You are on page 1of 36

Maahad Muhammadi Lelaki, Jln Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan KERJA KURSUS KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

PMR 2008

TAJUK: KEPENTINGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI TAMAN GREENWOOD, GOMBAK, SELANGOR DAN

PERBANDINGAN DENGAN NEGARA SINGAPURA.

Nama Calon: Tingkatan: Kad Pengenalan: Angka Giliran: Sekolah :

Muhammad Najib bin Ahmad Zailani 3 Makkah

Maahad Muhammadi Lelaki, Jln Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

Guru Penilai : Tarikh: Tandatangan Guru:

Pn. Hjh. Nooraini bt. Ismail

1.0 TAJUK

Kepentingan jaringan sistem pengangkutan di kawasan Taman Greenwood, Gombak, Selangor dan perbandingan dengan negara Singapura.

2.0 SENARAI KANDUNGAN

Bil 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0 11.0 12.0

Isi Kandungan Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan Penilaian umum

Muka surat 2 3 4 6 8 9 13 15 28 29 35 36

3.0 PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dariNya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi PMR 2008 dengan jayanya. Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan. 3

Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua iaitu Tn Hj Zainuddin bin Che Ismail dan guru pembimbing saya iaitu Pn. Hjh. Nooraini bt Ismail, Tuan Hj. Shafie Zakaria dan guruguru geografi yang lain kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu ayahanda Ahmad Zailani bin Darwis dan bonda Noraini Hj. Abdullah yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit. Terima kasih juga diucapkan kepada adik saya serta rakan-rakan saya yang sangat setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran dan semangat, cadangan serta rujukan di beberapa kawasan kajian. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada penduduk di Taman Greenwood terutamanya sahabat ibunda saya Pn Hazura Long, Tuan Imam Masjid Al-Hikmah, penghulu mukim, bilal, dan lain-lain yang

menjadi responden atau orang sumber kerana banyak membantu saya dengan memberi pelbagai maklumat terkini tentang penduduk di kawasan ini.

Sekian, terima kasih.

Salam hormat daripada saya,

MUHAMMAD NAJIB BIN AHMAD ZAILANI

4.0 PENDAHULUAN
4.1 Nama Kawasan Kajian

Saya membuat kajian di kawasan Taman Greenwood, Gombak, Selangor dan negara yang dibandingkan ialah negara Singapura.

4.2

Mengapa Kawasan Kajian Ini Dipilih


5

Kawasan kajian ini dipilih oleh saya atas sebab-sebab berikut: (a) Kawasan ini berhampiran dengan tempat saya tinggal dan memudahkan kerja- kerja kajian yang perlu saya buat. (b) Kos kajian murah kerana saya tidak perlu menaiki bas atau teksi untuk pergi ke kawasan kajian sebaliknya saya cuma pergi menaiki basikal (c) Sambutan dan sokongan penduduk tempatan di sini agak baik, ramah dan mudah mesra. Mereka memberi galakan dan perhatian kepada saya dalam kes kajian ini.

4.3

Tempoh Masa Kajian Dijalankan Di sini

Kajian yang dijalankan di sini melibatkan tempoh masa kira-kira 2 minggu semasa cuti sekolah dan 3 hari semasa cuti Hari Keputeraan Sultan Kelantan. Kajian dibuat secara berkumpulan dengan adik saya dan sahabat di Sekolah Seri Gombak, Batu Caves, Selangor untuk mempercepatkan masa supaya kajian dapat dihasilkan secepat mungkin. Tempoh pembahagian masa adalah seperti dibawah: (a) (b) 2 hari menjalankan kerja-kerja pemerhatian di kawasan kajian. 3 hari menjalankan kerja-kerja temu bual, temu ramah dengan penduduk kampung, imam, penghulu, ketua kampung dan bilal mengenai kepentingan sistem pengangkutan jalan raya di kawasan kajian, kesan dan langkah mengatasi masalah akibat daripada perkembangan jaringan pengangkutan kawasan kajian. (d) 3 hari membuat rujukan, kerja-kerja lakaran, menanda, kumpul data, merumus data, dan membina peta. (e) 5 hari mengurus isi-isi dan nota-nota kajian, menjalankan kerja-kerja menulis jalan raya di

