You are on page 1of 17

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA

PERKIM

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA

PERKIM

unta kepunyaannya sebanyak satu ratus ekor, dan menyatakan bahawa Kaabah ada tuanNya sendiri yang akan melindunginya. Yang dimaksudkan oleh Abu Talib dengan tuanNya sendiri untuk Kaabah ialah Allah Yang Maha Esa, dan bukan pelbagai patung yang terukir di keliling Kaabah ketika itu, kerana Abu Talib amat Arif bahawa penduduk Mekah tidak akan dapat menahan kemaraan tentera Abrahah, dan patung-patung itu jika dimusnahkan oleh Abrahah akan dapat dibina semula. Kita semua maklum bahawa akhirnya tentera Abrahah telah dihancurkan oleh Allah dengan didatangkan burung-burung Ababil seperti yang dinyatakan dalam AlQuran Surah Al-Fil. Orang-orang Arab yang beragama Kristian di Timur Tengah sudah hidup selama lebih kurang seribu tahun di bawah pengaruh tamadun Islam, semenjak kurun ke 6M. Mereka amat menghormati konsep tauhid yang menjadi pegangan dalam akidah umat Islam, dan mereka amat berhati-hati apabila menyentuh nama Allah. Mereka lebih selesa menggunakan istilah Ilah atau Robb yang bersifat lebih umum. Malangnya tradisi seperti ini tidak wujud di Malaysia dan mereka yang menjadi pengikut gereja Sidang Injil Borneo [SIB] di pedalaman Sarawak dan Sabah akan berlaku gelojoh mensekutukan Allah dengan Jesus Kristus, dan sekaligus akan diang4

gap oleh umat Islam seluruh Malaysia sebagai mencemari kesucian tauhid dan menyentuh sensitiviti umat Islam yang menganggapnya sebagai penghinaan dan perbuatan biadab. Natijahnya ialah persengketaan antara kaum dan agama yang sangat merbahaya untuk perpaduan sosial dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Umat islam menghormati pendirian penganut agama Kristian yang menganggap Jesus Kristus sebagai anak tuhan dalam dokrin Triniti. Penjelasan mengenai doktrin ini boleh diperolehi dari rumusannya dalam Anglican Book of Common Prayer seperti berikut :

Pertama, aku belajar untuk mempercayai Tuhan Bapak yang mencipta aku dan seluruh alam. Kedua, mempercayai Tuhan anak yang menebus dosaku dan dosa-dosa manusia. Ketiga, mempercayai Rohul Kudus yang mensucikan aku dan semua mereka yang dipilih Ilahi. Dalam buku Hymnbook Gereja Presbyterian doktrin ini dijelaskan sebagai The Nicene Geed dengan lebih terperinci. Sebagai contoh hanya satu ayat mengenai Holy Ghost yang dipetik dalam bahasa Inggeris sebagai berikut : And I believe in the Holy Ghost; The Lord and Giver of Life; Who proceedeth from the Father and the Son; Who with the Father and the Son together is worshipped and gloried. Sesungguhnya kenyataan mengenai Triniti sebagai doktrin tidak terdapat dalam Bible. Di dalam Bible tidak terdapat kenyataan dari Jesus Kristus yang mengaku dirinya sebagai Tuhan, atau arahan kepada pengikutnya supaya menyembah dia sebagai tuhan. Sebaliknya terdapat dalam Bible kenyataan Jesus Kristus yang sujud menyembah tuhan. Kenyataan ini terdapat dalam Gospel Matius, Fasal 26, Ayat 39 yang diterjemah ke dalam bahasa Melayu dalam Alkitab sebagai berikut :

Jesus pergi lebih jauh sedikit lalu meniarap di atas tanah dan berdoa [Alkitab, Matius 26 : 39] Adalah amat pelik dalam ayat ini bagaimana Jesus Kristus boleh berdoa sambil meniarap. Adalah lebih jelas sekiranya ayat ini dirujuk kepada Bilble dalam bahasa Inggeris, diambil dari Authorized King James Version [AKJ] yang berbunyi seperti berikut: And he went a little further and fell on his face, and prayed ... [KJV-Matthew 26:79] Dari ayat di atas ini gambarannya adalah jelas bahawa Jesus Kristus [atau Nabi Isa a.s] telah melakukan sujud, menyembah Allah, dan kenyataan ini merupakan pengiktirafan kepada pengakuan umat Islam terhadap Jesus sebagai Nabi. Gelaran Kristus telah direka oleh Paulus lebih kurang suku abad selepas peninggalan Nabi Isa [a.s] dan nama Jesus telah dilengkapkan kemudian untuk menjadi Jesus Kristus, dan nama ini disandarkan kepada Nabi Isa [a.s] untuk doktrin triniti. Orang-orang Yahudi tidak mengenalinya sebagai Jesus, tetapi mengenalinya sebagai Isa anak Mariam, seperti juga yang dikenali oleh umat Islam yang juga mengenalinya sebagai Isa al-Masih. Kepada umat Islam Nabi [a.s] adalah seorang

manusia dan Nabi, dan dihormati sebagai seorang rasul, seperti juga Nabi-nabi dan rasul yang lain (seperti Nabi Noh [a.s], Nabi Ibrahim [a.s], Nabi Musa [a.s], Nabi Daud [a.s], dan Nabi Muhammad [s.a.w]). Umat islam tidak membezakan antara Nabinabi ini; mereka semua membawa ajaran tauhid, termasuk Nabi isa [a.s] sendiri. Dalam ertikata lain Nabi-nabi ini kesemuanya membawa akidah Islam, sebagai kesinambungan konsep Tauhid dari zaman Nabi Adam [a.s] hingga ke zaman Nabi Muhammad [s.a.w] untuk manusia sejagat hingga akhir zaman. Percanggahan antara agama Islam dengan agama Kristian mengenai peribadi Nabi Isa [a.s] seperti yang disebut di atas merupakan satu pemisahan antara keduanya yang tidak dapat dikompromikan. Jurang perbezaan antara keduanya nampak kecil, tetapi ia amat dalam dan amat tajam. Ia menyentuh perkara pokok dalam konsep ketuhanan antara tauhid dengan syirik [konsep yang menyekutukan Allah]. Maka oleh itu tidak ada ruang untuk pihak SIB yang ingin berkongsi pendirian agama dengan umat Islam, walaupun melalui satu istilah, kerana nama Allah adalah proper name untuk Tuhan Yang Maha Esa, dan jika diubah sifatnya kepada syirik maka yang demikian adalah bukan lagi Allah tetapi katakanlah Yesus, Zeus atau Baal [tuhan-tuhan orang Greek dan Babilon]. Sesungguhnya sesiapa

juga yang berpegang kepada Bible adalah amat mudah untuk menerima tauhid dengan syarat mereka jujur dan ikhlas, kerana dalam Bible sudahpun terdapat kenyataan tauhid, yaitu pengakuan bahawa Allah Yang Maha Esa. Kenyataan-kenyataan ini adalah tersembunyi dan perlu dicari. Untuk mengenal tauhid dalam Bible, kita rujuk terus kepada himpunan kitab dalam Perjanjian Baru, dan tinggalkan dahulu Perjanjian Lama. Kita rujuk kepada peristiwa di mana Yesus Kristus sedang berdialog dengan puak Farisi yang terdapat dalam Gospel Markus, Fasal 12 Ayat 29. Ayat dipetik dari Alkitab dalam Bahasa Melayu seperti berikut: Yesus menjawab, Inilah perintah yang utama, dengarlah hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita Dialah Tuhan Yang Esa. {Alkitab Markus, 12 : 29] Pengakuan Yesus ini dijawab oleh puak Farisi dengan kenyataan yang membenarkan seperti berikut : Guru Taurat itu berkata kepada Yesus, bagus Guru! Memang benar apa yang guru katakan. Tuhanlah Allah Yang Esa, dan tiada yang lain [Alkitab Markus, 12 : 32] Kenyataan mengenai Tauhid ini dikuatkan lagi dalam Gospel Yuhanes, Fasal 17, Ayat 3 dipetik dari Authorised King James Version [AKJ]
5

Perlu dijelaskan bahawa dalam tradisi Orang Arab sebelum Islam, apabila mereka menyebut nama Allah, maka yang dimaksudkannya ialah Tuhan Yang Maha Esa. Mereka membezakan Allah dengan patungpatung berhala yang mereka sembah.

