1.0 PENGENALAN 1.

1 Pengertian Dialek Istilah dialek berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘dialektos’ yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya. Di Yunani, terdapat perbezaanperbezaan kecil di dalam bahasa yang digunakan oleh pendukungnya masing-masing, tetapi sedemikian jauh hal tersebut tidak sampai menyebabkan mereka berasa mempunyai bahasa yang berbeza. Mengikut Mario A. Pei , dialek adalah variasi satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan dalam kawasan tertentu dan berlainan daripada bentuk standard dari segi sebutan, tatabahasa atau penggunaan kata-kata tertentu, tetapi kelainan tersebut tidak begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Faktor-faktor yang menimbulkan dialek terdiri daripada faktor alam, politik, penjajahan dan masa. Demikian pula halnya dengan ekonomi, cara hidup dan sebagainya. Ini tercermin juga di dalam dialek yang bersangkutan. Di Semanjung Malaysia contohnya, terdapat keadaan semulajadi yang terdiri daripada bukit-bukau, hutan rimba dan sungai yang merupakan rintangan-rintangan kepada perhubungan di antara penduduk-penduduknya, faktor politik telah membahagikan negara ini kepada unit-unit politik yang lebih kecil, menghasilkan negeri-negeri Melayu Semenanjung Malaysia. Dialekdialek yang berdasarkan tempat seperti itu dipanggil dialek setempat. Dialek-dialek setempat di Semenanjung Malaysia sebenarnya adalah variasi daripada bahasa Melayu. Dalam satu-satu dialek setempat di Malaysia, terdapat pula idiolek-idiolek iaitu kelainankelainan pengucapan yang disebabkan oleh individu yang berlainan dan kelainan stilistik yang
1

terjadi akibat konteks yang berlainan. Semua kelainan ini disebut dialek. Sungguhpun terdapat kelainan-kelainan tetapi bahasa tersebut tidak harus terkeluar daripada had saling kesefahaman yang menentukan bahawa kelainan-kelainan itu masih tergolong di dalam satu bahasa. 2.0 LATAR BELAKANG TEMPAT KAJIAN 2.1 Latar Belakang Negeri Kelantan Kelantan Darul Naim atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 14 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli dan merupakan sebuah negeri agraria iaitu pertanian yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan. Negeri Kelantan mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km persegi, terletak di Timur laut semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan dan bersempadan dengan Thailand. Malaysia meliputi 336,700 km persegi yang terdiri daripada semenanjung Sabah dan Sarawak di Kepulauan Borneo. Kota Bharu, ibu negeri Kelantan, ialah sebuah bandar yang sibuk sebagai pusat tumpuan bagi pentadbiran dan aktiviti perniagaan. Negeri ini terbahagi kepada 10 jajahan pentadbiran iaitu, Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Negeri Kelantan menikmati iklim tropika yang baik, di mana hampir setiap tahun hujan turun dengan berselang-seli mengikut bulan tertentu pada setiap tahun. Biasanya hujan yang lebat akan berterusan selama beberapa hari atau beberapa bulan akan turun pada bulan November, Disember dan Januari. Suhu setiap hari dianggarkan dari 21° C hingga 32° C. Negeri Kelantan yang mempunyai penduduk seramai 1.4 juta yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India, Siam, dan lain-lain. Sebanyak 94% penduduk adalah
2

berbangsa melayu. Penduduknya meningkat hampir 2.8% setiap tahun. Sebanyak 75% daripada penduduknya menetap di Utara negeri di mana kawasan itu meliputi sebanyak 17% daripada jumlah tanah negeri tersebut. Kelantan diperintah mengikut parti politik dan ia mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan, mungkin ini menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara unik dan matang yang mengamalkan sistem demokrasi. Persekitaran politik dan perbezaan antara negeri dan kerajaan Mukim bukan menjadi masalah untuk membuat pelaburan. Semua polisi berkenaan dengan pelaburan di Malaysia boleh dirujuk kepada kerajaan Mukim. Kerajaan negeri akan memberi segala kemudahan berkenaan dengan pelaburan. Dalam usaha untuk menarik minat pelabur melabur di Kelantan, kerajaan negeri berusaha untuk menawarkan pelbagai kemudahan seperti kemudahan infrastruktur. Negeri Kelantan mempunyai kemudahan yang secukupnya untuk menjalankan perniagaan secara kerjasama "Business Ventures". Terdapat 39 buah cawangan bank komersial dan 12 institusi kewangan yang beroperasi di negari ini. Sejumlah 2300 km jalan di negeri dan mukim adalah berhubung dengan bandar utama di Kelantan untuk ke Kota Bharu. Perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur mengambil masa selama 6 jam yang meliputi sebanyak 474 km melalui Gua Musang di Selatan Kelantan dan juga negeri Pahang. Berikut merupakan peta bagi negeri Kelantan:

PETA KELANTAN

3

2.2 Sejarah Negeri Kelantan

4

Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah". Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi temuan arkeologi mempertunjukkan kesan petempatan manusia di zaman prasejarah. Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Empayar Khmer, Srivijaya dan Siam. Kira-kira 1411, Raja Kumar, raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pad akhir abad ke-15. Pada 1499, Kelantan menjadi negeri asal Kesultanan Melaka. Dengan kejatuhan Melaka pada 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil. Dengan ancaman oleh Siam pada 1603, kebanyakan ketua kecil Kelantan bernaung di bawah Persekutuan Pattani Besar. Kerajaan pusat di Pattani membahagikan Kelantan kepada 4 wilayah iaitu Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan. Kira-kira 1760, seorang putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan sekarang. Tidak lama kemudian, pada 1764, Long Yunos iaitu putera raja Kelantan Timur, anak Long Sulaiman berjaya merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan. Walaubagaimanapun, dengan kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh Terengganu. Pada 1800, Raja Muhammad mengisytiharkan diri sebagai sultan pertama Kelantan. Pada 1812, baginda melepaskan diri daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negera ufti Siam yang berasingan. Pada 1820-an, Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang terbanyak
5

Siam terus memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh abad ke-19. Kelantan kembali kepada pemerintahan British.nKelantan merupakan tempat pertama di Malaya yang ditakluk oleh Jepun yang menyerangnya pada 8 Disember 1941. mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. tetapi selepas kekalahan Jepun pada Ogos 1945.penduduk serta termakmur di Semenanjung Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan pertikaian yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat. Kelantan sekali lagi dikawal oleh Siam. Pada 16 September 1963. dan Kelantan menjadi salah satu daripada Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah Residen British. Di bawah syarat Perjanjian British-Siam pada 1909. LOGO KELANTAN 6 . Terengganu. Semasa pendudukan Jepun. Siam menyerahkan tuntutan Kelantan. Kelantan menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia. Kedah dan Perlis kepada Britain. Kelantan menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan bersama-sama dengan negeri lain.

Perkembangan bandar Kota Bharu bermula pada tahun 1844 iaitu sebagai sebuah penempatan DiRaja kini berfungsi sebagai pusat utama bagi pentadbiran. kebudayaan dan pendidikan. perdagangan. Keluasan Bandar Kota Bharu adalah seluas 115. Kota Bharu juga merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran 7 .BENDERA KELANTAN 2. Sehubungan dengan itu. Bandar Kota Bharu telah ditubuhkan pada tahun 1844 dan diisytiharkan sebagai pusat pemerintahan Negeri Kelantan oleh Kebawah Duli Yang Mulia Al-Marhum Sultan Muhammad Ke-II.3 Latar Belakang Daerah Kota Bharu Kota Bharu merupakan sebuah pusat bandar utama bagi Negeri Kelantan . kewangan.64 km persegi dengan jumlah penduduk melebihi 300 ribu orang. Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) merupakan sebuah organisasi yang diwujudkan bagi mengendalikan pentadbiran bandar Kota Bharu.

