P. 1
Manusia Awal - Sejarah Asia Tenggara

Manusia Awal - Sejarah Asia Tenggara

|Views: 117|Likes:
Published by Tasha Er
sejarah
sejarah

More info:

Published by: Tasha Er on May 30, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/13/2013

pdf

text

original

SEJARAHASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA HINGGA AWAL ABAD KE ENAMBELAS (AEE 1102

)
SEMESTER 1 SESI 2012-2013 Soalan :Bincangkan dapatan berhubung temuan fosil/rangka dalam kontaks manusia awal di Asia Tenggara .
Nama No.Matrik Nama Pensyarah Masa Tutorial : MUHAMMAD TIRMIZI BIN MUSLIM. : AEY120029. : DR MOHD SUPIAN SABTU : Khamis 10.00-11.00 Pagi.

PENGENALAN

Perkembangan manusia pada masa kini telah mencapai ke suatu tahap kesempurnaan sama ada dari segi sifat fizikal manusia itu sendiri mahupun perkembangan peradaban yang tinggi. Melihat dari perkara tersebut, perbagai persoalan yang dapat ditimbulkan misalnya. Bilakah dan bagaimana manusia itu sendiri wujud dan berkembang khususnya di kawasan Asia Tenggara ini sehingga mencapai ke tahap pada mas kini. Oleh itu, bidang sejarah dan arkeologi merupakan kombinasi displin ilmu yang amat jelas dalam mengungkap persoalan tersebut. jika dilihat, bidang arkeologi ini adalah merupakan sebuah ilmu yang mengkaji tentang benda-benda lampau atau lama. Benda-benda lampau ini termasuklah kajian dari segi kebudayaan serta melibatkan aktiviti kaji purba terhadap element tertentu seperti penemuan artifak,fosil termasuk rangka-rangka tinggalan purba tersebut. 1 Melalui bidang arkeologi juga bukti-bukti mengenai kewujudan dan pradaban manusia awal dapat di temui melalui kajian arkeologi seperti eskavasi yang dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi di tapak-tapak kajian yang telah dikenal pasti terlebih dahulu, misalnnya, di Asia Tenggara, terdapat beberapa tapak penemuan fosil dan rangka seperti di sekitar Pulau Jawa, Kepulauan Flores, Lembah Lenggung di Perak, dan Gua Niah, Sarawak. Fosil dan rangka yang ditemuii di kawasan tersebut juga sebenarnya dapat memberikan petunjuk kepada ahli-ahli sejarah dan arkeologi tentang masa, sifat fizikal dan seterus corak kebudayaan manusia yang hidup pada zaman prasejarah dan khususnya di kawasan asia tenggara ini. Asia Tenggara yang merangkumi dua bahagian iaitu wilayah kebenuaan dan wilayah kepulauan telah

1

Mohd supian b sabtu ,Arkeologi dan Kesenian:Dalam Konteks Artifak dan Feature Di Semenanjung Malaysia.Malaysia Dari Segi Sejarah.

Hal ini kerana.aspx?k=rangka+manusi .dbp.dbp. dapat dijelaskan juga. 2 3 http://prpm. rangka pula merupakan struktur tulang yang dapat menentukan bentuk tubuh sama ada haiwan atupun manusia. rangka dan sebagainya yang didasari melalui displin-displin bidang arkeologi. 2 Mereka menyatakan prasejarah sebagai sebahagian masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan.menjadi kawasan tumpuan ahli arkeologi serta sejarahwan sama ada. Oleh itu.my/Search. haiwan serta tumbuhan zaman purba atau prasejarah yang telah mengeras bersama batu dan tertanam di dalam lapisan perut bumi.my/Search. Prasejarah bermaksud zaman yang tidak mempunyai sistem tulisan serta tiada perkembangan yang khusus. 3 Selain itu. fosil. atau luar kawasan ini. Oleh yang demikian Berdasarkan Prehistoric Archeology: A Brief Introduction hasil karya Frank Hole dan Robert F. 4 Oleh yang demikian. artifak. kedua-dua tinggalan ini merupakan bhan tinggalan purba yang dapat menjelaskan kewujudan manusia pada zaman lampau. Berdasarkan kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) mentarifkan fosil sebagai tinggalan sisa jasad sama ada manusia. dari dalam.gov.gov.aspx?k=fosi http://prpm. Heizer. iaitu sebelum sejarah. penemuan disekitar kepulauan Jawa yang dilakuan oleh seorang rakyat belanda pada tahun 1890 telah menyingkap asal-usul perkembangan manusia yang dikatakan wujud sejak zaman prasejarah lagi di kawasan asia tenggara ini Jika kita kembali kepada konsep prasejarah yang sebenar. bahawa bukti-bukti prasejarah dapat diperolehi melalui kajian terhadap beberapa element tinggalan seperti.

