You are on page 1of 20

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB (KPT 6044) KUMPULAN A

TUGASAN 3: PELAKSANAAN PENTAKSIRA BERASASKAN SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH DARI PERSPEKTIF GURU NAMA PENSYARAH: PROFESOR MADYA DR ABD LATIF HJ GAPOR

NAMA PELAJAR: SHARIFAH MUNIRAH BT SAYED MOHAMED NOOR M20121000164

PERSEPSI GURU TERHADAP PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu dasar baru yang diperkenakan dalam bidang pendidikan dimana komponen pentaksiran dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru matapelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. PBS dirancang, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisme penyelarasan dan pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran tersebut.

1.2

Latar Belakang

Pentaksiran Berasaskan Sekolah mula dilaksanakan mulai 1 Februari 2012 melalui Pekeliling Perlaksanaan dari Lembaga Peperiksaan No. Rujukan KP/LP/005/08/06/01/(27).

Pelaksanaan ini diyakini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ketika ini sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dilihat lebih mengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam aspek kokurikulum. Kajian kajian lepas telah banyak melaporkan tentang kepentingan pentaksiran sekolah dalam membantu proses pembelajaran (Rohaya:2009). Namun keberkesanannya bergantung kepada faktor seperti sikap, orientasi dan falsafah guru terhadap pelajar dan proses pengajaran-pembelajaran, serta latihan, pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang pentaksiran pendidikan. Beberapa pengkaji seperti Black dan William (1998) dalam laporan mereka mengesahkan bahawa pentaksiran guru merupakan kriteria penting ke arah memperkaya pengalaman pembelajaran seterusnya mencapai pendidikan berkualiti.

1.3

Pernyataan Masalah

Peperiksaan merupakan kaedah utama yang digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk tempoh lebih daripada 50 tahun. Oleh itu, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah mula diperkenalkan bagi menambaik sistem penilaian ke atas pelajar dengan menggunakan standard prestasi kerana sebelum ini penilaian terhadap pencapaian pelajar terlalu berorientasikan peperiksaan. Ia dibangunkan bertujuan untuk menambahbaik Ujian Penacapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan memansuhkan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) menjalng 2014 (Berita Harian: 5 Nov 2012). PBS merangkumi empat komponen iaitu pentaksiran pusat, pentaksiran sekolah, pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta pentaksiran psikometrik. Justeru, pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah dilihat sebagai cabaran baru kepada para guru dalam aspek

ketersediaan golongan ini sebagai pelaksana. Maka kajian ini dilakukan untuk melihat prubahan ini dari aspek guru yang mana implimetasi ini akan melibatkan pementoran, pemantauan, pengesanan dan penyelarasan oleh Kementerian Pelajaran dan Pejabat Pendidikan Daerah. Rasionalnya disini guru dilihat terbeban dengan tugas-tugas seperti membina instrument (soalan) PBS, meriso, menanda, menyemak dan seterusnya key in hasil pentaksiran tersebut sepanjang tahun tempoh persekolahan.

1.4

Objektif Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dari apsek guru yang merupakan golongan pelaksana sistem. Justeru, fokus kajian adalah untuk melihat adakah PBS menambah beban tugas guru dan juga kesediaan guru dalam menghadapi transformasi pendidikan ini.

1.5

Soalan Kajian

Kajian ini diharap dapat menyelesaikan persoalan-persoalan berikut: a). Adakah pelaksanaan PBS menambah beban guru? b). Adakah guru bersedia untuk menerima perubahan dalam pendidikan ini?

