You are on page 1of 14

UNIT INFORMASI, UNIT KEBAJIKAN PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG

PANDUAN LENGKAP UNTUK MEMOHON


BIASISWA/PINJAMAN/ZAKAT

KANDUNGAN BAHAGIAN 1 JABATAN PERHUBUNGAN AWAM BAHAGIAN 2 MAJLIS AMANAH RAKYAT BAHAGIAN 3 PUSAT ZAKAT NEGERI BAHAGIAN 4 YAYASAN NEGERI

BAHAGIAN 1 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM


Tarikh permohonan dibuka: Sesi Pertama: 1 Februari Sesi Kedua: 1 Julai Tarikh permohonan ditutup: Sesi Pertama: 1 Mac Sesi Kedua: 1 Ogos Konsep pinjaman Cost-Sharing (JPA membiayai yuran pengajian sahaja) * Lain-lain kos seperti bayaran yuran pengajian yang melebihi daripada jumlah pinjaman, sara hidup, rawatan kesihatan, tambang perjalanan, alat tulis, buku dan kerugian pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri Jenis Pinjaman Pinjaman Khas Perubatan RM250,000.00 - Pinjaman ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang-bidang kritikal (bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi) - Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini boleh dikecualikan daripada membayar balik pinjaman tersebut sekiranya pelajar bersetuju mengikat kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selama 10 tahun selepas menamatkan pengajian dengan jayanya. Pinjaman Biasa RM200,000.00 - Pinjaman ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang-bidang keutamaan (Sains veterinar,Kejuruteraan,Senibina,Perakaunan) dan bidang-bidang lain (Ekonomi,Undang-undang,komunikasi,kewangan,perbankan) - Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini dikehendaki untuk membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman selepas menamatkan pengajian. Cara memohon Langkah 1 > Dibuat secara online di Portal JPA (www.jpa.gov.my) Langkah 2 > Penghantaran dokumen-dokumen sokongan secara pos ke alamat JPA selewat-lewatnya 10 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Pembangunan Modal Insan Aras 5, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 Putrajaya (u/p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan) Tel :03-8885 3436 / 3892 / Faks :03-8889 2172 / E-mail : pinjaman.yuran@jpa.gov.my

Syarat memohon Syarat Umum Warganegara Malaysia Berumur di bawah 25 tahun pada 1 Januari pada tahun semasa permohonan dibuat Belum mempunyai Ijazah Pertama Ibu/bapa/adik-beradik/pelajar bukan merupakan peminjam/penjamin tegar kepada mana-mana skim pinjaman/biasiswa kerajaan Ibu/bapa/adik-beradik/pelajar tidak mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman dan tidak disenaraihitamkan dalam mana-mana skim pinjaman kerajaan Ibu/bapa/adik-beradik/pelajar tidak pernah melanggar mana-mana kontrak biasiswa kerajaan Hanya seorang daripada ahli keluarga sahaja yang layak mendapat pinjaman pada satu-satu masa Permohonan ahli keluarga yang lain hanya akan dipertimbangkan selepas peminjam sebelumnya telah membuat bayaran balik pinjaman sekurang-kurangnya 6 bulan. Bagi program berkembar, pinjaman hanya diberikan untuk tempoh pengajian di luar negara sahaja Syarat Khusus Telah menyempurnakan pengajian tahun pertama di luar negara Tidak pernah gagal dalam mana-mana subjek pada tahun pertama Telah diterima masuk ke tahun dua pengajian di luar negara Mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00 atau setaraf bagi peperiksaan tahun pertama di luar negara Mengemukakan keputusan peperiksaan tahun pertama semasa permohonan dikemukakan ke JPA

Dokumen-dokumen yang diperlukan Slip pengesahan penerimaan online Salinan kad pengenalan pemohon,ibubapa/penjaga & adik beradik Salinan surat beranak pemohon,ibubapa/penjaga & adik beradik Salinan passport pemohon Salinan surat tawaran kemasukan ke university Surat menyatakan maklumat kos yuran pengajian sepanjang pengajian Salinan Sijil SPM/Sijil STPM/Matrikulasi/Diploma/A-Level Salinan NOC (Non-Objection Certificate) dari KPT Malaysia Salinan keputusan peperiksaan sekarang & tahun sebelumnya Salinan slip gaji/penyata pencen ibubapa/penjaga Salinan kad pencen ibubapa/penjaga Salinan borang EA (Swasta) dan boring EC (Kerajaan) ibubapa/penjaga yang terkini & 2 tahun sebelumnya Salinan bukti bagaimana pemohon boleh menanggung kos sara hidup dan lain-lain kos semasa mengikuti pengajian di luar negara. Cth: Salinan buku bank/lain lain

