P. 1
Masalah Pembelajaran

Masalah Pembelajaran

|Views: 13|Likes:
Published by mentarihidup

More info:

Published by: mentarihidup on May 26, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/23/2013

pdf

text

original

Masalah Pembelajaran ( Kanak-kanak Lembam

)

MASALAH PEMBELAJARAN (SLOW LEARNER) CADANGAN INTERVENSI DAN KHIDMAT SOKONGAN 1.Penggunaan kaedah Bahan Bantu Mengajar (BBM) turut boleh membantu mempertingkatkan tahap pendidikan dan pemahaman murid. Bersangkutan itu, penyediaan carta-carta yang digunakan dengan kad huruf yang berwarna-warni, akan turut menarik minat murid-murid seperti Siti Hajjar untuk terus fokus kepada pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Tambahan lagi, dengan menggunakan bahan rujukan dan ilmiah seperti buku-buku yang mempunyai gambar-gambar yang menarik. 2.Kanak-kanak bermasalah pembelajaran lembam akan diintervensikan melalui rancangan pengajaran yang lebih berpusatkan kepada individu bukan secara berkumpulan kerana setiap murid-murid khas mempunyai tahap pencapaian yang berbeza. Penyediaan perancangan dan jadual yang strategik oleh guru sebelum mengajar turut mempengaruhi isi kandungan pembelajaran murid semasa proses P & P berlangsung. Pemilihan kaedah dan khidmat sokongan yang sesuai membantu kanak-kanak lembam untuk mengikuti pengajaran guru dengan lancar dan berkesan. Khidmat sokongan yang boleh digunapakai adalah seperti berikut; a)Pengunaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) Menurut Meese (2001), kanak-kanak lembam memerlukan Rancangan Pengajaran Individu (RPI). RPI adalah satu perancangan pendidikan individu dibuat secara bertulis yang mengandungi perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk kanak-kanak tersebut. RPI juga turut merangkumi pandangan keluarga dan kanakkanak tersebut serta para profesional lain yang berkaitan. b)Pengajaran Secara Individu Zakaria Abdul Rahman (1992) mengatakan sekiranya terdapat satu kebenaran tentang pembelajaran, ia adalah satu penyataan bahawa setiap individu itu berbeza dan pembelajaran patutlah bermula daripada tahap pelajar berada ke tahap yang dapat dicapai olehnya. Oleh itu sebagai seorang murid yang lembam pengajaran secara individu akan berlangsung dalam RPI kerana mereka

memerlukan pengajaran secara individu khusus untuknya. Justeru itu, terdapat beberapa jenis pengajaran individu yang dijalankan mengikut tujuan dan objektif pengajaran tersebut. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) telah menjeniskan pengajaran individu kepada empat, iaitu Munsyi atau “tutoring”, kursus melalui pos, Rancangan Berunit Mengikut Kecepatan Sendiri dan Pengajaran Terancang, dan Pengajaran Berbantukan Komputer. Namun, pengajaran melalui pos tidak bersesuaian atas murid lembam kerana tidak bersesuaian dengan tahap murid tersebut. c)Mengubah Yang Abstrak Kepada Konkrit Seorang pendidik perlu mengelakkan murid-murid lembab membayangkan sesuatu yang tidak nampak dalam pembelajaran. Pembelajaran akan menjadi lebih mudah sekiranya subjek diajar boleh dilihat dan didengar. Menurut Shaw (2002) strategik mengajar kanak-kanak lembam hendaklah secara jelas dengan mengubah yang abstrak kepada konkrit. Penggunaan kad berwarna dan alat bantuan fotografik akan memudahkan pengajaran guru kerana kanak-kanak lembam dapat melihat perkara yang diajar. Penggunaan kad yang pelbagai aras memerlukan imaginasi dan persediaan yang rapi tetapi hasilnya amat bernilai serta bermakna (Brian Cooke, 1976). Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan banyak pancaindera murid-murid lembam akan mempertingkatkan keupayaan mereka. d)Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti penggunaan „Power Point‟ dalam komputer dan „electronic dictionary‟ dapat menunjukkan demonstrasi dalam konsep yang kompleks. Ini dapat menarik perhatian kanak-kanak lembam untuk mempelajari subjek yang diajar dan mengelakkan mereka daripada berasa bosan terhadap pembelajaran konvensional yang „stereotype‟. Sebagai contoh, Edyburn (1991) telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar istimewa lebih berjaya memperoleh maklumat dengan menggunakan ensiklopedia secara elektronik berbanding dengan penggunaan ensiklopedia bercetak. Selain itu, kajian menunjukkan penggunaan komputer dapat meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran (Jones, Torgeswn dan Sexton, 1987: Torgesen, 1986). e)Terapi Hidro Selain itu, kanak-kanak tersebut juga seharusnya menjalani terapi. Terapi hidro dilihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental kanak-kanak dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.

Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu kanak-kanak tenang walaupun pada permulaannya sesetengah kanak-kanak akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. sindrom down. ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktiviti seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka kanak-kanak tersebut. Guru memberikan arahan ini berulangkali. Bagi Badan Bukan Kerajaan (NGO) pula. Sebagai contoh di sini. Guru boleh melatih mereka bagaimanakah cara kerja yang betul agar dapat menyiapkan atau menyelesaikan aktiviti yang dijalankan dengan betul dan cepat. Manakala perkhidmatan di institusi pula memberikan kemudahan penjagaan. telah diwujugkan kelas-kelas khas yang mengandungi sukatan pelajaran yang dikhaskan mengikut keperluan meraka. Perkhidmatan ini meliputi di institusi dan di luar institusi dan termasuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO). sahaja. persekitarannya dan setursnya membolehkan mereka berdikari daripada segi ekonomi dan sosial. Selangor. Guru tidak harus jemu untuk mengulang-ulang apa sahaja kerana murid-murid ini kurang berupayaan untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru terbabit. f)Cara Kerja Cara kerja pula boleh membantu murid-murid slow learner. Perkhidmatan di luar institusi menyediakan pelbagai program bagi membolehkan OKU diintegrasikan sebagai ahli masyarakat. Melalui terapi seumpama ini. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas. disleksia atau terencat akal menjalankan aktiviti. Secara tidak langsung telah dapat melatih membina keyakinan diri kanak-kanak "water confidence". Shah Alam. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa kanak-kanak ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. wujud pelbagai pertubuhan yang menyediakan perkhidmatan seperti Pusat Jagaan dan Pemulihan Harian Ramah (PJPHR) di Seksyen 10. PJPHR adalah pusat . Guru memberikan bimbingan kepada murid yang tidak dapat memilih kotak berwarna biru tersebut. rawatan dan latihan kepada OKU bagi menjadikan merka sebagai ahli masyarakat yang produktif. Contohnya seperti Kelas Pendidikan Khas dan juga Kelas Pemulihan Khas. g)Perkhidmatan Pemulihan Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai iltizam terhadap khidmat sokongan dalam konsep pemulihan menyeluruh berdasarkan prinsip pendekatan pelbagai disiplin untuk Orang Kurang Upaya(OKU). Pendidikan yang mana di sediakan untuk mereka menampilkan para pendidik yang telatih dalam pengurusan kanak-kanak berkeperluan khas ini. apabila guru meminta murid mengangkat kotak hadiah yang berwarna biru. Bagi murid slow learner misalnya mereka boleh menjalankan aktiviti tetapi lambat menyelesaikannya.

serebral palsi. hiperaktif. pendidikan kanak-kanak lembam. . terapi multisensori. perkembangan awal kanak-kanak. Di antara program yang dijalankan di PJPHR ialah penjagaan harian.jagaan harian dan latihan pemulihan untuk kanak-kanak kurang upaya fizikal dan mental. spastik. Kanak-kanak yang dihantar ke pusat itu telah disahkan oleh pakar perubatan mempunyai masalah-masalah seperti autisme. sindrom down dan terencat akal. lembam. pemulihan selepas rawatan hospital untuk kanak-kanak dan latihan pemulihan serta jagaan di rumah.

iaitu „kanak-kanak yang dari segi intelek. cacat fizikal dan termasuk kanak-kanak pintar cerdas. Kanak-kanak berkeperluan khas adalah seperti kanak-kanak cacat penglihatan. Menurut Gargiulo (2003). sosial atau emosi.pendidikan khas masalah pembelajaran ESEI BERFOKUS Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa. Dengan kata lain. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan. fizikal. pendidikan khas merupakan satu perkhidmatan pendidikan yang berbentuk khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini. terencat akal. hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa‟ (Chua. tidak mencapai tahap pertumbuhan dan penyuburan biasa. pendidikan khas merupakan program pengajaran khusus yang di reka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Mereka merupakan contoh kanak-kanak yang memerlukan satu bentuk pendidikan yang khusus bagi setiap individu kerana setiap kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pendekatan pembelajaran yang berbeza-beza supaya mereka dapat belajar dengan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan yang dimiliki. peralatan dan kaedah pengajaran yang khusus. cacat pendengaran. 1982). .

