You are on page 1of 8

DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh

pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut:

1. 2. 3. 4. 5. 6.

kebolehan kognitif tingkahlaku sosial / perkembangan sosial penguasaan bahsa lisan/pertuturan penguasaan membaca kemahiran perkembangan (developmental skills) kemahiran matematik

CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:

1. Ciri-ciri fizikal
Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.

2. Ciri-ciri intelek
Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.

3. Ciri-ciri sosial dan peribadi


Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka. RASIONAL Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat. MATLAMAT Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah

pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran yang tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari. OBJEKTIF Setiap orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka:

1. Menguasai kemahiran komunikasi 2. Menguasai kemahiran bergaul 3. Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling 4. Menjaga kesihatan dan keselamatan diri 5. Menguruskan hal-hal kehidupan seharian 6. Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif 7. Melibatkan diri dalamkegiatan rekreasi 8. Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor 9. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni 10. Mengembangkan potensi,bakat,dan daya kreatif serta intelek
SASARAN Murid-murid terencat akal ringan yang:

Telah disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak yang bertauliah Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain Tiada kecacatan fizikal yang teruk Tiada mengalami masalah sikap/tingkahlaku luarbiasa seperti hyperaktif (sukar dikawal),ganas atau mental yang teruk Tiada mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan,jantung dan lain-lain. (percubaan selama 3 bulan diberikan kepada murid-murid baru)
Terencat Akal Diskalkulia, Disgraphia, Disleksia Autisme Bermasalah komunikasi Sukakan rutin Berada di dunia sendiri Ekolalia Cederakan diri sendiri Kompulsif tanpa tahu kesan Tidak suka bergaul Tidak ada tentangan mata Kerencatan bahasa Masalah kefahaman Tidak suka disentuh Bermasalah interaksi sosial

Pergerakan berulang-ulang badan

Palsi Serebrum Kecacatan anggota tangan, kaki dan tubuh Masalah pergerakan Masalah postur Kekejangan Pergerakan tidak terkawal Masalah imbangan badan Masalah komunikasi Masalah motor halus/kasar Masalah tulisan Masalah perkembangan motor halus/kasar Komunikasi, Pertuturan dan Bahasa Kecelaruan pertuturan Kecelaruan bahasa Kecelaruan suara Masalah artikulasi Masalah kelancaran Sindrome Down Gangguan Penumpuan ADHD Lambat menyiapkan tugasan Mudah terganggu Masalah kosentrasi Masalah mengurus tugasan Cepat lupa Impulsif Membuat tugasan lain tanpa menyiapkan Memerlukan pengawasan yang lebih Masalah menunggu giliran Hiper Aktif Tidak boleh duduk diam Impulsif Tumpuan perhatian singkat Suka ganggu orang lain Bermasalah Pembelajaran

tugasan terdahulu

Pintar cerdas dan Berbakat Keupayaan umum yang istimewa Kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya IQ tinggi Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran Menguasai hanya satu atau sesuatu kemahiran dengan

mudah dan berkesan

maklumat diperolehi dari pelbagai sumber

CIRI-CIRI MURID PEMULIHAN KHAS


a) Emosi dan tingkah laku Perasaan risau dan rendah diri Perasaan sedih atau hiba atau duka Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran Perasaan takut akan perkara-perkara baru Degil, tidak patuh kepada peraturan-peraturan dan suka melawan b) Sosial Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan. Murid-murid lain benci kepadanya Banyak perangai ganjil seperti menghisap atau mengigit jari Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan Berbohong dan kadang-kadang mencuri c) Kesediaan belajar. Belum bersedia untuk belajar Perbendaharaan kata kurang Lemah Pemahaman Kurang percaya terhadap diri sendiri d) Kesihatan Lemah lembut badan serta kurang zat makanan Pertumbuhan tubuh badan tidak seimbang Tumpuan perhatian terhad Lemah gerak motor kasar dan halus Kesihatan terganggu seperti selalu sakit terlalu lama dan teruk e) Pengamatan Tidak boleh kenal bentuk atau perbezaan turutan Lemah pendengaran bunyi Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah Lambat mengkelaskan benda/ nombor Kesukaran mengkaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru Tidak dapat menyelesaikan masalah Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang Sukar buat kenyataan am Tidak dapat membuat kerja-kerja kreatif Lemah pergerakan dan perbuatan Lemah daya pemikiran Tidak boleh mengingati kembali

PENGURUSAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS


UJIAN SARINGAN a. Ujian saringan ialah

satu instrumen pengkuhan yang menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh murid secara individu untuk dicalonkanbagi mengikuti Program Pemulihan Khas. Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan khas. b. Bahan atau topik dalam ujian saringan merangkumi hanya kerja-kerja yang telah diajarkan dan semasa oleh guru kelas. Oleh itu senarai kemahiran yang diuji hendaklah ditentukan dan direkodkan dalam Jadual Penentuan Ujian. c. Ujian ini boleh dijalankan apabila percalonan diterima. d. Ujian dijalankan secara individu atau kumpulan kecil dan direkodkan dalam borang rekod ujian untuk difailkan.

e. Bilangan

murid yang diterima masuk ke kelas pemulihan khas berdasarkan beberapa

faktor:i. skor yang lemah ii. jenis masalah yang dihadapi oleh murid. iii. ruang yang ada untuk kelas pemulihan khas.
UJIAN DIAGNOSTIK 1. Ujian diagnostik ialah

ujian yang terpenting dalam Program pemulihan khas. Ujian ini digunakan Untuk membantu guru pemulihan khas mengesan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid. 2. Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-masalah yang dialami ketika belajar dan mengenal pastipunca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. 3. Keputusan analisa ujian diagnostik akan menunjukan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan seseorang murid dalam menguasai sesuatu kemahiran.Cara ini dapat membantu guru mengenalpasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan Daerah-daerah kesukaran yang dihadapi. 4. Analisa kesalahan ujian tersebut dapat membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus kepada seseorang murid atau kumpulan dengan lebih tepat. Berkesan dan sistematik.
RANCANGAN PENGAJARAN Ada dua perkara yang perlu diketahui oleh guru pemulihan khas sebelum merancang pengajaran iaitu: i) Apa yang diketahui oleh murid sebelum pengajaran dimulakan. ii) Apa yang perlu diketahui oleh murid selepas pengajaran dilakukan.

Masalah Pembelajaran ( Kanak-kanak Lembam )


MASALAH PEMBELAJARAN (SLOW LEARNER) CADANGAN INTERVENSI DAN KHIDMAT SOKONGAN 1.Penggunaan kaedah Bahan Bantu Mengajar (BBM) turut boleh membantu mempertingkatkan tahap pendidikan dan pemahaman murid. Bersangkutan itu, penyediaan carta-carta yang digunakan dengan kad huruf yang berwarna-warni, akan turut menarik minat murid-murid seperti Siti Hajjar untuk terus fokus kepada pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Tambahan lagi, dengan menggunakan bahan rujukan dan ilmiah seperti buku-buku yang mempunyai gambar-gambar yang menarik. 2.Kanak-kanak bermasalah pembelajaran lembam akan diintervensikan melalui rancangan pengajaran yang lebih berpusatkan kepada individu bukan secara berkumpulan kerana setiap murid-murid khas mempunyai tahap pencapaian yang berbeza. Penyediaan perancangan dan jadual yang strategik oleh guru sebelum mengajar turut mempengaruhi isi kandungan pembelajaran murid semasa proses P & P berlangsung.

Pemilihan kaedah dan khidmat sokongan yang sesuai membantu kanak-kanak lembam untuk mengikuti pengajaran guru dengan lancar dan berkesan. Khidmat sokongan yang boleh digunapakai adalah seperti berikut; a)Pengunaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) Menurut Meese (2001), kanak-kanak lembam memerlukan Rancangan Pengajaran Individu (RPI). RPI adalah satu perancangan pendidikan individu dibuat secara bertulis yang mengandungi perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk kanak-kanak tersebut. RPI juga turut merangkumi pandangan keluarga dan kanak-kanak tersebut serta para profesional lain yang berkaitan. b)Pengajaran Secara Individu Zakaria Abdul Rahman (1992) mengatakan sekiranya terdapat satu kebenaran tentang pembelajaran, ia adalah satu penyataan bahawa setiap individu itu berbeza dan pembelajaran patutlah bermula daripada tahap pelajar berada ke tahap yang dapat dicapai olehnya. Oleh itu sebagai seorang murid yang lembam pengajaran secara individu akan berlangsung dalam RPI kerana mereka memerlukan pengajaran secara individu khusus untuknya. Justeru itu, terdapat beberapa jenis pengajaran individu yang dijalankan mengikut tujuan dan objektif pengajaran tersebut. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) telah menjeniskan pengajaran individu kepada empat, iaitu Munsyi atau tutoring, kursus melalui pos, Rancangan Berunit Mengikut Kecepatan Sendiri dan Pengajaran Terancang, dan Pengajaran Berbantukan Komputer. Namun, pengajaran melalui pos tidak bersesuaian atas murid lembam kerana tidak bersesuaian dengan tahap murid tersebut. c)Mengubah Yang Abstrak Kepada Konkrit Seorang pendidik perlu mengelakkan murid-murid lembab membayangkan sesuatu yang tidak nampak dalam pembelajaran. Pembelajaran akan menjadi lebih mudah sekiranya subjek diajar boleh dilihat dan didengar. Menurut Shaw (2002) strategik mengajar kanak-kanak lembam hendaklah secara jelas dengan mengubah yang abstrak kepada konkrit. Penggunaan kad berwarna dan alat bantuan fotografik akan memudahkan pengajaran guru kerana kanakkanak lembam dapat melihat perkara yang diajar. Penggunaan kad yang pelbagai aras memerlukan imaginasi dan persediaan yang rapi tetapi hasilnya amat bernilai serta bermakna (Brian Cooke, 1976). Pengajaran dan

