You are on page 1of 24

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA


Topik 1: Sukan Olahraga Topik 2: Lompat Kijang dan Lompat Jauh Topik 3: Melempar Cakera dan Lontar Peluru Topik 4: Merejam Lembing dan Lompat Tinggi Topik 5: Lari Pecut, Lari Berpagar dan Lari Berganti-ganti Topik 6: Lari Jarak Sederhana dan Jarak Jauh Topik 7: Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga Topik 8: Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal) Topik 9: Persediaan Sebelum Kejohanan Olahraga Topik 10: Peranan Semasa dan Selepas Kejohanan Olahraga

HASIL PEMBELAJARAN: Setelah mengikuti topik ini, anda akan dapat: x Membina kertas kejohanan olahraga. kerja bagi

x Menghuraikan peranan yang di mainkan oleh jawatan kuasa teknikal sebelum kejohanan olahraga. x Memahami dan menyatakan suratsurat yang perlu dihantar sebelum kejohanan olahraga. x Menyatakan jenis-jenis borang yang di perlukan dalam melaksanakan kejohanan olahraga.

PENGENALAN
Persediaan sebelum kejohanan dilakukan biasanya mengambil masa yang lama, bermula dari lantikan jawatankuasa induk. Bagi membentuk perancangan yang tersusun jawatankuasa induk perlu merancang dasar, tujuan, tarikh dan tempat kejohanan dan seterusnya membentuk satu kertas kerja. Huraian tugasan bagi jawatankuasa induk dan kecil telah di bincangkan dalam Topik 7.

RINGKASAN TOPIK Pengenalan 9.1 Persediaan Sebelum Kejohanan 9.2 Pengurusan Sebelum Kejohanan 9.2.1 9.2.2 9.2.3 Rumusan Perkataan Penting Rujukan Lampiran A M Pengurusan Surat Menyurat dan Pelantikan Persiapan Teknikal Penyediaan Borang

OUM

141

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

TOPIK 9

9.1

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN

Kertas kerja merupakan bahan bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu projek untuk di bahaskan. Kertas kerja yang baik adalah kertas kerja yang dapat memberi gambaran yang jelas tentang hala tuju, jenis aktiviti, jawatankuasa, peserta dan perbelanjaan sesuatu projek. Dengan kata lain kertas kerja yang lengkap akan menjadi sumber rujukan utama dalam sesuatu program. Kertas kerja juga merupakan dokumen rujukan yang perlu ada dalam proses memohon kebenaran dan pertolongan dari pihak tertentu. Memandangkan kepentingan ini kertas kerja perlu lengkap dan terarah. (a) Menyediakan Kertas Kerja Mengikut Format yang Ditetapkan Antara format kertas kerja yang selalu di gunakan ialah seperti berikut: (i) Tajuk Kertas Kerja Tulis tajuk dengan ringkas dan bermakna tajuk yang di rangka perlulah jelas tepat dan menggambarkan objektif program Tujuan Kertas Kerja Nyatakan secara jelas arah, hala, haluan, yang ditujukan, maksud, matlamat dan tuntutan kertas kerja disediakan sama ada untuk: x x x (iii) Kelulusan, maklumat atau perbincangan Untuk siapa kertas kerja di kemukakan Nyatakan apakah objektif dan matlamat yang hendak dicapai

(ii)

Matlamat Projek Merupakan sasaran yang realistik untuk dicapai dan perlu berdasarkan kepada konsep kejohanan Penerangan tentang Projek Nyatakan secara jelas butiran mengenai jawatankuasa x x x x Tarikh, masa atau tempat Peserta kumpulan sasaran Yuran atau bayaran yang dikenakan Kerjasama atau bantuan di unit atau persatuan lain

(iv)

(v)

Jawatankuasa Induk Nyatakan secara jelas segala butiran mengenai jawatankuasa induk dan kecil. x x Nyatakan atau sertakan minit mesyuarat induk yang telah memutuskan untuk mengadakan projek yang di pohon Senarai penuh jawatankuasa induk yang terdiri daripada:  Penaung  Penasihat  Senarai Penuh Ahli Jawatankuasa Induk dan Kecil Peranan dan bidang tugas jawatankuasa

142

OUM

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

(vi)

Anggaran Perbelanjaan Nyatakan secara terperinci anggaran pendapatan serta perbelanjaan termasuk belanja runcit sebanyak 10 peratus dan diperincikan mengikut butir-butir perbelanjaan

(vii) Susun Atur atau Atur Cara Sediakan jadual tentative program yang terperinci dari awal hingga akhir termasuklah atur cara perasmian dan penutup dengan menyatakan masa, tempat dan tindakan jawatankuasa dan individu (viii) Peserta Nyatakan kumpulan sasaran yang akan menyertai program ini sama ada pelajar atau kakitangan anggaran bilangan peserta (ix) Tindakan x x x x (x) Senarai semak tindakan Pelan tindakan Atur cara pentadbiran Carta Gann

