You are on page 1of 7

Kepentingan Sejarah Kepada Manusia Dan Negara

Mohd Yusuf Ibrahim

Ulasan Keseluruhan

Sejarah adalah suatu unsur yang penting terhadap manusia, apatah lagi seluruh
manusia mempunyai sejarah masing-masing, atau dalam kata lain sejarah adalah masa
lalu seseorang manusia, tidak kira ia menerangkan kebaikan seseorang atau keburukan
manusia itu. Semenjak kecil lagi kita diperkenalkan akan pelajaran sejarah, sama ada
sejarah yang berkaitan dengan negara, agama, mahupun keturunan dan keluarga. Namun
kita tidak dapat memastikan apakah kepentingan sejarah terhadap menusia itu sendiri.
Artikel ini menerangkan segala-galanya tentang sejarah, marilah kita menelusuri jalan-
jalan ini kearah memahami tentang sejarah itu sendiri, kerana ia memainkan peranan
yang tersendiri dalam proses pergerakan sejarah manusia itu. Apa yang peliknya, manusia
itu memang mempunyai minat yang tersendiri untuk menyelami sejarah, terutama tentang
dirinya sendiri, kerana pasti ada sesuatu yang berguna kepada diri mereka selepas banyak
pengalaman ditempuh sepanjang hidupnya lalu berbangga dengan merasakan hidupnya
penuh dengan harga diri. Selain itu, manusia cenderung untuk mengenal dirinya selepas
menempuh kehidupan yang penuh pancaroba sama ada dipenuhi kenangan pahit atau
kenangan manis. Malahan, dengan meneliti sejarah hidupnya, timbul kepuasan emosi
yang dapat memacu masa depannya. Ini berlaku kerana sejarah adalah suatu proses yang
bersambung dan mempengaruhi satu sama lain, sama ada masa lalu, masa kini dan masa
depannya.. Semua ini adalah hasil usaha yang berterusan menjadi pendorong kejayaan
seseoranng itu atau natijah kejahatannya yang berterusan menjadikannya menjalani hidup
yang sengsara seperti hari ini. Kepentingan sejarah kepada manusia yang lain adalah
sebagai sumber abstrak dan nyata, apa yang dikatakan sebagai abstrak itu adalah kerana
adalah mustahil bagi manusia itu untuk menghidupkan kembali sejarah yang telah
berlaku itu secara jasadnya. Maksudnya, manusia itu pernah melihat sesuatu peristiwa
dan apabila mengingatkannya kembali, ia tidak dapat mengngat dan menghidupkan
kembali keseluruhan peristiwa, bahkan adakalanya manusia itu gagal memahami
peristiwa itu sewaktu kita memerlukannya. Juga dikatakan sebagai sumber nyata bagi
manusia itu, kerana manusia itu mampu membentuk dan menggambar kembali sesuatu
peristiwa itu, walaupun buka secara keseluruhannya. Ini bermaksud peristiwa itu pernah
berlaku dan boleh digambarkan semula secara sekadar yang diingatinya. Natijah dari
kajian sejarah sebagai sumber abstrak dan sumber nyata, dapatlah kita simpulkan bahawa
tiada manusia yang tidak mempunyai masa lalunya dan adalah mustahil bagi manusia itu
untuk melupakan sejarah yang telah dilaluinya kecuali manusia itu hilang ingatan. Proses
menyimpan dan mengingat ini tidak akan terputus, bahkan jika ia terputus seperti
kejadian hilang ingatan, akan mewujudkan kepincangan terhadap manusia sekitar dan
manusia itu sendiri. Kepentingan sejarah terhadap manusia itu juga dapat dilihat pada
hubungan sejarah dan manusia itu sendiri. Hubungan sejarah dan manusia itu adalah
manusia dan sejarah itu saling perlu memerlukan kerana kesedaran manusia itu tentang
kepentingan pengalamannya yang lalu. Sejarah yang berkaitan dengan manusia juga
berkait dengan agama dan orang-orang agama. Contohnya, orang agama berkonsepkan
bahawa hidup manusia ada permulaan dan pengakhiran yang terakhir, iaitu kiamat.
