You are on page 1of 20

Bincangkan mengenai Teori Sosioemosi oleh Erikson. Peranan guru ketika mengajar kanak-kanak peringkat ini..

KRP 6014 Perkembangan Emosi, Sosial dan Moral. Pensyarah: Dr. Ramlah Bt. Jantan

PANDANGAN BEBERAPA TOKOH MENGENAI TEORI SOSIOEMOSI

TOKOH
-Individu

PANDANGAN
mempunyai pembawaan yang berbeza. Tetapi pada umumnya, persekitaran membentuk minda. -Pentingnya pembelajaran semasa awal kanakkanak.
-Berpendapat

John Locke (1632-1704)

Jean Jacques Rousseau (1712-1778)

bahawa zaman kanak-kanak adalah zaman paling istimewa dalam kehidupan manusia. -Kanak-kanak selalu berfikir dan belajar perkara yang berbeza daripada orang dewasa.

Arnold Gesell (1880-1961)

- Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak ditujukan dari dalaman dengan perlakuan baka.
- Tingkah laku manusia dilihat sebagai pewarisan seperti inginkan perlindungan dan rasa selamat dengan seseorang. Contoh ibu dengan anak. - Memberi cara baru dalam melihat tingkah laku kanak-kanak.

John Bowlby (1907-1990)

Maria Montessori (1870-1952)


Heinz Werner (1890-1964) Lawrence Kohlberg (1927-1987)

- Dua komponen utama, iaitu konsep masa dan peka. - Konsep ini adalah sama dengan masa kritikal dimana kanak-kanak ingin tahu dan boleh menguasai tanggungjawab yang harus dilakukan. - Perkembangan lebih kepada suatu perubahan masa. - Memfokuskan kajiannya kepada perkembangan moral. - Memperkenalkan Teori Perkembangan Moral. - Perkembangan ialah perubahan yang berlaku dalam seseorang individu yang bersifat berterusan dari lahir hingga akhir hayat. - Menghasilkan Teori Perkembangan Psikososial yang mengandungi 8 tahap. Setiap tahap terdapat krisis yang yang perlu diatasi oleh sesorang kanakkanak.

Sigmund Freud (1856-1939) Erik H. Erikson (1902-1994)

TEORI ERIKSON ERIK HOMBURGER ERIKSON

BIODATA ERIKSON
Erik Homurger Erikson telah dilahirkan pada tahun 1902 di Frankfurt, Jerman. Rupa Erikson lebih menyerupai keturunan Denmark, tinggi dan berambut perang. Nama gelarannya ialah The Joy (bukan Yahudi) oleh kanak-kanak Yahudi (Crain,1992). Erikson belajar psikologi daripada Anna Freud (putri dari Sigmund frued) di Vienna Psycholoanalytic Institute selama kurun waktu tahun 1927-1933.

Teori Perkembangan Psikososial Erikson


Erik Erikson merupakan seorang tokoh psikologi yang membentuk satu teori yang komprehensif tentang perkembangan manusia berdasarkan jangkamasa kehidupannya yang sendiri dan apa yang dipelajari melalui Sigmund Frued dan Anna Frued. Teori beliau digelar psikososial kerana beliau menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi

Teori yang dikemukakan oleh Erikson adalah berdasarkan lima prinsip iaitu:
Manusia mempunyai keperluan asas yang sama. Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas. Perkembangan manusia mengikut tahaptahap yang tertentu. Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti di atasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya. Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya.

TAHAP-TAHAP DALAM TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON

Tahap Perkembangan Psikososial Erikson. Tahap pertama (0 1 tahun) Percaya lwn Tidak percaya. Ciri-ciri: Rasa kepercayaan dibina pada tahap ini. Ibu bapa dapat menyemai rasa kepercayaan dalam diri anaknya dengan segera memenuhi keperluannya seperti inginkan susu, lampin basah dan pelukan mesra. Rasa kepercayaan dalam diri kanak-kanak akan menjadikan dia mudah bekerjasama dan bertolak ansur dengan orang lain.

Tahap kedua (1-3 tahun) Autonomi lwn rasa malu dan sangsi

Keinginan

memiliki kuasa. Keinginan membuat sesuatu dengan daya usaha sendiri spt memakai baju dan makan sendiri. Merasa malu jika tidak diberi kuasa. Merasa malu di depan orang Merasa takut melakukan kesalahan.

Tahap Ketiga (3-6 tahun) Inisiatif lwn serba salah

Kanak-kanak

mempunyai rasa ingin tahu tinggi, banyak bertanya dan ingin melakukan sesuatu diluar keupayaannya seperti mengayuh basikal ketika berumur 3 tahun. Belajar cepat, Bergerak cepat. Peka kepada yang betul dan yang salah. Merasa serba salah jika diketawa. Membina sikap negatif jika merasa serba salah. Lakukan perkara yang tidak setimpal dengan keupayaannya. (Video)

Tahap Keempat (6-12 tahun) Industri(kerajinan) lwn rasa rendah diri

Kanak-kanak

masuk sekolah. Banyak belajar fakta dan kemahiran baru. Keinginan menguasai sesuatu. Keinginan berjaya. Menguasai kemahiran asas fizikal dan sosial. Memerlukan peneguhan positif/ penghargaan terhadap tugas yang disempurnakannya Merasa rendah diri jika dikritik

Tahap kelima (12-20 tahun) Identiti lwn kekeliruan identiti atau peranan

Cuba

memahami diri. Menghadapi krisis identiti. Sensitif kepada perubahan badan dan imej kendiri. Membentuk konsep kendiri positif dan juga negatif. Perkembangan emosi berlandaskan emosi dari peringkat-peringkat dahulu.

Tahap keenam Mula dan membentuk hubungan yang akrab dengan rakan lain jantina. (20-40 tahun) Mereka yang gagal dalam menjalin Intimasi lwn pengasingan diri. hubungan akrab/percintaan/perkahwinan akan mengasingkan diri dan hidup kesunyian. Mereka yang berjaya dalam membina hubungan yang akrab akan memperolehi psikososial yang dinamakan kasih sayang.(video)

Tahap ketujuh (40-65 tahun) Generativity lwn pemusatan kendiri)

Mula

menumpukan perhatian kepada zuriatnya. Mula memikirkan hal-hal berkaitan kekeluargaan, mengambil berat akan hal orang lain dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

Tahap kelapan (65 usia tua) Jika individu tersebut berjaya dalam Kesepaduan ego hidup, kesepaduan dalam diri akan lwn rasa putus asa terbentuk Jika individu tersebut dalam kehidupannya dipenuhi kegagalan, perasaan putus asa dalam diri akan wujud. Kesepaduan ini termasuklah perasaan bersedia untuk menghadapi kematian.

Peranan Guru Ketika Berada Tahap Empat (latensi) (6 hingga 12 tahun)

Pada tahap ini guru mempunyai pengaruh yang besar ke atas perkembangan kanak-kanak. Antara peranan guru ialah: 1. Memupuk dan membimbing sikap rajin kanak2 dengan memberi pelbagai aktiviti dan tugasan yang menarik. 2. Mengadakan aktiviti seperti pertandingan bercerita untuk membina keyakinan diri pelajar dan mengurangkan perasaan rendah diri dan takut. 3. Kanak2 banyak habiskan masa dikelas-oleh itu guru harus membina situasi kelas yang sihat kerana ia mempengaruhi sahsiah mereka.

Ketika berada tahap lima (adolescence) (12 hingga 20 tahun)

Pada tahap ini guru harus menjadi Role Model kepada pelajar kerana pada tahap ini remaja berusaha mencari identiti sendiri. Guru bertindak sebagai pembimbing remaja krisis identiti Menjadi teman rapat kepada murid- selalu mendengar masalah pelajar-memberi kaunseling. Menerangkan peranan mereka-keliru peranan diri.

KESIMPULAN
Teori Perkembangan Psikososial yang dihasilkan oleh Erik son mengandungi lapan-lapan tahap ini perlu dilepasi dengan baik kerana setiap tahap mempunyai krisis yang pelbagai dan mencabar. Menurut Erikson (1950), sekiranya dia (kanak-kanak) gagal mengatasi krisis pada tahap-tahap tersebut, dia (kanak-kanak) akan gagal pada tahap-tahap berikutnya. Secara keseluruhannya, teori ini berjaya menimbulkan kesedaran kepada pendidik untuk terus menyelami segala proses pembentukan psikososial yang berlaku pada manusia. Pendidik perlu lebih peka tentang peranan mereka sebagai seorang guru dan bertindak sebagai ibu bapa di sekolah

You might also like