Sokongan Rujuk keseluruhan kertas kerja kepada penasihat atau pegawai yang berkaitan untuk di komen atau di beri sokongan

(b)

Mendapat Kelulusan dari Pihak Pengurusan Kertas kerja yang telah di bina perlu dihantar untuk mendapat kelulusan dari pihak pengurusan. Penganjur mesti memastikan tarikh serahan kertas kerja menepati kehendak masa pemprosesan kelulusan. Menyediakan Jadual Tindakan Tentatif Jadual tindakan tentatif perlu di bina bagi memastikan perlaksanaan program berjalan dengan lancar. Jadual tindakan tentatif ini membolehkan pengerusi atau orang yang berkepentingan memantau aktiviti perancangan dan perkembangan tugas setiap jawatankuasa. Jadual tindakan tentatif boleh dalam bentuk carta gann, senarai semak, jadual, carta alir dan lain-lain media yang mudah difahami.

(c)

Semak Kendiri 9.1


1. Jadual tentatif membolehkan pengerusi memantau aktiviti perancangan dan pelaksanaan aktiviti. Nyatakan bentuk Jadual tindakan tentatif? Nyatakan cara format membina Kertas Kerja mengikut modul ini?

2.

OUM

143

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

TOPIK 9

9.2

PENGURUSAN SEBELUM KEJOHANAN

Bagi menentukan kejayaan dan keberkesanan perjalanan kejohanan olahraga persediaan awal amat perlu. Pengurusan kejohanan harus di rancang terlebih awal dan tidak boleh di buat secara tergesa-gesa. Dalam merancang pertandingan sukan apa yang perlu ialah pengurusan yang teliti kemas dan berdokumen. Kesemua ini dilakukan bagi mengelakkan perkara-perkara penting terlepas pandang yang akhirnya akan mencatatkan kejohanan olahraga. Dalam merancang dan melaksanakan kejohanan olahraga berbagai pihak perlu di hubungi bagi mendapat kebenaran, memohon bantuan, jemputan dan pemberitahuan. Kesemua proses ini memerlukan pihak urus setia menyiapkan dan menghantar surat tujuan tersebut. Urusan surat menyurat merupakan cara berkomunikasi yang selalu digunakan dalam mengelola sesuatu majlis atau kejohanan. Surat adalah dokumen yang mengandungi maklumat dan akan menjadi sumber rujukan. Oleh itu surat perlu mempunyai maklumat yang ringkas tetapi bermakna kepada pembacanya. Surat biasanya di keluarkan oleh setiausaha jawatankuasa. Jawatankuasa teknikal kepegawaian perlu bekerja keras sebelum kejohanan, berbagai tugasan perlu di selesaikan oleh jawatankuasa ini. Jawatankuasa teknikal kepegawaian perlu menyediakan jumlah pegawai yang mencukupi untuk bertugas pada hari kejohanan. Jawatankuasa ini juga perlu menyusun jadual pegawai yang bertugas dalam kejohanan olahraga pelan kontegensi dan kebajikan pegawai. Jawatankuasa teknikal dan padang bertanggungjawab menentukan padang dan gelanggang tersedia untuk kejohanan olahraga. Jawatankuasa teknikal dan padang perlu memastikan keadaan padang dalam keadaan baik serta tidak mendatangkan mudarat kepada peserta. Selain itu jawatankuasa ini perlu memastikan ukuran gelanggan dan padang menepati spesifikasi. Jawatan kuasa teknik alatan pula perlu memastikan alatan yang di gunakan dalam kejohanan olahraga di sediakan. Urusan pendaftaran peserta akan melibatkan jawatan kuasa pendaftaran, jawatan kuasa ini perlu memastikan peserta kejohanan didaftarkan penyertaannya mengikut borang penyertaan. Selain daripada borang-borang teknikal berserta kandungannya iaitu nama peserta serta data lain perlu di siapkan oleh jawatan kuasa pendaftaran sebelum kejohanan bermula.

9.2.1 Pengurusan Surat Menyurat dan Pelantikan


Surat ialah merupakan kiriman kertas yang di tulis dan dikirim pada orang lain bertujuan atau mempunyai maksud tertentu. Surat merupakan dokumen penting yang boleh menjadi sumber rujukan dari semasa ke semasa. Dalam mengendali kejohanan olahraga urusan surat menyurat merupakan keperluan. Antara surat yang dikeluarkan oleh jawatan kuasa ialah: (i) Surat Jemputan Mengambil Bahagian Surat ini dialamatkan kepada badan-badan, persatuan-persatuan, sekolah-sekolah untuk menjemput menyertai kejohanan. Butiran dalam surat pelantikan ini ialah jenis dan bentuk kejohanan, tarikh kejohanan, masa kejohanan dan tempat kejohanan dan nombor telefon pegawai yang berkenaan. Surat ini mesti di lampirkan dengan

