dan kebolehan yang pelbagai boleh dicungkil sekiranya dapat dipupuk dan diperkembangkan ke arah kecemerlangan individu yang optimum. 2003). Oleh sebab itu.1 di bawah menunjukkan contoh-contoh kecacatan pelbagai. Merujuk kepada Falsafah Pendidikan Khas. semua kanak-kanak berhak mendapat pendidikan dan hak ini termaktub dalam beberapa perisytiharan antarabangsa antaranya.

k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 103 Jenis-jenis Kecacatan Fizikal Fizikal Kecederaan Otak Traumatik dan Kecederaan Tulang Belakang Kekejangan Otot Kebutaan dan Cerebral Palsy Apraxia dan Kecederaan Otak Traumatik Mental dan Spina Bifida Gangguan Kecacatan Cerebral Palsy dan Kekejangan Otot Kekejangan otot dan Asma Pekak Apraxia dan Diabetis Gangguan Kecacatan Sensori Komunikasi Kognitif Masalah Pembelajaran dan Asma Psikososial Gangguan Tingkah Laku Gangguan Tingkah Laku dan Asma (Sumber: Diadaptasi daripada Heller K. Bagaimanapun. palsi serebrum. Oleh itu. ibu bapa tidak mengalami kecacatan tetapi anak yang mengalami kecacatan. bagi pasangan yang normal tetapi keduaduanya pembawa baka cacat kemungkinan anak cacat tetap ada kerana kedua-dua ibu bapanya adalah pembawa baka cacat. Forney P.. Terdapat perbezaan antara kanak-kanak itu sama ada dalam pendengaran.1996) Menurut Mohd Sharani Ahmad (2009). Contohnya jika salah seorang daripada ibu dan bapanya mempunyai baka cacat maka peluang mendapat anak cacat adalah 50% pada setiap kali kandungan. Pertamanya. Sensory. Ketidakseimbangan kromosom yang pertama iaitu ’autosomal dominant’. sebenarnya sukar untuk menentukan kanak-kanak yang mengalami kecacatan dalam kategori tertentu sahaja secara total. Pewarisan kedua. Malah terdapat kanak-kanak yang mengalami lebih daripada satu kecacatan termasuklah autistik. Setiap pasangan kromosom yang wujud dalam pasangan itu menghasilkan empat percantuman apabila berlaku persenyawaan. Alberto P. W. 2009). and Schwartzman. Umumnya. Jika salah seorang saja pembawa baka cacat. CA: Brooks/Cole. di mana pewarisan baka ini diwarisi oleh anak. ibu bapa mempunyai kecacatan dan diwarisi oleh anak dan keduanya. pekak-buta dan lain-lain. Pacific Grove. Keadaan ini berlaku setiap kali kandungan.K a n a k . kecacatan pada kanak-kanak dikenalpasti berlaku akibat daripada baka. ‘autosomal excessive’ iaitu kedua ibu bapa pembawa cacat. and Health Impairments. Contohnya daripada tiga kandungan mungkin dua anaknya dilahirkan normal kerana penerimaan baka normal. sebahagian ibu bapa yang normal juga mempunyai anak cacat (Mohd Sharani Ahmad. Peratus mendapat anak cacat adalah 25 peratus. Punca dan Ciri-ciri Pelbagai Kecacatan Menurut Jamila Mohamed (2006). terencat akal. mental ataupun sosial. E. Understanding Physical. penglihatan. hiperaktif. Apabila dikaitkan dengan baka. Dalam keadaan inilah anak mungkin mewarisi sifat cacat. A. . suami menghasilkan sperma dalam 23 pasangan kromosom dan begitu juga dengan isteri menghasilkan telur dalam 23 pasangan kromosom.. maka anak yang dilahirkan tidak cacat cuma masih sebagai pembawa baka cacat. 50 peratus menjadi pembawa manakala 25 peratus lagi mungkin normal. ia bermula pada hubungan seksual suami dan isteri. Ia berlaku dalam dua jenis pewarisan.

