You are on page 1of 19

PENGENALAN

Gear adalah satu bahagian mesin yang berputar mempunyai gigi potong atau gigi-gigi roda yang berhubung dengan satu bahagian bergigi berfungsi untuk menghantar daya kilas. Dua atau lebih gabungan gear dekenali sebagai transmisi dan boleh menghasilkan kelebihan mekanik melalui satu nisbah gear dan ia boleh dianggap sebagai mesin ringkas. Peranti gear boleh mengubah kelajuan, magnitud, dan arah satu punca kuasa. Kebiasaannya gear bercantum dengan gear yang lain, bagaimana pun satu gear juga boleh menghubungkan dengan bahagian bergigi yang tidak berputar, dikenali sebagai rak yang menghasilkan pergerakkan linear berbanding putaran.

Spesifikasi Gearbox

TAIYO REDUCER COMPANY Model : WPA Type : 80 RATIO : 60 SINO : 9912

Langkah-langkah Keselamatan
Berikut adalah langkah-langkah keselamatan seperti yang diterangkan di bawah:-

Jangan bergurau semasa melakukan kerja. Pastikan kawasan tempat kerja bersih sebelum dan selepas melakukan kerja tersebut. Pastikan mesin diOFFkan dahulu sebelum melakukan kerja-kerja senggaraan. Pastikan penggunaan peralatan dengan betul dan cermat. Semasa mesin diONkan pastikan tiada peralatan tangan pada kotak gear dan elakkan dari menyentuh gigi-gigi gear bagi mengelakkan kecederaan. Bersihkan dahulu peralatan yang telah digunakan sebelum menyimpannya. Sekiranya ada sebarang masalah tentang mesin tersebut haruslah minta pertolongan daripada pengajar.

MAINTENANCE & INSPECTION


-Ia adalah sangat penting untuk memeriksa secara harian, bulanan dan tahunan untuk mengekalkan tempoh ketahanan gear box supaya tahan lebih lama.

1) Pemeriksaan Sebelum Operasi (pemeriksaan mingguan)


I. Checkpoint sebelum operasi a) Adakah minyak gearbox sentiasa mencukupi? b) Adakah cover gearbox di ikat dengan ketat? c) Adakah selak kesalamatan dilampirkan dengan elok? d) Adakah gear berfungsi dengan baik? e) Adakah gearbox berbunyi bising?

2) Pemeriksaan Berkala
a) Pemeriksaan bulanan (sekali sebulan, dengan kehadiran pengurus) b) Pemeriksaan tahunan (sekali dalam setahun, dengan kehadiran pengurus dan orang terlatih)

Langkah-langkah Kerja Membuka Gear Box


Gambar Penerangan

- Berikut adalah gambar sebuah gearbox yang


perlu di servis.

- Membuka penutup minyak untuk mengeluarkan minyak yang lama. - Pastikan minyak diletakkan didalam bekas yang tiada peralatan.

- Membuka cover gearbox mengunakan


allenkey yang betul. - Pastikan bolt allenkey diletakkan didalam bekas supaya tidak hilang.

- Ketuk cover menggunakkan pahat dengan


perlahan supaya senang di buka dan cover tidak rosak.

- Pastikan shaft dan gear dikeluarkan dengan


elok supaya gigi gear tidak rosak.

- Selepas semuanya sudah dibuka dan


komponen-komponan perlu diletakkan di dalam bekas dan pastikan tiada barang ditinggal kan.

- Kemudian, keluar kan gear dan bearing


menggunakan puller. - Pastikan gigi gear tidak rosak.

- Periksa bearing sama ada pecah ataupun


boleh diggunakkan lagi.

- Periksa gigi gear masih boleh digunakkan


atau tidak. - Pastikan gigi gear masih elok untuk digunakan. - Periksa gigi menggunakkan pillar gauge

- Cabut shaft daripada penutup gearbox.


- Pastikan shaft tidak bengkok semasa mengeluarkan shaft.

- Menggunakan minyak tanah dan thinner untuk membersihkan komponen-komponen daripada kekotoran.

- Mencuci komponen-komponen gearbox


menggunakan berus yang sesuai.

- Selepas siap dicuci, komponen-komponen


perlulah dilap menggunakan kain arca

- Apabila telah siap dilap, komponenkomponen haruslah dijemur supaya tiada chemical di komponen gearbox.

- Bearing haruslah digris supaya dapat


melancarkan pergerakan shaft.

- Letakkan gris dibahagian gear dalam gearbox


supaya gigi gear tidak berkarat.

- Memasukkan semula gear ke dalam batang


shaft.

- Selepas itu, ketuk gear menggunakan tukul


mallet.

- Kemudian, masukkan bearing ke dalam batang shaft. - Ketuk bearing menggunakan tukul mallet supaya tidak pecah.

- Sebelum memasukkan penutup kotak gear,


pastikan gasket sudah dilekatkan pada bahagian penutup kotak gear. - Masukkan penutup kotak gear ke dalam dengan betul.

- Ketuk penutup kotak gearbox menggunakan


mallet supaya rapat dan senang untuk di ikat dengan allenkay bolt.

- Ikat allenkay bolt dengan ketat supaya


minyak tidak bocor.

- Gambar telah siap di servis.

Senarai Peralatan Yang Digunakan Semasa Servis

Pemutar Skru Set Allen Key

Pillar Gauge

Tukul Mallet Pahat

STUKTUR GEAR
Kebanyakan gear mempunyai susuk gigi melengkung yang disebut lengkung involut. Ini membolehkan gear berputar dengan lebih licin. Bagi penentuan saiz gear, terdapat dua jenis iaitu gear metrik dinamakan modul dan saiz bagi gear emperial dinamakan pic garis pusat. Unit bagi mudul ialah millimeter. Formula bagi mendapatkan modul ialah garis pusat pic di bahagikan dengan jumlah gigi iaitu M=D/N. Jika modulnya besar, maka besarlah gigi gear walaupun masing-masing mempunyai garis pusat yang sama, saiz modulnya tetap tidak sama.

Susuk gigi gear-lengkung involut

Bahagian-bahagian gear

NOTA:

Untuk pemeriksaan kekuatan bunyi gear ONkan mesin terlebih dahulu dengan bantuan pelatih Pemesinan Am

Jenis jenis gear

1)Gear Taji
Gear taji mempunyai gigi yang lurus selari dengan paksinya. Dengan itu apabila gear taji bersirat dengan sendirinya,kedudukan aci bagi kedua-dua gear adalah selari.Gear ini merupakan dari jenis yang lazim digunakan dalam sesebuah mesin.

2)Gear Heliks
Gear heliks berbeza dengan gear taji dari segi giginya iaitu giginya dibuat berpintal mengikut sudut heliks tertentu. Bentuk gigi ini mempunyai beberapa kelebihan iaitu: a)lebih kuat kerana mempunyai gigi yang banyak. b)Putaran lebih licin terutama pada kelajuan yang tinggi.
c)Pelanggaran gigi hanya pada tahap yang paling rendah maka bunyi bising dan gegaran dapat di kurangkan.

3)Gear Serong
Gear serong berbentuk kon. Giginya berbentuk lurus atau pilin(spiral)dengan giginya dibuat melengkung kedalam. Kedudukan aci bagi gear ini bersilang pada paksinya biasanya ia bersudut tepat. Gear jenis ini sesuai digunakan untuk penghantaran kuasa pada bahagian penjuru.

4)Gear Belitan
Gear belitan hanya digunakan berpasangan dengan ulir belitan. Kedudukan aci untuk pasangan gear ini sentiasa bersudut tepat tidak memotong (intersect) antara satu sana lain. Giginya berbentuk heliks mengikut sudut heliks ulir belitan. Seperti ulir skru, ulir belitan juga mempunyai berbagai-bagai panca iaitu tunggal atau berbilang. Panca ulir menentukan nisbah kelajuan putaran gear seperti yang terjadi pada maju ulir.

5) Gear rak dan pinan


Pasangan gear ini terdiri daripada rak yang diperbuat pada sebatang bar lurus dan pinan pula sama seperti gear taji. Gear ini bersifat seperti di tunjukkan dalam gambar rajah dengan rak bergerak lurus apabila pinan berputar. Gear ini lazim digunakan dalam mekanisme stereng kereta.

6) Gear dalam
Pasangan ini pula terdiri daripada gear biasa dan gear yang giginya di sebelah dalam seperti gambar rajah. Disebabkan gear tersebut bersirat pada sebelah dalam, salah satu daripadanya diperbuat lebih besar. Kedudukan paksi selari dan putaran gearnya mengikut arah sama.

(a (b)

RANGKAIAN MUDAH

GEAR

RANGKAIAN GEAR BERGANDA

Rangkaian gear

1) Rajah menunjukkan rangkaian gear gabungan/rangkaian, yang besar dipanggil gear, manakala yang kecil dipanggil pinion. Lazimnya pinion akan memacu/ penggerak.

2) Rajah menunjukkan rangkaian gear mudah. Gear tengah (idler) hanyalah bertujuan untuk

menukar arah putaran dan sebagai memenuhi ruang. Rangkaian gear mudah mempunyai dua atau lebih gear dipasangkan kepada aci-aci yang berasingan.

3) Rajah menunjukkan rangkaian gear kompaun/ berganda, pada gear bersiri ini, dua gear di tengah di pasangkan kepada aci yang sama. Dua gear di tengah ini bukannya gear idler, tetapi ia adalah gear dipacu dan pemacu/ pengikut dan penggerak.

CHECKLIST COMPONENT GEARBOX


BAHAGIAN Cover Bearing Shaft Gear Gasket BAIK ROSAK/LONGGAR CATATAN


Tukar Baru

ASSEMBLY DIAGRAM

KESIMPULAN
Kesimpulannya dengan melakukan penyelenggaraan dan menservis didalam kerja gearbox, penyelenggaran yang dibuat dapat berjalan dengan baik, lancar dan lebih sistematik. Melalui penyelenggaraan yang dilakukan, progres keseluruhan dan keadaan gearbox dapat diketahui. Selain itu pekerja juga dapat memberi perhatian dan mempelajari kerja yang dibuat. Kesan kerja yang terburu-buru terhadap progres dan kerja-kerja yang boleh ditangguh atau pun lewat jika perlu dilihat. Semua pekerja yang terlibat dapat mengetahui status kerja tanpa perlu membuat pemeriksaan ditempat kerja, bagi pelajar pula. Mereka boleh melihat bagaiamana perjalanan sesuatu kerja penyelenggaran gearbox dilakukan. Pada masa yang sama mereka juga dapat mengenal lebih lanjut mengenai jenis jenis komponen gearbox. Oleh itu, sekurang-kurangnya pelajar dapat mempraktikannya ditampat kerja atau bngkel suatu hari nanti.

You might also like