144

OUM

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

ringkasan kertas kerja, peraturan am, jadual pertandingan dan borang penyertaan serta lampiran yang berkaitan. (ii) Surat Pelantikan Ahli Jawatan Kuasa Induk dan Ahli Jawatan Kuasa Kecil Surat pelantikan perlu di berikan kepada ahli jawatan kuasa induk dan ahli jawatan kuasa kecil. Butiran dalam surat pelantikan ini ialah jawatan, tarikh kejohanan, masa kejohanan dan tempat kejohanan. Surat lantikan juga perlu di sertakan dengan surat jawapan penerimaan. Surat Pelantikan Pegawai Teknikal Surat pelantikan perlu di berikan kepada pegawai teknikal dalam waktu yang bersesuaian. Butiran dalam surat pelantikan ini ialah jawatan, tarikh kejohanan, masa kejohanan dan tempat kejohanan dan nombor telefon pengerusi ke pegawai. Surat lantikan juga perlu di sertakan dengan surat jawapan penerimaan. Surat Memohon Pelepasan Pihak jawatankuasa tertinggi juga perlu memohon pelepasan dari majikannya sebagai untuk setiap ahli jawatankuasa dan pegawai teknikal untuk bertugas. Butiran dalam surat pelantikan ini ialah nama pegawai yang terlibat, jawatan, sela tarikh kerja, tarikh kejohanan masa kejohanan dan tempat kejohanan dan nombor telefon pengerusi kepegawaian. Surat Penggunaan Gelanggang Surat ini di buat sekiranya gelanggang atau padang di bawah kawalan sekolah atau pertubuhan lain di gunakan. Surat ini perlu di hantar segera supaya gelanggang dapat disediakan pada tarikh yang kita kehendaki. Butiran dalam surat ini ialah tarikh kejohanan, masa kejohanan dan cadangan tujuan penggunaan gelanggang. Surat Peminjaman Alatan Surat ini bertujuan untuk meminjam barang-barang untuk kejohanan dari badanbadan, pertubuhan atau sekolah. Surat ini perlu di hantar segera supaya barangbarang dapat disediakan pada tarikh yang kita kehendaki. Butiran dalam surat ini ialah tarikh kejohanan, masa kejohanan dan cadangan tujuan penggunaan alatan, tarikh mengambil dan tarik pemulangan barang.

(iii)

(iv)

(v)

(vi)

(vii) Surat Penggunaan Kemudahan Surat ini bertujuan untuk memohon kemudahan seperti asrama, bas dan lain-lain dari satu pertubuhan atau sekolah. Surat ini perlu di hantar segera supaya kemudahan yang kita kehendaki dapat disediakan pada tarikh yang kita kehendaki. Butiran dalam surat ini ialah tarikh kejohanan, masa kejohanan dan cadangan tujuan penggunaan gelanggang. (viii) Surat Memohon Bantuan daripada Persatuan Sukarela atau Badan-badan Beruniform Bantuan dari persatuan sukarela atau badan-badan beruniform contohnya St John Ambulan, Bulan Sabit Merah, Pengakap perlu dalam melicinkan kejohanan olahraga. Penganjur perlu menghantar surat memohon bantuan bagi mendapatkan perkhidmatan persatuan sukarela atau badan-badan beruniform tersebut. Surat memohon bantuan perlu kandungan surat itu perlu mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang terlibat, bidang bantuan yang di kehendaki dan jumlah anggota yang di perlukan.

OUM

145

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

TOPIK 9

(ix)

Surat Memohon Bantuan daripada Pihak Polis Terdapat aktiviti kejohanan contohnya jalan kaki atau maraton yang melibatkan penggunaan jalan raya. Penganjur perlu memaklumkan dan memohon mengadakan aktiviti dari pihak polis. Oleh itu pihak penganjur perlu menghantar surat memohon kebenaran dan bantuan dari pihak polis. Kandungan surat itu perlu mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang terlibat. Surat ini juga perlu mengandungi permohonan bantuan dari pihak polis kepada penganjur, contohnya mengadakan rondaan dan kawalan Surat Pemberitahuan, Memohon Bantuan Kawalan dari RELA Dalam keadaan tertentu kita mungkin memohon bantuan daripada pihak RELA untuk membuat kawalan keselamatan. Dalam surat memohon bantuan kawalan keselamatan dari pihak RELA kandungan surat itu perlu mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang terlibat, bidang kawalan yang dikehendaki dan jumlah anggota. Surat Pemberitahuan dan Memohon Bantuan dari Hospital atau Klinik Penganjur perlu memaklumkan hospital atau klinik tentang kejohanan olahraga yang dianjurkan. Ini bertujuan bagi hospital atau klinik bersedia memberi bantuan kecemasan atau ambulan sekiranya berlaku kecemasan dalam menjalankan Kejohanan Olahraga Kandungan surat itu perlu mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang terlibat.