Tempoh proses permohonan Selama 40hari bekerja dari tarikh tutup permohonan & permohonan tidak lengkap tidak akan diproses. Keputusan permohonan Keputusan permohonan akan dimaklumkan secara online di portal JPA selepas tempoh memproses permohonan selesai.

BAHAGIAN 2 MAJLIS AMANAH RAKYAT


Tarikh permohonan dibuka: Tiada tarikh yang tetap. Kebiasaanya Julai/Ogos Tarikh permohonan ditutup: Tiada tarikh yang tetap. Kebiasaanya Ogos/Sept Konsep pinjaman Skim Pinjama Terbuka (SPT) merujuk kepada pembiayaan yuran pengajian sahaja. * Lain-lain kos seperti bayaran yuran pengajian yang melebihi daripada jumlah pinjaman, sara hidup, rawatan kesihatan, tambang perjalanan, alat tulis, buku dan kerugian pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri Cara memohon Langkah 1 > Dengan mengambil borang kuning pinjaman MARA di mana mana cawangan/ibupejabat MARA dalam negara. Langkah 2 > Menghantar borang kuning pinjaman MARA yang telah lengkap di isi beserta dokumen dokumen yang diperlukan pihak MARA. Langkah 3 > Hantar ke alamat berikut: Majlis Amanah Rakyat (MARA) Bahagian Penganjuran Pelajaran Tingkat 3, Ibupejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609, Kuala Lumpur. (u/p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan) Tel: 03-26915111 x 1110/1155 Faks: 03-26915854 Tempoh proses permohonan Selama 40hari bekerja dari tarikh tutup permohonan & permohonan tidak lengkap tidak akan diproses. Keputusan permohonan Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui pos. Kepada pemohon yang berjaya akan menerima surat tawaran pinjaman pelajaran MARA. Bagi pemohon yang tidak berjaya tidak akan menerima apa apa maklumbalas.

Syarat memohon Syarat Umum - Calon mestilah Melayu/ Bumiputera warganegara Malaysia - Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarikh balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin. - Mendapat pelepasan kontrak/penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain untuk pengajian sebelumnya. - Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji/perlepasan jawatan/kebenaran bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat. - Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah. - Pengajian sepenuh masa dalam dan luar negara. - Memenuhi syarat status sosio ekonomi keluarga seperti yang ditetapkan. - Umur yang ditetapkan bagi setiap program yang dipohon adalah:

Peringkat
Diploma Ijazah Sarjana PhD

Dalam Negara tidak melebihi 35 tahun tidak melebihi 40 tahun tidak melebihi 45 tahun tidak melebihi 45 tahun

Luar Negara 30 35 40

Dokumen-dokumen yang diperlukan Salinan kad pengenalan pemohon,ibubapa/penjaga & adik beradik Salinan surat beranak pemohon,ibubapa/penjaga & adik beradik Salinan passport pemohon Salinan surat tawaran kemasukan ke university Salinan pengesahan pengajian (tasdiq) Surat menyatakan maklumat kos yuran pengajian sepanjang pengajian Salinan Sijil SPM/Sijil STPM/Matrikulasi/Diploma/A-Level Salinan NOC (Non-Objection Certificate) dari KPT Malaysia Salinan keputusan peperiksaan sekarang & tahun sebelumnya Salinan slip gaji/penyata pencen ibubapa/penjaga Salinan kad pencen ibubapa/penjaga Salinan borang EA (Swasta) dan boring EC (Kerajaan) ibubapa/penjaga yang terkini & 2 tahun sebelumnya Salinan bukti bagaimana pemohon boleh menanggung kos sara hidup dan lain-lain kos semasa mengikuti pengajian di luar negara. Cth: Salinan buku bank/lain lain Karangan perihal diri dan kerjaya Sijil sijil ko-kurikulum

BAHAGIAN 3 PUSAT ZAKAT NEGERI


Untuk makluman ahli, tarikh buka & tutup permohonan serta cara permohonan boleh merujuk Badan Anak Negeri masing-masing atau pusat zakat mengikut negeri kelahiran ahli atau negeri ahli bermastautin sekarang.

1) ZAKAT PERAK
http://kpipm64.blogspot.com/ http://kpipm64.blogspot.com/2011/06/maklumat-terkini-berhubung-permohonan.html http://www.maiamp.gov.my/maiamp/maipk/index.php

2) ZAKAT KEDAH
http://www.mymkkk.org/v2/ http://www.zakatkedah.com/

3) ZAKAT PULAU PINANG


http://www.bkpppm.blogspot.com/ http://www.zakatpenang.com/

4) ZAKAT WILAYAH
http://www.maiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan/bantuan-zakat-maiwp.html http://www.maiwp.gov.my/phocadownload/AZ002-AKADEMIK.pdf

5)ZAKAT SELANGOR
http://www.bkasm.org/ http://www.e-zakat.com.my/

5) ZAKAT MELAKA
http://bkanmelaka.blogspot.com/ http://www.izakat.com/

6) ZAKAT SABAH
http://bkpsm.org/ http://www.zakat.sabah.gov.my/

7) ZAKAT SARAWAK
http://www.yayasansarawak.org.my/index.php?do=pendidikan_tinggi# http://www.tabung-baitulmal-sarawak.org.my/zakatharta.html

8)ZAKAT NEGERI SEMBILAN


http://ukhwahn9.blogspot.com/ http://www.zakatns.com.my/v3/

9)ZAKAT KELANTAN
http://ekpkm65.org/ http://www.e-maik.my/public_new/index.php

10)ZAKAT TERENGGANU
http://www.infokpt.com/ http://maidam.terengganu.gov.my/maxc2020/agensi/article3.php?cid=2&aid=2658

11)ZAKAT PAHANG
http://bkmip65.blogspot.com/ http://www.zakatpahang.my/

BAHAGIAN 4 YAYASAN NEGERI 1)YAYASAN TERENGGANU


Tarikh permohonan dibuka: Sila rujuk laman web Yayasan Terengganu. Tarikh permohonan ditutup: Sila rujuk laman web Yayasan Terengganu. Jenis Pinjaman Pinjaman atau Biasiswa. Cara memohon Sila rujuk laman web Yayasan Terengganu. Syarat memohon 1. Mestilah terdiri daripada anak-anak Terengganu Darul Iman berdasarkan kepada salah seorang ibu atau bapa pelajar berkenaan lahir di Terengganu Darul Iman. 2. Pemohon atau ibubapa yang bukan rakyat Terengganu Darul Iman tetapi telah bermastautin lebih dari 10 tahun boleh juga memohon dengan menyertakan surat akuan bermastautin dan bukti-bukti lain yang meyakinkan. Laman Web Yayasan Terengganu

http://ytrg.terengganu.gov.my

2) YAYASAN PAHANG
Tarikh permohonan dibuka: Mei atau November atau pada masa yang bersesuaian. Tarikh permohonan ditutup: Sila rujuk laman web Yayasan Pahang. Jenis Pinjaman Pinjaman atau Biasiswa. Cara memohon Sila rujuk laman web Yayasan Pahang. Syarat memohon Pinjaman

- Yayasan Pahang (YP) menawarkan Pinjaman Pendidikan bagi calon-calon yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh YP. Iklan permohonan akan dikeluarkan pada bulan Mei dan November atau pada bila-bila masa yang bersesuaian. Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) Pahang

- Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). - Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam negara hingga ke peringkat pengajian tertinggi. - Biasiswa berprestij ini ditawarkan oleh Yayasan Pahang selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan profesional dalam usaha membangunkan sumber manusia.

Kelayakan Memohon Pinjaman 1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut : Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; ATAU Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil Rakyat/Pegawai Daerah/Penghulu Mukim. Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon. 2. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul. 3. Mempunyai taraf kesihatan yang baik. 4. Telah mendapat tempat/tawaran belajar di IPT. Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) Pahang