Oleh itu. Seterusnya. bercakap. Faiz merupakan kanak-kanak autisme dan dalam masa yang sama. kanak-kanak yang dikenali sebagai Faiz (bukan nama sebenar) merupakan kanak-kanak berkeperluan khas. dapatlah disimpulkan bahawa pendidikan khas masalah pembelajaran ini ditubuhkan untuk membantu kanak-kanak berkeperluan khas ini mengurus diri mereka sendiri sekaligus membolehkan mereka merasa tidak tidak terpinggir daripada kalangan orang yang normal. Faiz mempunyai sedikit sikap hiperaktif. komunikasi atau penulisan.Masalah pembelajaran pula yang didefinisikan oleh Jabatan Pendidikan Khas sebagai kanakkanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. menurut IDEA mengenai istilah masalah pembelajaran ialah kanak-kanak yang mempunyai proses psikologi yang tidak teratur termasuk perkembangan pemahaman atau penggunaan bahasa. Kanak-kanak ini mempunyai masalah dalam mendengar. menulis atau membuat pengiraan. Faiz dipilih dalam kajian kes ini kerana kanak-kanak autisme merupakan kanak-kanak yang sangat unik. Namun begitu. membaca. Berdasarkan kajian kes yang telah dilakukan. namun begitu kanak-kanak autisme mempunyai kelebihan dan . tumpuan diberikan kepada autisme kerana ciri-ciri tersebut merupakan ciri dominon yang terdapat pada Faiz. Kanak-kanak berkeperluan khas ini mempunyai pelbagai tingkah laku yang berlainan.

beliau membawa anaknya melakukan pemeriksaan doktor dan barulah beliau mengetahui anak beliau merupakan kanak-kanak istimewa.keistimewaan yang tersendiri jika kita berjaya mendorong mereka melakukan sesuatu yang baik. Akhirnya. semasa berkomunikasi Faiz tidak memandang ke arah orang yang bercakap dengannya. Setelah meningkat usia. Faiz lebih banyak menyendiri dan melakukan sesuatu perkara berulang-ulang kali seperti memetik suis dan memanjat pagar. Istilah autisme ini timbul daripada perkataan asalnya iaitu autos yang bermaksud diri . Berdasarkan temubual dengan ibu Faiz. Hal ini membuatkan beliau hairan dengan tingkah laku anak bongsunya itu. kanak-kanak autisme ini mempunyai kepintaran yang luar biasa dan memiliki kemampuan kognitif yang baik. keadaan Faiz semakin teruk kerana Faiz tidak seceria kanak-kanak lain. beliau menyatakan bahawa pada awalnya Faiz kelihatan seperti kanak-kanak normal ketika bayi. Namun begitu. beliau mula risau mengenai Faiz apabila dilihat anaknya tidak aktif seperti bayi lain malah anaknya juga tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Namun begitu. Beliau melihat kanak-kanak tersebut menghadapi masalah dalam komunikasi harian mereka. Sejarah autisme bermula pada tahun 1943 apabila ahli psikiatri kanak-kanak dari Amerika iaitu Leo Kanner melakukan kajian selama beberapa tahun ke atas 11 orang kanak-kanak. mereka juga sering bersendirian dan berada dalam dunia sendiri. Malah.