Kajian pada tahap yang terakhir pula telah dilakukan pada tahun 1941 di tapak Sangiran dan manusia ini dinamakan sebagai Meganthropus paleojavanicus atau Java Man .Southeast Asia.PENEMUAN DI SEKITAR KEPULAUAN JAWA Di Indonesia. Penyelidikan di kepulauan Jawa ini mengandungi beberapa tahap penyelidikan yang bermula dari tahun 1890 an oleh Eugene Dubois di Trinil. Penyelidikan tahap pertama ini menemukan rangka yang dinamakan sebagai Pithercantropus Erectus. kajian tahap kedua telah dilakukan oleh koeningswald dan Weidenreich di Sungai Bengawan Solo dan rangka yang ditemui ini dikenali sebagai Homo Soloensis.Brian. kepulauan jawa merupakan salah satu lokasi penting bagi perkembangan manusia purba kerana di kawasan tersebut banyak penemuan fosil dan rangka yang telah mengungkap sejarah atau rahsia kewujudan manusia pada zaman purba di kepulauan tersebut. Di kepulauan ini juga beberapa kajian dan penemuan yang terawal telah dilakukan oleh beberapa ahli arkeologi dari eropah. Penemuan-penemuan tersebut merupakan bbukti bahawa di kepulauan tersebut telah wujud pelbagai spesies manusia pada zaman purba. Pada 1931 hingga 1934 pula.London:MacMillan.A Short History.M/S 1-8 .Manakala kajian pada tahap ke tiga yang dilakukan oleh Koeningswald di Lembangan Sungai Solo pada tahun 1936 hingga 1941 pula menemukan rangka menusia yang digelar sebagai Homo Mojokertensis. Manusia Jawa Man ini dikatakan telah hidup lebih awal di kepuauan jawa dan merupakan manusia yang tertual di kepulauan tersebut 5 5 Harrison.1966.

Hall. 1968. Macmillan. London. Dari penemuan tersebut. Hasil dari penemuan ini telah meletakkan E u g e n e D u b o i s s e b a g a i o r a n g ya n g p e r t a m a s e k a l i menentang teori manusia pertama berasal dari Eropah atau Afrika dan b e r a n g g a p a n m a n u s i a p e r t a m a b e r a d a d i k e p u l a u a n A s i a Te n g g a r a . E. dubois telah mempercayai bahawa fosil dan rangka yang ditemukannya pada ketika itu adalah tinggalan daripada salah satu spesies manusia awal yang dikenali sebagai Pithecanthropus Erectus. Jika dilhatt dari ciri-ciri biologi yang boleh diperhatikan daripada spesies manusia Pithecanthropus Erectus ini. Hal ini kerana sifat fizikal 6 D. Dubois bertambah yakin dengan ka jian yang dilakukan itu apabila pada tahun yang berikutnya. . melalui beberapa dapatan fosil serta rangka yang ditemukan oleh Dubois. hal. p a d a t a h u n ya n g b e r i k u t n y a i a i t u 1 8 9 1 p u l a t e l a h d i t e m u k a n t u l a n g g e r a h a m d a n b a h a g i a n a t a s t e n g k o r a k a t a u t e m p u r u n g k e p a l a . A History of South-East Asia. Pada peringkat awal kajiannya.5. G. dapat dilihat bahawa manusia Pithecanthropus Erectus ini merupakan salah satu spsies manusia yang mempunyai gambaran wajah seperti kera. sekali lagi beliau telah menemukan tulang geraham dan peha kaki kiri yangtelah menyebabkan beliau membuat beberapa kesimpulan terhadap hasil dapatan yang dijumpai itu.Sejarah kewujudan manusia awal di kepulauan jawa ini terbuka luas apabila satu kajian yang dilakukan buat pertama kali telah dipelopori oleh pengkaji dari eropah iaitu Eugene Dubois dan seterusnya menemukan spesis manusia yang dikenali sebagai Pithecanthropus Erectus atau manusia kera yang berjalan tegak. banyak perkara yang boleh dihujahkan dalam membuat analisis terhadap manusia purba ini. S e t e r u s n ya . 6 Kajian terhadap spesis manusia Pithecanthropus Erectus ini telah dilakukan sekitar tahun 1890 hingga 1892 dan lokasi penemuan fosil ini adalah di Trinil iaitu sebuah desa di pinggir Bengawan Solo Jawa Timur. Dubois telah menemukan bahagian dari tulang rahang yang ditemukan pada 1890.