Jalan Pasir Mas dan Jalan Kuala Krai ke jambatan Pasir Tumboh di sebelah selatan. Pada tahun 1936.negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu. bandar Kota Bharu dinaik tarafkan sebagai Majlis Bandaran Kota Bharu (MBKB). Baginda telah bersemayam di sebuah istana yang digelar "Kota Bharu" sempena kota yang baharu dibuka oleh baginda. Tanah Merah. MBKB telah dimansuhkan dan ditukarkan kepada Lembaga Bandaran pada tahun 1971. dan Gua Musang. Keluasan kawasan pentadbirannya ialah 115. Jeli. Pada tahun 1978 Lembaga Bandaran Kota Bharu disusun semula dan dinaik tarafkan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu pada tahun 1978. Tumpat. Machang. Sungai Pengkalan Datu dan Wakaf Stan di sebelah timur dan disebelah barat Sungai Kelantan. Bachok. Kawasan MPKB adalah merupakan nodus pembangunan bagi Negeri Kelantan dengan terletaknya bandar Kota Bharu sebagai pusat pentadbiran. Pasir Mas. Pasir Puteh. 8 . kawasan yang bersempadan dengan kawasan Batu 5.64 kilometer persegi yang merangkumi kawasan dari Pantai Cahaya Bulan ke Pantai Sabak di sebelah utara. Manakala Pengkalan Chepa sebagai pusat perindustrian dan Kubang Kerian sebagai Pusat Institusi. perdagangan dan kewangan. Kuala Krai. Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) adalah organisasi Majlis Kerajaan Negeri yang menjalankan operasi di sekitar bandar Kota Bharu yang meliputi 65 seksyen. Kota Bharu telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1844 oleh DYMM Sultan Muhammad II sebagai ibu negeri Kelantan yang baru bagi menggantikan Kota Saba yang tidak lagi sesuai untuk dijadikan pusat pentadbiran negeri kerana selalu diancam dengan banjir.

ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai sebuah bandar raya Islam dengan gelaran "Kota Bharu Bandar Raya Islam".Walau bagaimanapun. Dialek Kelantan adalah satu daripada dialek-dialek yang terdapat dalam bahasa Malaysia. Kota Bharu juga ialah tapak pendaratan angkatan tentera pencerobohan Jepun pada 8 Disember 1941 semasa Perang Dunia Kedua. Narathiwat. subdialek Kota Bharu dianggap sebagai subdialek yang standard. Kota Bharu telah mengalami proses urbanisasi yang pesat dan menjadi tumpuan penduduk. Dengan kata lain. Dialek tesebut dituturkan oleh penutur-penutur yang berasal dari Kelantan dan menduduki negeri Kelantan. Dialek Kelantan juga dituturkan oleh penduduk-penduduk yang mendiami daerahdaerah sempadan Kelantan/Terengganu. Lantaran itu. ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai kota budaya oleh DYMM Al-Sultan Kelantan. istana Kota Bharu tersebut telah ditukar nama kepada Istana Balai Besar ekoran kekeliruan yang timbul di antara nama tempat dan juga nama sebuah istana. bahkan dalam pertuturan sehari-hari pun. Di antara beberapa subdialek yang ada di Kelantan. pada 25 Julai 1991. Manakala pada 1 Oktober 2005. Subdialek ini dituturkan di daerah Kota Bharu dan bepusat di Bandar Kota Bharu sendiri. Penduduk Kota Bharu sememangnya amat kaya dengan budaya yang sungguh unik. Kelantan/Pahang dan juga beberapa daerah dalam wilayah Thai Selatan seperti Sungai Golok. Kota Bharu telah muncul sebagai bandar terbesar di Pantai Timur Malaysia dengan jumlah penduduk melebihi 400. 9 . subdialek inilah yang digunakan oleh orangorang golongan atasan di Kelantan dalam pertuturan mereka jika mereka tidak menggunakan bahasa standard. tidak lama kemudian. Sejak itu.000 orang. Yala dan Patani. Hari ini.

PETA JAJAHAN KOTA BHARU 10 . subdialek yang dituturkan di daerah ini oleh orang-orang Kelantan sendiri dianggap sebagai subdialek yang ‘tinggi’ yang menjadi tolok atau model dalam penggunaan bahasa bagi orang-orang Kelantan dari daerah-daerah lain.Di sinilah terdapat pusat pentadbiran perdagangan dan penyebaran budaya Kelantan. Di sini jugalah terdapat tempat bersemayam keluarga di raja Kelantan. Dengan itu.

Fonologi Morfologi Ayat Leksikal 3. iii. bidang fonologi menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distingtif atau tidak distingtif. iv. ii. 3.0 PERBANDINGAN SUBDIALEK KOTA BHARU DENGAN BAHASA MELAYU Jika membuat perbandingan antara subdialek Kota Bharu dengan bahasa Melayu baku.1.3. Dalam bidang ini. penutur subdialek Kota Bharu mengucapkan [‫כ‬ ε] untuk [oran] dan [kit ‫ ]כ‬untuk [kitә]. Hal ini bermaksud. terdapat beberapa kelainan yang ketara di dalam bidang-bidang tertentu. Sebagai contoh.1 Kelainan dalam bidang fonologi Fonologi merupakan satu kajian terhadap bunyi-bunyi bahasa. didapati wujud dua kelainan yang ketara di antara subdialek Kota Bharu dengan bahasa Melayu baku iaitu dalam aspek pengucapan dan fonem. seperti: i.1 Kelainan dalam pengucapan Cara untuk mengungkapkan atau mengucapkan kata dalam subdialek Kota Bharu berlainan dengan cara mengucapkannya dalam bahasa Melayu baku. Berikut merupakan contoh perkataan-perkataan yang menunjukkan ucapan yang berlainan di antara subdialek Kota Bharu dengan bahasa Melayu baku: 11 .

Subdialek Kota Bharu i. [m ?tε] iv. Subdialek Kota Bharu mempunyai 35 fonem iaitu 15 fonem vokal dan 20 fonem konsonan. [abih] v. [kuba] Bahasa Melayu [kәrbau] [haram] [rambotan] [habes] [bahasә] [singah] [hitam] [lompat] [sәlamat] [mεrah] ‘Kerbau’ ‘Haram’ ‘Rambutan’ ‘Habis’ ‘Bahasa’ ‘Singgah’ ‘Hitam’ ‘Lompat’ ‘Selamat’ ‘Merah’ ii. [singoh] vii.1. [bahaso] vi. [itε] viii. (1) Fonem Vokal 12 .[lopa?] ix. [harε] iii. [sәlama?] x. [mε oh] 3. Perbezaan makna ini dapat dilihat pada pasangan minimal atau pasangan terkecil pasangan.2 Kelainan Fonem Fonem merupakan unit bunyi terkecil yang dapat membezakan makna.

e. dan o dalam lingkungan-lingkungan yang terizin oleh sistem fonologi subdialek ini tidak banyak bezanya dengan apa yang terdapat dalam Bahasa 13 ./i/ seperti dalam /itek/ /e/ seperti dalam /kile/ /ε/ seperti dalam /εl / /a/ seperti dalam /kawa/ /i/ seperti dalam /ga in/ /ẽ/ seperti dalam /kaẽ/ /ε/ seperti dalam /sayε/ /ã/ seperti dalam /pacã/ /u/ seperti dalam /umõ/ /o/ seperti dalam /tuboh/ / / seperti dalam /k t ?/ /ũ/ seperti dalam /kusũ?/ /õ/ seperti dalam /daõ/ / / seperti dalam /h / /ә/ seperti dalam /pәloh/ ‘itik’ ‘kilir’ ‘ela’ ‘kawal’ ‘garing’ ‘kain’ ‘sayang’ ‘pancar’ ‘umur’ ‘tubuh’ ‘kotak’ ‘akhir’ ‘daun’ ‘ya’ ‘peluh’ Penyebutan vokal-vokal i. u.

kecuali ada nya ciri kardinal sekunder pada sifat kardinal vokal-vokal berkenaan yang releven. atau konsonan pepet dalam bahasa standard yang terdapat dalam lingkungan akhir kata. III. mempunyai kesejajaran dalam vokal dalam subdialek ini. Dialek Kelantan [d s ] [sap ] [kuas ] Bahasa Melayu [dosa] [siapa] [kuasa] Vokal a dalam suku kata akhir yang tertutup mempunyai kesejajaran dengan vokal . Dialek Kelantan [kәlabu] [pәloh] [buku] Bahasa Melayu [kәlabu] [pәluh] [buku] Konsonan a akhir kata dalam Bahasa Melayu. Misalnya: II. Dialek Kelantan [M ?] Bahasa Melayu [emak] 14 . Sebagai contoh: I. dengan syarat konsonan yang mengikutinya itu adalah dalam Bahasa Melayu merupakan hentian glotis ( ) atau frikatif (h).Melayu dan subdialek-subdialek lain.