umur ketika kehilangan penglihatan dan pendengaran serta kehadiran kecacatan yang lain. MASALAH PENGLIHATAN DAN MASALAH PENDENGARAN (DEAFBLINDNESS) Ling (1989) dalam Safani Bari et. Terdapat juga individu deafblindness yang memang dilahirkan pekak dan mempunyai masalah penglihatan akibat rentitis pigmentosa (Julia Jantan et. Deafblindness berlaku kepada tiga daripada 100. masalah penglihatan dan masalah fizikal dan sebagainya. Deafblindness tidak bermaksud pekak sepenuhnya atau buta sepenuhnya.000 kelahiran. Keadaan deafblindness mempengaruhi kehidupan seseorang individu bergantung kepada tiga perkara iaitu jenis dan tahap kebutaan dan kepekakan. menekankan bahawa pendengaran dan penglihatan kepada seseorang pelajar amat memainkan peranan yang sangat penting kepada kanak-kanak untuk mempelajari bahasa. individu mempunyai beberapa kecacatan yang dialami. Keadaan ini boleh berlaku akibat beberapa sebab seperti baka atau diperolehi (Jamila Mohamed. Seorang kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan dan pendengaran sekaligus boleh menyebabkan kesukaran untuk menguasai pertuturan dan seterusnya menguasai komunikasi serta bahasa. b. Kegagalan menguasai bahasa pula akan mengakibatkan kesukaran kepada mereka untuk berinteraksi. Dalam keadaan ini. bagaimanakah anda menangani masalah kecacatan pelbagai dari aspek pedagoginya. Sebagai seorang guru. Secara umumnya. 2009).al (2009).K a n a k . dan keadaan ini menjadi halangan yang paling besar dihadapi oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran dan penglihatan.al. Apakah kesan pendidikan terhadap kanak-kanak yang mengalami kecacatan pelbagai. Kecacatan tersebut boleh menjadi masalah seperti masalah penglihatan dan pendengaran. Kanakkanak deafblindness termasuklah kanak-kanak yang menghidap retinophaty of prematurity (masalah retina akibat pramatang) dan mengalami kehilangan pendengaran akibat meningitis. Mereka masih lagi mempunyai sisa penglihatan atau sisa pendengaran.k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 104 Biasanya kanak-kanak yang mengalami kecacatan pada tahap teruk dan sangat teruk turut menghadapi pelbagai kecacatan ataupun ketidakupayaan lain. Jarang keadaan berlaku di mana individu deafblindness buta sepenuhnnya dan pekak sepenuhnya. boleh dikatakan bahawa deafblindness adalah keadaan di mana seseorang individu mengalami masalah untuk mendapat maklumat secara visual dan auditori. namun begitu tidak dinafikan terdapat juga yang pintar cerdas seperti Hellen Keller yang pekak dan buta tetapi menjadi manusia berjaya. 2006). a. Masalah penglihatan dan pendengaran sangat memainkan peranan penting untuk menguasai sesuatu pertuturan dan tindak balas pertuturan tersebut dalam berkomunikasi. belajar dan juga menyesuaikan diri dalam persekitaran sosial. . Deafblindness adalah kombinasi antara masalah penglihatan dengan masalah pendengaran.

Keadaan ini berlaku kerana jangkitan semasa dalam kandungan seperti rubela. mempunyai masalah dalam perkembangan dan memahami konsep. sebenarnya terdapat banyak sebab boleh terjadinya deafblindness. Kebanyakan daripada mereka mengalami masalah pendengaran dan penglihatan selalunya mempunyai kedua-dua deria tersebut. a. Anamoli congenital Pelbagai Sindrom CHARGE adalah berlaku kecelaruan pada  CHARGE genetik dominan autosomal di mana berlaku mutasi Association pada gen protein-7 (CHD7). Kongenital (sejak dilahirkan) Kongenital adalah keadaan di mana kanak-kanak dilahirkan dengan kedua-dua kecacatan penglihatan dan pendengaran. Keadaan ganguan genetik yang berkaitan dengan  Usher mutasi satu daripada 10 gen. individu deafblindness mempunyai ciri-ciri yang sama berkaitan pembelajaran dan interaksi iaitu mereka suka menyendiri. Penyebab kepada deafblindness boleh dikategorikan kepada dua keadaan iaitu diperolehi selepas kelahiran dan keadaan kongenital (sejak dilahirkan). Deria-deria tersebut menghadapi masalah kerana penyakit. Sindrom  Down Penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak.k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 105 Menurut Hallahan 2003. Terdapat kromosom yang lebih pada kromosom 13 (biasanya terdapat 2 kromosom pada bilangan 13 tetapi Sindrom Patau mempunyai 3 kromosom).K a n a k . Jadual 1: Penyebab Utama Deafblindness 1. 