You are on page 1of 23

HBHE 2203: KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan

rahmatNya, dapat saya menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku

manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun

memerlukan ketabahan dan kesabaran.

Setinggi – tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada

tutor saya iaitu En. Faisal B. Hj. Karim di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran

dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya

berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa

baik tuan.

Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan

rakan – rakan di Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah menyumbang ilmu

yang tidak ternilai harganya sepanjang semester ini.

Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta

membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung

ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah

disebaliknya.

Terima Kasih.

Azman Bin Salleh


750312-02-5163

1
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

ISI KANDUNGAN
Halaman

PENGHARGAAN 1

ISI KANDUNGAN 2

1. SOALAN 1

1.1 Amalan Gaya Hidup Sihat 1-5

1.2 Pendekatan Integrasi 6-9

1.3 Pendekatan Bersepadu 10-12

1.4 Pilihan Pendekatan Yang Sesuai 13-14

2. SOALAN 2

2.1 Pengenalan 15

2.2 Faktor Penyebab 16

2.3 Simptom / Tanda – Tanda 17

2.4 Kesan Negatif HIV / AIDS 18-20

2.5 Pencegahan HIV / AIDS 21

3. PENUTUP

Rumusan 22

4. BIBLIOGRAFI 23

2
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

JAWAPAN SOALAN TUGASAN 1

PIRAMID MAKANAN

Cara mengamalkan amalan pemakanan seimbang

Visi Kementerian Kesihatan Malaysia akan menjadi sebuah negara terdiri daripada individu,
keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap,
mampu disedia dan diperolehi berteknologi sesuai, serasi pelanggan dan bersesuaian dengan
persekitaran. Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat
kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan
masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan..

Misi Kementerian Kesihatan ialah mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat


untuk kesihatan bagi meransang dan memudahkan rakyat untuk :-

 Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka


 Menghargai kesihatan sebagai aset bernilai
 Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi
menikmati kehidupan yang lebih bermutu

Pendekatan integrasi melibatkan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran


dirangkum dalam satu pendekatan yang lebih luas dalam konteks pendidikan kesihatan
keluarga. Ini selaras dengan matlamat pendidikan negara iaitu untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai murni seperti percaya kepada Tuhan,

3
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada negara serta boleh memberi sumbangan
untuk kemajuan negara dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Institusi keluarga adalah tunjang kepada kekuatan sesebuah negara. Jika ia tidak teguh maka
lemahlah sesebuah negara. Keluarga yang sihat adalah tonggak kepada pembangunan insan
sesebuah negara. Menyedari hakikat itu, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia
telah mengadakan „Program Kempen Cara Hidup Sihat yang mempromosikan keluarga sihat
sejak tahun 2001.
Objektif kempen tersebut ialah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan rakyat
Malaysia mengenai aspek kesihatan pemakanan, senaman, kesihatan pergigian, kesihatan
reproduktif, kesihatan mental atau rohani. Penghayatan kepada nilai dan norma yang
terkandung dalam amalan pendidikan kesihatan keluarga mampu melahirkan warga sekolah
yang sihat.
Definisi pendidikan kesihatan keluarga adalah berkait dengan definisi pendidikan kesihatan.
Terdapat beberapa definisi berkenaan pendidikan kesihatan yang diutarakan oleh beberapa
orang pakar. Daripada definisi tersebut, kita boleh membuat kesimpulan bahawa pendidikan
kesihatan adalah proses perubahan tingkah laku yang berlaku dalam lingkungan individu dan
komuniti. Pendidikan kesihatan keluarga bertujuan untuk meningkatkan status kesihatan ke
peringkat yang optimum melalui usaha dan kemampuan setiap ahlinya.Dalam konteks
pendidikan kesihatan keluarga, kesihatan dilihat bukan sebagai suatu matlamat yang ingin
dikejar tetapi ia dijadikan sebagai suatu amalan kehidupan seharian. Pendek kata, ia
melibatkan usaha-usaha setiap ahli dalam keluarga itu untuk mencapai tahap kesihatan yang
baik demi untuk kesejahteraan mereka. Dalam pendidikan kesihatan keluarga, cara hidup
sihat adalah satu aset untuk kehidupan seharian. Kita perlu mencapai dan mengekalkan
kesihatan yang baik supaya kita dapat menjalani kehidupan seharian dengan mudah dan yang
terbaik mengikut kemampuan kita. Oleh itu, pendidikan kesihatan keluarga bukan setakat
melihat kepada aspek kesihatan sahaja tetapi perlu melihat kepada aspek ekonomi dan sosial.
Berikut adalah elemen keluarga sihat yang menjadi teras dalam pendidikan kesihatan
keluarga: Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, 2001.