isi-isi kajian kerja kursus. (f) 7 hari menjalankan kerja-kerja menaip kerja kursus dan semakan terakhir untuk diserahkan kepada guru penilai.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk: 5.1 Untuk mengenalpasti jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya iaitu Taman Greenwood , Gombak, Selangor. 5.2 Untuk menghuraikan dengan lebih jelas faktor-faktor yang mempengaruh jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian.

5.2

Untuk mengetahuai dengan lebih jelas kepentingan jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian.

5.3

Untuk mengenalpasti kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan terhadap alam sekitar di kawasan kajian.

5.4

Untuk mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah yang dihadapi di kawasan kajian

Melalui kajian ini saya berasa bersyukur kerana dapat mengetahui dengan lebih jelas mengenai jaringan sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya seperti jenis-jenis pengangkutan yang ada dan sebab-sebab ia dibina begitu juga

perbandingannya di negara Singapura.

6.0 KAWASAN KAJIAN


6.1 Keterangan Kawasan Kajian

Kajian ini dijalankan di kawasan Taman Greenwood yang terletak di daerah Gombak, Selangor. Taman ini terletak berhampiran dengan Batu Caves di sebelah barat, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sebelah utara, Setapak di sebelah timur dan Sentul di

sebelah selatan.

Jarak di antara Taman Greenwood dengan Batu Caves ialah kira-kira 2 kilometer. Jarak Taman Greenwood ke bandaraya Kuala Lumpur adalah lebih kurang 5 km. Taman Greenwood dihubungkan dengan jalan raya dan lebuh raya ke Kuala Lumpur dan boleh di lalui dari Setapak, Sentul, Batu Caves dan UIA.

Luas kawasan Taman Greenwood adalah lebih kurang 5 km per segi dan keseluruhan kawasan kajian terdiri daripada kawasan rata penuh dengan perumahan, kedai, sekolah dan jalanraya bertingkat. Kawasan ini telah pesat membangun di mana di sini terdapat pusat membeli-belah seperti Pasaraya Giant, kedai, petrol stesen, pasar malam, pasar tani dan lain-lain berbanding masa dahulu. Jalan-jalan raya juga telah banyak dibina untuk menghubungkan kawasan kajian dengan kawasan-kawasan sekitar dan kawasan-kawasan lain.

Kebanyakkan daripada penduduk Taman Greenwood menggunakan jalan raya untuk pergi ke tempat kerja atau ke sesuatu tempat yang ditujui . Pengangkutan awam yang boleh digunakan di Taman Greenwood ialah bas awam seperti Rapid KL atau Metrobus, dan teksi awam.

6.2

Peta Daerah Kawasan Kajian (Taman Greenwood, Gombak)

Peta Daerah Kawasan Kajian (Gombak) Sumber : Internet

6.3

Peta Kawasan Kajian (Taman Greenwood)

10

6.4

Peta Negara Yang Dibandingkan (Negara Singapura)

11

Peta Negara yang dibandingkan iaitu Singapura Sumber: Atlas KBSM Longman, 1994, Longman Sdn Bhd.

7.0 KAEDAH KAJIAN


Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian berikut : a) b) Pemerhatian: Meninjau dan memerhati jenis kenderaan yang terlibat. Rujukan: Internet untuk mendapat maklumat-maklumat yang berkaitan seperti maklumat jaringan sistem pengangangkutan di negara Singapura, data-data

mengenai jaringan pengangkutan di Taman Greenwood, dan pelbagai maklumat yang lain.

