Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

1

GLOBALISASI DAN PEMBANGUNAN NILAI – NILAI MURNI

Intisari Kandungan
Penghargaan 2 Takrif Globalisasi 3 Faktor Berlaku Dan Perkembangan Globalisasi 3 Sejarah 7 Kesan Perkembangan 8 Kesan 8 Kesan Buruk 12 Takrif Nilai-Nilai Murni 19 Nilai Murni : Sebelum Dan Selepas Globalisasi 19 Keruntuhan Tamadun Insaniah (Nilai Murni Dan Moral) 23 Globalisasi Globalisasi Baik

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

2

Punca Keruntuhan Nilai-Nilai Murni Dan Moral Masyarakat 30 Langkah-Langkah Mengatasi Keruntuhan Keruntuhan Akhlak Dan Moral Masyarakat 33 Usaha Dan Langkah Mengatasi Gejala Sosial Secara Lahiriah 33 Usaha Dan Langkah Mengatasi Gejala Sosial Secara Rohaniah 36 Hubung-Kait Antara Perkembangan Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni Dan Akhlak 40 Kesimpulan 41 Rujukan @ Bibliografi 42 Penghargaan
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca sekalian, terutama kepada Puan Norliah Kudus, Pensyarah bagi kursus Pembangunan SosioEkonomi Malaysia, dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Alhamdulillah, dengan izin dan bantuan Allah swt yang Maha Berkuasa keatas hamba-hamba-Nya, dapatlah jua kami menyiapkan kertas kerja bagi kursus ini, yang bertajuk Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni, tajuk yang dihasilkan dari ilham dan bimbingan Puan Norliah sendiri. Sesungguhnya, kami sendiri amat merasakan ketidakmampuan untuk menyiapkan kertas

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

3

kerja ini dalam masa yang ditetapkan, apatah lagi berbagai topik disentuh, menyebabkan bermacam-macam perkara perlu dititik beratkan. Namun, dengan berkat para guru, ibubapa dan bimbingan rakan, serta tidak dilupakan pada Allah yang Maha Segala-galanya. Tanpa-Nya, segala hasil usaha kami tidak akan kemana, tetapi dengan harapan yang menggunung tinggi, serta dari kesedaran kami bahawa kami cukup lemah, sehingga tak akan mampu melakukan apa-apa tanpa izin dan kurnia-Nya. Terima kasih Tuhan, pimpinlah kami, janganlah Engkau tinggal dan biarkan kami terkapai-kapai, disebabkan hijab oleh dosa-dosa kami pada-Mu, Tuhanku. Harapan kami, dengan berakhirnya kertas kerja ini, ia bukan sekadar omongan kosong, marilah kita mengaplikasi dan memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan, seperti yang telah dihuraikan, agar ditengah perkembangan globalisasi yang kian membangun ini, dapatlah kita menzahirkan satu masyarakat yang tetap berpegang teguh dengan keyakinan kepada Tuhan, agama dan mengamalkan tuntutan-tuntutannya, serta nilai-nilai murni yang disuburkan dengan sfat-sifat mahmudah, hasil dan natijah solat yang khusyuk, dan hati yang baik, serta nafsu yang terpuji lagi terpimpin. InsyaAllah....

GLOBALISASI DAN PEMBANGUNAN NILAI – NILAI MURNI
Takrif Globalisasi
Globalisasi merujuk kepada perubahan yang menjadikan dunia tanpa sempadan yang disebabkan oleh kepesatan atau kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Segala modal, tenaga manusia, kemahiran dan nilai menyeberangi sempadan dalam masa yang begitu singkat. Perubahan yang meliputi skop yang luas ini dihubungkan dengan kemajuan teknologi, khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni Terdapat 2 pandangan tentang globalisasi

4

1) globalisasi merupakan sesuatu yang berfaedah, iaitu kunci kepada pembangunan ekonomi dunia pada masa depan. 2) globalisasi dilihat sebagai sesuatu yang akan meningkatkan jurang perbezaan di dalam negara antara bandar dengan luar bandar dan antara negara di dunia (negara maju dan negara membangun), menyekat peluang pekerjaan, merendahkan taraf hidup dan menghindarkan perkembangan sosial.

Faktor Berlaku Dan Perkembangan Globalisasi
1) Penjajahan Barat Di Seluruh Dunia Seperti yang dimaklumi oleh segenap masyarakat bahawa, hampir tidak ada dari permukaan bumi ini yang tersisa dari dizalimi oleh Barat semasa Zaman Penerokaan hinggalah Zaman Imperialisme, yang menyaksikan penduduk peribumi dikerah dan dieksploitasi sesuka hati, demi menjayakan kepentingan-kepentingan penjajah. Hasilnya, seluruh dunia terkesan dengan Barat, dimana sistem pentadbiran, politik, ekonomi, sosial dan perundangan, semuanya dirombak dan diBaratkan. Generasi perbumi seterusnya, mendapat pendidikan yang berorientasikan Barat dengan menganggap Barat adalah segala-galanya, yang terkuat, yang termaju, bertamadun dan hebat. Kesan dari itu, generasi-generasi peribumi seterusnya amat dan sangat taksub terhadap Barat, bahkan menganggapnya sebagai kiblat kemajuan dan ketamadunan. Natijahnya, globalisasi yang dicanang dan dipelopori Barat, diterima dengan baik oleh negara-negara yang telah dijajah ini. Sebenarnya, penjajahan telah melemah dan mematikan akar semangat perjuangan bangsa, buktinya, bangsa-bangsa empayar dahulu seperti Turki, Arab dan China serta tak dilupakan bangsa Melayu, telah lemah apabila

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

5

bertentang dengan Barat, kerana segala sistem yang membangunkan bangsa tersebut telah dieksploitasi dan diubah oleh Barat, sehingga tak mampu bangun kembali. 2) Pengaruh Barat Terhadap Politik, Ekonomi Dan Sosial Masyarakat Dunia Dunia hari ini menyaksikan bahawa Barat sedang berada di pundak kejayaan, dimana mereka adalah pencatur bumi, segala-galanya dikawal dan dipegang oleh mereka. Sistem politik, sistem ekonomi, sistem sosial masyarakat hari ini, tidak kira dimana-mana semuanya berpaksikan kepada Barat. Walaupun berbagai kepincangan dan pergolakan berlaku, disebabkan pengenalan dan percanggahan pendapat kepada sistem-sistem tersebut, masyarakat dunia tetap bertegas dengan memandang bahawa itulah sistem terbaik, contohnya demokrasi dan ekonomi berasaskan riba. Mereka berkuasa untuk menaikkan dan menjatuhkan bangsa-bangsa lain dibawah telunjuk mereka, contohnya, mereka menaikkan Israel dengan meletakkan Palestin sebagai tanah untuk bangsa Israel yang merempat didunia ini. Mereka juga menjatuhkan bangsa-bangsa yang tidak disukai atau yang menentang, sama ada terhadap mereka mahupun para sekutunya, seperti Afghanistan, Iraq dan Syria. Ekonomi Barat dijadikan ikutan dan dijadikan sandaran nilai matawang negara masingmasing, demi kepentingan mereka terhadap Barat. Begitu juga, sistem sosial masyarakat dicerobohi dengan budaya-budaya yang bertentangan dengan kesejahteraan dan fitrah manusia, seperti budaya kuning, lucah dan buruk, lantas menyebabkan muda-mudi harapan bangsa hancur dibelai nafsu mereka sendiri. Bolehkah diharapkan kepada bangsa yang sudah rosak keturunan dan peribadi mereka, untuk menegakkan agama dan kemuliaan negara? Tidak mungkin sama sekali, buktinya Rasulullah sangat menjaga kesucian keturunan keluarganya dan para sahabat, lalu tersaksilah dihadapan mata kita, lahir satu bangsa yang sangat cinta dan takutkan Tuhan, dan bersemangat luar biasa

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

6

hingga ¾ dunia ditangan mereka, sedang dunia tidak terlekat didalam hati mereka langsung. 3) Pemodenan Dunia Dan Konsep Tamadun Manusia Tanpa Sempadan Realiti dunia yang harus diakui di kala kita menyelusuri abad ke-21 ini ialah, dunia pesat membangun dalam teknologi informasi, teknologi satelit, dan multimedia, yang memberi impak luar biasa terhadap masyarakat disegenap pelusuk dunia. Tidak ada yang tidak terkesan dengannya, terutama dizaman ini. Orang yang tidak ada televisyen dan radio dianggap ketinggalan zaman dan jumud, termasuk dikampung, malahan suasana sekarang meletakkan perlunya teknologi sebagai sumber hiburan, seperti Astro. Kehidupan manusia hari ini juga sangat bergantung kepada perkakasan elektronik dan perhubungan, menyebabkan interaksi antara manusia, mahupun diantara tamadun menjadi lebih mudah dan cepat tersebar. Manusia berkomunikasi dengan berbagai cara, sehingga capaian maklumat dikatakan berada dihujung jari, seterusnya mencipta satu istilah yang amat popular, iaitu ‘dunia tanpa sempadan’. Ini secara tidak langsung adalah satu pengishtiharan perang dan cabaran terhadap bangsa lain, dimana negara-negara didunia ini, perlu bersaing dengan cara yang pantas dan lebih sengit. Negara yang lambat atau menutup pintu mahupun menentang arus, akan ketinggalan dan tidak mustahil untuk diancam dari penjajahan dan kezaliman manusia. Semua ini secara tidak langsung akan mengakibatkan, proses globalisasi menjadi lebih senang dan tersebar dengan luas merentasi sempadan geografi, agama, bahasa mahupun budaya masyarakat dunia. Hasilnya, satu dunia umpama dibawah satu ketamadunan iaitu tamadun Barat, segalanya berkembang dan pertentangan atau kekangan yang wujud hasil pertembungan antara tamadun, ditinggalkan dan menjadi sejarah bangsa, bukan lagi untuk dijadikan pegangan dan diperjuangkan.