Bahkan kita juga sedar yang perjalanan sejarah sama ada manusia, mahupun dunia
sedang bergerak menuju kematian dan kiamat, dan itu adalah pengakhiran sejarah selama
ini. Hasilnya, setiap manusia yang waras akan memandang masa depan yang cemerlang
dengan merujuk sejarah lalunya, sama ada menebus kembali kehidupan yang lalu ke
tempat yang lebih baik, atau mengekalkan kejayaannya dahulu. Namun, bukan mudah
untuk menebus atau mengekalkan kejayaan kerana ia berdasarkan kesedaran insan,
ditambah pengalaman dan kewarasan serta kekuatan azam dan cita-citanya. Sejarah juga
membuktikan bahawa ada yang gagal menebus kembali, bahkan menjadi gila dan bunuh
diri atas kekesalan yang dihadapi. Hubungan manusia dan sejarah juga dapat dijadikan
sebagai petunjuk dengan melihat masa lalu untuk melangkah masa depan dengan penuh
keyakinan dan kekuatan. Kesimpulan yang dapat diperhatikan ialah sejarah amat penting
kerana ketiadaan masa lalu akan menyebabkan tiadanya juga masa kini dan hasilnya tiada
masa depan. Perancangan amatlah penting untuk memastikan masa depan terjamin dan
hidup didalam sentosa sentasa. Namun, perancangan hanya perancangan kerana yang
menentukan perjalanan hidup kita adalah Tuhan Yang Maha Esa, adakalanya ketentuan
Tuhan menyebabkan kita menderita, atas nama ujian Tuhan yang pasti membalas dengan
balasan yang baik di sisi-Nya. Namun, kita sebagai hamba sangat dituntut untuk berusaha
mengubah nasib diri dan keluarganya untuk memperbaiki ke arah yang lebih baik, dan
sejarahlah sebagai landasan untuk keluar dari hidup sengsara yang membelenggu. Sejarah
dengan manusia sangat mempengaruhi antara satu sama lain, sehingga banyak skop yang
dapat disentuh dan dikupas. Seterusnya, kita melihat sejarah dan kepentingan dari sudut
psikologi dan falsafah manusia itu sendiri. Orang-orang Barat dan sekular sangat
menyanjung sejarah, sehingga ada yang menganggapnya sebagai falsafah dan agama.
Tetapi, ini tidak dapat diterima oleh orang yang beragama Islam, kerana Islam adalah
tidak terpisah dengan kehidupan penganutnya, sedang orang sekular itu bukan sahaja
memisahkan dirinya dengan agama, bahkan keyakinan terhadap Tuhannya sudah musnah
dan hanya bergantung pada nilai-nilai murni yang boleh berubah-ubah mengikut akal
fikiran mereka sendiri. Kita juga lihat sendiri tentang takrif sejarah iaitu satu kumpulan
masa lalu dan ilmu pengetahuan yang menerangkan keadaan yang sedang berlaku.
Sejarah bila dihayati, sama ada tentang diri, keluarga, masyarakat, dan negara serta dunia
akan menyebabkan kita sedar akan perkembangan diri dan persekitaran serta kesan
pergerakan dunia keatas kita. Orang barat juga menganggap sejarah sebagai suatu ilmu
yang tidak boleh dikaitkan dengan kegunaannya, seperti ilmu sains gunaan. Maksudnya,
pengkajian sejarah itu hanyalah untuk mencari atau mewujudkan kebenaran tanpa
mempunyai motif yang lain, contohnya kepentingan sesutau pihak. Namun, ada juga dari
kalangan orang barat sendiri yang menganggap ilmu sejarah itu sebagai omong kosong
belaka, kerana bagi mereka peristiwa didalam sejarah itu boleh disalahgunakan dan
menmbulkan bahaya didalam politik dan struktur masyarakat. Asas anggapan mereka itu
kerana sudah terdapat banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah itu telah
disalahgunakan,diselewengkan dan dipalsukan untuk mencapai tujuan tertentu bagi
golongan yang berkepentingan tertentu. Membincangkan tentang sejarah yang
diselewengkan ini, terkenang pula cerita dari anak benua India, dimana didalam satu
pilihanraya, kerajaan yang pro-Hindu telah menang besar dan cukup anti dan benci
terhadap Islam, sama ada agama, bangunan bersejarah Islam, mahupun masyarakat Islam
di India itu sendiri. Kemuncak kebencian itu, dapat dilihat dengan keengganan kerajaan
itu untuk mengiktiraf sumbangan dan mengakui pemerintahan Islam yang telah
berlangsung selama beberapa abad yang lalu didalam buku teks sekolah di negara itu.
