You are on page 1of 3

Topik: Pendapatan dan Perbelanjaan

Pengertian dan Pengelasan Pendapatan


1. Pendapatan ialah wang yang yang diterima atau yang akan diterima oleh perniagaan
pada suatu tarikh yang akan dating, daripada jualan barang niaga (perniagaan dagangan)
atau perkhidmatan yang diberi (perniagaan perkhidmatan).
2. Terdapat dua jenis pendapatan, iaitu:
(a) pendapatan hasil;
(b) pendapatan modal.
3. Pendapatan hasil ialah hasil yang berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan, iaitu:
(a) hasil daripada jualan barang niaga (perniagaan dagangan);
(b) hasil daripada perkhidmatan yang diberi (perniagaan perkhidmatan);
(c) hasil daripada penyewaan harta benda (kedai sewa kereta, dan kedai buku).
4. Pendapatan modal ialah hasil yang tidak berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan,
misalnya:
(a) Faedah simpanan bank;
(b) Sewa diterima;
(c) Dividen diterima daripada pelaburan;
(d) Untung daripada jualan aset bukan semasa yang terpakai.
5. Prinsip catatan bagi pendapatan ialah kredit semua hasil/pendapatan.
6. Pendapatan akan menambahkan ekuiti pemilik perniagaan.
7. Pendapatan hasil direkod ke dalam Penyata Pendapatan untuk menentukan untung
manakala pendapatan modal dipermodalkan dalam Kunci Kira-kira sebagai rizab.
8. Perbezaan antara pendapatan hasil dengan pendapatan modal dapat adalah seperti
berikut:
Pendapatan Hasil Pendapatan Modal
1. Berkaitan dengan aktiviti utama 1. Tidak berkaitan dengan aktiviti
perniagaan seperti hasil daripada utama perniagaan seperti faedah
jualan barang niaga. simpanan bank.
2. Direkod ke dalam Penyata 2. Dipermodalkan ke dalam Kunci
Pendapatan untuk menentukan Kira-kira sebagai rizab.
untung yang tepat

Pengertian dan Pengelasan Perbelanjaan


1. Perbelanjaan ialah kos perkhidmatan atau barangan yang digunakan dalam proses
memperoleh hasil.
2. Sesuatu perbelanjaan dianggap telah berlaku apabila belanja itu digunakan untuk
mendapat hasil dalam sesuatu tempoh perakaunan, tanpa kira belanja itu telah dibayar
atau belum.
3. Terdapat dua jenis perbelanjaan, iaitu:
(a) Perbelanjaan hasil;
(b) Perbelanjaan modal.
4. Perbelanjaan hasil ialah belanja yang terlibat dalam menjalankan urusniaga harian
perniagaan, misalnya:
(a) Sewa dibayar;
(b) Gaji;
(c) Belanja elektrik dan air (kadar bayaran);
(d) Belanja angkutan;
(e) Insurans;
(f) Belanja telefon;
(g) Belanja am;
(h) Alat tulis;
(i) Iklan.
5. Perbelanjaan modal ialah belanja yang tidak berkaitan dengan dengan urusniaga harian
yang biasa bagi sesuatu perniagaan. Contohnya:
(a) Faedah pinjaman bank;
(b) Rugi atas jualan asset bukan semasa terpakai
(c) Kerugian akibat bencana alam atau kejadian di luar dugaan seperti banjir, kebakaran,
dan kecurian.
6. Prinsip catatan bagi perbelanjaan ialah debit semua belanja dan kerugian.
7. Perbelanjaan akan mengurangkan ekuiti pemilik perniagaan.
8. Perbelanjaan hasil perlu dicaj ke Penyata Pendapatan untuk menentukan untung
manakala perbelanjaan modal tidak boleh dicaj ke Penyata Pendapatan.
9. Perbezaan antara perbelanjaan hasil dengan perbelanjaan modal adalah seperti berikut:
Perbelanjaan Hasil Perbelanjaan Modal
1. Belanja yang terlibat dalam 1. Belanja yang tidak berkaitan
menjalankan urusniaga harian dengan pengendalian harian yang
perniagaan seperti belanja kadar biasa seperti faedah pinjaman.
bayaran.
2. Boleh dicaj ke Penyata Pendapatan 2. Tidak boleh dicaj ke Penyata
untuk menentukan untung yang Pendapatan.
tepat.

Kesan Pendapatan Hasil, Pendapatan Modal, Perbelanjaan Hasil, dan Perbelanjaan Modal
terhadap Untung dan Kedudukan Kewangan
1. Tujuan pengelasan atau membezakan antara pendapatan hasil dengan pendapatan modal
dan perbelanjaan hasil dengan perbelanjaan modal adalah untuk merekod ke dalam
Penyata Kewangan yang betul.
2. Hal ini demikian kerana ini dapat memberitahu keuntungan atau kerugian sesuatu
perniagaan serta kedudukan kewangan perniagaan pada akhir sesuatu tempoh
perakaunan.
3. Oleh itu, pendapatan hasil, pendapatan modal, perbelanjaan hasil, dan perbelanjaan
modal akan memberi kesan terhadap untung dan kedudukan kewangan bagi sesebuah
perniagaan.
4. Kesan ini dapat ditunjukkan dalam Penyata Kewangan iaitu Penyata Pendapatan dan
Kunci Kira-kira. Contohnya adalah seperti berikut:

Penyata Pendapatan
1. Penyata Pendapatan meringkaskan kesan kegiatan perniagaan bagi sesuatu tempoh
perakaunan sama ada keuntungan atau kerugian diperoleh bagi tempoh berkenaan.
2. Penyata Pendapatan merangkumi Akuan Perdagangan dan Akaun Untung Rugi.

You might also like