You are on page 1of 18

CIRI-CIRI KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

1. Pendahuluan Kepemimpinan adalah merupakan satu topik yang diminati kerana ia menyentuh kehidupan masyarakat dunia tanpa mengira budaya, sama ada dalam masyarakat primitif atau sebaliknya. Ia juga diminati kerana kepemimpinan membawa konotasi kuasa, kedinamikan dan kejayaan individu dalam lapangan masing-masing. Kepemimpinan juga menjadi penting kerana kita boleh memilih sesiapa sahaja untuk dijadikan pemimpin tetapi kita tidak boleh memilih untuk tidak mempunyai pemimpin. Kepemimpinan menjadi penting kerana ia sering dikaitkan dengan keberkesanan dan kecekapan sesebuah organisasi termasuklah sekolah. Berasaskan premis inilah maka timbulnya slogan: "Pemimpinlah yang menjadikan organisasi itu berbeza dengan yang lain". Dalam alam pendidikan, Fred M. Hetchinger, Presiden New York Times pernah menulis: "I have never seen a good school with a poor principal or a poor school with a good principal. I have seen unsuccessful schools turned around into successful ones and, regrettably, outstanding schools slide rapidly into decline. In each case the rise or fall could readily be traced to the quality of the principal".

2. Definisi Kepemimpinan 2.1Kepemimpinan boleh dedefinisikan sebagai Satu proses bagaimanakah seseorang mempengaruhi orang lain untuk mengikutnya dalam mencapai matlamatmatlamat organisasi. 2.2Daripada definisi di atas kunci utama kepemimpinan ialah pengaruh seseorang ke atas orang lain yang menjadi pengikutnya akur. Semakin banyak pembolehubah yang terdapat di dalam organisasi, semakin banyak pengaruh yang diperlukan. 2.3Daripada definisi ini juga, ia menjelaskan bahawa jika tiada pengikut tak mungkin wujudnya pemimpin 2.4Persoalan yang timbul ialah dari manakah seseorang pemimpin itu memperolehi pengaruhnya?

3. Sumber-sumber Pengaruh Pemimpin

3.1Kuasa Sah (Legitimate Power) Kuasa ini merujuk kepada pengikut menetapkan bahawa pemimpin mempunyai hak yang sah untuk mempengaruhinya dan dia sendiri mempunyai obligasi untuk menerima pengaruh itu atas sebab-sebab status atau jawatannya yang dilantik secara sah oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi. 3.2Kuasa Ganjaran Kuasa ini berakar pada keupayaan seseorang pemimpin memberi ganjaran kepada pengikutnya. Pengikut akan patuh kepada pemimpin jika sekiranya pengikut mengamati bahawa pemimpin berupaya memberi ganjaran. Misalnya Pengetua/Guru Besar yang boleh memperakukan kenaikan pangkat guruguru/stafnya dan perakuan ini dipakai oleh orang atas, Pengetua/Guru Besar ini akan diamati sebagai mempunyai lebih kuasa ganjarannya. 3.3Kuasa Paksaan Kuasa ini membabitkan kebolehan seseorang pemimpin mengenakan paksaan. Kuasa ini datang dari jangkaan pengikut bahawa dia akan dihukum oleh pemimpin jika dia gagal untuk akur kepada pemimpin hingga menyebabkan orang bawahan cuba mengelakkan dirinya daripada dikenakan tindakan yang berupa hukuman. Misalnya, orang yang melibat pembuangan kerja/ditukar tempat kerja sebagai sesuatu yang menyeksakan akan akur kepada permintaan pemimpin. 3.4 Kuasa Pakar Kuasa ini berasaskan kepada kebolehan atau kepakaran seseorang dalam sesuatu bidang tertentu hingga menyebabkan orang bawahannya patuh kerana percaya bahawa pemimpin mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kemahiran konseptual, perhubungan manusia dan teknikal. Kuasa ini berkesan jika pengikut memerlukan kepakarannya. 3.4.1 Kemahiran Konseptual Iaitu kebolehan menganalisis, berfikir secara logik, kreatif dalam pengeluaran idea dan penyelesaian masalah. 3.4.2 Kemahiran Teknikal Iaitu pengetahuan tentang kaedah-kaedah prosedur-prosedur dan teknikteknik untuk menjalankan aktiviti khusus serta kebolehan menggunakan peralatan yang digunakan dalam menjalankan aktiviti tersebut. 3.4.3 Kemahiran perhubungan manusia Iaitu pengetahuan tentang gelagat manusia dan kemahiran hubungan perorangan, kebolehan memahami perasaan dan sikap orang lain, kebolehan berkomunikasi dengan jelas dan berkesan. 3.5 Kuasa Rujukan (Referent Power)