2. Diperolehi selepas kelahiran Keadaan deafblindness boleh terjadi selepas kelahiran berlaku pada pelbagai peringkat umur. bermasalah dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain. mereka perlu untuk berasa selamat. memerlukan pengubahsuaian yang spesifik untuk membantu dalam pembelajaran dan berinteraksi dengan dunia luar dan mereka mendapat faedah daripada arahan yang sistematik dan rutin. kecederaan atau faktor umur. syndrome Keadaan di mana lilitan kepala bayi adalah lebih kecil  Microcephaly . Sindrom Patau (Trisomy 13) adalah berlakunya  Trisomy 13 kelainan pada bilangan kromosom. Individu yang mengalami keadaan ini selalunya dapat menggunakan maklumat dari penglihatan dan pendengaran yang pernah mereka alami. b. terlalu fokus kepada sesuatu perkara sahaja atau sibuk memikirkan atau mengambil berat tentang diri mereka sahaja.  Fetal alcohol Berlaku kecacatan pada embrio kerana pengambilan alkohol yang berlebihan oleh ibu mengandung. sindrom down dan pengambilan dadah oleh ibu. Tiga salinan kromosom 21 (biasanya hanya terdapat dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel. Kadangkala individu dilahirkan dengan cacat pendengaran dan memperoleh cacat penglihatan akibat daripada glukoma atau katarak dan sebaliknya. Manakala menurut Richard (2003).

rabun. . 2003. Adalah jangkitan yang disebabkan oleh parasit yang dikenali sebagai Toxoplasma Gondii. Guru-guru perlukan pendekatan yang berlainan dalam mengajar kanak-kanak deafblindness kerana mereka tidak boleh mendengar dan melihat. iaitu Sifilis Kongenital yang mana memberi kesan kepada jantung. Antara kesan ke atas pembelajarannya adalah: i. iv. terdapat juga Sifilis yang didapati melalui ibu kepada bayinya di dalam rahim. Persepsi yang terhad. Jangkitan selalu didapati daripada sentuhan dengan kucing. Motivasi.k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 106 dari kebiasaan kerana otak tidak membesar secara normal atau otak tidak membesar langsung. Cara penyebaran Sifilis sangat kerap berlaku melalui hubungan seksual. Exceptional Children: Introduction To Special Education. mata dan tulang. otak. 3. iii. Jangkaan.natal  Jangkitan bakteria seperti bakteria meningitis yang merebak terus ke otak. menjadikan sistem imunisasi tidak dapat melawan jangkitan-jangkitan penyakit luar. Akan tetapi. najis kucing atau memakan daging mentah atau separuh masak. Faktor motivasi tidak dapat diberikan kerana motivasi tersebut tidak dapat didengar dan dilihat. 4. Penyakit sifilis adalah disebabkan oleh satu organism yang dinamakan Treponema pallidum. Kecacatan yang mungkin berlaku adalah seperti kecacatan pada jantung. Kesukaran dalam menjangkakan apa yang akan berlaku seterusnya kerana mereka tidak terdengar dan tidak terlihat sebarang kiu yang diberikan oleh guru. ii. Kesukaran dalam berkomunikasi. Pramatang  Aids  Rubela  Sifilis  Toxoplasmosis Adalah serangan retrovirus terhadap sistem imunisasi. Mereka mengalami kesukaran untuk mengaitkan dan menggambarkan sesuatu keadaan.K a n a k . Jangkitan rubella ketika hamil boleh menyebabkan kecacatan janin yang sedang dikandung dan dikenali sebagai Sindrom Rubella Kognital (CRS). buta. Sumber: Hallahan. (Jamila Mohamed. Enceplalitis Terdapat beberapa ciri kanak-kanak deafblindness yang mempunyai kesan ke atas pembelajaran mereka. Dalam erti kata lain mereka sukar untuk mempelajari konsep. Keradangan pada mambran yang melindungi otak dan  Meningitis saraf tunjang. Penyebab post. pekak atau anak tidak membesar ketika hamil. 2006).

