You are on page 1of 11

HIJRAH KE ARAH PEMBENTUKAN SYAHSIAH

MUSLIM

       
     
        
           
100. Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka
mendapati di muka bumi Ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang
banyak. barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud
berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, Kemudian kematian
menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), Maka
sungguh Telah tetap pahalanya di sisi Allah. dan adalah Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.

Maal hijrah merupakan satu sambutan yang dirayakan di


seluruh negara sebagai satu sambutan rutin yang diadakan. Bagi
kita, maal hijrah tetap membuahkan cahaya keinsafan tentang
betapa pentingnya perjalanan sirah Rasulullah saw. menegakkan
Islam dan negara Islam. Cahaya hijrah mampu membina beberapa
dimensi baru dalam kehidupan umat Islam. Ia merupakan satu
peralihan mekanisma serta hidup baru bagi menempa keagungan
diri serta maruah agama. Peristiwa hijrah ini cuba menyingkap
beberapa dimensi baru dalam peristiwa yang berlaku di zaman
Rasulullah saw :

1. Hijrah menyingkap betapa jauhnya wawasan Rasulullah


saw. Membina generasi beriman dan bertakwa dengan didikan di
rumah Al-Arqam bin Abil-Arqam. Pembinaan individu-individu inilah
yang memberikan kekuatan kepada umat Islam bagi
mempertahankan agamanya. Dan inilah satu-satunya kekuatan
yang amat digeruni oleh musuh Islam apabila perkembangan
sekolah-sekolah agama mampu menghasilkan para pendakwah dan
pembela agama.

2. Hijrah juga menyingkap betapa perlunya wawasan


berhemah yang dilaksanakan oleh Rasulullah saw. iaitu ;

- Pembinaan masjid
- Mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar
- Melaksanakan Piagam Madinah (Undang-undang Islam)

Tiga wawasan ini merupakan satu kombinasi padat dan


menyeluruh bagi memulakan gerakan dakwah di Madinah.
Pembinaan masjid sebagai lambang kepada perlunya
pembangunan fizikal yang mesti disertakan dengan iman. Manakala
pembinaan Undang-undang Islam perlu terlebih dahulu kepada

1
wujudnya rasa persaudaraan seagama yang akhirnya akan setia
menerima perundangan Islam. Penolakan kepada perlaksanaan
Undang-undang Islam ada kaitan denqan masalah masjid yang
tidak berfungsi yang akhirnya menimbulkan perpecahan.

3. Hijrah juga menyingkap betapa perlunya umat Islam


melaksanakan pembangunan fizikal dan teknologi yang kuat
berteraskan kepada keimanan kepada Allah swt. Firman Allah swt.
dalam surah At-taubah ayat 18 :

ْ‫ِإنّمَا َي ْعمُرُ مَسَاجِدَ الِ مَنْ ءَامَنَ بِالِ وَا ْل َيوْمِ الخِرِ وَأَقَامَ الصّلَةَ وَءَاتَى الزّكَاةَ َولَم‬
َ‫يَخْشَ إِلّ الَ َفعَسَى أُول ِئكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ ا ْل ُم ْهتَدِين‬.

Maksudnya : Hanyasanya yang memakmurkan masjid-masjid


Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari
akhirat, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak
takut kepada sesiapa pun selain daripada Allah, maka merekalah
orang yang diharap termasuk golongan orang-orang yang
mendapat petunjuk.

Pembinaan masjid adalah lambang kepada pembinaan fizikal


seperti membina bangunan, jambatan, sekolah, stadium dll. Namun
begitu, pembinaan tersebut mesti seiring dengan keperluan agama
dan rohani. Seandainya pembangunan fizikal tidak seiring dengan
pembangunan rohani dan keimanan, dikhuatiri golongan yang
gemar dengan pembangunan fizikal akan berselindung dan
menggunakan kesempatan mengaut keuntungan melalui projek
pembangunan.

