P. 1
FOLIO KERJAYA : WARTAWAN EKSEKUTIF PENYIARAN

FOLIO KERJAYA : WARTAWAN EKSEKUTIF PENYIARAN

|Views: 2,159|Likes:
Folio kerjaya yang dikehendaki untuk pelajar-pelajar MRSM untuk melakukannya sebagai salah satu subjek KPD411, Kursus Perkembangan Kerjaya.
Folio kerjaya yang dikehendaki untuk pelajar-pelajar MRSM untuk melakukannya sebagai salah satu subjek KPD411, Kursus Perkembangan Kerjaya.

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Muhammad Fareez Yusran on May 30, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

11/07/2014

MRSM PDRM KULIM

WARTAWAN EKSEKUTIF PENYIARAN

NAMA NO. MAKTAB

: :

MUHAMMAD FAREEZ YUSRAN 29012
1

KELAS KOD KERJAYA

: :

5 FARABI

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN BIDANG TUGAS PENEMPATAN DAN LOKASI BERTUGAS ANGGARAN GAJI DAN GANJARAN/FAEDAH LAIN HIERARKI PANGKAT KELAYAKAN AKADEMIK YANG DIPERLUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN YANG MENAWARKAN PENGAJIAN KEISTIMEWAAN/KELEBIHAN KERJAYA MASALAH DALAM KERJAYA FOTO-FOTO BERKAITAN KERJAYA LAMPIRAN RUJUKAN

MUKA SURAT 2 3 4 8 10 11 13 14 15 16 19 35

2

PENGENALAN

Wartawan merupakan satu kerjaya dalam industri media massa, yang merangkumi surat khabar, majalah, televisyen, radio dan internet. Seorang wartawan bertugas untuk mengumpul dan menyebarkan maklumat tentang berita terkini, orang ternama, tren dan isu-isu yang relevan. Wartawan juga termasuk pengarang, editor, pemberita, penyiar, pembaca berita dan lain-lain.

Ketika bertugas di lapangan, wartawan akan membawa telefon bimbit, kamera, buku nota, pen , pita rakaman , perakam video dan lain-lain untuk membuat liputan dan mencari berita. Pada masa kini, wartawan mesti mahir menggunakan komputer, internet dan enjin carian. Mereka akan melayari perpustakaan online untuk mendapatkan arkib berita. Selalunya mereka akan terkejar-kejar ke sana-sini untuk 'scoop' sesuatu berita yang humanisme kerana pembaca suka yang sensasi dan terkini.

Wartawan perlu mencari berita, menulis dan melaporkan isu semasa, terkini dan masa lalu. Mereka mestilah pantas dan tangkas menulis kerana setiap patah kata orang yang ditemubual mestilah ditulis dalam buku nota. Buku nota akan menjadi saksi dan bahan bukti jika didakwa di mahkamah. Sekarang, rakaman suara dan video akan menjadi bukti jika ada yang cuba menyanggah berita.

3

BIDANG TUGAS

Bidang kewartawanan terbahagi kepada dua, iaitu media cetak dan media elektronik penyiaran. Wartawan Eksekutif Penyiaran merupakan cabang di bawah media elektronik penyiaran.

Kerjaya di dalam dunia penyiaran sangat diperlukan dari hari ke hari. Perkara ini disebabkan oleh tidak ramainya orang yang berminat dan generasi muda lebih cenderung untuk meneruskan pengajian dan karier mereka di dalam bidang sains dan teknologi yang lebih professional. Harus diingatkan, dunia penyiaran tidak boleh dipandang remeh begitu sahaja kerana mereka merupakan saluran untuk menyampaikan berita dan hal-hal terkini berkaitan isu semasa yang perlu diketahui semua.

Sekali anda memasuki bidang penyiaran, terdapat variasi kerjaya yang boleh diceburi, antaranya wartawan biasa, editor, pembaca berita, penyampai radio, pengacara, penerbit rancangan dan pelbagai lagi. Justeru, tidak perlu risau untuk memulakan kerjaya anda dengan hanya jawatan yang kecil di dalam dunia penyiaran ini kerana jawatan anda akan dinaikkan seiring dengan pencapaian dan pengalaman anda di dalam sesuatu syarikat saluran penyiaran.