Bukan itu sahaja tulang belakan Pithecanthropus Erectus ini yang berada di belakang kepalanya menunjukan bahawa manusia ini tidak mempunyai lehir dan kepalanya rapat dengan bahagian bahu. ia dianggap munasabah walaupun bentuk keseluruhannya adalah kecil kerana purata komposisi otak meningkat semasa era revolusi Erectus. Selain itu. Malah ketinggian yang dimiliki oleh Pithecanthropus Erectus iaitu sekitar 165 hingga 170 cm mampu menampung serta memberi keseimbangan kepada manusia ini untuk berjalan tegak dan lurus. di suatu sudut yang lain. ini juga boleh menjadi suatu kebenaran kerana sepsis manusia sperti ini mungkin menjalankan kegiatan memburu binatang untuk dijadikan makanan. Wolpoff berpendapat bahawa manusia Pithecanthropus Erectus ini mempunyai gigi yang kasat serta tajam. Bukan itu sahaja. malah gigi yang kasar dan besar menjadi suat alat pengunyah yang sesuai kerana dipercaya binatang yang diburu tidak dimasak terlebih dahulu.bahagian wajah seperti tulang rahang yang kasar dan besar . Spesis Pithecanthropus . serta tulang kening yang menonjol mendekatkan ciri manusia ini kepada spesis manusia kera atau ape-man. bahawa kebanyakan peningkatan dalam saiz otak adalah berhubung-kait secara perlahan-lahan dengan peningkatan dalam saiz tubuh badan sepsis manusia tersebut. tengkorak atau kapasiti otak Pithecanthropus Erectus ini adalah pada kadar 813-1059 cc atau juga pada kadar puratanya ialah 900 cc. Penemuan peha kiri dari spesies Pithecanthropus Erectus ini juga merupakan salah satu bukti bahawa manusia spesies Pithecanthropus Erectus ini mampu berjalan tegak dan lurus seperti manusia biasa pada hari ini. Dari segi kapasiti otak pula. bahagian dahi yang landai serta dagu yang tidak kelihatan turut memberi gambaran bahawa spesis manusia Pithecanthropus Erectus ini mempunyai pelipis yang menonjol kehadapan. fakta ini dikukuhkan lagi dengan pendapat yang dinyatakan oleh Bisborough pada tahun 1973. Makanan yang tidak dimasak jelas memberi satu gambaran bahwa manusia Pithecanthropus Erectus ini tidak pandai menggunakan api dalam kehidupan sehirian.

Di sebalik itu juga. ternyata jelas bahawa Manusia Kera dari Solo ini sememangnya mempunyai ciri-ciri yang melewati spesies manusia Pithecanthropus Erectus dan ciri-ciri tersebut adalh mendekati ciri manusia moden. rongga mata dan akar hidung yang tebal. Prasejarah kepulauan Indo-Malaysia. 1979. Oxford University Press.Erectus ini torgolong hidup di dalam Zaman pleistosen tengah atau juga dikenali sebagai lapisan Trinil malah merupakan satu zaman yang telah dibuat oleh Von Koenigswald untuk mengklasifikasikan semua manusia awal yang telah hidup di bumi kepulauan jawa . Bukan itu sahaja turut ditemukan tulang rahang dan gigi yang tidak begitu jelas kerana telah mengalami kereputan Hasil dapatan yang telah ditemui ini telah membawa kepada penemuan spsies manusia yang digelar oleh pelbagai penulis sebagai Homo Erectus Soloensis. spesis ini juga dikatakan berasal dari benua afrika dan berhijrah ke Asia Tenggara. Man’s conquest of the Pasific: The Prehistory of South-East Asia and Ocenia. New York. terdapat juga temuan tengkorak kecil seorang wanita yang mempunyair a h a n g a t a s d a n b a w a h . satu penyelidikan telah dilakukan oleh Von Koeningswald dan Weidenreich di kawasan berhampiran Sungai Bengawan Solo. 7 . Mmelalui penyelidikan tersebut. dan juga Pithecanthropus Soloensis 8. (2000). Von Koeningswald dan Weidenreich telah menjumpai beberapa dapatan seperti dua tulang kaki dan juga sebelas rangka manusia yang tidak lemgkap. melalui dapatan yang telah ditemui dapat menjelaskan beberapa ciri-ciri manusia Homo Soloensis ini antaranya ialah. 7 Di sekitar tahun 1931 hingga 1934. Indonesia: PT Gramedia Pustaka Utama. Jakarta. B u k a n i t u s a h a j a K e t i n g g i a n n ya Peter Bellwood. Walau apa pun istilah yang digunakan bagi mengungkap atau menjelaskan Sepsis manusia ini. hal. Hlm 59 & 60 8 Bellwood Peter. Homo Sapiens Soloensis.42. erdapat tonjolan yang tebal dibahagian kening dan dengan dahiyang landai kebelakang.