4
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

1. Mengamalkan nilai moral dan agama


2. Mengamalkan amalan-amalan sihat seperti pemakanan sihat dan melakukan aktiviti
senaman atau fizikal
3. Mengamalkan kesihatan reproduktif yang optimum bagi memastikan kestabilan
dan kesinambungan keluarga
4. Mempunyai kesihatan mental dan emosi seimbang
5. Berkongsi masa lapang
6. Memupuk sokongan sosial
7. Mempunyai pendapatan yang mencukupi
8, Mempunyai keselamatan emosi

PENDEKATAN
Pendekatan pendidikan kesihatan keluarga merujuk kepada bagaimana usahausaha untuk
mengubah tingkah laku atau penyampaian sesuatu maklumat, sikap atau kemahiran itu
dilakukan.

Merentas Kurikulum
Amalan cara hidup sihat bukan setakat diamalkan dalam bilik darjah semasa subjek
Pendidikan Kesihatan atau Pendidikan Jasmani tetapi diamalkan dengan warga sekolah dan
dengan ahli keluarga di rumah. Pendek kata, sekolah dan rumah umpama tempat untuk
menanam benih amalan cara hidup sihat dalam kalangan pelajar. Di sekolah, seseorang
pelajar mempunyai peranan dan tanggungjawab ke arah mencapai status kesihatan yang
positif. Di rumah, mereka mempunyai peranan untuk membantu ahli keluarga yang lain
untuk memastikan suasana rumah adalah sihat. Mereka bukan setakat mempelajari setiap
ilmu yang berkaitan dengan kesihatan semata-mata untuk lulus tetapi perlu mengamalkan apa
yang dipelajari di sekolah dan rumah. Nilai ini juga perlu dipupuk melalui sokongan sosial
misalnya melalui peranan persatuan ibu bapa guru (PIBG) serta persekitaran yang sihat dan
kondusif ke arah melahirkan warga sekolah yang sihat. Jika dilihat secara lebih terperinci,
skop pengajaran dan pembelajaran pendidikan kesihatan keluarga secara tidak langsung
disentuh juga dalam matapelajaran seperti pendidikan moral, agama dan sains. Pendek kata,

5
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

pengajaran dan pembelajaran pendidikan kesihatan keluarga perlu dilihat secara holistik
dalam membina jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seseorang pelajar. Mari kita lihat
bagaimana pendidikan kesihatan keluarga merentas kurikulum melalui dua pendekatan, iaitu:
PENDEKATAN INTEGRASI dan PENDEKATAN BERSEPADU.

(a)Pendekatan Integrasi
Pendekatan integrasi melibatkan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dirangkum
dalam satu pendekatan yang lebih luas dalam konteks pendidikan kesihatan keluarga. Ini
selaras dengan matlamat pendidikan negara iaitu untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
sempurna dan mempunyai nilai-nilai murni seperti percaya kepada Tuhan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, setia kepada negara serta boleh memberi sumbangan untuk kemajuan
negara dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum (Mok Soon Sang,
2004).
Terdapat berbagai pengertian Integrasi:

Aspek Psikologi mengertikan bahawa individu itu adalah insan total dan segala unsur
perkembangan pelajar yang mengandungi aspek-aspek jasmani,emosi, rohani, intelek dan
sosial sentiasa berkait rapat dan saling bergantung antara satu sama lain.

Aspek Sosiologi pula mengatakan perhubungan antara personaliti dengan personaliti seperti
(antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar) dan (antara pelajar dengan guru).

Manakala bagi aspek Pedagogi bermaksud kaedah dan teknik mengajar yang meliputi
pelbagai isi pelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang pelajaran yang
khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatan menyelesaikan masalah sebagai satu cara
belajar.

a) Penggabungjalinan adalah proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi

6
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh.

Jenis-jenis Penggabungjalinan
i.Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran
ii. Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain kedalam sesuatu matapelajaran
iii.Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum

(b) Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi
pengetahuan daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata
pelajaran yang diajar.
Ciri-ciri Penyerapan :
(i) Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan daripada berbagai-bagai pelajaran
(ii) Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara bersepadu dalamsatu mata pelajaran
(iii) Bilangan mata pelajaran yang digunakan dalam proses penyerapan adalah fleksibel.
(iv) Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada unsur utama dan unsur
sampingan. Walau bagaimanapun, unsur utama tetap diberi penekanan yang lebih
(v) Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan proses penggabungjalinan. Unsur-
unsur isi kandungan boleh diserapkan ke dalam aktiviti penggabungjalinan berbagai-bagai
Kemahiran seperti membaca, menulis dan mengira.
(c) Penerapan merupakan satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum
dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai
kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan,ketuhanan dan
sebagainya.
i) Pendekatan implisit – penerapan secara x langsung eg. Guru berpakaian kemas, jujur,
amanah, tepat masa dll
(ii) Pendekatan eksplisit - mengadakan suatu peraturan ,arahan, pekeliling dan sebagainya
yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan dan yang tidak diharapkan.
(d) Pemulihan - untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang
tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M.