Kuasa ini diasaskan kepada perasaan kesatuan di antara yang memiliki kuasa dengan yang mengikutinya. Kalau seseorang itu tertarik, kagum dan hormat kerana pemimpin berkenaan adalah model kepadanya, dia akan mempunyai keinginan untuk dikaitkan dengan pemimpin itu, dan akan melakukan sesuatu keinginan untuk dikaitkan dengan pemimpin itu, dan akan melakukan sesuatu bukan kerana apa-apa tetapi kerana hormat, tertarikh dan kagum, juga supaya dia diterima oleh pemimpin berkenaan. 4. Kesan Penggunaan Kuasa Ke Atas Organisasi dan Orang Bawahan 1. Kuasa paksaan mendorong ke arah penentangan yang kuat dibandingkan dengan kuasa ganjaran. 2. Pemimpin yang menggunakan kuasa ganjaran lebih diminati berbanding dengan pemimpin yang menggunakan kuasa paksaan. 3. Orang-orang bawahan akan lebih patuh jika dendaan yang diterima itu berat. 4. Terdapat perkaitan yang tinggi di antara kuasa pakar dengan kepuasan dan prestasi orang bawahan. 5. Kuasa sah bersama-sama dengan kuasa pakar didapati mempunyai kesan yang besar ke atas kepatuhan orang-orang bawahan. 6. Kuasa rujukan mempunyai kesan yang besar ke atas kepatuhan orang bawahan dan prestasi organisasi. 7. Kuasa paksaan ialah yang paling lemah untuk membuat kakitangan menurut perintah dan mempunyai kaitan secara negatif dengan keberkesanan. 8. Kuasa pakar dan kuasa rujukan mempunyai perkaitan positif dengan kepuasan dan prestasi orang bawahan. 9. Dapatan kajian tentang kuasa sah, ganjaran dan paksaan didapati tidak tekal, dan perkaitan dengan kriteria keberkesanan adalah lebih kepada perkaitan yang negatif atau tidak signifikan. 10.Pemimpin yang berkesan banyak bergantung kepada kuasa pakar dan kuasa rujukan untuk mempengaruhi orang bawahan. 11.Rajah berikut menerangkan perkaitan di antara jenis-jenis kuasa yang digunakan dengan kepuasan kerja dan prestasi orang-orang bawahan:

Apabila staf mematuhi arahan Pengetua/GB kerana: Kuasa Rujukan Kuasa Pakar Kuasa Ganjaran Kuasa Sah Kuasa Paksaan

Kepuasan Kerja Tinggi Tinggi Dari sederhana ke rendah Dari sederhana ke rendah Rendah

Prestasi Kerja Tinggi Tinggi Dari tinggi ke sederhana Tiada perbezaan Tiada perbezaan

5. Selain daripada kuasa-kuasa di atas, seorang pemimpin seharusnya memiliki tektik yang boleh mempengaruhi orang bawahan, iaitu: 5.1 Tektik Pujukan Rasional Pemimpin menggunakan hujah-hujah yang logik dan bukti-bukti nyata untuk memujuk orang bawahan supaya matlamat yang ditetapkannya tercapai. Untuk menggunakan tektik ini, pemimpin haruslah mempunyai sifat yang amanah dan boleh dipercayai serta mempunyai kemahiran berucap. 5.2 Taktik Daya tarikan yang memberikan inspirasi Pemimpin mempengaruhi orang bawahan dengan membangkitkan semangat dan emosi orang bawahan hingga mereka berasa mereka adalah penting dan berupaya menyumbangkan sesuatu kepada organisasi. Untuk menggunakan taktik ini, pemimpin hendaklah mempunyai kemahiran berkomunikasi dan menggunakan metafora, simbol dan daya imaginasi yang tinggi serta mempunyai suara yang menarik dengan gerak-geri yang menawan. 5.3 Taktik Perundingan Taktik ini digunakan dengan mengajak orang bawahan memberi pendapat, kaedah dan cara-cara melaksanakan sesuatu untuk mencapai objektif yang ditetapkan oleh pemimpin. 5.4 Taktik Berbuat Baik (Ingratiation Tactics) Taktik ini ialah tingkah laku yang membuatkan seseorang berasa dia dihargai, misalnya memberitahu orang ketiga bahawa seseorang itu adalah yang layak melaksanakan tugas. Taktik ini kadang-kadang menjadi sebagai cara memanipulasi seseorang. Tetapi apabila seseorang itu sudah percaya tentang kejujuran pemimpinnya, taktik ini akan menjadi berkesan. 5.5 Taktik Daya Tarikan Peribadi Taktik ini merujuk kepada pemimpin meminta orang bawahan melaksanakan sesuatu kerana atas sifat setiakawan atau ketaatan orang bawahan terhadap pemimpin mereka. 5.6 Taktik Pertukaran Taktik ini merujuk kepada pemimpin membuat tawaran sesuatu ganjaran sama ada secara explisit atau implisit kepada seseorang yang membuat tugsan yang diminta olehnya. Taktik ini akan menjadi berkdsan jika orang bawahan mengamati bahawa pemimpin mempunyai kuasa memberi ganjaran kepada orang bawahannya dan juga jika orang bawahan memerlukan ganjaran itu.