S pesi es Homo Sol oensis i ni dikatakan telah mencapai thap manusia moden.9 10 Peter Bellwood. Spesis manusia Homo Wajakensis ini dianggarkan berumur lebih kurang 10 000 tahun dan Manusia jenis ini juga dipercayai merupakan campuran daripada Austroloid dan jugasebagai moyang Melayu Proto dan Austromelanasians.terjemahan). Homo Wajakensis merupakan salah satu spesies manusia yang telah ditemui oleh Van Reicshotten pada tahun 1889di daerah Wajak.pula dianggarkan 165cm dan ini hampir sama dengan ketinggian spesis m anusi a yang dit em ui l ebih awal s ebel um ini. 9 Manusia Homo Soloensis ini juga hidup dalam Zaman Pleistosen atas atau lapisan Ngandung dan turut dikatagorikan sebagai Homo Sapiens yang sama dengan sepsis manusia Homo Wajakensis.Prasejarah Kepulaun Indo. Oleh yang demikian Eugene Dubois telah meggelar fosil tengkorak tersebut sebagai Homo Sapiens Wajakensis. 10 Sebenarnya. jelas berlaku perkembangan jika dibandingan dengan manusia sebelumnya. Tulung agung. Selain itu.Malaysia.Prasejarah kepulauan Indo-Malaysia. melihat dari segi kapasiti atau volume otak manusia ini. hlm 119. Jawa Timur. (2000). Hlm 67-75. Manusia jenis ini juga Peter Bellwood. 2000.( T. 9 . Terdapat dua penemuan tengkorak. Kemudian Reicshotten telah mengirim sebuah tengkorak kepada Eugene Dubois untuk diteliti dan membuatkajian yang terperinci. Jakarta. Tempurung kepalanya hanya dapat menampung sebanyak 1650 cc. Indonesia: PT Gramedia Pustaka Utama. Gramidia PustakaUtama (Karya asal diterbitkan 1985). hal ini dapat dilihat dari k o m p o s i s i o t a k m a n u s i a H o m o S o l e n s i s i n i ya n g b e r j u m l a h s e k i t a r 1 0 0 0 h i n g g a 1 3 0 0 c c ya n g s a m a d e n g a n m a n u s i a m o d e n . Jakarta.kajian terhadap Tengkorak yang kedua pula mendapati bahawa saiznya lebih kecil dan struktur tulang kurang tebal.W Kamil. Tengkorak yang pertama mempunyai panjang 200 mm dan tempurung kepala boleh menampung sebanyak1530 cc Struktur tulang juga kukuh iaitu berdasarkan ketebalan 10 mm.

. Dari segi berat badan mereka pula ialah sekitar 30 kg hingga 150 kg.Malaysia . Teori kewujudan manusia homo sapiens di Asia Tenggara adalah berasal daripada teori Charles Darwin (18081882) bukan itu sahaja.Shah Alam.(T.Prasejarah Kepulaun Indo.terjemahan). hlm 99.Sejarah Dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional .dikatakan mempunyai ketinggian 130 cm-210 cm.2006. dapat dilihat juga dari pendapat yang di lontarkan oleh Charles Darwin iatu Manusia telah berevoulusi dari sepsis Rumapithecus (20 hingga 8 juta tahun dahulu) kepada AustralopithecusAtricanus (4 juta tahun dahulu) dan berkembang sehingga muncul spesies manusia Homo sapiens-sapiens yang ada pada hari ini 12 Manusia Homo sapiensmerupakan manusia yang hidup pada zaman prasejarah iaitu di antara zaman paleolitik pertengahan hingga pada awal zaman neolitik dan mula berkembang pada sekitar tahun 70 000 tahun dahulu 13 dan tergolong dalam zaman Holosoen Abdul Rahman Haji Abdulllah. hlm 9 12 sIbid.W Kamil. Jika dilihat. selain itu manusia Homo Wajakensis ini turut tergolong di dalam katagori manusia Homo Sapiens. Jakarta. Pandangan ini boleh dijadikan rujukan namun ianya tidak boleh dijadikan sandaran yang kukuh untuk mengatakan bahawa manusia berevolusi atau berasal dari kera Bukan itu sahaja. 11 Ini kerana kebanyakan spesies yang ditemukan di Kepulauan Jawa adalah mendekati ciri-ciri kera. 11 . Beliau telah menyatakan di dalam bukunya The Origin Of Species (1859) dan The Descent Of Man (1871) bahawa manusia berasal dari binatang atau lebih tepat berasal dari jenis manusia-kera (ape. hlm 11. 13 Peter Bellwood.man) atau terevolusi dari kera yang sebenarnya dengan manusia yang sebenar. Gramedia PustakaUtama (Karya asal diterbitkan 1985). KarismaPublications. ketinggian manusia Homo Wajakensis ini diperoleh memalui pemerhatian terhadap saiz tengkorak manusia tersebut. 2000.