7
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
(e) Pengayaan – aktiviti untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana atau pintar
cerdas.
i) Berbentuk Pengukuhan
ii) Berbentuk Perkembangan – lebih kompleks
iii) Pendekatan Integrasi - Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada (sains + PJK ) dan
Membina kurikulum baru kesihatan + PJ = PJK

Kelebihan Integrasi
a) Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktivitim dalam bentuk unit-unit kerja.
b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan
c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas.

Intergrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan


(a) Aspek Psikologi - akan memberi kesan yang impak kepada minda dan tubuh pelajar.
(b) Aspek Sosiologi
i. Integrasi antara personaliti
ii. Integrasi antara individu dengan agensi-agensi masyarakat
iii. Integrasi di kalangan pelbagai institusi masyarakat.
(c) Aspek Pedagogi
(i) Berkait dengan prosedur mengajar – mengembang konsep dan pemahaman terhadap unit-
unit.
(ii) Melibatkan perhubungan antara dua atau lebih bidang pelajaran:

INTEGRASI SENI VISUAL, MUZIK DAN PERGERAKAN


DENGAN MATA PELAJARAN LAIN
a) Matematik – muzik, seni , pergerakan
b) Sains - banyak didapati aktiviti Seni visual iaitu melukis.Muzik dgn lirik lagu
c) Kajian Sosial – Muzik : lagu patriotik , Seni : melukis

8
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
PERANCANGAN DAN PENILAIAN
a) Pengurusan (Tenaga Kepakaran, Jadual, Komunikasi antara Berbagai Pihak)
b) Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran –perlu teliti dan rapi ada 3 fasa :
(i) Fasa sebelum pengajaran- penentuan kem.,teliti kebolehanpelajar., tentukan pendekatan,
kaedah, strategi,teknik p&P, pemilihan sumber
(ii) Fasa semasa pengajaran – pelaksanaan pendidikan.strategi, kaedah dan teknik.,
pengurusan kelas ,penggunaan ABM , penilaian.
(iii) Fasa selepas pengajaran – penilaian pencapaian penganalisisan maklum balas.

Penilaian Pendekatan Integrasi


(a) Penilaian Formatif
Penilaian ini berlaku secara berterusan semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan.
(b) Penilaian Sumatif
Setelah satu tempuh pembelajaran tertentu, contohnya setelah satu semester, satu penggal,
setengah tahun atau satu tahun penilaian akan dilakukan. Penilaian ini akan mengukur
pencapaian terhadap objektif yang lebih luas meliputi keseluruhan tajuk yang diajar dalam
satu jangka waktu tertentu yang lebih panjang.

Rancangan Pelajaran Tahunan


Rancangan pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran danpembelajaran
berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Rancangan Pelajaran Harian


Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang
mengandungi sekurangkurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak
mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif tercapai.

Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada merupakan sesuatu perkara yang diintergrasikan

9
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
kedalam mata pelajaran yang sedia ada.

Membina kurikulum baru , Mata pelajaran yang baru akan diwujudkan dengan didalamnya
mengandungi unsur-unsur yang hendak diintegrasikan.

(b) Pendekatan Bersepadu


Pendekatan bersepadu menggabungkan pelbagai kaedah dan cara untuk menyampaikan
sesuatu pengetahuan, sikap yang positif dan kemahiran. Jangan lupa bahawa pendidikan
kesihatan keluarga adalah berkisar tentang peranan dan tanggungjawab setiap ahli keluarga.
Oleh itu, dalam aspek pengajaran dan pembelajaran perkara ini mestilah diambil kira. Pelajar
hendaklah didedahkan dengan pengalaman seperti tingkah laku kesihatan yang diingini atau
positif. Setiap pengalaman ini pula didedahkan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran
supaya pelajar dapat membuat penilaian berdasarkan kepada tahap jasmani, emosi, rohani
dan intelek (JERI) masing-masing. Dalam konteks pendidikan kesihatan keluarga, terdapat
pengajaran dan pembelajaran yang bersepadu dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat
(PBSS). PBSS adalah sebuah program kesihatan secara bersepadu yang diusahakan oleh
Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan Malaysia sejak beberapa tahun yang
lepas. PBSS merangkumi pelbagai topik kesihatan seperti penjagaan kesihatan diri, program
pencegahan denggi, pencegahan HIV/AIDS serta amalan cara hidup sihat yang diajar secara
bersepadu di sekolah rendah dan menengah. Ia menjadikan kesihatan sebagai satu aspek yang
tidak diasingkan tetapi diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pengajaran
dan pembelajaran secara bersepadu akan melibatkan kemahiran seperti mendengar, bertutur,
membaca dan menulis. Pendekatan bersepadu melibatkan aspek kesihatan disentuh dalam
subjek-subjek lain seperti agama, moral, bahasa dan sebagainya. Setiap pelajar mempunyai
minat untuk belajar sama ada ianya dibuat secara individu atau berkumpulan.
Mempelbagaikan kaedah pengajaran dapat memberi peluang kepada setiap pelajar untuk
menunjukkan bakat dan memperkembangkan potensi masing-masing.

