You are on page 1of 22

ANALISIS :

PETIKAN CERPEN

KEMBALINYA BUNGA CINTA

MURNIMOHAMAT SK CJANGKANG 2013

SINTAKSIS

ANALISIS :
1. NAMAKAN JENIS BINAAN AYAT DI DALAM TEKS. 2. NAMAKAN JENIS BINAAN AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK. 3. PERATUSAN ANALISIS

D20102043111

ISI KANDUNGAN

Halaman

1.0 2.0 3.0 4.0 5.0

Pendahuluan Tujuan Bidang Definisi Sintaksis Analisis aspek Sintaksis Berdasarkan Petikan kembalinya Bunga Cinta

3 3 3 3 5

6.0 7.0 8.0 9.0 10.0 11.0 12.0 13.0 14.0 15.0 16.0

Binaan Ayat Pola Ayat Dasar Ragam Ayat Jenis-jenis Ayat Jenis Ayat Tunggal Ayat majmuk Peratusan Analisis Refleksi Analisis Penutup Rujukan Lampiran cerpen

7 7 11 11 13 14 15 16 17 18 19

1.0 PENDAHULUAN

Kajian sintaksis menumpukan penelitian terhadap proses pembinaan ayat. Ayat menurut pandangan umum terdiri daripada deretan perkataan. Perkataan-perkataan ini disusun dengan cara tertentu bagi membolehkan komunikasi berlaku dalam sesebuah masyarakat bahasa. Dalam bidang sintaksis, aspek yang mendasari binaan sesuatu ayat disebut rumus bahasa. Untuk memahami sintaksis secara umum, pada peringkat awal perlu difahami aspek yang berkaitan dengan struktur, sistem, dan rumus dalam pembinaan sesuatu ayat.

2.0 TUJUAN
Tujuan kajian ini adalah adalah untuk mengkaji dari aspek menamakan jenis binaan ayat yang terdapat dalam akhbar , menamakan jenis binaan ayat tunggal dan ayat majmuk serta memberikan peratusan setiap analisis bagi akhbar tersebut. 3.0 BIDANG

Kajian ini melibatkan aspek sintaksis berdasarkan binaan ayat teks dan jenis binaan ayat tunggal dan ayat majmuk. Ayat Majmuk Ayat Majmuk ialah ayat yang

mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.

4.0 DEFINISI SINTAKSIS 3.1. Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, sintaksis bermaksud

sebagai satu cabang ilmu linguistik yang mengkaji tentang peraturan dan susunan kata dalam sesuatu ayat 3.2 Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi 3, sintaksis

adalah suatu kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mengkaji kaedah pengabungan dan penyusunan perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Seperti pengkaji bahasa yang lain, beliau turut mendefinisikan sintaksis sebagai satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji secara mendalam bentuk, struktur dan binaan sesuatu ayat. Sintaksis juga dimaksudkan sebagai susunan kata-kata dalam sesuatu rangkaikata atau ayat yang membentuk klausa dan frasa.

3.3

Syarifah Nor Syed merujuk kepada Bahasa Melayu Teks Rujukan

Lengkap STPM, sintaksis dijelaskan sebagai satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Kajian yang dimaksudkan ialah merangkumi kajian tentang hukum tatabahasa berkaitan kaedah pengabungan dan penyusunan perkataan untuk menghasilkan sesuatu ayat yang gramatis dan bermakna.

3.4

Dr Ali Mahmood dan Munsyi Zainal Abidin Kasim dalam buku Morfologi

Dan Sintaksis Bahasa Melayu menerangkan bahawa sintaksis ialah satu cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan konstruksi ayat. Sintaksis juga mengkaji proses pembinaan ayat dan hukum-hukum atau peraturan bahasa yang menentukan bagaimana sesuatu perkataan itu disusun dalam serangkai ayat yang bermakna. 3.5 Menurut Samsu Yaacob dalam Senarai Semak Sistem Ejaan

dan Tatabahasa Bahasa Melayu ( Edisi Kemas Kini ), sintaksis adalah suatu bidang linguistik yang mengkaji proses-proses pembinaan ayat. Unsur-unsur yang terdapat dalam binaan sintaksis ialah frasa dan klausa. Gabungan frasa dan klausa akan menghasilkan ayat yang dapat berfungsi dan bermakna. Kesimpulannya, sintaksis boleh dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat. Binaan sintaksis ini seharusnya terdiri daripada beberapa unsur seperti frasa dan klausa atau subjek dan predikat. Proses pembinaan ayat ini didasari hukum dan peraturan yang tertentu agar ayatayat yang dihasilkan mengandungi makna yang lengkap dan difahami. Pembinaan ayat yang gramatis sewajarnya saling dilengkapi frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama yang digabungkan dengan klausa bebas atau klausa tidak bebas.