Isa

SUARA PERKIM

SUARA PERKIM

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA

PERKIM

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA

PERKIM

dalam bahasa Inggeris seperti berikut : And this is life eternal, that they might know thee the only true God, and Yesus Christ whom thou hast sent. [AKJ-John - 17 :31] Ayat yang sama dalam Good News Bible dipetik dalam Bahasa Inggeris adalah seperti berikut : And eternal life means knowing you, the only true God and knowing Jesus Christ whom you sent. [Good News Bible, John, 17 :3] Ayat ini apabila diterjemah dalam Bahasa Melayu dalam Alkitab, berlakulah sedikit perubahan konsep seperti berikut : Jika orang mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal yesus Kristus yang sudah Engkau utus, maka mereka mendapat hidup sejati dan kekal. [Alkitab, Yohanes 17 :3] Adalah perlu diperhati ungkapan kata satu-satunya Allah dalam ayat ini kerana apabila perkataan satu itu digandakan ia memberi konotari berbilang. Demikianlah dengan cara yang halus mereka menimbulkan kekeliruan untuk membawa konsep triniti dalam ayat tauhid. Sepatutnya ayat ini diterjemah [jika mereka jujur] dengan mengekalkan maksud
6

ayat yang asal seperti berikut: Dan hidup abadi bermakna mengenal Engkau, hanya Allah yang sebenar, dan mengenal Yesus Kristus yang kamu utus. Jika diperhatikan ayat ini dengan teliti, ia adalah menyamai dua kalimah syahadat dalam akidah agama islam, dengan pengakuan bahawa Allah Yang Esa dan Yesus Kristus adalah diutus sebagai rasul. Walau bagaimanapun pihak Gereja akan mentafsirkan ayat ini dengan mengatakan bahawa Yesus Kritus itu diutus sebagai anak tuhan untuk menebus dosa anak Adam. Tentunya tafsiran ini menyimpang dari makna sebenar ayat berkenaan dan bercanggah dengan pengakuan Tauhid yang terdapat dalam ayat yang sama. Tafsiran mengenai anak Tuhan adalah sekadar diadaadakan oleh pihak Gereja. Ayat ini dikeluarkan oleh Nabi Isa [a.s] sebagai seorang rasul kepada Bani Israel ketika berada dalam upacara makan malam terakhir [the last supper] dengan dikelilingi oleh dua belas orang pengikutnya, kesemuanya dari kaum Bani Israel. Ketika itu belum ada agama Kristian yang muncul hanya setelah Paulus membangunkan gerejanya di Antioch lebih suku abad selepas peninggalan Nabi Isa [a.s]. Kenyataan mengenai tauhid terdapat juga dalam kitab 1st Timotius, 2:5, yang ditulis oleh Paulus [atau atas nama Paulus] Ayat ini dipetik

dari Christian Community Bible, Catholic Pastoral Edition dalam bahasa Inggeris seperti berikut : As there is one God, there is one mediator between God and men, Christ Jesus, true man. [Christian Community Bible 1 Timothi 2:5] Di dalam Good News Bible ayat yang sama adalah sebagai berikut : For there is one God, and there is one who brings God and human beings together, the man Christ Jesus. [Good News Bible, 1 Timothi ; 2:5] Apabila ayat ini diterjemah ke dalam bahasa Melayu, dalam Alkitab, sedikit perubahan konsep telah berlaku, seperti berikut : Kerana hanya ada satu Allah, dan hanya ada satu yang dapat memimpin manusia kepada Allah, iaitu Kristus Yesus yang datang ke bumi sebagai manusia. [Al-Kitab, 1 Timotius, 2;5] Perubahan konsep berlaku di bahagian terakhir ayat berkenaan yang menggambarkan Yesus Kristus sebagai jelmaan yang turun ke bumi sebagai manusia. Perubahan ini adalah untuk disesuaikan kepada doktrin trinity, dan dalam keadaan biasa pihak Gereja akan mentafsirkan bahagian terakhir ayat ini dengan cara putar belit untuk menggambarkan seolah-olah Yesus Kristus itu adalah anak

Umat Islam tidak membezakan antara Nabi-nabi ini; mereka semua membawa ajaran tauhid, termasuk Nabi Isa (a.s) sendiri. Dalam ertikata lain Nabi-nabi ini kesemuanya membawa akidah Islam, sebagai kesinambungan konsep tauhid dari zaman Nabi Adam (a.s) hingga ke zaman Nabi Muhammad (s.a.w) untuk manusia sejagat hingga akhir zaman.

mitos kepercayaan budaya Yunani yang amat bercanggah dengan Tauhid. Penjelasan-penjelasan yang disebut di atas adalah mencukupi bagi memberi peringatan kepada mereka yang membangkitkan isu penggunaan nama Allah dalam konsep ketuhanan agama mereka bahawa terdapat banyak percanggahan dan perselisihan antara akidah pelbagai agama dengan akidah tauhid yang boleh menimbulkan perbalahan; lebih-lebih lagi apabila setiap agama cuba mendogmakan kepercayaan mereka dan dalam masa yang sama mereka cuba mencampuri akidah agama Islam yang tidak boleh mengkompromikan tauhid dengan syirik. Hal ini boleh menimbulkan persengketaan antara agama dan menggugat keharmonian kaum serta kestabilan dan keselamatan negara. Tidak ada niat dalam risalah ini untuk mencampuri kepercayaan agama lain, kecuali apabila ada pihak yang mencampuri akidah agama Islam dengan menyalahgunakan nama Allah dengan mensekutukannya dengan syirik. Walau bagaimanapun isu percanggahan tidak timbul jika dalam penggunaan nama Allah kesucian Tauhidnya dihormati dan dikekalkan sebagai Allah Yang Maha Esa, dan nama Allah tidak disekutukan.

tuhan dalam jelmaan manusia. Percanggahan konsep antara ayat yang asal dalam bahasa Inggeris dengan terjemahannya dalam Bahasa Melayu adalah jelas bagi mereka yang mengkaji Bible, tetapi bagi para jemaah SIB yang hanya mendengar Bible dari mimbar Gereja seminggu sekali akan terus mensekutukan Allah dengan Jesus Kristus, mengikut doktrin triniti. Gereja SIB memberi peranan yang agak istimewa kepada The Holy Ghost, uknun ketiga dalam doktrin triniti. Biasanya istilah Holy Ghost ini diterjemah ke dalam Bahasa Melayu sebagai Rohul Kudus, tetapi dalam Alkitab disebut sebagai Roh Allah, yang kononnya senantiasa berlegar dalam upacara pemujaan Gereja SIB. Apabila terdapat seseorang dari para jemaah yang kena rasuk oleh makhluk halus, maka orang itu dianggap sudah dapat bersatu dengan tuhan [union with God] melalui Rohul Kudus. Fenomena rasuk oleh makhluk halus [yakni seperti jin] adalah

lumrah dalam upacara keagamaan syirik. Maka terdapatlah kisah dalam Bible yang mirip kepada dewa-dewa budaya kuno dalam konsep jelmaan tuhan. Dalam kisah ini Rohul Kudus [atau Roh Allah] kononnya menjelma sebagai burung merpati. Kisah ini terdapat dalam Gospel Yohanes Fasal 1, ayat 32-34, seperti berikut : ... Engkau akan nampak roh Allah turun lalu tinggal di atas seorang. Dialah yang akan membeptis orang dengan Roh Allah [Rohul Kudus]. Aku nampak Roh Allah turun seperti burung merpati dari langit lalu tinggal di atasNya. Aku sudah nampak kejadian ini, kata Yohanes dan aku memberitahu kamu bahawa dialah anak Allah. [Al-Kitab, Yohanes, 1:32-34] Kenyataan di atas memberi gambaran yang amat jelas bahawa terdapat konsep ketuhanan yang berbentuk khayalan yang mirip kepada

Bahagian 2 akan disambung pada keluaran akan datang

SUARA PERKIM

SUARA PERKIM

ISU LARANGAN GUNA NAMA ALLAH


[Antara Tauhid Dan Syirik]

Prof. Emeritus Dato Dr. Arifn Suhaimi Naib Yang Dipertua PERKIM Kebangsaan

Bahagian 2

isalah ini adalah lanjutan dari siri jawapan kepada isu mengenai tuntutan oleh mereka yang bukan beragama Islam untuk mendapat hak mengguna nama Allah dalam ibadat keagamaan mereka, khususnya oleh mereka dari Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) yang telah memohon mahkamah supaya menyemak larangan menggunakan nama Allah oleh Kerajaan Malaysia, seperti dalam teguran Utusan Malaysia yang bertarikh 16 Januari 2008. Tuntutan ini kemudian telah disambut oleh badanbadan agama lain; antara yang menonjol ialah Majlis Gurdawara dari agama Sikh yang memberi sokongan kepada Tetular Roman Catholik mengenai penggunaan nama Allah dalam penerbitan The Herald-Catholic Weekly seperti teguran yang terdapat dalam akhbar Berita Harian bertarikh 4 Julai 2008. Mereka yang menimbulkan

isu ini mungkin jahil dari segi kefahaman mengenai nama Allah. Mungkin mereka salah faham dengan beranggapan bahawa nama Allah adalah dalam bentuk umum yang boleh meliputi segala jenis tuhan yang terdapat dalam pelbagai agama, serta segala jenis dewa-dewa yang mereka sembah sebagai tuhan. Oleh itu, kepada mereka nama Allah ini boleh dipindahkan dari satu bentuk kefahaman ketuhanan kepada yang lain, dan mereka menganggap nama Allah ini boleh digunapakai oleh penganut semua agama untuk disamakan atau disekutukan dengan tuhan Yesus, Brahman dan Lord Budha, segala jenis dewa-dewa dalam bentuk aviator seperti Lord Krishna dalam agama Hindu, atau pelbagai Bodhisattvas yang terdapat dalam agama Buddha (Mazhab Mahayana). Bodhisattvas adalah mereka yang sedang dalam proses

untuk mendapat Pencerahan (Enlightenment) menjadi Buddha bagi mendapat Nirvana; mereka ini biasa menjadi lagenda yang dalam keagamaan mereka. Jika benar mereka ini jahil dan tersilap persepsi, maka umat Islam bertanggungjawab supaya menjelaskan perkara yang sebenar kepada mereka bahawa ALLAH

Mungkin mereka salah faham dengan beranggapan bahawa nama Allah adalah dalam bentuk umum yang boleh meliputi segala jenis tuhan yang terdapat dalam pelbagai agama, serta segala jenis dewadewa yang mereka sembah sebagai tuhan.

SUARA PERKIM

adalah nama khas (Proper name) dalam akidah agama Islam yang ditujukan hanya kepada satu sahaja Tuhan Yang Maha Esa yang diungkapkan dalam kalimah tauhid LAILAHAILLAH yang bererti Tiada Tuhan Melainkan Allah Kalimat Tauhid yang dinyatakan diatas adalah jelas menolak (menakan) secara total dan eksklusif segala bentuk tuhan yang disekutukan(disamakan) dengan segala jenis kejadian, atau segala jenis tuhan yang dipelbagaikan seperti yang terdapat dalam Doktrin Triniti yang terdiri dari tiga uknun yaitu tuhan bapak, tuhan anak dan rohul kudus yang menjadi teras akidah agama Kristian, atau dalam konsep Atman yang mempelbagaikan tuhan Brahman kepada pelbagai kejadian yang terdapat dalam agama Hindu, atau segala kefahaman ketuhanan dalam konsep TriTunggal atau konsep Unity of Multiple Gods yang terdapat dalam pelbagai agama. Segala konsep ketuhanan yang terdapat dalam

Perbuatan syirik adalah kesalahan yang amat serius dalam Islam. Ia dianggap sebagai perbuatan biadap terhadap Allah. Syirik adalah perbuatan yang menyimpang jauh dari jalan Allah, kecuali mereka yang memohon petunjuk dan mendapt hidayah dari Allah.
segala kepercayaan yang disebut diatas adalah bukan Allah dan tertolak atau terkeluar dari nama Allah yang terdapat dalam kalimah tauhid yang menjadi teras akidah agama Islam.

Kepada umat Islam, Tuhan hanya Allah Yang Maha Esa; hanya Dialah Tuhan dan tiada yang lain, Yang Hakiki, Yang Absolute, Yang Baqo, Yang Berkekalan, Yang Tiada berubah-ubah pada zatNya dan pada sifatNya selamanya. Hanya Allah, Tuhan yang mencipta dan menguasai alam semesta dan segala isi kandungannya. Allah tidak berkongsi kuasa untuk mentadbir alam dengan sebarang makhluk dan tidak berkongsi zatNya dengan sebarang kejadian. Maha Suci Allah dari sebarang kelemahan atau kekurangan. Dialah Allah Yang Maha Agung, dan seluruh alam adalah tunduk dibawah kekuasaannya. Setiap manusia yang mahu mendengar suara hati dari trah kejadiannya dengan ikhlas tentu akan memperakui bahawa Allah adalah Tuhan mereka yang Hakiki, dan memperakui bahawa Allah tidak boleh disekutukan (disamakan) dengan segala jenis makhluk (kejadian) yang bersifat fana(sementara), walaupun pada zahirnya mereka menyembah patung yang mereka ukir dengan tangan mereka sendiri, dan mereka memuja dewa-dewa dan segala mitos yang terdapat dalam lagenda keagamaan mereka. Manusia yang mendengar suara hati mengenai kebenaran akan memperakui bahawa Allah tidak menyerap masuk (merasuk) kedalam jiwa manusia seperti yang mereka sangka dalam ama-

SUARA PERKIM

Oleh kerana perbezaan yang eksklusif antara Tauhid dan syirik, maka umat Islam tidak berkongsi pendapat dengan pergerakan Interfaith (gabungan antara pelbagai agama) yang membawa cadangan bagi menyama-ratakan semua agama tanpa sempadan atas nama keamanan sejagat.
lan penyatuan diri dengan tuhan (union with god) yang terdapat dalam ibadat pemujaan keagamaan mereka. Allah tidak tidak menghaluskan diriNya ke dalam dimensi alam manusia dalam pelbagai bentuk inkarnasi atau jelmaan. Allah tidak beranak dan tidak mempunyai anak atau mempelbagaikan dirinya menjadi banyak. Pendek kata semua konsep ketuhanan yang terdapat dalam kepercayaan mereka adalah bercanggah dengan nama Allah. Adalah jelas dari kenyataan-kenyataan diatas bahawa nama Allah tidak boleh dipindahkan dari akidah tauhid untuk dipinjam atau dikongsi oleh pelbagai agama yang menyekutukan Tuhan dengan makhluk, atau mempelbagaikan tuhan dalam konsep Unity of Multiple God Bahkan, nama Allah tidak boleh dikongsi pakai oleh mereka dari agama yang mengkufuri hukum-hukum Allah dari syariat yang diturunkan kepada rasul-rasulNya; apatah lagi dengan kesilapan yang amat jelas apabila mereka dari Gereja SIB telah menggunakan nama Allah dalam Alkitab (Bible terjemahan dalam bahasa Melayu) dan nama Allah ini telah mereka sekutukan dengan tuhan Yesus dan Rohul

Kudus dalam akidah Triniti yang menjadi teras kepercayan agama kristian. Semua perbuatan atau konsep yang membawa kepada perubahan atau percanggahan kepada sifat Allah dinamakan syirik. Antara penjelasan mengenai sifat Allah dalam Al-Quran adalah dalam surah Al-Ikhlas, mafhumNya; Katakanlah! Dialah Allah yang Esa, Allah tempat sekelian (makhluk) bergantung, Tiadalah Ia beranak dan tiada diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang menyerupai Dia (Al-Ikhlas, 112, 1-4) Perbuatan syirik adalah kesalahan yang amat serius dalam Islam. Ia dianggap sebagai perbuatan biadap terhadap Allah. Syirik adalah perbuatan yang menyimpang jauh dari jalan Allah, kecuali mereka yang memohon petunjuk dan

SUARA PERKIM

mendapt hidayah dari Allah. Segala kenyataan diatas adalah sekadar memberi penjelasan bahawa nama Allah adalah bukan untuk umum bagi membolehkan semua agama berkongsi akidah dengan umat Islam. Nama Allah dalam akidah Islam tidak mengandungi sebarang unsur syirik. Tauhid dan syirik adalah mutually exclusive dan tiada kompromi antara keduanya. Oleh kerana perbezaan yang eksklusif antara Tauhid dan syirik, maka umat Islam tidak berkongsi pendapat dengan pergerakan Interfaith (gabungan antara pelbagai agama) yang membawa cadangan bagi menyama-ratakan semua agama tanpa sempadan atas nama keamanan sejagat. Hal ini adalah

disebabkan gabungan antara agama ini cuba menglibatkan umat Islam supaya menyekutukan Allah dengan perbuatan syirik. Umat Islam tidak terhalang dalam sebarang kerjasama untuk membawa keamanan dunia, tetapi umat Islam adalah amat sensitif terhadap segala perbuatan yang membawa kepada syirik, yang mencemari kesucian Tauhid. Lantaran timbul isu mengenai guna nama Allah ini, maka umat Islam adalah tercabar untuk mempertahankan kesucian Tauhid dengan apa jua cara. Kepada umat Islam yang bersikap sederhana, akan mempertahankan kesucian Tauhid dengan cara rasional, tetapi kepada mereka yang bersikap ekstrimis akan menyeru kepada jihad (holywar) dan disinilah timbulnya

bahaya yang amat besar kepada keselamatan Negara, kerana persengketaan yang akan timbul boleh dieksploitasi oleh pelbagai pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menimbulkan huru-hara kepada negara yang akan menggugat kestabilan nasional dan ketenteraman awam. Oleh itu, mereka yang mahukan keamanan, kedamaian, dan keharmonian, yang selama ini telah dinikmati oleh rakyat Malaysia, adalah perlu berhati-hati supaya bertindak bijak dengan menghormati kesucian Tauhid yang menjadi teras akidah dan kepercayaan umat Islam. Isu guna nama Allah perlu diganti dengan istilah tuhan yang bersifat umum tanpa menjejaskan kefahaman ketuhanan dalam akidah mereka.

SUARA PERKIM

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

ISU LARANGAN GUNA NAMA ALLAH


[Fitrah Manusia atau Penyembahan Berhala]

Prof. Emeritus Dato Dr. Arifn Suhaimi Naib Yang Dipertua PERKIM Kebangsaan

Bahagian 3

isalah ini adalah siri ketiga dari isu larangan guna nama Allah yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia terhadap tuntutan yang dibuat oleh pelbagai agama bukan Islam. Antara alasan yang dikemukakan oleh mereka ialah nama Allah itu dianggap sebagai umum, kerana orang Arab di zaman jahiliah (sebelum Islam) sudah pun menggunakan nama Allah, pada hal mereka adalah penyembah berhala. Sebagai contoh, nama Abdullah sering terdapat dikalangan orang Arab jahiliah termasuklah nama bapa Nabi Muhammad (s.a.w), Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Penjelasan perlu diberi terhadap pandangan diatas, sesungguhnya setiap manusia, sebagai seorang individu, adalah berhak untuk menyebut nama Allah pada bila-bila masa dalam apa jua keadaan, dengan syarat sebutan nama Allah itu adalah datang dari suara hati yang ikhlas. Adalah menjadi trah manusia apabila berada dalam keadaan bahaya atau kecemasan, seseorang individu akan menyeru nama Allah Yang Maha Esa, secara spontan (walaupun dalam bahasanya sendiri), walaupun dia adalah seorang yang kufur dan melakukan syirik. Perbuatan menyebut nama Allah yang Maha Esa adalah mengikut trah asal kejadian manusia, kerana pada asal kejadiannya sebelum lahir

ke dunia manusia itu telah pun dikenalkan kepada Tuhannya, Allah s.w.t. Pada asal kejadiannya di azali setiap roh manusia telah dihadapkan kepada Allah (s.w.t.), lalu Allah berrman kepada roh-roh itu Bukankah Aku (Allah) Tuhanmu maka dijawab oleh roh-roh itu; Bahkan! Sesungguhnya kami naik saksi bahawa Engkau (Allah) adalah Tuhan kami. Perkara ini dijelaskan dalam Al-Quran, surah Al-Araf, ayat 172. Kemudian, roh-roh itu menunggu saat untuk disatukan ke dalam jasad manusia yang masih berada dalam kandungan ibu. Jasad-jasad ini masih berada dalam bentuk janin (embryonic fetus) yang berumur lebih kurang tiga bulan selepas persenyawaan. Pada ketika itu fetus sudah bersedia untuk berlaku perubahan kepada bentuk manusia. Hal ini disebut dalam Al-Quran, surah Al-Muminun dari potongan ayat yang bermaksud, ...kemudian kami jadikan dia satu kejadian yang lain... ayat 23:14. Oleh itu, apabila seorang bayi dilahirkan ke dunia, bayi itu sudahpun mempunyai suara hati mengenal Allah (s.w.t). Tetapi apabila dia sudah dewasa, kesedaran suara hati mengenal Allah ini menjadi tenggelam atau terpendam dalam keadaan subconscious, dan akhirnya dilupakan kerana manusia itu telah terpesona oleh kepalsuan dunia, oleh khayalan budaya sosial dan

SUARA PERKIM

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

oleh kemegahan ego peribadi. Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu bagi menghadapi gelora hidup, manusia itu akan menyebut nama Allah dari suara hatinya walaupun dia bukan beragama Islam dan tidak berpegang kepada Tauhid. Demikianlah keadaan orang Arab di zaman jahiliah yang hidup dikelilingi alam semulajadi di padang pasir, pada kebiasaannya mereka adalah penyembah berhala, tetapi dalam suara hati mereka, mempunyai kesedaran mengenai kewujudan Allah, Tuhan Maha Esa yang menjadikan alam persekitaran mereka. Kepada orang Arab jahiliah patung-patung yang mereka sembah itu adalah perantara mereka dengan Tuhan. Orang-orang Arab jahiliah tidak mempunyai kecanggihan konsep ketuhanan dalam bentuk falsafah seperti budaya orang Greek kuno, atau orang Hinda di India. Orangorang Arab jahiliah tidak mencampurkan nama Allah dalam upacara penyembahan berhala mereka, dan tidak menjadikan nama Allah sebahagian dari kepercayaan kepada patungpatung mereka.

Dalam peristiwa ini, akhirnya Abrahah dan bala tenteranya telah dihancurkan oleh Allah seperti yang diriwayatkan dalam Al-Quran, surah Al-Fil. Orang Arab Jahiliah adalah keturunan dari mereka yang dulunya pernah menjalani sejarah kebangkitan para Nabi yang membawa Tauhid, khususnya Nabi Ibrahim (a.s) dan Nabi Ismail (a.s) yang membina Kaabah di Mekah. Lama kelamaan pegangan kepada Tauhid ini telah dicemari dengan amalan syirik. Maka Allah mengangkat Nabi Muhammad (s.a.w) sebagai Rasul untuk menegakkan kembali kesucian Tauhid dan membersihkan manusia dari perbuatan syirik. Pihak gereja perlu mengambil perhatian bahawa dalam Bible sudahpun terdapat ajaran Tauhid yang dibawa oleh para Nabi zaman dahulu. Dalam risalah ini, perhatian diambil dari himpunan kitab Perjanjian Lama yang menjadi bahagian pertama Bible dimana terdapat ajaran Tauhid dari Nabi Musa (a.s) yang melarang

Demikianlah sikap AbdAl-Mutalib ketika berhadapan dengan Abrahah yang sedang berhimpun dengan bala tentera bergajah disempadan Mekah untuk menghancurkan Kaabah. Abd-Al-Mutalib adalah datuk kepada Nabi Muhammad (s.a.w) dan ketua orang Quraisy di Mekah pada ketika itu. Peristiwa ini berlaku dalam Tahun Gajah beberapa ketika sebelum kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w). Abd-Al-Mutalib berkata kepada Abrahah aku hanya tuan kepada unta-untaku, tetapi kaabah ada Tuannya sendiri yang menjaganya. Yang dimaksudkan oleh Abd-Al-Mutalib ialah Allah, bukan patung berhala yang terdapat di keliling kaabah, kerana sesudah itu Abd-AlMutalib berdoa dengan menyebut nama Allah.

SUARA PERKIM

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

perbuatan menyembah berhala. Perkara ini terdapat dalam kitab kejadian (Exodus), fasal 20, ayat 4-5, yang dipetik dari Alkitab, sebagai berikut:Jangan buat patung bagi diri kamu, patung yang menyerupai apa-apa pun yang ada di langit, di bumi atau dalam air di bawah bumi. Jangan sujud atau sembah kepada patung apa pun kerana Akulah tuhan Allah kamu dan AKU TIDAK MAHU DISAMAKAN DENGAN APAAPA PUN ... [Alkitab, Keluaran, 20 : 4 5]

Ayat yang baru disebut di atas adalah sebahagian dari Sepuluh Perintah [Ten Commandments] yang telah diterima oleh Nabi Musa [a.s] semasa bermunajat dengan Allah di atas Guning Tur Sina. Ayat yang sama boleh didapati dalam Kitab Ulangan [Deuteronomy], Fasal 5, Ayat 8 9. Dalam ayat-ayat ini jelas terdapat larangan supaya tidak menyekutukan Allah, iaitu larangan dari melakukan syirik. Larangan ini diulangi lagi

punca dari perbuatan mensekutukan Allah dan menyamakan Allah dengan kejadian. Selanjutnya konsep tauhid telah ditekan lagi dalam ayat yang dipetik dalam Bahasa Inggeris dari Good News Bible, Kitab Ulangan [Deuteronomy], Fasal 4 Ayat 35 seperti berikut: The Lord has shown you this, to prove to you that He alone is God, and that there is no other. [Good News Bible, Deuteronomy; 4:35] Ayat ini mempunyai makna yang sama dengan kalimah Tauhid bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang terdapat dalam akidah agama Islam. Konsep tauhid dalam ayat ini adalah jelas, walaupun ia ditujukan kepada kaum Bani Israel, yang di bawah kepimpinan Nabi Musa [a.s.] ketika mereka diselamatkan dari buruan Firaun di laut merah. Ayat ini terdapat dalam himpunan kitab Perjanjian Lama, yang menjadi Bahagian Pertama kitab Bible, Kitab suci agama Kristian, yang sepatutnya menjadi pegangan orang Kristian. Pendirian Tauhid dalam Bible terserlah lagi dalam doa Nabi Daud a.s. seperti yang terdapat dalam kitab 1st Chronicles, fasal 1 Ayat 17-20 yang dipetik dalam bahasa Inggeris dari Good News Bible seperti berikut : Lord, there is none like You, we have always known that You alone are God ...

Dalam ayat ini adalah jelas terhadap larangan dari Allah supaya tidak menyembah berhala dan larangan supaya tidak menyamakan Allah dengan segala jenis makhluk. Perbuatan menyamakan atau mensekutukan Allah dengan makhluk dinamakan syirik. Begitu juga perbuatan menduakan atau mempelbagaikan Allah adalah syirik, dan syirik adalah satu kesalahan yang amat serius di sisi Allah, dan ia adalah dilarang dalam ajaran Nabi Musa [a.s] seperti yang ternyata dalam ayat di atas.

dalam ayat lain dalam kitab Ulangan [Deuteronomy], Fasal 4, Ayat 15-16, dipetik dari Alkitab sebagai berikut : ...Oleh itu pastikanlah supaya kamu tidak berdosa dengan membuat berhala bagi diri kamu sendiri dalam bentuk apa pun, sama ada bentuk orang lelaki atau perempuan ... [Alkitab, Ulangan, 4 : 15 16] Larangan ini adalah sama dengan larangan mensekutukan Allah kerana perbuatan menyembah berhala adalah ber-

SUARA PERKIM

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

Pendirian yang sama juga terdapat dalam doa Nabi Sulaiman [a.s] yang terdapat dalam Kitab Raja-raja 1, Fasal 8, ayat 23, yang dipetik dari Alkitab seperti berikut: Lalu [Sulaiman] berdoa, Ya Tuhan, Allah Israel, tiada yang seperti Engkau di langit atau di bumi, Engkau menepati perjanjian Mu dengan umat Mu, dan menunjukkan kasih Mu kepada mereka apabila mereka taat kepada Mu dengan sesungguh hati ... [Alkitab, Raja-raja 1, 8:23] Malangnya unsur Tauhid dalam Bible seperti yang dinyatakan di atas telah dikotori dan dicemari dengan perubahan, pindaan, tambahan dan sisipan ayat-ayat lain yang berbentuk syirik, yang melanggar larangan supaya tidak mensekutukan Allah. Antara contoh ayat yang mencemari tauhid ini terdapat dalam Kitab Kejadian [Genesis] Fasal 1, ayat 27, mengenai kejadian manusia, dipetik dari Alkitab seperti berikut : Demikian Allah mencipta manusia dan menjadikan mereka seperti diriNya sendiri, dan menjadikan mereka lelaki dan perempuan. [Alkitab, Kejadian, 1 : 27] Ayat ini membawa tafsiran bahawa kejadian manusia itu adalah menyamai sifat Tuhan, dalam erti kata lain sifat Tuhan itu adalah seperti sifat manusia. Lantaran sifat Tuhan sudah disekutukan [disamakan] dengan sifat manusia, maka kewujudan Tuhan juga dilingkungi dalam dimensi alam manusia iaitu dimensi masa dan ruang. Gambaran

Tuhan yang terbatas dalam lingkungan alam manusia jelas ternyata dalam ayat yang menceritakan kisah Adam dan Hawa yang sedang bersembunyi kerana telah bersalah makan buah larangan. Ayat yang berkenaan adalah dipetik dari Alkitab, kitab Kejadian, fasal 3, ayat 8-9, seperti berikut: Pada petang itu, mereka (Adam dan Hawa) mendengar Tuhan Allah berjalan di taman, lalu mereka bersembunyi di antara pokok-pokok supaya tidak dapat dilihatNya. Tetapi Tuhan Allah memanggil lelaki itu, Di mana Engkau? [Alkitab, Kejadian, 3 : 8-9] Ayat yang dipetik di atas ini perlu diamati dengan teliti kerana konsep Allah dalam ayat ini telah digambarkan dengan sifat makhluk atau Anthropomorphic iaitu bersifat seperti manusia, dan menjadikan kuasa Allah itu terbatas seperti manusia. Tuhan seperti ini adalah terdampar ke bumi seperti manusia, yang berjalan dan bersantai dalam taman di waktu senja seperti sifat manusia.

Tuhan yang mereka sekutukan dengan sifat manusia ini adalah bukan Allah, Perbuatan mereka mengguna nama Allah ini adalah satu pembohongan untuk mengelirukan orang Islam, supaya merestui kecelaruan konsep antara tauhid dengan syirik yang terdapat dalam kitab suci mereka; pada hal perbuatan syirik yang mereka lakukan adalah bercanggah dengan tauhid dari ajaran Nabi Musa [a.s] yang terdapat dalam Bible yang menjadi pegangan agama mereka sendiri. Di dalam Bible terdapat kisah lucu di mana Tuhan telah bergomol [bergusti] dengan manusia dan kalah. Kisah ini terdapat dalam Kitab Kejadian, Fasal 32, Ayat 22-30, dipetik dari Alkitab seperti berikut : Kemudian datanglah seorang lelaki bergomol dengan Yakub sampai menjelang pagi. Apabila orang itu berasa tidak akan menang dalam pergomolan itu dia memukul pinggul Yakub sehingga sendinya terkehel. Orang itu berkata, Lepaskan aku, sebentar lagi matahari akan terbit. Yakub menjawab, Saya tidak akan melepaskan tuan kecuali tuan memberkati saya. Siapa nama mu? Tanya orang itu. Yakub, jawabnya. Orang itu berkata, Namamu bukan Yakub lagi, Engkau telah bergomol dengan Allah serta manusia dan engkau telah menang, kerana itu sekarang namamu Israel. Yakub berkata,sekarang beritahulah nama tuan. Tetapi orang itu menjawab, Tidak perlu, engkau mengetahui namaku! Kemudian memberkati Yakub. Yakub berkata, Aku sudah ber-