10
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
Jenis Pendekatan Bagaimana dijalankan Contoh
Integrasi Integrasi dalam pengajaran 1. Program RIMUP
dan pembelajaran dalam ceramah kesihatan tentang
mata palajaran Pendidikan pelbagai penyakit seperti
Kesihatan melalui Program tentang Penyakit AIDS.
RIMUP.Program ini tidak
terbatas di dalam bilik darjah
semata-mata dan
2. Pameran tentang
melangkaui ruang lingkup
Program Anti Dadah.
yang lebih luas di mana
murid-murid dari pelbagai 3. Pembelajaran mengikut
latar belakang berkumpul kurikulum kesihatan
menjalani pelbagai aktiviti. daripada kementerian.
Interaksi antara murid-murid
dari sekolah yang berbeza
dapat mewujudkan integrasi
kaum melalui aktiviti sosial
dan fizikal yang menerapkan
nilai-nilai positif dan
menghayati kepentingan
bekerjasama secara
berkumpulan.Aktiviti
berkenaan kesihatan diri dan
keluarga juga dapat
dijalankan dengan
mengadakan ceramah
kesihatan dan sesi tunjukajar
penjagaan kebersihan diri
serta cara mencegah penyakit
AIDS secara berkumpulan.

11
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
Bersepadu * Lawatan memberi peluang 1. Melawat ke klinik atau
kepada seseorang melalui hospital.
pengalaman sebenar.
Misalnya,melaluipengalaman
melawat pesakit di wad akan
memberi pengalaman baru
berkenaan penderitaan
seseorang apabila menghidap
sesuatu penyakit.

2. Membuat projek
* Kemahiran yang
seperti:
diperlukan dalam kalangan
Sudut Pendidikan
pelajar ialah: mengumpul
Kesihatan di sekolah.
data, mengolah bahan, dan
memupuk kreativiti untuk
mempersembahkan bahan
tersebut.

JAWAPAN TUGASAN 1B

12
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
Berdasarkan soalan di atas, saya menyokong PENDEKATAN INTEGRASI lebih sesuai
digunakan dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan .

Pandangan tentang intergrasi dalam pelajaran kesihatan, saya rasa salah satu program
jabatan yang boleh kita ketengahkan adalah program RIMUP. Antaranya mengadakan
ceramah kesihatan tentang pelbagai penyakit seperti HMDF dan mengadakan pertandingan
kuiz kesihatan. Integrasi dalam P&P Pendidikan Kesihatan melalui Program
RIMUP.Program ini tidak terbatas di dalam bilik darjah semata-mata dan melangkaui ruang
lingkup yang lebih luas di mana murid-murid dari pelbagai latar belakang berkumpul
menjalani pelbagai aktiviti.Interaksi antara murid-murid dari sekolah yang berbeza dapat
mewujudkan integrasi kaum melalui aktiviti sosial dan fizikal yang menerapkan nilai-nilai
positif dan menghayati kepentingan bekerjasama secara berkumpulan.Aktiviti berkenaan
kesihatan diri dan keluarga juga dapat dijalankan dengan mengadakan ceramah kesihatan
dan sesi tunjukajar penjagaan kebersihan diri secara berkumpulan.

Terdapat banyak kelebihan Integrasi iaitu ia mempunyai kepelbagaian dan keseragaman


aktiviti dalam bentuk unit-unit kerja. Kedua ia mempunyai ruang untuk menampung
kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan. Tambahan pula, ia mempunyai ruang untuk
menampung skop perpaduan yang luas.

Intergrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan


(a) Aspek Psikologi - akan memberi kesan
yang impak kepada minda dan tubuh pelajar.
(b) Aspek Sosiologi
i. Integrasi antara personaliti
ii. Integrasi antara individu dengan agensi-agensi masyarakat
iii. Integrasi di kalangan pelbagai institusi masyarakat.
(c) Aspek Pedagogi
(i) Berkait dengan prosedur mengajar – mengembang konsep
dan pemahaman terhadap unit-unit.