Bahkan, ia menonjolkan maharaja-maharaja Hindu sebagai raja yang baik, adil dan
banyak meninggalkan sumbangan dan membina bangunan-bangunan yang megah di
India, termasuk mengatakan Taj Mahal dan bangunan Islam yang lain sebagai
kepunyaannya. Ini dilakukan untuk menghalang generasi baru dari menganggap negara
itu sebagai negara Islam dan mencantikkan sejarah negara tanpa pengaruh kuasa Islam.
Kejadian ini menimbulkan kemarahan umat Islam di India dengan alasan kerajaan India
mahu menghapuskan masyarakat Islam. Akhirnya, peristiwa itu senyap tanpa ada
pembetulan dan maaf dari parti kerajaan itu. Ini membuktikan sejarah amat penting
hingga kandungan buku teks sekolah digubal semula bagi memastikan generasi baru
tidak faham peristiwa sebenar, dan kepentingan parti itu tercapai dengan menipu sejarah.
Sebenarnya tindakan itu hanyalah mempamerkan perbuatan keji, pengecut dan kejam
kerana akhirnya orang tetap akan mengetahui kepalsuan dan kebenaran yang sejati.
Akhirnya, dapat kita sedari bahawa sejarah bukan sahaja menyedarkan, menerang dan
mengajar sahaja tetapi ia adalah sesuatu yang sedag bergerak bersama-sama kita, dan
pelengkapnya, kita juga adalah manusia bersejarah dan bahan sejarah. Seterusnya, kita
memasuki bahagian menenai kepentingan sejarah dan kaitannya dengan sesebuah negara.
Sesebuah negara memerlukan sejarah untuk melaksana, melengkap dan melancarkan lagi
kegiatannya. Ini kerana, Herodotus (Bapa Sejarah Dunia) mengatakan bahawa terdapat
pengulangan atau kitaran diantara sejarah semua tamadun dan negara secara berganti-
ganti, umpama roda. Setiap tamadun mempunyai persamaan daei segi kelahiran dan
kewujudan, lalu melalui perkembangan dan zaman kemuncak kejayaan, yang akhirnya
membawa kepada keruntuhan tamadun dan negara itu. Peristiwa yang berlaku berzaman-
zaman dahulu, akan berlaku lagi pada zaman atau generasi seterusnya, walaupun
peristiwa yang berlaku adalah berbeza tetapi tahap-tahap perkembangan diantara
tamadun adalah sama. Ini dapat dijadikan sebagai petunjuk, dan pengajaran serta iktibar
bagi generasi seterusnya dalam memacu negara kearah yang lebih gemilang. Ada pula
yang menganggap sejarah itu sebagai suatu falsafah yang berulang-ulang dan memberi
pengajaran, kerana ia memperlihatkan tentang tindak laku (perbuatan) orang masa lalu
dan akibat dari perbuatan itu. Oleh itu, manusia perlulah belajar tentnag sesutu peristiwa
dengan merujuk sejarah agar mendapat pengajaran. Proses kitaran itu juga menunjukkan
hidup sesebuah negara itu berada dalam pusingan yang tidak putus-putus, dimana sistem
pemerintahan yang lain pula akan menjalani dan mengalami kitaran tersebut. Hakikat
yang boleh diterima disini ialah sejarah itulah yang berulang, bukan tamadun atau bangsa
itu. Contoh yang boleh dilihat ialah pada rakyat tamadun China suatu ketika dahulu
sewaktu mengguna sistem maharaja, berbagai keturunan mengganti pemerintahan yang
bersandarkan kepada tanda-tanda kemarahan Tuhan (banjir, kemarau dan kemelesetan
ekonomi) dan kebangkitan keturunan lain, lalu rakyat akan memberontak dan
mengguling pemerintah, menggantikan dengan keturunan yang baru dengan
menggunakan sistem pemerintahan yang sama, iaitu sistem maharaja. Dalam merenung
tentang konsep sejarah yang berulang itu, kita lihat pula sesebuah negara itu adalah suatu
entiti yang mempunyai sistem politik, ekonomi, agama dan kerajaan serta penduduk yang
menghuninya. Wujud suatu penerusan didalam lingkungan sejarah, bahawa pergerakan
dan peristiwa yang berlaku disepanjang sejarah perkembangannya adalah berulang-ulang.