1.6

Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan dengan merangkumi dua aspek iaitu model Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran dan aspek guru yang akan

mengimplimentasikan sistem ini. Oleh itu ia dilihat dapat memberi kejelasan mengenai perincian sistem tersebut disamping meneliti sejauhmana bebanan kerja yang akan ditanggung oleh guru. Namun begitu, kajian ini turut mempunyai kepentingan terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak sekolah, guru-guru serta para pelajar. Menerusi kajian ini, maklumat yang diperolehi dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengetahui sejauh mana persepsi guru dalam pelaksaaan PBS di sekolah menengah. Tambahan pula, kajian ini boleh menjadi satu panduan kepada pihak kementerian sekiranya ingin dalam merangka perubahan yang dapat mengimbangi beban tugas guru dan pengukuran kecemerlangan pelajar yang lebih holistik dalam sistem pendidikan akan datang. Kajian ini penting dalam melahirkan guru yang lebih profesional seterusnya generasi pelajar yang berfikiran kritikal dan berkualiti serta dapat memberi sumbangan kepada pembangunan negara kelak. Kajian yang dijalankan ini amat memberi faedah kepada pihak sekolah bagi menilai sendiri perspektif guru terhadap sistem ini, samada guru semakin terbeban dan sekiranya masalah tersebut berlaku apakah penyelesaian yang konstruktif yang dapat dilakukan dalam mengatasi masalah tersebut. Hal ini perlu dipandang serius guru adalah pemacu yang amat penting bagi pencapaian pelajar. Para pelajar merupakan golongan utama yang menerima kesan daripada perlaksanaan kaedah PBS ini.

1.7

Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan adalah dengan berfokuskan pandangan guru terhadap PBS. Bagaimanapun, terdapat limitasi kajian dimana setiap sekolah senarionya adalah berbeza dari aspek pentadbiran dan pengurusan PBS. Skop kajian ini dilihat secara umum berdasarkan

laporan semasa di media cetak mahupun elektronik. Kajian rintis belum dijalankan secara terperinci mengenai kesan pelaksanaan PBS disebabkan ia masih baru diimplimentasikan iaitu pada tahun 2012 bagi sekolah menengah. Maka kajian ini lebih melihat kepada respon guru di peringkat awal dan tidak melibatkan persampelan secara besar-besaran.

1.8

Definisi Operasi

1.8.1 Persepsi Menurut Atkinson dan Hilgard (1983) mendefinisikan persepsi sebagai proses menyusun dan mentafsir pola-pola rangsangan melalui organ penerimaan dan kemudian menghasilkan dan membentuk imej mengenai persekitaran. Lavesque (1992) telah mendefinisikan persepsi sebagai satu proses bagaimana manusia memproses dan mengendalikan berbagai-bagai maklumat persekitarannya dengan menggunakan pancainderanya. Dalam kajian ini persepsi ialah pengalaman, pandangan dan pendapat guru terhadap penggunaan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah menengah. 1.8.2 Pelaksanaan Perlaksanaan dalam kamus Dewan (1994), bermaksud hasil daripada melaksanakan, mengerjakan atau menyelesaikan sesuatu rancangan atau tugas. Istilah perlaksanaan adalah berbeza dengan pelaksanaan. Pelaksanaan membawa maksud perbuatan atau hal melaksanakan (mengusahakan, menjalankan) sesuatu, menjalankan atau menyelesaikan sesuatu rancangan, sedangkan perlaksanaan pula lebih kepada hasil daripada melaksanakan sesuatu program. yang didapati daripada

1.8.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pentaksiran sekolah merupakan pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir dan diperiksa dan dilaporkan oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar (Syed Ismail&Ahmad Subki,2010) 1.8.4 Guru Menurut Amir Hassan Dawi (2006), guru ialah: a) Guru adalah mereka yang mempunyai kelayakan perguruan sama ada dalam bentuk sijil, diploma ataupun ijazah. b) Guru mempunyai autoriti untuk menentukan sebahagian daripada markah pepepriksaan. c) Guru merupakan golongan yang berada di barisan hadapan dalam mentransmisikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai kepada generasi baru. 1.9 Rumusan

Sebagai kesimpulannya, Pelaksanaan dasar baru ini merupakan satu cabaran bagi Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran yang berdepan tugas berat bagi melengkapkan kemahiran kira-kira 420,000 guru sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menghadapi perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Program latihan yang sesuai dan mencukupi bagi meningkatkan pemahaman di kalangan guru terhadap perlaksanaan PBS sekali gus menepati hasrat kerajaan melahirkan pelajar yang lebih berkualiti. Sistem PBS adalah salah satu usaha kerajaan melalui Kementerian Pelajaran membangunkan modal insan secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Bab ini mengandungi petikan buku, jurnal dan hasil dapatan kajian daripada pengkajipengkaji lepas berkaitan dengan tajuk kajian.