13
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
(ii) Melibatkan perhubungan antara dua atau lebih bidang
pelajaran:

INTEGRASI SENI VISUAL, MUZIK DAN PERGERAKAN


DENGAN MATA PELAJARAN LAIN
a) Matematik – muzik, seni , pergerakan
b) Sains - banyak didapati aktiviti Seni visual iaitu
melukis.Muzik dgn lirik lagu
c) Kajian Sosial – Muzik : lagu patriotik , Seni : melukis

Kesimpulan di sini dapat dibuat, sebenarnya kedua – dua pendekatan ini mempunyai
kekuatan masing – masing. Pendekatan Integrasi lebih memainkan peranan di sekolah serta
lebih banyak memperuntukan kepada guru dan pelajar untuk mengajar dan belajar. Setiap
hari di sekolah, guru lebih banyak menggunakan pendekatan ini untuk mengajar subjek
kesihatan di sekolah. Namun kita tidak boleh mencicirkan pendekatan Bersepadu yang
mana ia lebih menyeluruh dan meperlihatkan kepada pelajar tentang keadaan dan situasi
sebenar. Pendekatan bersepadu memainkan peranan penting di dalam menyalurkan
maklumat – maklumat berguna tentang masalah dan cara – cara mengamalkan kesihatan
yang sempurna.

Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa kedua - dua keadah ini amat
penting Cuma guru perlu bijak untuk merancang dengan baik apabila menggunakan kedua
– dua pendekatan ini. Melalui tugasan kali ini, saya berpeluang mendalami pendekatan –
pendekatan yang lebih berkesan untuk dilaksanakan oleh saya apabila saya mengajar
pelajaran kesihatan kelak. Melalui tugasan kali ini juga, saya berpeluang menimba
maklumat – maklumat penting berkaitan dengan kaedah – kaedah yang sesuai untuk
diterapkan kepada anak murid saya.

JAWAPAN TUGASAN SOALAN 2

14
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

1.PENGENALAN

APAKAH HIV / AIDS

Semua orang menghadapi risiko jangkitan HIV. Tidak kira tua, muda, kaya, miskin,
bujang, berkahwin atau yang pernah berkahwin, semua orang harus sedar tentang bahaya
jangkitan HIV dan cara-cara untuk mengelakkannya.

Sebelum pergi lebih jauh, ingin saya menerangkan apakah perbezaan antara istilah
“ HIV” dan “AIDS” . HIV ialah singkatan Human Immunodeficiency Virus . HIV adalah
virus yang menyebabkan AIDS. HIV menyerang sistem daya tahan badan, menyebabkan
badan lemah dan tidak berupaya melawan jangkitan penyakit. Jika seseorang disahkan
dijangkiti HIV, orang itu dipanggil positif-HIV (HIV+) tetapi tidak semestinya dia
menghadapi AIDS. Sistem daya tahan badan adalah mekanisma badan yang terdiri daripada
sel darah putih. Sel-sel ini menyerang dan membunuh kuman dan virus yang masuk ke
dalam badan kita. Manakala Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) adalah
nama yang diberi kepada sekumpulan penyakit yang menjangkiti orang yang HIV+. Ia
berlaku apabila sistem daya tahan badan orang tersebut menjadi semakin lemah dan tidak
berupaya melawan penyakit. Keadaan dimana ketahanan badan pesakit lemah dan ini
menyebabkan jangkitan penyakit biasa ( TB, kayap, jangkitan kulat ) menjadi berbahaya dan
membawa maut.

2.FAKTOR PENYEBAB

Tahukah anda apakah Faktor penyebab HIV ? HIV hanya boleh dijangkiti melalui
cara-cara berikut sahaja. Penyakit ini disahkan berpunca daripada kelakuan diri yang tidak
bermoral seperti mengadakan hubungan seksual secara rambang, berkongsi jarum
bagi penagih dadah dan jangkitan yang dibawa oleh ibu yang sudah sedia menghidapi
penyakit ini kepada bayinya semasa kehamilan, kelahiran dan penyusuan. Ada
15
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
diantara mereka yang malang terkena serangan jangkitan ini melalui darah yang
mempunyai virus HIV yang disuntikkan ke dalam tubuhnya. HIV hanya boleh
berjangkit melalui darah, air mazi dan air mani termasuk darah haid. Darah atau cecair-
cecair badan boleh memasuki salur darah orang lain melalui luka, kesan lecetan atau kudis.
Di sini jelasnya dapat dikatakan wabak penyakit menyerang manusia secara senyap-senyap.
Oleh itu, bagi mereka yang menjaga pesakit-pesakit AIDS dan yang memberi pertolongan
cemas patut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan sarung tangan getah
semasa melakukan tugas. Anda juga boleh terdedah kepada jangkitan HIV jika anda tidak
berwaspada. Yang pasti, sesiapa yang kurang berpengetahuan akan terdedah kepada
risiko jangkitan.