Nama Allah yang telah digunakan oleh pihak Gereja dalam al-Kitab (Bible terjemahan dalam bahasa Melayu) adalah disekutukan dalam konteks Triniti. Jika gejala ini tidak dibendung maka akan datang terdapat nama Allah dalam konteks trimurti dalam agama Hindu dan Trikay dalam agama Budha

SUARA PERKIM

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

temu muka dengan Allah dan aku masih hidup? Oleh itu dia namakan tempat itu Penial. [Alkitab, Kejadian, 32 : 22 30] Dalam kisah lucu yang disebutkan diatas mereka telah mensekutukan Allah dengan mitos kepercayaan dewa-dewa dimana mereka telah jadikan Allah seperti manusia yang menjelma ke bumi dari langit dalam konsep kayangan, iaitu satu mitos yang hari ini sudah jelas bercanggah dengan konsep alam galeksi dimana bumi adalah hanya sebagai satu planet kecil diangkasa lepas. Ternyata cerita yang berbentuk syirik ini adalah sisipan atau tambahan ke dalam kitab yang dianggap sebagai peninggalan kitab Taurat. Sesungguhnya amat malang bagi mereka yang mencampur aduk unsur-unsur Tauhid dari peninggalan ajaran Nabi Musa (a.s), Nabi Daud (a.s) dan Nabi Sulaiman (a.s) dengan perbuatan syirik dalam kitab yang mereka anggap sebagai kitab wahyu. Sebenarnya mereka sudah mempersenda dan mempermain-mainkan Tauhid dengan syirik, dengan menggunakan nama Allah dalam Alkitab, terjemahan Bible dalam Bahasa Melayu. Adalah mustahil mereka tidak dapat memahami larangan supaya tidak mensekutukan Allah dengan sifat manusia, yang terdapat dalam kitab yang dianggap suci oleh mereka sendiri. Lantaran itu umat Islam berhak untuk membantah sekeras-kerasnya terhadap tuntutan mereka, khususnya dari pihak Gereja SIB untuk menggunakan nama Allah dalam kitab mereka, kerana

mereka tidak menghormati sensitiviti umat Islam dalam menjaga kesucian tauhid yang berhubung dengan nama Allah. Umat Islam seluruh dunia (khususnya orang Melayu) perlu sedar bahawa perbuatan mereka yang menuntut hak guna nama Allah ada mempunyai agenda untuk mengelirukan orang Melayu dari asas akidah agama Islam. Hal ini adalah mudah untuk mereka lakukan kerana ramai orang Melayu hari ini yang sudah lalai dan khayal dengan dunia politik dan kebendaan. Nama Allah yang diguna oleh pihak Gereja dalam Al Kitab (Bible terjemahan dalam bahasa Melayu) adalah disekutukan dalam koteks Triniti. Jika gejala ini tidak dibendung maka akan datang terdapat nama Allah dalam konteks Trimurti dalam agama Hindu dan Trikaya dalam Agama Buddha. Dalam kecelaruan konsep ketuhanan ini, kesucian Tauhid akan tercemar dan kita akan kembali ke zaman yang lebih dasyat dari Jahiliah. Lantaran itu umat Islam (khususnya orang Melayu) berhak untuk mempertahankan kesucian Tauhid yang diperjuangkan oleh Baginda Muhammad (s.a.w). Tanpa Islam apalah Melayu! Hilang maruah, hilang nama. Jika orang Melayu tidak dapat mempertahankan kesucian Tauhid ini, maka tunggulah bala yang akan diturunkan Allah, lantaran orang Melayu berbalah sesama sendiri atas perkara agama; kesucian tauhid digadai untuk kepentingan politik! Sebagai penutup, risalah

ini menyeru pihak Gereja yang berkenaan jika mereka ingin menggunakan nama Allah, maka perlulah mereka membersihkan kitab suci mereka dari segala unsur syirik dan kembali kepada ajaran Tauhid, mengikut ajaran para nabi yang terdapat dalam Perjanjian Lama, yang menjadi sebahagian dari kitab suci mereka, yang sebenarnya mengaku bahawa Muhammad adalah Nabi dan Rasul terakhir yang perlu diikuti ajarannya!
Bersambung pada siri akan datang

SUARA PERKIM

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA

PERKIM

ISU LARANGAN GUNA NAMA ALLAH


[Triniti Dalam Gospel Yohanes]

Prof. Emeritus Dato Dr. Arifn Suhaimi Naib Yang Dipertua PERKIM Kebangsaan

Bahagian 4

dalah telah maklum kepada umum bahawa ada pihak dari Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) yang telah menggunakan nama Allah dalam terjemahan Bible ke dalam Bahasa Melayu yang dinamakan Alkltab. Oleh itu siri risalah ini dikeluarkan sebagai peringatan kepada pihak yang berkenaan bahawa tuntutan hak mengguna nama Allah ini akan menimbulkan risiko perselisihan faham yang boleh menggugat keharmonian kaum dalam negara majmuk seperti Malaysia, kerana kesucian Tauhid yang menjadi asas akidah umat Islam telah dicemari oleh konsep ketuhanan Triniti yang berbentuk syirik. Hal ini boleh menimbulkan keresahan kepada umat Islam. Kebimbangan umat Islam terhadap kemungkinan berlaku perbuatan mencemari kesucian Tauhid adalah berpunca dari kecelaruan konsep antara Tauhid dan syirik yang terdapat dalam Alkitab di mana nama Allah telah digunakan. Umat Islam perlu arif mengenai perkara ini supaya tidak akan terpedaya dengan pelbagai dakyah dari mereka yang menuntut hak untuk menggunakan nama Allah tetapi dalam masa yang sama mereka membawa konsep ketuhanan yang bercelaru antara kebenaran Tauhid dan kepalsuan Triniti yang didakyahkan bagi mengelirukan umat Islam. Dalam hal ini umat Islam adalah berhak untuk mempertahankan kesucian Tauhid dengan pendirian ba-

hawa Allah itu Maha Esa dan tidak disekutukan. Dalam risalah yang lalu atas tajuk yang sama penjelasan telah dibuat mengenai perbuatan syirik yang terdapat dalam Bible, dengan mengambil beberapa contoh dari himpunan kitab dalam Perjanjian Lama, iaitu bahagian pertama dari Bible. Namun begitu adalah perlu dinyatakan juga bahawa ada terdapat konsep ketuhanan dalam Perjanjian Lama yang berteraskan kepada Tauhid. Ini disebabkan kitab-kitab dalam Perjanjian Lama telah diambil oleh pihak gereja dari tradisi dan sejarah Bani Israel, yang berasaskan kepada ajaran Nabi Musa (a.s) dan para Nabi Bani Israel. Riwayat dan kisah para nabi dan rasul Bani Israel banyak disebut dalam Al-Quran; mereka ini membawa ajaran Tauhid, iaitu mereka membawa risalah yang sama yang dibawa oleh Nabi Muhammad (s.a.w). Isi dan kandungan kitab-kitab dalam Perjanjian Lama sedikit pun tidak menyentuh tradisi dan akidah agama Kristian. Sebaliknya di beberapa tempat ia mencerminkan tradisi dan sentimen kaum Bani Israel yang menganggap orang Yahudi sebagai bangsa teristimewa dan terpilih di sisi Tuhan. Oleh itu ada terdapat di beberapa tempat dalam Perjanjian Lama konsep ketuhanan yang bersifat Asabiah Masionali, iaitu Tuhan untuk