5.0

ANALISIS ASPEK SINTAKSIS BERDASARKAN PETIKAN KEMBALINYA BUNGA CINTA .

Berdasarkan penulisan pada ruangan Cerpen yang dipetik daripada majalah Mingguan Wanita bertarikh 03 09 Mei 2013 , berikut adalah kajian dan analisis yang menyentuh aspek morfologi dan sintaksis .

5.1

Jenis Binaan Ayat

5.1.1 Aspek Sintaksis

Dalam bahasa Melayu sintaksis merupakan peringkat pembentukan konstruksi ayat yang melahirkan ayat-ayat gramatis. Setiap binaan ayat terhasil daripada satu gabungan dan susunan unit-unit kecil rangkaikata yang terdiri daripada 2 unsur iaitu frasa dan klausa ataupun dikenali sebagai subjek dan pradiket . Unsur-unsur yang terdapat dalam subjek ialah Frasa Nama manakala unsur-unsur yang terdapat dalam pradiket ialah Frasa Kerja, Frasa Sendi Nama, Frasa Adjektif atau Kata Tugas yang menjadi penerang kepada unsur subjek. Contoh yang didapati dari teks ini seperti:

Subjek ( Frasa Nama) Dia

Pradiket (Keterangan)

Mahu mencari kunci motor

Cah

Mula mengangkat beberapa helai baju Badar yang belum berbasuh dari atas kerusi.

5.2 Jenis Binaan Ayat

Dari segi binaan, unsur yang boleh mengisi sesuatu frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan atau sederetan perkataan. Bagi frasa yang terdiri daripada satu perkataan, frasa ini lazimnya terdiri daripada kata inti, sementara frasa yang terdiri daripada sederetan perkataan, frasa ini terdiri daripada kata inti dan unsur penerang atau kata inti dengan kata inti.

6.0 BINAAN AYAT Ayat ialah suatu bentuk bahasa yang terbina dengan adanya sekumpulan kata yang tersusun dalam dua bahagian iaitu SUBJEK dan PREDIKAT. Jumlah ayat tidak terbatas, namun semua itu terbahagi kepada dua golongan sahaja, iaitu:

6.1 Ayat Dasar Ayat Inti ialah ayat dasar yang paling sederhana bentuknya dan merupakan ayat tunggal, yakni terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Contoh ayat dasar yang terdapat dalam teks ini seperti berikut: (a) Dia / tersenyum lebar. (b) Cah / tersenyum lagi. (d) Badar / terdiam sebentar. (e) Cah / menggeleng keras.

6.2 Ayat Transformasi

Di dalam kajian yang dibuat terhadap teks ini, didapati juga terdapat ayat transformasi iaitu ayat lain yang kebanyakannya berasal daripada ayat inti (ayat dasar), tetapi dengan bentuk yang berubah, atau sekurang-kurangnya maksudnya berubah.

Contohnya:

(a) i) Cah nak air? ii) Tok Imam ?

(bentuknya sama tetapi maksudnya berubah menjadi ayat tanya)

(b) i) Dalam bilik air ni ada kerusi. ii) Dipimpinnya Badar meninggalkan katil Cah. (maksudnya sama tetapi bentuknya berubah menjadi ayat songsang) (c) Buang sahajalah cadar lama ini. (bentuk dan maksudnya berubah menjadi ayat perintah) (d) Hendak didukung Cah ke bilik air. (maksudnya sama tetapi bentuknya berubah menjadi ayat pasif).