Oleh itu, pentingnya ketiga-tiga wawasan dilaksanakan


secara bersepadu dengan tidak mengabaikan antara satu dengan
yang lain. Berlakunya beberapa kes penyelewengan yang
melibatkan jutaan ringgit berpunca dari projek pembangunan.
Apabila rahsia mereka diketahui, mereka akan berselindung di
sebalik undang-undang yang lemah untuk dikuatkuasakan atau
berselindung dengan kedudukan individu tertentu yang tidak
dididik dengan iman. Apabila tindakan tidak dibuat sedangkan yang
lain diambil tindakan maka berlakulah perpecahan di kalangan
umat Islam. Akhirnya akan lemahlah persaudaraan, maka akan
wujudlah peperangan antara puak, bongkar-membongkar, tuduh-
menuduh, benci-membenci, fitnah-memfitnah menerusi beberapa
segmen-segmen yang disiarkan di media massa.

Sebab itulah Rasulullah saw. mengutamakan perpaduan dan


persaudaraan melalui program mempersaudarakan antara
Muhajirin dan Ansar. Begitu juga Rasulullah memberikan keutamaan
kepada masalah Undang-Undang Islam yang perlu dilaksanakan
dahulu maka barulah wujudnya pembangunan yang seiring dengan

2
kemantapan rohani dan pembelaan undang-undang yang telus di
bawah watak-watak yang telus dan adil.

4. Hijrah juga menyingkap betapa pentingnya hak asasi manusia


diutamakan. Semasa di Makkah umat Islam dinafikan hak asasi
mereka. Di antara pencabulan hak asasi yang berlaku ;

• Berlakunya penyiksaan ke atas beberapa orang sahabat


yang beriman kepada Allah. Hanya mereka yang beriman dan
berpegang kepada Islam sahaja yang dinafikan manakala
yang menyokong Abu Jahal tetap dilayan dengan baik
walaupun mereka melakukan berbagai-bagai kesalahan dan
keganasan mencabul hak asasi. Pendek kata hak asasi hanya
ada pada golongan Jahiliyah Quraish sahaja sedangkan hak
asasi tiada ruang untuk orang yang beriman. Lihat saja apa
yang mereka lakukan kepada Bilal Bin Rabah dan keluarga
Yasir. Begitulah hari ini apa yang mereka lakukan kepada para
pejuang Islam, dibunuh, dipenjara, dibuang negeri, disiksa dll.
hanya semata-mata kerana mereka berkata Tuhanku ialah
Allah. Firman Allah swt dalam surah Al-Buruj ayat 8 :

ِ‫حمِيد‬
َ ْ‫َومَا نَ َقمُوا مِ ْنهُمْ إِلّ أَنْ ُي ْؤ ِمنُوا بِالِ ا ْلعَزِيزِ ال‬
Maksudnya : Tidaklah mereka menyiksa orang-orang mukmin
melainkan hanya karena orang-orang mukmin itu beriman kepada
Allah Yang Maha Kuat, yang siksaan-Nya amat ditakuti, Maha Terpuji
yang pahala-Nya sangat diharapkan.

• Tidak membenarkan Al-Quran dan ceramah Nabi


Muhammad saw. disampaikan secara terbuka. Sudahlah
pemimpin mereka tidak mahu mendengar ayat-ayat Al-Quran
yang dibaca malah mereka mengeluarkan arahan melarang
penyokong-penyokong mereka menghadiri atau mendengar
Al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad saw., Saidina Abu
bakar dll. Firman Allah swt. dalam surah Fussilat ayat 26 :

َ‫س َمعُوا ِلهَذَا الْقُرْءَانِ وَا ْل َغوْا فِيهِ َل َعّلكُمْ تَ ْغِلبُون‬


ْ َ‫وَقَاَلَ الّذِينَ كَفَرُوا لَ ت‬.
Maksudnya : Orang-orang kafir berkata satu sama lain,
"Jangan kalian dengarkan al-Qur'ân ini! Sebaliknya, bermain-
mainlah pada saat Al-Qur'ân itu dibacakan hingga tidak ada yang
mendengar dan memanfaatkannya. Dengan begitu, semoga kalian
dapat mengalahkan Muhammad."

• Merampas harta umat Islam terutama bagi mereka yang


kaya seperti Suhaib Ar-Rumi, sehingga mereka pernah
menangkap Suhaib untuk dibunuh bagi mendapatkan harta
kekayaannya.

3
• Memboikot barang-barang keperluan dan juga menaikkan
harga malah menyukarkan mendapatkan sesuatu atas nama
pengikut Muhammad, manakala penyokong mereka akan
mudah sahaja memperolehi apa sahaja walaupun dengan
jalan yang salah. Sehingga para sahabat terpaksa memakan
daun-daun kayu.

Inilah juga penafian hak asasi manusia seluruh dunia


khususnya umat Islam yang dilihat sebagai objek utama untuk
dinafikan. Sebagaimana yang dilakukan oleh Amerika dan
talibarutnya melakukan apa sahaja pencerobohan hak asasi
manusia dan umat Islam di seluruh dunia.

5. Hijrah juga menyingkap betapa pentingnya peranan


masjid ke arah mempertingkatkan iman umat Islam. Orang yang
sering ke masjid dengan ikhlas ternyata sebagai orang yang
bersemarak dengan iman di dalam dirinya. Rasulullah saw
menjadikan masjid sebagai tempat tarbiyah para sahabat. Tetapi
hari ini sebahagian umat Islam menjadikan masjid sebagai tempat
pelancongan, pecah-belah, pecat-memecat, singkir-menyingkir dan
sebagainya. Beberapa perubahan perlu diusahakan seperti :

• Bagaimana harus dipenuhkan masjid dengan program


berkualiti jati diri dalam suasana sebahagian umat Islam
malas ke masjid. Masjid hanya seminggu atau setahun atau
jika ada program tertentu sahaja.
• Perlu melantik petugas yang berwibawa , berilmu dan
bertakwa bukan mereka yang buruk akhlak, jarang-jarang
menjenguk masjid untuk dijadikan ahli-ahli jawatankuasa
masjid.
• Masyarakat lebih bersikap terbuka dan menjadikannya
sebagai pusat ilmu dan tarbiyah. Ada orang lebih menjadikan
masjid sebagai lambang perhiasan walaupun miskin dengan
majlis ilmu dan aktiviti berkualiti.

6. Hijrah juga menyingkap betapa perlunya umat Islam


hidup bersama ruh jihad di jalan Allah. Mempertahankan maruah
umat Islam serta agamanya. Umat Islam tidak sepatutnya semudah
itu dihina, dibunuh dan disiksa sepertimana yang berlaku pada
zaman para sahabat Baginda saw. Umat Islam bangun untuk
mempertahankan maruah mereka apa lagi agama. Kezaliman
dihapuskan, darah dibayar darah, maruah dibayar maruah.
Akhirnya Islam membenarkan peperangan bagi mempertahankan
maruah yang telah dinodai dan juga apabila hak-hak dakwah dan
agama dihalang. Akhirnya berlakulah siri peperangan seperti
Badar,Uhud dan lain-lain. Sebab itulah umat Islam hari ini perlu
bangun untuk menentang apa sahaja keganasan dan ketidakadilan
yang dilakukan oleh mana-mana pihak. Jika kita bersatu untuk
menghalang Amerika menyerang negara-negara Umat Islam maka
kita juga mampu bersatu menentang apa sahaja yang melibatkan

4
ketidakadilan berlaku. Firman Allah swt dalam surah Al-Maidah ayat
8;

‫ش َنئَانُ َقوْمٍ عَلىَ أَلّ تَعْدِلُوا اعْدِلُوا ُهوَ أَقْرَبُ لِلتّ ْقوَى‬
َ ْ‫وَلَ يَجْ ِر َمنّكُم‬

Maksudnya : Janganlah kerana kebencian kalian yang sangat


kepada suatu kaum membawa kalian untuk bersikap tidak adil
kepada mereka. Tetaplah berlaku adil, karena keadilan merupakan
jalan terdekat menuju ketakwaan kepada Allah.