(x)

(xi)

(xii) Surat Sumbangan Dalam satu kejohanan olahraga yang besar sumbangan dari pihak koporat atau individu memang di perlukan. Dalam Surat memohon sumbangan sama ada dari segi kewangan atau barang-barang kandungan surat itu perlu mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang terlibat dan sumbangan yang diharapkan. (xiii) Surat Jemputan Perasmian atau Penutup Tetamu Kehormat Pihak penganjur juga perlu menghantar surat jemputan khas kepada tetamu kehormat untuk merasmikan atau menutup kejohanan olahraga. Butiran dalam surat ini ialah tarikh kejohanan, masa perasmian atau penutup kejohanan dan cadangan jadual aktiviti perasmian atau penutup kejohanan. (xiv) Surat Jemputan Perasmian atau Penutup Tetamu Khas Bagi menyerikan lagi upacara perasmian dan penutup pihak penganjur boleh menjemput tetamu khas. Surat jemputan mestilah berbutiran seperti berikut iaitu tarikh kejohanan, masa perasmian atau penutup kejohanan dan cadangan jadual aktiviti perasmian atau penutup kejohanan. Pelantikan Jawatankuasa Pelantikan jawatankuasa induk serta kecil dan bidang tugasnya telah di bincangkan dengan terperinci dalam Topik 7. Pihak pengurusan pertandingan perlu memastikan bahawa pelantikan jawatankuasa perlu berdasarkan kepada keupayaan dan pengalaman kerja yang lepas. Urusan pelantikan perlu di lakukan secara bersurat. Oleh kerana jawatankuasa akan melibatkan mesyuarat dan lain-lain tugasan di luar. Pelepasan ahli jawatankuasa terlibat perlu di pohon dari majikan jika berkenaan. Surat mesyuarat atau panggilan bertugas kepada ahli jawatan kuasa perlulah melalui ketua jabatan untuk di rekodkan.

146

OUM

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

Pelantikan Pegawai Kejohanan Pelantikan pegawai kejohanan olahraga hendaklah di lantik dengan berhati-hati, sekiranya berkemampuan pegawai kejohanan yang di lantik perlulah bertauliah dengan mempunyai sijil kepegawaian daripada Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia. Namun dalam kejohanan sekolah atau Majlis Sekolah Daerah kita sukar untuk mempunyai kesemua pegawai bertauliah. Oleh itu biasanya mereka yang mempunyai tauliah di minta mengetuai pegawai teknikal sebagai referi dan ketua hakim. Kursus pegawai kejohanan perlu di rancang bagi memberi pendedahan dan seterusnya melicinkan lagi kejohanan olahraga. Pelantikan pegawai perlu berdasarkan pengalaman dan latar belakang. Dalam keadaan tertentu mungkin pegawai yang tidak berpengalaman perlu berpasangan dengan pegawai yang berpengalaman untuk menimba pengetahuan dari rakan yang lebih senior. Bagi kejohanan besar terdapat juga penganjur membuat amali kejohanan sebenar bagi melatih pegawai yang bertugas. Dalam topik lapan bidang tugas pegawai-pegawai teknikal di huraikan dengan terperinci. Selain daripada itu jawatankuasa teknik kepegawaian perlu juga berbincang dengan pegawai sebelum menyusun jadual bertugas dalam kejohanan olahraga. Antara faktor penting yang perlu di fikirkan ialah pengalaman dan kelulusan pegawai yang bertugas, masalah peribadi pegawai yang tidak dapat di elakkan dan kepakaran pegawai dalam bidang-bidang tertentu. Selain daripada itu kebajikan pegawai juga perlu di jaga oleh jawatankuasa ini.

9.2.2 Persiapan Teknikal


Persiapan teknikal perlu mantap bagi menjayakan kejohanan olahraga, berbagai kerja perlu di lakukan oleh jawatan kuasa teknikal sebelum menganjur kejohanan. Jawatankuasa teknik dan pertandingan perlu menyiapkan dan memastikan penyediaan padang dan gelanggang mengikut ukuran dan spefikasi yang terdapat dalam undangundang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM). Jawatankuasa ini juga perlu memastikan alatan yang di gunakan dalam kejohanan ini mengikut spesifikasi yang di tetapkan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM). Selain dari aspek ini jawatankuasa ini juga perlu memastikan gelanggang dan alatan yang di gunakan selamat dan tidak mendatangkan risiko kecederaan kepada peserta. Jawatan kuasa teknikal peralatan bertanggungjawab menyediakan segala peralatan pertandingan. Alat-alat ini termasuk kerusi, meja bagi hakim, sistem pembesar suara, papan tulis dan lain-lain perkakasan teknikal sesuatu pertandingan. Jawatankuasa peralatan juga dikehendaki membantu jawatankuasa teknik dan pertandingan untuk memeriksa peralatan dan memastikannya mengikut spesifikasi. Sebaik sahaja borang penyertaan dihantar oleh pasukan yang bertanding, jawatankuasa pendaftaran dan pertandingan perlu mendaftar peserta dengan teliti supaya tidak terdapat kesilapan teknikal berlaku yang akan mengganggu tumpuan peserta. Jawatankuasa ini perlu mendaftarkan peserta ke dalam borang teknikal yang akan di gunakan dalam pertandingan. Jawatankuasa pendaftaran perlu membantu jawatankuasa pertandingan dan teknikal bagi memastikan pendaftaran peserta oleh pasukan mengikut undangundang yang ditetapkan. Jawatankuasa teknikal dan pertandingan perlu menyediakan borang teknikal sebelum urusan pendaftaran peserta dilakukan.