Oleh itu, saya ingin memulakan karier saya di dalam dunia penyiaran sebagai Wartawan Eksekutif Penyiaran. Wartawan Eksekutif Penyiaran bukan sahaja menjalankan tugas-tugas seperti wartawan biasa, malah mereka turut menjadi pengacara untuk sesebuah rancangan televisyen. Selalunya, Wartawan Eksekutif Penyiaran menjalankan tugas sebagai wartawan biasa dan pengacara TV pada masa yang sama.

4

PENEMPATAN DAN LOKASI BERTUGAS

Secara umunya, Wartawan Eksekutif Penyiaran diperlukan di semua rangkaian televisyen besar di seluruh dunia. Berikut merupakan senarai rangkaian televisyen Malaysia dan antarabangsa:

MALAYSIA Radio Television Malaysia (RTM)
  

TV1 TV2 TVi

Media Prima
   

TV3 ntv7 8TV TV9

AlHijrah Media Corporation

TV AlHijrah

Astro         Astro Ria Astro Prima Astro Oasis Astro Citra Astro Warna Astro Awani Bernama TV Astro Ceria
5

Astro Arena

ANTARABANGSA (DISIARKAN KE SELURUH DUNIA)
 

ABS-CBN-TFC - saluran Filipina Abu Dhabi TV – saluran Bahasa Arab

Al Jazeera – saluran Bahasa Arab, berpusat di Qatar

Arirang – saluran Bahasa Inggeris, berpusat di Korea Selatan

BBC (British Broadcasting Corporation) - saluran televisyen tertua di dunia yang berpusat di United Kingdom. BBC World News memberikan berita dan info terkini manakala BBC Entertainment dan BBC Lifestyle menyiarkan hiburan umum in Eropah, Timur Tengah dan Afrika. Siaran BBC didapati di Amerika Utara melalui rangkaian televisyen tempatan iaitu BBC America, BBC Canada dan BBC Kids.

 

BFBS (British Forces Broadcasting Service) – disiarkan kepada pusat British Armed Forces di seluruh dunia melalui satelit Cartoon Network – saluran kartun/kanak-kanak, berpusat di USA

6

CNN – saluran berita antarabangsa

    

Deutsche Welle (DW) – saluran Bahasa Inggeris dan Sepanyol, berpusat di Jerman Discovery Channel – saluran sains, teknologi, kesihatan, sejarah dan sebagainya Disney Channel - saluran kartun/kanak-kanak, berpusat di USA FOX – mempunyai saluran National Geographic Channel, FX dan BabyTV EWTN – saluran keagamaan Katolik, berpusat di Alabama, USA

Fox News – saluran berita 24 jam

  

France 24 – saluran berita Bahasa Inggeris dan Perancis, berpusat di Perancis TV Globo Internacional – saluran berpusat di Brazil MTV – saluran hiburan, berpusat di USA

NHK World – saluran tempatan Jepun NHK versi antarabangsa, disiarkan dalam Bahasa Inggeris dan berfokus kepada berita

    

NHK World Premium – saluran berita, sukan dan hiburan tempatan dalam Bahasa Jepun Press TV - saluran berita Bahasa Inggeris 24 jam, berpusat di Iran RAI International – saluran tempatan Itali RTP Internacional – saluran tempatan Portugis Russia Today – saluran berita Rusia, disiarkan dalam Bahasa Inggeris

7

         

Sky News – saluran berita tempatan United Kingdom Sun Channel Tourism Television – saluran percutian tempatan Sepanyol Sony Entertainment Television Asia – saluran hiburan tempatan India, disiarkan dalam Bahasa Hindi TBN – saluran keagamaan Kristian, berpusat di USA Televisa – saluran tempatan Mexico Thai Global Network – saluran tempatan Thailand TV5MONDE – saluran tempatan Perancis Telefe – saluran tempatan Argentina TVE Internacional – saluran tempatan Sepanyol VTV4 – saluran antarabangsa Vietnam, berpusat di Hanoi