7.0 POLA AYAT DASAR Dalam teks kajian ini juga pola ayat dasar. Namun begitu, tidak terdapat pola Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN). Pola ayat dasar tersebut seperti berikut; 7.1 Frasa Nama + Frasa Kerja Frasa nama (FN) terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang oleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam ayat. Berdasarkan definisi ini, frasa nama boleh dibina sekurang-kurangnya oleh satu perkataan atau boleh dibina oleh rangkaian beberapa perkataan. Berdasarkan kepada Tatabahasa Dewan, frasa nama merupakan frasa endosentik, iaitu frasa yang mempunyai kata inti. Oleh itu setiap frasa nama perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu kata inti, iaitu kata utama yang membina frasa nama. Inti atau kata utama bagi frasa nama ini ialah kata nama (KN). Frasa yang bergaris di bawah merupakan contoh frasa nama yang hadir di dalam ayat dan menjalankan fungsi sebagai subjek ayat. Frasa kerja ialah frasa yang mengandungi kata kerja sebagai kata inti. Frasa boleh merupakan unit yang terbina daripada satu perkataan, dua, tiga atau sederetan perkataan. Oleh itu, dalam binaan frasa kerja, frasa ini boleh terdiri daripada satu

perkataan, iaitu kata kerja ini menjadi inti kepada frasa kerja berkenaan. Binaan frasa kerja pada umumnya dapat dibahagikan kepada dua bahagian yang utama, iaitu: i. frasa kerja transitif

ii. frasa kerja tak transitif Frasa kerja yang berbeza ini disebabkan oleh kata inti yang mengisi frasa ini sama ada kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif. Jika kata inti terdiri daripada kata kerja transitf. Berdasarkan teks kajian , perkataan yang bergaris merupakan contoh bagi frasa Frasa Kerja ( FK ) . 1. Badar / menelan air liur. 2. Cah / berseloroh. 3. Cah / nak mandi. 4. Cah / ingin bangkit duduk.

7..2 Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)

Dari segi definisi, frasa adjektif (FA) terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam ayat. Berdasarkan definisi ini, FA boleh dibina sekurang-kurangnya oleh satu perkataan atau boleh dibina oleh rangkaian beberapa perkataan. Berdasarkan kepada Tatabahasa Dewan, FA merupakan salah satu frasa endosentik, selain FN dan FK. Oleh itu setiap FA ini perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu kata inti, iaitu kata utama yang membina FA tersebut. Inti atau kata utama bagi FA ini ialah kata adjektif (KA). Frasa yang bergaris di bawah merupakan contoh FA yang hadir di dalam ayat yang menjalankan fungsi penerang nama atau predikat. Berikut merupakan ayat yang mengandungi Frasa nama + frasa adjektif yang terdapat dalam kajian teks tersebut. 1. Wajah Cah nampak berseri-seri. 2. Kulit mukanya kemerah-merahan. 3. Senyum Cah nampak cantik seperti dulu. 4. Busuk sangat badan ini. 5. Badan Cah sudah wangi. 6. Dahi Badar berkerut. 7. Cah sungguh cantik.

7.3 Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS ) Frasa sendi nama tergolong dalam frasa eksosentrik. Frasa eksosentik ialah frasa yang tidak mempunyai kata inti di dalamnya. Frasa eksosentrik ini lazimnya terdiri daripada kata sendi dan diikuti oleh kata nama atau frasa nama. Hal ini menyebabkan frasa ini kerap kali diistilahkan sebagai frasa sendi nama kerana frasa ini didahului oleh kata sendi dan diikuti oleh kata nama atau frasa nama.Unsur yang membina frasa sendi nama ini . Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam frasa sendi nama ialah untuk, di, ke, dari, daripada kepada, dengan dan untuk. Di dalam teks kajian ini, terdapat beberapa frasa sendi nama seperti; 1. 2. 3. 4. 5. 6. Dia ikut langkah Cah hingga ke dalam bilik. Abang simpan sahajalah di dalam almari. Cah longgokkan di atas lantai. Cah menjawab sambil berpaut pada tubuh Badar untuk menarik tubuhnya duduk. Di situ dia tidur apabila kepenatan. Abang di Jannah.