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

7

4) Desakan Untuk Memperkasa Struktur Politik, Ekonomi Dan Sosial Masyarakat Hasil persaingan yang wujud diantara masyarakat dunia, menyebabkan tidak boleh tidak, pucuk pimpinan sesebuah negara terpaksa akur dan menyahut seruan globalisasi untuk memperkukuhkan struktur-struktur politik, ekonomi, dan sosial di negara tersebut, dari jatuh dan dikuasai, samada musuh dari dalam dan luar negara. Globalisasi dijadikan sebagai senjata untuk menentang globalisasi itu sendiri, dengan kebaikan diambil, dan keburukannya ditentang dan dihalang. Apa yang menakutkan ialah, globalisasi tidak menjadikan negara itu terus jatuh, sebaliknya, menjatuhkan moral, sivik, akhlak dan malu tonggak-tonggak negara hilang dan tercemar iaitu rakyat, terutama muda-mudi dan tidak terkecuali para pemimpin dan orang tua. Ini wujud kerana globalisasi itu sesuai dengan tuntutan nafsu mereka, menyebabkan nafsu sangat memperjuang keinginannya seperti zina, rasuah, dan caci-maki dan lucah, lalu seterusnya menewaskan tuntutan fitrah (hati) dan kesejahteraan mereka yang menginginkan kebahagiaan dan hidup yang selamat, serta tidak dinodai dosa. Begitulah yang dapat diungkaikan mengenai kekuatan globalisasi yang menyusup melalui berbagai cabang didalam kehidupan manusia, menjadikan manusia tidak dapat duduk senang akibat nafsunya yang diransang berbagai cara, seperti hiburan dan pergaulan seharian yang telah rosak.

Sejarah Globalisasi
Sejarah globalisasi sudah bermula sejak dahulu kala, iaitu manusia berkembang dan maju secara global, bukan khas kepada satu penempatan dan sesuatu masyarakat sahaja. Islam telah menjadi global dengan perantaraan industri perdagangan di seluruh dunia, ketika zaman kemuncaknya. Tetapi, globalisasi yang dimaksudkan dengan

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

8

pendedahan dunia atau permulaan satu lagi zaman perkembangan manusia bermula pada saat meletusnya gerakan penjajahan Barat di seluruh dunia, termasuk Dunia Islam. Disaat itu, masyarakat mula terdedah dengan teknologi moden seperti senapang, peluru dan kenderaan pra moden, hasil pengubahsuaian dan kajian mendalam terhadap ilmu yang telah dirampas dari Pusat Kegemilangan Ketamadunan Islam seperti Andalus, Cordova, Madrid, Seville, Sicily dan Baghdad, serta Syria. Berlanjutanlah zaman ini, tetapi kesannya terhadap masyarakat masih di tahap minimum disebabkan ketidakmampuan masyarakat dan sikap berhati-hati penjajah. Tetapi, globalisasi (kemajuan) dapat diterima hampir 30% dari rakyat apabila kita mencapai kemerdekaan tanggal 31 Ogos 1957, dan setiap hari semakin ramai yang terdedah kepadanya sama ada melalui pendidikan, pekerjaan, mahupun dari unsur-unsur kehidupan hariannya, seperti radio dan televisyen. Akan tetapi, ledakan globalisasi meletus bermula pada era 90-an apabila masyarakat sudah ramai yang berpendidikan tinggi dan menjawat jawatan besar, serta keadaan negara yang sudah maju dan mantap, dari segi politik, ekonomi dan sosial. Hampir ke era Millenium (2000), hampir tiada masyarakat yang masih tidak pernah terdedah, malahan teknologi moden sudah melimpah ruah dan menggiatkan persaingan ekonomi diarena antarabangsa. Tidak ketinggalan, masyarakat juga berpeluang menikmati cara dan taraf hidup yang agak mewah, dimana kita dapat saksikan hampir setiap orang dingara, malahan diseluruh dunia memiliki telefon bimbit, serta alatan keperluan seharian yang moden dan lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Hinggalah ke era sekarang, 2006, peredaran teknologi masih lagi tidak berhenti, dengan berbagai ledakan teknologi dan informasi yang kian mencabar dan mencatur hidup manusia di segala segi.

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

9

Kesan Perkembangan Globalisasi
Setiap perubahan itu pasti meninggalkan kesan sama ada dari segi kebaikan dan keburukannya, seterusnya, kita akan melihat kesan-kesan kebaikan dan keburukan perkembangan globalisasi terhadap masyarakat, negara dan dunia.

Kesan Baik
1) Dunia Berubah Kearah Lebih Maju Dan Berkembang Pesat Tidak dapat dinafikan kemajuan dunia hari ini adalah sumbangan dari perkembangan globalisasi, segalanya seperti kemudahan infrastruktur seperti bangunan pencakar langit, jalan raya, penerbangan udara, kapal-kapal laut semuanya berkembang pesat, hingga kadang-kadang menimbulkan takjub terhadap manusia itu sendiri. Begitu juga keadaannya tentang perkembangan komunikasi dan multimedia, segalanya berlaku dengan pantas, contohnya generasi muda yang baru setahun jagung sudah mampu mengendalikan komputer dan internet, sedang generasi tua turut terpengaruh, hingga sanggup menghadiri kelas komputer dalam keadaan bertongkat. Budaya masyarakat berilmu dan mengaplikasi teknologi, dapat dilihat berkembang dengan pesat, bukan sahaja di bandar, malah kampung-kampung juga turut terkesan akannya. Keindahan alam turut tidak dilupakan, munculnya taman-taman yang mempesonakan dan menawan, seperti yang dapat dilihat di Jepun dan kelompok Asia Timur yang amat mementingkan keharmonian diantara pembangunan dan alam sekitar, cuma Malaysia dilihat kurang berjaya dari segi itu, yang mungkin berpunca dari mentaliti masyarakat yang kurang dari kesedaran siviknya. Kesimpulannya, seluruh infrastruktur dunia dan mentaliti berubah semenjak globalisasi yang tercipta, semenjak kehadiran Barat di tanah-tanah jajahan mereka.

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 2) Perhubungan Antara Manusia Menjadi Lebih Pantas Dan Meluas

10

Satu lagi kesan baik dari perkembangan globalisasi ialah, segala perhubungan yang wujud antara manusia menjadi pantas, hasil pertembungan antara tamadun Barat dengan dunia keseluruhannya. Ini dapat dilihat melalui ledakan teknologi yang berlaku dengan cepat hasil inovasi manusia terhadap peralatan elektrik dan elektronik, contohnya televisyen dan komputer yang membentangkan informasi dalam berbagai bentuk seperti perkataan, suara dan imej-imej digital, grafik, dan animasi yang berbagai dimensi. Secara tidak langsung, teknologi-teknologi ini umpama “lebuhraya informasi” dengan menggunakan jaringan optik gentian sebagai medium pehubung informasi diantara manusia dan tamadun. Kesannya, ilmu pengetahuan dan pertukaran maklumat antara negara, diperolehi dengan pantas oleh masyarakat,

malahan dapat mendorong kerajaan Malaysia, untuk melaksanakan pembinaan prasarana teknologi informasi yang maju dan canggih, seperti projek Koridor Raya Multimedia dan Cyberjaya, bagi memberi impak keatas corak pendidikan dan perkembangan negara masa depan. Pengaruh kuat teknologi informasi juga menyerang instisusi pengajian tinggi seluruh dunia, dimana rangkaian komputer dan internet telah ditransformasi sebagai cara berinteraksi antara pensyarah dan pelajar, juga untuk merujuk bahan-bahan rujukan yang telah didigitalisasikan menggunakan skrin komputer. Begitulah berbezanya keadaannya perhubungan manusia di zaman globalisasi dengan keadaan perhubungan zaman-zaman sebelumnya, umpama mimpi menjadi realiti. 3) Cara Hidup Dan Taraf Ekonomi Masyarakat Dunia Meningkat Begitu juga dengan keadaannya mengenai perubahan cara hidup dan taraf ekonomi masyarakat dunia meningkat sedikit demi sedikit, selepas kemajuan yang

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

11

disebabkan perubahan sistem-sistem politik, ekonomi dan sosial keatas masyarakat. Contoh yang dapat dilihat ialah Malaysia sendiri, dimana sebelum kemerdekaaan dan penerimaan globalisasi secara maksimum berlaku, hanya golongan atasan sahaja yang berupaya memiliki kehidupan yang mencukupi segalanya. Tetapi, semenjak penerimaan negara kepada teknologi dari segi industri, pertanian dan perkhidmatan sosial, menjadikan rakyat biasa juga mampu memiliki kehidupan yang baik, dengan penyediaan kerja yang sesuai dan berbaloi. Hingga hari ini, pertambahan ekonomi masyarakat meningkat dengan melihat kepada pertambahan kereta yang digunapakai oleh rakyat. Kajian menunjukkan setiap tahun hampir 1 juta kenderaan di beli, menggambarkan peningkatan sumber dan perolehan ekonomi (material) mereka. Begitu juga keadaannya dengan infrastruktur yang lain seperti rumah-rumah, perkhidmatan kemudahan asas seperti air, elektrik dan pengangkutan awam meningkat secara berperingkat-peringkat, yang sekaligus menggambarkan kemakmuran, hasil globalisasi terhadap rakyat dan negara.. 4) Kesatuan Dan Toleransi Antara Negara-Negara Di Dunia Kesan dari perkembangan globalisasi yang menonjolkan kemudahan perhubungan antara manusia dan negara, wujud pula kesatuan-kesatuan yang bertaraf antarabangsa dan global, yang bertujuan untuk membantu, menyelesai, mahupun sebagai wadah (tempat) perbincangan dan keputusan bersama. Kemudahan

berkomunikasi antara satu sama lain telah menyebabkan negara-negara di dunia mencari persamaan antara mereka untuk bersatu di bawah satu panji-panji, dengan kepentingan tertentu. Contoh yang paling dekat ialah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang mempunyai bilangan ahli terbanyak di dunia, dengan tujuan sebagai badan bebas yang menyelesaikan dan perbincangan masalah yang wujud antara negara-negara, tanpa