Penyelidikan yang dilakukan sekitar tahun 1936 hingga ke 1941 di kepulauan jawa telah membawa kepada beberapa penemuan dapatan yang seterusnya membawa kepada penemuan beberapa spesies manusia purba di sekitar kawasan kepulauan tersebut. Pithecanthropus Robustus dan juga Meganthropus Paleojavanicus. Hasil dari kajian tersebut telah membawa kepada penemuan tengkorak kanak-kanak yang berusia 6 tahun. Semua penyelidikan diperingkat ini dipelopori oleh Von koeningswald dan antara beberapa spesies manusia yang telah ditemukan dalam penyelidikan beliau ini termasuklah Pithecanthropus Modjokertensis.Jawa Timur. Gigi-gigi tersebut memiliki ciri-ciri gigigeraham kedua sebagai gigi terbesar dan gigi depannya yang kecil. Pada tahun 1936. Manusia jenis ini dikatakan tidak mempunyai susunan gigi yang lengkap. Bukan itu sahaja. Sepsis manusia yang ditemui ini digelar Pithecanthropus .Mojokerta. Selain itu juga. kesemua spisis manusia yang telah ditemukan tersebut merupakan antara manusia purba yang sudah lama menetap di kepulauan jawa ini dan tergolong di dalam zaman Pleistosen bawah atau jetis. Fosil yang ditemui itu juga hanya mempunyai tiga buah gigi geraham yang masih lagi melekat dibahagian atas dan juga dibahagian bawah. Spisis manusia ini juga memiliki muka yang menonjol ke hadapan serta mempunyai kening yang tebal dan tulang pipi yang kuat. Fosil kanakkanak yang telah ditemui tersebut menunjukan bahawa kanak-kanak tersebut dianggarkan telah berusia sekitar 6 tahun yang mempunyai komposisi otak sekitar 650cc dan dikatakan juga ianya boleh mencapai 1000cc apabila kanak-kanak tersebutmenjadi dewasa. Von koeningswald telah melakukan kajian di kawasan Perning. Hal ini kerana. serpihan tulang dan tulang rahang. Selain itu. fosil yang ditemukan ini mempunyai sebuah tulang rahang tetapi tulang rahangnya adalah besar.

Pithecanthropus Robustus atau lebih mudah dengan nama manusia kerayang besar dan kuat tubuhnya merupakan salah satu sepsis manusia purba yang berbadan besar. Bukan itu sahaja. bahagian Jawa Timur. Bukti kewujudan spisis Pithecanthropus Robustus di kepulauan jawa ini ditemui pada tahun 1939 oleh Von Koenigswald di Sangiran lembah Sungai Bengawan Solo. fosil yang ditemukan ini merupakan antara fosil kedua tertua di kepulauan jawa.Prasejarah kepulauan Indo-Malaysia. Selain itu. Saiz gigi yang besar pula jelas menunjukan bahawa spisis manusia ini mengambil makanan yang kasar. hal ini kerana. ciri-ciri fizikal spisis manusia ini adalah bersifat premitif kerana memilikikening yang menonjol. spisis Pithecanthropus Robustus ini juga memiliki rahang dan tulang gigi yang besar. lebar dan manakala atas tengkoraknyalebih sempit. Jakarta. (2000). melihat dari fosil yang ditemui. Selain itu. 14 . Indonesia: PT Gramedia Pustaka Utama. Hal ini kerana. Hlm 63-65. ternyata jelas kerana cirri-ciri yang ada pada fosil yang ditemui tersebut menunjukkan tengkoraknya yang besar. pada tahun tersebut satu lagi penemuan spisis manusia prasejarah telah ditemukan di Sangiran.tulang pipi yang kasar. Fosil yang ditemukan oleh Von Koenigswald ini dikenali sebagai Meganthropus Paleojavanicus atau dengan kata lain “manusia raksasa Jawa” kerana tubuhnya dikatakan besar dan ianya ditemui di Peter Bellwood. Pithecanthropus Robustus ini juga tidak mempunyai dagu dan mempunyai muka yang menonjol kehadapan serta dikatakanmemiliki komposisi otak sebanyak 900cc 14. 1941 merupakan salah satu tahun yang amat penting dalam kontaks sejarah perkembangan manusia awal di kepulauan jawa.Modjokertensis semperna dengan nama kawasan dimana fosil tersebut ditemukan.

Meganthropus B/ Sangiran.Jawa. Manusia jenis ini hidup di Jawa sekitar 2-1 juta tahun yang lampau dan adalah manusia purba yang paling awal sekali yang hidup dan menetap dikepulauan Jawa ini.000 tahun lalu dan pleistosen bawah (lapisan jetis) sekitar 1. Sebenarnya. Rahangnya adalah menyerupai bentuk kera. Hlm 23-24. Jakarta. 15 Ketiga-tiga lapisan pleistosen ini merupakan ciri-ciri geologi bagi spisis manusia yang hidup pada zaman lampau di kawasan Kepulauan Jawa ini.000 hingga 10.00 tahun lalu. (2000). Meganthropus C/ Sangiran 33/BK 7905 dan juga beberapa fosil Meganthropus yang lain. mempunyai rangka badan yang lebih besar. jelaslah bahawa sepsis manusia ini adalah yang mendahului dari spisis-spisis lain yang hidup di bumi kepulauan jawa ini. pleistosen tengah (lapisan Trinil) sekitar 700.6 juta hingga 700.Prasejarah kepulauan Indo-Malaysia. 15 . Ape yang penting kesemua fosil yang ditemukan tersebut adalah tergolong di dalam satu sepsis manusia yang sama Kebanyakan spesies manusia prasejarah yang ditemukan di Kepulau Jawa dipercayai hidup pada zaman pleistosen. Indonesia: PT Gramedia Pustaka Utama. tulang pipi yang tebal dan rahang yang besar dan kuat. Daripada ciri-ciri yang ada pada spisis manusia Meganthropus Paleojavanicus atau Java Man. Selain itu.00 hingga 125. Antara fosil yang ditemui ialah rahang bahagian bawah yang lebih kasar daripada rahang Pithecanthropus. Fosil-fosil tersebut adalah seperti Meganthropus A/ Sangiran 6. Antara ciri yang lain ialah mempunyai kening yang menonjol. zaman pleistosen ini digambarkan dengan ciri-ciri geografi yang tersendiri serta berbeza dengan apa yang dapat Peter Bellwood. penemuan fosil bagi Meganthropus Paleojavanicus adalah lebih dari satu penemuan. Ini dilihat melalui dari pendapat yang telah diberikan oleh Von Koeningswald yang telah membagikan zaman penemuan manusia awal di kepulauan jawa ini kepada tiga peringkat zaman iaitu zaman pleistosen Atas atau (lapisan Ngandong) yang dianggar 25.000 tahun lalu.