12

c)

Buku teks tingkatan 2 dan 3

Pelbagai kaedah kajian telah dibuat untuk mengkaji jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian. Antaranya ialah:-

7.1

Kaedah Pemerhatian

Kaedah ini penting untuk melihat apa yang ada di kawasan kajian seperti jenis-jenis sistem pengangkutan, petempatan, bentuk muka bumi dan lain-lain yang berkaitan dengan kajian saya. Semua yang dilihat akan dicatat dalam buku catatan untuk

digunakan semasa membuat lapuran kajian nanti.

Pemerhatian dibuat dengan cara membuat tinjauan dan penglihatan kawasan kajian. Pemerhaian dibuat terhadap jenis kenderaan yang melalui jalan raya Taman Greenwood dari jam 3 petang hingga 4 petang dalam tempoh 5 hari .

7.2

Kaedah Temu Bual

Temu bual dibuat dengan cara bertanya atau mengemukakan soalan, meminta pandangan atau pendapat daripada orang tertentu. Ini dilakukan secara tidak langsung atau secara langsung apabila bertemu dengan seseorang. Temu bual sering dibuat di rumah responden, di restoran dan kedai makan, di perhentian bas dan teksi dan di mana-mana sahaja yang difikirkan boleh mendatangkan faedah. Biasanya temu bual ini dibuat dengan orang ramai , tuan imam, penghulu, orang tua, dan penduduk di kawasan kajian.

13

7.3

Kaedah Rujukan

Kaedah rujukan ialah dengan cara membaca pelbagai bahan bacaan, menggunakan maklumat yang terdapat dalam peta, atlas dan rujukan peta di pejabat penghulu. Bahanbahan bacaan yang dibaca ialah buku teks, majalah, buku rujukan, akhbar, atlas dan jurnal. Orang sumber seperti Penghulu dan Imam, saudara mara, sahabat ibu bapa yang tinggal juga digunakan untuk memperoleh maklumat yang terkini tentang kawasan

kajian. Maklumat yang diperoleh itu dicatat dan kemudian dianalisis untuk dijadikan bahan dan isi kandungan kerja kursus. Rujukan daripada orang sumber amat penting dan banyak membantu untuk mengenali latar belakang kawasan kajian secara lebih terperinci.

8.0
8.1

DAPATAN / HASIL KAJIAN


Jenis-Jenis Sistem pengangkutan

Sistem pengangkutan yang terdapat di Malaysia ada tiga jenis iaitu darat, air dan udara. Sistem pengangkutan amat penting kepada pembangunan sesebuah negara terutama untuk menghubungkan sesuatu tempat dengan tempat yang lain. Kawasan kajian saya

14

iaitu di Taman Greenwood, Gombak, Selangor dimana tidak ketinggalan mengalami perkembangan dalam sistem pengangkutan.

Sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya ialah pengangkutan darat iaitu jalan raya. Melalui pemerhatian saya di kawasan kajian, jalan raya merupakan pengangkutan utama. Jalan raya utama di sini ialah Jalan Gombak menghubungkan kawasan kajian dengan bandaraya Kuala Lumpur, (Batu Caves di sebelah Selatan, UIA di sebelah Utara, Setapak di sebelah Timur dan Sentul di sebelah Selatan).

Jaringan jalan raya di Taman Greenwood adalah padat. Jaringan jalan raya ini menghubungkan Taman Greenwood dengan kawasan persekitarannya seperti taman

perumahan dan sekolah-sekolah. Pengangkutannya terbahagi kepada pengangkutan awam, persendirian dan barang seperti diterangkan dibawah:-

1. Pengangkutan awam a) Bas awam dan bas untuk ke Stesen LRT b) Teksi c) LRT

2. Pengangkutan persendirian a) Motorsikal b) Kereta c) Basikal

15

3. Pengangkutan barang a) Van b) Lori

Jadual dan graf bar/palang di bawah menunjukkan bilangan dan jenis kenderaan yang menggunakan Jalan Gombak di kawasan kajian dalam tempuh masa pemerhatian iaitu 2 hari dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari, 5.00 petang hingga 8.00 malam. .