Faiz juga hanya mampu menuturkan beberapa perkataan sahaja dengan jelas. Berdasarkan anggaran yang dibuat 75 peratus kanak-kanak autisme mempunyai masalah kerencatan akal daripada peringkat ringan hingga serius. Ciri-ciri yang terdapat pada Faiz sebenarnya boleh dikenal pasti apabila berusia dua tahun setengah ataupun tiga tahun. autisme ialah keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. pemikiran. interaksi sosial. Hal ini menyebabkan dia gagal memulakan atau melibatkan diri dalam komunikasi. Masalah utama yang dihadapi oleh Faiz ialah kemahiran komunikasi dan daya ingatan yang pendek. Faiz seolah-olah berada di dalam dunianya yang tersendiri. Sekiranya tidak diberi rawatan ataupun tidak dibantu . Manakala 25 peratus daripadanya memiliki IQ seperti kanak-kanak normal. Kesimpulannya. Dengan erti kata lain. Ini akan menjadi masalah yang serius jika dibiarkan berterusan. Hal ini kerana ciri-ciri autisme dapat dilihat dengan lebih jelas pada usia tersebut. komunikasi. Autisme adalah gangguan dalam perkembangan mental kanak-kanak menyebabkan mereka mengalami masalah pertuturan. pola bermain dan juga mempunyai tingkah laku yang luar biasa.sendiri danisme iaitu suatu aliran. Ciri-ciri yang dapat dilihat pada Faiz ialah Faiz mempunyai kebolehan mendengar dan melihat tetapi dia tidak mengikut norma-norma yang biasa kerana kadangkala dia seolah-olah tidak memahami apa yang dituturkan dan apa yang dilihat oleh Faiz. perilaku emosi.

Walaupun begitu. ia akan menjejaskan kehidupan sosial Faiz pada masa hadapan. Faizjuga tidak mampu memberi tumpuan yang lama di dalam kelas. kadang kala Faiz akan memaparkan tingkah laku dan pola perkembangan yang berbeza. Faiz memberi tumpuan sepenuhnya apabila salah seorang guru Faiz menggunakan multimedia sebagai alat bantu mengajar. Hal ini juga akan menyebabkan Faiz merasa tersisih daripada masyarakat normal yang lain. pada waktu rehat apabila Faiz berada bersama-sama rakan sekelasnya dan murid-murid normal. . Sebagai contoh. Apabila masalah ini lambat ditangani oleh guru mahupun ibubapa. kita tidak mampu kanak-kanak autisme dengan kanak-kanak normal. Ciri-ciri seterusnya ialah kanak-kanak seperti Faiz ini sentiasa menimbulkan kekeliruan kerana mereka kelihatan normal seperti kanak-kanak lain. Hal ini membuatkan Faiz memberi tumpuan kerana Faiz amat berminat dengan cerita tersebut. Dia hanya mampu bertahan selama beberapa minit sahaja namun begitu berdasarkan pemerhatian yang dibuat. ia akan memberi kesan yang serius pada perkembangan Faiz dalam semua bidang terutama bidang kemahiran sosial dan komunikasi.mempertingkatkan kemahiran komunikasi. Guru tersebut menyelitkan setiap perkara yang diajar dengan video. Masalah seterusnya daya ingatan yang singkat menyebabkan Faiz tidak mengingati apa yang diajar oleh guru.

Sebagai contoh. Faiz mengamuk apabila gambar dan video mengenainya diambil ataupun dirakam. Faiz akan mengamuk apabila melakukan sesuatu yang tidak diingini olehnya. Ciri-ciri kanak-kanak autisme dari segi emosi ialah emosi kanak-kanak autisme seperti Faiz ini mudah berubah-ubah dan sangat sukar untuk diramal.Ciri-ciri kanak-kanak autisme dari segi gangguan deria ialah tidak suka dipegang atau disentuh. Faiz kelihatan tidak selesa malah dia akan menjeritjerit. di dalam kelas matematik Faiz tidak suka disentuh oleh gurunya apabila guru Faiz mengarahkan semua pelajar menulis nombor satu hingga tiga. sensitif pada bunyi yang kuat dan menutup telinga. kajian menunjukkan jika salah seorang daripada kembar seiras mengalami . Selain itu. guru tersebut memegang tangan Faiz dan membantu Faiz menulis nombor tersebut. Sebagai contoh. Punca masalah yang menyebabkan autisme adalah kompleks. Apabila melihat keadaan Faiz yang hanya mendiamkan diri. Faiz juga sangat sensitif pada bunyi yang kuat sebagai contoh bunyi kapal terbang yang sangat kuat membuatkan Faiz menutup telinganya dan Faiz kelihatan seperti ketakutan. Kajian mendapati faktor genetik juga memainkan peranan penting dalam penyebabkan berlakunya autisme ini. Namun begitu. Sebagai contoh. Ciri-ciri ini merupakan ciri-ciri yang terdapat pada Faiz berdasarkan pemerhatian yang dibuat. Autisme berlaku disebabkan satu masalah biologi yang menganggu perkembangan dan sistem saraf otak.