7. Hijrah juga menyingkap betapa tiada tempatnya Yahudi


bertapak di bumi Madinah dan dalam pemerintahan Rasulullah. dan
juga menyingkap betapa bahayanya yahudi terhadap umat Islam.
Di zaman Rasulullah saw, Yahudi bani Nadhir,Quraizah dan
Qainuqak pernah dihalau dari Madinah kerana melanggar perjanjian
dengan Umat Islam. Mereka sebenarnya tiada tempat di zaman
Rasulullah saw. Tetapi hari ini merupakan zaman kebangkitan
bangsa Yahudi dan pemerintahan dunia oleh mereka malah dalam
semua aspek dikuasai oleh mreka malah lebih parah lagi apabila
sebahagian negara umat Islam bersekongkol menyokong dan
menjadi tali barut yahudi. Yahudi telah berjaya meyusup masuk ke
dalam setiap pusat pemerintahan dan kawalan negara-negara
dunia hari ini. Mereka sewenang-wenangnya mengawal hal ehwal
negara lain mengikut apa yang mereka mahukan dan ternyata
mereka berhasil memperolehi matalamat mereka. Boleh dikatakan
hampir kebanyakan negara di dunia termasuklah negara Islam
terikut dengan arahan yahudi dalam apa jua matlamat kotor
mereka dalam menghancurkan Islam. Firman Allah dalam Surah Al-
Maidah Ayat 82 :

‫َلتَجِدَنّ أَشَدّ النّاسَ عَدَاوَةً لِلّذِينَ ءَا َمنُوا ا ْل َيهُودَ وَالّذِينَ أَشْ َركُوا‬
Maksudnya : Kami tegaskan kepadamu, wahai Muhammad,
bahwa kamu akan mendapati para penganut Yahudi dan mereka
yang menyekutukan Allah sebagai orang-orang yang paling keras
kedengkian dan kebenciannya kepadamu dan kepada orang- orang
yang beriman.

Sememangnya kerosakan sentiasa mengiringi pemerintahan


orang-orang Yahudi. Mereka tidak akan memerintah sesuatu
kerjaan, walau pun satu hari melainkan mereka akan
menyebarkan seqala kerosakan, kemunkaran dan kebatilan.

8. Hijrah juga menyingkap betapa bahayanya bersikap fanatik


dan taasub iaitu semangat kebangsaan/perkauman. Rosaknya Arab
jahiliyah kerena mereka terlalu fanatik dengan agama mereka yang
salah, dan juga fanatik terhadap bangsa dan kabilah mereka
sehingga menafikan apa saja kebaikan yang dibuat oleh orang lain.
Penolakan Abu Jahal terhadap dakwah Nabi Muhammad saw. kerana

5
tidak mahu ada ajaran lain yang mengatasi kepercayaan mereka
walupun ternyata perjuangan mereka adalah salah. Sebab itu tidak
timbul soal Bilal yang hitam, Salman dari Farsi, Suhaib dari Rom
Khalid Al-Walid sebagai orang baru, Usamah seorang yang mentah
tetapi sesiapa sahaja yang berusaha untuk menegakkan kebenaran
yang tulin maka merekalah harus diberikan sokongan dan bantuan.
Sabda Rasulullah saw. yang bermaksud ; “Bukan dari kalangan kami
orang yang menyeru ke arah asabiyyah (fanatik semangat
kebangsaan), bukan dari kalangan kami orang yang berperang atas
dasar asabiyyah dan bukan dari kalangan kami orang yang mati
atas dasar asabiyyah.(Riwayat Muslim)

Sempena dengan maal hijrah ini marilah kita sama-sama


menyayangi agama kita sepertimana sayangnya para sahabat
mempertahankan Islam sehingga ke akhir hayat mereka. Janganlah
memasukkan diri kita dalam golongan orang yang menentang
perjuangan Islam dan syariat, kelak kita akan dilaknat oleh zaman
dan kelak ruh maal hijrah akan tercemar hasil perbuatan kita dan
dalam waktu yang sama merayakan maal hijrah tetapi dalam waktu
yang sama juga menentang syariat Allah serta membesarkan
program-program maksiat.

Peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.A.W yang sentiasa


dihayati oleh umat Islam saban tahun, perlu dihayati sepenuhnya
dan perlu mengambil iktibar daripada peristiwa itu kerana ia
merupakan titk tolak terbinanya nilai Islam dalam kehidupan dan
sekaligus dapat mewujudkan daulah Islamiah Madinah.
Daripada peristiwa penting ini kita mendapat pengajaran
bahawa walaupun dakwah Islam berjalan di Mekah dan Madinah
yang dibangunkan bersama-sama sahabat namun nilai Islam tidak
sekadar itu. Ia perlu ditegakkan dalam pelbagai aspek seperti
pembinaan negara, undang-undang dan cara hidup yang
berteraskan Islam.

Secara umumnya hijrah dari segi maknawiahnya bermaksud


meninggalkan sesuatu yang tidak baik tetapi dari segi fizikal hijrah
bermaksud meninggalkan satu tempat ke satu tempat yang lain.

Dalam konteks sekarang Islam tidak lagi menuntut umatnya


berhijrah dalam pengertian geografi (berpindah darisatu tempat ke
satu tempat yang lain) tetapi yang dituntut ialah hijrah dalam
maksud yang hakiki iaitu dalam bentuk peningkatan amal, aktiviti
dan memperbaiki sikap mental serta mengadakan peningkatan
terhadap cara dan mutu kerja.
Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud :

“Orang yang berhijrah itu ialah orang yang


meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah ke
atasnya”.

6
Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim

Hijrah maknawi ini boleh dikategorikan kepada empat jenis


hijrah yang perlu difahami oleh setiap orang Islam.

1) HIJRAH IKTIKADIAH ( KEPERCAYAAN )

Meninggalkan segala bentuk kepercayaan, keyakinan, dan


ikutan yang tidak dibenarkan oleh Allah. Islam tidak membenarkan
penganutnya mengamalkan kepercayaan yang bercampur aduk.
Namun pada hari ini ada umat Islam yang masih mengamalkan
kepercayaan yang bertentangan dan mengamalkan ajaran yang
sesat.
Cth : Kepercayaan kepada tangkal - untuk anak berjaya dalam
peperiksaan.
Kepercayaan kepada makhluk ciptaan Allah - matahari, bulan
dll.

2) HIJRAH FIKRIAH ( FIKIRAN )

Meninggalkan segala bentuk pemikiran yang tidak sesuai


dengan ajaran Islam. Maksudnya setiap muslim perlu berfikir dalam
kerangka kebenaran Islam dan tidak boleh berfikir kepada sesuatu
yang bertentangan dengan Islam. Allah juga menyarankan kepada
setiap muslim agar berfikir berteraskan ajaran Islam serta
mentaatinya.
Firman Allah yang bermaksud :

“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat


kebaikan sedang kamu lupa diri kamu sendiri pada hal kamu
semua membaca kitab Allah tidakkah kamu berakal”.
Surah al-Baqarah
: 44

Contoh : Orang yang mengatakan Islam itu kolot dan ketinggalan


zaman kerana terlalu mengagung-agungkan barat agar berubah
menerima Islam sebagai satu cara hidup dan sesuai pada setiap
masa. Keadaan serta tempat.

3) HIJRAH SYURIYAH (PERASAAN)

Meninggalkan segala bentuk perasaan yang cenderung


kepada perkara yang bertentangan dengan Islam. Ini bermakna
setiap individu Islam perlu ada sensitiviti atau kepekaan terhadap
sesuatu perkara yang bertentangan dengan syariat Islam. Perkara
ini telah disebutkan dalam sebuah hadis yang bermaksud :

7
“Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia
mengubah dengan tangannya (kuasa), jika tidak mampu
ubahlah dengan lidahnya (nasihat) dan jika dia tidak mampu
ubahlah dengan hatinya (tidak redho). Yang demikian
adalah selemah-lemah iman”.
Hadis riwayat
Muslim

Contoh : 1) Suka melakukan perkara-perkara yang mungkar kepada


benci
untuk melakukannya. Seperti mana pelajar yang suka
merokok
atau malanggar disiplin sekolah berubah kepada patuh di
atas
segala undang-undang yang telah dinyatakan.

2) Ibu bapa yang suka melindungi kesalahan anaknya.

3) Guru yang suka pilih kasih dalam menyampaikan ilmu.

4) HIJRAH SULUKIYAH ( TINGKAH LAKU)

Kita juga dikatakan berhijrah sekiranya kita menjadi seorang


yang lebih baik daripada sebelumnya misalnya dari mengerjakan
maksiat kepada melakukan ketaatan (menjauhi dating), daripada
kezaliman kepada ketaatan (tidak meninggalkan solat), daripada
kemunduran kepada kemajuan (berusaha mencari ilmu dan
memperbaki akhlak), dari sikap bermalas-malas dan lemah kepada
sikap yang aktif dan produktif dan dari sikap tercela kepada sikap
terpuji.

Boleh dikatakan saban hari ada sahaja laporan menerusi


akhbar dan lain-lain yang memaparkan kelakuan yang tidak
bermoral yang dilakukan oleh sesetengah anggota masyarakat
terutama golongan muda termasuklah pelajar. Contohnya
pembuangan anak, penzinaan, berkesedudukan, pencabulan,
rasuah, dadah dan sebagainya.

Masyarakat kita khususnya yang beragama Islam sedang


berada di dalam kemelut keruntuhan akhlak. Akhlak yang buruk
merupakan petanda lemahnya iman seseorang individu. Bila iman
longgar maka mudah mengikut hawa nafsu untuk melakukan
perkara yang dilarang dalam Islam. Walau pun merekatahu perkara
itu berdosa tetapi mereka tetap melakukannya.

Oleh itu kuat atau lemahnya iman seseorang dapat diketahui


dan diukur daripada perilaku akhlaknya. Ini kerana iman yang kuat
dan kukuh akan melahirkan akhlak mulia. Sedangkan iman yang
lemah boleh mewujudkan budi pekerti yang buruk.

8
Contoh : Orang yang meninggalkan solat dan cuai dengan solatnya
akan mudah melakukan perkara mungkar. Firman Allah :

“Sesungguhnya sembahyang itu akan menghindarkan


kita dari melakukan perbuatan keji dan mungkar”.
Surah al-Baqarah

Perbuatan yang keji dan tidak bermoral mendatangkan


kerugian bukan sahaja kepada diri sendiri malah orang lain. Sabda
Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

“Akhlak yang baik dapat menghapuskan kesalahan bagai


air yang menghancurkan tanah yang keras sebaliknya
akhlak yang jahat akan merosakkan amal seperti cuka
merosakkan manisnya madu”.
Imam
Baihaqy

Jika dahulu kita dihebohkan dengan kuman HIV yang


disebabkan sindrom kurang daya tahan penyakit tetapi masyarakat
sekarang sebenarnya sedang mengalami sindrom kurang daya
tahan iman. Tidak guna kita mengaku Nabi Muhammad S.A.W.
sebagai utusan Allah sekiranya akhlaknya yang terpuji tidak
diteladani.Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud :

“Sesungguhnya kami telah menjadikan apa yang ada


di bumi sebagai perhiasan baginya agar kami menguji
mereka siapakah di antara mereka yang terbaik
perbuatannya”.
Surah al-Kahfi
:7

Imam al-Ghazali di dalam bukunya Ihya’ Ulumuddin


menggariskan empat sifat utama sebagai asas pembentukan
akhlak mulia.

1) Hikmat atau kebijaksanaan


- iaitu satu keadaan dalam diri yang dapat membezakan
antara yang
benar dan salah.
2) Syaja’ah atau keberanian
- iaitu keadaan marah yang meluap-luap dapat dikawal
oleh akal
untuk bertindak ke jalan yang benar.
3) Iffah atau kebersihan jiwa
- iaitu seseorang yang dapat menahan daripada kemahuan
syahwat
supaya tunduk kepada petunjuk akal dan syara’.

9
Pepatah Arab menyatakan : “kecantikan seseorang itu
bukan terletak pada pakaian yang menghiasi dirinya tetapi
kecantikan sebenar terletak pada ilmu dan ketinggian budi
pekertinya”.
Orang yang mula-mula bertanggung jawab membentuk
akhlak ialah ibu bapa sebagaimana dia melahirkan maka wajiblah
menjaganya dan memberikan didikan terutama didikan agama.
Tidak sekadar menghantarnya ke sekolah dan menyerahkan
segalanya pada guru sebaliknya haruslah ibu bapa bekerjasama
untuk memperbaiki akhlak anak-anak atau pelajar. Tidak boleh
hanya menyalahkan pihak lain jika anak berbudi pekerti jahat.

Kasih sayang dalam keluarga amat penting dalam proses


pembentukan sahsiah yang baik. Layanan ibu bapa menjadi
penawar paling mujarab untuk mewujudkan emosi yang stabil di
jiwa anak-anak.

Imam al-Ghazali dalam bukunya “Mukasyafatul Qulub”


memerincikan bahawa sifat taqwa dapat membentuk 7 macam
sifat watak dan sifat manusia yang baik iaitu :

1) Lidahnya terpelihara dari berbohong , mencela ,mencaci


,menyakiti hati
orang lain dlln.
2) Hatinya terhindar dari sifat -sifat dengki ,benci, pendendam dll.
3) Matanya terjauh dari memandang yang terlarang.
4) Perutnya tidak mahu memakan makanan yang haram.
5) Tangannya tidak dipergunakan untuk melakukan perbuatan dosa
.
6) Kakinya tidak melangkah ke tempat-tempat yang maksiat.
7) Ketaatannya ikhlas kerana Allah semata-mata tidak kerana
mengharapkan
pujian manusia.

Hakikatnya semakin meningkat umur seseorang bermakna


peruntukan masa hidupnya semakin berkurangan kerana
perjalanan hidup manusia di dunia tiba masa akan berakhir jua.
Makin bertambah umur seseorang semakin hampirlah seseorang itu
dengan kematian.

Oleh itu dengan kehadiran tahun bari 1422 Hijrah ini


hendaklah wujud kesedaran untuk mengadakan peningkatan dari
setiap pribadi muslim sama ada dalam hubungan dengan Allah atau
untuk menyusun kehidupan dengan lebih teratur dan berdisiplin
serta pandai memanfaatkan setiap kesempatan yang datang.
Kerana kesempatan yang baik itu tidak selalu wujud iaitu ada
kalanya muncul tiba-tiba dan lenyap tiba-tiba juga.

10
Dalam memanfaatkan masa dalam kehidupan Rasulullah
S.A.W. bersabda :
“Rebutlah lima kesempatan sebelum datang lima yang
lain. Masa mudamu sebelum datang masa tuamu. Masa
sihatmu sebelum datang masa sakitmu. Masa kayamu
sebelum datang masa fakirmu. Masa lapangmu sebelum
datang masa sibukmu. Masa hidupmu sebelum datang
kematianmu”.
Hadis
Riwayat Tirmidzi

Ajaran Islam bertujuan agar setiap muslim memperolehi


kebahagiaan dunia dan akhirat tetapi segalanya dapat dicapai
bukan dengan bersikap malas dan membuang masa secara sia-sia
sebaliknya ia memerlukan kesungguhan bekerja dengan program-
program yang terancang dalam kehidupan baik program itu
berbentuk harian, bulanan mahu pun tahunan. Contohnya jika
selaku ketua keluarga tentulah program yang dimaksudkan itu
berhubung dengan soal pembangunan rumah tangga, isteri dan
anak. Jika di sekolah tentulah program-program yang diadakan
semata-mata untuk pembangunan rohani dan jasmani para pelajar
serta guru.

KESIMPULAN

Dengan kehadiran Maal Hijrah jangan kita hanya ghairah


mengadakan peringatan demi peringatan setiap kali menyambut
ketibaannya tetapi kering tanpa penghayatan. Islam menghendaki
adanya perubahan diri pada umatnya ke arah yang lebih baik.
Caranya sudah tentulah dengan lebih meningkatkan azam dan
semangat serta mengisi hari-hari mendatang dengan kegiatan yang
lebih berfaedah.

Marilah menyambut kehadiran tahun baru 1422 Hijrah


dengan rasa penuh kesyukuran dan gembira. Kita buka lembaran
baru dengan menjadikan hari semalam sebagai pengalaman yang
boleh mengajar kita sementara esok adalah harapan untuk kita
sama-sama mencapai keredhoanNya.

11

You might also like