Jenis kenderaan Tarikh Hari Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Jumlah

Kereta Bas 213 230 190 200 210 1043 12 12 13 13 13 50

Motosikal Lori 180 170 165 143 150 808 105 90 115 111 120 541

Basikal Jumlah 20 530 15 517 55 538 57 524 55 548 202 2657

16

Dari pemerhatian saya, penduduk sekitaran banyak menggunakan kereta ke tempat kerja dan pulang kerja dan tempuh masa kajian adalah tempuh paling sesak menggunakan Jalan Gombak pada waktu pagi dan petang.

Perbandingan jenis system pengangkutan di Singapura Di Singapura, sistem pengangkutannya juga baik. Terdapat kemudahan jalan raya di setiap pelusuk pulau tersebut antara jenis kenderaan yang terdapat ialah motorsikal, kereta dan kemudahan awam seperti bas dan teksi. Disamping itu terdapat kemudahan MRT (Mass Rapid Transit System) yang terdiri daripada rangkaian landasan bawah tanah dan kemudahan airbus. Sistem pengangkutan di Singapura yang baik telah membantu memperkembangkan ekonomi negara tersebut contohnya penduduk menjadi lebih baik. Sistem pengangkutannya juga memberi keselesaan kepada penduduknya dan pelancong. 8.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistempengangkutan di

Greenwood, Daerah Gombak

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian. Faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di Taman

Greenwood ialah:

17

1.

Bentuk muka bumi di Taman Greenwood

adalah rata dan luas. Melalui

pemerhatian saya di kawasan kajian, sebahagian besar bentuk muka bumi kawasan ini terdiri daripada tanah pamah yang luas dan rata. Keadaan muka bumi yang sedemikian memudahkan pihak kerajaan membina jalan raya

2. Perkembangan ekonomi. Perkembanagan ekonomi yang pesat di Taman Greenwood menyebabkan pembinaan jalan raya diperluaskan. Contoh jalan raya di sini ialah Jalan Gombak, MRR 2 (Middle Ring Road 2) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Terdapat juga sistem keretapi (LRT) yang menghubungkan

Daerah Gombak dengan Kuala Lumpur hingga ke Kelana Jaya untuk memudahkan penduduk di sekitar kawasan kajian.

3.

Perkembangan teknologi. Dengan perkembangan teknologi yang pesat, banyak kilang didirikan dan pengangkutan amat di perlukan bagi menghubungkan rangkaian perniagaan masing-masing.

4.

Kegiatan ekonomi: Penduduk Greenwood rata-rata bekerja dan memerlukan pengangkuatn jalan raya ke tempat kerja yang banyak berpusat di Kuala Lumpur.

18

Bentuk muka bumi

Dasar kerajaan

Faktor-faktor yang mempengarui jaringan sistem pengangkuta n


Kegiatan ekonomi

Kemajuan teknologi

Faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan.

8.3

Kepentingan Jaringan Sistem Pengangkutan

Manakala dari segi ketersampaian pula di Taman Greenwood, melalui penggunaan jaringan sistem pengangkutan di Taman Greenwood, boleh dibahagikan kepada 3 iaitu:
1.

Ia dapat memajukan lagi sektor pelancongan. Ketersampaian yang tinggi melalui jalan raya dapat menarik lebih ramai pelancong tidak kira pelancong domestik

19

atau antarabangsa yang suka melawat tempat-tempat yang menarik seperti Muzium Orang Asli. 2. Selain itu, sistem pengangkutan di Taman Greenwood juga dapat membantu pergerakan penduduk dari satu tempat ke suatu tempat yang lain.
3.

Perkembangan

ekonomi

juga

merupakan

faktor

yang

mempengaruhi

perkembangan jaringan jalan raya di kawasan kajian.