SUARA PERKIM

17

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA

PERKIM

kaum Bani Israel sahaja yang pada umumnya mereka seru dengan nama Yahweh atau Yahova tetapi dalam Alkitab mereka guna nama Allah. Sentimen ini dapat dikesan dalam ayat yang berikut: Aku Tuhan! akan membuat perjanjian dengan mereka (Bani Israel) dan perjanjian itu akan menjamin keselamatan mereka selamanya. Aku akan memberkati mereka dan menambah bilangan mereka. Aku akan membina rumah Ku yang akan tetap di negara mereka selama-lamanya. Aku akan menjadl Allah mereka dan mereka menjadl umat Ku. Apabila Aku menempatkan rumah Ku di tengah-tengah mereka untuk selamanya barulah bangsa-bangsa lain akan tahu bahawa aku, Tuhan, telah memilih Israel sebagai umatku sendiri. (Alkitab, Yehezkial, 37 : 28) Ayat di atas adalah antara beberapa ayat yang terdapat dalam himpunan kitab Perjanjian Lama yang memberi kefahaman bahawa Tuhan Bani Israel adalah eksklusif hanya untuk orang Yahudi sahaja. Lanjutan dari itu apabila nama Allah digunakan seperti dalam ayat yang dipetik di atas maka ia memberi gambaran seolaholah Allah adalah Tuhan untuk Bani Israel sahaja, dan konsep ini adalah bercanggah dengan akidah agama Islam, di mana Allah adalah Tuhan untuk semua manusia, makhluk dan seluruh alam. Untuk perbincangan selanjut-

nya, risalah ini berpindah kepada konsep ketuhanan dalam Perjanjian Baru iaitu Bahagian Kedua dari Kitab Bible, di mana terdapat konsep ketuhanan Triniti (Trinity) yang menjadi teras akidah agama Kristian. Doktrin Trinity ini mengandungi konsep tiga tuhan dalam satu (three Gods in one), yaitu tuhan bapak, tuhan anak (Yesus Kristus) dan tuhan Rohul Kudus. Untuk mengenal pasti punca kefahaman Triniti, kita harus lakukan kajian ke atas beberapa ayat dalam Fasal 1 Gospel Yohanes, seperti yang dipetik di bawah : Sebelum dunia ini diciptakan. Firman sudah ada. Firman itu bersama-sama Allah, dan Firman itu sama dengan Allah. Sejak permulaan rman itu bersama-sama Allah. Allah menjadikan segala sesuatu melalui Dia. Tiada sesuatupun di semesta alam ini yang dijadikan tanpa Dia. [Alkitab, Gospel Yohanes, 1:13) Ayat-ayat ini mempunyai tema yang amat berbeza dengan tema mengenai asal usul kejadian alam yang terdapat dalam kitab Kejadian (Genesis) iaitu kitab pertama dalam Perjanjian Lama yang bersifat naratif (narrative). Ayat-ayat dalam Gospel Yohanes ini bersifah falsafah yang menggambarkan seolaholah rman itu wujud dengan sendirinya sebagai satu entiti yang tersendiri dan melalui rman maka terciptalah segala kejadian. Bahkan rman itu juga Tuhan atau sama dengan Tu-

han, kerana ia terpancar fatau emanate! dari tuhan. Kefahaman ini adalah lebih jelas jika diperhatikan ayat yang sama dalam bahasa Inggeris yang dipetik dari Christian Community Bible (Catholic Pastorlal Edition) seperti berikut: In the beginning was the Word and the Word was with God and the Word was God. He was in the beginning with God. All things were made through him and without him nothing came to be. [Christian Community Bible, St John 1:1-31 Sebenarnya ayat ini amat mengelirukan untuk mengenai yang mana Tuhan. Walau bagaimanapun ia menggambarkan bahawa rman itu telah menjadi Tuhan, mengikut konsep Logos dalam falsafah Yunani walaupun kenyataan konsep dalam ayat-ayat ini adalah dalam bentuk samar-samar. Konsep rman sebagai Tuhan ini adalah asas kepada konsep Yesus Kristus dalam akidah Triniti apabila rman itu menjelma sebagai manusia yang kemudian menjadi anak tuhan. Hal ini dinyatakan dalam ayat berikut: Firman itu sudah menjadi manusia dan tinggal antara kita. Kita nampak kemuliaanNya. yang diterimaNya sebagai anak tunggal bapa. Melalui Dia kasih Allah, dan Allah sendiri ditunjukkan kepada kita. (Alkitab. Gospel Yohanes, 1:14)

18 SUARA PERKIM

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA

PERKIM

Ternyata bahawa konsep Triniti yang dibawa oleh Paulus tidak berpunca dari Nabi Isa [a.s] dan tidak ada kena mengena dengan Yesus Kristus, yang diperalat untuk disesuaikan kepada satu kepercayaan yang sumbernya adalah dari budaya Yunani yang bersifat Pagan.
Amat jelas ayat yang dipetik di atas telah menggunakan nama Allah dalam kepercayaan yang bersifat syirik, dan menduakan Tuhan. Lantaran dari konsep jelmaan dari rman ini maka Yesus Kristus juga disebut oleh pihak gereja sebagai tuhan Logos, iaitu konsep yang diambil dari falsafah Neo-Platonlsme dari budaya Yunani Kuno. Kamus Standard Dictionary of the English Language (International Edition. Funk & Wagnalls. New York (1942) memberi kenyataan mengenai Logos sebagai berikut: LOGOS - In classical Greek and neo-Platonic philosophy the cosmic reason giving order, purpose and intelligibility to the world. The creative Word of God the second person of trinity, incarnate as Jesus Christ, indentied with the cosmic reason .... Standard Dictionary - [International Edition) Adalah perlu diambil perhatian bahawa budaya dan pemikiran Yunani banyak mempengaruhi orang Yahudi di zaman sebelum kebangkitan Nabi Isa (a.s.) Antara ahli falsafah Yahudi ketika itu ialah Philo of Alexandria yang banyak menceduk falsafah Yunani; antaranya ialah konsep Logos yang kemudian diambil oleh Paulus (atau Paul) untuk akidah Triniti, dan kemudian dimuatkan ke dalam Gospel Yohanes yang muncul dalam agama Kristian pada awal Kurun Ke 2M iaitu lebih seratus tahun selepas peninggalan Nabi Isa (a.s). Perlu juga diambil perhatian bahawa di zaman kebangkitan Nabi Isa (a.s), kaum Bani Israel telah berada dalam keadaan sesat. Secara zahir (atau formal) mereka berpegang kepada ajaran Nabi Musa (a.s) dan berpandukan kepada Kitab Taurat, tetapi pada realitinya mereka mengamalkan budaya hidonisma, menghayati falsafah Greek, dan berpandukan kitab Kabala [Cabala], iaitu kitab warisan bangsa Yahudi sejak zaman Firaun. Maka Allah (S.W.T) bangkitkan Nabi Isa (a.s) untuk membetulkan kaum Bani Israel. Suku abad selepas peninggalan Nabi Isa (a.s) maka datanglah Paulus yang membawa perubahan kepada ajaran Nabi Isa (a.s) daripada Tauhid kepada Triniti dengan membawa konsep Logos ke dalam akidah agama Kristian. Paulus atau Paul (nama asal Saul) adalah seorang Hellenist Jew, yaitu seorang penganut budaya Yunani. Beliau berasal dari Tarsus, satu daerah kini dalam Wilayah Turki dan datang ke Jerusalam untuk mempelajari Taurat, dan berakhir menjadi aktivis untuk

puak Farisi yang memusuhi Nabi Isa [a.s]. Oleh itu Paulus tidak pernah Jerussalam dengan Nabi Isa [a.s] dan tidak pernah menerima kitab Injil dari Nabi Isa (a.s), dan mereka yang menjadi pengikut Paulus adalah bukan ahli kitab. Ternyata bahawa konsep Triniti yang dibawa oleh Paulus tidak berpunca dari Nabi Isa [a.s] dan tidak ada kena mengena dengan Yesus Kristus, yang diperalat untuk disesuaikan kepada satu kepercayaan yang sumbernya adalah dari budaya Yunani yang bersifat Pagan. Hal ini telah dijelaskan oleh Browning W.R.F (1986). Dictionary of the Bible. Oxford University Press, mengenai Paulus atau Paul the Apostle seperti berikut: PAUL THE APOSTLE: ... The view that Paul rather than Jesus was the founder of Christianity as a new religion separate from Judaism, is based on the contrast between Jesus preaching the kingdom with Pauls religion of redemption in which Christs death and resurrection are the centerpiece of a new mystry cult. Baptism is the means of entry and the delement of human sin is removed as the initiate enters into communion with Christs act of salvation. The message of Jesus about the father has been transformed into a religion appropriate for the Greco-Roman world in which the heavenly father plays only a minor role, and the Judaism of Jesus is stripped in Pauls religion of its Jewish basis of the Torah ....