Zee TV - saluran hiburan tempatan India, disiarkan dalam Bahasa Hindi

8

ANGGARAN GAJI DAN GANJARAN/FAEDAH LAIN

Kerjaya kewartawanan mampu menawarkan gaji yang lumayan dengan gaji permulaan di sekitar RM1,500 serta ganjaran lain berdasarkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja. Berikut merupakan gaji berdasarkan gred:

Gred S17

Gred S27 Gred S28 Gred S32

P1T1 RM820.38 P2T1 RM871.81 P3T1 RM924.75 P1T1 RM1204.55 P2T1 RM1274.13 P3T1 RM1346.73 P1T1 RM1204.55 P2T1 RM1346.73 P1T1 RM2413.04 P2T1 RM2623.28

P1T24 RM2151.35 P2T24 RM2272.50 P3T24 RM2397.95 P1T26 RM3027.10 P2T26 RM3213.25 P3T26 RM3405.26 P1T26 RM3027.10 P2T26 RM3405.26 P1T13 RM3592.76 P1T13 RM3911.96

PENETAPAN GAJI PERMULAAN Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred S17 untuk Pembantu Wartawan atau P1 Gred S27 untuk Wartawan boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa melantik yang berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan. PERGERAKAN GAJI TAHUNAN Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh ketua perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan. KENAIKAN PANGKAT PEMBANTU WARTAWAN GRED S17 KE WARTAWAN GRED S28 Pembantu Wartawan Gred S17 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Wartawan Gred S28 yang kosong apabila telah: (a) disahkan dalam perkhidmatan (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan (c) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan (d) diperaku oleh ketua perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT KE GRED S32
9

Wartawan Gred S27/S28 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Wartawan Gred S32 yang kosong apabila telah: (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan (b) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan (c) diperaku oleh ketua perkhidmatan. KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN KE PERKHIDMATAN PEGAWAI BERITA Wartawan yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa melantik yang berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Berita Gred S41 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.

10

HIERARKI PANGKAT

Berikut merupakan senarai jawatan bidang kewartawanan daripada yang paling asas sehingga yang tertinggi yang biasa digunakan dalam media elektronik. Jawatan dan fungsi sesebuah jawatan berubah mengikut masa dan organisasi.

Wartawan Penyiaran (Broadcast Journalist) Wartawan Eksekutif Penyiaran (Executive Broadcast Journalist) Penolong Pengarang Penugasan (Assistant Assignment Editor) Editor Penugasan (Assignment Editor) Penolong Pengarang (Assistant Editor) Timbalan Pengarang Berita (Deputy News Editor) Pengarang Berita (News Editor) Pengarang Eksekutif (Executive Editor) Ketua Pengarang Berita (Chief News Editor) Ketua Pengarang (Editor In-Chief) Pengarang Kumpulan (Group Editor) Pengarang Urusan Kumpulan (Group Managing Editor) Pengarah Eksekutif Kumpulan Berita (Group Executive Director News & Current Affairs)

Kini, kerjaya sebagai Wartawan Eksekutif Penyiaran bukan sahaja tertakluk untuk mencari berita dan menyampaikannya semata-mata, malah mereka juga berpeluang menjadi pengacara untuk sesebuah rancangan di televisyen pada masa yang sama. Hal ini membuktikan betapa meluasnya bidang penyiaran untuk diterokai.