Dengan adanya pusat

membeli-belah Giant, pasar tani dan pasar malam, gedung-gedung perniagaan seperti kedai kain, kedai buku, kedai barang-barang elektronik dan sebagainya telah menyebabkan banyak jalan raya baru telah dibina. Perkembangan jaringan sistem pengangkutan juga disebabkan oleh Dasar Pembangunan Negara(DPN). Kerajaan Malaysia bermatlamat membangunkan negara dengan jaringan pengangkutan yang baik. Dengan itu kerajaan telah menentukan corak dan jenis jaringan pengangkutan yang perlu dibina atau ditingkatkan . Peruntukan diberi untuk memajukan jaringan pengangkutan di kawasan yang dikehendaki termasuk kawasan kajian saya. Kerajaan telah menaikkan taraf jalan raya di kawasan kajian saya iaitu Jalan Kuala Lumpur-Karak dengan membaiki permukaan dan melebarkannya. Saya amat berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah membina jalan raya yang begitu baik dan mempertingkatkan system LRT untuk keselesaan penduduk.

8.4 Kesan-kesan Perkembangan Jaringan Sistem Pengangkutan Terhadap Alam Sekitar di Greenwood, Daerah Gombak, Selangor.

20

Perkembangan jaringan pengangkutan jalan raya di kawasan kajian telah mendatangkan beberapa kesan iaitu kesan positif dan kesan negatif

Kesan-Kesan Perkembangan Jaringan Sistem Pengangkutan Terhadap Alam Sekitar

Hasil daripada temubual saya dengan beberapa orang penduduk di kawasan kajian, dapat disimpulkan bahawa terdapat beberapa kesan negatif akibat daripada perkembangan jaringan pengangkutan terhadap alam sekitar di kawasan kajian

Kesan-kesan Negatif:-

Pencemaran juga berlaku akibat dairpada perkembangan jaringan jalan raya. Akibat daripada pertambahan jumlah kenderaan yang menggunakan laluan utama Jalan Gombak di kawasan kajian telah menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi dan udara . Asap tebal yang mengandungi gas karbon dioksida dan plumbum serta bunyi bising daripada kenderaan seperti lori, bas dan motosikal telah menganggu penduduk di kawasan kajian terutama yang tinggal berdekatan dengan jalan raya

Pencemaran Udara Pelepasan bahan pencemaran daripada kenderaan menyebabkan pencemaran udara di kawasan bandar. Udara tercemar mengandungi kandungan plumbun,

21

karbon dioksida dan karbon monoksida. Gas ini boleh menyebabkan fenomena hujan asid. Debu dalam asap menjadi punca kejadian jerebu. Jerebu boleh kesihatan manusia terutamanya mereka yang menghadapi masalah pernafasan.

Pencemaran Bunyi Pencemaran bunyi juga merupakan satu kesan negatif yang disebabkan oleh perkembangan pengangkutan. Punca pencemaran bunyi yang utama ialah daripada motorsikal, kereta, lori dan sebagainya.

Kemalangan Jalan Raya. Ini kerana Jalan Gombak ke Kuala Lumpur merupakan laluan utama kawasan kajian saya dengan kenderaan yang tidak putus-putus menggunakan laluan ini samada untuk pergi ke bandar Kuala Lumpur di bahagian selatan, ke Kuantan di utara, ke Perak di bahagian barat. Keadaan jalan raya yang bertar, lebar dan permukaan yang tidak berlubang menyebabkan pemandu membawa kenderaan mereka dengan laju. Ini menambahkan lagi berlakunya kemalangan jalan raya.

Kesan Kesan Positif :Walaupun perkembangan sistem pengangkutan di kawasan ini mendatangkan kesan negatif terhadap alam sekitar namun perkembangannya juga dapat memberi keselesan kepada penduduk setempat.

22

Mengurangkan Kesesakan Lalu Lintas Perkembangan jaringan pengangkutan mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Jalan Gombak ini terdapat laluan bertingkat atas bulatan jalan raya dapat mengelakkan kesesakan. Di kawasan ini juga, kemudahan bas Rapid KL ke stesen LRT telah dapat melancarkan perjalanaan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Tahap Ketersampaian Jaringan pengangkutan di kawasan yang baik dapat memudah kan penduduk di kawasan ini untuk bergerak contohnya, Jalan Gombak, Highway Karak Kuala Lumpur dilebarkan untuk menampung jumlah jumlah kenderaan yang semakin banyak. Jaringan pengangkutan yang baik dapat memendekaknmasa perjalanan.