Berbagai contoh dapat dilihat dari berbagai tamadun, termasuk tamadun Islam semenjak
kelahirannya pada zaman Nabi Muhammad s.a.w hingga zaman malap Bani Uthmaniyah,
adalah sama dengan kewujudan tamadun-tamadun dunia yang lain. Kemunduran tamsdun
Islam itu pula disebabkan oleh kebangkitan bangsa dari Barat yang mengambil alih
peranan kuasa besar dunia dengan memegang politik, ekonomi dan organisasi sosial
masyarakat dunia. Dan hari ini, dapat pula kita lihat ambang permulaan kejatuhan
empayar barat yang pasti runtuh, dengan diganti oleh satu bangsa yang lain. Maknanya
yang berulang hanyalah perkara yang besar, tetapi tidak melibatkan perkara-perkara yang
kecil. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa sejarah memainkan peranan yang sangat
penting dalam hidup matinya sesebuah negara, bahkan negara itu akan gelap jika tidak
memiliki sejarahnya yang tersendiri. Ini kerana pertalian antara masa lalu dan kini adalah
sangat jelas. Masa kini adalah hasil atau kesan dari gejala sama ada dari segi sains,
ekonomi mahupun politik, yang akhirnya akan menjadi sebahagian dari sejarah negara
itu. Jadi, tidak dapat tidak, ahli ekonomi dan politik negara itu tidak akan dapat melihat
selain sejarah sebagai sumber rujukan yang sangat berguna, untuk mencerminkan
keadaan masa lalu, kini dan masa depan. Ketiga-tiga elemen itu tidak akan terpisah dan
mencerminkan antara satu sama lain. Namun, tidak mustahil ia terpisah disebabkan
revolusi dan pemberontakan, yang bertujuan untuk menyingkirkan sistem negara itu dan
berbeza dari yang lalu, atau dengan kata lain, ingin mengubah sejarah negaranya. Tetapi,
ia belum tentu dapat menghapus langsung sejarah negara itu. Tidak mustahil juga
pemberontakan itu berlaku untuk menegakkan sistem yang lama, setelah sekian lama
diseleweng oleh golongan tertentu. Berbagai pemberontakan dan revolusi telah berlaku
didunia ini, Revolusi Perancis 1789, Revolusi Rusia 1917 dan Revolusi Iran 1980-an.
Mereka memberontak untuk menegakkan apa yang dipandang sebagai adil dan sesuai
bagi mereka. Sampai suatu masa, ada revolusi yang diperjuangkan dahulu hancur
disebabkan ketidaksesuaian dengan rakyat, dan ada pula yang diterima hingga muncul
sistem yang lain yang dipercayai mampu menyelamat dan membahagiakan manusia. Jadi
perhubungan diantara masa-masa itu, mampu membawa manfaat dengan menjadikan
masa kini adalah merujuk kepada masa lalu, untuk kepentingan masa depan. Terpaparlah
dimata kita betapa pentingnya sejarah sebagai faktor penting didalam sesebuah negara
itu. Sejarah juga amat penting didalam memilih kepimpinan, dimana sejarah sesebuah
organisasi, dan sejarah kehidupan para pemimpinnya, serta sejarah kemampuan mereka
membangun, mendidik, dan berkhidmat kepada masyarakat, dijadikan sandaran didalam
membuat pemilihan pemimpin, demi memastikan negara selamat dan terpelihara dibawah
naungan mereka. Oleh itu, dalam ayat yang lain, sejarah adalah jalan yang menjadi
landasan dalam memeilih pemimpin yang jujur, berani, adil dan berkebolehan memimpin.