pembelajaran yang melibatkan banyak pancaindera murid-murid lembam akan mempertingkatkan keupayaan mereka. d)Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti penggunaan Power Point dalam komputer dan electronic dictionary dapat menunjukkan demonstrasi dalam konsep yang kompleks. Ini dapat menarik perhatian kanakkanak lembam untuk mempelajari subjek yang diajar dan mengelakkan mereka daripada berasa bosan terhadap pembelajaran konvensional yang stereotype. Sebagai contoh, Edyburn (1991) telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar istimewa lebih berjaya memperoleh maklumat dengan menggunakan ensiklopedia secara elektronik berbanding dengan penggunaan ensiklopedia bercetak. Selain itu, kajian menunjukkan penggunaan komputer dapat meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran (Jones, Torgeswn dan Sexton, 1987: Torgesen, 1986). e)Terapi Hidro Selain itu, kanak-kanak tersebut juga seharusnya menjalani terapi. Terapi hidro dilihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental kanak-kanak dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja. Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu kanak-kanak tenang walaupun pada permulaannya sesetengah kanak-kanak akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa kanakkanak ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung telah dapat melatih membina keyakinan diri kanakkanak "water confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktiviti seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka kanak-kanak tersebut. f)Cara Kerja Cara kerja pula boleh membantu murid-murid slow learner, sindrom down, disleksia atau terencat akal menjalankan aktiviti. Guru boleh melatih mereka bagaimanakah cara kerja yang betul agar dapat menyiapkan atau menyelesaikan aktiviti yang dijalankan dengan betul dan cepat. Bagi murid slow learner misalnya mereka boleh menjalankan aktiviti tetapi lambat

menyelesaikannya. Sebagai contoh di sini, apabila guru meminta murid mengangkat kotak hadiah yang berwarna biru. Guru memberikan arahan ini berulangkali. Guru tidak harus jemu untuk mengulang-ulang apa sahaja kerana murid-murid ini kurang berupayaan untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru terbabit. sahaja. Guru memberikan bimbingan kepada murid yang tidak dapat memilih kotak berwarna biru tersebut. g)Perkhidmatan Pemulihan Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai iltizam terhadap khidmat sokongan dalam konsep pemulihan menyeluruh berdasarkan prinsip pendekatan pelbagai disiplin untuk Orang Kurang Upaya(OKU). Perkhidmatan ini meliputi di institusi dan di luar institusi dan termasuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO). Perkhidmatan di luar institusi menyediakan pelbagai program bagi membolehkan OKU diintegrasikan sebagai ahli masyarakat, persekitarannya dan setursnya membolehkan mereka berdikari daripada segi ekonomi dan sosial. Manakala perkhidmatan di institusi pula memberikan kemudahan penjagaan, rawatan dan latihan kepada OKU bagi menjadikan merka sebagai ahli masyarakat yang produktif. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, telah diwujugkan kelas-kelas khas yang mengandungi sukatan pelajaran yang dikhaskan mengikut keperluan meraka. Contohnya seperti Kelas Pendidikan Khas dan juga Kelas Pemulihan Khas. Pendidikan yang mana di sediakan untuk mereka menampilkan para pendidik yang telatih dalam pengurusan kanak-kanak berkeperluan khas ini. Bagi Badan Bukan Kerajaan (NGO) pula, wujud pelbagai pertubuhan yang menyediakan perkhidmatan seperti Pusat Jagaan dan Pemulihan Harian Ramah (PJPHR) di Seksyen 10, Shah Alam, Selangor. PJPHR adalah pusat jagaan harian dan latihan pemulihan untuk kanak-kanak kurang upaya fizikal dan mental. Di antara program yang dijalankan di PJPHR ialah penjagaan harian, terapi multisensori, perkembangan awal kanak-kanak, pendidikan kanak-kanak lembam, pemulihan selepas rawatan hospital untuk kanak-kanak dan latihan pemulihan serta jagaan di rumah. Kanak-kanak yang dihantar ke pusat itu telah disahkan oleh pakar perubatan mempunyai masalah-masalah seperti autisme, spastik, hiperaktif, lembam, serebral palsi, sindrom down dan terencat akal.

You might also like