Bagi mengelakkan berlakunya keadaan-keadaan seperti di atas, sebagai pengguna jalan raya kita hendaklah sama-sama menjaga alam sekitar kita agar tidak tercemar dan sebagainya. Kita sebenarnya patut bersyukur dengan kemudahan jalan raya yang disediakan oleh pihak kerajaan.

* Kesan-kesan perkembangan sistem jalan raya di kawasan kajian a. Kesesakan lalu lintas b. Pencemaran udara c. Pencemaran bunyi d. Kemalangan jalan raya

23

Peta minda dibawah menunjukkan kesan-kesan perkembangan Jaringan Sistem Pengangkutan Jalan Raya di Greenwood, Daerah Gombak, Selangor.

Pencemaran udara

Kesan negatif
Kemalangan Jalan raya Pencemaran bunyi Kesesakkan Jalan raya

8.5

Langkah-langkah Menyelesaikan Masalah

Langkah-langkah penyelesaian masalah boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:-

Petrol Tanpa Plumbum Penggunaa petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. 24

NGV (Neutral Gas Vehicle) Pada masa sekarang, semakin banyak kenderaan yang menggunakan NGV yang dapat mengurangkan pembebasan asap. Stesen-stesen minyak di kawasan bandar juga telah menyediakan kemudahan NGV.

Penhijauan Bandar Usaha menanam pokok - pokok boleh mengurangkan pencemaran udara. Pokokpokok ini bolh di tanam di sepanjang jalan raya. Selain daripada mengurangkan pencemaran, ini juga dapat mencantikkan kawasan.

Catalytic Conventer Penggunaan Catalytic Conventer dalam ekzos kereta boleh mengurangkan karbon monoksida yang dilepaskan oleh kereta. Alat ini dapat menukar karbon monoksida yang beracun kepada karbon dioksida.

Penggunaan Kenderaan Berkuasa Elektrik Penggunaan kenderaan awam berkuasa elektrik seperti LRT, monorel, dan komuter dapat memelihara alam sekitar kerana ia mengurangkan masalah pencemaran udara dan bunyi.

Kempen

25

Kempenkempen terhadap penggunaan petrol tanpa plumbum, Catalytic Conventer dan penggunaan kenderaan awam perlu dilancarkan berterusan untuk memberi pengetuhuan kepada penduduk.

Saya bersyukur kerana pihak kerajaan Malaysia telah berusaha mengambil langkah-langkah untuk mengatasi dari semasa ke semasa. Namun begitu, rakyat juga perlu berkerjasama dengan kerajaan supaya setiap program dan langkah yang dilancarkan mendapat kejayaan.

Di Singapura, penggunaan petroleum tanpa plumbum juga telah lama dijalankan di samping langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaannya untuk menanam lebih bannyak pokok-pokok. Penggunaan kenderaan berkuasa elektrik seperti MRT yang beroperasi dibawah tanah dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pencemaran bunyi. Bagi mengatasi masalah kemalangan jalan raya, pengurusan trafik yang lebih efisien diperlu. Pihak polis trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu

memperbanyakkan rondaan atau memantau dari semasa ke semasa jalan-jalan yang menjadi laluan utama agar tidak ada pengguna yang memandu terlalu laju sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan jalan raya. Tindakan undang-undang yang tegas perlu dilaksanakan. Contohnya mengenakan denda yang tinggi kepada pengguna yang memandu melebihi had yang dibenarkan. Tindakan seperti ini juga telah dilaksanakan di negara Singapura seperti membuat rondaan jalan raya sekerap mungkin dan denda yang tinggi kepada pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang jalan raya.