HIV tidak boleh berjangkit

Walaupun risiko tinggi dan bahayanya dijangkiti penyakit HIV. Tetapi HIV tidak
boleh berjangkit melalui air peluh, air kencing atau air mata. HIV tidak boleh berjangkit
menerusi kulit yang sihat ataupun melalui udara seperti virus selsema. HIV tidak boleh
hidup di luar badan manusia seperti di atas kulit atau pakaian, dalam air atau udara. Oleh itu,
murid-murid anda tidak perlu khuatir yang anda akan dijangkiti kuman HIV . HIV tidak
boleh dijangkiti melalui pendermaan darah, berjabat tangan dan berpelukan, (berkongsi
telefon, kolam renang dan tandas awan), (berkongsi makanan dan perkakas dapur),
(berkongsi tempat tinggal, bekerja sama, belajar bersama atau berkongsi tempat tidur),
(bersin, batuk, air peluh dan air kencing), (gigitan serangga termasuk gigitan nyamuk dan
gigitan binatang), dan (menjaga seorang yang positif-HIV) .Virus HIV hanya boleh hidup
dalam tubuh manusia. Ia akan mati sebaik sahaja ia terdedah kepada udara. Walaupun
demikian, HIV sebenarnya tidak mengenal sasarannya. HIV tidak hanya menjangkiti
golongan-golongan tertentu, seperti pengguna dadah, pekerja seks dan mereka yang
mengamalkan seks bebas.

3.SIMPTOM / TANDA-TANDA

16
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
Bagaimanakah caranya untuk mengetahui status HIV ? Adakah anda dapat
mengetahui jika seseorang itu HIV+ dengan melihat raut muka orang tersebut? Jawapannya
tidak, anda hanya boleh mengetahui status kesihatan seseorang melalui Ujian Antibodi HIV.
Di sini saya ingin menanya satu persoalan lagi , jika anda dijangkiti HIV, adakan anda tidak
ada harapan lagi? Jawapannya: terdapat ubat anti-HIV di pasaran yang boleh
mengurangkan kemaraan HIV dalam badan serta memanjangkan dan memperbaiki kualiti
kehihupan seseorang yang positif HIV. Apakah tanda-tanda atau simptom-simptom
jangkitan HIV? Permulaan jangkitan HIV biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda.
Ada jangkitan yang akan menunjukkan simptom yang menyerupai demam selsema tiga
sehingga enam minggu selepas jangkitan. tetapi ini berlainan dari seseorang ke seseorang
yang lain, orang itu mungkin sembuh dan berkeadaan sihat selama beberapa tahun
sehinggalah sistem daya tahan badannya menjadi lemah dan orang tersebut jatuh sakit
disebabkan jangkitan penyakit yang berulang-kali. Tanda awal yang serupa juga berlaku
semasa jangkitan virus lain. Oleh kerana tanda-tanda ini hilang dengan mudahnya, ramai
yang tidak mengendahkannya dan mengaggapnya sebagai penyakit biasa. Jadi, satu-satunya
cara untuk mendapat kepastian adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV terutamanya
jika anda rasa anda telah melakukan aktiviti yang berisiko.

Tanda-tanda atau simptom-simptom jangkitan HIV adalah seperti berikut: Simpton


pertama ialah saluran pernafasan. penderita mengalami nafas pendek, henti nafas sejenak,
batuk, nyeri dada dan demam seperti terserang infeksi virus lainnya (Pneumonia). Kedua,
saluran pencernaan penderita penyakit AIDS menampakkan tanda dan gejala seperti
hilangnya nafsu makan, mual dan muntah, kerap mengalami penyakit jamur pada rongga
.Simptom ketiga, berat badan tubuh penderita mengalami hal yang disebut juga wasting
syndrome, iaitu kehilangan berat badan tubuh hingga 10% dibawah normal kerana gangguan
pada sistem protein dan energy didalam tubuh seperti yang dikenal sebagai Malnutrisi
termasuk juga kerana gangguan absorbsi/penyerapan makanan pada sistem pencernaan yang
mengakibatkan diarhea kronik, kondisi letih dan lemah kurang bertenaga.