Bukan itu sahaja. Kajian terhadap spisis manusia Flores ini adalah bermula pada tahun 1950 hingga 1960 an di Tapak Gua Liang Bua Kepulauan Flores. Bukan itu sahaja.nationalgeographic. Ini memberi satu pentanda bahawa sepsis yang hidup pada zaman tersebut seperti Meganthropus Paleojavanicus atupun spisis manusia yang lain mampu bergerak bebas.com/news/2004/10/1027_041027_homo_floresiensis_2. kajian yang dilakukan oleh Verhoeven pada tahun 1954 telah membawa kepada penemuan fosil manusia pendek yang digelar sebagai Protonegrito Florensisdi. iklim pada zaman tersebut dikatakan sejuk dan berbeza dengan iklim pada masa kini.html . Zaman tersebut dikatakan adalah suatu zaman dimana. Kajian oleh peter Brown pada 2003 telah 16 16 http://news.. Selain itu. yang dijumpai di kawasan Liang Toge sekitar 30 km dari Liang Bua.diperhatikan pada ketika ini. PENEMUAN DI KEPULAUAN FLORES Manusia Flores merupakan salah satu sepsis manusia purba yang di temukan di sekitar kawasan Asia Tenggara.nationalgeographicom/news/2004/10/1027_041027_homo_floresiensis_2. 17 Kajian pada peringkat awal telah dilakuan oleh Theondor Vertheeven dan menemui tanda-tanda kewujudan manusia awal di kepulauan flores ini melalui artifak batu yang ditemui berhampiran dengan fosil gajah yang dianggarkan berusia 750 000 tahun dahulu. 16 Manusia ini dikatakan telah hidup di kepuulauan tersebut sejak dahulu lagi dan mengikut kajian yang dilakukan oleh Mike Morwood. Zaman pleistosen ini berakhir kira-kira 10.000 tahun yang lalu dan bermulalah satu zaman baru yang digelar zaman Holosoen yang mempunyai kesinambungan dengan apa yang terbentuk pada hari ini. manusia Flores ini telah hidup kira-kira 95 ribu hingga 13 ribu tahun lalu. kawasan sekitar kepulauan asia tenggara bercamtum akibat struktur air batu yang mengeras.ht http://news.

Bagi memenuhi keperluan hidup mereka . Manusia Flores ini dikatakan mempunyai ciri-ciri fizikal seperti ketinggian hanya sekitar 3 kaki atau bersamaan dengan 1 meter sahaja dan digelar sebagai manusia kerdil.tulang kering yang menonjol keluar serta tebal dan mempunyai geraham yang sama dengan manusia Homo Erectus. Manusia flores ini hidup secara berkelompok serta sudah mempunyai petempatan yang tetap seperti tinggal di dalam gua-gua. Hal ini 18 http://www. manusia flores ini mengamalkan aktiviti berburu untuk mendapatkan sumber makanan disamping turut menjalankan kegiatan mencari makanan di laut dan di sungai-sungai yang berdekatan.ukessays. Manusia Homo Floresiensis ini sebenarnya sudah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling walaupun mereka ini merupakan manusia yang bersifat fizikal kerdil. 18 Oleh yang demikian .menemukan rangka seorang wanita yang berusia sekitar 18 000 tahun lalu dan dikenali sebagai Manusia Hobbit. saiz fizikal manusia flores yang kerdil adalah disebabkanbeberapa factor dan antaranya ialah keadaan geografi.com/essays/archaeology/hom-floresiensis.kekurang kalori dan proten ini tidak terhad kepada manusia sahaja.Manusia Flores ini juga dikatakan mempunyai kapasiti otak yang lebih rendah berbanding dengan Chipanzee dan Pada tahap awal ia dianggap sebagai rangka manusia moden yang matinya disebabkan olen penyakit microcephaly atau penyakit saraf dimana otak mereka akan mengecut manakala badan pula mengecil.Walau bagaimanapun. Selain itu manusia ini juga mempunyai ciri-ciri lain seperti berdahi landai.php . saiz tubuh yang kecil dan kerdil ini disebabkan oleh faktor geografi serta proses alam.hal ini kerana hidupan yang tinggal di kepulauan tersebut seperti gajahdikatakan sebesar kerbau sahaja . Walaubagaimanapun .saiz mereka yang kerdil ini amat berkait rapat dengan masalah sumber protin atau kalori yang amat kekeurangan dan terhad .