OUM

147

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

TOPIK 9

9.2.3 Penyediaan Borang


Borang teknikal menjadi tanggungjawab jawatankuasa teknikal dan pertandingan untuk menyediakannya. Borang teknikal dalam kejohanan olahraga adalah merupakan borang yang terdiri daripada maklumat dan mempunyai fungsi yang tersendiri. Borang-borang teknikal perlu seragam mengikut Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM). Dalam pengelolaan kejohanan olahraga borang teknikal merupakan bahan atau alat yang penting dalam melicinkan kejohanan olahraga. Maklumat atau butir-butiran dalam borang akan memudahkan pegawai teknikal menjalankan tugasnya. Jadual di bawah menunjukkan jenis borang dan fungsinya.
BIL 1 BORANG Borang Masuk atau Penyertaan (Lampiran A) Borang Penyeliaan Peserta (Lampiran B) Borang Hakim Balapan (Lampiran C) Borang Penjaga Masa (Lampiran D) Borang Ketua Penjaga Masa (Lampiran E) GUNA Borang ini mengandungi daripada butir-butir para peserta, pasukan yang mengambil bahagian dan acara yang di pertandingan Borang ini menunjukkan dan mengesahkan senarai peserta yang bertanding dalam sesuatu acara Borang ini digunakan oleh hakim untuk mencatatkan kedudukan dan keputusan yang dicapai oleh dalam acara balapan Borang ini di gunakan untuk mencatat masa yang di capai dalam acara balapan Borang ini digunakan untuk ketua penjaga masa mencatat masa rasmi bagi satu acara balapan. Borang ini merupakan rumusan daripada setiap penjaga masa Borang ini digunakan untuk ketua Hakim dalam mencatat keputusan rasmi bagi satu acara balapan. Borang ini merupakan rumusan daripada setiap penjaga masa Borang ini tercatat senarai nama peserta, jumlah percubaan, ukuran pencapaian dalam satu acara lompatan atau balingan. Borang ini akan memaparkan markah yang di capai oleh setiap pasukan bagi acara yang di pertandingan. Pengiraan markah untuk menentukan tempat dalam sesuatu pasukan. Borang bantahan akan di berikan pihak yang ingin membuat bantahan terhadap keputusan rasmi atau pengadilan Borang ini di gunakan untuk urusan penyampaian hadiah yang berjalan lancar seperti yang dirancang. Bagi memudahkan pihak penganjur mengesan piala-piala pusingan yang di menangi oleh sesuatu pasukan borang ini di perkenalkan

2 3

4 5

Borang Ketua Hakim (Lampiran F)

Borang atau Kad Acara Padang (lompatan dan balingan) (Lampiran H) Borang Pencapaian Markah Keseluruhan (Lampiran I)

Borang Bantahan (Lampiran K)

10 11

Borang Penyampaian Hadiah (Lampiran L) Senarai Pemenang Piala Pusingan

148

OUM

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

12

Borang Catatan Pusingan (Lampiran M) Borang Laporan Kelajuan Angin

Borang ini di gunakan untuk mencatat bilangan pusingan yang di buat oleh peserta dalam acara lari jarak jauh (5000m, 10000m) Borang ini di gunakan oleh juruteknik untuk mencatat kelajuan angin yang bertiup semasa sesuatu acara di jalankan

13

Semak Kendiri 9.2


1. Nyatakan Jawatan kuasa yang bertanggungjawab menyediakan segala peralatan pertandingan. Alat-alat ini termasuk kerusi, meja bagi hakim, sistem pembesar suara, papan tulis dan lain-lain perkakasan teknikal sesuatu pertandingan. Borang ini tercatat senarai nama peserta, jumlah percubaan, ukuran pencapaian dalam satu acara lompatan atau balingan. Namakan jenis borang ini? Nyatakan butiran yang ada dalam surat pelantikan ahli jawatankuasa kecil dan induk Cirikan Surat kebenaran yang digunakan dalam kejohanan olahraga dan beri contoh Borang ini mengandungi daripada butir-butir para peserta, pasukan yang mengambil bahagian dan acara yang di pertandingan. Namakan jenis borang ini? Nyatakan Jawatan kuasa yang bertanggungjawab menyediakan borang teknikal sebelum urusan pendaftaran peserta dilakukan. Nyatakan lampiran yang disertakan dalam surat jemputan mengambil bahagian?

