You are on page 1of 8

1.

Terangkan perkaitan di antara ekliptik dengan altitut dan azimuth matahari setiap hari di tempat-tempat yang berbeza dan musim. Ekliptik merupakan laluan matahari setahun dan merupakan satah di mana terletaknya bumi semasa beredar mengelilingi matahari. Laluan matahari yang lebih ke Utara akan mengenai Garisan Sartan dan laluan matahari yang lebih ke selatan akan mengenai Garisan Jadi pada altitude 23.5 darjah. Ekliptik ini dipengaruhi oleh putaran bumi, peredaran bumi mengelilingi matahari dan juga orientasi bumi yang sama. Kejadian empat musim berlaku disebabkan oleh kecondongan paksi bumi sebanyak 23.5 darjah. Pada masa yang sama juga disebabkan oleh peredaran bumi mengelilingi matahari yang merubah ekliptik matahari sama ada lebih ke selatan atau lebih ke utara serta putaran bumi pada paksinya. Kejadian empat musim yang dinyatakan adalah musim panas, musim sejuk, musim bunga dan musim luruh. Rajah di bawah menunjukkan kitaran empat musim.

Berdasarkan kepada rajah di atas dapat dilihat bahawa terdapat empat perubahan musim iaitu ekuinoks musim bunga (21 Mac), solstis musim panas (21 Jun), Ekuinoks Musim luruh(23 September) dan Soltis musim sejuk(22 Disember). Antara 21 atau 22 Jun, pada hemisfera utara berlaku soltis musim panas. Pada ketika ini matahari berada tegak di Garisan Sartan iaitu pada latitude 23.5 darjah Utara. Manakala soltis musim sejuk pula berlaku di hemisfera selatan bumi, di mana bahagian selatan menjauhi matahari. Oleh itu, bahagian selatan ini menjadi sejuk kerana kedudukan matahari adalah lebih rendah di ufuk bermakna semakin jauh. Siang hari adalah lebih panjang di hemisfera utara daripada malam hari. Di hemisfera selatan pula, malam adalah lebih panjang daripada siang hari. Setelah bumi beredar mengelilingi matahari sehingga tiba pada 21 atau 22 Disember, pada hemisfera utara bumi berlaku soltis musim sejuk di mana matahari berada tegak di garisan jadi pada altitut 23.5 darjah selatan. Oleh itu, matahari kelihatan lebih rendah di ufuk dan bahagian utara ini menjauhi matahari tetapi masih mendapat cahaya matahari Cuma lebih sejuk. Di hemisfera selatan pula pada ketika ini berlakunya soltis musim panas kerana matahari berada tegak di garisan sartan yang berada di bahagian hemisfera selatan dan matahari adalah lebih tinggi di ufuk. Siang hari adalah lebih panjang di hemisfera selatan daripada malam hari. Di hemisfera utara pula, malam adalah lebih panjang daripada siang hari. Semasa musim panas di hemisfera utara, matahari terbit di north east dan tenggelam di north west. Semasa musim sejuk pula, matahari terbit di south east dan terbenam di south west Cuma pada masa musim luruh atau musim bunga, matahari terbit betul-betul pada timur dan terbenam di barat. Apabila matahari terbit di north east , matahari adalah lebih tinggi di langit ke horizon barat. Musim panas adalah lebih panjang kerana matahari mesti melalui lebih banyak lintasan di langit sebelum terbenam. Semakin jauh matahari ke selatan, semakin rendah kedudukan matahari di langit dan hari adalah pendek. Pada hari yang panjang pada tahun tersebut, iaitu soltis musim panas, matahari mencecah altitude tertinggi di langit pada tengah hari iaitu sebanyak 73 darjah.