Berdasarkan ayat no.5, kata sendi di sebelum kata arah.kata arah didahului oleh kata sendi di dan kata arah situ. Oleh itu, dalam binaan frasa sendi, frasa ini perlu diisi sekurang-kurangnya oleh dua unsur, iaitu kata sendi (+ kata arah) dan kata nama. 8.0 RAGAM AYAT
Binaan ayat yang lengkap dan gramatis adalah tertakluk kepada satu ayat dasar yang menjadi sumber kepada pembentukan semua jenis ayat yang lain . Jenis ayat-ayat lain ialah ayat terbitan iaitu pola ayat yang lebih kompleks dan panjang kerana ditambah dengan unsur-unsur frasa pada subjek dan pradiketnya. Terdapat 2 jenis ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur diterang dan menjadikan kata kerja sebagai penerang unsur subjek. Ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai unsur diterang . Hasil daripada analisis yang dibuat, teks ini mengandungi begitu banyak ayat aktif. Ayat aktif tersebut antaranya boleh dilihat seperti di bawah;

Ayat aktif :

a) b) c) d) e) f) g) h) i)

Cah berjalan keluar dari bilik tidur. Badar cantas sehelai daun pisang. Cah tertawa kecil. Cah melangkah meninggalkan pokok rambutan itu. Dia berjalan di bawah matahari. Badar tersenyum lagi. Badar terduduk di sisi Cah. Dia sentuh dada Cah yang tidak berombak. Cah pandang wajah suaminya lama-lama.

Subjek ( Frasa nama ) a.. Cah b. Badar c. Cah d. Cah e. Dia f. Badar g. Badar h. Dia

Kata Kerja -berjalan - cantas - tertawa -melangkah meninggalkan -berjalan - tersenyum -terduduk -sentuh

Pradiket (Keterangan) -keluar dari bilik tidur. -sehelai daun pisang. -kecil. -pokok rambutan itu. - di bawah matahari - lagi. -di sisi Cah. -dada Cah yang tidak

berombak. i. Cah -pandang -wajah suaminya lamalama.

b)

Cah kembali untuk mengatur semua perkara demi maruahnya sebagai seorang suami.

Subjek Cah

Kata kerja kembali

Keterangan 1 untuk

Keterangan 2 maruahnya seorang

mengatur demi sebagai suami.

semua perkara

9.0

JENIS-JENIS AYAT

Dalam bidang sintaksis, kajian yang dibuta bukan sahaja kepada ragam ayat malah meliputi struktur dan jenis-jenis ayat. Secara umumnya, jenis ayat terbahagi kepada 4 jenis. Ayat-ayat yang berbeza ini memberi penjelasan dan perbezaan dari aspek intonasi dan fungsinya. Jenis ayat yang dimaksdkan ialah ayat penyata, ayat tanya , ayat seru dan ayat perintah.

a)

Ayat penyata

Ayat

penyata

diucapkan

untuk

membuat

sesuatu

penyataan

atau

mengemukakan keterangan tentang sesuatu perkara.Oleh itu, ayat penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan. Ayat penyata begitu banyak di dalam teks kajian ini. Ayat keterangan di dalam teks seperti berikut;

i)

Fikiran Badar makin bercelaru.

ii)

Dia tersenyum lebar.

iii)

Badar kelam kabut membantu.

b)

Ayat Tanya

Ayat tanya pula diucapkan dengan intonasi yang berbeza jika dibandingkan dengan ayat penyata kerana ayat tanya diakhiri dengan tanda soal. Fungsi ayat ini ialah untuk menyoal atau mengemukakan pertanyaan dan juga mendapatkan maklumat yang diperlukan.Ayat tanya boleh digunakan tanya atau tanpa kata tanya. Ayat tanya di dalam kajian teks ini ialah :

a)

Cah nak ke mana ni ?

b)

Kenapa tak kemaskan ruang tamu ni ?

c) e)

Cah hendak mandi sendiri ? Boleh ke? Apa salahnya makan nasi ayam?

d)

Ayat Seru

Ayat seru pula ialah ayat yang menggunakan tanda seru diakhir ayat dan kata seru dipangkal ayat untuk menyatakan sesuatu perkara yang mengambarkan perasaan. Ayat seru dilafazkan dengan nada yang menggambarkan perasaan seperti marah, terkejut, hairan, sedih dan sebagainya. Berdasarkan teks tersebut, terdapat ayat yang mengandungi kata seru, namun tidak terdapat kata seru bagi membina ayat yang lengkap. Contoh:

a)

Assalammualaikum !

d)

Ayat Perintah

Ayat perintah sering digunakan dalam memberikan arahan dan perintah kepada seseorang. Fungsi ayat ini ialah untuk menimbulkan sesuatu tindakan . Ayat perintah diucapkan dalam bentuk suruhan, larangan, silaan atau permintaan . Contohnya :

a)

Tunggu abang di Jannah.