yang merosakkan sel-sel otak. turut mempengaruhi pertumbuhan sel otak seterusnya menganggu fungsi otak bayi yang dikandungi itu terutama dalam aspek fungsi pemahaman. Dari aspek kognitif. punca masalah ialah jangkitan virus yang dihidapi oleh ibu semasa hamil. Toxo. dapat dilihat dengan jelas perbezaan perkembangan kognitif kanak-kanak normal dengan kanakkanak autisme.autisme. Malah. Contohnya. komunikasi dan interaksi. Misalnya. susu yang berasaskan daripada haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicernakan dengan baik. aspek perkembangan kanak-kanak iaitu Faiz dapat dilihat dari aspek kognitif. pendarahan. Herpes. Kemudian. sosial dan emosi. punca autisme yang telah dikenal pasti ialah masalah pencernaan yang kurang baik. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat. ianya diserap kembali oleh tubuh. lalu memasuki aliran darah lalu terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfn dan gliadrofin. Selain itu. fungsi otak terganggu yang melibatkan fungsi kognitif. perhatian dan tingkah laku. Faiz merupakan kanak-kanak yang mempunyai daya kognitif yang lemah . bahasa. Hal in terjadi disebabkan protein daripada makanan ini tidak ditukar menjadi asid amino atau peptone yang dibuang. komunikasi resetif. keracunan makanan. pemakanan yang tidak berzat. komunikasi. Disebabkan punca ini. Lebih daripada 60% kanak-kanak autisme mempunyai sistem percernaan yang kurang baik. risiko untuk kembarnya menghadapi autisme atau masalah interaksi sosial dan kefahaman bahasa amat tinggi. Rubella.

Maka. kanak-kanak seperti Faiz ini mempunyai tumpuan yang singkat namun begitu mereka akan memberi tumpuan sepenuhnya apabila aktiviti yang dilakukan berjaya menarik minat mereka. seperti yang diketahui. Namun. Hal itulah yang menjadikan mereka sukar membuat atau memahami jenaka. Sebagai contoh. Individu autisme ini selalunya tertarik kepada sesuatu aspek sahaja. Peringkat pertama iaitu menumpukan perhatian di dalam pemerolehan maklumat. kanak-kanak ini juga mampu menerima input daripada deria tetapi mereka tidak mampu memilih isi-isi penting yang terdapat dalam ayat yang didengari olehnya. Namun begitu. membuat anologi dan sebagainya. mereka tidak mampu memberi tumpuan terhadap perkara-perkara yang mampu dikaitkan dengan ingatan masa lalu dan mengimbas kembali sesuatu perkara. .sepertimana kanak-kanak autisme yang lain. Faiz amat alat muzik walaupun dia tidak mengetahui cara penggunaannya dengan betul. Disebabkan itu. input yang diterima kekal tanpa sebarang perubahan. maka kegagalan mengenal pasti aspek yang sesuai bagi alat muzik tersebut membuatkan keupayaan Faiz untuk bermain adalah terhad. Selalunya maklumat yang diterima akan diproses dan disimpan dalam bentuk ingatan jangka pendek mahupun ingatan jangka panjang dan akan dikeluarkan semula apabila diperlukan. sesetengah kanak-kanak autisme mempunyai perkembangan kognitif yang tinggi dan juga berbakat antaranya Matt Savage iaitu seorang pemain piano yang merupakan kanak-kanak autisme. Selain itu. kanak-kanak autisme ini tidak mampu berbuat demikian.