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

12

melibatkan peperangan dan keganasan. Namun begitu, tidak semua pertubuhan antarabangsa mampu mengawal pergerakan negara anggotanya, kerana konsep “the stronger wins” masih diamalkan oleh negara kuasa besar, untuk menyelesaikan matlamat dan kepentingan-kepentingan di dunia. Namun, adanya satu wadah perbincangan sudah cukup baik, sebagai tempat lahirnya toleransi dan kesefahaman di antara kerajaan-kerajaan di dunia ini. 5) Taraf Kesihatan Dan Pertumbuhan Masyarakat Dunia Meningkat Tidak ketinggalan untuk dinyatakan mengenai kesihatan dan pertumbuhan masyarakat dunia meningkat, hasil kepantasan perhubungan antara manusia, juga hasil hubungan baik yang terjalin di dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa itu tadi. Pelbagai penawar dan vaksin untuk pelbagai penyakit, dapat dicipta hasil teknologi perubatan. Begitu juga mengenai wabak (tentera Tuhan) yang melanda dunia, seperti selsema burung yang meresahkan dunia, pelbagai informasi dan cara pencegahan, serta kaedah penyiasatan, di sebarkan di seluruh dunia, untuk mencegah dan menghalang penularan wabak yang berbahaya terhadap manusia ini. Begitu juga mengenai kebuluran dan keganasan peperangan di negara-negara miskin di Afrika, hasil bantuan globalisasi, bantuan kemanusiaan dan keamanan, dapat disampaikan melalui petubuhan-pertubuhan antarabangsa dengan cepat dan berkesan. Hasilnya, penyakit kurang, seterusnya pertumbuhan masyarakat tidak terbantut, sebaliknya berkembang dengan pesat hingga mampu mencecah angka 6 billion manusia di dunia ini, yang hanya berasal dari moyang yang satu, Adam alaihissalam. Kesan Buruk Tidak ketinggalan dinyatakan mengenai kesan buruk perkembangan globalisasi terhadap masyarakat, negara dan dunia. Umpama membangunkan negara,

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

13

tangan kanan membangunkan negara dengan begitu menakjubkan, sedang tangan kiri menjatuhkan dan meletakkan akhlak dan insaniah masyarakat di tempat terendah di kalangan makhluk Tuhan. Begitulah perumpamaan perkembangan globalisasi ini. 1) Eksploitasi Dan Penggunaan Secara Maksimum Keatas Sumber Alam Perkembangan globalisasi menyebabkan alam semula jadi yang bernilai seperti pokok, minyak dan binatang, menjadi mangsa kerakusan dan ketamakan manusia. Sebelum globalisasi (pengenalan kepada penggunaan teknologi tinggi), manusia hanya dapat mengumpulkan sumber alam melalui tenaga manusia dan haiwan, tetapi dengan teknologi yang tidak mengenal letih dan penat ini, menyebabkan manusia seronok mengaut keuntungan alam sekitar, tanpa menjaga dan mengelak pembaziran, kepupusan dan pemuliharaan sumber-sumber tersebut, disebabkan permintaan dan kehendak pasaran yang tinggi. Contohnya, minyak dan pokok yang dieksploitasi manusia demi mengejar keuntungan yang berlipat ganda, akibat permintaan yang

mendesak dari manusia, tanpa kawalan mereka menggondol kurniaan Tuhan demi kepentingan diri dan kroni-kroni mereka. Malahan, unsur-unsur gejala negatif dan tidak amanah didapati, apabila para pemimpin sendiri yang merelakan pemusnahan sumber alam, akibat gejala rasuah yang berleluasa di dalam pentadbiran negara dan darah daging para pemimpin yang berkhianat. 2) Sistem Politik, Ekonomi, Dan Sosial Dunia Di Catur Barat Dan AS Rahsia di sebalik perkembangan globalisasi yang dicanang-canang Barat dan Amerika Syarikat adalah untuk melebar dan memperkukuhkan pengaruh mereka, di dalam segala bentuk sistem yang terdapat di dunia ini. Biarlah mereka tidak dapat menguasai tanah (penjajahan), tetapi apabila mental dan hati para pemimpin dan rakyat dapat dikawal, melalui sistem pendidikan yang dilagang oleh mereka sendiri (Barat),

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

14

maka lahirlah peribadi pemimpin yang sama dengan peribadi mereka (Barat), itu sudah cukup menghiburkan. Ini kerana, apabila hati berhajatkan benda yang sama, maka tidak perlulah untuk menjajah lagi, kerana mereka sendiri akan datang menyerahkan maruah bangsa, negara dan agama mereka sendiri. Hasilnya, apabila semua sudah diserahkan secara sukarela, tersebarlah dan tercengkam sistem-sistem yang dicipta dan dilagang mereka (Barat), terhadap sistem-sistem yang mencorak dan mentadbir masyarakat dunia, dengan semuanya berpaksikan Barat, tanpa sedikit penolakan. Dari cara mentadbir, berekonomi, bersosial, bahkan cara berfikir dan bertindak, serta berpakaian, ditiru bulat-bulat oleh masyarakat dunia, tanpa penolakan langsung. Hasilnya, Barat mencapai cita-citanya sebagai penakluk terhebat, tanpa satu pun tanah taklukan,

melalui para pemimpin masyarakat yang telah dididiknya dengan tarbiyah yang amat berkesan, iaitu cinta dunia dan takut mati, dan sekularisme yang telah diIslamisasikan. 3) Perubahan Amalan Masyarakat Mengenai Tata-Nilai Dan Nilai Murni Globalisasi bukan sahaja menyentuh fizikal seperti pakaian kita, bahkan menyentuh dan mengubah pemikiran dan selanjutnya mempengaruhi amalan seharian kita. Perubahan yang dimaksudkan ialah mengenai pandangan masyarakat terhadap tatanilai dan nilai-nilai murni. Jika satu masa dahulu, masyarakat kita dikatakan kaya dari nilai-nilai murni, umpamanya senyum apabila berjumpa dan berbudi bahasa, tapi selepas negara menerima tempias globalisasi dan pengenalan kepada zaman moden, tata-nilai masyarakat berubah dari amalan budaya berbudi bahasa dan kepada budaya nafsi-nafsi (diri sendiri). Dulu, kita bebas untuk senyum dan memberi salam kepada sesiapa sahaja, tetapi sekarang kita mempersempitkannya hanya kepada keluarga dan sahabat handai. Suasana masyarakat harmoni tidak lagi dilihat di pasaraya dan pusat membeli-belah, bahkan ahli masjid turut terkesan akannya. Sikap hormat-menghormati

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

15

dan suka membantu orang lain telah hilang dari amalan masyarakat, termasuk dari sudut pelajar – guru/pensyarah, anak – ibubapa, dan rakyat – pemimpin. Segala hubungan itu telah rosak akibat kesan globalisasi, dan konsep hidup nafsi-nafsi yang memperlihatkan nafsu menguasai amalan masyarakat, tidak ada lagi masyarakat yang sangggup berkongsi penderitaan dan kesengsaraan. Masing-masing tidak mahu susah, malahan tidak memikirkan pun keadaan jiran yang bersebelahan dengan rumahnya. Begitu berubahnya tata-nilai dan nilai murni, hingga kerajaan terpaksa melancarkan Kempen Pembudayaan Nilai-Nilai Murni, peringkat kebangsaan secara besar-besaran untuk menyedarkan masyarakat akan kepentingan pengamalan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. 4) Sistem Ekonomi Dunia Yang Berqiblatkan (Dolar dan Euro) Barat -Satu Bentuk Penjajahan BaruGlobalisasi juga menyebabkan perubahan qiblat sistem ekonomi dunia dari pergantungan matawang kepada emas, kepada pergantungan terhadap nilai matawang Dolar Amerika dan Euro Eropah. Selepas zaman penjajahan yang menyaksikan penjajah menukarkan penggunaan matawang Dinar Emas yang dipelopori oleh Tamadun Islam, kepada penggunaan matawang berasaskan kertas dan kuprum. Dimana-mana tanah jajahan, sama ada di Timur Tengah mahupun Timur Tenggara, sistem Dinar dihapuskan sama ada secara keganasan seperti di Melaka, mahupun secara penipuan dan muslihat seperti di Mesir dan Turki. Ini kerana, semasa Daulah Mamlukiah memerintah Mesir, yang pada waktu itu Barat sudah menjejak dan berdagang disana, Al-maqrizi (ilmuan Islam) dan Sultan Barkuk (pemerintah) telah termakan kata Barat mengenai sistem Dinar dan Dirham yang mengurangkan bekalan emas dan perak dunia. Apatah lagi dikala itu berlaku kekurangan perak, maka diperkenalkan kuprum sebagai transaksi

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

16

perdagangan. Apa yang berlaku sebenarnya ialah Barat dapat melihat kekuatan Tamadun Islam yang menjalankan ekonomi berasaskan emas, lalu ditipu segelintir umat Islam, menyebabkan tindakan Sultan Barkuk itu didikuti kerajaan Islam lain, demi mendapatkan perhatian dan tumpuan Barat. Mendarah-daginglah sistem itu sehingga hari ini di seluruh dunia.. Wang kertas yang besandar kepada Dolar dan Euro sangat berbeza daripada wang sebenar. Kestabilannya bergantung kepada kekuatan ekonomi, sistem kewangan dan polisi fizikal dalam sesebuah kerajaan yang menyokongnya. Ini menampakkan betapa rapuhnya sistem matawang kertas yang berasaskan Dollar US yang digunapakai sekarang. Dinar emas disarankan sebagai satu mekanisma penyelesaian dagangan antarabangsa di antara negara-negara Islam, kerana nilai emas adalah lebih stabil dan tidak berubah-ubah dalam jangka masa yang panjang, jika dibandingkan dengan matawang flat. Selain itu, Amerika menggalakkan negara lain menyandarkan nilai kewangan kepada dolar, supaya pengaruh Amerika meluas, dan Amerika menjadi penentu, dan kuasa ekonomi terbesar di dunia. dengan menampilkan kononnya ia sangat stabil. Padahal, telah terbukti berbagai krisis dan penyelewengan berlaku sejak ia disabitkan sebagai nilai standard dunia. Malahan, Amerika dapat mengawal ekonomi dunia kerana, adalah mustahil untuk nilai matawang negara lain mengatasi nilai matawang Amerika, lalu selama-lamanyalah dunia dikuasai Amerika, jika tidak ada negara yang berani menentang dan memperkenalkan kembali sistem dinar emas yang terbukti berkesan, dimana tiada berlaku langsung kegawatan atau penyelewengan didalam seluruh Tamadun Islam. Sistem kapitalisme yang digunapakai telah terserlah kecacatan dan kelemahannya, hanya sistem ekonomi Islam yang selamat lagi menyelamatkan mampu mencorak dunia yang lebih gemilang.