5.7 Taktik Sah Taktik ini merujuk kepada pemimpin menggunakan aktiviti, polisi, peraturan, program dan tradisi yang mana semua orang perlu mematuhinya. Mungkin juga apa yang hendak dilaksanakan ini diperlukan atau direstui pihak atasan. 5.8 Taktik Tekanan Taktik ini merujuk kepada penggunaan ancaman dan ugutan, amaran, dan tingkahlaku seruan seperti membuat permintaan dan semakan yang kerap. Kadang-kadang jika permintaan tidak dipenuhi, orang bawahan akan dimarahinya. Kaedah ini digunakan sebagai tindakan terakhir setelah cara-cara lain gagal. 5.9 Kesan taktik-taktik tersebut ke atas keberkesanan organisasi dan komitmen orang bawahan: Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Taktik Pujukan Rasional Daya Tarikan Inspirasi Perundingan Berbuat Baik ( Ingratiation) Daya Tarikan Peribadi Pertukaran Gabungan Sah Tekanan Sumber Kuasa Pakar Rujukan Kelima-lima Rujukan Rujukan Ganjaran Kelima-lima Sah Paksaan Darjah Keberkesanan & Komitmen Sederhana Tinggi Tinggi Sederhana ke Rendah Sederhana Sederhana Rendah Rendah Rendah

6. Bagaimana menggunakan kuasa dengan lebih berkesan. Di bawah ini disertakan satu jadual garis panduan bagaimana mempertingkat dan mengekalkan kuasa serta bagaimana menggunakan kuasa dengan lebih berkesan. Nota:

Autoriti (kewibawaan) merupakan kuasa sah Kuasa (Power) merupakan kebolehan mempengaruhi orang lain.

Bagaimana mempertingkatkan dan mengekalkan kuasa

Bagaimana menggunakan kuasa dengan Berkesan

Kuasa Sah Dapatkan autoriti formal Suruh orang bawahan dengan sopan santun dan jelas perkara yang perlu dilaksanakan. Terangkan sebab-sebab mengapa perkara itu perlu dilaksanakan. Buat tindak ikut untuk mengesahkan kepatuhan Jangan membuat arahan melampaui kuasa yang ada Hendaklah sensitif dengan kerisauan orang bawahan.

Gunakan simbol autoriti Dapatkan orang lain untuk mengesahkan autoriti. Gunakan autoriti sepanjang masa Gunakan saluran sah dalam membuat arahan Gunakan kuasa ganjaran dan paksaan untuk menguatkan autoriti.

Kuasa Ganjaran Kenali apa yang diperlu dan dikehendaki orang bawahan Perolehi kuasa ganjaran sebanyak mungkin Pastikan orang tahu bahawa anda mempunyai kuasa ke atas sesuatu ganjaran. Jangan membuat janji jika tidak boleh ditepati Jangan gunakan ganjaran untuk Memanipulasi Jangan gunakan ganjaran sebagai yang boleh mendapatkan keuntungan peribadi Tawarkan ganjaran yang mengghairahkan Buat tawaran ganjaran yang saksama dan beretika Jelaskan kriteria untuk ganjaran itu.

Tunaikan ganjaran yang dijanjikan Guna ganjaran sebagai simbol untuk membuat peneguhan terhadap tingkah laku yang mengkagumkan.