Simptom keempat, sistem persyarafan. terjadinya gangguan pada persyarafan central yang
mengakibatkan kurang ingatan, sakit kepala, susah berkonsentrasi, sering tampak
kebingungan dan respon anggota gerak melambat. Pada system persyarafan ujung

17
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
(Peripheral) akan menimbulkan nyeri dan kesemutan pada telapak tangan dan kaki, reflek
tendon yang kurang, selalu mengalami tensi darah rendah dan Impoten. Simpton kelima,
sistem Integument (Jaringan kulit). Penderita mengalami serangan virus cacar air (herpes
simplex) atau carar api (herpes zoster) dan berbagai macam penyakit kulit yang
menimbulkan rasa nyeri pada jaringan kulit. Lainnya adalah mengalami infeksi jaringan
rambut pada kulit (Folliculities), kulit kering berbercak (kulit lapisan luar retak-retak serta
Eczema atau psoriasis. Simptom keenam, Saluran kemih dan Reproduksi pada wanita.
Penderita seringkali mengalami penyakit jamur pada vagina, hal ini sebagai tanda awal
terinfeksi virus HIV. Luka pada saluran kemih, menderita penyakit syphillis dan
dibandingkan Pria maka wanita lebih banyak jumlahnya yang menderita penyakit cacar.
Lainnya adalah penderita AIDS wanita banyak yang mengalami peradangan rongga (tulang)
pelvic dikenal sebagai istilah 'pelvic inflammatory disease (PID)' dan mengalami masa haid
yang tidak teratur (abnormal).

4. KESAN NEGATIF HIV / AIDS

Penyakit HIV/AIDS bukan sekadar masalah perubatan, tetapi ia isu jangkitan virus
yang memberi kesan negatif besar terhadap pesakit dan seluruh keluarga, komuniti,
masyarakat dan antarabangsa. HIV/AIDS kini bukan lagi penyakit pembunuh, sebaliknya
dikategorikan sebagai penyakit kronik yang sama dengan kencing manis, tekanan darah
tinggi, sakit jantung atau strok, seperti dihidapi beratus ribu orang di negara kita.

Kesan negatif dan tanggapan negatif terhadap pesakit AIDS biasanya timbul
kerana ramai pesakit AIDS memikirkan bagaimana dia mendapat jangkitan HIV. Mereka
masih mempunyai pemikiran ‘inilah balasan daripada kelakuan mereka’. Pengamal perubatan
sebenarnya memberi kesan lebih mendalam kepada pesakit. Ia boleh mempengaruhi
kesihatan pesakit secara menyeluruh. Pesakit mungkin berputus asa untuk meneruskan hidup
kerana pengamal perubatan sendiri menafikan hak mereka.. Stigma dan diskriminasi
menghalang pesakit tampil mendapatkan rawatan serta sokongan. Tanpa rawatan,
pesakit akan terasing, takut, tidak berpengetahuan dan tidak mendapat galakan untuk
menguruskan penyakit dengan baik. Mungkin ramai tidak tahu kerajaan memberi rawatan
Aids peringkat pertama secara percuma di semua hospital kerajaan. Ia terbukti berkesan

18
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
untuk membantu pesakit melawan penyakit, memanjangkan jangka hayat dan meningkatkan
kualiti hidup pesakit. Ini kerana ada pesakit yang dijangka hanya mempunyai beberapa tahun
untuk hidup masih boleh bekerja dan bergiat aktif selepas 15 tahun mendapat rawatan.
Pengamal perubatan sebenarnya memberi kesan lebih mendalam kepada pesakit. Ia boleh
mempengaruhi kesihatan pesakit secara menyeluruh. Pesakit mungkin berputus asa untuk
meneruskan hidup kerana pengamal perubatan sendiri menafikan hak mereka .Pengamal
perubatan sebenarnya memberi kesan lebih mendalam kepada pesakit. Ia boleh
mempengaruhi kesihatan pesakit secara menyeluruh. Pesakit mungkin berputus asa untuk
meneruskan hidup kerana pengamal perubatan sendiri menafikan hak mereka .Jadi tiada
sebab untuk kita terus memandang negatif pesakit Aids. Tanggapan begini membunuh
pesakit akibat malu mendapatkan rawatan.

HIV/Aids bukan sekadar masalah perubatan, tetapi ia isu jangkitan virus yang
memberi kesan besar terhadap pesakit dan seluruh keluarga. Kita perlu faham realiti dan
isu sebenar penyakit Aids, bukan sekadar mengetahui fakta penyakit itu. Kesan negatif HIV/
AIDS kepada keluarga pesakit lebih teruk lagi kerana ramai pesakit, terutama wanita,
mendapat jangkitan daripada pasangan yang tidak setia dan kemudian ‘diwariskan’ kepada
anak melalui kehamilan. Pada keseluruhannya, kira-kira 30% daripada bayi-bayi yang
dilahirkan oleh wanita-wanita positif-HIV dilaporkan dijangkiti HIV melalui ibu mereka.
Walaupun risiko ini boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat anti-HIV seperti AZT tetapi
kos perubatan yang tinggi ini membebankan keluarga berkenaan. Maruah dan muka air ahli
keluarga terutamanya isteri, anak dan ibu bapa penghidap Aids akan terjejas . Penghidap
tidak berupaya bekerja untuk mencari rezeki keluarga tambahan pula kos untuk mengubati
penghidap ini mahal. Memang kebanyakkan keluarga penghidap tidak mampu
menanggungnya. Keharmonian dan keamanan keluarga terjejas. Apatah lagi tentang masa
depan anak-anak penghidap?