2.2

Kajian Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) di sekolah rendah

Tahun 2011 mencatatkan perubahan kepada sistem pendidikan di Malaysia apabila Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan kepada murid Tahun 1 sekolah rendah. Perubahan yang dimaksudkan di sini ialah perbezaan antara keadaan semasa dengan sebelumnya (Amir Hassan dawi, 2006) iaitu penilaian terhadap pelajar telah ditukarkan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi menggantikan penilaian yang berorientasikan peperiksaan. Pelaksanaan pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru semakin mencabar (Amir Hassan Dawi, 2006). Sanitah dan Norsiwati (2012) dalam kajiannya untuk mengenalpasti apakah tahap kesediaan guru daripada aspek minat, sikap dan penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang guru Matematik Tahun

Satu di Daerah Kluang. Dapatan kajian mendapati semakin lama seseorang guru mengajar tahun satu maka akan menimbulkan minat yang mendalam untuk menyampaikan ilmu. Ini jelas menunjukkan bahawa kesediaan minat dan sikap yang positif guru guru yang mengajar Matematik Tahun Satu akan memberikan impak yang berkesan dalam pelaksanaan KSSR. Guru-guru ini mudah memahami kehendak sukatan pelajaran dan dapat menyampaikan ilmu kepada murid-murid dengan lebih efektif. Guru- guru yang berpengalaman mengajar Tahun Satu lebih mendekati murid dan memahami kehendak murid yang baru mengenali alam persekolahan.

Tonggak kepimpinan Guru besar atau Pengetua mempengaruhi kejayaan sekolah dalam bidang akademik dan juga kokurikulum (Syed Ismail & Ahmad Subki,2010). Oleh yang demikian kepemimpinan guru besar dalam pelaksanaan PBS di peringkat sekolah amat diperlukan supaya matlamat dan hala tuju Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan tidak menyimpang dari tujuan asalnya. Kajian Yusof dan Mohd Musa (2010) terhadap 57 orang Guru Besar sekolah aliran kebangsaan di Daerah Kota Tinggi menunjukkan Guru Besar memahami maklumat berkaitan dengan pelaksanaan PBS dan berkeupayaan menjadi peneraju utama membawa misi dan visi serta mampu merealisasikan Dasar Pentaksiran Negara. Sokongan padu guru besar dalam mengetuai pelaksanaan PBS menjadikan PBS sebagai satu sistem yang amat releven untuk dilaksanakan dan selaras dengan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang akan menggantikan sistem peperiksaan yang lama. Faktor jantina dan lokasi sekolah sama ada bandar atau luar Bandar bukan faktor penentu dan penghalang dalam menjayakan misi dan visi pelaksanaan PBS. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik.