11

KELAYAKAN AKADEMIK YANG DIPERLUKAN

Walaupun para lulusan dalam bidang kewartawanan dari universiti atau institusi pengajian tinggi (IPT) berpeluang menceburi bidang ini, sejak akhir-akhir ini, banyak syarikat media cetak dan elektronik cenderung memilih calon-calon yang mempunyai pengkhususan di bidang tertentu seperti Sains Marin, Biokimia, Bioteknologi dan sebagainya. Hal ini kerana mereka mempunyai pengetahuan mendalam serta lebih memahami bidang mereka berbanding calon yang hanya mempunyai kelulusan dalam bidang kewartawanan. Calon yang tidak mempunyai asas kewartawanan akan dilatih oleh syarikat-syarikat media cetak atau elektronik. Pelajar perlu lulus dengan baik peperiksaan SPM/SPMV serta kepujian bahasa Melayu, Inggeris dan Matematik. Selain itu, pelajar perlu mendapat prinsipal yang baik di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Hal ini kerana pengambilan di kebanyakan universiti atau IPT memerlukan kelulusan STPM untuk melanjutkan pengajian terus ke peringkat ijazah sarjana muda. Pelajar juga boleh mengikuti pengajian ini selepas selesai program matrikulasi dan syaratnya tetap sama iaitu lulus SPM dengan kepujian bahasa Melayu, Inggeris dan Matematik. Semasa pengajian, para pelajar akan didedahkan dengan kursus-kursus kewartawanan termasuk penghantar komunikasi, prinsip-prinsip kewartawanan, laporan dan penulisan berita, pemberitaan dan penyuntingan, pengucapan awam, grafik dan reka letak, penulisan rencana, terjemahan, komunikasi foto, undang-undang komunikasi, pengurusan akhbar dan isu-isu semasa Malaysia.

Wartawan permulaan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: (a) warganegara Malaysia (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED S17 Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED S27 Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan mempunyai pengalaman dalam bidang kewartawanan selama tidak kurang dari 4 tahun.

12

(Gaji permulaan ialah pada Gred S27: P1T2); ATAU Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan mempunyai pengalaman dalam bidang kewartawanan selama tidak kurang dari 1 tahun. (Gaji permulaan ialah pada Gred S27: P1T2); ATAU Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S27: P1T5); DAN kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Bagi yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau lain-lain kelulusan yang bukan di bidang kewartawanan tetapi ditawarkan kerjaya ini dikehendaki mengikuti latihan kewartawanan untuk tempoh tiga bulan atau lebih di syarikat mereka bekerja.

13

INSTITUSI PENDIDIKAN YANG MENAWARKAN PENGAJIAN

Pelajar digalakkan untuk mengikuti kursus-kursus di luar bidang kewartawanan terlebih dahulu bagi memberi peluang yang lebih cerah untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang ini. Walaubagaimanapun, pelajar boleh mengambil kursus yang berkaitan kewartawanan di beberapa IPT tempatan di negara kita untuk mengukuhkan lagi asas kewartawanan masing-masing. Beberapa universiti dan IPT tempatan menawarkan pengkhususan dalam bidang kewartawanan di peringkat sarjana muda iaitu:  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  Universiti Sains Malaysia (USM)  Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sementara itu, universiti tempatan yang menawarkan kursus Komunikasi Massa yang juga menjadi asas kepada bidang kewartawanan ialah:       Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Universiti Malaya (UM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Universiti Putra Malaysia (UPM) Universiti Utara Malaysia (UUM) Universiti Malaysia Sabah (UMS)

14

KEISTIMEWAAN/KELEBIHAN KERJAYA

1) KELEBIHAN DALAM MENJALANKAN TUGAS

Dalam melaksanakan tugas serta kewajibannya, wartawan memperoleh sejumlah keistimewaan. Antaranya ialah:    Mereka dilindungi oleh undang-undang kebebasan untuk menyatakan pendapat. Mereka berhak menggunakan bahan/dokumen/pernyataan umum. Mereka dibenarkan menyelidik kehidupan peribadi seseorang terutamanya orang-orang yang terkenal (public figure) demi memperoleh informasi yang lengkap dan tepat.

2) DAPAT MENEROKA PENGALAMAN BARU

Kerjaya sebagai Wartawan Eksekutif Penyiaran menyediakan peluang yang agak besar untuk meneroka dan menimba pengalaman sesuatu yang baharu. Mereka boleh menjadi pengacara untuk sebuah rancangan bual bicara. Mereka juga boleh ditugaskan untuk ke luar negara untuk membuat sesuatu liputan penting seperti peperangan, bencana alam dan sebagainya. Tidak kurang juga jika ditugaskan untuk program dokumentari yang memberi peluang kepada golongan ini untuk mencuba sesuatu yang baru.