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 5) Gejala Sosial Dan Ikon-Ikon Hiburan Barat Menjadi Idola Remaja Dunia

17

Satu perkara yang menghairan berlaku pada hari ini, hasil perkembangan globalisasi dan teknologi penyiaran moden, lahir satu generasi remaja yang terdiri dari seluruh dunia, yang amat taksub dan terpengaruh dengan ikon-ikon hiburan yang terdapat di Barat. Tidak ketinggalan juga diperkatakan mengenai ikon-ikon bolasepak di Eropah yang menguasai jiwa remaja-remaja di dunia, termasuk yang beragama Islam. Ini kerana, ikon-ikon yang berlatar belakang keluarga berpecah-belah, dan mengamalkan cara hidup yang tidak berTuhan dan songsang itu, cukup diminati oleh remaja dan mempengaruhi kehidupan mereka, selaras dengan kehendak nafsu mereka. Daripada cara berhibur, berlanjutan ke cara berpakaian, yang seterusnya berlanjutan ke dalam cara hidup dan amalan seluruh kehidupan, serta cara berfikir dan bertindak ikon-ikon tersebut, ditiru dan diaplikasikan pula didalam kehidupan generasi terbabit. Hasilnya, kita melihat betapa berleluasanya gejala sosial yang melanda remaja hari ini. Dadah, arak, zina, pil khayal dan rokok serta pendedahan aurat, juga pengguguran haram menjadi mainan kehidupan mereka. Ketaksuban mereka meniru segalanya, memungkinkan dan membenarkan mereka menderhaka kepada ibubapa, guru dan pemimpin, seperti yang berlaku hari ini. Kerosakan semua ini berpunca dari tersalah memilih hiburan yang tidak berpaksikan keTauhidan kepada Allah, dan lari dari fitrah manusia. Akibat dari itu, ada diantara mereka yang sesat terlalu jauh akibat dipandu syaitan, sehingga mereka menyembah dan memuja musuh manusia dan Allah itu, seperti yang berlaku kepada Black Metal dan JIT (Jangan Ikut Tuhan), Wanauzubillah. Segala bentuk hiburan yang melalai dan merosakkan, nampak sangat sedap dan menarik tetapi, tidak mengandungi zat dan vitamin yang diperlukan, malah dipenuhi racun berbisa yang menular dan membunuh secara senyap tanpa disedari. Pada masa yang sama ia juga merupakan pil penyubur kepada

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

18

nafsu yang tidak pernah rehat merosakkan manusia. Tidak membawa manusia kepada fitrah kemanusiaan dan kasih sayang sesama insan. Malah Tuhan langsung diketepikan. Tidak ada unsur didikan dan panduan. Hasilnya manusia makin liar, lalu terbentuklah peribadi yang rosak dan merosakkan. Hanya memberi kelegaan dan kepuasan yang bersifat sementara. Tidak kekal dan tidak selamat, malah ramai yang tertipu dengan hiburan sementara ini. Mereka akhirnya memerangkap dan menjerat diri, hingga menyebabkan sukar untuk melepaskan diri dari cengkamannya. Contoh yang jelas dan nyata ialah banyak yang mula mencuba rokok, dadah, arak, seks dengan alasan sekadar untuk 'release tension' tapi, akhirnya apabila sudah terjebak, ia mula memakan diri dan mengakibat kerosakan yang cukup besar dan kronik. Hiburan yang mendidik manusia, akan membawa kepada cinta dan takutkan Tuhan. Ianya selamat lagi menyelamatkan, serta kesannya berkekalan. Ia merupakan makanan yang berkhasiat dan berzat, cukup dengan segala vitamin untuk keperluan pembentukan dan pembangunan jiwa, mental dan fizikal manusia, juga berupaya menjadi racun membunuh nafsu yang merosakkan. Hasilnya akan terbinalah peribadi agung yang kuat jiwanya, tinggi akhlaknya, tajam mindanya, menjadikan tamadun ilmu sebagai budaya, serta mampu mencorak dan melahirkan bangsa baru yang gemilang, cemerlang dan terbilang. InsyaAllah.... 6) Kebebasan Media Massa Menyebar Fitnah Dan Khabar Angin Perkembangan globalisasi menyebabkan perkembangan dan kemajuan manusia didalam bidang percetakan dan penerbitan. Dengan akal yang diberi, serta keizinan Tuhan, menyebabkan berbagai penciptaan teknologi dapat dicipta dalam kehidupan manusia. Begitulah kekuatan akal, sekalipun manusia itu tidak mengiktiraf kewujudan Tuhan yang menciptakannya, kasih sayang Tuhan tetap meliputi orang kafir dengan sifat Rahman-Nya. Dengan kemajuan yang dikecapi, media massa menjadi satu medium yang

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

19

penting dalam memberi maklumat dan informasi dunia terkini. Ditambah lagi dengan kewujudan televisyen dan internet, yang sangat penting didalam kehidupan manusia, menjadikan kemajuan media massa diambil kesempatan oleh orang yang tidak bermoral dan berkepentingan, untuk menyebar fitnah dan bahan-bahan lucah dan keji, kepada masyarakat. Terdedahlah masyarakat dengan berbagai penipuan, propaganda dan khabar angin, serta fitnah dan bahan lucah yang tersebar di seluruh alam, tanpa sekatan, perlindungan dan halangan dari mana-mana pihak. Hasilnya, berbagai masalah timbul ditengah masyarakat seperti keamanan tidak lagi wujud, contohnya perogolan yang berleluasa, tanpa mengira lagi umur dan kecantikan, disebabkan tidak mampu mengawal nafsu yang diransang oleh persekitarannya, iaitu media massa, sama ada televisyen, gambar dan dokumen-dokumen yang penuh dengan bahan-bahan yang menjelekkan dan keji, serta didedahkan dengan kejahatan manusia angkara fitnah dan pembohongan.

Takrif Nilai-Nilai Murni
Takrif Nilai-Nilai Murni dapat disimpulkan sebagai istilah yang mana kalau dikaji, Nilai sahaja membawa makna berharga dan bermutu serta mempunyai nilai yang tinggi disebabkan keadaannya. Sedang, Murni membawa makna sesuatu yang suci lagi bersih dan indah. Oleh itu, Nilai Murni umpama bunga diri pada seseorang, sebagaimana bunga pada sesuatu pokok yang membezakannya dengan pokok yang tiada bunga.

Nilai Murni : Sebelum Dan Selepas Globalisasi
Dalam bahagian ini, kami akan menunjukkan kesan globalisasi yang dikhususkan terhadap orang Melayu yang beragama Islam di Malaysia. Penerimaan Malaysia secara besar-besaran terhadap globalisasi, adalah selepas kemerdekaannya pada tanggal 31 Ogos 1957 di Padang Merdeka, Kuala Lumpur. Kerana sejak itu, kita dapati Malaysia mula

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

20

membangun dan menerima kesan perkembangan globalisasi yang ketara disebabkan kemajuan yang dialaminya. Oleh itu, kita akan melihat perubahan masyarakat dari sebelum dan selepas merdeka yang berlaku, sama ada disedari atau tidak. Perbezaan budaya masyarakat sebelum dan selepas kemerdekaan (globalisasi) : 1. Dahulu, boleh berada di satu kampung orang miskin, golongan pertengahan dan orang kaya. Zaman sekarang sudah disusun begitu rupa, ada taman orang miskin (rumah kos murah), ada taman golongan pertengahan, ada taman golongan hanya kelas untuk orangorang kaya. 2. Dahulu hidup gotong-royong di dalam semua hal. Sekarang semuanya diupah, justeru hidup nafsi-nafsi (diri sendiri) telah menebal. 3. Dahulu semua anak-anak di dalam sebuah kampung dianggap anak bersama, samasama dijaga dan setiap orang boleh menegur dan merotan. Sekarang cikgu pun dilarang merotan, betapa orang biasa. 4. Dahulu orang buat maksiat seperti berjudi menyorok-nyorok, sekarang orang membuat maksiat secara terang-terangan. 5. Dahulu orang alim, cikgu dihormati dan disegani, sekarang orang tidak peduli. 6. Dahulu kalau pengantin baru di dalam masa sebulan menziarahi keluarga kedua belah pihak agar kenal-mengenal keluarga kedua-dua belah pihak dan juga orang yang dihormati iaitu tuan guru dan ketua kampung.

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

21

7. Dahulu kalau ada orang meminang seorang perempuan sama ada untuk menerima atau menolaknya, orang-orang penting di dalam satu keluarga diajak berunding. Hari ini suasana ini sudah tiada lagi, bahkan ada kalanya mereka berdua yang berkira. 8. Dahulu lelaki perempuan pantang berkenal-kenalan lebih-lebih lagi hendak berjalan berdua-duaan, dianggap satu pantang larang oleh masyarakat. Sekarang berjalan berdua yang bukan muhrim sudah jadi budaya. 9. Dahulu kalau atas nama mengaji Al Quran atau mengaji agama, guru-guru tidak mengambil upah, bahkan setengah-setengah guru, dia menanggung makan lagi muridmuridnya. Sekarang mengajar Al Quran dan mengaji agama sudah jadi kerja komersil. 10. Dahulu kalau alim ulama tempat orang ziarahi. Sekarang mereka tidak diziarahi lagi. 11. Dahulu setiap pokok yang berbuah di sesebuah kampung sudah menjadi adat setiap orang boleh mengambilnya, makanlah sekenyang-kenyangnya. Hanya dilarang membawa balik. Sekarang jangan, akan dianggap mencuri atau menceroboh. 12. Dahulu kalau orang menangkap ikan sungai, dapat banyak mereka agih-agihkan kepada orang kampung. Mereka tidak jual. Sekarang hal ini tidak berlaku lagi. 13. Dahulu kalau ada pergaduhan di kampung orang-orang tua akan mendamaikan dan dibuat kenduri, adakalanya dibuat di masjid. Sekarang tidak berlaku lagi. 14. Dahulu anak-anak muda yang belum berkahwin digalakkan tidur di masjid atau di surau. Sekarang sudah tiada lagi.