26

Masaalah pencemaran udara boleh diatasi atau dikurangkan dengan menggalakkan pengguna jalan raya memasang alat catalytic converter pada ekzos kereta mereka. Pihak kerajaan juga telah menjalankan kempen menggunakan petrol tanpa

plumbum untuk mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Kerajaan Kanada juga telah menggalakkan pengguna jalan raya di negara mereka

menggunakan petrol tanpa plumbum bagi tujuan yang sama. Saya amat bersyukur kerana langkah ini telah dapat mengurangkan masalah pencemaran udara di kawasan kajian saya negara saya dan seterusnya di seluruh dunia. Kesesakan lalu lintas di kawasan kajian boleh diatasi dengan mengamalkan kempen yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu kongsi kereta atau menggunakan pengangkutan awam seperti bas. Langkah ini boleh mengurangkan bilangan kenderaan terutamanya pada waktu puncak dan seterusnya pengguna boleh sampai ke destinasi masing-masing dengan cepat dan selamat. Saya merasa terharu dan berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana perihatin dengan masalah penduduk. Mudah-mudahan pengguna jalan raya dapat mengamalkan langkah-langkah yang telah diperkenalkan oleh kerajaan demi kepentingan dan keselamatan bersama.

9.0

Rumusan
Kajian yang telah dijalankan di Taman Greenwood, Daerah Gombak ini telah

memberi pengalaman yang sangat berguna kepada saya dan rakan-rakan. Kajian ini membolehkan saya mengenalpasti jenis sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya iaitu jalan raya. Selain daripada itu saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian

27

seperti bentuk muka bumi, Dasar Pembangunan Negara, perkembangan ekonomi dan lain-lain lagi. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas beberapa kepentingan jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian dan juga negara bandingan Singapura seperti meningkatkan tahap ketersampaian, memendekkan masa perjalanan dan mobiliti penduduk. Saya juga dapat mengenalpasti kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian dan negara Singapura serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi kesan negatif akibat daripada perkembangan jaringan pengangkutan tersebut. Akhir kata marilah sama-sama kita sebagai penduduk di Taman Greenwood khasnya dan Malaysia amnya menggunakan jalan raya yang disediakan oleh pihak

kerajaan sebaik mungkin agar kita semua tidak menghadapi masalah-masalah yang boleh menjejaskan kehidupan kita akibat daripada tindakan kita sendiri. Kita sepatutnya bersyukur kerana dikurniakan oleh Allah negara yang aman merdeka dengan pelbagai kemudahan yang disediakan termasuk jaringan sistem jalan raya yang baik

10. LAMPIRAN

10.1 Surat makluman kepada ibu bapa 10.2 Surat pengenalan diri murid 10.3 Surat kebenaran ibu bapa
28

10.1 Surat makluman kepada ibu bapa

Maahad Muhammadi Lelaki Jln Pengkalan Chepa 15400 Kota Bharu, Kelanatan. _______________________________________________________________________ 29

Rujukan: MML 03/11/9 Tarikh : 5hb MAC 2008

Kepada, Semua Ibu Bapa, Pelajar-Pelajar Tingkatan 3 Tahun 2008.

Tuan/Puan,

KERJA KURSUS KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN PMR 2008

Pihak sekolah ingin memaklumkan kepada semua ibu bapa yang berkenaan agar dapat mengambil perhatian dan memastikan anak-anak menjalankan kerja kursus Geografi PMR 2008. Ibu bapa dikehendaki membenarkan anak-anak membuat kajian tempatan ini di kawasan kediaman masing-masing sebagai memenuhi kehendak peperiksaan PMR daripada LPM.

2.

Kajian ini bermula bulan Mac hingga

Mei 2008. Kerja Kursus hendaklah

disiapkan dalam bulan Mei 2008. Ibu bapa hendaklah memantau kerja-kerja yang dijalankan oleh anak masing-masing termasuklah soal keselamatan. Segala kos hendaklah ditanggung oleh pihak ibu bapa. Soal keselamatan anak-anak adalah di bawah tanggungjawab ibu bapa masing-masing.