Kajian yang dijalankan oleh Zurida dan Nooraida (n.d) adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang timbul sepanjang pelaksanaan KSSR pada tahun 2011 dalam aspek penaakulan. Data dikumpul melalui temubual berstruktur. Sampel kajian terdiri daripada 8 orang guru daripada 4 buah sekolah yang mengajar mata pelajaran Sains Tahun Satu. Berikut adalah hasil dapatan kajian: i) Kesemua guru yang ditemu bual masih kurang jelas tentang konsep menaakul kerana mereka tidak dapat memberi definisi dan maksud menaakul dengan betul. ii) Kesemua guru tidak pasti apakah kaedah dan pendekatan yang perlu digunakan oleh mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha untuk menerapkan dan meningkatkan kemahiran menaakul kepada murid-murid. iii) Kebanyakan guru menyatakan KSSR ini baik namun begitu penerangan yang lebih jelas dan terperinci perlu diberikan kepada semua guru apa yang sepatutnya dilaksanakan dari segi strategi pengajaran dan pentaksiran dalam usaha mencapai kemahiran 4M, iaitu menulis, membaca, mengira dan menaakul. Bagi kemahiran 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira tiada masalah yang timbul tapi bagi kemahiran menaakul, didapati guru-guru tidak pasti cara untuk menerap dan menentukan sejauh mana murid-murid telah menguasai kemahiran tersebut. iv) Kebanyakan guru mengharapkan pendedahan dan kursus yang memfokuskan kemahiran menaakul diberi kepada guru-guru. v) Hampir separuh guru menyatakan masa yang diperuntukkan untuk mengajar mata pelajaran Sains tidak mencukupi memandangkan waktu Sains telah dipendekkan dari 3 waktu kepada 2 waktu seminggu kerana dalam subjek Dunia Sains dan Teknologi masa perlu diperuntukkan untuk mengajar penggunaan komputer kepada muridmurid

2.3

Kajian Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) di sekolah menengah

Norani dan Saifulazri (2010) telah menjalankan kajian diskriptif bertujuan mengenalpasti persediaan guru, pengurusan masa guru, pengurusan alatan dan bahan-bahan serta beberapa masalah lain yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus berasaskan sekolah bagi matapelajaran Kemahiran Hidup. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa peratusan guru-guru yang bersetuju dengan persediaan mereka dalam melaksanakan PBS ini amat tinggi. Pengurusan masa juga amat penting bagi guru-guru Kemahiran Hidup ini dengan jumlah peratusan yang bersetuju amat tinggi. Bagi urusan kelengkapan peralatan serta bahan-bahan, guru-guru serta pihak pengurusan mengambil berat mengenainya. Hanya jadual waktu guru-guru Kemahiran Hidup yang agak padat menyukarkan mereka melaksanakan PBS. Secara keseluruhannya, guru-guru Kemahiran Hidup ini dapat memahami dan melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus Berasaskan Sekolah bagi matapelajaran Kemahiran Hidup ini dengan baik.

2.4

Profession perguruan

Guru merupakan golongan yang berada di barisan hadapan dalam mentrasmisikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai kepada generasi baru. (Amir Hassan Dawi, 2006). Hasil kajian Abdul Rahim, Ahmad Johari, Jamaluddin & Rosliza (2006) terhadap persepsi guru terhadap profesion perguruan masa kini mendapati: a) Guru menganggap bahawa kerjaya mereka sebagai guru adalah satu kerjaya yang mulia. b) Para guru yang terlibat dalam profesion perguruan ini menganggap bahawa ilmu

pengetahuan itu adalah penting dan mereka akan cuba mendapatkan ilmu setinggi yang boleh mengikut kemampuan mereka sendiri. c) Guru juga menganggap bahawa pekerjaan sebagai guru adalah satu tugas yang mencabar. d) Guru menganggap sumbangan yang telah mereka berikan kepada masyarakat dan negara adalah besar dan tinggi nilainya. e) Guru menganggap bahawa sumbangan yang mereka berikan pada masa sekarang tidaklah dihargai oleh masyarakat berbanding dengan masyarakat dahulu yang begitu menghargai jasa seorang guru. f) Hasil daripada kajian menjelaskan bahawa para guru mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas mereka sebagai pendidik. g) Para guru sanggup menghadiri kursus dalam perkhidmatan dengan tujuan untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam dunia pengajaran. h) Tahap kesanggupan guru yang telah berkeluarga untuk berpindah atau mengajar di kawasan pedalaman adalah kurang atau pada tahap yang sederhana. i) Hasil daripada kajian menjelaskan bahawa beban tugas guru pada masa sekarang makin bertambah. j) Nisbah bilangan guru dengan pelajar yang tinggi menyukarkan pelaksanaan pengajaran guru dengan berkesan.