2.

3. 4. 5.

6. 7.

RUMUSAN
x x Kertas kerja merupakan bahan bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu projek untuk di bahaskan. Kertas kerja yang baik adalah kertas kerja yang dapat memberi gambaran yang jelas tentang hala tuju, jenis aktiviti, jawatankuasa, peserta dan perbelanjaan sesuatu projek. Jadual tindakan tentatif ini membolehkan pengerusi atau orang yang berkepentingan memantau aktiviti perancangan dan perkembangan tugas setiap jawatankuasa Pengurusan kejohanan harus di rancang terlebih awal dan tidak boleh di buat secara tergesa-gesa. Dalam merancang pertandingan sukan apa yang perlu ialah pengurusan yang teliti kemas dan berdokumen.

x x x

OUM

149

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

TOPIK 9

x x x x x x

Surat adalah dokumen yang mengandungi maklumat dan akan menjadi sumber rujukan. Surat perlu mempunyai maklumat yang ringkas tetapi bermakna kepada pembacanya. Jawatankuasa teknikal kepegawaian perlu menyediakan jumlah pegawai yang mencukupi untuk bertugas pada hari kejohanan. Jawatankuasa teknikal dan padang perlu memastikan keadaan padang dalam keadaan baik serta tidak mendatangkan mudarat kepada peserta. Jawatan kuasa teknik alatan perlu memastikan alatan yang di gunakan dalam kejohanan olahraga di sediakan. Urusan pendaftaran peserta akan melibatkan jawatan kuasa pendaftaran, jawatan kuasa ini perlu memastikan peserta kejohanan di daftarkan penyertaannya mengikut borang penyertaan. Kursus pegawai kejohanan perlu di rancang bagi memberi pendedahan kepada pegawai dan seterusnya melicinkan lagi kejohanan olahraga. Jawatankuasa teknik kepegawaian perlu berbincang dengan pegawai sebelum menyusun jadual bertugas dalam kejohanan olahraga. Jawatankuasa teknik dan pertandingan perlu menyiapkan dan memastikan penyediaan padang dan gelanggang mengikut ukuran dan spesifikasi yang terdapat dalam undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM). Jawatankuasa teknikal peralatan bertanggungjawab menyediakan segala peralatan pertandingan. Jawatankuasa pendaftaran dan pertandingan perlu mendaftar peserta dengan teliti supaya tidak terdapat kesilapan teknikal. Jawatankuasa pendaftaran perlu membantu jawatankuasa pertandingan dan teknikal bagi memastikan pendaftaran peserta oleh pasukan mengikut undang-undang yang ditetapkan Borang teknikal menjadi tanggungjawab jawatankuasa teknikal dan pertandingan untuk menyediakannya. Borang teknikal dalam kejohanan olahraga adalah merupakan borang yang terdiri daripada maklumat dan mempunyai fungsi yang tersendiri. Borang-borang teknikal perlu seragam mengikut Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM)

x x x

x x x

x x x

150

OUM

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

PERKATAAN PENTING
x x x x x x

Kertas kerja Borang teknikal Jadual tindakan tentatif setiausaha jawatankuasa. Jawatan kuasa teknikal peralatan Jawatankuasa pendaftaran

x x x x x

Jawatankuasa teknikal kepegawaian Jawatankuasa teknikal dan padang Urusan pendaftaran peserta Persiapan teknikal Borang teknikal

RUJUKAN
Clarke, R., & Boyle, R. (1978). Successful Track and Field. Dubuque, Iowa: Walliam C. Brown. Darren Bennet. (1992). Sports Facts Athletic Sports. London: Franklin Watts. Helen Ten. (1996). Manual Olahraga. Kuala Lumpur:Junjuara Publications Sdn. Bhd. Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (2003). Undang-undang Kejohanan Olahraga 3. Teng Bong Tong. (1994). Gerko: Panduan Pengajaran Olahraga: Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Wee Eng Hoe (2002). Panduan Pengajaran Olahraga: Kepegawaian dan Kejurulatihan. Karisma Publication Sdn. Bhd.

OUM

151

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

TOPIK 9

LAMPIRAN A: BORANG PENYERTAAN


BORANG PENYERTAAN Pasukan: (L/P)

B.Peluru L. Cakera B.Lembing

ACARA

400 m 800 m 1500 m 5000 m 4x100 m

No Peserta

4x400 m L Tinggi L Jauh

BIL NAMA PESERTA

JUMLAH ACARA

100 m

200 m

JUMLAH BESAR

Perseorangan

Pasukan

"Butir-butir penyertaan ini adalah mengikut syarat-syarat penyertaan." Pengesahan Pengurus pasukan ___________________ ( Nama )

(URUSAN RASMI) Tarikh terima___________ Catatan_____________________________ _____________________________

Tarikh

Tarikh

____________________ ( )

Borang Penyertaan Borang ini mengandungi daripada butir-butir para peserta, pasukan yang mengambil bahagian dan acara yang dipertandingkan.

152

OUM

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

LAMPIRAN B: BORANG PENYELIAAN PESERTA


LAPORAN PENYELIAAN PESERTA
No Acara Masa pertandingan:
LORONG 1 2 3 4 5 6 7 8 Catatan Penolong Pelepas: TARIKH: NAMA PESERTA

Acara

(L/P)

Kelas

Saringan/Separuh Akhir/Akhir
NOMBOR PASUKAN CATATAN

Borang Penyeliaan Peserta: Borang ini menunjukkan dan mengesahkan senarai peserta yang bertanding dalam sesuatu acara

OUM

153

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

TOPIK 9

LAMPIRAN C: LAPORAN HAKIM BALAPAN


LAPORAN HAKIM
Acara: (L./W) ) S-Akhir ( )

LAPORAN HAKIM
Acara: (L/W) ) S-Akhir ( )

No. Acara
Saringan (

No. Acara
Saringan (

1 2

Tarikh Hakim LAPORAN HAKIM


Acara: No. AcaraSaringan ( ) ' (L/W) )

Tarikh

Hakim

LAPORAN HAKIM
Acara: No. Acara Saringan ( (L/W) ) S-Akhir ( )

S-Akhir (

2 3
Tarikh

(Hakim mencatat nombor peserta yang mendapat tempat kedua) (Hakim mencatat nombor peserta yang mendapat tempat ketiga)
Hakim

3 4
Tarikh Hakim

Borang Hakim Tempatan Borang ini digunakan oleh hakim untuk mencatatkan kedudukan dan keputusan yang dicapai oleh dalam acara balapan.

154

OUM

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

LAMPIRAN D: BORANG LAPORAN PENJAGA MASA LAPORAN PENJAGA MASA


Acara_________________(L/W) No.Acara:___________ saringan/S.Akhir/Akhir

Tempat

Jam

Tarikh Tanda tangan ( Nama Penjaga masa)

Borang Penjaga Masa Borang ini digunakan untuk mencatat masa yang di capai dalam acara balapan

OUM

155

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

TOPIK 9

LAMPIRAN E: BORANG LAPORAN KETUA PENJAGA MASA LAPORAN KETUA PENJAGA MASA
Acara_________________(L/W) No.Acara:___________ saringan/S.Akhir/Akhir Rekod

Tempat 1 2 3 4 5 6 7 8 Tarikh

Masa Rasmi

Tanda tangan ( Nama Ketua Penjaga masa)

Borang Ketua Penjaga Masa Borang ini digunakan untuk ketua penjaga masa mencatat masa rasmi bagi satu acara balapan. Borang ini merupakan rumusan daripada setiap penjaga masa.

156

OUM

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

LAMPIRAN F: BORANG LAPORAN KETUA HAKIM


LAPORAN KETUA HAKIM

No Acara Masa pertandingan: LORONG


1 2 3 4 5 6 7 8

Acara

(L/P)

Kelas

Saringan/Separuh Akhir/Akhir NOMBOR PASUKAN KEDUDUKAN CATATAN

NAMA PESERTA

Tarikh: ( Referi ) ( Ketua Hakim )

Borang Ketua Hakim: borang ini digunakan untuk ketua Hakim dalam mencatat keputusan rasmi bagi satu acara balapan. Borang ini merupakan rumusan daripada setiap hakim.

OUM

157

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

TOPIK 9

LAMPIRAN G:

BORANG LAPORAN KETUA HAKIM (BALINGAN DAN LOMPATAN)


LAPORAN ACARA L.Jauh/Lkijang/Lontar Peluru/L.Cakera

No Acara Masa pertandingan:


Giliran BUTIR-BUTIR PESERTA Nama
1 2 3 4 5 6 7 8

Acara

(L/P) Rekod

Kelas

Jarak No Pasukan 1 2 3

Terbaik ( percubaan)

Jarak 4 5 6

Terbaik TEMPAT (keselunihan)

KEPUTUSAN TEMPAT Perta'ma Kedua Ketiga Keempat Kelima Keenam Ketujuli Kelapan NAMA NO PASUKAN . JARAK CATATAN

Tarikh: ( Referi ) ( Ketua Hakim )

Borang atau Kad Acara Padang (lompatan dan balingan) Borang ini tercatat senarai nama peserta, jumlah percubaan, ukuran pencapaian dalam satu acara lompatan dan balingan