Dialek Kelantan [Gәla?] [Saya?] [Lewa?] [Lipa?] [sajap] [lewat] [lipat] Bahasa Melayu [gәlap] Selain itu.[Gal ?] [Gaj h] [Mut h] [galak] [gajah] [muntah] Jika dalam Bahasa Melayu. konsonan penutup kata itu merupakan t atau p. Kota Bharu [mas ] [dal ] [dul ] [bәlac ] Bahasa Melayu [masam] [dalam] [dulan] [bәlacan] 15 . yang diikuti oleh salah satu konsonan nasal dalam suku kata akhir tertutup mempunyai kesejajaran dengan dalam subdialek ini. ia dapat digantikan oleh hentian glotis dalam subdialek ini dan a sebelumnya itu dipertahankan. a. Sebagai contoh: IV. Misalnya: V.

Sebagai contoh: VI. Vokal-vokal nasal dalam subdialek Kota Bharu bersifat Bahasa Melayu [mahal] [mәkar] [lebar] [tawar] 16 . Kota Bharu [Dә ah] [Bә ah] [Atah] [Ulah] Bahasa Melayu [dәras] [bәras] [atas] [ulas] Demikian juga halnya dengan a yang dalam Bahasa Melayu diikuti oleh l dan r pada akhir kata.Konsonan a dalam Bahasa Melayu yang terdapat sebelum s pada akhir kata dipertahankan dalam dialek ini. Walau bagaimanapun. Kota Bharu [Maha] [Mәka] [Leba] [Tawa] (1. terdapat fonem vokal nasal sedangkan dalam bahasa Melayu tidak terdapat vokal nasal. l dan r dihilangkan. tetapi s digantikan dengan h. VII. di dalam subdialek yang disenaraikan di bawah.0) Vokal Nasal Dalam subdialek Kota Bharu.

[ u] [ ũ] vi. [pane] [panẽ] iii. [ a] [ ã] v. [s ?] [s ?] viii. i. [wa] [wã] ‘keri’ ‘kering’ ‘panggil’ ‘pangan’ ‘tapai’ ‘tampan’ ‘berderai’ ‘ingin’ ‘ru’ ‘takut’ ‘pancur’ ‘pancung’ ‘syak’ ‘syuk’ ‘layang-layang’ ‘bau busuk’ 17 .fonemik. [tapε] [tapε] iv. [paco] [pacõ] vii. iaitu dapat memberi erti yang berlainan seperti yang ditunjukkan dalam pasanganpasangan miniml seperti yang senaraikan di bawah. [kә i] [kә i] ii.

io. uo Contoh Rangkap Depan Kota Bharu [bae?] [kaen] [kueh] [cue?] Bahasa Melayu ‘Baik’ ‘kain’ ‘kuih’ ‘Cuit’ 18 . ua io. ue ia. [ca] [cã] ‘air lecah’ ‘memancut’ ‘helai’ ‘menyala’ atau ‘memancar’ x.1) Vokal Rangkap Subdialek Kota Bharu ini juga mempunyai banyak vokal rangkap yang boleh dibandingkan seperti yang berikut: I ) Rangkap depan II) Rangkap tengah III) Rangkap belakang ae.ix. [la] [ ã] (1. iu. ui.

[bueh] ‘buih’ Contoh Rangkap Tengah Kota Bharu [bia] [sia?] [jua] [sua?] Bahasa Melayu ‘biar’ ‘siap’ ‘jual’ ‘suap’ Contoh Rangkap Belakang Kota Bharu [lio] [rioh] [di ] [bi ?] [tiu?] [du ] Bahasa Melayu ‘liur ‘riuh’ ‘dia’ ‘biak’ ‘tiup’ ‘dua’ 19 .

[tu ?] ‘tuak’ (2) Fonem Konsonan /p/ seperti dalam /pari/ /b/ seperti dalam /balu/ /t/ seperti dalam /tәn h/ /d/ seperti dalam /dapo/ /k/ seperti dalam /kuda/ /g/ seperti dalam /gila?/ /?/ seperti dalam /kak ?/ /s/ seperti dalam /saya?/ /z/ seperti dalam /zi?/ /h/ seperti dalam /hapuh/ /c/ seperti dalam /culah/ /j/ seperti dalam /jula/ /l/ seperti dalam /lubε/ / / seperti dalam / ape?/ ‘pari’ ‘balu’ ‘tengah’ ‘dapur’ ‘kuda’ ‘gilap’ ‘kakak’ ‘sayap’ ‘zip’ ‘hapus’ ‘culas’ ‘julai’ ‘lubang’ ‘rapit’ 20 .

/m/ seperti dalam /mude?/ /n/ seperti dalam /nasi?/ /n/ seperti dalam /namô?/ /n/ seperti dalam /nato?/ /w/ seperti dalam /wa?/ /y/ seperti dalam /yate/ ‘mudik’ ‘nasi’ ‘nyamuk’ ‘mengantok’ ‘wad’ ‘yatim’ Konsonan-konsonan yang terdapat dalam subdialek Kota Bharu dapat dibahagikan kepada enam kategori iaitu: (2. Dengan ini juga konsonan-konsonan plosif lain yang terdapat dalam Bahasa Melayu dapat menjadi unsur akhir kata digantikan dengan hentian glotis dalam subdialek ini. Sebagai contoh: Kota Bharu [ada?] [ ba?] [isa?] Bahasa Melayu [adat] [ bat] [hisap] 21 .1) Konsonan Plosif/Hentian Konsonan-konsonan dalam golongan ini yang dapat menduduki lingkungan akhir kata hanyalah hentian glotis.

. n dan n. o dan u dalam hal ini. Kota Bharu [ren] [sigon] [sokon] [kul n] [minun] [bә әsen] Bahasa Melayu ‘tenaga’ ‘sigung’ ‘sokong’ ‘kulum’ ‘minum’ ‘bersin’ Jika perkataan di dalam bahasa Melayu baku mempunyai vokal a sebelum konsonan nasal terakhir iaitu m. Begitu juga dengan konsonan-konsonan nasal lainnya iaitu m dan n yang dalam Bahasa Melayu terdapat sebelum vokal-vokal tersebut. konsonan nasal tersebut akan mengalami proses pelemahan yang 22 . i. Keempat- empat konsonan nasal yang terdapat dalam subdialek ini boleh menempati lingkungan pravokal dan antara vokal. ε.[i u?] [a na?] [hirup] [arnab] (2. n dan n. mengalami penggantian dengan ng dalam subdialek Kota Bharu.2) Konsonan Nasal Konsonan nasal yang terdapat dalam subdialek Kota Bharu ialah m. n. e.

Kota Bharu [inuh] Bahasa Melayu ‘hingus’ 23 . konsonan ini mengalami penggantian dengan h tanpa melibatkan perubahan pada nilai vokal sebelumnya. Dalam lingkungan sebelum kesenyapan.akhirnya menggantikan kesemuanya itu dengan penyengauan yang merupakan artikulasi tambahan pada vokal tersebut dan vokal tersebut mengalami perubahan pada bunyinya menjadi ε. Kota Bharu [tanε] [tamε] [dalε] [selε] [binatε] [tayε] Bahasa Melayu ‘tanam’ ‘taman’ ‘dalam’ ‘selam’ ‘binatang’ ‘tayang’ (2.3) Konsonan Frikatif Konsonan frikatif s hanya terdapat dalam lingkungan sebelum dan antara vokal.

Kesejajaran dalam subdialek Kota Bharu dengan h dalam bahasa Melayu sebelum vokalvokal lain adalah seperti yang berikut: Kota Bharu [saloh] [subo] [lәteh] Bahasa Melayu ‘salah’ ‘subuh’ ‘letih’ 24 . Dalam lingkungan akhir kata. Jika kesejajarannya itu h.[aluh] [pitah] [pәdah] [kәtah] [pulah] [panah] [kә ah] ‘halus’ ‘pintas’ ‘pedas’ ‘kertas’ ‘pulas’ ‘panas’ ‘keras’ Konsonan h juga terdapat dalam lingkungan awal kata. antara vokal dan akhir kata. h dalam subdialek ini mempunyai kesejajaran dengan h dan s dalam bahasa Melayu. Tetapi perubahan tersebut tidak berlaku jika kesejajarannya itu ialah s. maka a yang mendahuluinya itu mengalami perubahan pada nilai bunyinya.