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

22

15. Dahulu kalau anak lelaki khatam Al Quran lebih dahulu, baru boleh bersunat, begitu juga anak-anak perempuan khatam Al Quran lebih dahulu, baru boleh kahwin. Sekarang bersunat atau berkahwin tidak ada sangkut-paut dengan Al Quran. 16. Dahulu kalau ibu bapa menghantar anak pergi mengaji Al Quran mereka menghadiahkan kepada guru itu satu rotan sambil mengatakan kepada guru itu, kalau nakal anak saya ini rotanlah dia dengan rotan ini. Sekarang merotan murid satu pantang larang. 17. Dahulu orang ramai minat membawa hadiah-hadiah kepada guru-guru. Sekarang tidak berlaku lagi. 18. Dahulu kalau orang tidak pakai songkok berjalan, dianggap kurang adab. Sekarang tidak pakai songkok, sudah jadi budaya bahkan ulama pun berjalan bergondol. 19. Dahulu kalau perempuan terutama perempuan muda, malu sangat kalau berselisih di jalan dengan lelaki. Sekarang berjalan berdua-dua lelaki perempuan bukan muhrim jadi budaya. 20. Dahulu pasangan yang berkahwin lelaki dengan yang perempuan mesti ada jarak umur, di antara isteri dengan suami ialah suami lebih tua daripada isteri paling tidak lima tahun. Sekarang kebanyakan suami isteri umurnya sebaya. 21. Dahulu kalau ada pemuda yang bekerja di negeri lain seperti sebagai polis, askar, kalau balik cuti bukan sahaja menziarahi ibu bapa bahkan tuan-tuan guru dan orang-orang penting di kampung itu diziarahi sama. Kalau tidak dianggap tidak beradab.

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

23

Sekarang sekadar ziarah ibu bapa sahaja. Ziarah orang penting di kampung sudah tiada lagi. 22. Dahulu perempuan-perempuan muda tidak akan keluar rumah, kecuali dengan keluarga. Hari ini mereka keluar rumah sesuka hati tidak kira sama ada seorang diri atau dengan orang lain perkara biasa. 23. Dahulu di dalam masa pertunangan jangan mimpi hendak bertemu lebih-lebih lagi hendak dibawa berjalan-jalan. Sekarang belum bertunang pun sudah berjalan berdua-dua, betapa pula setelah bertunang. Inilah perbezaan yang kadang-kadang kita perasan, ada juga yang tidak pernah sedar pun, betapa budaya masyarakat kita telah berubah disebabkan perkembangan globalisasi, apa yang baik kita ambil dan suburkan kembali, dan apa yang hilang, perlulah dicari dan diamalkan semula, agar budaya kita tidak hanya menjadi sejarah dan kenangan manis kegemilangan dan keluhuran bangsa kita sahaja.

Keruntuhan Tamadun Insaniah (Nilai Murni Dan Moral)
Keruntuhan nilai-nilai murni atau insaniah manusia bukanlah suatu perkara yang dapat disangkal lagi. Bukan sahaja bangsa kita mengalaminya, bahkan negara-negara maju turut dan terkesan, malahan pelopor cara hidup, sekaligus diantara penyebab keruntuhan tamadun rohaniah ini. Kemajuan fizikal semata-mata, tidak kira betapa hebatnya akan cepat jatuh dan musnah kalau orang-orangnya tidak dibangunkan insaniah mereka. Contohnya, kemajuan yang dicapai tanpa akhlak yang mulia, akan menyebabkan bangsa-bangsa di dunia mengutuk dan sakit hati. Musuh pun banyak. Inilah yang berlaku kepada bangsa Eropah, Amerika dan Rusia. Di zaman kemegahannya, mereka kuat tetapi

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

24

dunia benci dengan mereka. Mereka maju, tetapi dunia tidak senang. Dunia akui mereka berilmu dan maju, tetapi dunia benci perangai dan akhlak mereka yang mirip kepada perangai haiwan. Di dalam kemajuan dan tamadun mereka, mereka membawa bermacammacam penyakit dan masalah kepada dunia. Tidak ada bahagian dunia yang tidak diserang dan terlepas oleh penyakit-penyakit dari Barat dan Amerika seperti penzaliman, pendedahan aurat, pelacuran, disko, pergaulan bebas, perjudian, minum arak, tidak hormat ibu bapa, menyayangi binatang dan membenci manusia, homoseks, lesbian dan seribu satu macam penyakit kekufuran dan moral. Ini berbeza dengan keadaan umat Islam yang pernah membina tamadun dan peradaban fizikal dan spiritual, yang bertahan beratus-ratus tahun lamanya. (Mursyidah Mustaffa Dan Maryam Shafie,2004:15) Tamadun Islam pernah membawa manusia kepada keamanan dan keharmonian. Mereka menguasai dunia, tetapi tetap disenangi. Mereka menjadi guru yang dihormati, penaung yang melindungi dan adil dalam melayani. Tetapi semua itu sudah hilang. Namun prinsip dan kaedahnya masih ada, tetapi tersembunyi dalam Al Quran dan As Sunnah. Kita wajib keluarkannya kembali.Untuk itu, mari kita teliti bentuk-bentuk keruntuhan tamadun ini. 1) Gejala Sosial Meluas Di Kalangan Masyarakat Gejala sosial adalah perkataan umum untuk menggambarkan keadaan masyarakat terutamanya muda-mudi tonggak negara yang telah dipengaruhi budaya arak, dadah, syabu, zina, dan berbagai lagi termasuk pengguguran kandungan secara haram. Budaya ini telah mencorak remaja hari ini kearah kerosakan, sama ada pada individu mahupun masyarakat. Tapi, apa yang peliknya masyarakat hari secara tidak sedar, telah menerima maksiat dan ia diterima bersama. Manusia tidak sukakan maksiat tetapi, pintu kepada gejala itu dibuka seluasnya. Umpama buah-buahnya hendak dibanteras, tetapi pokoknya

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

25

ditanam, bahkan disuburkan. Hari ini, para pengkaji sosial, mengkaji punca dan kaedah menangani gejala sosial dengan menyandarkan kepada gejala tersebut. Sedang, manusia yang melakukannya terlepas pandang, ini kerana manusia ada roh, akal ,nafsu dan fizikal. Maksudnya, sudah ada benih yang dicipta Allah sejak ia dilahirkan. Benih-benih itu adalah seperti sifat dan tabiat-tabiat malaikat, syaitan dan haiwan. Itulah yang dikatakan keadilan Tuhan. Sebagai muslim malahan manusia, secara fitrahnya dan selaras denangan kehendak Tuhan, pasti mahukan sifat malaikat disuburkan, manakala sifat syaitan hendaklah dibuang, dan sifat haiwan bukanlah dibuang, tapi hendaklah didisiplinkan. Tetapi, yang memilih untuk menentukan salah satu perangai ialah, nafsu manusia itu sendiri, sebab itu nafsu jangan dibunuh, cuma didisiplinkan, dididik dan diarah-arah. Semasa nafsu berkehendak benih malaikat, rasa malu, kasih sayang, bertimbang rasa, rendah diri, dan belas kasihan muncul dengan perantara pancaraindera manusia. Sedang, apabila nafsu dikawal oleh benih syaitan, sombong, riya’, pemarah, adu domba, dan hasad dengki pula muncul. Manakala, benih haiwan pula, seperti banyak makan, tidur, keinginan seks, bergaduh dan pentingkan diri. Nafsulah yang memilih, sebab itu dalam Islam ilmu tasawuf amat ditekankan, sebagai cara untuk mendisiplinkan akal, hati dan nafsu manusia. Tabiat-tabiat (benih) inilah yang sedang berperanan di tengah masyarakat. 2) Sifat Pentingkan Diri Dan Hasad Dengki Diantara ciri lain keruntuhan Tamdun Insaniah manusia yang lain, yang dapat kita lihat ialah, suburnya sifat pentingkan diri (nafsi-nafsi) dan hasad dengki dikalangan masyarakat. Ditengah arus pembangunan ini, dapat pula kita lihat satu gejala lain yang mula merebak keatas bangsa kita, tetapi diperingkat orang yang berkuasa dan pemimpin. Tabiat pentingkan diri menyebabkan ada masyarakat yang hendak maju, tetapi wujud segelintir masyarakat yang hendak meruntuhkan atau menghalang mereka. Setengahnya

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

26

yang ada kuasa, menyalahgunakan kuasa. Ada orang tidak ada daya dan semangat maju, dibantu akhirnya gagal maju. Ada yang berdaya dan bersemangat maju, berusaha gigih tetapi tidak dibantu, bahkan disekat agar tidak boleh maju. Berlakunya begini, kerana sikap orang kita dan niatnya tidak sama. Ada yang berslogan maju, bertujuan politik sahaja, bukan dari hatinya. Ada juga yang berkuasa, memilih-milih orang untuk memberi bantuan, kroni-kroninya sahaja untuk mengambil hatinya, sedang yang tidak dibantu adalah musuhnya. Manakala, yang hasad dengki sakit hati kemajuan orang dihalang-halangnya, ertinya semua golongan ada mempunyai penyakit hati yang tersendiri. Tetapi, tidak ada golongan yang pandai mengubati penyakit ini, agar kemajuan tidak terhalang menuju sasarannya. Kalau begitu bercakap hendakkan kebaikan

(keuntungan) senang. sedang memberi kaedah bagaimana masyarakat boleh baik itu susah. Kesimpulannya, kemajuan di semua bidang kehidupan ini, ada hubungan dengan pembangunan insan, agar berubah fikirannya, jiwanya, nafsunya dan sikap mereka, selaras dengan kemajuan material. Membangun material rupanya ada hubungan dengan membangun insan. Membangunkan insaniah itulah yang jarang dan hampir tiada orang boleh melakukan, kecuali anugerah dan pilihan Tuhan seperti para Nabi, Rasul, dan Orang yang Bertaqwa seperti Sultan Muhammad al-Fateh (Othmaniyah) dan Sultan Salahuddin al-Ayubi (Ayyubiah), sahaja mampu melakukan tugas berat dan rumit ini. 3) Fitnah Meluas Di Kalangan Masyarakat Satu lagi bentuk keruntuhan tamadun insaniah ialah, fitnah yang meluas di tengah masyarakat. Kewujudan akhbar dan kemajuan dalam bidang perhubungan dan telekomunikasi dunia, menyebabkan fitnah menjadi satu industri yang menguntungkan, tanpa mengira kesan kekeliruan dan akibatnya, serta dosa yang ditimbulkan. Hari ini kita disogokkan dengan berbagai cerita yang diragui kesahihannya, sedang dengan cerita itu

