You are on page 1of 8

Kesan kesan pembandaran terhadap alam sekitar di Kampung Acheh.

1. Definisi pembandaran Merujuk kepada Wikipedia pembandaran ialah proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar. Pembandaran juga berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks sifatnya seperti dari bandar kecil ke bandar sederhana dan akhirnya menjadi bandar raya. Pembandaran berasal dari perkataan bandar. Sebenarnya tiada satu takat (standard) yang digunakan oleh sesebuah negara di dunia untuk mentakrif bandar. Di Denmark misalnya, petempatan yang mempunyai jumlah penduduk melebihi 250 orang, sudah layak dianggap bandar. Di Perancis pula, saiz minimum penduduk yang digunakan untuk mentakrif bandar adalah seramai 2000 orang. Sementara di Malaysia, takat yang digunakan untuk mentakrifkan bandar ialah kawasan yang mempunyai penduduk sekurang-kurangnya 10,000 orang. Untuk menyelaraskan pentakrifan sesebuah bandar, maka penilaian terhadap kepadatan penduduk, peratus penduduk yang bekerja di dalam sektor bukan pertanian, perumahan, bentuk masyarakat dan keadaan landskap budaya diambil kira sebagai suatu panduan untuk takrifan sesebuah bandar. Pembandaran pula merujuk kepada proses pengwujudan sesebuah bandar. Proses pembandaran ini juga dikenali sebagai urbanisasi. Biasanya ia ditakrifkan sebagai suatu proses perubahan penduduk, petempatan, taraf hidup, pekerjaan, kegiatan ekonomi, pemikiran manusia atau lain-lain ke arah bandar. Antara komponen yang penting dalam proses pembandaran ini ialah kewujudan sektor perindustrian, perkhidmatan, pemborongan, peruncitan dan sebagainya. Oleh itu, secara umumnya proses pembandaran merupakan suatu

proses perubahan sesebuah kawasan khusunya kawasan desa atau luar bandar ke arah menjadi sebuah kawasan bandar. Proses ini secara langsung akan mengubah beberapa aktiviti dan kehidupan masyarakat luar bandar menjadi aktiviti dan kehidupan di Bandar.

2. Kaedah kajian Selama saya menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT) ini,saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mengumpulkan maklumat bagi menyempurnakan kerja kursus ini. Antara kaedah yang telah saya gunakan ialah temuramah. Temuramah merupakan salah satu kaedah tinjauan responden dalam penyelidikan. Ia melibatkan pertemuan-pertemuan pengkaji dengan sumber) untuk mendapatkan maklumat. Dalam mendapatkan

(orang

maklumat,pengkaji mestilah menyediakan satu instrument ( alat kajian). Alat kajian ini terdiri daripada soalan-soalan yang disediakan oleh pengkaji dan diaju serta dijawab secara lisan. Antara responden yang ditemuramah ialah beberapa orang penduduk di Kampung Acheh. Selain itu,saya telah menggunakan kaedah lawatan dan pemerhatian. Lawatan dan pemerhatian adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran ( P&P) yang dapat memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati dan mengkaji sesuatu secara langsung di luar kelas. Dalam menjalankan kajian, pelajar boleh membuat lawatan dan pemerhatian semasa menjalankan kajian tentang kesan kesan pembandaran terhadap alam sekitar di Kampung Acheh. .Dalam kaedah ini,saya telah mengambil beberapa gambar sepanjang menjalankan kaedah ini di Kampung Acheh. Seterusnya,saya telah menggunakan kaedah analisis dokumen. Saya telah merujuk beberapa buku ilmiah untuk menambah maklumat dan pengetahuan saya tentang kajian ini. Sebagai contoh,buku yang dirujuk ialah Buku Target Geografi PMR yang diterbitkan pada tahun 2009 oleh Sasbadi Sdn,Bhd .Di samping itu,saya telah melayari internet untuk mencari bahan untuk dimuatkan dalam kerja kursus ini.

3. Objektif kajian Objektif kajian yang saya gunakan ialah: 1) Mendefinisikan dan memahami konsep dan definisi pembandaran dengan tepat 2) Mengkaji dan menghuraikan kesan-kesan pembandaran terhadap alam sekitar di Kampung Aceh. 3) Mencadangkan langkah-langkah mengatasi kesan pembandaran di kawasan kajian. 4)

4. Kesan-kesan pembandaran terhadap alam sekitar di kawasan kajian saya ialah: a) Berlaku kesesakan lalu lintas Saya dapat mengetahui berlakunya kesesakan lalu lintas berpunca daripada kenderaan yang banyak digunakan di Kg Acheh . b) Pencemaran Udara

Saya juga dapat mengetahui bahawa udara di kawasan kajian dapat dicemari melalui aktiviti perindustrian .Asap yang keluar daripada kilang sarung tangan mencemarkan udara di persekian kampung saya. Oleh kerana kereta yang banyak dikawasan pembandaran. Ini mengeluarkan asap yang banyak mencemarkan udara.

c) Berlaku hakisan tanah Di kawasan kajian saya hakisan tanah berlaku. Ia berpunca daripada pembinaan kilang kilang dan lebuh raya . d) Pencemaran sampah sarap Pencemaran sampah sarap berlakunya di kawasan kajian saya melalui pembuangan sampah ke dalam sungai dan ditepi jj

5. Penerapan unsur-unsur patriotisme dalam kawasan kajian saya:

Pegawai Daerah dan ketua kampung kerap kali mengadakan ceramah mengenai alam sekitar supaya penduduk setempat menyayangi alam sekitar. Melalui aktiviti ini penduduk setempat akan mencintakan alam sekitar demi generasi yang akan dating. Saya berkerjasama dan tolong menolong penduduk untuk mengotong royong Kg Acheh . Saya mematuhi peraturan dan undang undang seperti tidak membuang sampah di merata rata tempat dan peraturan di tempat ibadat.

6. Rumusan

Alam sekitar sangat penting kepada manusia dan haiwan kerana alam sekitar dapat menyediakan pelbagai sumber untuk semua makhluk. Namun,pada hari ini alam sekitar telah dicemari oleh manusia yang bersikap tamak dan malas.Oleh itu,pencemaran alam sekitar semakin meningkat setiap tahun.Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai suatu perbuatan yang mencemarkan atau mengotorkan alam sekitar. Di Kampung Acheh sememangnya terdapat pelbagai jenis pencemaraan yang kian meningkat setiap tahun. Contohnya,pencemaran udara,air dan bau merupakan pencemaran yang utama berlaku di Kampung Acheh. Daripada pemerhatian saya, pencemaran-pencemaran ini disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor yang menyumbang kepada pencemaran-pencemaran ini ialah perkilangan, kenderaan, sampah sarap serta perniagaan. Bagi mengurangkan pencemaran-pencemaran yang terdapat di Kampung Acheh, beberapa cadangan perlu dilakukan. Antaranya ialah, pendidikan alam sekitar, kempen alam sekitar, penguatkuasaan undang-undang dan penggunaan catalytic converter. Sikap sentiasa berusaha dan bekerjasama sangat penting untuk merealisasikan cadangan-cadangan tersebut. Alam sekitar perlu dipelihara untuk menjamin keistimewaannya sentiasa terkawal.Oleh hal yang demikian,saya dan penduduk Kampung Acheh akan sentiasa bekerjasama untuk memelihara alam sekitar ini supaya tidak pupus ditelan zaman.

Lampiran 1

Gambar 1 : Sungai Kampung Sitiawan, di Kampung Acheh

Gambar 2 : Longkang di hadapan kedai makanan Bandar Di Kampung Acheh

You might also like