Pada masa tengah hari, matahari adalah di selatan dan melintasi meridian iaitu garisan bayangan yang membahagikan langit kepada timur dan barat. Setiap hari selepas soltis musim panas, altitude matahari pada tengah hari akan berkurangan sehingga mencecah altitude yang terendah iaitu soltis musim sejuk pada 26 darjah, hari yang paling singkat pada tahun tersebut. Ekuinoks musim Bunga dan musim luruh berlaku apabila matahari adalah betulbetul berada di garisan khatulistiwa iaitu pada 0 darjah bermakna matahari berada di khatulistiwa bumi. Pada ekuinoks, matahari akan berada pada ufuk 90 darjah zenith iaitu paling tinggi. Semasa ekuinoks ini, bilangan jam siang dan malam adalah sama seluruh dunia iaitu sebanyak 12 jam siang dan 12 jam malam. Di hemisfera utara, matahari mencapai ekuinoks musim bunga pada 20 atau 21 Mac , tetapi di hemisfera selatan pula telah menerima kedatangan ekuinoks musim luruh. Pada 22 atau 23 september, hemisfera selatan mengalami musim Bunga, tetapi hemisfera utara mengalami musim luruh. Berdasarkan penerangan di atas, dapat dilihat bahawa matahari seolah-olah bergerak ke 23.5 darjah utara atau 23.5 darjah selatan. Pergerakan di sepanjang laluan ekliptik ini turut menyumbang kepada perubahan musim-musim di tempat yang berbeza.

Garis lintasan matahari dari horizon pengamat adalah berbeza di sesuatu tempat sepanjang empat musim tersebut. Matahari tidak semestinya terbit di timur dan tenggelam di barat tetapi boleh juga berganjak sedikit daripada di timur atau di barat. Rajah di bawah menunjukkan lintasan matahari yang berbeza untuk musim-musim di bumi.

MUSIM SEJUK

Pada musim sejuk , kedudukan matahari adalah rendah di langit dan hari adalah paling singkat di dalam tahun tersebut. Jika dilihat, matahari ti dak terbit tepat di timur tetapi di north east dan tenggelam di north west pada sudut 26 darjah

MUSIM BUNGA DAN MUSIM LURUH


Matahari akan naik sedikit demi sedikit berganjak dari peralihan soltis musim sejuk ke peralihan musim bunga dan musim luruh. Pada waktu ini siang dan malam adalah sama di semua temapt di bumi. Jika dilihat garisan lintasan 4 matahari terbit tepat pada timur dan tenggelam di barat pada

MUSIM PANAS

Pada musim panas , kedudukan matahari adalah paling tinggi di langit dan hari adalah paling lama di dalam tahun tersebut. Jika dilihat, matahari ti dak terbit tepat di timur tetapi lebih di south east dan tenggelam di south west pada sudut 73 darjah.

Garisan lintasan matahari di langit bagi tiga tempat berbeza.

2. Terangkan perkaitan di antara pergerakkan matahari sepanjang hari dengan pergerakan bumi. Bumi beredar dan berputar pada paksinya mengelilingi matahari. Apabila matahari berputar daripada barat ke timur, bumi juga turut beredar mengelilingi matahari dari barat ke timur. Bumi mengambil masa 24 jam untuk melengkapkan putarannya untuk satu hari. Pergerakan ini menyebabkan kita dapat melihat matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat. Matahari seolaholah kelihatan seperti bergerak melintasi langit dari arah timur ke barat, tetapi sebenarnya putaran bumi yang menyebabkan kejadian ini berlaku. Matahari kelihatan seolah-olah telah bergerak dari timur ke barat kerana putaran bumi adalah daripada arah bertentangan iaitu barat ke timur. Kedudukan matahari terbit dan terbenam tidak semestinya tepat pada sebelah timur dan pada sebelah barat. Adakalanya kedudukan matahari terbit adalah lebih kepada sebelah south east dan tenggelam di utara barat south west seperti yang berlaku semasa musim panas apabila bumi berputar dan beredar mengelilingi matahari. Akibatnya, siang adalah lebih panjang dan malam adalah lebih singkat kerana kedudukan mataharinya yang lebih tinggi. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan matahari terbenam pada southeast dan tenggelam southwest.

Adakalanya kedudukan matahari terbit adalah lebih kepada sebelah north east dan tenggelam di north west seperti yang berlaku semasa musim sejuk apabila bumi berputar dan beredar mengelilingi matahari. Akibatnya, siang adalah lebih singkat dan malam adalah kerana kedudukan yang bawah menunjukkan kedudukan terbenam northeast dan tenggelam northwest. matahari pada lebih latitudnya. matahari rendah Rajah di lebih panjang

You might also like