pembinaan aktiviti pembelajaran berdasarkan minat murid-murid juga adalah amat penting. Kanak-kanak yang mengalami kecacatan pelbagai. mereka seringkali mengalami implikasi perubatan dan juga terdapat banyak implikasi pendidikan bagi kanak-kanak ini.Kebolehan membaca dan menulis (Literacy) Walaupun kebanyakan murid-murid yang mengalami kecacatan pelbagai tidak dapat memperolehi kemahiran membaca dan menulis. Matlamat yang diambil kira dalam pengajaran akademik hendaklah bersesuaian dengan keupayaan pembelajaran mereka. 2003) Walau bagaimanapun motivasi memainkan peranan penting dalam proses pengajaran kemahiran membaca dan menulis bagi murid-murid kecacatan pelbagai. masalah pendengaran. masalah penglihatan. 2000.K a n a k . terencat akal. (Alberto & Fredrick. tulisan tersebut boleh di buat dalam bentuk tulisan Braille (Downing. Di samping itu juga. Bagi murid-murid yang mengalami cerebral palsy dan autism dan kecederaan otak. (Byers. Murid-murid tersebut juga boleh gunakan gambar bagi membantu mereka mengenali perkataan dan mereka boleh menulis perkataan berdasarkan gambar tersebut. mereka juga mempunyai deria rasa yang tidak berfungsi. Erickson & Koppenhaver. Bagi murid yang mempunyai penglihatan yang terhad. TV dan bola). 1995) Sesetengah murid-murid yang mengalami kecacatan pelbagai. Keupayaan pembelajaran mereka dilihat dari sudut : a. Murid-murid ini mungkin mempunyai kelemahan dalam proses pendengaran (auditory processing) dan mempunyai masalah pertuturan yang terbatas. Mereka juga mempunyai pelbagai keistimewaan yang luar biasa yang akan mengubah tingkah laku mereka. Selain itu juga. masalah mobiliti fizikal. kecederaan otak dan sebarang kemungkinan yang lain. masalah tingkah laku dan masalah sosial. Pembelajaran berkait. masalah pembelajaran. 2002.k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 107 v. tidak semestinya mereka tidak dapat melibatkan diri dengan aktiviti tersebut. mereka mungkin boleh belajar mengenali sesetengah huruf seperti huruf yang biasa dan kerap digunakan seperti namanya dan perkataan kegemarannya (contoh : Loceng. Lewis & Tolla. Tidak mampu mengaitkan antara satu perkara dengan perkara yang lain. objek atau bahagian objek tersebut boleh dilekatkan di dalam buku latihan mereka bagi memudahkan pemahaman mereka semasa membaca buku. Contoh gambar kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan dan masalah pendengaran (deafblindness) MASALAH PENDIDIKAN YANG DIHADAPI Kanak-kanak kecacatan pelbagai mempunyai pelbagai kombinasi kecacatan iaitu mengalami masalah pertuturan. Sokongan biasanya diperlukan sekiranya berlaku di luar batasan di dalam bilik darjah. Murid-murid mungkin boleh membaca dengan bantuan guru dan rakan sebaya serta dengan bantuan gambar bagi meningkatkan kefahaman mereka. 2004) Byers (2004) berpendapat kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pelbagai akan mengalami kesukaran untuk mencapai dan mengingat kemahiran ataupun untuk memindahkan kemahiran tersebut daripada satu situasi kepada situasi yang lain. .