Ciri-ciri unik yang terdapat pada spesies menusia Homo Floresiensis ini telah menjadikan kawasan Asia Tenggara ini sebagai kawasan yang mempunyai variasi dalam spesies manusia awal. Di suatu sudut yang lain peralatan yang dihasil oleh manusia flores ini menunjukan bahawawalaupun kapasiti otak manusia tersebut yang rendah. namun berdasarkan bukti-bukti yang diperolehi dari beberapa kajian dan penyelidikan sebelum ini jelas lebih menyokong bahawa manusia Flores ini adalah ras manusia moden iaitu hasil hijrah Homo Sapien dan bukannya merupakan spesies yang baru. penemuan manusia spesies Homo Floresiensis ini meberi sumbangan yang begitu besar kepada penyeledikan dalam konteks manusia awal di Asia Tenggara. Namun per alatan yang dapat dihasilkan adalah lebih baik dari spesies manusia yang ditemukan di kepulauan jawa sebelum ini. walaupun asal usul manusia Flores ini masih belum dikenalpasti dengan jelas sama ada mereka adalah spesies tersendiri atau terpisah daripada manusia moden.dibukti dari peralatan yang diperbuat dari batu seperti mata tombak yang dikat dengan kayu telah memberi petanda bahawa manusia flores ini menggunakan suatu peralatan dalam mendapat sumber makanan.nationalgeographic.com/news/2004/10/1027_041027_homo_floresiensis_2. 19 Walaupun tidak semua ciri-ciri mereka lebih kepada manusia moden tetapi beberapa perilaku mereka sungguh mirip kepada manusia moden dan disebabkan itu mereka dikatakan sebagai manusia zaman awal yang agak unik dan berbeza dari spesies yang ditemukan di Kepulauan jawa sebelum ini. Bukan itu sahaja. 20 19 19 http://nephiliman.ht .com/anomalies_pygmies.ht http://news.

kawasan Lembah Lenggong yang merupakan kawasan penemuan rangka Perak Man telah diumumkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO pada bulan jun tahun ini. 21 Melalui beberapa penyelidikan yang telah dilakukan telah membawa kepada penemuan suatu spesies manusia yang digelar sebagai Manusia Perak (Perak Man). Penerbitan University Sains Malaysia Press. Dari Zaman Batu Ke Tamadun Awal DI Malaysia.com. Hlm 1 22 http://www. Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia. Penemuan tersebut telah memberi kesan terhadap pensejejarahan terhadap zaman prasejarah di Malaysia Khus dan di asia tenggara amnya. Penyelidikan terhadap kewujudan kehidupan manusia prasejarah di semenanjung Malaysia ini telah dimulakan pada tahun 1987 oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi. 22 Oleh yang demikian. Pemerkasaan Jati Diri Bangsa.my/utusan/Dalam_Negeri/20120702/dn_11/Lemba-Lenggong-kini-Tapak-WarisanDunia 21 . spesies manusia Perak Man ini boleh memberikan gambaran terhadap kewujudan manusia prasejarah di sekitar Semenanjung Malaysia. Mokhtar Saidin.PENEMUAN MANUSIA DI SEMANANJUNG MALAYSIA Semenanjung Malaysia merupakan salah satu lokasi di Asia Tenggara ini yang memeliki banyak bukti kewujudan manusia prasejarah yang diperolehi melalui beberapa siri kajian yang dilakukan oleh ahli arkeologi tempatan. Bukan itu sahaja.utusan.

Hlm 18 23 . Penerbitan University Sains Malaysia Press. Dari Zaman Batu Ke Tamadun Awal DI Malaysia. Dari Zaman Batu Ke Tamadun Awal DI Malaysia. manusia perak ini dikesan menghidapi pennyakit genetik Branchimesophlangia iaitu bahagian badan sebelah kiri lebih pendek dari bahagian sebelah kanan. 24 Manusia Perak dikatakan dikebumikan dengan penuh adat-istidat pengebumian paleolitik. Pemerkasaan Jati Diri Bangsa Pulau Pinang. seterusnya lubang kubur manusia perak ini dilapik dengan 3. Penerbitan University Sains Malaysia Press. Hlm 17 24 Mokhtar Saidin. negeri Perak.000 tahun dan dipercayai hidup selama 45 tahun dan mati disebabkan sakit tua. selain itu. Pemerkasaan Jati Diri Bangsa. Pnemuan tersebut adalah hasil exskavasi yang dilakukan oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi. Mokhtar Saidin. Manusia perak memiliki ketinggian sekitar 154 cm sahaja. 23 Manusia perak ini dikatakan hidup sekitar 10.Penemuan Manusia Perak (Perak Man) ditemukan pada tahun 1991 di Gua Gunung Runtuh.48 cm. Melihat dari keadaan ini dapat disimpulkan bahawa manusia ini adalah istimewa dari sudut fizikal dan bukan itu sahaja.700 cengkerang siput yang terdiri dari siput sungai setebal 38. Selain itu. Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Jabatan Musium Negara. Penyakit yang dihadapi oleh manusia perak ini menyebabkan manusia tersebut berjalan dalam keadaan berdengkut-dengkut. Manusia perak ini ditanam adalah dalam keadaan berlipat (flexed burial) dan dikebumikan bersama dengan 12 alat batu. manusia perak ini yang mati ketika berusia 45 tahun telah memberi gambaran bahawa manusia Perak ini dihormati serta mansyarakat pada ketika itu menjaganya dengan baik. Rangka yang ditemuakan adalah 90% lemgkap dan merupakan rangka manusia paleolitik yang terlengkap yang pernah ditemukan di Asia Tenggara. Melalui penemuan tersebut telah ditemuakan rangka manusia paleolatik yang dikebumikan dalam suatu upacara kebumian yang penuh dengan spiritual. Pulau Pinang. lembah lenggong. Hal ini dapat dilihat dari cara manusia ini dikebumikan dimana lubang kubu digali sedalam 80-100cm.