4) Konsonan Afrikat Seperti dalam bahasa Melayu dan dialek-dialek lain.Contoh penyebaran h dalam lingkungan awal kata dan tengah kata adalah seperti yang berikut: Kota Bharu [habih] [hase] [tahon] [mahliga] [maha] Bahasa Melayu ‘habis’ ‘hasil’ ‘tahun’ ‘mahligai’ ‘mahal’ (2. Kota Bharu [Cin ] [cic ?] Bahasa Melayu ‘Cina’ ‘cicak’ 25 . Konsonankonsonan tersebut tidak dapat menempati lingkungan sebelum kesenyapan. konsonan-konsonan afrikat dalam subdialek Kota Bharu ini hanya terdapat dalam lingkungan sebelum dan antara vokal.

konsonan ini mengalami penghilangan tanpa menimbulkan perubahan pada nilai bunyi vokal sebelumnya.6) Pemanjangan Konsonan Subdialek Kota Bharu ini mempunyai ciri pemanjangan yang khususnya terletak pada awal kata. Proses ini berlaku dalam kata atau antara kata. sebelum kesenyapan.5) Konsonan Lateral Konsonan lateral l tidak menempati lingkungan sebelum kesenyapan. Jika proses ini merupakan proses 26 . Sebagai contoh: Kota Bharu [lapu] [lala?] [luah] [kate] [aka] [sapo] Bahasa Melayu ‘lampu’ ‘lalat’ ‘luas’ ‘katil’ ‘akal’ ‘sampul’ (2.[jag ] [jә a?] ‘jaga’ ‘jerat’ (2. Walau bagaimanapun.

yakni suku kata berkenaan merupakan salah satu awalan. Dalam kes yang pertama. maka perkataan yang berkenaan biasanya terdiri daripada tiga suku kata yang suku kata pertamanya digugurkan. suku kata tersebut merupakan ciri morfologi.dalam kata. Suku kata yang digugurkan itu akan digantikan dengan menimbulkan kepanjangan pada konsonan pertama pada suku kata kedua perkataan yang berkenaan. suku kata yang terlibat hanya merupakan ciri fonologi sahaja bagi perkataan yang mendukungnya yakni suku kata yang demikian itu tidak medukung sebarang makna. Suku kata yang digugurkan itu boleh merupakan salah satu awalan dan boleh juga tidak. dalam kes yang kedua. Kota Bharu [nnik h] [nnak ?] [nna i] [jjalε] [ccabu?] [ttupa?] [nnatε] [mma i] Bahasa Melayu [mәnikah] [pәnakot] [pәnari] [bәrjalan] [tәrcabut] [kәtupat] [binatan] [almari] 27 . Sebaliknya.

unsur pertama pada kata berkenaan mengalami pengguguran dan pada masa yang sama konsonan awal pada unsur kedua itu dipanjangkan.Proses ini juga boleh berlaku pada kata ganda.2 Kelainan Dalam Bidang Morfologi 28 . Dengan itu. kata depan yang berkenaan mengalami pengguguran. Sebagai contoh: Kota Bharu [ amô] [llabi] [kku ô] Bahasa Melayu ‘rama-rama’ ‘labi-labi’ ‘kura-kura’ Jika proses itu merupakan antara kata. Dalam hal ini. ‘pada’ dan ‘ke’. Misalnya: Kota Bharu [san ] [ssini] [kkeb ] [ddalε] Bahasa Melayu ‘ke sana’ ‘ke sini’ ‘ke kebun’ ‘di dalam’ 3. konsonan pertama pada kata nama berkenaan mengalami pemanjangan. Kata depan yang terlibat hanyalah ‘di’. maka proses tersebut khususnya yang berlaku dalam hubungan antara kata depan dengan kata nama yang mengikutinya.

hanya terdapat satu jenis struktur awalan dalam subdialek Kota Bharu iaitu KV yang pengucapan Vnya tidak begitu jelas. jenis dan jumlah morfem terikat iii. struktur morfem terikat ii.Bentuk yang berlainan dalam bidang morfologi di antara subdialek Kota Bharu dengan bahasa Melayu dapat dilihat dalam aspek-aspek yang berikut: i. Struktur Morfem Terikat Struktur morfem terikat dalam subdialek Kota Bharu berlainan dengan struktur morfem terikat dalam bahasa Melayu. kekerapan penggunaan morfem terikat (I). sedangkan dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis iaitu (i) KV yang pengucapan Vnya lebih jelas sedikit daripada yang diucapkan dalam subdialek Kota Bharu. Berikut merupakan perbandingan stuktur awalan di antara subdialek Kota Bharu dengan bahasa Melayu. misalnya {sә-} dalam /sepandai/ ‘sepandai’ dan (ii) KVK. Umpamanya. misalya {bәr-} seperti dalam /berjalan/ ‘berjalan’. Kota Bharu KV {be-} {te-} {pe-} Bahasa Melayu KVK {ber-} {ter-} {pe-} 29 . misalnys {sә-} seperti dalam /sebesa/ ‘sebesar’.

{me-} {ke-} {se-} {me-} {ke-} {se-} Struktur akhiran yang terdapat dalam subdialek Kota Bharu berlainan dengan yang terdapat dalam bahasa Melayu. hanya terdapat satu struktur saja iaitu V. misalnya {kә… an} seperti dalam /kәlәmahan/ ‘kelemahan’ dan 30 . Dalam subdialek ini.. misalnya (-i) seperti dalam / [tidori]/ ‘tiduri’. sedangkan akhiran dalam bahasa Melayu mempunyai tiga struktur iaitu (i) KVK. Berikut merupakan perbandingan struktur akhiran di antara subdialek Kota Bharu dengan bahasa Melayu: Kota Bharu V {-ε} {-i} Bahasa Melayu KVK/VK/V {-KAN} {-an} {-i} Selain itu. iaitu (i) KV…KV. (ii) KV…VK. misalnya (-an) seperti dalam /buatan/ ‘buatan’ dan (iii) V. iaitu {mә.kan} seperti dalam /mәmulәkan/ ‘memulakan’. misalnya {kә…ε} seperti dalam /kәlәbehε/ ‘kelebihan’. terdapat juga struktur imbuhan apitan yang berlainan di antara subdialek Kota Bharu dengan Bahasa Melayu. (ii) VK. misalnya {ε} seperti dalam [pilehε] ‘pilihan’. Sruktur imbuhan apitan dalam subdialek Kota Bharu hanya satu sahaja iaitu KV…V. sedangkan dalam Bahasa Melayu terdapat tiga jenis. misalnya (-kan) seperti dalam /jalankan/ ‘jalankan’.

Jenis dan Jumlah Morfem Terikat Jenis-jenis morfem terikat yang terdapat dalam subdialek Kota Bharu juga tidak sama dengan yang terdapat di dalam Bahasa Melayu. misalnya {mә. Sedangkan dalam Bahasa Melayu terdapat sebanyak tujuh awalan.i} seperti /mәnәmui/ ‘menemui’. tiga imbuhan terbahagi dan suprafiksa kepanjangan konsonan. Berikut diberikan perbandingan struktur imbuhan apitan di antara subdialek Kota Bharu dengan Bahasa Melayu: Kota Bharu KV…V {kә.i} (II)..(iii) KV…V.kan} {kә… an} {mә. Dalam subdialek Kota Bharu hanya terdapat enam awalan. (i) Enam awalan dalam subdialek Kota Bharu {be-} {te-} {pe-} {me-} {ke-} /bεtεmu/ ‘bertemu’ /tεpileh/ ‘terpilih’ /pεmaen/ ‘pemain’ /mεnuleh/ ‘menulis’ /kεkaseh/ ‘kekasih’ 31 ..ε} Bahasa Melayu KV…KVK/KV…VK/KV…V {mә. dua akhiran. tiga akhiran dan lima imbuhan apitan...

{se-} /sebuwoh/ ‘sebuah’ (ii) Dua akhiran dalam subdialek Kota Bharu {ε-} {i-} /pilehε/ ‘pilihan’ /bε?ki/ ‘baiki’ (iii) Tiga imbuhan apitan dalam subdialek Kota Bharu {kә…ε} {pә…ε} {mә…i} /kәlәbehε/ ‘kelebihan’ /pәkaja ε/ ‘pelajaran’ /mәlәbehi/ ‘melebihi’ (iv) Suprafiksa kepanjangan konsonan dalam subdialek Kota Bharu /bbuoh/ ‘berbuah’ (v) Tujuh awalan dalam bahasa Melayu {bәr-} {tәr-} {pә-} {pәr-} {mә-} {kә-} /bәrlari/ ‘berlari’ /tәrbae?/ ‘terbaik’ /pәmaen/ ‘pemain’ /pәrbuat/ ‘perbuat’ /mәmasa?/ ‘memasak’ /kәkaseh/ ‘kekasih’ 32 .