1998. Sesetengah murid ini. sekiranya guru. Mereka boleh menggunakan sesetengah perkataan yang dapat difahami. jadi apakah kemahiran yang perlu dititikberatkan? Kenapa? Sebab murid yang mempunyai kecacatan pelbagai menggambarkan kemahiran matematik itu dalam pelbagai cara. Contohnya ialah mimik muka (facial expression). Mereka boleh memahami perkataan yang dituturkan. belajar dengan cara mengenalpasti atau memadankan nombor. Pada pandangan anda apakah pendekatan yang sesuai mengajar kanakkanak yang mengalami masalah pelbagai kecacatan fizikal dan mental? b. c. gambar (picture) dan objek (object) (Beukelman & Mirenda. terutamanya dalam kalangan keluarga dan kawan-kawan. 1999). Contoh lain yang berkaitan dengan wang seperti urusan jual beli. Downing. Mereka mungkin belajar melalui aktiviti seperti menggunakan alat bantuan mengajar.Sebagai guru apakah alat bantu mengajar yang boleh membantu meningkatkan kemahiran motor kanak-kanak pelbagai kecacatan fizikal dan mental ? . gambar dan objek. kerana mereka tidak dapat mengenalpasti nombor di atas telefon tersebut. Sesetengah pelajar yang mengalami kecacatan pelbagai mungkin boleh belajar mendail 911 ketika kecemasan. Murid-murid tidak boleh bergantung kepada pertuturan untuk berkomunikasi ataupun pertuturan mereka adalah sukar untuk difahami. 2005) a. Kemahiran matematik yang mempunyai aplikasi secara langsung dalam aktiviti seharian. tetapi kebanyakkan murid-murid akan menggunakan bentuk komunikasi bukan verbal.k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 108 b.Matematik Jika seorang guru ingin mengajar murid yang hanya boleh belajar kemahiran matematik yang asas. Kebanyakkan murid boleh belajar matematik apabila mereka boleh mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian dan itu juga berlaku kepada murid kecacatan pelbagai. Contohnya murid belajar mengenalpasti nombor dengan menggunakan kalkulator atau melakukan langkah dalam membuat penomboran. Mereka mempunyai tahap kesukaran yang tinggi dalam proses memahami bahasa lisan. kawan-kawan atau pun keluarga memperkenalkan maklumat lisan dengan perkataan dalam bentuk isyarat. tetapi mungkin terdapat sesetengah pelajar tersebut tidak dapat mencapai kemahiran matematik ini. Penggunaan bahasa lisan yang mudah boleh membantu murid-murid kecacatan pelbagai memahami apa yang dituturkan oleh guru. gerak badan (body gesture). boleh memberikan kesan yang baik ke atas kualiti hidup pelajar dan menjadi sebahagian daripada kurikulum yang bermakna (Westling & Fox.K a n a k . 2000 dalam Heller.Bahasa lisan (Oral Language) Kesukaran komunikasi pertuturan dengan murid-murid kecacatan pelbagai adalah disebabkan oleh kognitif dan kecacatan fizikal.

Penglibatan keluarga yang aktif Perkara yang paling penting dalam program pendidikan biasanya melibatkan ahli keluarga. STRATEGI MEMASTIKAN KEMAJUAN MURID PELBAGAI KECACATAN Dalam memastikan kejayaan dalam kurikulum. terdapat lima perkara yang berkaitan dengan kejayaan penyertaan iaitu :  Kolaborasi bersama dengan guru dan ibu bapa di dalam bilik darjah  Mengajar dengan kemahiran yang baru di dalam pendidikan . (Downing.k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 109 PENDIDIKAN YANG DISARANKAN UNTUK MURID PELBAGAI KECACATAN a. Keluarga merupakan orang yang penting dalam pembangunan program individu yang berkesan kerana merekalah yang paling rapat dengan murid-murid tersebut dan mempunyai pengaruh yang besar terhadap tingkah laku mereka. d. Bagi menentukan kurikulum yang bermakna dibina kepada murid-murid tersebut. 2002. 2001). kolaborasi bersama keluarga dan ahli professional adalah amat penting dan perlu dilengkapkan dengan perkhidmatan terkini. Walaubagaimanapun.Pendekatan pendidikan kolaborasi (Kerjasama) Kolaborasi merupakan satu pendekatan yang penting dalam pendidikan khas. Tanpa pendedahan tentang kurikulum. Fisher & Frey. Contohnya. strategi dan aktiviti perlu dirancang dan direka untuk meningkatkan langkah-langkah pembelajaran murid-murid. murid-murid ini tidak dapat belajar dengan baik dan tahap kebolehan mereka tidak dapat dikenalpasti. Bagi murid yang mengalami kecacatan pelbagai.K a n a k . Oleh itu. murid yang berumur lima belas tahun mempunyai pengalaman dan belajar jenis permainan di tahap usia remaja bukan tahap murid-murid pra sekolah.Kurikulum secara individu dan bermakna Kurikulum bermakna adalah sangat sesuai dibekalkan kepada setiap murid-murid yang mengalami kecacatan pelbagai kerana bersesuaian dengan minat. c. matlamat peribadi dan tahap untuk mencapai matlamat tersebut. 2005) b. kumpulan dan pengamal pendidikan khususnya dalam pendidikan khas perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat dan objektif dengan menganalisis aktiviti kurikulum yang sesuai. kurikulum ini secara kronologinya mestilah bersesuaian dengan tahap umur dan tahap pembangunan latihan yang bersesuaian.Membuat kurikulum teras yang bermakna Murid-murid pelbagai kecacatan memerlukan kepada pengalaman kurikulum yang sama dengan rakan yang tidak cacat yang lain. walaupun tahap kemahiran murid-murid tersebut adalah di tahap kanak-kanak pra sekolah (Heller.