2.5

Kesimpulan

Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah menengah pada tahun 2012 memberikan pengalaman kepada guru-guru untuk beradaptasi dan memahami inovasi pendidikan ini. Justeru, guru-guru dapat mengenalpasti persediaan yang perlu dilakukan untuk menerima perubahan dalam bidang pendidikan, kelebihan dan kelemahan pentaksiran yang boleh dimurnikan lagi pada tahun-tahun berikutnya. Oleh itu, pengkaji mengambil

kesempatan ini untuk mengetahui persepsi guru tentang persediaan dan bebanan tugas guru sepanjang pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.

BAB 3

METODOLOGI

3.1

Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang kaedah atau prinsip yang digunakan ketika menjalankan kajian. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah mengenai persepsi guru terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah menengah. Aspek-aspek reka bentuk kajian, partisipan kajian, instrumen kajian dan prosedur kajian adalah amat penting untuk proses penyelidikan. Reka bentuk penyelidikan ialah perancangan yang menentukan cara penyelidikan dijalankan untuk menemukan jawapan kepada permasalahan penyelidikan yang ditetapkan (Sulaiman Masri, 2003, m.s.25). Bab ini membincangkan aspek-aspek reka bentuk kajian, partisipan kajian, instrumen kajian dan prosedur kajian.

3.2

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk penyelidikan bertujuan untuk menjawab soalan-soalan tertentu yang ditimbulkan oleh permasalahan penyelidikan yang dikenal pasti. Oleh itu, reka bentuk kajian perlu sesuai dengan permasalahan supaya penjelasan yang diberi dalam penyelesaian tersebut dapat meyakinkan pembaca tanpa mendatangkan kekeliruan (Sulaiman Masri, 2003, m.s.25).

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kuantitatif. Menurut John (2008), kajian kuantitatif adalah jenis penyelidikan pendidikan yang mana pengkaji memutuskan apa yang hendak dikaji, bertanya soalan yang khusus, mengecilkan skop soalan, mengumpul data yang boleh dikuantitatifkan daripada peserta, menganalisis nombor-nombor tersebut menggunakan statistik dan menjalankan inkuiri dalam bentuk yang objektif dan tidak bias. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah soal selidik. Soal selidik adalah sesuai bagi bilangan respondan yang ramai. Pengkaji dapat melihat dengan mudah perkaitan-perkaitan yang ingin dikaji. Penggunaan borang soal selidik ini dipilih kerana mudah untuk mengumpul maklumat, tidak memerlukan kos yang besar dan menjimatkan masa. Kebiasaannya, borang soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat daripada jumlah responden yang banyak dalam satu atau beberapa lokasi. Borang soal selidik ini berfokuskan kepada persepsi guru (sebagai respondan) terhadap kesediaan guru dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah dan bebanan kerja guru yang dihadapi berdasarkan pengalaman mereka di sekolah. Berikut adalah

kerangka teori kajian yang akan dilaksanakan.

Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajara Matematik

Persepsi terhadap kesediaan transformasi pentaksiran

Persepsi terhadap bebanan tugas pelaksanaan PBS

Rajah 3.1 Kerangka teori kajian

Arahan dan soalan soal selidik adalah piawai dan serupa kepada semua sampel yang hendak dikaji. Soal selidik juga dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas sampel terhadap rangsangan soalan yang diberi. 3.3 Populasi dan Persampelan

Populasi merupakan perkara yang penting kerana ia menentukan bidang masalah yang perlu dikaji serta sebanyak mana data dan maklumat yang perlu dikumpul. Menurut Majid Konting (2000), populasi mestilah ditentukan dan dikaji dengan teliti agar keputusan kajian yang dipilih berkesan. Ia juga akan menentukan masa, tenaga dan perbelanjaan yang akan digunakan untuk melaksanakan penyelidikan. Populasi kajian ini terdiri daripada guru-guru Tingkatan 1 di Negeri Perak yang mempunyai pengalaman melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah pada tahun 2012. Kaedah persampelan yang digunakan adalah persampelan rawak mudah. Ia merupakan teknik persampelan yang asas. Melalui cara persampelan ini, setiap individu mempunyai kebarangkalian yang sama untuk di pilih sebagai responden. Seramai 50 orang guru sekolah menengah di Negeri Perak dipilih sebagai sampel.

