You are on page 1of 13

Jantung

dan

Peredaran Darah Kita

Oleh : Mohd Faudzi Mohd Saleh

Apa Itu Jantung?


Jantung organ yang pertama berfungsi. Ia mula berdenyut ketika janin di dalam kandungan berusia hanya empat minggu. Jantung terbentuk sepenuhnya apabila usia janin meningkat ke lapan minggu dan saiz janin sepanjang 2.5 sentimeter. Jantung berfungsi secara automatik. Ia tidak seperti sebahagian besar organ badan kita yang dapat dikendalikan menurut kehendak kita. Contohnya apabila mahu berjalan, kita gerakkan kaki.Jantung berlainan sama sekali. Ia tidak boleh menurut perintah. Kita tidak boleh hentikan pergerakan jantung walaupun seketika kerana ia terus berdenyut secara automatik tanpa henti hingga berakhirnya hayat seseorang itu.Proses pengaliran darah badan meliputi jantung yang bertindak sebagai pam dan sistem saluran darah yang kompleks membabitkan aorta, arteri, vena dan kapilari, iaitu saluran darah halus yang menghubungkan arteri dan vena.Saiz aorta hampir bersamaan saiz hos air yang biasa digunakan di kebun dan saiz kapilari pula 10 kali ganda lebih kecil daripada sehelai rambut. Jika disambung semua saluran darah ini, panjang sistem ini hampir 100,000 kilometer atau bersamaan jarak mengelilingi dunia lebih dua kali!

Jantung manusia berbentuk seperti buah, sebesar genggaman tangan dan beratnya antara 225g dan 340g. jantung berdenyut kurang lebih 70 kali setiap minit atau 4,200 kali setiap jam atau 100,800 dalam sehari dan 36,792,000 kali dalam setahun. Kalau dikira berdasarkan usia manusia (60 tahun)

Kedudukan Jantung Di Dalam Tubuh 2,207,520,000 kali tanpa henti.

maka jantung yang ajaib itu berdenyut sebanyak

Peparu kanan

Peparu Kiri

Ukuran jantung manusia adalah sebesar kepala tangan. Jantung adalah satu otot tunggal yang terdiri dari lapisan endothelium. Jantung terletak di dalam rongga torak dan dilindungi oleh tulang dada.

Jantung

Lakaran Kedudukan Jantung Kita

Struktur jantung berbelok ke bawah dan condong sedikit ke arah kiri.

Anatomi Jantung

Lengkung Aorta

Vena Kaya Superior


Atrium Kanan Nodus Sinoatrium Nodus Atrioventrical Ventrical Kanan

Vena pulmonari Kiri Atrium Kiri

Berkas His

Cabang Berkas Kanan dan Kiri Ventrical Kiri Serta purkinje

Vena Kaya Interior

Peredaran Darah Di Jantung

Darah yang terdeoksigen dari kepala dan badan akan dipam masuk ke dalam jantung untuk di salurkan ke paru-paru

Darah yang beroksigen dari paru-paru akan disedut masuk ke dalam jantung untuk dipam keluar ke semua bahagian badan

Penyakit-penyakit Kardiovaskular

Sakit Jantung Koroner

Disebabkan oleh pembuluh arteri yang tersumbat oleh gumpalan lemak sehingga menyekat penyaluran oksigen dan nutrisi ke jantung. Kegagalan jantung berfungsi dengan baik

Jantung berdenyut dalam kadar yang tidak normal sama ada lambat ( bradyarrhythmia s ) atau cepat (tachyarrhytmias.)

Irama Jantung abnormal


gangguan jantung akibat rosaknya katup atau klep jantung. Katup jantung ini berfungsi sebagai pengatur aliran darah yang masuk searah menuju jantung.