/tәlunju?/ ‘telunjuk’ dan /gә igi/ ‘gerigi’. dalam subdialek Kota Bharu tidak terdapat akhiran {-kan} dan imbuhan apitan {mә…kan}dan {pәr…an}. Di samping itu. Kelainan yang ketara dalam bidang ini iaitu di antara subdialek Kota Bharu dengan Bahasa 33 . {-el-} dan {-er-} seperti dalam /gәmu oh/ ‘gemuruh’.kan} {kә…an} {pә…an} {per…an} {mә…i} /mәnjalankan/ ‘menjalankan’ /kәrajinan/ ‘kerajinan’ /pәnajian/ ‘pengajian’ /pәrsәlisehan/ ‘perselisihan’ /mәnidori/ ‘meniduri’ Kelainan-kelainan lain yang ketara di antara subdialek Kota Bharu dengan Bahasa Melayu ialah dari aspek sisipan. manakala dalam Bahasa Melayu terdapat tiga sisipan iaitu {-em-}. Dalam subdialek Kota Bharu hanya terdapat dua sisipan sahaja iaitu {-әl-} dan {-әm-} seperti dalam /gәlәta/ ‘geletar’ dan /tәmu o/ ‘temurun’.. sedangkan dalam bahasa Melayu terdapat unsur tersebut.{sә-} /sәbәsa/ ‘sebesar’ (vi) Tiga akhiran dalam Bahasa Melayu {-kan} {-an} {-i} /bәlikan/ ‘belikan’ /pujian/ ‘pujian’ /mileki/ ‘miliki’ (vii) Lima imbuhan apitan dalam Bahasa Melayu {mә..

3.3 Kelainan dalam Bidang Ayat Kelainan yang terdapat dalam bidang ayat di antara subdialek Kota Bharu dengan Bahasa Melayu wujud dalam aspek-aspek yang berikut: i. didapati kekerapan subdialek Kota Bharu tidak setinggi seperti dalam Bahasa Melayu. iii. sedangkan penutur Bahasa Melayu tidak menggunakan bentuk tersebut.Melayu ialah tentang suprafiksa kepanjangan konsonanan yang banyak sekali terdapat dalam subdialek Kota Bharu tetapi tidak terdapat dalam Bahasa Melayu. 3. akhiran. Kekerapan Penggunaan Morfem Terikat Dari segi penggunaan morfem-morfem terikat. Penggunaan imbuhan apitan sangat terhad dalam subdialek Kota Bharu dan kebanyakkan kata yang mengandungi imbuhan apitan yang digunakan oleh penutur-penutur subdialek Kota Bharu merupakan kata-kata yang diambil dan disesuaikan daripada Bahasa Melayu. Ayat pasif dalam subdialek ini tidak 34 . Susunan kata aspek /d h/ ‘sudah’ dalam ayat. (III). Dibandingkan di antara morfem-morfem terikat awalan.3. imbuha apitan dan suprafiksa kepanjangan konsonan didapati suprafiksa kepanjangan konsonan lebih kerap digunakan oleh penutur subdialek Kota Bharu. Susunan kata kesangatan dalam ayat.1 Susunan ayat pasif Ayat pasif dalam subdialek Kota Bharu didapati mempunyai susunan yang berlainan daripada ayat pasif yang terdapat dalam Bahasa Melayu. ii. Susunan ayat pasif.

(iii) Ayat pasif yang menggunakan kata depan /k / sebelum pelaku seperti dalam ayat: //kasu? Tu kәn paka k diy // “kasut itu dia pakai. Bentuk ini juga tidak menggunakan kata oleh sebelum pelaku.3.” (ii) Ayat pasif yang menggunakan kata depan /di/d/ sebelum pelaku seperti dalam ayat: “//ula kәn kat ? di mama?// ‘ulat itu dipukul (oleh) Mamat. Berikut diberikan perbandingan susunan kata aspek /d h/ dalam ayat di antara subdialek Kota Bharu dengan Bahasa Melayu: Kota Bharu i. sedangkan dalam Bahasa Melayu bentuk tersebut hadir sebelum kata kerja.menggunakan di pasif sebelum kata kerja transitif seperti yang terdapat dalam Bahasa Melayu.” 3. //amb makε d h// Bahasa Melayu ‘saya sudah makan’ 35 . susunan kata aspek /d h/ ‘sudah’ dalam ayat adalah berlainan daripada yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Kata aspek /d h/ ‘sudah’ dalam subdialek ini hadir selepas kata kerja. Ayat pasif dalam subdialek Kota Bharu mempunyai tiga susunan yang berlainan: (i) Ayat pasif yang menggunakan kata emfatik /n /an / sebelum kata kerja transitif dengan diikuti oleh kepanjangan konsonan sebelum pelaku seperti dalam ayat: “//kambe kәn makε ima// ‘kambing dimakan (oleh) harimau.2 Susunan Kata Aspek /d h/ ‘sudah’ dalam ayat Dalam subdialek Kota Bharu. oleh dia.

Sebagai contoh: Subdialek Kota Bharu i. //bud ? tu bae? sana?// //zainun tido lam sungoh// //siti panda bәna mәnaji// Bahasa Melayu ‘budak itu sangat baik’ ‘zainun tidur sungguh lama’ ‘siti pandau benar mengaji’ 3.4 Kelainan dalam Bidang Leksikal Oleh sebab subdialek Kota Bharu merupakan satu daripada dialek-dialek Bahasa Melayu.3 Susunan Kata Kesangatan dalam Ayat Dalam subdialek Kota Bharu. pengaruh daripada bahasa Thai telag menyebabkan timbulnya kemiripan untuk menunggalkan suku 36 . terdapat juga beberapa kelainan dalam bidang leksikal seperti berikut: i. tetapi terdapat juga selepas kata yang hendak ditambah kualitinya. maka banyak sekali kata-kata atau unsur-unsur leksikal dalam subdialek Kota Bharu yang sama dengan yang terdapat dalam Bahasa Melayu. //kә әj kit siya? d h// //p ? ci? Lab d h// ‘kerja kita sudah siap’ ‘pak cik sudah melabur’ 3. sedangkan dalam Bahasa Melayu lazimnya hadir sebelum adjektif. ii. Walau bagaimanapun. kata kesangatan hadir hanya selepas adjektif atau kata yang hendak ditambah kualitinya itu. iii. ii.ii. Kata-kata yang terdiri daripada satu suku kata. iii. Mengikut Ismail Hussein.3. Kata-kata yang ada dalam subdialek Kota Bharu tetapi tidak terdapat dalam Bahasa Melayu.

Perkataan-perkataan tersebut mempunyai maksudnya tersendiri dan sering digunakan dalam pertuturan orang Kelantan. Berikut merupakan senarai beberapa perkataan tersebut: Subdialek Kota Bharu [hunga] [n ] [nepen] [kәleh] [k ε] Bahasa Melayu ‘lari’ ‘kelapa’ ‘iklan’ ‘tengok’ ‘kukur kelapa’ 37 . 4. Kata-kata daripada Bahasa Melayu yang disesuaikan dalam subdialek Kota Bharu.0 PERKATAAN DALAM SUBDIALEK KOTA BHARU YANG TIDAK TERDAPAT DALAM BAHASA MELAYU Dalam subdialek Kota Bharu. tetapi kata-kata tersebut mempunyai erti yang berlainan sama sekali dengan Bahasa Melayu. iii. Beliau juga menerangkan bahawa peminjaman unsur-unsur leksikal daripada bahasa Thai banyak sekali berlaku dalam subdialek Kota Bharu. terdapat banyak perkataan yang tidak terdapat dalam Bahasa Melayu.kata di dalam kata-kata yang bersuku kata dua. Dialek Kelantan mempunyai banyak kata yang sama dengan bahasa Melayu.

