You are on page 1of 23

ISI KANDUNGAN

Senarai Kandungan

Muka Surat

Penghargaan

Alat-alat teknologi yang mengatasi had penglihatan manusia Alat teknologi pilihan :periskop

Mari mencipta periskop!!

15

Rujukan

28

PENGHARGA AN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia Nya, saya berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus Sains yang dipertanggungjawabkan bagi semua murid kelas 2 RK ini. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada keluarga saya yang telah banyak memberi bantuan dan sokongan dari segi mental dan material. Tidak dilupakan juga kepada guru matapelajaran Sains saya, Puan Sarina yang telah memberikan garis panduan dan tunjuk ajar sepanjang saya melaksanakan tugasan ini supaya tugasan ini dapat memenuhi kriteria yang dikehendaki.

Penghargaan ini juga saya tujukan

kepada rakan-rakan yang

sudi berkongsi pengetahuan untuk melaksanakan tugasan ini


4

ALAT-ALAT TEKNOLOGI YANG MENGATASI

HAD PENGLIHATAN
MANUSIA

Soalan : Senaraikan semua alat di dunjia yang digunakan untuk mengatasi had penglihatan manusia

TELESKOP

BINOKULAR

PERISKOP

MIKROSKOP

KANTA LEKAP

CERMIN MATA

RIFLE SKOP

MONOKULAR

KALEIDOSKOP

SPOTTING SKOP

RANGE FINDER

KANTA PEMBESAR

RED DOT DKOP

ALAT TEKNOLOGI PILIHAN:

PERISKOP
9

Soalan : Pilih satu alat dengan gambar rajah berlabel

PENGENALAN : APA ITU PERISKOP?

Nama periskop berasal daripada dua perkataan Greek iaitu peri yang bermaksud sekeliling dan scopus yang bermaksud untuk dilihat.Periskop merupakan satu alat optik untuk mengamati objek dari posisi tersembunyi dan membantu manusia untuk melihat objek yang terhalang oleh dinding,sudut dan sebagainya.Periskop digunakan oleh Angkatan Laut agar para pelaut yang berada di dalam kapal selam dapat melihat apa yang ada di permukaan air. Periskop juga biasa dijumpai pada kenderaan yang digunakan ketika perperangan iaitu kereta kebal.

10

Walau bagaimanapun,saya hanya akan menghuraikan berkenaan periskop yang digunakan pada kapal selam.Periskop pada kapal selam panjangnya hamper 60 kaki (18 meter).Pada dasarnya semakin panjang sesuatu periskop,semakin kecil objek yang dapat dilihat oleh pemerhati.Namun binaan periskop pada kapal selam lebih kompleks berbanding periskop mudah yang hanya mempunyai dua cermin satah di dalamya.

11

Bahagian periskop di luar kapal selam

Hasil objek yang dilihat

Bahagian periskop di dalam kapal selam Pemerhati

Kedudukan periskop pada bahagian dalam dan luar kapal selam

Cermin satah 1/ Prisma


12

Objek Cahaya

Kanta pembesar

Mata pemerhati

Cermin satah 2/Prisma

Bahagian dalam periskop pada kapal selam

Soalan : Penerangan cara alat beroperasi

BAGAIMANA PERISKOP
13

PADA KAPAL SELAM BERFUNGSI?

Secara asasnya periskop dibina dan berfungsi hampir sama dengan teleskop, iaitu diperbuat daripada tiub panjang yang mengandungi cermin di kedua-dua bahagian hujungnya.Dua cermin tersebut dimuatkan kedalam tiub dalam keadaan (parallel) dan disengetkan pada sudut 45 darjah Semakin panjang tiub periskop,semakin kecil imej yang terhasil.Oleh sebab itu,periskop yang lebih canggih mempunyai kanta pembesar di sepanjang tiub dan prisma pemantul menggantikan cermin.Prisma digunakan menggantikan cermin kerana cermin bersifat rapuh dan tidak tahan keadaan persekitaran kapal selam dank anta pembesar digunakan untuk membesarkan imej. Periskop pada kapal selam mempunyai binaan tiub yang tebal,kalis air dan tahan tekanan yang wujud di lautan dalam Periskop berfungsi apabila cahaya yang dikumpulkan daripada objek mengenai cermin satah 1 (rujuk rajah di atas) yang diletakkan pada kedudukan 45 darjah dipantulkan pada sudut yang sama. Cahaya tersebut memantul kepada cermin satah 2. Apabila cahaya tersebut mengenai cermin satah 2,ia memantul sekali lagi pada sudut 45 darjah ke arah mata pemerhati.Sesuatu periskop boleh memutar 360 darjah supaya pemerhati boleh setiap sudut di sekelilingnya. setentang