Analisis yang dibuat ke atas bahan teks menunjukkan penulis lebih banyak menggunakan ayat adjektif dan frasa nama + frasa kerja dan hanya sedikit terdapat jenis ayat seru, perintah mahu pun ayat tanya.

9.0 JENIS AYAT TUNGGAL

Ciri-ciri yang terdapat pada ayat dan dan ayat tunggal menyebabkan kedua-dua bentuk ayat ini sukar untuk dibezakan. Dari segi klausa, ayat tunggal mempunyai ciri yang sama seperti ayat dasar itu terdiri daripada satu klausa, iaitu satu subjek dan satu predikat. Bagaimanapun, berbanding dengan ayat dasar, ayat tunggal boleh diperluaskan dengan menambah unsur keterangan pada bahagian subjek atau predikat ayatnya. Di samping itu, ayat tunggal juga boleh diubah susunannya sama ada subjek mendahului predikat atau predikat mendahului subjek. Sekiranya dianalisis, teks ini mengandungi banyak ayat tunggal seperti contoh di bawah; Contoh: AYAT TUNGGAL Subjek 1. 2. 3. 4. Badar Badar Badar Badar Predikat ketawa kecil. angguk sahaja angguk beberapa kali. terpegun lama.

Berdasarkan contoh ini, dapat disimpulkan bahawa ayat tunggal terbit daripada ayat dasar. Persamaan antara kedua-duanya adalah ayat dasar dan ayat tunggal memiliki satu klausa, iaitu satu subjek dan satu predikat. Bagaimanapun, ayat tunggal tidak lagi merupakan ayat dasar apabila ayat ini memuatkan unsur keterangan atau mengubah susunan subjek dan predikatnya. Oleh itu, tidak semua ayat tunggal tergolong ke dalam ayat dasar, tetapi semua ayat dasar ialah ayat tunggal. Kesimpulannya, ayat dasar menyamai ayat tunggal apabila ayat tersebut terbina daripada satu klausa, iaitu satu subjek dan satu predikat; ayat tersebut hanya terdiri daripada frasa inti, iaitu tiada unsur keterangan; dan ayat tersebut tidak mengalami perubahan dari segi susunannya, iaitu subjek perlu mendahului predikat.
11.0 AYAT MAJMUK

Dalam

pembentukan

wacana

bahasa

Melayu,

khususnya

untuk

laras

akademik, ayat majmuk paling banyak digunakan. Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ayat majmuk dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih mengikut cara tertentu. Oleh hal yang demikian, ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal. Ayat majmuk juga dapat didefinisikan sebagai ayat yang terhasil daripada proses peluasan. Proses peluasan bermaksud penambahan unsur tertentu dalam ayat asal, iaitu ayat tunggal, yang menyebabkan ayat itu mengalami pertambahan maklumat. Peluasan atau pertambahan maklumat itu terjadi dengan penggunaan kata hubung. Berdasarkan teks kajian , hanya terdapat sedikit ayat yang mengandungi ayat majmuk seperti berikut;

1.(a) Ruang tamu itu adalah ruang hidup yang menyimpan segala resah apabila memikirkan keadaan Cah. 1.(b) Ruang tamu itu adalah ruang hidup yang menyimpan segala bimbang apabila memikirkan keadaan Cah.

Kedua-dua ayat di atas ialah ayat tunggal. Apabila kedua-dua ayat itu dicantumkan, akan terhasillah ayat majmuk di dalam teks tersebut seperti berikut:

1.(c) Ruang tamu itu adalah ruang hidup yang menyimpan segala bimbang dan resah apabila memikirkan keadaan Cah. Ayat baharu ini dipanggil ayat majmuk kerana mengandungi dua ayat tunggal yang dicantum dengan menggunakan kata hubung tetapi. Ayat tunggal (1.a) mengandungi satu maklumat sahaja, iaitu resah. Setelah dicantumkan dengan ayat tunggal (1.b) yang mengandungi satu maklumat lain, iaitu bimbang,ayat yang baharu terbentuk 1.(c) itu kini mempunyai dua maklumat. Dengan hal yang demikian, ayat 1.(c) telah mengalami peluasan.

Petikan lain dengan penggunaan kata hubung sambil seperti berikut; 1.(a) Cah menjawab. 1.(b) Cah berpaut pada tubuh Badaruntuk menarik tubuhnya duduk.