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

27

menimbulkan keaiban mangsa. Berlanjutan dari kes fitnah itu, kita dapat lihat sesetengah masyarakat menyaman dan mendakwa pihak media tertentu, juga orang-orang tertentu yang dirasakan bertanggungjawab terhadap fitnah tersebut. Apatah lagi kes itu melibatkan orang yang popular dan kenamaan, banyak kata-kata dan sikap yang buruk diluahkan seperti meludah dan mencarut, bahkan berlanjutan sekian lama, menyebabkan rakyat bosan dan tertekan dengan budaya fitnah ini. Padahal, fitnah sangat dilarang keras oleh Allah dan Rasul kerana ia menimbulkan kekeliruan, kejahatan dan aib masyarakat. 4) Hilangnya Amanah Dan Pemimpin Yang Tidak Bertanggungjawab Ciri kemerosotan Tamadun Insaniah lain yang dapat dilihat ialah melalui hilangnya amanah, serta lahir dan zahirnya pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Perkara seperti ini bukan lagi suatu yang asing bagi kita, kerana contohnya banyak terdapat disekeliling kita. Politik wang menjadi budaya pegawai-pegawai dan orang yang mempunyai kuasa, bukan rakyat tidak sedar, tetapi amalan ini menjadi kebiasaan, malahan menular ke peringkat tertinggi sesebuah pimpinan. Begitu juga mengenai pemimpin yang tidak bertanggungjawab terhadap rakyat dengan menipu dan menyeleweng wang rakyat. Contoh yang dapat dilihat ialah mengenai krisis politik di Thailand dan Filipina sekarang ini, rakyat memberontak disebabkan penyelewengan yang dilakukan atas nama negara, demi kepentingan diri sendiri dan kroni. Di Malaysia juga turut berlaku, tetapi tindakan terhadap mangsa sekadar kambing hitam, sedang yang lain terlepas, demi memaut hati rakyat. Sebenarnya, keadaan hilangnya amanah dan pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini telah disabdakan oleh lidah Sayyidul Mursalin saw 1427 tahun dahulu, termasuk fitnah yang meluas. Ini adalah tanda yang dialamatkan Baginda sebagai Zaman Fitnah, dimana kerosakan dan kemungkaran merata dan melata, seperti melatanya alam semulajadi. Masyarakat dan sistem yang diamalkan semuanya rosak, dan

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

28

saling merosakkan antara satu sama lain, melahirkan satu masyarakat dunia sesat, hingga tak nampak kebenaran dan jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang timbul. Bertambah pelik, semakin cuba membaiki, semakin rosak dan teruk masyarakat jadinya. Ini kerana, Tuhan sudah tidak lagi dikenali, bahkan peranan Tuhan sudah tidak lagi dirasakan dalam setiap urusan kehidupan, samalah seperti sekularisme. 5) Media Massa Yang Menipu, Lucah Dan Merosakkan Ciri kedua terakhir yang dapat kami kaji mengenai ciri dan bentuk keruntuhan tamadun insaniah ialah, media massa yang menipu, lucah dan merosakkan. Media massa adalah sumber terpenting dalam memberi penjelasan dan maklumat semasa negara dan dunia. Namun begitu, media massa telah diperalatkan sesetengah pihak demi kepentingan dan keuntungan mereka, dengan menyembunyikan kebenaran dan kezaliman yang mereka lakukan. Bertambah buruk lagi pengeluaran majalah dan bahan yang menjadikan unsur lucah dan maksiat sebagai wadah mencari makan tidak dihalang, seperti VCD dan video lucah. Perbuatan ini bukan sahaja tidak dihalang, bahkan disuburkan dengan produk lain yang sama, seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Media massa dan majalah yang menjual dan menayangkan tubuh wanita dan lelaki dalam keadaan memalukan dan mengaibkan, serta mendedahkan aurat menjadi lumrah intisari bahan tersebut. Perbuatan ini bukan saja menimbulkan kerosakan ditengah masyarakat, bahkan menyebabkan gejala sosial bertambah subur, bukan sahaja lagi melibatkan muda-mudi, tetapi orang tua turut terkesan akannya. Keuntungan dan kehendak pasaran, didahulukan mengatasi dosa dan kesan kerosakan yang ditimbulkan. Bukan tidak sedar, tetapi apabila nafsu tidak dapat dikawal dan dididik lagi, menjadikan mereka tak mampu melawan nafsu, dan menegakkan kemahuan fitrah nurani mereka sendiri. 6) Hiburan Yang Melalaikan Dan Merosakkan

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

29

Kemerosotan Tamadun Insaniah bertambah punah ranah apabila hiburan, makanan dan alunan jiwa sudah turut rosak sama sekali. Hiburan sebagai salah satu keperluan manusia sudah salah dipilih, hiburan rock, pop rock, balada yang bukan sahaja membesarkan dunia, tetapi menyesatkan seperti memuja manusia (wanita), ganas bahkan sampai satu tahap, ada yang memuja syaitan, serta maksiat lahir dan batin sama ada didepan dan dibelakang pentas, malahan cara hidup artis dan penghibur itu sendiri bertentangan dengan syarak, seperti minum arak, terlibat dengan dadah dan pergaulan bebas.Hiburan jika selalu didengar akan menjadikan seseorang itu terpengaruh dan secara automatik, melahirkan manusia yang mengamalkan dan menzahirkan ciri-ciri, dan kehendak sampingan dari lagu tersebut. Contohnya, lagu cinta melahirkan manusia yang jiwang dan buaya darat, sedang lagu rock dan ganas melahirkan manusia yang ganas dan memberontak, seperti lari dari rumah di tengah malam untuk melihat konsert. Alangkah indahnya jika begitu juga, dengan lagu-lagu yang berunsurkan Tuhan dengan membentangkan segala keBesaran dan keAgungan sifat dan ciptaan-Nya, didengar dan menjadi buah jiwa dari hari-kehari lantas menyuburkan sifat kehambaan kepada Rabb, maka, secara automatik lahirlah Pecinta Allah dan Rasul yang sangat bermujahadah dengan nafsu mereka sendiri. (Dr.Ing Gina Dan Abdurrahman,2003:78) Inilah yang kita harap-harapkan. InsyaAllah...

Punca Keruntuhan Nilai-Nilai Murni Dan Moral Masyarakat
Masalah gejala sosial atau secara lebih umum iaitu keruntuhan nilai-nilai murni dan moral masyarakat bukan sahaja berlaku dikalangan orang bodoh dan tidak berpelajaran, tetapi orang kaya, berpelajaran dan beragama turut melakukannya. Jika

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

30

begitu, tidaklah boleh kita katakan punca keruntuhan Tamadun Insaniah ini berpunca dari kemiskinan, kebodohan, atau kejahilan didalam sudut agama. Ini kerana, bukan faktor luaran seperti pasaran arak dimana-mana, sahaja memainkan peranan, tetapi ia berkait dengan rohani (hati), atau faktor dalaman manusia itu sendiri.Mari kita lihat dan kaji satu persatu. Moga dapat kita cungkil rahsia penyakit jiwa ini. InsyaAllah... 1) Faktor dalaman Sebenarnya apakah yang menyebabkan seorang datuk sanggup merogol cucunya yang masih kecil? Juga seorang ayah yang sanggup membunuh masa depan anak daranya?, dan suami yang menyuruh isterinya melacurkan dirinya untuk keluarga?. Didalam masyarakat Melayu, kita selalu dengar mereka berkata istilah “orang yang tidak berhati perut”. Mengapa hati menjadi tempat cacian mereka?. Nampaklah kita akan peranan hati dan kerohanian manusia didalam kehidupan seharian kita. Berpunca dari hati yang sudah rosak, menyebabkan manusia resah gelisah, putus asa dan harap dengan Tuhan, aqidah terlalu lemah, tidak sabar dengan dugaan hidup, kekosongan hati dan berbagai lagi penyakit jiwa melanda jiwa manusia. Malang sekali, manusia yang

intelektual dan pandai, selalu terlepas pandang kepentingan rohaniah ini, sehingga penyakit lahir seperti sakit jantung lebih diutamakan, padahal implikasi penyakit lahir tidak seberapa, sedang implikasi penyakit batin, bukan sahaja rosak dan merana individu tersebut juga, hidup dalam ketakutanlah masyarakat disekitarnya. 2) Faktor Luaran Faktor luaran juga tidak kurang penting, kerana ia ibarat pagar. Apabila pagar sudah berlubang maka, pagar setinggi mana pun tak lagi berfungsi dan berguna. Diantara faktor luaran yang menyebabkan sumbang mahram ialah tidak faham syariat dan batasbatas pergaulan sesama ahli keluarga, syariat tidak dididik menjadi disiplin keluarga, tidak

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

31

dapat melawan kehendak seks, suka berbual dan menonton bahan lucah, dan memakai pakaian yang menaikkan syahwat dan menjolok mata. Sedang, faktor luaran untuk penagihan dadah adalah disebabkan rokok menjdi budaya diri dan keluarga, anak-anak dibiarkan melepak dan membuang masa, keluaraga tidak bertanggung jawab dan mengambil tahu akan anak-anaknya serta tersilap memilih kawan. Juga, faktor perkelahian dan pergaduhan ialah seperti buruk dan salah sangka, tidak puas hati, sombong dengan kepandaian sendiri, sehingga tidak boleh ditegur dan dicabar, serta makan upah untuk menjatuhkan orang lain. Menyamun dan mencuri juga dapat kita gariskan faktornya, iaitu tiada pekerjaan yang tetap, kos sara hidup yang tinggi, keinginan hidup mewah, orang kaya sombong dan menunjuk-nujuk, serta peranan orang kaya dalam masyarakat, sebagai penderma dan bertanggungjawab terhadap orang miskin dan pembanguna masyarakat sekitar, diabai dan dilupakan. Juga tidak dilupakan mengenai penzaliman dan penderaan terhadap kaum wanita, adalah disebabkan faktor hilang kasih sayang terhadap kaum wanita, suami tidak bertanggungjawab dengan menganggap isteri sebagai hambanya, juga isteri tidak menghormati dan mentaati suami, serta masalah rumah tangga yang tidak diselesaikan bersama dari hati ke hati.