Kanak-kanak autisme ini banyak bergantung dan menuturkan perkataan-perkataan yang mereka ingat secara hafalan iaitu berdasarkan interaksi mereka dengan ibubapa dan guru semasa di rumah mahupun di sekolah.Aspek kedua yang boleh dilihat ialah aspek bahasa. Sebagai contoh. Masalah perkembangan bahasa individu tersebut dapat dibahagikan kepada empat iaitunonsegmental phonology iaitu mereka tidak mampu menghasilkan pertuturan yang nonsegmental (prosodi). Hal ini berbeza dengan perkembangan kanak-kanak normal yang mampu menuturkan sesuatu dengan menunjukkan perbezaan dalam intonansi dalam percakapan mereka. Selain itu. pertuturan yang monotonus dengan nada suara yang terhad dan tidak menunjukkan perbezaan dalam intonansi dalam percakapan. Dia mengingati nama timbangannya dan dia selalu menyebut nama timbangannya itu. Faiz merupakan individu yang mempunyai masalah bahasa. Perkataan yang dituturkan mempunyai proses semantik yang ganjil dan kekurangan dalam kefahaman. bahasa idiosinkrantik iaitu perkataan dan frasa yang dituturkan adalah unik. Hal ini terjadi disebabkan perkembangan bahasa Faiz adalah terhad dan tidak fleksibel. pengeluaran bunyi vokal yang berubah-ubah turun naiknya dan tidak seperti biasa. Seperti yang telah diketahui. Seterusnya. Dia mudah mengingati perkataan-perkataan yang pertama kali dia pelajari dan tidak tahu membuat generalisasi untuk menggunakan perkataan tersebut dalam situasi yang . Perbezaan prosodi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak autisme ialah irama yang stereotaip. panggilan diri Faiz iaitu mamat.

Hal ini menunjukkan perbezaan dengan kanak-kanak normal yang berkomunikasi apabila menginginkan sesuatu malah memahami bahasa badan mahupun ekspresi yang dibuat. ekolalia lewat iaitu diucap agak lewat selepas perkataan disebut dan ekolalia terakhir ialah ekolalia ringan iaitu pengulangan segera tetapi terdapat perubahan apa yang dipertuturkan. . Perkembangan kanak-kanak autisme juga dapat dilihat menerusi perkembangan komunikasi. Keadaan ini terjadi disebabkan dia sukar memahami dan mengunakan perkataan yang berubah makna mengikut konteks. Faiz mengalami ekolalia lewat kerana dia lambat menuturkan sesuatu yang didengari olehnya. dia juga sukar untuk memahami bahasa badan dan ekspresi orang lain. Akhir sekali ialah ekolalia yang membawa maksud kanak-kanak autisme mengulang-ulang apa yang dicakapkan tanpa niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatik. Terdapat 3 jenis ekolalia iaitu ekolalia serta-merta iaitu pengulangan yang sertamerta apabila perkataan disebut. Ini membuatkan dia tidak memahami perasaan orang lain dengan betul dan sentiasa melakukan kesilapan di dalam tindak balas yang dibuat. Faiz merupakan individu yang tidak mempunyai sebarang niat mahupun keinginan untuk berkomunikasi dengan orang lain.baru. Malah. Penggunaan kata ganti nama ini banyak menimbulkan kekeliruan dalam diri kanak-kanak autisme seperti Faiz. Pembahagian seterusnya ialah masalah kata ganti nama.

Ini disebabkan dia lebih berminat bercakap mengenai dirinya berbanding memahami orang lain juga mempunyai idea. Masalah tingkah laku sosial ini boleh dilihat dari 3 kategori iaitu penghindaran sosial. Faiz merupakan kanak-kanak yang sukar membuat hubungan secara emosi dengan orang lain kerana dia tidak memahami bahawa perasaan tertentu boleh ditunjuk dalam cara yang tidak salah faham. Hal ini kerana dia selalu mengelak daripada bertentang mata ketika bercakap. tidak tahu memulakan perbualan. . kanak-kanak seperti Faiz ini menjadi handikap apabila berinteraksi dengan orang lain.Dari aspek perkembangan sosial pula. Kategori seterusnya ialah bersikap tidak acuh iaitu individu ini mengambil sikap tidak acuh dengan keadaan sekelilingnya walaupun mereka tidak menjauhkan diri dari pergaulan. Perkara tersebut sangat berbeza dengan perkembangan emosi kanak-kanak normal seusia dengan Faiz yang sudah mampu mengawal emosinya. dimana mereka mengelak dari sebarang bentuk interaksi sosial. Aspek terakhir dalam perkembangan kanak-kanak ialah perkembangan emosi. Mereka selalu menjauhkan diri apabila ada orang hendak berinteraksi dengan mereka. perasaan dan sebagainya. Hal ini terjadi apabila kanak-kanak autisme seperti Faiz ini berusaha untuk berkawan tetapi dia tidak berusaha untuk mengekalkan hubungan itu. Selain ini dia juga tidak mampu mengawal emosinya daripada menyembunyikan perasaan suka atau tidak suka kepada sesorang. dan suka bermain bersendirian. Kategori yang terakhir ialah kekok ataupun janggal ketika bersosial.