contohnya ahli terapi.  Penglibatan ahli professional. Menyediakan peralatan yang baik dengan bantuan teknologi yang canggih.k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 110    Menerapkan nilai-nilai persahabatan di kalangan ali keluarga yang terlibat dan kanakkanak berkenaan Memberi galakan yang positif kepada murid tanpa mengambil kira kecacatan yang mereka alami. Apakah yang anda faham dengan strategi pengendalian kanak-kanak pelbagai kecacatan. . Ini merupakan proses pembinann kemahiran social dan boleh ditingkatkan  Memastikan murid-murid kecacatan pelbagai mempunyai rasa hormat dan menjadi tanggungjawab guru untuk mengajar dan menanam rasa hormat kepada murid-murid di dalam kelas  Rancangan Pendidikan Individu (RPI) perlu dirancang dengan sistematik dan perlu diubah mengikut pencapaian murid tersebut  Rancangan keselamatan perlu dibina dan selalaunya termasuk di dalam Rancangan Pengajaran Individu (RPI)  Penjagaan yang rapi diperlukan sekiranya berlaku di luar jangkaan dan bagi memastikan keadaan murid-murid sentiasa terkawal.  Pendekatan kumpulan di peringkat sekolah yang melibatkan agensi luar atau perhubungan komuniti.  Penyelidikan dibuat untuk menandakan murid tersebut menghadiri di dalam komuniti sekolah dan melibatkan diri dalam aktiviti yang sama dengan rakan sebaya yang lain.K a n a k . psiko terapi dan pakar-pakar berkaitan. RUMUSAN 1.  Integrasi bersama rakan sebaya adalah amat penting dalam membantu proses pembangunan sosial kanak-kanak kecacatan pelbagai. Adalah amat penting untuk mengintegrasikan kanak-kanak ini sekerap yang mungkin.  Pengurusan fizikal di dalam kelas yang memerlukan penyesuaian diri kanak-kanak yang baik. terapi bahasa dan pertuturan. Mengadaptasikan murid-murid dengan kurikulum yang bermakna Strategi dan modifikasi Antara strategi yang perlu dilakukan bagi kanak-kanak yang mengalami kecacatan pelbagai ialah :  Intervensi awal adalah diperlukan – intervensi ini perlu dilakukan dengan cepat iaitu sewaktu kanak-kanak memulakan persekolahan.Kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kecacatan merupakan kelompok terbesar dalam kategori kanak-kanak kurang upaya.

Di samping itu juga. mobiliti dan penjagaan diri. Kanak-kanak pelbagai kecacatan mempunyai beberapa halangan dari segi kemahiran dalam pembelajaran dan juga dalam kehidupan mereka. sosial dan emosi yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak dapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa. Kanak-kanak yang mempunyai kerosakan pancaindera. 3. mempunyai kesukaran dalam mengeneralisasi pembelajaran dari satu perkara kepada perkara lain. 5. Perkara yang perlu dititikberatkan ialah termasuk pengunaan bahan-bahan khas. Kanak-kanak ini memerlukan sokongan kemahiran dalam kehidupan mereka. Halangan tersebut termasuklah masalah berkomunikasi. di samping mempunyai kerosakan kognitif mempunyai cabaran dalam pengajaran.Guru. kestabilan emosi dan integrasi sosial dalam kehidupan seharian mereka. program perlu dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid ini.K a n a k . 4.k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 111 2. ibu bapa dan komuniti yang lain perlu bersama-sama memberi sokongan bagi kanakkanak luar biasa ini yang merupakan kanak-kanak yang dari segi intelek. fizikal. Selaras dengan falsafah Pendidikan Khas. Oleh yang demikian. intervensi-intervensi perlu dilakukan untuk menolong kanak-kanak khas ini bagi mencapai kepuasan diri dari segi akedemik dan vokasional untuk membolehkan mereka berdikari dalam kehidupan mereka. peralatan khas. . Namun. kanak-kanak ini perlu dididik dan dibentuk melalui perkembangan mental. teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid tersebut. Kanak-kanak yang mengalami kerosakan kognitif mempunyai kebolehan yang terhad untuk berfikir secara abstrak dan memerlukan bantuan dan sokongan yang baik dalam membantu mengeneralisasikan kemahiran dari satu ke situasi yang lain. sekarang ini terdapat banyak jenis bantuan teknologi yang disediakan untuk membantu mobiliti dan penjagaan diri.