3) Kesimpulan Jelaslah pada kita segala kejahatan-kejahatan lahiriah itu lahir dari hati dan rohaniah manusia itu sendiri, serta faktor luar sebagai mangkin dan mempercepatkan proses kejahatan itu. Ia berpunca dari hati yang kotor dan melibatkan hasad dengki, tiada tolak ansur, tidak jujur, buruk sangka, pendendam dan sombong, bangga, gila dunia serta tamak. Jika kita lihat, Islam sangat menegah dan menghina perlakuan tersebut serta

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

32

melaksanakan ilmu tasawuf dengan tegas yang membina jiwa dan hati manusia. Ini selaras dengan firman Allah swt “ Beruntunglah orang yang mensucikan hatinya, rugilah orang yang mengotorinya.”(Asy-Syams:9-10) dan sabda Rasulullah saw “Allah tidak memandang rupa dan harta kamu, tetapi Dia memandang hati dan amalan kamu”. Untuk membersihkan hati, kita mesti merujuk kepada Allah kerana Dialah yang Maha Tahu dan arif dengan hati, kerana Dia yang menciptakan kejadian manusia itu sendiri. Dia yang menciptakan kita, pasti setiap masalah yang kita hadapi, Dia ada cara untuk menyelesaikannya. Maha susi Dia dari Tidak Mengetahui. Menyucikan hati, iaitu dengan sentiasa membesarkan Allah dan merasakan pada hati bahawa Tuhan adalah segala-galanya, serta sentiasa bermuhasabah dan menghisab diri serta insaf hingga bercucuran air mata meyesali dosa-dosa dan kesalahan. Juga, kita hendaklah sentiasa menjalani hidup berlandaskan syarak, dan menyertakan Allah didalam setiap perbuatan dan gerak-geri kita. Yakinlah, dengan demikian itulah yang disebut Taqwa, iaitu perasaan berTuhan. . (Dr.Ing Abdurrahman Dan Gina,2003:48)

Langkah-Langkah Mengatasi Keruntuhan Keruntuhan Akhlak Dan Moral Masyarakat
Langkah untuk membetulkan dan membina manusia ini adalah pekerjaan yang sukar dan paling rumit untuk dilakukan. Ia tidak boleh dibuat dan dilakukan sesuka hati, kerana jika tersilap mendidik, lahirlah masyarakat yang ada seperti hari ini. Hasilnya juga bukan boleh dilihat dalam masa yang singkat, kerana jiwa manusia merupakan wadah yang ingin dipenuhi dan direbutkan oleh berbagai unsur, seperti malaikat, syaitan dan

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

33

haiwan, dan nafsu kitalah yang memilih, dengan dibantu akal yang terpimpin oleh syariat dan keyakinan kepada Tuhan (ketauhidan). Untuk mengatasi keruntuhan Akhlak yang termasuk didalamnya mencakupi berbagai aspek seperti gejala sosial, sumbang mahram, tidak berakhlak, dan sebagainya. Oleh itu, perlulah kita mengatasinya secara lahiriah dan batiniah (hati), kerana gejala yang rosak ini menyerang manusia juga melalui lahir dan batin, tidak ada jalan lain, inilah jalan untuk mengembalikan manusia kepada peri kemanusiaan yang sebenar, yang selama ini bertopengkan peri kehaiwanan. Usaha Dan Langkah Mengatasi Gejala Sosial Secara Lahiriah Usaha menangani gejala yang gila ini, kita perlukan strategi dalam perjuangan iaitu, 1) Tumpaskan lebih dahulu pintu kejahatan hati (batiniah). 2) Laksanakan halangan terhadap terbitan pintu kejahatan lahiriah, iaitu tutup pintupintu kejahatan dalam kehidupan seharian manusia. 3) Lahirkan dan zahirkan sebanyak mungkin amalan kebaikan dalam diri dan masyarakat. 4) Kita perlukan pemimpin yang bertanggungjawab dan bertaqwa. 5) Hukum manusia yang jahat sebagai pengajaran. Contoh usaha dan langkah untuk mengatasi gejala sosial secara lahiriah ialah, bagi masalah sumbang mahram, kita perlulah fahamkan syariat kepada masyarakat, iaitu yakinkan tentang dosa dan melanggar Hukum Tuhan yang mengharamkan zina dikalangan ahli keluarga. Juga, batasi pergaulan antara sesama ahli keluarga, agar sifat malu itu sentiasa wujud, kerana maksiat berlaku apabila sifat malu telah hilang. Sekat juga bahan bacaan dan tontonan yang tidak berfaedah, tidak kejam jika kita berbuat demikian kerana untuk menutup pintu kejahatan, serta galakkan perkahwinan bagi golongan yang sudah cukup umur, tetapi berseorangan, termasuk orang tua. Jaga juga

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

34

batasan aurat dan susunlah infrastruktur rumah mengikut syariat, iaitu rumah yang ada 3 bilik. Akhirnya, kukuhkanlah taraf ekonomi keluarga, agar ibu sentiasa dirumah mengawal anak-anak semasa ketiadaan bapa. Ini kerana, ketiadaan ibu dirumah menyebabkan haruan makan anak, sama ada dari kalangan bapa, mahupun adik-beradik. Begitu juga bagi masalah penagihan dadah, rokok mestilah dibanteras, kerana dari rokoklah, dadah berleluasa dikalangan masyarakat. Kita juga boleh mengadakan aktiviti yang berfaedah, bagi mengelakkan masa masyarakat terbuang dan terdedah kepada perkara negatif. Ibu bapa juga seharusnya memberi kasih sayang dan perhatian lebih kepada anak-anak, bagi mengisi kekosongan jiwa anak-anak. Kita juga wajib menyekat aktiviti yang menggalakkan penagihan seperti konsert Black Metal, woodstock hippies dan konsert rock, lebih-lebih lagi dari luar negara, yang mana artisnya menggunakan dadah sebagai cara hidup, bagi mengisi kekosongan jiwa mereka yang tidak tentu arah.

Bagi masalah arak pula, hentikan pengeluaran permit dan lesen bagi menjualnya dihentikan, agar masyarakat aman, serta larang penjualannya di kelab malam dan sosial bagi orang atasan dan kenamaan, atas nama keadilan pihak kementerian yang bertanggungjawab. Larang juga arak sebagi hidangan di majlis umum, dan sebarang iklan, promosi dan tajaan arak hendaklah disekat dan dihalang. Masalah judi pula, kita boleh tanganinya dengan menutup pusat perjudian, dan menghapuskan perjudian umum, seperti menyabung ayam dan nombor ekor, toto, dan seumpamanya. Tidak dilupakan, banteras sebarang bentuk pertaruhan, sama ada dari segi

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

35

semangat kesukanan dan politik, kerana ia meningkatkan gejala sosial, sehingga berbunuhan, bahkan ia mendidik masyarakat mendapat untung berlipat lipat kali ganda. Menangani rasuah dan penyelewengan pula, kita memerlukan ketelusan didalam semua urusan, dengan mencatat aktiviti pengeluaran wang dengan kewujudan panel pengawas dari semua golongan masyarakat, agar pilih kasih tidak wujud. Pembahagian tender dan projek juga mesti adil dan merata, serta kelulusan projek juga ditentukan atas dasar meritokrasi (kelayakan), bukan atas dasar kroni masing-masing. Begitu juga dalam menangani pengangguran, beri latihan dan ilmu untuk mereka berdikari sendiri, serta ubah masyarakat untuk mengukur kejayaan bukan kepada sijil, tetapi kepada kemahiran dan bakat. Masyarakat kita menentukan sistem pendidikan , seolah-olah orang yang tidak ada sijil dan hanya mempunyai kemahiran, adalah mereka yang hina dan gagal dalam hidup. Walhal, Rasulullah saw sangat menyanjung orang yang berdikari dan bekerja sendiri, serta tidak mengharap gaji dan bergantung padanya 100%.

Seterusnya, untuk menangani pembunuhan, yang sudah menjadi lumrah hari ini. Rogol, bersekedudukan, zina dan lain-lain gejala sosial kebanyakannya berakhir dengan bunuh-membunuh. Seolah-olah pembunuhan itu akan terus menutup terus kes dan skandal yang berlaku. Mereka lupa pada Akhirat, bahawa adanya mahkamah Allah yang Maha Adil, bahkan senang apabila terlepas dari polis dan mahkamah dunia. Bagi menangani zina, liwat dan bersekedudukan pula, pergaulan bebas, pakaian yang nipis, ketat dan mengghairahkan hendaklah dielakkan. Kemampuan untuk mengawal diri dari pergaulan yang tidak sihat, yang boleh menimbulkan zina dan liwat, seperti bergurau-senda, usik-mengusik, dan bertepuk-tampar sesama manusia.

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

36

Yang terakhirnya, bagi menangani rogol yang semakin ganas dan mempengaruhi masyarakat yang semakin tak terkawal, hingga kanak-kanak yang kecil pun menjadi mangsanya. Nafsu syahwat sudah menguasai pertimbangan akal manusia. Didalam masyarakat yang sudah rosak ini, anak perempuan perlulah dijaga dan tidak dibiar keseorangan, dimana jua hatta (sehingga) dalam rumah sekalipun.Untuk menyelamatkan diri, kembalilah kepada syariat, jangan berjalan seorang diri, mahupun sendirian dirumah. Hati juga mesti sentiasa cemas dan bimbang dan curiga terhadap keselamatan anak dan orang perempuan kita.

Usaha Dan Langkah Mengatasi Gejala Sosial Secara Rohaniah Gejala sosial dan keruntuhan nilai murni berlaku kerana roh dan hati orang atau masyarakat telah rosak. Maka, ada juga cara pembaikan untuk mengembalikan manusia kepada fitrahnya yang asal, yang selamat lagi menyelamatkan.