[t ?se] [kk c ?] [jjәla] [tε] [go?] [iga?] [j ?o] [s ?m ] [ ya?] [kaw ] [mango?] [bәd ? h] [ ?] [no] [l ?] [jjabe] [ddebe] ‘tidak mahu’ ‘cakap’ ‘lahap’ ‘pukul’ ‘reban’ ‘tangkap’ ‘redup’ ‘selalu’ ‘beritahu’ ‘saya’ ‘sombong’ ‘melampau’ ‘tahan/sabar’ ‘buai’ ‘biar’ ‘plastik’ ‘samseng’ 38 .

[gәlәna] [r ?] [gg j h] [temb ?] [sәlu?] [nnәpoh] [dεm ] [c ?] [l ni] [k h ] [mul ] [dәnuh] [rεn] [r ba] [g ε?] [lεmb ?] [sәl ?] ‘mengada-ngada’ ‘belukar’ ‘bertumbuk’ ‘jalan raya’ ‘air lecah’ ‘melecet’ ‘awak’ ‘cangkul’ ‘sekarang’ ‘perlahan/semakin’ ‘dahulu’ ‘di sana’ ‘tenaga’ ‘pemadam’ ‘pengasah pensel’ ‘tilam’ ‘kunci’ 39 .

[g w ] [bәlәd ] [cacc ] [kal ] [kala] [g tε] [s ?] [bәda] [kute] [k ja] [tel ] [bel ?] [s y k] [kaet] [sәnda] [jan ?] [sәnje?] ‘kekasih’ ‘agar-agar’ ‘berdiri’ ‘pensil’ ‘pensil warna’ ‘uli’ ‘laci’ ‘pukul’ ‘cubit’ ‘perasan’ ‘pelat’ ‘bengkok’ ‘koyak’ ‘petik’ ‘sekat/tahan’ ‘bergaya’ ‘lembab’ 40 .

[j l ] [nnεl ] [agah] [pij h] [so? h] [ike kә onε] [ccolε?] [ttujup] [po?k ] [sa?soba] [ko?] [әnja] [samah] [na?n ] [be?w h] [toho?] [ ukah] ‘ya/betul’ ‘tingkap’ ‘bongkak’ ‘ketayap’ ‘senak’ ‘ikan cencaru’ ‘rojak’ ‘pepatung’ ‘mengkarung’ ‘absorber’ ‘sekeh’ ‘tendang’ ‘lima puluh sen’ ‘kesian’ ‘kenduri’ ‘buang’ ‘panjat’ 41 .

[cuw h] [ete?] [tәpoh] [tube?] [kәla in] [klikpah-klikpah] [nnәtin] [ceb ?] [pata?] [sija] [ja?] [deh] [bo?bon] [bbal h] [gεgε] [pozε?] [nubε] ‘curah’ ‘juga’ ‘langgar’ ‘keluar’ ‘kesat’ ‘terpinga-pinga’ ‘melantun’ ‘cedok’ ‘paling bawah’ ‘sembuh’ ‘opocot!’ ‘ok?’ ‘sejenis musang’ ‘kelahi’ ‘bising’ ‘deposit’ ‘menyelerakkan’ 42 .

[mole?] [tεpe?] [kope?] [ttij ?] [εjuh] [cәto] [le?cu] [cuweh] [sәn ti] [s ] [acu] [tә әbuh] [sәlo?] [bәjә o?] [gano] [gendon] [bakp ] [gitumolalu] ‘baik/betul-betul’ ‘tampal’ ‘payudara’ ‘menangis’ ‘ekzos’ ‘gayung air’ ‘gincu’ ‘cuit’ ‘benar/sunguh’ ‘satu’ ‘cuba’ ‘serkup’ ‘tergamam’ ‘kuyup’ ‘bagaimana’ ‘bonceng’ ‘kenapa’ ‘lebih-lebih’ 43 .

puteranya jatuh ke tikar. Enam orang nujum membuat tilikan Raja Donan akan membawa celaka kepada negeri Gunung Mandi Angin. Apabia dilahirkan. Raja Madong Bongsu percaya kepada tilikan enam orang nujum dan mengambil keputusan untuk membunuh puteranya. Puteranya diamakan Raja Donan atau turut dikenali dengan Awang Donan. Raja Madong Bongsu memanggil Nujum Nan Tujuh ke istana untuk menilik nasib baik atau buruk puteranya. lantai patah dan akhirnya jatuh ke tanah. jatuh ke lantai. Manakala Nujum Nan Bongsu menilik Raja Donan akan membawa tuah kepada negeri Gunung Mandi Angin. hasrat 44 .[mәt ] [tәbolãh] [nengen] [nusu?] [mujo] [dε] [par ?] [kәpe?] ‘jahat’ ‘cuai’ ‘dudyk dalam keadaan yang senget’ ‘menyorok’ ‘nasib’ ‘dapat’ ‘jenuh’ ‘kemek’ 5. sebiji telur di tangan kiri dan selaras senapang di bahu kanan. Baginda dikurniakan seorang putera yang lahir dengan penuh keajaiban. sebilah pedang di tangan kanan. Kemudian diambil oleh Bidan Nan Tujuh. tikar koyak.0 CERITA RAKYAT ( HIKAYAT RAJA DONAN ) Kisah berlaku di Gunung Mandi Angin yang diperintah oleh Raja Madong Bongsu. Namun. Lahir bersama puteranya.

Raja Donan menjadikan Raja Mambang Nan Bongsu sebagai bapa angkatnya dan belajar ilmu persilatan dengannya. Burung gagak bersetuju untuk mengajar Raja Donan membuat seruling. Raja Donan melayang ghaib ke negeri Gunung Mandi Angin nutk membantu ayahandanya. Tetapi akhirnya Raja Madong Bongsu berjaya dibunuh pula oleh Raja Mambang Nan Bongsu. Ketika itu. Kemudian burung gagak mengajar Raja Donan cara untuk membuat seruling Gagak menyuruh Raja Donan menebang buluh dan dicampakkan ke air dan mengambil buluh yang hanyut ke hulu sungai untuk dibuat seruling. Berlaku pertarungan hebat antara Raja Madong Bongsu dengan Raja Mambang Nan Tujuh. dengan syarat Raja Donan memberikan kerak nasi kepada anaknya. Setelah meminta izin daripada Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh. Ketika belajar bersilatlah Raja Donan berjaya 45 . Ketika itu. datang seekor gagak betina yang buta bersama seekor anaknya ke tempat Raja Donan.baginda tidak kesampaian kerana dihalang oleh Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh. Raja Madong Bongsu berjaya membunuh Mambang Nan Tua bersama lima lagi Raja Mambang. Raja Donan menebang buluh untuk membuat seruling di tepi sebatang sungai tetapi tidak berjaya. Pada waktu malamnya. Raja Donan dibawa mengembara ke Pulau Sembilan dan dipelihara di sana oleh mereka berdua dengan penuh kasih sayang. Raja Donan telah memukul mata gagak dengan kerak nasi dan dengan takdir tuhan. Raja Donan terdengar bunyi dentuman bedil dari arah negeri ayahandanya yang memberi alamat bahawa negeri Gunung Mandi Angin diancam musuh. Raja Donan membakar gobek untuk menyelar buluh seruling. Setelah meningkat remaja. mata gagak yang buta menjadi celik. Raja Donan kemudiannya berpura-pura baik sebagai satu muslihat untuk membunuh Raja Mambang Nan Bongsu.

Raja Madong Bongsu pulang semula ke negeri Gunung Mandi Angin. Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh menjelma menjadi gabus. Permaisuri telah memberitahu Raja Madong Bongsu bahawa baginda telah dihidupkan oleh anakandanya Raja Donan.namun usahanya juga gagal kerana Raja Donan.membunuh Raja Mambang Nan Bongsu. Raja Madong Bongsu insaf dengan kesilapan yang telah dilakukan dan berhasrat untuk mencari anakandanya. Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh. Raja Donan menabur beras putih sebanyak tiga kali dan mengenakan lidi nyiur gading kepada mayat ayahandanya.T dan membangkitkan asal usul keturunannya. Sebelum pulang ke Pulau Sembilan. Setelah gagal bertemu dengan anakandanya. Baginda berangkat ke Pulau Sembilan dan berjumpa dengan tiga orang pemukat iaitu penyamaran Raja Donan. Raja Madong Bongsu pergi kali kedua ke Pulau Sembilan untuk mencari dan ingin bertemu dengan anakandanya. Raja Donan telah menghidupkan kembali ayahandanya yang mati dibunuh Raja Mambang Nan Bongsu. Kemudian berseru-seru kepada Allah S. 46 . Ketujuh-tjuh bangkai Raja Mambang Nan Tujuh dijadikan makanan buaya putih.W. Mayat ayahandanya diletakkan di atas sebidang tikar putih dan kain putih. Pada masa yang sama.