Ms. J. New Jersey: Prentice Hall. Boston: Prentice Hall.50 am) Rebecca. D.my/myhealth/bm/remaja.. Alberto P. M. Heller K. Hamidah Sulaiman. S..gov. Educating Exeptional Children. S. 11. London: David Fulton Publisher. A. & Brian R. Exceptional Children in Today’s Schools: What Teachers Need to Know. http://www. 2009. and Rose.. 2006. 84 Julia Jantan. and Health Impairments. Exeptional Children An Introduction To Special Education. Boston: Ally and Bacon. 2003. (eds). 2009. Special education for today. Portal Myhealth.gov. Juvenile Rheumatoid Arthritiss. A. 11. K. 2006. 2004. Mohd Sharani Ahmad. (eds). Gallagher. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kementerian Pelajaran Malaysia. Exceptional children: Introduction to special education. Kementerian Kesihatan Malaysia. & Anastasiow. 11. Bhd. L. 2001. 2003.K a n a k . Planning The Curiculum for Pupils With Special Education Needs. 538-556. 131-137. Pengenalan Kepada Masalah Penglihatan. Edward L. Kuala Lumpur: PTS Publication. 2008. J. Siri Pendidikan Khas. Jamila K. R. Diane P. USA: Love Publishing Company.. W. Siti Suhaila Samian. (2009). Kirk. . E. (ed). A. Special Education: In Contemporary An Introduction To Exceptionality. (akses : 20 Dec 2009. B. & Kauffman. 2008. Bui. J. & Schwartzman. (akses : 18 Jan 2010. 2009.moe. Forney P. United States: Thomson Wadsworth. Mengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar. & James.myhealth.15 pm) Nibedita Dash. G. Imamshah Natharasah. 2007.my/jpkhas/. Teaching Students with Special Needs in Inclusive Classrooms. R. http://www. Integrated Education for Children with Special Needs. 2003.k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 112 RUJUKAN Byers. Heward. Kindshealth. D. Daniel. Ms. H. Hallahan.50 am). K. Shah Alam: PTS Professional Publishing Sdn. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia. http://kidshealth. Deborah D. Richard. Jabatan Pendidikan Khas. N. W. Sensory. 1996. Boston: Prentice Hall. Boston: Pearson. New Delhi: Dominant Publishers and Distributors. Pacific Grove. Understanding Physical. (2nd ed).org/parent/medical /arthristis (akses : 09 Januari 2010. Meyen & Yvonne N. CA: Brooks/Cole. B... Mohamed. Zinaida Ariffin. 2003.

usu. 2009.ipbl. http://www.pdf. 386-387.K a n a k . Santhanam. 1996. 2005. B. and Sandra. Sparkle. United States: Pearson Merrill Prentice Hall. W.30am) T. 2007.edu/Topics/deafblindness.. K. Teaching Individuals WithPhysical or Multiple Disabilities. .. Prasad Babu. Heller. June. (akses : 2 Jan 2010. Dipetik daripada http://www. L. 6-7. Deafblindness. B. (akses : 2 januari 2010 : 09. Digumarti Bhaskara Rao. B.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2003/SafaniUKMkk.sparkle. Sugandhi. Children With Learning Disabilities. Ms. D. Norani Mohd Salleh dan Aliza Alias (2009). Safani Bari. J. New Delhi: Sonali Publications.45pm) Sherwood. Penggunaan Alat Bantuan Pendengaran Di Kalangan Murid-Murid Bermasalah Pendengaran.edu. L. Manisah Mohd Ali. Boston: Allyn & Bacon. 9. S. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. A.k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 113 Ryndak. Curiculum Content for Students With Moderate and Severe Disabilities In Inclusive Settings.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->