Kesan negatif penyakit HIV/ AIDS kepada komuniti dan masyarakat jelas dilihat
sebabsampai sekarang pun sebahagian besar masyarakat masih ada pandangan negatif dan

19
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
stigma terhadap pesakit HIV/Aids. Kebanyakannya menganggap pesakit Aids sebagai
golongan yang perlu dijauhi kerana bimbang virus yang hidup dalam badan mereka
berjangkit pada kita.

Penanganan dan Pengubatan Penyakit AIDS Kendatipun dari berbagai negara


terus melakukan kajian dalam mengatasi HIV AIDS, namun hingga saat ini penyakit AIDS
tidak ada ubatnya termasuk serum maupun vaksin yang dapat menyembuhkan manusia dari
Virus HIV penyebab penyakit AIDS. Adapun tujuan pemberian ubat-ubatan pada penderita
AIDS adalah untuk membantu memperbaiki daya tahan tubuh, meningkatkan kualiti hidup
bagi meraka yang diketahui terserang virus HIV dalam upaya mengurangi angka kelahiran
dan kematian.
Merujuk Modul OUM NBHE 2103 Program Bersepadu Sekolah Sihat ada
menyatakan bahawa HIV menyerang dengan perlahan – lahan dan memusnahkan
sesetengah sel darah putih di dalam badan (sel T CD4+). Dalam keadaan normal, sel – sel
ini membantu tubuh melawan jangkitan kuman dan penyakit yang disebabkan oleh virus
dan bacteria, namun apabila HIV yang telah menyerang seseorang, sel – sel ini tidak
mampu lagi melaksanakan tugasnya. Terdapat lima Fasa atau peringkat pada pesakit AIDS.

Pada peringkat pertama, ia bermula dengan HIV menjangkiti seseorang individu.


Pada fasa kedua, virus tersebut membiak tetapi pesakit masih tidak mempamerkan sebarang
tanda – tanda atau gejala – gejala yang tertentu. Pada fasa ketiga pula, virus itu mula
membiak dengahebat serta membawa kepada kewujudan beberapa tanda dan gejala yang
memburukkan lagi mekanisma pertahanan tubuh. Pada peringkat keempat, pesakit mula
mengalami penyakit – penyakit yang jarang berlaku yang digelar Infeksi oportunistik
seperti Pneumocystis Carinii Pneumonia dan Kanser termasuk Sarkoma Kaposi. Pada
peringkat terakhir atau fasa 5, pesakit tersebut disahkan sebagai pesakit AIDS. Ia berlaku di
mana, mekanisma pertahanan mengalami kemusnahan yang teruk dan sudah tidak mampu
lagi untuk melawan serangan bakteria, virus dan kuman – kuman lain.

20
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

5. PENCEGAHAN HIV / AIDS

Cara – cara pencegahan adalah seperti berikut:

• Gunakan selalujarum suntik yang disteril dan baru setiap kali hendak melakukan
penyuntikan atau proses lain yang boleh mengakibatkan terjadinya luka.
• Selalu menerapkan kewaspadaan mengenai seks selamat.
• Ibu – ibu hamil yang positif HIV perlu tahu risiko – risiko yang bakal dihadapi
terutama kepada kandungan dan bayi yang bakal dilahirkan.
• Abstinensi ( tidak melakukan hubungan seksual)
• Mengamalkan prinsip monogami iaitu tidak berganti – ganti pasangan.
• Melakukan seks selamat dengan menggunakan kondom.
• Jangan berkongsi jarum suntikan.

21
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

6. RUMUSAN

Di sini, ingin sama – sama kita berwaspada. Sesungguhnya penyakit ini tiada
penawarnya sehingga ke hari ini. Sayangilah diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita.
Hiduplah aman tanpa dadah dan AIDS ini. Melalui tugasan kali ini, saya dapat membuka
mata bahawa cegahilah penyakit ini sebelum terjangkit. Keseronokan di dunia hanyalah
sementara.

Berusahalah menjadi yang terbaik dan elaklah diri kamu dari terjebak dengan gejala
sosial masa kini yang mampu mungundang kamu untuk dijangkiti penyakit yang berbahaya
ini. Sekali lagi sebelum saya akhiri ucapan saya ini dengan pepatah yang dapat kita pegang.
‘Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, tiada gunanya’, ‘Tepuk dada, tanya iman.

22
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

RUJUKAN

Open Universiti Malaysia, (2007). HBHE 2203 Kesihatan Diri dan Keluarga,

Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan

Open Universiti Malaysia, (2007). HBHE 2103 Program Berseoadu Sekolah sihat,

Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan

23

You might also like