Intervensi awal yang dapat dijalankan ke atas Faiz antaranya ialah terapi muzik. Kanak -kanak bermasalah pembelajaran ini juga mampu didisplinkan melalui muzik. Berdasarkan pemerhatian. ini tidak bermaksud dia perlu diabaikan. Sebagi contoh.Oleh itu. terapi ini juga dapat menstimulasikan dan menghiburkan kanak-kanak tersebut kerana kanakkanak autisme sangat berminat pada bunyi muzik yang mempunyai daya tarikan yang luar biasa pada mereka. ritma dan lain-lain. dapatlah dilihat perbezaan dan masalah yang dihadapi oleh Faiz dengan kanak-kanak normal. Intervensi awal yang dapat dilakukan seterusnya ialah terapi bermain. lagu ABC. Walaupun Faiz merupakan kanak-kanak berkeperluan khas. Malah. Elemen-elemen muzik ini haruslah diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas ini kerana terapi ini secara tidak langsung dapat membantu kanak-kanak seperti Faiz ini menyebut perkataan-perkataan mahupun angka yang diajar di dalam kelas. terapi bermain ini dapat diaplikasikan kepada Faiz kerana ia merupakan pendekatan yang digunakan dengan . lagu ‟Oh Mac Donald‟ dan sebagainya. Seperti yang diketahui. Berikut adalah cadangan-cadangan intervensi awal yang dapat dibuat untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini. setiap individu seperti Faiz mempunyai sesuatu benda yang amat diminatinya. Terapi muzik dapat dilakukan ke atas Faiz kerana penggunaan muzik ini membolehkan kedua-dua bahagian otak menerima pelbagai aspek yang terdapat di dalam muzik iaitu melodi. ton. pic. Penggunaan terapi muzik dengan aktif dapat memberikan ketenangan kepada kanak-kanak autisme seperti Faiz. Oleh itu. Faiz amat berminat dalam permainan ‟dam ular‟.

Secara tidak langsung. Terapi ini dapat memberi impak yang hebat kerana melalui terapi bermain ini. senyum dan ketawa dalam diri kanak-kanak ini. persekitaraan dan hubungan mereka dengan ibubapa. terapi ini akan membentuk kemahiran komunikasi dan sosial dalam diri mereka. Malah. dengan pengambilan vitamin B6 bersama magnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian kanak-kanak autisme. Keunikan corak pembelajaran mereka adalah disebabkan kepelbagaian atau kerencaman masalah lain yang berkait dengan masalah autisme itu sendiri . Selain itu. Penggunaan ubatan Ritalin dapat mengatasi masalah kurang tumpuan dan hiperaktif didalam diri kanak-kanak autisme ini. Intervensi awal yang dapat dilakukan dengan menyediakan program pendidikan yang bersepadu dan terancang.cara bermain. intervensi awal yang dapat dibuat ialah rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku. adik beradik dan rakan. mereka dapat membantu kanak-kanak autisme memahami perasaan mereka. Permainan yang digunakan untuk membuat terapi hendaklah merupakan permainan berdasarkan minat kanak-kanak tersebut. Hal ini kerana melalui terapi ini. kanak-kanak autisme berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti yang diminati oleh mereka sekaligus berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak memberi tekanan mental pada mereka dan mewujudkan perasaan riang.