SUARA PERKIM

19

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA

PERKIM

(Browning W.R.F -1986, Dictionary of the Bible) Kenyataan di atas yang diambil dari Browning W.R.F. (1986) memberi beberapa kesimpulan; antaranya ialah agama Kristian itu adalah diasaskan oleh Paulus, yang kedua peribadi Yesus Kristus itu adalah satu mitos yang berasaskan kepada budaya keagamaan orang Greek (Yunani) dan Rome, ketiga ialah segala konsep mengenai penebusan dosa adalah rekaan Paulus, keempat ialah peranan tuhan bapak berpindah kepada peranan Yesus Kristus yang senantiasa ditekankan oleh pihak Gereja dalam setiap upacara keagamaan; dan kelima agama Kristian yang diasaskan oleh Paulus itu terkeluar serta berpisah dari agama Judaisme dengan akidah yang bercanggah dengan Tauhid yang dibawa oleh Nabi Isa (a.s). Hal ini berlaku sekitar suku abad selepas peninggalan Nabi Isa (a.s) apabila Paulus mula mendirikan Gerejanya di Antioch. Semasa hidupnya Paulus cuba membawa ajaran Triniti ini kepada pengikutnya, tetapi dasar dan prinsip akidah Triniti yang dibawa oleh Paulus adalah tidak jelas walaupun Paulus terpaksa menulis banyak surat kepada pengikut-pengikutnya dan surat-surat ini telah dikumpul dan kemudian dimuatkan ke dalam Bible sebagai Epistles of Paul. Pada masa Paul menulis surat-surat ini, Gospel-gospel oleh Matius, Markus, Lukas dan Yohanes belum lagi wujud.

Konsep Triniti telah diperkembangkan dan diperkemas dalam bentuk doktrin oleh pihak gereja dalam satu muktamar yang dinamakan Council of Nicene

tles Creed. Secara ringkasnya doktrin Triniti ini boleh disimpulkan bahawa anak tunggal Bapa itu adalah Yesus Kristus, gelaran yang disandarkan kepada Nabi Isa (a.s), yang kononnya menjelma dari rman sebagai manusia dan turun ke bumi untuk disalib bagi menebus dosa manusia kerana kasihNya Tuhan kepada makhluk yang bergelar Homo sapiens. Doktrin Triniti ini mengandungi tiga uknun; yang pertama ialah Tuhan Bapak latau (God Head), dan yang kedua ialah Tuhan Anak (atau God the Mediator/God Logos), dan yang ketiga ialah Rohul Kudus (Holy Ghost] yang terpancar dari zat Tuhan Bapak dan Tuhan Anak [mengikut kefahaman Gereja Katolik). Pihak Gereja akan mempertahankan pendirian bahawa ketiga-tiga uknun ini adalah satu tuhan, iaitu konsep Trltunggal (Three Gods In One), dan atas dasar ini mereka mengaku berpegang kepada monotheism, iaitu kepercayaan kepada satu Tuhan. Umat Islam (dan juga umat Bani Israel) menyedari bahawa pengakuan pihak gereja ini adalah satu pembohongan. Ternyata konsep Triniti ini adalah bukan Tauhid, dan umat Islam perlu arif dengan percanggahan dalaman (self contradiction) yang terdapat dalam doktrin Triniti ini supaya tidak terpedaya dan terkeliru dalam kecelaruan konsep yang didakyahkan sebagai dogma untuk dipercayai secara taklid, tanpa rasional, tanpa logik, dan tanpa soal.

dalam tahun 325 M; iaitu dalam kurun Ke 4M selepas peninggalan Nabi Isa [a.s]. Oleh itu kenyataan dasar dan prinsip doktrin Triniti tidak terdapat dalam Bible; tetapi ia terdapat dalam Catechism Gereja, seperti dalam Anglican Book of Common Prayers, dan Presbyterian Hvmnbook dan biasa disebut sebagai The Nicene Creed atau The Apos-

20 SUARA PERKIM

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA

PERKIM

pel yang lain (Browning W.R.F. 1986). Apabila sebuah kitab keagamaan yang dianggap suci tidak mempunyai sumber otoritinya yang jelas dan punca keasliannya dipersoalkan maka pelbagai pihak akan mentafsirkan isi kandungannya dengan pelbagai percanggahan. Oleh itu apabila Bible diterjemah ke dalam bahasa Melayu dengan nama Alkitab dan terjemahan ini menggunakan nama Allah maka perbuatan mensekutukan nama Allah dengan konsep logos dan triniti terus dilakukan tanpa menghormati perasaan atau sensitiviti umat Islam mengenai kesucian Tauhid. Mereka inilah yang mengundang risiko perbalahan antara agama. Segala penjelasan yang terdapat dalam risalah ini adalah sekadar sebagai maklumat untuk umat Islam supaya tidak ada yang terkeliru dengan putar belit dakyah dari pihak yang berkata Tuhan itu satu tetapi yang satu ini berpecah kepada tiga tuhan dan yang tiga tuhan ini disekutukan dengan nama Allah untuk mengelirukan umat Islam dari fahaman Tauhid. Umat Islam perlu berwaspada terhadap niat jahat mereka yang menuntut hak untuk menggunakan nama Allah dalam amalan agama mereka, supaya umat Islam tidak akan terpedaya untuk mengkompromikan Tauhid dengan Triniti dan menyamaratakan Tauhid dengan syirik atas nama persefahaman antara agama.
Bersambung pada siri akan datang

Amat sedikit dari konsep Logos yang berasal dari falsafah Yunani yang telah dimuatkan ke dalam Gospel Yohanes. Hal ini disengajakan supaya konsep itu tergantung dalam bentuk samar-samar untuk menyembunyikan hubungan konsep Triniti dengan konsep Logos, dan dengan itu tersembunyilah juga mitos agama Pagan dari budaya Yunani yang menjadi latar belakang kepada akidah yang dibawa oleh Paulus. Apa yang berlaku ialah satu transformasi yang amat licin dalam pemindahan konsep rman sebagai Logos kepada tuhan Yesus Kristus sebagai uknun kedua dalam Triniti, yang terus didewa-dewakan sebagai Kristus anak tuhan, seolah-oleh proses itu adalah satu mukjizat ilahiah yang mesti dipercayai secara taklid oleh para jemaah gereja yang datang seminggu sekali untuk mendengarnya sebagai dogma dari mimbar gereja. Untuk tujuan ini Yohanes telah diperalat seolah-olah Yohanes sendiri telah menjadi saksi kepada satu mukjizat ajaib dalam satu kitab yang disandarkan atas nama Yohanes. Siapakah sebenarnya penulis atau penyunting Gospel

Yohanes telah banyak dipersoalkan oleh para pengkaji kitab-kitab dalam Bible. Gospel Yohanes telah muncul pada awal kurun ke 2 M, iaitu lebih seratus tahun selepas peninggalan Nabi Isa (a.s). Pada ketika itu jika Yohanes masih hidup tentunya sudah berusia lebih satu ratus tahun. Yohanes adalah salah seorang pengikut Nabi Isa (a.s) yang setia. Riwayat hidupnya tidak banyak diketahui, terutama selepas beliau di penjara dan ditahan dalam buangan di sebuah pulau bernama Island of Patmos di laut Mediterranean oleh kuasa Rom. Kemungkinan pada mulanya sebahagian dari Gospel ini telah mula ditulis oleh Yohanes maka oleh itu terdapat sisa-sisa unsur ajaran Nabi Isa (a.s) di dalamnya, terutama ramalan mengenai kebangkitan seorang rasul akhir zaman selepas Nabi Isa (a.s). Tetapi kemudian dari itu Gospel ini telah ditokok tambah dan diubahsuai untuk disesuaikan dengan ajaran Paulus, hingga tulisan Yohanes yang asal itu tenggelam dan sukar dikesan lagi. Persoalan mengenai keaslian Gospel Yohanes ini telah ditimbulkan kerana terlalu banyak percanggahan yang terdapat di dalamnya dengan gospel-gos-

SUARA PERKIM

21

You might also like