Kuasa Pakar Dapatkan pengetahuan berkaitan sebanyak mungkin. Ambil makluman tentang perkaraperkara yang berkaitan dengan teknikal. Kembangkan sumber-sumber Maklumat Pamerkan ketrampilan dengan Menyelesaikan masalah yang sukar Jangan keluarkan kenyataan dengan terburu-buru Jangan berbohong Bersikap tegas Jelaskan sebab-sebab mengapa perkara itu perlu dilaksanakan Berikan bukti-bukti bahawa cadangan yang dikemukakan itu akan mencapai kejayaan Dengar dengan serius kerisauan orang bawahan Hormatilah orang bawahan dan jangan sekali-kali berlagak sombong Bertindaklah dengan penuh yakin semasa wujudnya krisis

Kuasa Rujukan Tunjukkan yang orang bawahan diterima Bertindak menyokong dan membantu Jangan memperkudakan orang bawahan untuk kepentingan diri Janji hendaklah ditunaikan Tunjukkan bahawa permohonan itu adalah penting kepada anda Jangan minta pertolongan untuk diri sendiri Pamerkan tingkah laku yang boleh dicontohi. Buat pengorbanan untuk menandakan keperihatinan Jujur dalam segala tindakan, terutama semasa berbaik-baik dengan orang bawahan. Gunakan daya tarikan peribadi apabila perlu

Kuasa Paksaan Kenal pasti denda yang boleh menghalang tingkah laku menentang Dapatkan kuasa sah untuk menggunakan denda/hukuman. Jangan membuat ancaman secara terburu-buru. Jangan gunakan kuasa paksa untuk tujuan memanipulasi Kenakan hukuman yang memang dalam kekuasaan kita. Hukuman hendaklah setimpal Jangan gunakan kuasa paksaan untuk kepentingan peribadi Beritahu orang bawahan tentang peraturan dan penalti yang akan dikenakan Berikan masa yang secukupnya untuk melaksanakan hukuman Fahami situasi terlebih dahulu sebelum mengenakan hukuman Bertenang semasa menjatuhkan hukuman, dan jangan tunjukkan sikap bermusuhan Galakkan orang-orang bawahan Mengelakkan diri daripada dikenakan hukuman. Mintalah orang bawahan Mencadangkan cara-cara untuk Meningkatkan prestasi Uruskan kes-kes disiplin secara Sulit

7. Selain daripada kuasa dan taktik-taktik, sifat pemimpin juga sering disebutkan sebagai faktor yang penting yang berupaya mempengaruhi orang bawahannya. 1. Sifat-sifat fizikal seperti saiz badan, umur, berat badan, jantina, perawakan didapati tidak berkait dengan keberkesanan dan kemunculan kepemimpinan. 2. Kecerdasan dan kepemimpinan didapati ada perkaitan tetapi kecerdasan semata-mata adalah bukan faktor tunggal yang menentukan kejayaan kepimpinan. 3. Personaliti seseorang dikatakan berkait rapat dengan keberkesanan dan kemunculan pemimpin. Ciri-ciri personaliti yang dikaitkan dengan kejayaan kepemimpinan ialah:
o

Penguasaan (dominas) Penguasaan dimaksudkan sebagai keperluan untuk menguasai orang lain, dimana individu yang tinggi penguasaan dikatakan suka menjadi

pemimpin, cuba mempengaruhi orang lain dan berusaha mewujud dan mengekalkan penguasaan tersebut. Mempunyai sifat yakin, bertenaga, tegas dan bersemangat, lantang, dan yakin kepada pendapatnya.
o

Keyakinan kendiri Merujuk kepada sejauh manakah individu itu berasa selesa dengan pertimbangan, keupayaan dan kemahirannya. Individu yang tidak berkeyakinan tidak suka menanggung risiko dan berasa tidak selesa apabila terpaksa membuat keputusan. Pemimpin yang berkeyakinan lebih berjaya berbanding dengan pemimpin yang rendah keyakinan kendiri.

Berorientasi Pencapaian (Achievement Oriented) Individu yang berorientasi pencapaian berusaha melaksanakan tugas dengan jayanya kerana individu ini akan hanya berasa puas jika ia beroleh kejayaan. Individu seperti ini cenderung bekerja keras, bercita-cita tinggi dan suka persaingan. Manakala orang yang rendah orientasi pencapaian adalah tidak bercita-cita tinggi, suka dengan keadaan yang sedia ada, dan pasif serta usaha-usahanya adalah sedikit, kecuali jika ia dijanjikan ganjaran ekstrinsik.

Bertanggungjawab Individu yang bertanggungjawab cenderung melaksanakan kerjaya dengan penuh hati-hati dan bersedia mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sifat ini sering dikaitkan dengan kejayaan seseorang pemimpin.

Bertenaga Pemimpin yang berjaya mempunyai tenaga yang kuat berbanding dengan pemimpin yang kurang berjaya. Orang yang bertenaga sering bekerja keras dan mengeluarkan output yang banyak berbanding dengan orang yang kurang bertenaga. Pemimpin yang bertenaga dikatakan waktu tidurnya pendek dan tidak banyak makan.