emosi. Khidmat sokongan yang dapat dilihat adalah daripada tiga pihak iaitu kerajaan. terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik.seperti masalah tingkah laku. Khidmat sokongan daripada kerajaan ialah wujudnya kementeriankementerian berkaitan pendidikan khas. bongkah kayu dan sebagainya. Cara terapi ini dijalankan ialah kanak-kanak autisme ini dibenarkan bermain dengan pelbagai tekstur seperti tanah liat. Namun begitu. bermatlamat bukan untuk mengajar kemahiran tetapi untuk membantu meningkatkan kemahiran motor sensori sekaligus kemahiran motor halus dan kemahiran mengurus diri. Intervensi awal tersebut dapat diaplikasikan kepada Faiz agar Faiz mampu membantu Faiz menjadi individu yang lebih baik. terapi integrasi sensori juga merupakan salah satu intervensi awal yang dapat dilakukan. komunikasi. badan bukan kerajaan (NGO) serta guru mahupun keluarga. Selain itu. Seterusnya. permainan seperti bermain buaian mahupun duduk di atas tilam air mampu membantu kanakkanak itu bertindak balas dengan baik terhadap maklumat sensori tanpa perlu terlalu gembira. dan kognitif. Akta . sosial. Sebagai contoh. Matlamat utama intervensi ini dapat membantu kanak-kanak autisme dari aspek pengurusan tingkah laku. pasir. intervensi awal ini haruslah disertai dengan khidmat sokongan agar Faiz dapat menghadapi masa depannya. Kementerian Kebajikan Masyarakat yang diwujudkan untuk bertanggungjawab ke atas pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal. Selain itu. Terapi yang dijalankan ini.

Antara penyediaan pendidikan khas ialah menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas di antara umur 2 – 16 tahun. Hal ini menunjukkan kesedaran pelbagai pihak terhadap kanak-kanak berkeperluan khas ini dari segi pendidikan. Pusat Harian Kanak-kanak Istimewa. Antara Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dalam penyediaan pendidikan khas ini adalah Pusat Bimbingan Sinaran Matahari. . kemudahan dan lain-lain. Khidmat sokongan seterusnya daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO). bilangan guru pendidikan khas serta bilangan kelas pendidikan khas semakin bertambah. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan berjaya menarik ramai ibubapa untuk mendaftarkan anak-anak mereka di pusat-pusat tertentu yang telah disediakan. Khidmat sokongan yang ditubuhkan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) ini menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti untuk menyedarkan ibubapa dan masyarakat mengenai kanak-kanak berkeperluan khas ini. Secara tidak langsung.Pendidikan 1991 disemak semula kemudian digantikan dengan Akta Pendidikan 1996 yang mempunyai satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang salah satunya menyarankan “menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan menteri suaimanfaat”.

guru tersebut mampu meningkatkan pengurusan diri mereka. kanak-kanak autisme seperti Faiz mampu dididik dan dibentuk ke arah yang lebih baik. yang mampu berjaya dalam hidup mereka antaranya Temple Grandin. seluar dan sebagainya.Khidmat sokongan yang terakhir ialah daripada guru dan keluarga iaitu ibubapa. kanak-kanak berkeperluan khas ini lebih selesa belajar dengan ibubapa mereka. Pendekatan pembelajaran yang digunakan bagi setiap kanak-kanak haruslah berbeza-beza dan mengikut minat mereka. semua pihak haruslah memainkan peranan yang amat penting dalam menjadikan Faiz sebagai seorang insan yang berjaya seperti individu-individu autisme yang lain. Ibubapa tersebut mungkin boleh meminta anak mereka mengira pakaian yang telah dilipat ataupun pakaian yang belum dilipat. Hal ini kerana dengan memahami keperluan serta perbezaan mereka. Malah. Kita boleh mengajar kanak-kanak tersebut mengenai warna pada pakaian tersebut ataupun bilangan pakaian. Ini kerana kadang kala. guru tersebut haruslah memahami keperluan kanakkanak tersebut. Beliau merupakan salah seorang penulis dan . Ibubapa pula memainkan peranan yang amat penting dalam mengajar anak mereka mengenai cara mengurus diri semasa di rumah. Tuntasnya. Misalnya. Ibubapa juga boleh memperkenalkan sesuatu yang baru kepada kanak-kanak tersebut sebagai contoh memperkenalkan jenis-jenis pakaian seperti baju kurung. Sebagai seorang guru pendidikan khas. apabila melipat kain. Oleh itu. tidak mustahil bagi seseorang kanak-kanak berkeperluan khas sepertinya tidak mampu berjaya dalam hidup dan boleh menguruskan diri sendiri.

jurucakap yang aktif dalam bidang autisme malah beliau mampu bekerja sebagai Professor Madya di Universiti Colarado.com/2011/03/pendidikan-khas-masalah-pembelajaran.html . http://studentipg.blogspot.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->