Penerbitan University Sains Malaysia Press. Dari suatu sudut yang lain pula dapat dilihat bahawa manusia perak tersebut memiliki status social yang tinggi dalam kalangan masyarakatnya. 25 upacara pengebumian manusia perak ini memperlihatkan bahawa manusia atau masyarakat pada ketika itu mempercayai kehidupan selepas mati.makanan dalam bentuk siput sedut dan 9 spesies binatang seperti khinzir. Pemerkasaan Jati Diri Bangsa. Dari Zaman Batu Ke Tamadun Awal DI Malaysia. Hlm 19 25 . biawak. Pulau Pinang. kura-kura dansebagainya. Hal ini dapat diperhatikan melalui barang-barang yang ditanam bersama manusia tersebut menjelaskan bahawa manusia perak itu mungkin mahir dalam mencari kawasan buruan. memburu binatang dan sebagainya. Hlm 16 26 Mokhtar Saidin. Dari Zaman Batu Ke Tamadun Awal DI Malaysia. harimau bintang. Penerbitan University Sains Malaysia Press. Ini membuktikan bahawa manusia perak menjadi rujukan kepada masyarikatnya dan pemergiannya amat diratapi serta dihormati oleh semua masyarakatnya. Pulau Pinang. Pemerkasaan Jati Diri Bangsa. 26 Mokhtar Saidin.

Meganthropus Paleojavanicus. manusia Flores juga telah menjadikan penyelidikan terhadap perkembangan manusia awal di Asia Tenggara ini lebih dinamik. kepulauan Flores dan di semenanjung Malaysia memberi kesan terhadap perkembangan manusia prasejarah di Asia Tenggara khususnya dan dunia amnya. . Fosil-fosil manusia awal seperti Pithecanthropus Erectus. Bukan itu sahaja. penemuan manusia perak di semenanjung Malaysia telah membuktikan bahawa Malaysia juga kaya dengan khazanah purba dan mempunyai kepentingan dalam perkembangan sejarah dunia. Homo Soloensis dan Homo Wadjakensis yang ditemukan di Kepulauan Jawa jelas menunjukkan bahawa manusia telah wujud berjuta-juta tahun dahulu dan hidup pada ketiga-tiga zaman Pleistosin. yang seterusnya dapat dijadikan gambaran Penemuan terhadap perkembangan manusia awal di Asia Tenggara ini.KESIMPULAN Penemuan pelbagai spesies manusia sama ada di kawasan Kepulauan Jawa. Selain itu juga.

http://www. Pemerkasaan Jati Diri Bangsa. Man’s conquest of the Pasific: The Prehistory of South-East Asia and Ocenia.nationalgeographic.dbp. Cambridge University Press 1992 10. 4. 1989. (1962). 1989 3. Pulau Pinang. http://www. New York. Mokhtar Saidin.The Cambridge history of Southeast Asia volume 1. http://news. 9. 2.com/news/2004/10/1027_041027_homo_floresiensis_2.php.BIBLIOGRAFI 1. Dari Zaman Batu Ke Tamadun Awal DI Malaysia.com/essays/archaeology/homo-floresiensis.aspx?k=fosil 11. Sydney. The Archeology of Mainland Southeast Cambridge. Penerbitan University Sains Malaysia Press. http://nephiliman. Bernard Heuvelmans.gov. Nicholas Tarling(edited). Charles Higham. 1985.com/anomalies_pygmies.htm. http://prpm.html 6. 5. Cambridge University Press. 1979. Oxford University Press. 7. Academic Press.ukessays. Bellwood Peter. Prehistory of the Indo-Malaysian Archipelago. Peter.my/Search. Bellwood.com/cryptozoo-news/floresiensis-replica/ 8. . On The Track of Unknown Animals.cryptomundo. London: Rupert Hart Davis.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->