30

3.

Diharap semoga ibu bapa memberi kerjasama untuk menjayakan kerja kursus ini.

Sekian, terima kasih.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Yang menjalankan tugas,

. (HJ ZAINUDDIN BIN CHE ISMAIL) Pengetua, Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu, Kelantan.

10.2 Surat pengenalan diri murid

Maahad Muhammadi Lelaki Jln Pengkalan Chepa 15400 Kota Bharu, Kelantan. _______________________________________________________________________

31

Rujukan: MML 03/11/8 Tarikh : 5 MAC 2008

Kepada, SESIAPA YANG BERKENAAN

Tuan/Puan, KERJA KURSUS KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN PMR 2008

Dimaklumkan bahawa pelajar yang bernama Muhammad Najib bin Ahmad Zailani adalah pelajar Tingkatan 3 Makkah dari sekolah ini akan menjalankan kajian di kawasan ini berkenaan Kegiatan Ekonomi Penduduk untuk Kerja Kursus Geografi PMR 2008.

2.

Kajian ini bermula bulan Mac hingga Mei 2008 dan perlu disiapkan dalam bulan

Mei. 2008. Oleh itu diharap semoga tuan/puan dapat memberi kerjasama dan memantu kepada pelajar ini agar beliau dapat menjalan kerja-kerja dengan sempurna. Tuan/puan boleh melaporkan kepada pihak sekolah di talian 09-7444003 (Hubungi Hjh Nooraini Ismail) sekiranya didapati pelajar ini berkelakuan tidak bermoral.

3.

Diharap semoga tuan/puan

memberi kerjasama kepada pelajar ini untuk

menjayakan kerja kursus tersebut.

Sekian, terima kasih.

32

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Yang menjalan tugas,

. (HJ ZAINUDDIN BIN CHE ISMAIL) Pengetua, Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu.

10.3 Surat kebenaran ibu bapa

Ahmad Zailani bin Darwis 18, Jalan gombak Ria 2A, Taman Gombak Ria, 68100 Batu Caves, Selangor.

33

________________________________________________________________ Pengetua, Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu, Kelantan. 10hb MAC 2008

Tuan/Puan,

KEBENARAN MENJALANKAN KERJA KURSUS TEMPATAN PMR 2008

KAJIAN GEOGRAFI

Dimaklumkan bahawa saya bapa kepada Muhammad Najib bin Ahmad Zailani dari Tingkatan 3 Makkah membenarkan anak saya untuk menjalankan kerja-kerja kajian Geografi Tempatan sebagai memenuhi kehendak LPM untuk PMR 2008.

2.

Saya faham bahawa semasa menjalankan kajian ini, jika sesuatu yang tidak

diingini berlaku kepada anak saya, saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan undangundang terhadap pihak sekolah.

3.

Diharap semoga kajian tersebut mendapat keputusan yang cemerlang.

Sekian, terima kasih.

34

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Yang benar,

. (AHMAD ZAILANI BIN DARWIS)

11.0

BAHAN RUJUKAN

1 2 3

Abdul Aziz bin Abdul Rahman, 2004, Geografi Tingkatan 2 KBSM, Percetakan Rina Sdn Bhd. Atlas KBSM Longman, 1994, Longman Sdn Bhd. Azmi Mohd Salleh, 2002, Kepentingan Menjaga Alam Sekitar,
35

4 5 6 7

Perlindungan Pengguna, Bil 6 Chong Mui Seng, 2004, Geografi Tingkatan 1 KBSM, Sasbadi Sdn Bhd. Halina Mohd Nor, 2008, Suburkan Budaya Cinta Alam Sekitar, Berita Harian, 24 Mac 2008 Khaw Ah Seng, 2004, Geografi Tingkatan 3 KBSM, PTS Publication Sdn Bhd. Shafiee bin Zakaria, 2005, Tutor Geografi Tingkatan 3 KBSM, Pelangi Sdn Bhd.

36

You might also like