3) MENJADI ‘PUBLIC FIGURE’ DAN TERKENAL

Sesuatu yang tidak asing jika seseorang Wartawan Eksekutif Penyiaran untuk menjadi terkenal. Hal ini kerana mereka kerap muncul di kaca televisyen sama ada sebagai wartawan biasa ataupun pengacara, sekaligus menjadi personaliti TV untuk sesebuah rangkaian televisyen itu. Sebagai contoh, Wartawan Eksekutif Penyiaran di TV3, Media Prima Berhad, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohamad Zain menjadi salah seorang personaliti TV yang dikenali ramai. Beliau yang mempunyai diploma dalam Sains Marin mengendalikan rancangan seperti Majalah3, Malaysia Hari Ini dan Dai’ Pendakwah Milenia. Di dalam rancangan Majalah3 yang berunsurkan dokumentari itu, beliau seringkali menjadi wartawan untuk membuat laporan dan pada masa yang sama menjadi hos untuk rancangan tersebut.

15

MASALAH DALAM KERJAYA

1) MENGHADAPI RISIKO SALAH MAKLUMAT

Seseorang wartawan biasa berisiko untuk menyampaikan maklumat yang salah. Justeru, langkah yang sesuai perlu diambil secara telus untuk mendapatkan maklumat yang benar-benar tepat. Pemberian maklumat yang tidak tepat akan membuatkan imej institusi tempat wartawan tersebut bekerja akan tercemar.

2) NYAWA BERKEMUNGKINAN TERANCAM

Apabila seseorang wartawan itu ditugaskan untuk membuat liputan secara langsung mengenai sesuatu kes bencana alam atau peperangan, sememangnya wartawan tersebut dikehendaki pergi ke kawasan terbabit. Nyawa wartawan tersebut terancam apabila berlakunya serangan hendap sesuatu pihak yang sedang bergolak mahupun kejadian bencana lama yang lebih teruk melanda. Sebagai analogi, sering dikeluarkan di dada-dada akhbar mengenai wartawan yang cedera setiap kali membuat liputan mengenai peperangan Palestin-Israel.

3) TINGKAH LAKU SEBAGAI ‘PUBLIC FIGURE’ DIPERHATI

Menjadi seorang Wartawan Eksekutif Penyiaran memerlukan dirinya kerap kali tampil di kaca televisyen seterusnya menjadi personaliti TV. Perkara sama yang dilalui para artis hiburan juga terpaksa dilalui oleh mereka. Mereka perlu menjaga setiap tutur kata dan perlakuan kerana mereka sentiasa ditonton masayarakat. Jika contoh yang diberikan baik, maka perkara itu akan menjadi ikutan masyarakat terutamanya remaja masa kini.

16

FOTO-FOTO BERKAITAN KERJAYA

Gambar 10.1 : Syarikat Media Prima Berhad bukan sahaja terlibat dengan bidang penyiaran, malah turut mempunyai anak syarikat untuk cabang media massa yang lain.

17

Gambar 10.2 : Wartawan Eksekutif Penyiaran TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohamad Zain

Gambar 10.3 : Wartawan penyiaran sibuk mendapatkan liputan eksklusif daripada Tan Sri Hishammuddin Hussein

18

Gambar 10.4 : Wartawan Eksekutif Penyiaran TV9, Elya Shazleen Mohamed

Gambar 10.5 : Editor Berita (Alam Sekitar) Kumpulan Berita TV3, Karam Singh Walia

19

LAMPIRAN

20

RUJUKAN

      

http://ms.wikipedia.org/wiki/Wartawan http://mpi.my/etika-kewartawanan-malaysia http://manpras.blogspot.com/2013/03/pengertian-wartawan.html http://penaleklook.blogspot.com/2010/01/mengenali-wartawan.html http://eiris3.usim.edu.my:8080/eiris/document/pdf/PEMBANTU%20WARTAWAN.pdf http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Malay-language_television_channels http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_international_television_channels

21

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->