Ayat kata hubung : Cah menjawab sambil berpaut pada tubuh Badar untuk menarik tubuhnya duduk.

12.0

PERATUSAN ANALISIS

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. FN + FN FN + FK FN + FA FN + FS AYAT AKTIF

JENIS AYAT

PERATUS 0% 10% 10% 10% 40% 10% 03% 1% 2% 11% 03% 100%

AYAT PENYATA AYAT TANYA AYAT SERU AYAT PERINTAH AYAT TUNGGAL AYAT MAJMUK JUMLAH

13.0

REFLEKSI DARIPADA ANALISIS

Satu analisis dan kajian tentang sintaksis telah dihasilkan berdasarkan kepada petikan Mingguan Wanita yang bertajuk Kembalinya Bunga Cinta bertarikh 03-09 Mei 2013. Setelah dibuat penelitian dan kajian , teks ini boleh diangkat sebagai satu hasil penulisan yang sesuai untuk bacaan umum khasnya golongan pelajar ataupun bukan pelajar. Ini adalah kerana keterangan isi kandungannya yang jelas dan disokong pula oleh penggunaan kata dan struktur ayat yang jelas dan tepat juga, selain cerita yang berbentuk cerpen yang menarik sebagai bacaan semua peringkat umur.

Jika dikaji dari aspek morfologinya, penulis didapati menggunakan frasa-frasa yang mudah dan jelas maknanya. Walaupun terdapat akronim di gunakan di dalam teks ini, namun penerangan maksud kata ini jelas diberikan. Penggunaan golongan kata dan bentuk kata yang tepat dan sesuai dengan penerangan dan maklumat yang hendak diketengahkan dalam penulisan, menjadikan bahan teks ini mudah difahami pembaca khasnya penutur jati bahasa Melayu. Sementelahan pula isu yang diutarakan dalam cerpen penulis adalah isu biasa dalam kehidupan masyarakat.

Penulis menggunakan banyak ayat-ayat ringkas yang memudahkan para pembaca untuk memahami perjalanan dan mesej cerita yang ingin disampaikan. Ini adalah kerana penulis lebih cenderung menggunakan ayat jenis ayat aktif. Ayat aktif mengutamakan subjek dan objek dan disokong dengan pradiket yang menjadi penerang kepada unsur subjek. Dengan penggunaan ayat yang begini akan menarik minat pembaca untuk terus membaca.

Jenis ayat yang diguna tidak hanya tertumpu kepada ayat penyata semata-mata. Hanya sedikit unsur-unsur ayat tanya, ayat seru mahu pun ayat perintah yang digunakan oleh penulis dalam menyampaikan penulisannya. Hasil penulisan yang begini dikira padan dengan mesej yang ingin disampaikan oleh penulis dan dianggap sesuai sebagai cerpen yang menarik. Sekiranya ayat perintah banyak digunakan, sudah tentu cerpen ini akan kelihatan agak janggal berdasarkan kesesuaian tajuk yang diberi..

14.0

PENUTUP

Tatabahasa adalah satu peraturan atau sistem dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu, bidang kajian tatabahasa dan sistem bahasa dianggap amat penting kerana sistem bahasa yang mantap akan menjadi sesuatu bahasa itu releven dan sesuai diguna pakai di sepanjang masa atau zaman. Kini, bahasa Melayu telah banyak berubah. Bermula dengan penggunaan kata yang pelbagai jenis dan kelompok, ditambah pula dengaan penggunaan istilah-istilah baru menjadikan penggunaan bahasa Melayu semakin luas dalam segenap bidang dan lapisan. Oleh itu, adalah menjadi

tanggungjawab semua agar bersama-sama mendukung cita-cita negara untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah sama ada di dalam jurnal, majalah, surat khabar dan sebagainya bagi memantapkan penggunaan dan penguasaan bahasa Melayu.

15.0 RUJUKAN

Maria kajwa. (2013). Kembalinya Bunga Cinta. Kuala Lumpur: Grup Majalah karangkraf. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2011). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. http://yanghuatan.blogspot.com/2012/04/ayat-majmuk.html http://bkree66.blogspot.com/2011/12/ayat-majmuk.html http://pbahasa.dbp.my/wordpress/?p=197

LAMPIRAN

You might also like