158

OUM

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

LAMPIRAN H: BORANG LAPORAN KETUA HAKIM (LOMPATAN TINGGI)


LAPORAN ACARA L.Tinggi/Bergalah No Acara Masa pertandingan:
GILIRAN BUTIR-BUTIR PESERTA

Acara

(L/P)

Kelas Rekod

Tinggi
Jumlah Lompatam Jumlah Gagal

TEMPAT

Nama 1 2 3 4 5 6 7 8 9

No

1 2 3 1 2 3

1 2 3 1 2 3 1 2

KEPUTUSAN TEMPAT Pertama Kedua Ketiga Keempat Kelima Keenam Ketujuli Kelapan NAMA NO PASUKAN . JARAK CATATAN

Tarikh: ( Referi ) ( Ketua Hakim )

Borang atau Kad Acara Padang (lompatan tinggi) Borang ini tercatat senarai nama peserta, jumlah percubaan, ukuran pencapaian dalam satu acara lompatan tinggi.

OUM

159

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

TOPIK 9

LAMPIRAN I: BORANG LAPORAN PENCAPAIAN MARKAH


PENCAPAIAN MARKAH NO Acara L. Kijang B Peluru 4x100 m 4x400 m L.Tinng 100 m 800 m 400 m 200 m 1500 m

B.Lembing

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Keputusan Kedudukan Johan Naib Johan Ketiga Pasukan

(L/P) Markah

( Ketua Perakam) Borang Pencapaian Markah Keseluruhan: Borang ini akan memaparkan markah yang di capai oleh setiap pasukan bagi acara yang di pertandingkan. Pengiraan markah untuk menentukan tempat dalam sesuatu pasukan.

160

Jumlah Markah Kedudukan

OUM

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

LAMPIRAN J: BORANG KEPUTUSAN RASMI


KEPUTUSAN RASMI

No Acara Masa pertandingan:

Acara

(L/P)

Kelas

Saringan/Separuh Akhir/Akhir

TEMPAT
1 2 3 4 5 6 7 8

NAMA PESERTA/ PASUKAN

NOMBOR Masa/Jauh/Tinggi

CATATAN

Tarikh: ( Perakam ) ( Ketua Perakam )

Borang Keputusan Rasmi: borang ini digunakan untuk perakam dalam mencatat keputusan rasmi bagi satu acara balapan. Borang ini merupakan rumusan daripada setiap laporan ketua hakim dan disahkan oleh referi.

OUM

161

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

TOPIK 9

LAMPIRAN K: BORANG BANTAHAN


BORANG BANTAHAN
Nama Peserta/Pasukan yang Membantah :.

Butir-Butir Bantahan
Nombor Acara: Masa Peristiwa Berlaku: Acara Temp at Berlaku:

Nombor Peserta @ Pasukan lawan yang terlibat:. Peristiwa yang teiah berlaku:

Dengan ini saya mengemukakan bantahan ini untuk pertimbangan pihak tuan.

Pengurus Psukan Tarikh ( : )

Untuk Urusan Rasmi


Tarikh Dan Masa Bantahan Keputusan Referi

( Keputusan Juri Rayuan

Referi

( Pengerusi Juri Rayuan )

Borang bantahan: Borang bantahan akan diberikan pihak yang ingin membuat bantahan terhadap keputusan rasmi atau pengadilan.

162

OUM

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

LAMPIRAN L:
Acara_______

BORANG PENYAMPAIAN HADIAH

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan hadiah kepada pemenang-pemenang. Pemenang; 1. (Johan) 2. 3. Piala pusingan dihadiahkan oleh: Majlis mengucapkan. ribuan terima kasih kepada kerana sudi menyarnpaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Catalan Penyelia Hadiah: Hadiah bagi acara ini telah di sarnpaikan pada pukul Tarikh (masa) Pasukan/Peserta (Nama) Masa/Jarak/Ketinggian (Pencapaian)

untuk menyampaikan

(Penyelia Hadiah/Jumhebah)

Borang Penyampaian Hadiah: Borang ini digunakan untuk urusan penyampaian hadiah yang berjalan lancar seperti yang dirancang.

OUM

163

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

TOPIK 9

LAMPIRAN M: BORANG CATATAN PUSINGAN


KAD PENCATAT PUSINGAN
No Acara Masa pertandingan:
Pusingn/ No Peserta 1/2 3/4 12 11 10 9 8 7

Acara

(L/P)

Kelas

Saringan/Separuh Akhir/Akhir
6 5 4 3 2 1

CATATAN

Pencatat Pusingan ( )

Borang Catatan Pusingan: Borang ini digunakan untuk mencatat bilangan pusingan yang dibuat oleh peserta dalam acara lari jarak jauh (5000m, 10).

164

OUM

You might also like