3.4

Instrumen Kajian

Soal Selidik Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada dua bahagian, iaitu 1. Bahagian A Bahagian ini terdiri daripada item-item yang berkaitan latar belakang demografi guru pelatih seperti program, jantina, keputusan dalam latihan mengajar dan kawasan latihan

mengajar. Soalan yang telah dibina terdiri daripada soalan yang memerlukan jawapan tertutup. Responden hanya diminta untuk memilih jawapan yang telah diberikan dan menandakan pilihan mereka di ruang yang telah disediakan. 2. Bahagian B Bahagian ini pula terdiri daripada item-item yang berfokus kepada bidang kajian. Bahagian ini telah dipecahkan kepada 2 bahagian yang difokuskan dalam kajian iaitu: i. Persepsi guru terhadap kesediaan untuk melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah ii. Persepsi guru terhadap bebabanan tugas di sekolah dalam melaksanalan PBS.

Soal selidik yang dibina menggunakan format skala Likert 5 Mata bagi melihat darjah persetujuan responden terhadap item yang dikemukakan. Guru hanya memilih satu jawapan sahaja dengan membulatkan satu daripada nilai pemeringkatan tersebut yang telah diinterpretasikan seperti dalam jadual 3.1 di bawah: iii. Skala 5 4 3 2 iv. 1 Nilai Sangat setuju Setuju Kurang setuju Tidak setuju Sangat tidak setuju SS S KS TS STS Singkatan

Jadual 3.1 Interpretasi nilai Skala Likert 5 Mata

Di peruntukan masa selama 20 minit untuk menjawab soal selidik ini. Penyelidik akan mengedarkan dan mengumpulkan soal selidik berkenaan. Penyelidik juga akan

memberikan taklimat kepada responden sebelum mereka memilih jawapan. Sebelum mengedarkan borang soal selidik kepada sampel sebenar, kajian rintis akan dilaksanakan terlebih dahulu terhadap borang soal selidik tersebut.

3.5

Kajian Rintis

Kajian rintis merupakan kajian yang dijalankan sebelum borang soal selidik digunakan dalam kajian sebenar. Kajian rintis dijalankan untuk mengukur kebolehpercayaan item soalan. Kebolehpercayaan membawa maksud sejauh manakah sesuatu instrumen itu dapat memberikan maklumat yang konsisten. Menurut Majid Konting (2000), kebolehpercayaan akan memberi darjah ketekalan dan ketepatan instrumen pengukuran. Instrumen yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi akan memberi keputusan yang sama setiap kali ia digunakan di dalam situasi setara. Pendapat ini disokong oleh Yap et al. (1989) yang menyatakan kebolehpercayaan mementingkan ketekalan, ketepatan atau kejituan ukuran yang dibuat. Menurut Najib Ghafar (1999), saiz sampel rintis tidak perlu besar tetapi memadai untuk memenuhi tujuan perbincangan awal yang berkesan tentang ujian (6-9 orang). Oleh itu, seramai 10 responden telah dipilih oleh penyelidik untuk menjalankan kajian rintis. Kajian rintis ini dijalankan ke atas guru-guru Tingkatan 1 . Penyelidik menggunakan ujian kepercayaan (pekali Alpha Cronbach) dalam perisian SPSS (Statistic Package For Social Science) untuk mengukur kebolehpercayaan instrumen kajian tersebut. Satu ujian yang amat tinggi kebolehpercayaannya akan mempunyai beberapa ciri seperti stabiliti, konsistensi,

keramalan dan ketepatan (Kerlinger, 1973). Ujian kebolehpercayaan atau realiability analysis dijalankan bagi kesemua item soalan. Pengujian menggunakan nilai Alpha Cronbach, untuk mendapat ketepatan kebolehpercayaan. Berdasarkan skala kebolehpercayaan, nilai 0.8 merupakan yang terbaik. Berikut merupakan jadual skala kebolehpercayaan :