1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut : Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur. 2. Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang dan mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan kokurikulum dan sukan di peringkat negeri dan negara. 3. Lulus di peringkat berikut : Calon SPM - 9A ke atas Calon STPM - 4 Prinsipal A 4. Memilih bidang selektif dan kritikal seperti perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi, sains nuklear dan lain-lain (tidak termasuk program persediaan ke luar negara). 5. Mempunyai rekod sahsiah yang baik dan berpersonaliti unggul. 6. Mempunyai taraf kesihatan yang baik. Laman Web Yayasan Pahang

http://www.yp.org.my

3) YAYASAN JOHOR
Tarikh permohonan dibuka: Dibuka sepanjang tahun Tarikh permohonan ditutup: Akhir Februari & Akhir Julai Jenis Pinjaman Pinjaman atau Biasiswa Cara memohon 1. Mengisi borang permohonan Pinjaman Pelajaran dengan lengkap. 2. Dokumen sokongan (salinan). 3. Kad Pengenalan, surat beranak dan sijil-sijil peperiksaan, surat tawaran kemasukan dan sijil- sijil yang berkaitan (semua salinan hendaklah disahkan). 4. Tawaran dibuka sepanjang tahun. 5. Tawaran ditutup akhir Febuari dan akhir Julai setiap tahun. 6. Sumber borang di Yayasan Pelajaran Johor atau Institusi Pengajian Tinggi (Borang dikenakan bayaran RM1 senaskah). Syarat memohon 1. Dilahirkan di Negeri Johor atau warganegara Malaysia yang telah menetap tidak kurang lima (5) tahun berturut-turut di Negeri Johor. 2. Jika di IPTS kursus diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN). 3. Pemohon telah mendapat tawaran pengajian atau sedang menuntut di Universiti atau Institusi. 4. Permohonan yang lengkap akan diproses dan dipertimbangkan berdasarkan kepada kriteria Akademik, Sosio ekonomi dan Kursus. Surat Perjanjian
1. Perlu diisi 4 salinan. 2. Penjamin 2 orang sebaik-baik di kalangan ahli keluarga. 3. Perlu dimatikan setem hasil di Pejabat Hasil Dalam Negeri setiap naskah bernilai RM10. 4. Perlu dikembalikan ke YPJ dalam tempoh 3 minggu berserta salinan-salinan borang yang berkaitan (borang maklumat penjamin & borang alamat terkini).

Laman Web Yayasan Johor

http://www.johordt.gov.my/ypj/

4) YAYASAN KEDAH
Tarikh permohonan dibuka: 28 Februari atau pada bila bila masa mengikut kesesuaian Tarikh permohonan ditutup: 31 Mac atau pada bila bila masa mengikut kesesuaian Jenis Pinjaman Pinjaman atau Biasiswa. Cara memohon 1. Borang permohonan Pinjaman dan Biasiswa Pendidikan boleh didapati di pejabat YIKED sama ada datang sendiri atau membuat permohonan melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 25sm x 33sm berserta setem RM0.50 ke alamat YIKED. 2. Sila lengkapkan borang berkenaan dengan menyertakan salinan sijil-sijil persekolahan berserta dokumen kelahiran pelajar dan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan kedua ibu bapa yang telah disahkan Borang yang lengkap bolehlah dihantar kepada YIKED sebelum 31 Mac 2010 di alamat Yayasan Islam Negeri Kedah, No.56A, Jalan Teluk Wanjah, 05200 Alor Setar. U.P. Encik Fakhrul Razi B Mihat / Puan Suria Bt Mat Noor Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga. Untuk pertayaan sila hubungi 04-7302 703 Syarat memohon 1. Anak negeri Kedah Darul Aman 2. Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Kedah Darul Aman. 3. Pemohon dan keluarga telah bermastautin di Negeri Kedah Darul Aman Laman Web Yayasan Kedah

http://www.yiked.gov.my/

5) YAYASAN SABAH
Laman Web Yayasan Sabah

http://www.ysnet.org.my/

6) YAYASAN SARAWAK
Laman Web Yayasan Sarawak

http://yayasansarawak.org.my

7) YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN


Laman Web Yayasan Wilayah Persekutuan

http://www.yayasanwp.org/index.php?option=com_content&view=article&id=55&Itemid=66

8) YAYASAN MELAKA
Laman Web Yayasan Melaka

http://www.yayasanmelaka.gov.my/web2011/mainpage.html

9) YAYASAN NEGERI SEMBILAN


Laman Web Yayasan Negeri Sembilan

http://www.yns.gov.my/v6/

10) YAYASAN PERAK


Laman Web Yayasan Perak

http://www.yayasanperak.com.my/

You might also like