Pengawasan kendiri (self-monitoring) Pintar/bijak mengenali isyarat-isyarat dan dengan serta merta menyesuaikan diri dengan kehendak isyarat tersebut.

Lokus Kawalan (Locus of Control) Lokus Kawalan luasan ialah perasaan seseorang yang berasa bahawa nasibnya adalah ditentukan oleh kuasa luar, manakala Lokus Kawalan dalaman ialah perasaan seseorang yang berasa bahawa nasibnya adalah bergantung kepada kebolehan dan kemahirannya.

Kesabaran Kepada Kekaburan (Tolerance of Ambiguity) Sifat ini penting dalam keadaan dunia yang sentiasa berubah dan sukar diramalkan. Didapati pemimpin yang mempunyai kesabaran yang tinggi kepada kekaburan, sering beroleh kajayaan.

Penyesuaian Merujuk kepada ketahanan dan keupayaan emosi menghadapi tekanan, konflik, dan kekecewaan. Pemimpin yang berupaya mengharungi rintangan-rintangan ini adalah lebih berkesan berbanding dengan pemimpin yang tidak boleh menyesuaikan diri dalam keadaan tertekan.

Suka bergaul/ramah Sifat ini juga disebutkan sebagai penting dalam kejayaan kepemimpinan kerana orang yang suka bergaul biasanya memperolehi banyak pengalaman dan mudah mempengaruhi orang-orang dalam organisasinya.

Dapat diterima Merujuk kepada sifat amanah, mudah bekerjasama, mesra, dan sopan. Orang seperti ini mudah bekerjasama dengan orang lain. Manakala sifat orang yang sukar diterima, biasanya tidak sabar, muram, syak wasangka, dan sukar bekerjasama dengan orang lain.

7.4 Selain daripada sifat-sifat tersebut, Al-Farabi ada menyebutkan bahawa pemimpin yang berjaya memiliki sifat-sifat seperti berikut:
o

Sempurna tubuh badan dan berkemampuan supaya dia dapat menjalankan tugasnya dengan mudah Baik kefahamannya serta dapat menggambarkan setiap sesuatu yang dilafazkan atau diucapkan serta tahu apa yang patut dilakukan Baik ingatannya. Bijaksana dan cerdik. Boleh memahami, sesuatu dengan cepat Dapat membuat penjelasan dengan baik sesuatu yang abstrak.

o o o

8. Gaya dan Tingkah Laku 8.1 Ada 3 gaya yang sering dibincangkan iaitu: a. Autokratik
o o o o o o

Merujuk kepada gaya mengarah yang melampau yang mempunyai ciriciri seperti: Pemimpin menetapkan semua polisi Teknik dan langkah melaksanakan tugas ditentukan oleh pemimpin Tugas-tugas dan rakan kerja ditentukan oleh pemimpin Tugas-tugas dan rakan kerja ditentukan oleh pemimpin Pemimpin akan mengkritik apabila dirasakan

b. Demokratik
o o o o o o o

Merujuk kepada gaya yang mempunyai ciri-ciri berikut: Polisi organisasi ditentukan oleh kelompok Teknik dan langkah pelaksanaan kerja dibincangkan sehingga semua orang faham Pemimpin akan memberi nasihat kepada ahli dalam melaksanakan tugas Anggota bebas bekerja dengan siapa yang dia suka Pembahagian tugas ditentukan oleh kelompok Pemimpin cuba bersikap objektif dalam memberi pujian dan kritikan

c. Laissez faire Merujuk kepada gaya lepas-tangan di mana kebebasan diberi sepenuhnya kepada kelompok menentukan matlamat, teknik dan kaedah bekerja. Pemimpin hanya campur tangan apabila diterima pelanggan. Walaupun gaya autokratik sering disebutkan sebagai gaya yang tidak popular, tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu gaya autokratik juga adalah perlu dan berkesan terutama apabila faktor masa yang singkat serta orang bawahan yang tidak produktif. Gaya Laissez-faire pula adalah disebutkan sebagai gaya yang paling tidak berkesan. Pengalaman gaya ini sering menjadikan organisasi tidak mempunyai arah. Namun begitu jika gaya ini dikenakan kepada orang-orang bawahan yang matang dan bermotivasi tinggi, gaya Laissez-faire ini adalah antara yang sangat sesuai. 8.2 Tingkah laku pemimpin yang berkesan, iaitu yang berupaya mempengaruhi orang bawahan ialah seperti yang ditemui dalam kajian-kajian yang dilakukan oleh Ohio State University dan University of Michigan, iaitu. a. Tingkah laku timbang rasa/orientasi pekerja/hubungan kemanusiaan b. Tingkah laku pendayautamaan struktur (initiating structure/ orientasi tugas/produktiviti)

8.3 Tingkah laku timbang rasa ialah tingkah laku yang menunjukkan persahabatan, saling percaya mempercayai, hormat, mesra, dan hubungan yang baik di antara pemimpin dengan ahli organisasinya, misalnya: Pemimpin memberi pertolongan persendirian kepada semua stafnya. Pemimpin mengambil berat tentang sesuatu perkara yang kecil untuk menarik hati stafnya. Pemimpin meluangkan masa memberi perhatian kepada stafnya. Menerima saranan-saranan yang dibuat oleh orang bawahannya. Pemimpin mendapat persetujuan dari stafnya terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu perkara.

8.4 Tingkahlaku pendayautamaan struktur atau yang berorientasikan tugas menunjukkan pemimpin yang menentukan, mengatur dan menetapkan tugas dan perkara yang harus dijalankan oleh orang bawahan, misalnya: Pemimpin menjelaskan pendapatnya kepada semua staf Pemimpin menentukan apa dan bagaimana sesuatu perkara itu hendak dilakukan Pemimpin menentukan jadual tugas semua stafnya Pemimpin menentukan kerja-kerja yang diberi itu dilaksanakan mengikut jadual Pemimpin menentukan semua stafnya menjalankan tugas dengan sepenuhnya.

8.5 Teori tingkah laku kepemimpinan ini membuat rumusan bahawa pemimpin yang mengamalkan kedua-dua jenis tingkah laku secara tinggi adalah lebih berkesan. Tinggi Orientasi Tinggi orientasi pekerja dan Tinggi orientasi Tugas

Pekerja Rendah Orientasi Tugas Rendah Tinggi

8.6 Jika diabaikan tingkah laku yang berorientasikan tugas akan menyebabkan keberkesanan sekolah terhad, manakala jika diabaikan dimensi orientasi pekerja akan menyebabkan rendahnya tahap kepuasan orang bawahan. Oleh itu pengamalan kedua-dua dimensi secara tinggi adalah perlu untuk kelicinan dan keberkesanan organisasi. 8.7 Daripada kajian-kajian yang seterusnya, dapatlah dirumuskan tingkah laku pemimpin yang berkesan meliputi tingkah laku berikut:
o

Menetapkan arah tujuan yang jelas

o o o o o o o o

Menggalakkan komunikasi terbuka Bersedia membimbing dan menyokong orang bawahan Memberi pengiktirafan pencapaian Mewujudkan mekanisme kawalan yang mantap Memahami implikasi setiap keputusan yang dibuat Menggalakkan inovasi dan idea baru Berikan orang bawahan keputusan yang jelas Sentiasa menunjukkan kejujuran yang tinggi.

8.8 Imam Al-Ghazali menggariskan bahawa seseorang pemimpin harus mempertimbangkan perkara berikut semasa melaksanakan tugas kepemimpiannya, iaitu: Dia sepatutnya meletakkan dirinya dalam kedudukan orang yang diperintahnya supaya dia tidak mengarahkan orang bawahannya melakukan perkara-perkara yang dirinya sendiri tidak menyukai melakukan perkata itu. 8.9 ialah: Sangat suka kepada ilmu pengetahuan, senang menerima ilmu dan tidak penat menimbanya. Tidak bersikap buruk dan menjauhkan diri daripada bersuka-ria. Cintakan kebenaran dan bencikan pembohongan Berjiwa besar dan berhemah tinggi Tidak berminat menjadi orang kaya Bersikap adil dan anti kezaliman Mempunyai keazaman yang kuat dan berani terhadap sesuatu perkara yang perlu dilakukan. Hidup dengan cara sederhana Melaksanakan kerja dengan tenang tanpa nampak susah payah Dia harus cuba memuaskan semua pihak jika hal itu tidak melanggar undang-undang dan peraturan. Sedar akan tanggungjawab besar jawatannya. Sentiasa suka bersahabat dengan para ilmuan dan mendengar arahan mereka Mengawal tingkah laku orang bawahannya supaya tidak bongkak. Al-Farabi menyebutkan bahawa tingkah laku pemimpin yang baik

8.10 Satu tingkah laku yang tidak disebutkan dalam teori kepemimpinan barat, tetapi disebutkan dalam ciri-ciri pemimpin yang baik mengikut perspektif Islam ialah pemimpin yang baik tidak berminat menjadi kaya. 9. Kepemimpinan dan situasi 9.1 Walaupun telah banyak kajian telah dilakukan untuk mengenal pasti tingkah laku kepemimpinan yang berkesan, tetapi dapatannya tidak begitu memberangsangkan. Oleh itu timbullah proposisi yang mengesyorkan bahawa pemimpin hendaklah mengenali situasi dan sesuaikannya mengikut keadaan berkenaan. Umpamanya, menggunakan gaya autokratik kepada pengikut yang berpendidikan

tinggi, bermotivasi, penuh keyakinan dan sering berusaha dengan gigih akan hanya membawa masalah. Namun begitu gaya autokratik ini juga mungkin sesuai jika diamalkan dalam situasi di mana ahliahlinya tidak berkemahiran tinggi, tidak matang, dan belum disahkan dalam jawatannya. Gaya Leissez-Faire dikatakan berkesan jika dikenakan kepada orang-orang bawahan yang matang dan bermotivasi tinggi. 9.2 Salah satu teori yang popular dalam pendekatan ini ialah teori kepimpinan situasi yang dikemukakan oleh Hersey dan Blanchard. Teori ini mencadangkan bahawa: Orang yang rendah kematangannya perlu diberitahu atau dirah supaya menjalankan tugasnya. Orang yang memiliki sedikit kemampuan dan komitmennya yang rendah, hendaklah dibimbing. Orang yang tinggi keupayaan, tetapi komitmennya berubahubah hendaklah disokong. Orang yang tinggi kematangannya perlu dibanyakkan empowerment.

10. Beberapa contoh tindakan yang perlu diambil oleh pemimpin apabila menghadapi keadaan yang sukar: 10.1 Orang bawahan tidak bermiant/bersemangat terhadap kerja: Tetapkan matlamat yang mencabar dan jelaskan dengan yakin bahawa orang bawahan dapat mencapainya. Lahirkan visi dan fikiran yang penuh dengan daya tarikan tentang apa yang akan diperolehi mereka. Gunakan pujukan rasional dan daya tarikan yang boleh membangkitkan inspirasi untuk mempertingkatkan komitmen mereka. Amalkan konsep kepemimpinan melalui teladan Gunakan teknik perundingan dan delegasi tugas. Berikan pengiktirafan yang sewajarnya. Berikan ganjaran kepada tingkah laku yang berkesan.

10.2 Orang-orang bawahan keliru apa yang patut dilakukan. Jelaskan tugas-tugas/kerja-kerja yang patut dilaksanakan. Tetapkan matlamat yang khusus dan beritahu prestasi kerja dari semasa ke semasa. Sediakan arahan kerja atau bimbing mereka yang memerlukannya. Kenal pasti kemahiran-kemahiran yang diperlukan dan berikan latihan.

10.3 Orang bawahan mengamalkan strategi yang lemah dan tidak teratur: Sediakan perancangan untuk mencapai objektif Kenal pasti masalah dan selesaikannya

Atur/susun semula aktiviti-aktiviti untuk mempasti penggunaan sumber yang optimum Berbincang dengan orang bawahan untuk memperkemaskan prosedur kerja Kenal pasti aktiviti/program yang tidak menguntungkan dan pastikan tiada siapa melaksanakan aktiviti/program tersebut. Sediakan/lengkapkan arahan untuk mengelakkan aktiviti yang dalam keadaan krisis diteruskan mengikut cara lama.

10.4 Terdapat masalah kerjasama di kalangan orang bawahan: Kurangkan sumber-sumber yang boleh menimbulkan konflik Tekankan dan galakkan kerjasama dan minat bersama Galakkan penyelesaian konflik Selesaikan konflik Pertingkatkan inisiatif untuk kumpulan Kurangkan unsur-unsur pertandingan atau persaingan individu. Gunakan simbol dan upacara amal untuk membina pengecaman unit kerja Gunakan aktiviti-aktiviti pembinaan pasukan.

10.5 Orang bawahan tidak mencukupi sumber: Dapatkan sumber yang dimaksudkan dengan segera. Dengan segera cuba selesaikan masalah sumber yang tidak mencukupi Usaha dapatkan peruntukan tambahan Cari sumber-sumber yang boleh membantu.

10.6 Koordinasi yang lemah: Wujudkan jaringan dengan rakan di luar organisasi Membuat kawal selia yang rapi untuk mengesan masalah dengan segera Berbincang dengan kerap untuk menyelesaikan masalah penyelarasan.

11. Walau bagaimanapun seseorang pemimpin yang ingin berjaya seharusnya mengambil tindakan berikut: 11.1 Pastikan bahawa tingkah laku yang diamalkan itu bertujuan mengimbangi kepentingan matlamat orgaaanisasi dan keberkesanan perhubungan dengan orang bawahan. 11.2 Tingkah laku yang diamalkan itu hendaklah bersesuaian dengan situasi. 11.3 Mengembang dan mengamalkan kemahiran-kemahiran tertentu seperti:
o o

Kemahiran membangun kumpulan yang efektif. Kemahiran penggambaran (delegating)

o o o o o o

Kemahiran Kemahiran Kemahiran Kemahiran Kemahiran Kemahiran masalah

asertive merangsang orang bawahan berkomunikasi menangani perubahn menangani konflik membuat keputusan dan menyelesaikan

12. Semua kuasa, taktik, sifat, tingkah laku dan kemahiran-kemahiran tersebut adalah bertujuan menjadikan seseorang pemimpin itu dapat memainkan peranan dan fungsinya dengan lebih berkesan. Antara fungsi kepemimpinan ialah: 12.1 Sebagai eksekutif: Mentadbir, mendelegasi tugas dan menyelaras aktiviti organisasi 12.2 Sebagai perancang:
o o

Menetapkan matlamat Mengawal supaya perancangan berjalan licin 12.3 Sebagai pembuat polisi 12.4 Sebagai pakar 12.5 Sebagai jurucakap organisasi 12.6 Sebagai pengawal hubungan dalaman 12.7 Sebagai pemberi ganjaran dan denda 12.8 Sebagai orang tengah untuk menyelesaikan konflik 12.9 Sebagai teladan 12.10 Sebagai simbol organisasi 12.12 Sebagai ahli ideologi 12.13 Sebagai tokoh bapa 12.14 Sebagai biri-biri hitam Tempat yang sering dikutuk kerana kecewa dan sebagainya Menerima kutukan walaupun puncanya daripada orang lain

o o

13. Apakah yang membezakan di antara pemimpin dengan pengurus? Warren Bennis menjelaskan perbezaannya seperti berikut: 13.1 Pengurus Mentadbir Pemimpin Buat Inovasi 13.2 Pengurus seorang yang suka tiru orang lain Pemimpin suka keaslian 13.3 Pengurus mengekalkan keadaan yang sedia ada Pemimpin membaiki/membangun/mengembang 13.4 Pengurus memberi perhatian pada sistem dan struktur

Pemimpin memberi perhatian pada orang 13.5 Pengurus bergantung kepada kawalan Pemimpin menggalak kepercayaan 13.6 Pengurus mempunyai pandangan jangka pendek Pemimpin mempunyai pandangan jangka panjang 13.7 Pengurus bertanya: bagaiman dan bila? Pemimpin bertanya: Apa dan kenapa? 13.8 Pengurus membuat sesuatu yang betul Pemimpin membuat sesuatu dengan betul (The manager does the right things, The leader does the things right) 13.9 Yukl (1994:4) membuat rumusan seperti berikut: "Managers are oriented toward stability, and leaders are oriented toward innovation .... Managers get people to do things more efficiently, whereas leaders to agree about what things should be done". 14. Di antara tingkah laku pengurus dan pemimpin, yang manakah tingkah laku yang harus diikuti? 14.1 Di dalam organisasi birokrtik, proses mengurus dan memimpin saling diperlukan. J.P. Kotter menjelaskan: "Indeed, any combination other than strong management and strong leadership has the potential for producing highly unsatisfactory results. When both are weak or nonezistent, it is like a rudderless ship with a whole in the hull. But adding just one of the two does not necessarily make the situation much better. Strong management without much leadership can turn bureaucratic and stifling, producing order for orfers sake. Strong leadership without much management can become messianic and cult-like, producing change for changes sake-even if movement is in totally insane direction" (Kotter, 1990:78). 15. Penutup Kajian terhadap kepemimpinan terus menerus menjadi tarikan banyak pihak. Ini kerana kepemimpinan dikaitkan dengan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah organisasi termasuklah sekolah. Bagaimanakah pemimpin sekolah memberi impak kepada muridmuridnya? Kerangka konseptual di bawah dapat menerangkan secara ringkas persoalan di atas.

16. Rujukan 16.1 Aminuddin Mohd. Yusoff (1990) Kepemimpinan, Kuala Lumpur: DBP 16.2 Hughes, R.L., Ginnett, R.C. & Curphy, G.J. (1993) Leadership: Enhancing the Lessons of experience. Boston, MA: Irwin. 16.3 Kotter, J.P. (1990). A force for change: How leadership differs from management. New York: The Free Press. 16.4 Nahavandi, A. (1997). The art and science of leadership. New Jersey: Prentice-Hall International. 16.5 Yukl, G. (1994). Leadership in organizations (3rd. edition). New Jersey: Prentice-Hall Int.

You might also like