47 .

5.1 TRANSKRIPSI HIKAYAT RAJA DONAN #kisah bәrlaku di Gunoŋ Mandi Aŋen jaŋ dipәrintah oleh Rajә Madoŋ B ŋsu # Baginda dikurni?akan sәoraŋ putәrә jaŋ laher dәnan pәnuh kәaja?iban # apabilә dilaherkan // putәranә jatuh kә tikar // tikar koja? // jatuh kә lantai // lantai patah dan axirna jatuh kә tanah # kәmudian diambel oleh Bidan Nan Tujuh # laher bәrsamә putәranә // sәbilah pәdan di tanan kanan // sәbiji tәlor di tanan kiri dan sәlaras sәnapan di bahu kanan # putәranә dinamәkan Rajә D nan # # rajә Madon mәmangel Nujum Nan Tujuh kә istanә unto? mәnile? Naseb bae? atau buro? putәranә # әnam ran nujum mәmbuat tile?an Raja D nan akan mәmbawә cәlakә kәpadә nәgәri Gunon Mandi Anen # manakalә Nujum Nan B nsu mәnile? Raja D nan akan mәmbawә tuah kәpadә nәgәri Gunon Mandi Anen # raja Madon B nsu pәrcajә kәpadә tile?an әnam ran nujum dan mәnambel kәputusan untu? mәmbunoh putәranә # namun hasrat baginda tida? kәsampai?an kәrane dihalan oleh Tәmәngon Bәndaharә dan Ma? Inan Tanda Pәnasoh # raja D nan dibawә mәnәmbarә kә Pulau Sәmbilan dan dipәliharә disanә oleh mәrekә bәrduwa dәnan pәnoh kaseh sajan # # sәtәlah mәninkat rәmajә // rajә D nan mәnәban buloh untu? mәmbuat sәrulen di tәpi sәbatan sunai // namun tida? bәrjajә # kәtika itu datan sә?ekor gaga? Bәtinә jan butә bәrsamә sә? ekor ana?nә kә tәmpat raja D nan # buron gaga? Bәrsәtuju untu? mәnajar rajә D nan mәmbuat sәrulen dәnan sarat raja D nan mәmbәrikan kәra? nasi kәpade ana?nә # rajә D nan tәlah mәmukol matә gaga? Dәnan kәra? nasi dan dәnan ta?der tuhan // matә gaga? jan butә mәnjadi cәle? # kәmudi?an buron gaga? Mәnajar rajә D nan carә mәmbuat sәrulen # gaga? mәnuroh rajә D nan mәnәban buloh dan dicampa?kan kә air dan mәnambel buloh jan hanut kә hulu sunai untu? dibuat sәrulen # 48 .

W.# padә wa?tu malamna // rajә D nan mәmbakar g be? untu? mәnelar buloh sәrulen # kәtika itu rajә D nan tәrdәnar buni dәntuman bәdil dari arah nәgәri ajahandәnә jan mәmbәri alamat bahawә nәgәri Gunon Mandi Anen diancam musoh # sәtәlah mәminta izen daripadә Tәmәngon Bәndaharә dan Ma? Inan Tanda Pәnasoh // rajә D nan mәlayan γa?ib kә nәgәri Gunon Mandi Anen unto? mәmbantu ayahandәne # # bәrlaku pәrtarunan hebat antarә rajә Madon B nsu dәnan rajә Mamban Nan Tujoh # rajә Madon B nsu bәrjajә mәmbunoh Mamban Nan Tuwә bәrsamә limә lagi rajә mamban # tәtapi axirnә rajә Madon B nsu bәrjajә dibunoh pula oleh rajә Mamban Nan B nsu # rajә D nan kәmudi?ana bәrpura-pura baә? Sәbagai satu muslihat unto? mәmbunoh rajә Mamban Nan B nsu # rajә D nan mәnjadikan rajә Mamban Nan B nsu sәbagai bapә ankatne dan bәlajar ilmu pәrsilatan dәnanne # kәtika bәlaja bәrsilatlah rajә D nan bәrjaje mәmbunoh rajә Mamban Nan B nsu # kәtujoh-tujoh bankai rajә Mamban Nan Tujoh dijadikan makanan bu?ajә puteh # # sәbәlom pulan kә Pulau Sәmbilan // rajә D nan tәlah mәnhidopkan kәmbali ajahandәne jan mati dibunoh rajә Mamban Nan B nsu # majat ajahandәnә dilәta?kan diatas sәbidan tikar puteh dan kaen puteh # kәmudian bәrsәru-sәru kәpadә Allah S.T dan mәmbanketkan asal usol kәturunannә # padә masә jan samә // rajә D nan mәnabor bәras puteh sәbana? Tigә kali dan mәnenәkan lidi niur gaden kәpadә majat ajahandәnә # # pәrmaisuri tәlah mәmbәritahu rajә Madon B nsu bahawә baginda tәlah dihidopkan oleh ana?andәnә rajә D nan # rajә Madon B nsu insaf dәnan kәsilapan jan tәlah dilakukan dan bәrhasrat unto? mәncari ana?andәnә # baginda bәrankat kә Pulau Sәmbilan dan bәrjumpә dәnan tigә ran pәmukat i?aitu pәnamaran rajә D nan // Tәmәngon Bәndaharә dan Ma? Inan Tandә Pәnasoh # sәtәlah gagal bәrtәmu dәnan ana?andәnә // rajә Madon B nsu pulan sәmulә kә nәgәri 49 .

Gunon Mandi Anen # rajә Madon B nsu pәrgi kali kәduwә kә Pulau Sәmbilan unto? mәncari dan inin bәrtәmu dәnan ana?andәnә # namun // usahәnә jugә gagal kәranә rajә D nan // Tәmәngon Bәndaharә dan Ma? Inan Tandә Pәngasoh mәnjәlmә mәnjadi gabus # 50 .

2 TRANSKRIPSI HIKAYAT RAJA DONAN Dialek Kelantan [ # kisoh ni jaddi di Gunuŋ Mandi Aŋiŋ h ‫ ?כ‬dip it ‫כ‬h oleh aj ‫ כ‬Madoŋ B ‫כ‬su # bagind ‫כ‬ buleh putә ‫ כ‬jate h ‫ ?כ‬bә an ‫ ?כ‬deŋε ajae? # mas ‫ כ‬b an ‫ ?כ‬// putә ‫ כ‬tu jatoh atah tika // tika soj ‫ ?כ‬// jatoh atah lata // lata pat ‫כ‬h pahtu jatoh ttan ‫כ‬h # nj ‫ כ‬ame? k ‫ כ‬to? Bidε # put ‫ כ‬tu b ano? sekali deŋε pәde ttaŋε kanε // sbute tәlo ttaŋε ki ri // bәde bbahu kanε # nam ‫ כ‬putә ‫ כ‬tu aj ‫ כ‬D ‫כ‬nε # # aj ‫ כ‬Madoŋ B ‫כ‬su paŋge nujum nan tujoh tile? nase? putә ‫ כ‬tuh # nnε ‫ כ‬ε nujum kat ‫כ‬ aj ‫ כ‬D ‫כ‬nε akε b ‫כ‬w ‫ ?כ‬cεlak ‫ כ‬k ‫ כ‬nәg i Gunuŋ Mandi Aŋiŋ # so ε nujum kato b ‫כ‬w ‫ ?כ‬tuw ‫כ‬h # aj ‫ כ‬Madoŋ B ‫כ‬su ccaj ‫ כ‬k ‫ כ‬nnε nujum dan dij ‫ כ‬n ‫ ?כ‬bunuh putә ‫ כ‬tuh # tapi t ‫ ?כ‬jadi bunuh sәba? Tәmәngon Bәndaha ‫ כ‬ŋε M ‫ ?כ‬Inε Tand ‫ כ‬Pәnasoh t ‫ ?כ‬se wi # dem ‫ כ‬b ‫כ‬w ‫ ?כ‬aj ‫ כ‬D ‫כ‬ne gi Pula Smilε // pe ‫ כ‬ŋε kaseh sajε # # aj ‫ כ‬Donε po bәsa // aj ‫ כ‬Donε tәbε buloh n ‫ ?כ‬wa? s uleŋ ttәpi suŋa tapi t ‫ ?כ‬jjadi # mas ‫ כ‬tu ma i sek ‫ כ‬bu o gag ‫ ?כ‬ttin ‫ כ‬h ‫ ?כ‬but ‫ כ‬ŋε an ‫ ?כ‬dij ‫ כ‬# bu o gag ‫ ?כ‬n ‫ ?כ‬aja aj ‫ כ‬Donε tapi aj ‫ כ‬Donε kәn ‫ כ‬wi kә ‫ ?כ‬nasi? k ‫ כ‬an ‫ ?כ‬dij ‫ כ‬# aj ‫ כ‬Donε behε mat ‫ כ‬gag ‫ ?כ‬pahtu gag ‫ ?כ‬tu po cәle? # pahtu // gag ‫ ?כ‬su oh h ‫ ?כ‬hanu? di hulu # # malε tu // aj ‫ כ‬Donε baka gobe? // n ‫ ?כ‬sәla buloh sә uleŋ # mas ‫ כ‬tu aj ‫ כ‬Donε dәŋa bbuni bәde da i nәg i aj ‫כ‬h dij ‫ כ‬# ma?n ‫כ‬n ‫ כ‬nәg i aj ‫כ‬h diy ‫ כ‬kәn ‫ כ‬sә ε musoh # aj ‫ כ‬Donε mit ‫?כ‬ izeŋ Tәmәngon Bәndaha ‫ כ‬ŋε M ‫ ?כ‬Inε Tand ‫ כ‬Pәnasoh // pahtu ga?e? # # aj ‫ כ‬Madoŋ B ‫כ‬su ppә ε ŋε aj ‫ כ‬Mambε Nan Tujoh # aj ‫ כ‬Madoŋ B ‫כ‬su bunuh aj ‫כ‬ aj ‫ כ‬Donε tәbε buloh pahtu cap ‫ ?כ‬ddalε a?e // pahtu ame? buloh Mambε Nan Tuw ‫ כ‬ŋε limo lagi aj ‫ כ‬Mambε # tapi ŋәlah kali // aj ‫ כ‬Madoŋ B ‫כ‬su kәn ‫ כ‬bunuh k 51 .5.

T pahtu bbake? asa uso ketu onε dij ‫ כ‬# maso tu jug ‫ ?כ‬aj ‫ כ‬D ‫כ‬nε tabo bә ah puteh tig ‫ כ‬kali // wat kәn ‫ כ‬lidi n ‫ כ‬di maja? aj ‫כ‬h dij ‫ כ‬# # pәrmaisu i ‫כ‬ja? ko aj ‫ כ‬Madoŋ B ‫כ‬su // aj ‫ כ‬D ‫כ‬nε wa? p rido? aj ‫ כ‬Madoŋ B ‫כ‬su # aj ‫ כ‬Madoŋ B ‫כ‬su insa? Pahtu bә aja? n ‫ ?כ‬ca i an ‫ ?כ‬dij ‫ כ‬mula # bagind ‫ כ‬g Pula Smilε pahtu jjup ‫ כ‬ŋε tig ‫ כ כ‬ε mmuka? // padaha aj ‫ כ‬D ‫כ‬nε // Tәmәngon Bәndaha ‫ כ‬ŋε M ‫ ?כ‬Inε Tand ‫ כ‬Pәnasoh nnnama jadi pәmuka? tu # aj ‫ כ‬Madoŋ B ‫כ‬su o kәle? # aj ‫ כ‬Madoŋ B ‫כ‬su gi kali keduw ‫ כ‬tapi d ‫ ?כ‬jjup ‫ כ‬jugo? sәba? Dem ‫ כ‬nnnama jadi gabuh # ] 52 .W.‫ כ‬aj ‫ כ‬Mambε Nan B ‫כ‬su # aj ‫ כ‬Donε po wa? l ‫כ‬l ‫ ?כ‬bba?e? ŋε aj ‫ כ‬Mambε Nan B ‫כ‬su # dij ‫כ‬ wa? aj ‫ כ‬Mambε Nan B ‫כ‬su jjadi aj ‫כ‬h aka? dij ‫ כ‬// pahtu dij ‫ כ‬blaja ssila? ŋε aj ‫כ‬h aka? dij ‫ כ‬tu # mas ‫ כ‬blaja ssila? tu // aj ‫ כ‬D ‫כ‬nε bunuh aj ‫ כ‬Mambε Nan B ‫כ‬su # maja? tujoh-tujoh aj ‫ כ‬Mambε tu jjadi makεnnε b ‫כ‬j ‫ כ‬puteh # # bbәlo bale? k ‫ כ‬Pula Smilε // aj ‫ כ‬D ‫כ‬nε wa? p rido? aj ‫כ‬h diy ‫ כ‬mula # aj ‫ כ‬D ‫כ‬nε lәt ‫ ?כ‬aj ‫כ‬h diy ‫ כ‬atah tika puteh # pahtu aj ‫ כ‬D ‫כ‬nε sә u-sә u k ‫ כ‬Allah S.

dialek Perak (di sebelah Barat). segala perubahan yang berlaku di pusat itu mempengaruhi perubahan-perubahan di pusat lain. Tidak dinafikan bahawa di kawasan-kawasan sempadan terdapat ciri-ciri perbauran antara dialek Kelantan dengan dialek-dialek lain. boleh dikatakan bahawa dari segi fonologinya subdialeksubdialek Kelantan. kita berkecenderungan untuk menimbulkan dua subkawasan utama yang dipisahkan oleh Sungai Kelantan. dialek Kelantan memperlihatkan keseragaman yang agak tinggi khususnya dalam bidang fonologi. Pasir Puteh dan Machang dengan subdialek Kota Bharu dibandingkan dengan subdialek-subdialek Pasir Mas dan Tumpat. 53 . Ini bermakna bahawa dibandingkan dengan dialek-dialek lain di Semenanjung.6. perbezaan-perbezaan tersebut tidak begitu banyak. sungguhpun berbeza di antara satu sama lain. sedangkan arud dari luar ke arah dalam itu kurang. Jika kita melihat kembali kepada sejarah kependudukan Kelantan. kita sudah sedia maklum bahawa negeri ini banyak “mengeksport” orang-orangnya ke negeri lain untuk berdagang dan mencari nafkah.0 PENUTUP Secara keseluruhannya. iaitu subdialek utara dan subdialek selatan. misalnya dengan dialek Patani (di sebelah Utara). melihat betapa dekatnya subdialek-subdialek Bachok. dan ini mengurangkan jurang perbezaan. Kadar keseragaman yang agak tinggi itu mungkin disebabkan oleh kekurangan kemasukan ciri-ciri dari luar. dialek Pahang (di sebelah selatan) dan dialek Terangganu (di sebelah tenggara). Faktor lain yang boleh menyumbang kea rah keseragaman ini boleh juga dikaitkan dengan wujudnya pusat budaya yang berpengaruh sejak berabad-abad lamanya iaitu yang terletak di sebelah utara seperti Kota Bharu atau di sekitarnya. Walau bagaimanapun. Dengan hal yang demikian.

didapati bahawa ada kalanya yang satu berkongsi ciri yang sama dengan subdialek lain. Dalam perbandingan subdialek Palekbang dan Kampung Laut dengan subdialek Kota Bharu. dan ada kalanya tidak. Ini merupakan bukti kesinambungan dan penyimpangan antara subdialek. 54 . di samping bukti bagi perhubungan antara penutur-penuturnya.Setiap subkawasan utama itu dengan sendirinya terdiri daripada subkawasan-subkawasan yang lebih kecil. Demikian juga sebaliknya.

Aslita Sdn. Universiti Kebangsaan Malaysia.Bhd.hoteltravel. Kuala Lumpur.org/wiki/Kelantan James T Collins. 1985. Bangi . 1996.gov. Abdul Hamid Mahmood. Kuala Lumpur. Linguistik Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Guru dan Bahasa Melayu. Asmah Haji Omar.wikipedia.my/ http://en. www. 2007.com/malaysia/kelantan/kota_bharu_map. Dewan Bahasa dan Pustaka.7. en. Kuala Lumpur.wikipedia. Susur Galur Bahasa Melayu. Khazanah Dialek Melayu.org/wiki/Kota_Bharu http://www.Bhd.htm 55 . 2002. Media Printext (M) Sdn.0 BIBLIOGRAFI Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah.kelantan.