Gagal Jantung (Heart Failure)


Radang pada lapisan jantung diakibatkan oleh jangkitan kuman

Katup Jantung (Heart Valve Disease)

pembesaran atau pengecilan jantung secara tidak normal atau menjadi kaku

Radang Jantung (Pericarditis)

Penyebab utama Penyakit-penyakit Kardiovaskular


Merokok

Otot Jantung (Cardiomyopathies)

Pengambilan Alkohol

Diet Tidak Sihat

Tidak Mendapat Rawatan Awal

Gaya Hidup Sihat

Makan Makanan Seimbang

Amalan Bersenam

Tidak Merokok

Kurangkan dan tangani tekanan dengan bijak

Amalan Gaya Hidup Sihat

Tidak Menyalahgunakan dadah

Tidak Mengambil Arak atau Minuman Memabukkan

Menjaga Kebersihan Diri dan Persekitaran

Makan Makanan Seimbang

Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :

i.Tenaga makanan yang mencukupi ii.Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum. iii.Kandungan fiber yang mencukupi iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Bersenam

Senaman adalah satu kegiatan fizikal yang menggalakkan kecergasan fizikal.Kecergasan fizikal ialah keupayaan untuk melakukan kerja, seperti naik tangga atau berlari mengejar bas,dengan puas.Jika anda boleh berbual ketika mengejar bas,anda mungkin cergas.....tetapi jika anda tidak cergas,bagaimana untuk mencapai tahap itu?

Bagaimana memulakannya
Cara terbaik adalah memulakan satu program senaman tetap.Jika anda baru bermula, aktiviti yang dipilih biarlah mudah dan ringkas tetapi menyeronokkan.Beberapa kegiatan yang boleh anda fikirkan ialah berjalan cepat ,jogging, menunggang basikal, aerobik atau berenang.Ia adalah merupakan satu kegiatan yang boleh meningkatkan kadar jantung dan membuat tubuh anda cergas.Bersenam dengan tetap untuk beberapa minggu pertama dan anda akan menikmati hasilnya.

Mengurangi Stress / Tekanan


.

Tekanan berlaku apabila unsur-unsur yang mendesak atau menekan melebihi keupayaan kita untuk menanganinya. Tekanan yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Cara kita menangani tekanan yang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fizikal

Tekanan luar biasa yang berpanjangan dan keterlaluan merupakan sesuatu yang merisaukan. Ia mempunyai kesan-kesan psikologi yang negatif dan memberi kesan buruk kepada fungsi jantung, sistem penghadaman dan rangka otot. Ini akan membawa kepada beberapa penyakit seperti ulser perut, tekanan darah tinggi dan migrain (sakit kepala yang amat sangat). Perasaan ini mungkin berkekalan.

Cara Menangani Stress


1. 2. 3. 4. 5. 6. Mendekatkan diri kepada tuhan Meluahkan perasaan kepada orang yang dipercayai Rehat secukupnya Berfikiran positif Mendapatkan nasihat dari pakar Melaksanakan tugas tepat pada masanya

Rujukan

Harmani Kalim (2007). Penangan Mutakhir Penyakit Jantung Koroner. Jakarta. Pusat Jantung Nasional.

Lam YL dan Khor GL (1997). Faktor risiko di kalangan pesakit penyakit jantung koronari di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Universiti Putra Malaysia. Raden Sanjoyo (2005). Sistem Kardiavaskuler.Yokyakarta.Universitas Gadjah Mada. http://health.kompas.com/read/2012/02/08/11143064/5.Tanda.Jantung http://majalahkesehatan.com/9-gangguan-jantung-yang-wajib-anda-ketahui/ http://staff.uny.ac.id/sites/default/files/Bb3-Kardiovasa.pdf http://www.deherba.com/gejala-gejala-umum-penyakit-jantung.html http://www.ijn.com.my/

http://www.metris-community.com/tips-manajemen-cara-mengatasi stress/

menghilangkan-

http://www.news-medical.net/health/What-is-a-Heart-Attack-(Indonesian).aspx http://www.yjm.org.my/

You might also like