Pekali kebolehpercayaan 0.90 atau lebih 0.80-0.89 0.60-0.79 0.40-0.59 0.00-0.39 Jadual 3.2

Tahap Kebolehpercayaan Amat Baik Baik Sederhana Diragui Ditolak

Skala Kebolehpercayaan

3.6

Analisis Data

Data yang dipungut melalui borang soal selidik akan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS version 17.0. Proses menganalisis melibatkan analisis deskriptif yang digunakan untuk menghuraikan persepsi guru terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah menengah.

3.7

Kesimpulan

Bab ini secara keseluruhannya membincangkan kaedah dan prosedur yang akan digunapakai dalam kajian ini. Hasil dapatan yang dikehendaki ialah maklumat tentang persepsi guru

terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah menengah. Hasil kajian akan dianalisis menggunakan perisian SPSS.

BIBLIOGRAFI Azleena, M. (2007). The implementation of school-based oral English assessment. : a case study. Unpublished Masters dissertation. UiTM, Shah Alam.

Fazliza Che Mat et al. (n.d). Pelaksanaan Sains Kssr Tahun Satu: Satu Tinjauan Awal. Hamzah, M.O. and Sinnasamy, P. (2009). Between the ideal and reality: teachers perception of the implementation of school-based oral English assessment. In The English Teacher, Vol 38, pp. 13 29. Jonassen, D.H. (1999). Designing constructivist learning environments. In C. M.Reigeluth (ed). Instructional-Design theories and models: A new paradigm of instructional theory. 2:215-239. Mahwah, NJ: LEA Publishers. Kerajaan Sedia Menambahbailk Sistem PBS; Rungutan Guru Dikaji. Berita Harian. 5 Novermber 2012 ms3.

Meor Ibrahim, Siti Nadya (2008). Persepsi Pelajar Tahun Akhir Aliran Sains Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Pendekatan Pembelajaran Secara Problem-Based Learning (PBL). Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Anuar Abdul Rahman dan Khamsawati Jaafar. (2010). Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah

Kuantan, Pahang.UTM.Skudai. Mok Soon Sang (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan, Perancangan dan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan. Ipoh: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Rohaya Talib (2009). Kajian Pembinaan dan Pegesahan Instrumen bagi Mengukur Tahap Literasi Pentaksiran Guru Sekolah Menengah di Malaysia. Dalam http://eprints.utm.my/13641/7/RohayaTalibPFP2009CHAP1.pdf. Diambil pada 15 November 2012.

Sanitah Mohd Yusof dan Norsiwati Ibrahim.(2012). Kesediaan Guru Matematik Tahun Satu Dalam Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Kssr) Di Daerah Kluang. Journal of Science and Mathematics Education, 6, 26-38.

Shanusi, (2007). An Investigation of Teachers' Readiness towards School Based Assessment Scheme in Selected Malaysian Teacher Training Institutes. (Online). Retrieved 21 March, 2009, from http://iaea2007.tqdk.gov.az/cp.html

Syed Ismail&Ahmad subki.(2010).Guru dan cabaran semasa.Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Syed

Ismail

dan

Ahmad

subki.(2010).Asas

Kepeimpinan

&

Perkembangan

Professional.Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Yusof Boon dan Mohd Musa Shaharuddin (2011). Kepemimpinan Guru Besar Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Kebangsaan Daerah Kota Tinggi, Johor.UTM, skudai

Zurainu Mat Jasin (2012). Keberkesanan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham dalam Pengajaran Komsas Bahasa Melayu: Universiti Utara Malaysia

You might also like