Betapa besarnya peranan sejarah itu dalam sesebuah negara dan masyarakat, tetapi ramai
yang tidak sedar. Ini kerana, pemimpin memaimkan peranan penting dalam memacu
negara dan rakyat, agar tidak membawa negara kearah kehancuran dan kebinasaan negara
itu. Contoh yang dapat dilihat ialah, negara Jerman dan pemimpinnya, Hitler yang
membawa negara dan rakyat itu kearah perang dan kemusnahan yang memberi kesan
sehingga hari ini. Kesalahan meletakkan pemimpin yang betul dan waras akan
mengelakkan berlakunya berbagai-bagai perkara yang tidak sepatutnya terjadi dari
berlaku, seperti kepimpinan Jepun yang mengikut emosi tanpa pertimbangan, hingga
negara itu diheret kepada perang dan mengakibatkan dua bandar utamanya hancur sama
sekali. Demikianlah betapa berperanannya sejarah yang mempunyai berbagai kegunaan
dan manfaat terhadap sesebuah negara dan bangsa, termasuk individu itu sendiri.
Memang benarlah sejarah sebagai ilmu masa silam yang amat penting, kerana
kesejahteraan mampu lahir hasil manusia menjadikannya sebagai teladan dan sempadan
bagi individu, bangsa dan negara serta agama tercinta.
Pendapat Pengulas
Setelah diterangkan akan segalanya mengenai kepentingan sejarah terhadap
manusia dan negara, dapatlah dinyatakan mengenai pendapat pengulas mengenai isu-isu
yang dibangkitkan oleh penulis artikel ini. Mengenai isu satu, dibawah tajuk kepentingan
sejarah teradap manusia, pengulas bersetuju dengan penulis mengenai manusia secara
fitrahnya sangat tertarik dengan masa lalu terutama tentang diri, keluarga, negara dan
agama individu itu. Demikian juga, pengulas bersetuju mengenai sejarah sebagai sumber
yang abstrak dan nyata didalam kehidupan manusia. Ini kerana tidak dapat dibayangkan
hidup tanpa masa lalu sebagai panduan dan kenangan sepanjang hidup manusia.
Sehubungan itu, adalah tepat mengenai gambaran penulis tentang hubungan sejarah
dengan manusia didalam kehidupan manusia itu sendiri. Natijah dari perbincangan ini,
dapatlah disimpulkan bahawa sejarah amat penting dan mempengaruhi manusia disegala
aspek, kerana yang bersejarah itu adalah manusia itu sendiri. Begitu juga mengenai
pandangan pengulas mengenai kepentingan sejarah terhadap negara, dan hubungan
diantara keduanya. Sejarah yang membabitkan negara ini dilihat sebagai berulang-ulang
antara tamadun-tamadun yang secara bergilir-gilir menguasai dunia dan khazanahnya.
Sejarah yang membuktikan tiada yang kekal dalam pembangunan manusia kerana ia
adalah hukum Tuhan atau Sunnatullah yang menjadi ketetapan bagi manusia demi
kesejahteraan mnusia itu sendiri. Segala yang terjadi pasti terdapat pengajaran dan
hikmah dari Tuhan yang mentadbir segalanya, termasuk sejarah itu sendiri. Begitu juga
peranan sejarah didalam proses pemilihan pemimpin, dalam memastikan pemimpin yang
dipilih itu dapat menjalankan pemerintahan dengan cemerlang dan gemilang, serta tidak
membawa negara dan rakyat kearah kehancuran, sebaliknya membawa keamanan yang
hakiki. (bukan keamanan yang dibawa oleh para ratu cantik dunia yan menjelajah seluruh
dunia mengatakan “world peace”, tapi tidak membawa sebarang kebaikan, bahkan tidak
berkesan menghalang Amerika dan Israel meneruskan peperangan dan keganasannya)
Dengan kebernasan pendapat penulis, saya sebagai pengulas juga, bukan sahaja
bersetuju, bahkan turut menyokong apa yang dikatakan sebagai sejarah yang memainkan
peranan yang penting, didalam kehidupan seseorang manusia dan sesebuah negara yang
bertamadun.

You might also like