P. 1
Pengenalan Bola Baling

Pengenalan Bola Baling

|Views: 10|Likes:
Published by Jay Fizu

More info:

Published by: Jay Fizu on May 23, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/21/2014

pdf

text

original

PENGENALAN Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah.

Permainan ini telah diubah suai daripada permainan-permainan asak seperti Czeska Hasenka di Denmark dan Korball serta Raffball di Jerman. Permainan-permainan ini pernah menjadi sukan yang popular di negara-negara Eropah pada suatu masa dahulu. Semasa perang Dunia Pertama, permainan ini membabitkan tujuh orang pemain sepasukan dan dikenali sebagai Torball. Pada tahun 1917, bilangan pemainan dalam permainan ini diubah menjadi 11 orang sepasukan dan dimainkan di padang bola sepak. Ia diperkenalkan di Jerman oleh Heizer dan permainan ini mula dikenali sebagai handball. Mengikut sejarawan Rusia, permainan ini (tujuh orang sepasukan) telah dimajukan oleh Edward Maly pada tahun 1909 di Kharkov. PERKEMBANGAN SUKAN BOLA BALING Peringkat Kebangsaan (Malaysia) Permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada sekumpulan guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu, dia bertugas sebagai Pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudian di Universiti Malaya. Seterusnya, satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dari unit Pendidikan Jasmani dan Sukan. Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1978. Sejak itu, kursus-kursus bola baling (aspek pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan) untuk guru-guru telah dijalankan untuk mempopularkan permainan ini di kalangan pelajar sekolah. Persekutuan Bola Baling Olimpik Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1984 dan menjadi ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia. Langkah ini telah memesatkan lagi perkembangan sukan ini ke seluruh negara. Sungguhpun permainan bola baling olimpik telah dipertandingkan di peringkat kebangsaan antara sekolah pada tahun 1979, buat kali pertamanya, hanya pada tahun 1987 sukan ini diterima sebagai salah satu permainan anjuran MSSM untuk peringkat kebangsaan. Pada tahun 1994, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Bola Baling antara Kelab-Kelab Negara Komanwel. Negara-negara yang mengambil bahagian terdiri daripada Bangladesh, England, India, Kenya, Nigeria, New Zealand dan Malaysia. Selain itu, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menghantar Encik Lam Fei Eng, seorang jurulatih untuk mengikuti kursus kejurulatihan antarabangsa di Universiti Leipzig, Jerman. Peringkat Sekolah dan Maktab Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus bola baling untuk melatih guru-guru dari semua negeri di Malaysia dalam aspek pengadilan dan kejurulatihan. Kursus pertama telah diadakan di Kompleks TUDM di Lumut, Perak pada tahun 1985 bagi melatih guru-guru yang berminat menjadi jurulatih dan pengadil permainan. Pada tahun 1986, satu lagi kursus untuk melatih guru-guru

GELANGGANG BOLA BALING DAN UKURAN PADANG/GELANGGANG (KAWASAN PERMAINAN) Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan go yang berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol. Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan. Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secara jelas dengan ukuran selebar 5 cm. Gelanggang yang digunakan boleh merupakan gelanggang berumput di padang terbuka atau gelanggang bersimen atau berparket di dalam dewan yang tertutup. 40 meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di garisan gol. Pada tahun 1986. Di peringkat maktab perguruan pula. sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan).5 meter. Berat dan lilitan bola untuk setiap kategori pemain adalah seperti berikut : 1. Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan gol ialah 4 meter. Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh satu garisan tengah. PERALATAN PERMAINAN PENGENALAN Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas) Bola saiz 3. permainan bola baling telah mula aktif dan dipertandingkan dalam Pestarama Maktab pada tahun 1985. Panjang garisan penalti ialah 1 meter dan berjarak 7 meter dari tengah garisan gol. Di dua garisan tepi. seramai 45 orang pensyarah maktab perguruan telah menghadiri satu kursus pengadilan dan kejurulatihan dalam usaha memperkenal dan mempopularkan permainan ini di kalangan penuntut maktab.yang ingin menjdi pengadil permainan telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Selangor di Kuala Lumpur. Peralatan yang diperlukan adalah tidak banyak. BOLA Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu keras. . Apa yang diperlukan ialah padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka). terdapat dua garisan pertukaran pemain dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah ialah 4. Gelanggang permainan berbentuk segiempat bujur. Garisan balingan percuma adalah putus-putus dan berjejari 9 meter dari tepi dalam tiang gol.

2. PEMAIN DAN PAKAIAN Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan terdiri daripada baju lengan pendek atau panjang. . No 1. Tiang gol terdiri daripada dua batang tiang tegak yang panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter. Pemain-pemain dibenarkan memakai jersi bernombor antara 1 orang hingga 20. Di peringkat antarabangsa. seluar pendek. Bola yang digunakan dalam sesuatu perlawanan tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Lilitan antara 58 cm hingga 60 cm. Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang perlu memakai warna pakaian yang berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya dan pemain pasukan lawan.Berat antara 425 g sehingga 475 g. Kedua-dua tiang ini disambungkan oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya 3. Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm 3. dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan disediakan bagi setiap perlawanan. 12 dan 16 dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk pemainpemain gelanggang. TIANG GOL Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28 cm. Setiap pasukan Bola Baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain. Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada pemain-pemain adalah tidak dibenarkan. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga 16 tahun) Bola saiz 2. Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm. Di bahagian lain tiang gol dan palang ialah 8 cm. Biasanya. Berat antara 290 g hingga 330 g. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga 12 tahun) Bola saiz 1. Berat antara 325 g hingga 375 g. hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan. stoking dan kasut biasa atau but.16 meter. iaitu 10 orang pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol.

2. 8. Dari keadaan bersedia.1. 6. Kelebihan cara ini ialah persediaan hantaran ini boleh mengelirukan pihak lawan. Menangkap bola 3. Tangan hendaklah ikut lajak di akhir tolakan. Hantaran ini biasanya dilakukan dengan sebelah tangan. Sesuai untuk hantaran jarak dekat di aras dada. Menjaring a) b) c) d) e) KEMAHIRAN PERTAMA : HANTARAN BOLA Dalam permainan Bola Baling terdapat beberapa cara penghantaran bola yang sama dengan cara-cara yang digunakan dalam permainan bola keranjang dan bola jaring. Jenis hantaran yang biasa digunakan adalah seperti berikut : Hantaran bahu Hantaran lantun Hantaran aras dada Hantaran lompat Hantaran sisi HANTARAN BAHU Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh pemain dalam permainan Bola Baling. pemain boleh terus mengelecek. menjaring. cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh. saya akan menerangkan hanya 3 sahaja kemahiran asas dalam Bola Baling dan prinsip sains yang berkaitan dengan kemahiran tersebut. Pergerakan bola itu adalah hasil tolakan dari jari-jari tangan. Biasanya. 3. . Kelemahannya adalah bola itu dapat disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas pantas. menukar hala hantaran atau memusingkan badannya. Hantaran bola 2. HANTARAN ARAS DADA Berasal daripada kemahiran yang sama dalam permainan bola keranjang. 7. KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING Berlari Melompat Hantaran bola Menyambut bola Mengelecek bola dengan tangan Mengadang Menjaring Menjaga gol Di dalam kerja kursus ini. HANTARAN LANTUN Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut. 5. 3 kemahiran asas tersebut ialah : 1. 4.

Beban/rintangan – sebarang objek yang digerakkan atau anggota-anggota badan itu sendiri. Biasanya apabila seorang penyerang melompat untuk menjaring tidak berpeluang membuat demikian.HANTARAN LOMPAT Ini adalah satu lagi gerak keliru yang berasal dari permainan bola keranjang. 2. Hal ini disebabkan salah satu fungsi tuas yang berikut: Ia membolehkan rintangan yang lebih besar dari kuasa yang diaplikasikan diatasi. Konsep – konsep Penting dalam Sistem Tuas Daya – usaha di mana otot menghasilkan daya. ia akan membuat hantaran terus kepada kawannya supaya bola tidak terlepas kepada pihak lawan. Hantaran cara ini banyak melibatkan pergerakan pergelangan tangan dan memang sesuai bagi pemain yang mempunyai tapak tangan yang besar. a) b) 1. HANTARAN SISI Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat hantaran jarak dekat dan pantas. prinsip sains yang berkaitan ialah sistem tuas. Untuk menambahkan kelajuan sesuatu halangan atau rintangan yang bergerak atau menambahkan jarak pergerakan sesuatu rintangan. PRINSIP ASAS HANTARAN BOLA Keberkesanan sesuatu hantaran bola oleh seorang pemain bola dilihat dari sejauh mana hantaran itu memenuhi prinsip-prinsip asas yang berikut: Suai-masa (timing) – bilakah bola patut dilepaskan? Ketepatan – adakah bola ditujukan kepada sasarannya? Arah – ke manakah bola dihantar supaya permainan menjadi positif? Kekuatan – sekuat manakah boal patut dibaling dalam situasi yang dihadapi oleh pemain supaya sesuai dengan jarak dan kedudukan pemain yang menerima bola? a) b) c) d) PRINSIP SAINS DALAM HANTARAN Dalam kemahiran hantaran. Kemahiran hantaran bola berkait rapat dengan sistem tuas kelas ketiga. . Tuas tubuh badan adalah penting untuk menghasilkan pergerakan yang berkesan terutama ketika membuat hantaran di dalam permainan Bola Baling. Tuas ialah suatu struktur yang teguh yang diengselkan pada satu titik dan daya diaplikasikan kepada kedua-dua titik lain (Hay.1985). Pemain tidak perlu memusingkan badannya untuk menghadap ke arah penerima hantarannya apabila hantaran sisi dilakukan.

Ibu jari berfungsi sebagai penahan bola. Kesimpulannya. bola hendaklah dirapatkan ke dada dalam kedudukan yang selamat. Tangan dan jari hendaklah dalam kedudukan terbuka semasa membuat tangkapan. 1. lengan menjadi daya kepada bola tersebut untuk bergerak manakala siku sebagai fulkrum atau sendi yang berfungsi untuk menggerakkan bola tersebut. seorang pemain mestilah memberikan perhatian pada faktor-faktor berikut: Penglihatan pemain hendaklah fokus pada bola dan penghantarnya. memegangnya dengan baik dan terus mengawalnya dengan menggunakan kedua-dua belah tangan yang berkedudukan relaks. mematikan kelajuan bola. hantaran rendah dan hantaran sisi sama ada dalam kedudukan bergerak atau statik. b) Lengan beban (LB) yang lebih panjang membolehkan kelajuan yang lebih dihasilkan. Kedudukan sebelah kaki hendaklah ke depan dan harus berjarak seluas bahu dengan kaki belakang.3. jika lengan mengenakan daya yang kuat ke atas bola tersebut maka bola itu akan bergerak dalam kelajuan yang tinggi dan menyebabkan hantaran bola itu berlaku dengan cepat. 4. Bola yang diterima berada di atas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka dan jari-jari menunjuk ke atas dengan ibu jari membentuk W di belakang bola. Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan situasi permainan. Lengan daya dan lengan beban. 3. lalu lutut membengkok dan tangan terbalik. satu kaki dikeluarkan ke depan. 5. Oleh itu. pemain hendaklah berada dalam kedudukan seimbang. 2. . sistem tuas membolehkan pemain membuat hantaran menggunakan daya yang terdapat di lengannya. Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan dengan paling penting ialah setiap tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis hantaran yang dibuat oleh rakan. Untuk menangkap bola terlalu rendah. Apabila bola berada di tapak tangan pemain. 7. Bagaimanapun. 6. tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya pada jari. Kedua-dua belah tangan direnggangkan dan dihulurkan ke arah bola. Sepanjang pergerakan untuk menangkap bola. Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai hantaran seperti hantaran tinggi. Setelah berjaya ditangkap. Paksi/fulkrum – sendi 4. tangkapan yang tepat dan betul bermula daripada lontaran atau hantaran yang tepat atau sempurna. Untuk bola yang berada di bawah pinggang. KEMAHIRAN KEDUA : MENANGKAP BOLA Prinsip utama dalam menangkap bola ialah mengawal. a) Lengan daya (LD) yang lebih panjang membolehkan beban yang lebih diangkat.

keseluruhan tapak tangan yang menangkap bola hendaklah berada di belakang bola. Genggaman yang tidak kemas. Jari-jari menghala ke bawah semasa menangkap bola. Menangkap bola tinggi Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk menangkap bola hantaran tinggi. Sebaik sahaja ditangkap bola hendaklah dibawa dekat badan untuk kawalan yang lebih baik. Sebaik sahaja mendarat. bola hendaklah dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawalnya dengan lebih kemas. 1. Pemain . 2. pemain seboleh-bolehnya hendaklah berada di belakang hala pergerakan bola itu. MEMEGANG BOLA Selepas menangkap bola. Kedua-dua belah tangan dihulur secara lurus ke hadapan untuk menangkap bola. 5. Tangkapan yang salah dan tidak mengikut situasi permainan. 3. 4.CARA MENANGKAP BOLA 1. Faktor yang sangat penting dalam situasi ini adalah lompatan hendaklah dibuat pada masa yang tepat. 2. Menangkap bola dengan sebelah tangan Cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi apabila penerima bola tidak menghadapi tekanan atau gangguan daripada pihak lawan semasa hantaran dibuat. Tangan yang dihulurkan ke depan berada terlalu rendah dan tidak pula berada terlalu jauh di belakang. 3. KESALAHAN-KESALAHAN MENANGKAP BOLA Memegang bola menggunakan jari dan tidak menggunakan tapak tangan. Penerima hendaklah memerhatikan bola sehingga dapat ditangkapnya. Dengan kedua-dua belah tangan – bola aras muka Apabila hendak menangkap bola setinggi aras muka. Dalam masa yang singkat ini. Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas untuk menangkap bola. pemain menguasai bola sepenuhnya. Dengan kedua-dua belah tangan – bola rendah Untuk menangkap bola rendah pemain perlu merendahkan badannya dan keduadua belah tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju kepadanya. Untuk kawalan bola yang kemas. 4. pemain dibenarkan memegangnya tidak lebih daripada 3 saat sebelum menghantarnya kepada rakan atau terus membuat jaringan gol. Tidak menggunakan pergelangan tangan.

Pegangan ini hendaklah sekejap mungkin agar tidak mengganggu pergerakan bola serta memberikan masa dan kesempatan kepada pemain pertahanan pasukan lawan mengatur pertahanannya atau mematah serangan. Jika bergerak. Apabila bola dirapatkan ke dada. Pegangan yang kukuh ini adalah penting bagi membolehkan pemain melakukan gerakan yang seterusnya. Inersia ialah suatu objek yang tidak bergerak akan berada di dalam keadaan itu kecuali diganggu oleh daya luar. Dianggarkan purata jumlah gol yang mampu dijaringkan dalam sesuatu permainan bola baling ialah 40 gol. 3. kemungkinan bola terlepas daripada pegangannya. PRINSIP SAINS DALAM MENANGKAP BOLA Dalam kemahiran menangkap bola. namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada pada pemain barisan belakang yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol. 2. ia dipegang erat oleh jari-jari yang dibuka dan mengarah ke depan.perlu memegang bola dengan kedua-dua belah tangannya kerana jika sebelah tangan digunakan. KEMAHIRAN KETIGA : MENJARING BOLA Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. ia akan bergerak terus dalam arah yang sama dan dalam garisan lurus melainkan jika diganggu oleh daya luar. Sedikit daya diperlukan untuk mengekalkan kelajuan dan arah (momentum) objek yang sedang bergerak. Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh semua pemain kecuali penjaga gol. Hal in juga dapat mengelakkan berlakunya kecederaan terhadap pemain ketika bola ditangkap. Sudah tentu pemain dan penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya dihasilkan. Otot – otot besar menghasilkan daya lebih berbanding dengan otot – otot kecil. prinsip sains yang berkaitan ialah Hukum pertama Newton iaitu Humum Inersia. Maka. memegang bola hendaklah menggunakan kedua-dua belah tangan dan berkedudukan pada aras dada. Manakala pemain-pemain lain lebih bertanggungjawab dalam mengatur dan . terutamanya jika hasil gol itu dianggap menarik. Umumnya. tangan dihulur keluar ketika menangkap bola dan tangan ditarik ke dada bagi menyerap inersia yang terdapat pada bola tersebut. Konsep – konsep Penting dalam Inersia 1. Perkara ini dilakukan supaya tangkapan bola itu menjadi kemas dan bola tidak mudah terlepas apabila bola berada di tangan pemain. bola baling merupakan permainan yang banyak menghasilkan gol. Daya yang lebih perlu untuk menghentikan objek yang berat dan bergerak cepat (menyerap momentum) Dalam kemahiran menangkap bola.

4. Jaringan dari Bawah Lengan Umumnya. terdapat beberapa prinsip utama dalam kemahiran menjaringkan gol dalam permainan bola baling. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok. serta mudah pula untuk mendapatkan gol. Pemain mengikut lajak. 5. Kekuatan. kelajuan ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama yang perlu ada pada pemain bola baling. Antaranya ialah: Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain. Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu. Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak dilaksanakan. Pemain cekap menilai ruang kosong dan kedudukan penjaga gol. Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah: Pemain bergerak satu langkah ke depan. bijak memintas. 1. Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola diluruskan ke atas kepala dan membalingnya kuat ke arah sasaran. 3. tahan lasak dan tidak mudah berputus asa. 6. Pemain-pemain juga diharapkan mempunyai ketangkasan pemikiran dan tindakan. jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. JENIS JARINGAN Jaringan dari Atas Kepala Jaringan dari atas kepala ialah jaringan yang biasa dan mudah dilakukan. Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang kepala pada aras bahu. Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Bola selalunya diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan.melaksanakan taktik dan strategi permainan agar bola dapat disampaikan kepada barisan belakang yang akan menjaringkan bola. Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti berikut: 1. 2. 1. 5. ia boleh dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan tinggi. 2. Kaki kanan dibengkokkan sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu. Namun. 4. Kadang-kadang. 3. PRINSIP – PRINSIP UTAMA Umumnya. terutamanya mereka yang ditugaskan mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemain-pemain baru. bijak merebut peluang. . Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan kedudukan bergerak atau berlari. Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh permainan. pertahanan tinggi kurang memberikan perhatian pada kawalan atau pertahanan rendah. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat hantaran.

Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan. ia memerlukan latihan yang lama. memegangnya pada kedudukan aras paha. Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam gol di celah-celah kaki penjaga gol. Jaringan Lompat Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak. ia merupakan jaringan yang berbahaya. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah ke depan dan seterusnya bola dilontar dengan kuat ke sasaran. Jaringan pada Aras Paha Jaringan ini agak berkesan dalam menghasilkan gol. . Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas secara memusingkan bahu dan lengannya. Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan. Kelebihan-kelebihan yang ada pada jaringan lompat adalah seperti berikut: Dari mula bergerak hingga membuat lompatan. Namun. Biasanya. 1. Walaupun ia agak sukar dilakukan. 4.2. 4. Dengan pantas. pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala. 2. Jaringan ini sering dilakukan selepas serangan pantas. terutamanya bagi pemain-pemain baru. Ketika ini pemain memegang bola dengan kedua-dua belah tangan. 3. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan. Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut: Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. penjaring yang membuat lompatan sendiri boleh mengelirukan penjaga gol. Gerakan dalam jaringan ini amat pantas. Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan. Arah tujuan bola daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol atau pemain pertahanan. 3. namun jika sudah mahir. pemain ini membuat jaringan yang ditujukan ke sebarang bahagian di bawah palang pintu gol pihak lawan. jaringan daripada lompatan dibuat apabila posisi bola berada di puncak lompatan. Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol. dan dengan serta-merta terus membuat jaringan. 3. Di luar garisan gol. tetapi perkara yang terpenting ialah dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak tiga langkah ke depan sebelum membuat jaringan. 2. 1. maka mereka sudah tentu mempunyai kelebihan psikologi dan peluang. Pemain yang menerima bola. Cara jaringannya ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold an membengkokkan lututnya sehingga bola berada di bawah lengan lawan. banyak gol diperoleh daripada jaringan ini.

Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau menggulingkan tangan. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan balingan percuma. 3. pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan bahunya. jaringan junam jika dilakukan dengan baik. Apabila mendarat di sisi. membawa bola lebih rendah lalu membuat jaringan di bawah lengan pemain lawan. 3. hasilnya amat menarik. dia akan mengangkat kaki kanannya. pemain membuat jaringan ke sasaran. Secara tiba-tiba . 4. Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan. 2. menggerakkan badannya ke kiri dan berdiri pada kaki kiri. . Pemain melakukannya mengikut lajak. Dengan menggunakan kaki kiri. Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara mengejut. Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut: Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain yang mengawal. 1. Pandangan hendaklah fokus pada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal dilakukan. pemain menggunakan teknik membuat jaringan melambung untuk menjaring. Pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan. Semasa melonjak. iaitu: 1. Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain baru. Jaringan dari arah kedua-dua tepi kawasan memerlukan pemain membengkokkan badan supaya dapat membesarkan lagi sudut jaringan. 2. Jaringan ini terhad mengikut undangundang penting. 4. Teknik melakukan jaringan junam adalah seperti berikut: Pemain berada di luar garisan kawasan gol. iaitu jaringan dibuat semasa berada di udara sebelum mendarat. terdapat 3 situasi berlakunya keadaan begini. Umumnya. Jaringan Lambung Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah bergerak ke depan golnya. pemain melonjakkan badannya ke udara menuju ke kawasan gol. Jaringan Penalti Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel. khasnya pada aksi dan gerakannya.Jaringan Sisi Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan pertahanan lawan. Jika penjaga gol ke depan. iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan balingan.

PRINSIP SAINS DALAM KEMAHIRAN MENJARING Dalam kemahiran menjaring Bola Baling. 2. Ketika membuat jaringan. daya akan diaplikasikan ke atas kaki dan . Jaringan Voli Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat. 3. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang memperoleh bola untuk membuat jaringan. terdapat dua prinsip sains yang terlibat. kaki akan bergerak 3 langkah ke hadapan untuk memberikan lajak kerana pada ketika ini. Prinsip sains yang pertama ialah sistem tuas manakala prinsip sains yang kedua ialah daya. tangan dihayun tinggi ke udara untuk dilepaskan ke kawasan gol. Semasa hal ini terjadi. 2. Semasa melompat. tuas dan daya memainkan peranan penting kerana salah satu fungsi tuas dan daya adalah untuk menambah kelajuan sesuatu beban atau halangan atau menambahkan jarak pergerakan sesuatu rintangan. Lengan memberikan daya yang kuat ke atas bola supaya bola dapat ditujukan tepat ke sasaran. 2. pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.1. Penerangan tentang Prinsip Sains yang terlibat: 1. Sistem tuas diaplikasikan ketika tangan dihayun ke udara untuk menjaring manakala daya diaplikasikan ketika kaki membuat lajak dan melompat ketika hendak membuat jaringan bola. 3. Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran. Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti berikut: 1. siku sebagai fulkrum dan lengan sebagai daya yang akan dikenakan ke atas bola. Ketika membuat jaringan. Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan sudut pemain lawan daripada lontaran penalti. Semasa hendak menjaringkan bola. Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan ketika terjadi serangan pantas. sistem tuas kelas ketiga diaplikasikan di mana bola sebagai beban.

LATIHAN ANSUR MAJU Jaringan Lompat Berlari dan melonjak atas sebelah kaki. Ikut lajak merujuk kepada unjuran pergerakan yang telah dimulakan. Tangan kanan (bengkok sedikit) dihayun ke hadapan dari belakang bahu. Latihan membaling bola ke sasaran (tanda di dinding) melalui gelung. Ikut lajak memastikan daya menggerakkan tubuh badan digunakan dengan sepenuhnya. Latihan menjaring dengan tentangan aktif (seorang menjaga gol). bola sofbol. maka daya yang diberi kepada objek adalah kurang. (b) dan (c) dengan memegang bola tanpa melemparkannya. Kelajuan terakhir objek berkadar terus kepada jumlah masa daya diaplikasikan. . ikut lajak memastikan pelepasan objek berlaku bersama dengan pergerakan momentum maksimum tangan. Jaringan – jaringan Lain Latihan membaling pundi kacang. Ikut lajak penting dalam kemahiran menjaring. Jika ikut lajak tidak dilakukan. Latihan dengan tentangan pasif oleh seorang pengawal (latihan ini memerlukan 3 orang). Semasa permainan 7 orang bermain dan 5 orang sebagai pemain simpanan. Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. melonjak dan mengangkat sebelah tangan ke atas (jika kaki kiri melonjak. Latihan berpasangan – berlari. bola baling antara 2 orang. Pendeknya. melonjak dan melempar bola kepada kawan di hadapan. Permainan diadili oleh 2 pengadil. Latihan melempar bola ke pintu gol (cara berdiri) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara bergerak 3 langkah) Ulang latihan (c) dan (d) dengan tentangan penjaga gol. Berlari. a) b) c) d) e) f) g) a) b) c) d) e) 10 PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING 1.memberikan daya yang kuat supaya bola dapat bergerak dengan lebih cepat ke arah sasaran dengan tepat. angkat tangan kanan) Seperti latihan (b) sambil melonjak bahu kiri menghala ke sasaran (gol). 2. Penggantian pemain boleh dilakukan bila – bila masa dalam permainan. Ulang latihan (a).

 Melantunkan bola berterusan dari satu tempat ke tempat lain dalam kawasan permainan yang ditetapkan. 8. kepala. Peralatan yang diperlukan ialah padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka). menjaring dan menjaga gol. pihak lawan hendaklah sekurang – kurangnya 3 meter dari pembaling. 6. menangkap. 9. Apabila penjaga gol keluar kawasan golnya dia akan dianggap sebagai seorang pemain padang. Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak lawan jika seorang pemain itu menghantar bola kepada penjaga golnya yang berada dalam kawasan gol. Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan. balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan. Jika bola keluar garisan tepi permainandisambung semula dengan satu balingan ke dalam oleh pasukan yang tidak mengeluarkan bola itu.3. melontar atau memukul bola dengan apa cara pun dengan tangan. prinsip sains yang diaplikasikan dalam kemahiran menjaring ialah sistem tuas dan daya. menangkap bola. lengan. mengadang. Pemain-pemain kecuali penjaga gol. 7. Seorang pemain dibenarkan:  Menahan. prinsip sains yang diaplikasikan ialah Hukum Newton Pertama iaitu Inersia. sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Selain itu. prinsip sains yang diaplikasikan ialah sistem tuas di mana bola sebagai beban. REFLEKSI Bola Baling merupakan salah satu permainan padang yang terdapat di Malaysia ini. Mengikut sejarahnya. 4. membaling. mengelecek bola dengan tangan. . Semasa balingan percuma. Peralatan yang diperlukan dalam Bola baling adalah tidak banyak.  Memegang bola untuk selama 3 saat sebelum membuat balingan atau hantaran. Cara penangkapan bola mestilah betul untuk mengurangkan inersia bola bagi mengelakkan kecederaan berlaku. Sistem tuas diaplikasikan ketika bola dihayunkan oleh tangan manakala daya diaplikasikan ketika kaki mengikut lajak yang diperlukan untuk memberikan daya yang kuat. Sebagai contoh. Bola Baling (handball berasal daripada Eropah. Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang memilih untuk membuat permulaan. Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. melompat. lengan sebagai daya dan siku sebagai fulkrum. Balingan dibuat di garisan tengah. Dalam kemahiran menangkap bola. Gol boleh dijaringkan dari mana-mana balingan. Kemahiran asas yang terdapat dalam Bola Baling ialah berlari. Setiap kemahiran asas ini mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan ke dalamnya. 10. dalam kemahiran hantaran bola. 5. paha atau lututnya. hantaran bola. tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan gol.

Bhd.com . 1. Team Handball Step To Success. Inc. Bhd. Fajar Bakti Sdn.edu.tutor. United States of America. Shah Alam. 2. Siri Sukan Popular Fajar Bakti: Bola Baling. Teng Boon Tong (1993). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan . Reita E. BIBLIOGRAFI BUKU RUJUKAN Lee Chin Choy (2006). 4. Fizik Tingkatan 4. Wee Eng Hoe (2000). 1. Petaling Jaya. Bhd. 3.wikipedia. Shah Alam. Clanton (1997).Setiap kemahiran mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan supaya kemahiran tersebut dapat dipertingkatkan lagi dan bagi mengelakkan kecederaan berlaku kepada pemain. Poh Liong Yong (2003). Bhd. Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Edisi Kedua.com http://www. Human Kinetics. 5. Cheras. Longman Malaysia Sdn. Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. LAMAN WEB http://www. 2. Fajar Bakti Sdn.

Pemain hendaklah memastikan jari kedua-dua belah tangnnya sentiasa terbuka bagi memudahkan mengawal bola. 2. seseorang pemain mestilah memberikan perhatian pada faktor-faktor berikut: 1. Pemain juga hendaklah dalam kedudukan relaks selepas bola berada pada tangannya. Kedua-dua tangan hendaklah digunakan oleh setiap pemain semasa membuat tangkapan ini. Penglihatan pemain dan penerima hendaklah fokus pada bola. Ini dilakukan sebaik sahaja bola ditangkap. seperti membuat hantaran. Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan situasi permainan. sebaik-baiknya dengan meletak sebelah kakinya ke hadapan dan berjarak seluas bahu dengan kaki belakangnya. tangkapan yang tepat dan betul bermula daripada lontaran atau hantaran yang tepat dan sempurna. Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan oleh pemain. Prinsip utama dalam melakukan tangkapan dengan berkesan ialah dengan memerhatikan kelajuan bola. Pemain hendaklah memastikan kedudukannya seimbang.Kemahiran Menangkap Keupayaan pemain bola baling menangkap setiap bola hantaran rakannya dengan selesa dan selamat merupakan kemahiran asas dalam permainan ini. Keupayaan membuat tangkapan amat bergantung kepada jenis dan cara hantaran yang diterimannya. Pemain membawa bola rapat ke dada dalam kedudukan yang selamat. manakala ibu jarinya adalah tetap untuk menahan bola yang ditangkap. Bagaimanapun. 6. 5. melakukan tangkapan yang selamat dan mengawal bola yang baik selepas bola ditangkap. Pemain yang akan menerima tangkapan hendaklah merenggangkan kedua-dua belah tangannya dan dihulur ke hadapan dalam kedudukan bersedia untuk menerima hantaran. . 4. Pemain beralih kepada kedudukan yang seimbang dan selesa untuk melakukan tindakan seterusnya. Kemahiran menangkap bola bersama-sama membuat hantaran merupakan asas yang perlu dimiliki oleh setiap pemain bola baling. Perkara paling penting ialah setiap tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis hantaran yang dibuat oleh rakan. 3. membuat jaringan atau pergerakan lain. mennggelecek.

2. Sebagai pemain. Gangguan dalam corak atau langkah. Selain daripada dapat mengurangkan kemungkinan kecederaan pada jari. lalu lutut membengkok dan tangan terbalik. tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya pada jari. Tidak menggunakan pergelangan tangan. Satu perkara paling sukar untuk pemain-pemain baru ialah keberkesanan mengawal bola sebaik-baik ia tiba di tangan pemain yang membuat tangkapan. Genggaman yang tidak kemas. Pemain hendaklah mampu menerima sebanrang jenis hantaran daripada rakan umpamanya hantaran yang liar meninggi. Untuk menangkap bola terlalu rendah. . satu kaki dikeluarkan ke depan. Tangan yang dihulurkan ke depan berada terlalu rendah dan tidak pula berada terlalu jauh di belakang. 8. Menggunakan hantaran dan tangkapan yang salah dan tidak mengikut situasi permainan. tangkapan bola yang betul dapat mengawal dan mengekalkan penguasaan bola untuk diri pemain dan pasukannya. Menghantar bola terlalu tinggi. Untuk bola yang berada di bawah pinggang. 7. Bola yang diterima berada diatas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka dan jari-jari menunjuk ke atas dengan ibu jari berbentuk ‘w’ di belakang bola. 5. kemahiran menghantar dan menangkap menjadi asas penting yang harus dimiliki oleh setiap pemain. 4.7. hantaran rendah dan hantaran sisi sama ada dalam kedudukan bergerak atau statik. Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai hantaran seperti hantaran tinggi. anda perlu berlatih dengan betul kerana dalam permainan bola baling. Tersalah kaki ke depan semasa membuat hantaran. Semua prinsip dalam tangkapan merupakan asas yang perlu diketahui oleh semua pemain sama ada mereka yang baru mempelajari permainan ini mahupun mereka yang sudah lama bermain. keras dan deras. 6. 3. ke sisi dan dalam keadaan statik atau bergerak . dan pada kelajuan yang berbeza-beza. Kesalahan-kesalahan semasa menangkap dan menghantar bola 1. rendah. 8. Memegang bola menggunakan jari dan tidak menggunakan tapak tangan.

pemain boleh menangkap bola itu sambil mengundurkan tangan. Dengan cara ini. kesan ke atas objek itu boleh mengubah saiz. bentuk. Ini adalah kesan daya. kita dapat melihat halaju pergerakan bola itu perlahan dan seterusnya berhenti. Selain menggunakan sarung tangan. bola yang bergerak dengan cepat perlu ditangkap oleh pemain. Mengurangkan kesan daya impuls Dalam permainan bola baling. Tetapi apabila tangan pemain menahan pergerakan bola itu (daya luar). masa untuk memberhentikan bola dipanjangkan dan daya impuls akan dikurangkan. daya impuls yang dikenakan ke atas tangan adalah sangat besar dan menyakitkan tangan pemain. halaju dan arah gerakan objek itu. Apabila sesuatu daya bertindak ke atas sesuatu objek. . Jika bola itu dihentikan dengan cepat. Daya itu tidak dapat dirasa dan dilihat.Kesan daya dan impuls Daya tidak dapat dilihat atau dirasa. Apa yang dapat diperhatikan ialah kesan daya. Dalam kemahiran menangkap. keadaan rehat. bola yang sedang bergerak dengan halaju seragam telah dikenakan daya untuk bergerak.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->