P. 1
Amal Jariah

Amal Jariah

|Views: 13|Likes:
Published by Shahrol Abdul Rahim

More info:

Published by: Shahrol Abdul Rahim on May 24, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/08/2013

pdf

text

original

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah swt , Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah, Amal Jariyah adalah sebutan bagi amalan yang terus mengalir pahalanya, walaupun orang yang melakukan amalan tersebut sudah meninggal dunia. Amalan tersebut terus menghasilkan pahala yang terus mengalir kepadanya. Hadis tentang amal jariyah yang popular dari Abu Hurairah ra. menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya "(Hadis Riwayat Muslim). Selain dari ketiga jenis perbuatan di atas, ada lagi beberapa macam perbuatan yang tergolong dalam amal jariah. Dalam riwayat lain : Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya di antara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan, sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai, dan harta yang disedekahkannya "(Hadis Riwayat Ibnu Majah).

2. Mushaf (kitab-kitab agama) yang diwariskannya : Mewariskan mushaf (buku agama) kepada orang-orang yang dapat memanfaatkannya untuk kebaikan diri dan masyarakatnya. 4. . Menurut keterangan hadis ini. Ilmu yang di sebarluaskan : Menyebarluaskan ilmu pengetahuan yang bermanfaat. tazkirah dimasjid-masjid. Samada untuk ahli keluarga dirumah. Termasuk dalam kategori ini adalah menulis buku yang berguna . menulis kitab-kitab agama dan menyebarkan bahan-bahan Islam melalui artikal-artikal tazkirah samada di facebook atau blog. kursus motivasi. 1. Masjid yang dibina : Membangun masjid. universiti . untuk sekolah-sekolah agama dan maahad tahfiz dan perpustakaan awam. kolej dan institusi) dan pendidikan tidak formal seperti perbincangan ilmiah. 3. "Barangsiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana Allah walau sekecil apa pun. Anak soleh yang ditinggalkan : Mendidik anak menjadi anak yang soleh. baik melalui pendidikan formal (seperti sekolah. Hal ini selaras dengan sabda Nabi SAW. dan sebagainya. ceramah umum. kebaikan yang diperbuat oleh anak soleh pahalanya sampai kepada orang tua yang mendidiknya yang telah meninggal dunia tanpa mengurangkan nilai / pahala yang diterima oleh anakanak tadi. program dakwah.Huraiannya : Di dalam hadis ini disebut tujuh macam amal yang tergolong dalam amal jariah sebagai berikut. maka Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Anak yang soleh akan selalu berbuat kebaikan di dunia.

6. baik untuk berehat sebentar mahupun untuk bermalam dan kegunaan lain yang bukan untuk maksiat. Mengalirkan air secara baik dan bersih ke tampat-tempat orang yang memerlukannya atau menggali sumur di tempat yang sering dilalui atau didiami orang ramai." (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Majah). Sedekah yang diberikan secara ikhlas akan mendatangkan pahala yang berlipat ganda. akan mengalirkan pahala kepada orang yang membinanya. Setelah orang yang mengalirkan air itu meninggal dunia dan air itu tetap mengalir serta terpelihara dari kecemaran dan dimanfaatkan orang yang hidup maka ia mendapat pahala yang terus mengalir. Setiap orang yang memanfaatkannya. 5. "Barangsiapa membina sebuah telaga lalu diminum oleh jin atau burung yang kehausan. Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya sedekah itu benar-benar dapat memadamkan panas kubur bagi pelakunya. (Hadis Riwayat Al-Tabrani) . Rasulullah saw bersabda. Harta yang disedekahkannya : Menyedekahkan sebahagian harta. Sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai. maka Allah akan memberinya pahala kelak di hari kiamat. Semakin banyak orang yang memanfaatkannya semakin banyak ia menerima pahala di akhirat. sesungguhnya orang mukmin kelak di hari Kiamat hanyalah bernaung dalam naungan sedekahnya. 7. Rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan Membangun rumah atau pondok bagi orang-orang yang bermusafir untuk kebaikan.Orang yang membina masjid tersebut akan menerima pahala seperti pahala orang yang beribadah di masjid itu.

Abdul Rahman bin Auf ra.Sedekah dapat dijadikan sebagai pemberi syafaat bagi pelakunya . Barulah bermakna dan bermanfaat segala harta dunia yang dimiliki. Di dalam kubur ia mendapatkan kesejukan berkat sedekahnya dan terhindar dari panasnya kubur.. Inilah sebenarnya yang dikehendaki Islam . Sahabat yang dimuliakan. padahal ketika itu kebanyakan manusia berada di dalam kepanasan yang tiada taranya. Sejarah dengan jelas merekodkan dalam tinta emas kedudukan mereka itu yang begitu berperibadi luhur dalam kerja-kerja membantu golongan miskin. Dalam hadis lain di sebutkan bahawa sedekah itu dapat menolak kemurkaan Allah swt. Mereka langsung tidak sayang dan kedekut dengan harta yang mereka miliki. sebaliknya merekalah yang muncul sebagai penyumbang utama kepada usaha meningkatkan syiar agama termasuk dalam aspek menyalurkan aneka bantuan kepada masyarakat. Pesanan Allah SWT berikut ini wajar kita ingat selalu firman-Nya yang bermaksud : “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian rahmat-Nya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi. ia akan mendapatkan naungan dari amal sedekahnya. Tinjaulah bagaimana mereka yang berada dalam kelompok mukmin yang bergelar hartawan seperti Uthman bin Affan ra. mempamerkan nilai diri yang melandasi tuntutan agama. melepaskan pucuk masing-masing’ sebenarnya tidak ada dalam kamus Islam. kecintaan melampau terhadap nikmat dunia dan kurang peka terhadap golongan memerlukan bantuan. Apa yang ditegah adalah sikap bakhil. sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.” (Maksud Surah al-Qasas ayat 77) . iaitu yang kaya membantu mereka yang miskin. Sikap seumpama ‘enau dalam belukar. Demikian pula di hari kiamat.

” (Maksud Surah al-Baqarah ayat 274). Inilah yang diarahkan kepada kita semua. dan mereka pula tidak akan berdukacita. dan mereka yang meminta-minta serta hidup dalam kemelaratan. daripada apa yang dinyatakan Allah swt. dan tangan yang di atas suka memberi dan tangan yang di bawah suka meminta. dan sesama manusia. baik yang berada dalam kesulitan memenuhi keperluan. “Orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang. itu jelaslah bahawa kita digalakkan supaya berusaha menggandakan usaha mencari kekayaan dunia tetapi dalam kerangka piawai hidup yang seimbang untuk dunia dan akhirat.” (Hadis riwayat Bukhari. Dengan demikian kita sebenarnya dianjurkan berusaha gigih memperoleh kekayaan dunia agar dapat mempertingkat kualiti ibadat yang berhubung secara langsung dengan Allah swt. baginda berpesan kepada kita: “Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. ada berfirman yang bermaksud. Muslim dan Abu Daud) Teruskan beramal jariah kerana inilah jenis amalan yang berterusan umpama air sungai yang mengalir kepada mukmin yang melakukannya samaada ketika mereka masih hidup di dunia ataupun ketika telah meninggal dunia. . Dengan kenyataan yang juga berbentuk satu motivasi buat umatnya.” Sahabat yang dikasihi. dengan cara sulit atau berterang-terangan. Imam al-Khazin dalam tafsirnya memberitahu kita bahawa: “Dikatakan bahawa ayat ini berlaku umum untuk setiap orang yang membelanjakan harta mereka pada setiap waktu dan merata untuk semua kalangan.Justeru. Allah swt. maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tiada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka. Rasulullah saw sepanjang hayat aginda sangat memandang tinggi sikap dermawan yang tidak bakhil dengan menyumbangkan hartanya ke jalan kebaikan. Menyentuh firman Allah swt ini.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->