Soalan: Prinsip-prinsip cahaya yang diaplikasikan

APAKAH PRINSIP CAHAYA YANG DIAPLIKASIKAN


14

DALAM PENGGUNAAN PERISKOP PADA KAPAL SELAM?

Cahaya bergerak dalam garisan lurus.Jika ada objek di hadapan kamu yang berdekatan dengan sumber cahaya (matahari,lampu,dll),ia akan memantulkan sinaran cahaya yang lurus daripada sumber tersebut kepada mata manusia bagi membolehkan manusia melihatnya.Walau bagaimanapun,jika objek tersebut tidak bersetentang dengan kamu,kamu tidak dapat melihatnya kerana cahaya hanya bergerak dalam garisan lurus. Prinsip cahaya yang diaplikasikan dalam penggunaan periskop adalah cahaya boleh memantul.Apabila cahaya mengenai sesuatu permukaan, cahaya akan melantun atau memantul. Sifat cahaya ini disebut pantulan. Pantulan ialah pembalikan cahaya daripada sesuatu permukaan.Kaedah pantulan cahaya bergantung pada jenis permukaan.Permukaan rata memantulkan cahaya secara teratur manakala permukaan kasar memantulkan cahaya secara berselerak.Oleh sebab itu,cermin merupakan

bahan yang paling sesuai untuk memantulkan cahaya.Cahaya yang mengenai permukaan licin seperti cermin akan memantul kembali dalam sudut yang sama.

15

MARI MENCIPTA

PERISKOP!

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

16

2 kotak susu 2 cermin kecil ( rata,petak) Pisau (untuk memotong) Pembaris Protaktor Pensil Pita pelekat (masking tape )

Potong bahagian atas kotak susu menggunakan pisau.

Buat lubang dibahagian bawah kotak susu.Tinggalkan kira-kira inci dibahagian sisi lubang tersebut.

1/4 inci

Baringkan kotak .Ukur 45 darjah menggunakan protaktor . Sekarang,dengan menggunakan pembaris dan pensil hasilkan satu garisan.

Potong mengikut garisan tersebut.Jangan potong sehingga ke hujung kotak sehingga kotak terbahagi dua .

Selitkan cermin ke dalam lubang yang telah dipotong . Lekatkan cermin pada posisi 45 darjah menggunakan pita
17

pelekat.

Uji periskop tersebut dengan melihat ke dalam lubang yang dibuat(langkah 2).

Ulangi langkah 1 hingga 6 pada kotak susu yang ke-dua.

Dirikan kedua-dua kotak susu.Pastikan kotak susu yang dibawah lubangnya menghadap mata kamu manakala kotak susu diatas sebaliknya.

Sambung dan lekatkan kedua-dua kotak susu tersebut.

Sekarang, periskop sudah siap!!!.Gunakanlah untuk tengok objek sekitar melepasi tembok yang tinggi.

18

RUJUKAN

19

Laman web
http://www.exploratorium.edu/science_explorer/index.html http://en.wikipedia.org/wiki/Periscope

Buku Rujukan
Buku teks sains m/s:29/22

Orang Perseorangan
Guru Sains : Puan Sarina Bt Darus

20

SEKIAN
21

22

NAMA

:MUHAMMAD SYAHMI BIN ZAINAL ABIDIN

KELAS
TAJUK

:2 RANCANGAN KHAS
:ALAT TEKNOLOGI YANG MEMBANTU MENGATASI HAD DERIA PENGLIHATAN MANUSIA

GURU

:PUAN SARINA BINTI DARUS


23

You might also like