Diantara Usaha Dan Kaedah Perubatan Secara Rohaniah: 1) Kembalikan kenalkan manusia kepada Tuhan (AllahuRabbi) Manusia perlu dikenalkan kembali dengan Tuhan dan dirasakan peranan Tuhan dalam setiap gerak-laku kehidupan kita. Rasulullah saw pernah bersabda “Awwaluddin Makrifatullah” iaitu, “Awal-awal agama itu mengenal Allah”, kenapa dikatakan kenal, bukan perkataan “tahu”. Kita mengetahui bahawa Allah itu Maha Esa, Maha Mengetahui, Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Berkuasa dan Dialah yang Maha Segala-galanya. Tapi, Rasulullah kata “kenal”, kenapa?. Ini kerana “tahu” adalah kerja akal, sedang “kenal” adalah kerja hati dan roh manusia. Begitu juga perjuangan Rasulullah selama 13 tahun di Mekah, mengenalkan Allah yang Maha Esa

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

37

kepada manusia, sedang Baginda berjuang menegakkan syariat selama 10 tahun di Madinah, membawa syariat yang beribu-ribu itu. Kenapa lebih lama masa digunakan untuk mengenalkan Allah, dari mengenalkan syariat? Ini kerana, bila Tuhan sudah dikenali, maka syariat akan menjadi mudah. Baginda hanya menanamkan iman dan keyakinan Para Sahabat, hingga Para Sahabat terasa kebesaran Allah dan kePerkasaannya. Dikenalkan Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, sehingga benar-benar timbul rasa cinta yang mendalam kepada Tuhan, serta tercetus pula rasa rindu kepadaNya. Dalam pada itu juga, baginda tanamkan rasa Maha Hebat-Nya Tuhan, hingga Para Sahabat terasa gerun, cemas, dan bimbang dengan Tuhan. Tetapi, bukan semudah itu untuk menanamkan rasa-rasa berTuhan, dan rasa bahawa diri adalah hamba yang hina. Sebab itulah terpaksa mengambil masa yang lama. Manusia hari ini bukan sahaja tidak kenal, bahkan tidak tahu dan mahu mengambil tahu tentang Tuhan, apatah lagi untuk merasakan peranan Tuhan (Allah) dalam segala aspek kehidupan kita. 2) Membersihkan hati dan jiwa manusia Hati mempunyai peranan yang besar dan hebat pada diri manusia, kerana ia adalah raja didalam diri dan roh manusia. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah saw yang bermaksud, “Didalam diri anak Adam ada seketul daging, jika baik daging itu, baiklah orangnya. Jika jahat daging itu maka jahatlah dia. Ketahuilah itulah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Begitulah besarnya peranan hati manusia. Maksudnya, jika hatinya bersih, maka baiklah anggota badan yang lain. Contohnya, orang mengatakan baik “hati” orang tersebut, apabila dia bersedekah kepada fakir miskin. Kenapa hati yang dirujuk orang itu, ini kerana dari hati yang baik, akan lahir darinya perbuatan yang baik. Kalau begitu, sifat-sifat hati yang terpuji (mahmudah) mesti disuburkan dengan sesuburnya, sedang sifat-sifat keji hati (mazmumah) dibuang dan dihalusi, agar ia dapat

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

38

menghasilkan kembali peribadi agung, seperti Para Sahabat r.a dan tabi’in-tabi’in r.a. Antara sifat yang mesti disuburkan ialah sifat suka meminta maaf serta memberi maaf, bertolak ansur, berkasih sayang, merendah diri, ikhlas, jujur, amanah, baik sangka, pemurah dan sifat-sifat yang lain. Bila sifat-sifat ini sudah mendarah daging, maka akan berkuranglah kes rogol, zina, rompak, mencuri, minum arak pelacuran, bergaul bebas, pendedahan aurat dan sebagainya. Justeru itu, proses membersihkan jiwa mesti menjadi program penting dalam hidup kita, sebagaimana program lahiriah yang diusahakan, pembangunan rohaniah mesti lebih pesat dan diutamakan, agar akhlak kita membangun bersama dengan kemajuan material yang kita nikmati sekarang ini. Kerajaan mesti

mengusahakan program rohaniah dan membina roh ini melalui dakwah dan pendidikan, biar semua manusia dengar, tahu, dan ikut perjuangan membina akhlak dan membersihkan hati, sekaligus menentang kehendak nafsu yang bertentangan dengan syarak. Supaya semua umat Islam bercita-cita tinggi untuk mencapai darjat orang soleh (melakukan apa yang disuruh, tinggal dan jauhi apa yang dilarang) dan darjat nafsu yang terpuji, bukan nafsu yang dikeji. 3) Sembahyang membina Peribadi Agung Islam sangat menegaskan kepentingan solat secara berjemaah dan khusyuk didalam beribadah kepada Rabb, Allah. Biarlah kita bersungguh-sungguh mengerjakan 2 rakaat solat yang khusyuk, dari banyak rakaat, tetapi fikiran kita mengelilingi seluruh dunia dan lalai dalam bersembahyang. Ini kerana, tidak dikatakan agama, jika tidak ada upacara penyembahan, bermakna penyembahan ini didalam solat berhadapan dengan Allah. telah telah berfirman, dengan firman-Nya yang sangat mahsyur, “Neraka Wail bagi orang yang lalai dalam solatnya”. Lawan lalai ialah ingat, bermakna Allah ingin kita sentiasa mengingati-Nya dalam setiap saat, sama ada dari segi fikiran, perkataan

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

39

mahupun perbuatan didalam solat. Solat yang khusyuk amat dipentingkan kerana, selagi solat tidak khusyuk, penyakit hati (mazmumah) seseorang itu tidak dapat ditumpaskan, seperti sombong, pemarah, hasad, megah, tamak dan dendam. Dari sinilah lahirnya penyakit masyarakat, ertinya jika sembahyang yang tidak khusyuk, mazmumah masih wujud. Jika mazmumah wujud, penyakit masyarakat masih wujud. Kalau begitu, untuk menangani gejala masyarakat, betulkan sembahyang terlebih dahulu. Sembahyang adalah ubat penyakit masyarakat. Beginilah metodologi cara membaiki masyarakat menurut Islam. . (Mursyidah Mustaffa Dan Maryam Shafie,2004:115) Wallahua’lam....

4) Hiburan yang selamat lagi menyelamatkan menggantikan hiburan yang rosak lagi merosakkan Jika disoroti kehidupan remaja tonggak agama, bangsa dan negara hari ini, hiburan dari Barat yang rosak lagi keji menempati jiwa mereka, bahkan sudah mendarah daging dalam kehidupan mereka. Hiburan adalah fitrah yang selaras dengan keinginan dan keperluan manusia. Tiada siapa yang dapat nafikan sedemikian. Jika begitu, tidak adakah lagi hiburan yang selamat lagi menyelamatkan. Kami, sebagai remaja yang berhaluan yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa industri hiburan, akhirnya menjumpai sebuah kumpulan nasyid perempuan yang mampu untuk menjadi laluan alternatif kepada masyarakat. Kumpulan tersebut ialah Mawaddah dengan cogan kata mereka, Cintai Tuhan, Sayangi Manusia, bukan sahaja dapat memuaskan hati, malahan membina sifat=sifat berTuhan. Ini kerana hampir keseluruhan lagu dan liriknya cukup indah, menginsafkan, mengkagumkan dan mampu menenangkan jiwa, serta bersifat keTuhanan (tauhid). Apatah lagi jika dilihat kepada keikhlasannya memperjuangkan Islam dan nilai-

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

40

nilai murni, dalam masa 3 tahun bergerak, 22 album telah dikeluarkan, menjadikannya satu wadah nasyid yang unik, menarik untuk dikuti dan diperjuangkan.

Hubung-Kait Antara Perkembangan Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni Dan Akhlak
Setelah dihuraikan secara panjang lebar, dapatlah kita huraikan bahawa perkembangan globalisasi mempunyai hubung kait yang sangat mendalam dengan pembangunan nilai murni dan akhlak masyarakat dan manusia sejagat. Ini kerana perkembangan globalisasi telah merubah tata nilai dan menghakis nilai murni dan akhlak manusia dari berbagai aspek, seperti yang telah dihuraikan. Begitu juga dengan kepentingan pembangunan insaniah dalam membetulkan kembali hati-hati masyarakat, untuk mencipta tamadun manusia yang cemerlang dari sudut material dan kemajuan fizikal, serta terbilang dalam soal pembangunan roh dan batin manusia, selanjutnya lahirlah masyarakat yang sangat cinta dan takutkan Tuhan, hasil mujahadah (jihad) terhadap nafsu dan taqwa (perasaan berTuhannya) yang tinggi dan teguh. InsyaAllah...

Kesimpulan
Hakikatnya, perkembangan globalisasi dan pembangunan nilai-nilai murni dan akhlak manusia mempunyai kaitan yang cukup rapat, dan menarik untuk dikaji serta dihayati. Sesungguhnya, dari rentetan sejarahlah yang mencipta fenomena-fenomena yang sedang berlaku keatas masyarakat hari ini. Disaat kemajuan material dan teknologi memuncak hebatnya, disaat itu jugalah tamadun roh dan insaniah manusia jatuh menjunam sejunam-junamnya, hingga melata kejahatan, walaupun bijak pandai dan alim ulama sudah bertimbun. Seluruh dunia umpama masih tidak sedar lagi akan kepentingan

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni

41

roh dan hati manusia, biarlah dengan terhasilnya kertas kerja ini, dapatlah manusia mengambil tahu tentang perkembangan hati dan rohnya yang sudah lama dipinggir dan diketepikan. Moga, dengan demikian juga, tercapailah cita-cita kami untuk melihat kembali manusia kembali kepada kemanusiaan dan fitrah semula jadinya, agar kebaikan melata banyaknya, sepertimana melatanya kejahatan dan kezaliman di hari ini.

Rujukan Kitab Al-Quran Kitabullah As-Sunnah dan Hadis Rasulullah saw Kamus 1. Kamus Dewan (cetakan ke-11) 2. Kamus Pelajar (cetakan ke-10) Buku 1. 2. 3. 4. 5. 6. Abdul Rahman Haji Abdullah.1998.”Pemikiran Islam Di Malaysia” : Dewan Bahasa Dan Pustaka & Pusat PJJ USM Dr. Ing Abdurrahman R Effendi & Dr. Ing. Gina Puspita.2003.”Ilmu Dan Hikmah, Jilid 2” : Penerbitan Minda Ikhwan Dr. Said bin Musfir Al-Qahthani.2003.”Buku Putih Syaikh Abdul Qadir AlJailani”: Darul Falah, Indonesia Mejar (B) Abu Dzar & Ustaz Mohd.Rasidi .2004.“Ekonomi Islam Menurut Kehendak Tuhan” : Penerbitan Minda Ikhwan Murshidah Mustaffa & Maryam Shafie.2004. “Menangani Gejala Sosial Menurut Islam” : Penerbitan Minda Ikhwan Wan Liz Ozman Wan Omar.2002.”Mengurus Agenda Abad 21, Cabaran Dan Persiapan Dalam Era Globalisasi” : GBC

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni Internet 1. http://id.wikipedia.org 2. http://www.dikti.net 3. http://www.ekonomirakyat.org 4. http://www.uitmppl.edu.my 5. http://www.familyplace.com.my

42

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful