1

KULIAH 3: MENGENAL PASTI DAN PENEMPATAN MURID BERKEPERLUAN KHAS Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Menerangkan cara mengidentifikasi murid berkeperluan khas 2. Mengenal pasti jenis dan ciri murid khas Latihan 3.1 1. Huraikan maksud kanak-kanak luar biasa dalam konteks pendidikan. 2. Apakah perbezaan antara kanak-kanak luar biasa dengan kanak-kanak kurang upaya? 3. Mengapa kanak-kanak bekerpuan khas dilabel atau dikategorikan mengikut ketidakupayaan mereka? Bincangkan kebaikan dan keburukan melabel atau mengkategori kanak-kanak berkeperluan khas.  MAKSUD ‘KEPERLUAN KHAS’ Dalam konteks ini, keperluan khas merujuk kepada keperluan kanak-kanak iaitu atas satu sebab atau yang lain memerlukan bantuan khas, sokongan, dan rangsangan. Kanak-kanak yang dirujuk di sini boleh dirujuk kepada kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lambat dalam satu atau lebih daripada sebab berikut: ▫ Kerencatan akal ▫ Kecacatan fizikal ▫ Kekurangan penglihatan ▫ Kekurangan pendengaran ▫ Gangguan pertuturan ▫ Kesukaran dalam perkembangan sosial dan emosi Sebahagian daripada kanak-kanak ini mungkin memerlukan bantuan khas untuk sepanjang hayat mereka, sementara yang lain mungkin memerlukan bantuan untuk suatu jangka masa tertentu.  KONSEP KANAK-KANAK LUAR BIASA (EXCEPTIONAL CHILDREN) • Kanak-kanak dianggap luar biasa apabila program pendidikan perlu di ubahsuai untuk memenuhi keperluannya. Oleh itu kanak-kanak luar biasa bukan merujuk kepada mereka yang tidak dapat menguasai pembelajaran tetapi juga mereka yang mempunyai kepintaran dan bakat yang luar biasa. • Kanak-kanak luar biasa daripada sudut pendidikan lebih sesuai dianggap sebagai kanak-kanak berkeperluan khas (KKBK *) atau kanak-kanak istimewa.

Dalam pendidikan. kanak-kanak luar biasa bukan hanya merujuk kepada mereka yang tidak dapat menguasai pembelajaran tetapi juga mereka yang mempunyai kepintaran dan bakat yang luar biasa. • Oleh yang demikian.2 Kirk dan rakan-rakan (1993): • Kanak-Kanak luar biasa secara umum lebih sesuai dirujuk sebagai kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa iaitu kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak biasa dari segi: ▫ Ciri-ciri mental ▫ Keupayaan deria ▫ Keupayaan komunikasi ▫ Perkembangan tingkah laku dan emosi atau ▫ Ciri-ciri fizikal/saraf/otot • Perbezaan ini menyebabkan mereka memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas supaya ia dapat berkembang sehingga mencapai tahap kebolehan yang maksimum.  Kategori Kanak-Kanak Luar Biasa: Secara umumnya Kanak-kanak luar biasa boleh dikategorikan seperti berikut: • Rencat akal • Masalah Pembelajaran • Masalah tingkah laku • Masalah komunikasi • Masalah pendengaran • Masalah penglihatan • Kecacatan fizikal dan kesihatan • Kecacatan yang serius dan pelbagai • Pintar cerdas dan pelbagai . kanak-kanak dikategorikan sebagai kanak-kanak luar biasa berdasarkan ciri-ciri tertentu bagi tujuan pengajaran yang meliputi:  perbezaan intelek  perbezaan komunikasi  perbezaan deria  perbezaan tingkah laku  perbezaan fizikal  kecacatan pelbagai dan serius •  Kanak-kanak berkeperluan khas mengikut Akta Pendidikan 1996: • Murid-murid berkeperluan khas bererti murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan.  Konsep luar biasa dalam konteks pendidikan: • Kanak-kanak hanya dianggap luar biasa apabila program pendidikan perlu diubah untuk memenuhi keperluannya. atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran.

14% dpd populasi) ii Kanak-kanak ‘Down Syndrom’ • Ciri DS: kelainan dari segi fizikal. dan personaliti iii Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (Learning Disabilities) • Kanak-kanak yang mengalami masalah pemprosesan maklumat dan mempunyai keupayaan intelek yang rendah. intelek. .3 Taburan Skor IQ (1) Kanak-Kanak Berbeza Keupayaan Mental (a) Kanak-kanak defisit kognitif i Kanak-kanak rencat akal • Dari kumpulan terendah dalam skala kecerdasan (DK=70. 2.

2. muzik. aktiviti fizikal. drama. • Cacat anggota (Haring & McCormick. tidak sedarkan diri dan hilangan kawalan motor.  Biasanya kanak-kanak ini disertai rencatan akal. • Epilepsi: mengalami sawan. kerosakan penglihatan. • Spastik:  Cedera otak dan tidak berupaya menggerakkan anggota-anggotanya. kraftangan. pertuturan dan/atau masalah-masalah motor.14% dpd populasi) (c) Kanak-kanak kreatif (Menghasilkan idea yang luar biasa dalam penyelesaian masalah dan berdaya cipta) dan berbakat khas (Mempunyai kebolehan luar biasa dalam bidang sukan. pendengaran. Pergerakan lambat dan tersekatsekat. Otot menjadikan pergerakan tidak harmoni. sosial. akademik. Masalah utama: interaksi & komunikasi (3) Kanak-kanak Cacat Deria (a) Cacat Penglihatan • buta (20/200) atau rabun (20/70) (b) Cacat Pendengaran • tidak dapat mendengar langsung atau kurang pendengaran (4) Kanak-kanak Cacat Fizikal/Anggota • Contoh: cerebral palsy boleh mengakibatkan masalah koordinasi anggota atau masalah pergerakan-motor. 1990): . seni. dll) (2) Kanak-kanak Autistik • • Mereka yang mengalami gangguan perkembangan yang luas kerana mempunyai keperluan dalam banyak aspek spt: tingkah laku. kepimpinan.4 (b) Kanak-kanak pintar cerdas • Dari kumpulan tertinggi dalam skala kecerdasan (DK>130.

Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (1991) memerintahkan pelajar-pelajar ini diberi perkhidmatan pendidikan khas. tarik diri dan murung. • Pelajar ADHD mengalami masalah dalam pencapaian akademik di samping masalah tingkah laku. (7) Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) • American Psychiatric Association (1987) menyifatkan ADHD bercirikan perkembangan yang kurang sesuai daripada segi darjah tumpuan. • Masalah utama: gangguan artikulasi dan kesukaran dalam menghasilkan bunyi. Yang paling serius ialah gangguan emosi seperti tingkah laku psikotik dan childhood schizophrenia. Mereka mempunyai kecerdasan yang normal tetapi menunjukkan pencapaian kemahiran akademik yang rendah walaupun ada yang menunjukkan pencapaian yang memuaskan. Mengapakah Rancangan Pendidikan Individu (RPI) perlu diwujudkan dalam pelakasanaan pendidikan khas? Apakah masalah yang timbul dalam penyediaan RPI? 4. • Masalah komunikasi pula meliputi masalah reseptif (memahami apa yang dituturkan oleh orang lain) atau ekspresif (melahirkan apa yang ingin diperkatakan kepada orang lain). (6) Kanak-Kanak Bermasalah Tingkah Laku (Behavioral Disorder) • Merangkumi ketidakupayaan yang luas. dianggap tingkah laku yang tidak sesuai di sekolah. dan ada yang agresif. dan hyperactivity.5 (5) Kanak-Kanak Bermasalah Komunikasi • Masalah pertuturan dan bahasa: pertuturan yang jauh menyimpang daripada pertuturan biasa atau kod bahasa seperti tidak boleh menyebut atau memahami perkataan. • Latihan 3. Lagi pun.2 1. atau kedua-dua sekali menyebabkan individu tersebut tidak boleh berkomunikasi langsung dengan orang lain. Walaupun ADHD tidak tergolong sebagai ketidakupayaan daripada segi undangundang. Bincangkan komponen penting dalam pendidikan kanak-kanak keperluan khas. impulsiveness. 2. suka mengganggu. Jelaskan kaedah mengenal pasti kanak-kanak berkeperluan. Apakah peranan guru pendidikan khas dalam program Pendidikan Khas? . tetapi pelajar ini dianggap kurang upaya disebabkan oleh ketidakupayaan yang lain. 3. • Ciri-ciri: suka langgar peraturan. Masalah lain ialah masalah suara dan kelancaran pertuturan seperti ‘gagap’ (stuttering).

penempatan. pemerhatian dlm bilik darjah) untuk mengesan pelajar berisiko tinggi Langkah 2 – Pencalonan (Referral) • Individu atau pasukan (di sekolah) menerima pencalonan untuk melaksanakan Penilaian Pendidikan Khas. Langkah 3 – Penilaian • Ujian saringan-untuk tujuan mengklasifikasi. alat pengukuran yang piawai. borang berkadar/’rating’. orang yang pertama melakukan penapisan dengan menggunakan pemerhatian di bilik darjah dan standardized group assessment tool (con: senarai semak. mereka yang dikenal pasti dirujuk untuk pemeriksaan dan pengukuran yang lebih bersungguh dan intensif. • Guru. .). Tugas pertama ialah menulis kepada ibu bapa supaya mereka memberi kebenaran dan menerima penerangan tentang proses tersebut.6  KAEDAH MENGENAL PASTI KANAK-KANAK LUAR BIASA  Prosedur Pelaksanaan Proses Penilaian Langkah 1 – Penapisan (Screening) • Prosedur menguji/memeriksa sekumpulan pelajar sebagai usaha mengenal pasti mereka yang mempunyai risiko yang tinggi. dan penentuan program khas • Memberi penilaian yang bersesuaian kepada pelajar dengan menggunakan penilaian formal dan informal untuk mengidentifikasi corak pembelajaran pelajar (perhatian: tidak menggunakan satu alat ukur secara Khusus untuk menentukan tahap kefungsian aspek-aspek tertentu. • Selepas itu pasukan ini akan membentuk Pelan Penilaian Individu untuk mengenal pasti aspek-aspek yang memerlukan perhatian khas dalam prosedur ujian.

Guru khas dan guru biasa berkongsi mengajar kelas yang ada murid khas c) Teacher assistance teams .Sekumpulan guru bekerjasama untuk membantu murid yang ditempatkan di kelas biasa .7 Langkah 4 – Kelayakan • Lepas proses penilaian (analisis dan penafsiran skor ujian) disempurnakan.Guru khas memberi nasihat kepada guru biasa tentang pengurusan dan pengajaran murid khas ii. seseorang murid harus ditempatkan belajar bersama-sama murid biasa. pasukan ini harus mengadakan perjumpaan untuk menentukan kelayakan pelajar untuk menerima Pendidikan Khas. Kelas biasa • Situasi ideal .Akomodasi dan modifikasi yang sesuai diberikan kepada murid • Amalan a) Model Konsultansi i. Konsultasi pakar .Bantuan dan pemantauan diberikan oleh guru khas .Murid ditempatkan mengikut darjah/gred sendiri . • Seboleh yang mungkin.  Amalan Penempatan: • Penempatan akan dibuat berdasarkan tahap keterukan masalah murid • Biasanya ibu bapa harus member persetujuan bagi penempatan yang dicadangkan  Jenis-jenis Penempatan 1. Langkah 5 – melaksanakan ujian diagnostik dan Membentuk Program Pendidikan Individu /RPI (IEP)  PENEMPATAN MURID BERKEPERLUAN KHAS • Memberi penempatan pendidikan yang sesuai kepada murid dengan keperluan khas  Prinsip Penempatan: • Penempatan dibuat berdasarkan prinsip ‘least restrictive environment’ iaitu persekitaran yang paling tidak ‘menghadkan’. Konsultasi kolaborasi .guru dan pakar-pakar dalam bidang lain bekerjasama untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid b) Team/ Cooperative Teaching .

Kelas khas • Juga dikenali sebagai self-contained class • Perlaksanaan:  murid ditempatkan dalam kelas bersama-sama murid lain yang juga dari kategori yang sama (program integrasi)  Kadangkala mereka menghabiskan sedikit masa di kelas biasa untuk menerima pengajaran tertentu (inklusif separa) 4. Pengajaran berdasarkan rumah/hospital  guru pendidikan khas pergi ke rumah murid atau ke hospital untuk mengajar murid  Biasanya perkhidmatan sedemikian adalah buat sementara sehingga murid sedia pulang ke sekolah 6. Pemulihan dalam Komuniti  Perkhimatan pendidikan disediakan di kawasan tempat tinggal murid.8 2. . latihan orientasi dan mobiliti atau terapi fizikal 3. Sekolah Khas • Semua murid yang belajar di sekolah khas terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan (contoh: masalah penglihatan dan pendengaran) • Biasanya murid terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan yang teruk • Perlaksanaan:  sekolah harian  murid belajar di sekolah khas  murid balik selepas waktu persekolahan  Sekolah berasrama  murid belajar di sekolah khas  selepas waktu persekolahan murid balik ke asrama 5. Bilik Resos • Juga dikenali sebagi program ‘pull out’ • Perlaksanaan:  murid di kelas biasa di tarik keluar dari kelas untuk menerima pengajaran akademik (secara individu atau kumpulan)  Perkhidmatan khas seperti latihan bahasa dan pertuturan.

bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan.9 PROSES PENDAFTARAN KANAK-KANAK KE PROGRAM PENDIDIKAN KHAS  PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Program PK KPM dilaksanakan melalui : i. Kurikulum Program Pendidikan Khas • Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Intergrasi ialah kurikulum kebangsaan dan kurikulum alternative. pendengaran & mas. • Kurikulum kebangsaan adalah kurikulum yang diikuti oleh murid normal bagi program mas. Program pendidikan khas intergrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran. Ia diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Tempoh Belajar • Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun • Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah Lima )5) tahun • Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sama ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan. • Kurikulum alternatif diikuti oleh murid bermasalah pembelajaran. Penglihatan. • Murid Pendidikan khas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti murid biasa . ii. Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.

Namun begitu. Format dan bentuk soalan adalah sama seperti yang diduduki oleh murid biasa. Bahasa melayu tahun 5. Dewan Bahasa & Pustaka dan kadangkala di pasaran tempatan. pertukangan.10 Kurikulum kebangsaan • Kurikulum mengikut matapelajaran seperti kelas biasa spt matematik tahun 2. riadah dan kreativiti  Komponen Pendidikan Jasmani  Komponen Pendidikan Seni  Komponen Pendidikan muzik. perkebunan. PMR dan SPM sama seperti murid biasa tanpa perbezaan dari segi format dan bentuk soalan serta masa. sebaliknya kurikulum kebangsaan juga perlu dijadikan rujukan bergantung kepada kesesuaian dan pencapaian setiap murid. • Sehubungan itu. • Ini adalah kerana terdapat murid yang perlu mengikuti kurikulum ini bermula dari sekolah rendah dan bersambung apabila dia telah ke sekolah menengah. gerakan badan dan drama  Komponen sains. Bidang sosial. Guru-guru matapelajaran bertanggungjawab membuat penilaian ke atas mereka. Bidang Pengurusan Kehidupan  Komponen Pengurusan diri  Komponen Kemahiran manipulatif  Komponen Pengurusan tingkahlaku  Komponen Kemahiran hidup (masakan. murid bermasalah pembelajaran yang telah mengikuti kelas inklusif layak menduduki peperiksaan UPSR. • Kurikulum ini terdiri daripada 3 bidang komponen iaitu a. • Guru tidak boleh terlalu bergantung kepada kurikulum alternatif sahaja. Hanya berbeza dari segi tambahan masa sahaja. Kurikulum Alternatif • Hanya digunapakai oleh murid-murid bermasalah pembelajaran yang mengikuti program integrasi di kelas khas. sosial dan alam sekitar • • Penilaian pencapaian akademik murid bermasalah pembelajaran hanya dilakukan di peringkat sekolah sahaja. • Kurikulum ini digunapakai bagi sekolah rendah dan menengah. Bidang akademik berfungsi  Komponen Matematik  Komponen Bahasa Melayu  Komponen Bahasa Inggeris b. . penilaian pencapaian akademik murid bermasalah pendengaran dan penglihatan sama seperti dengan murid biasa iaitu UPSR. jahitan. pemeliharaan haiwan. asas mendobi) c. • Kurikulum boleh diperolehi di PPK. PMR. sejarah tingkatan 3 dll. SPM dibawah pengendalian Lembaga Peperiksaan.

Penilaian . Dengan adanya RPI. Kurikulum .jenis penilaian . peralatan khas dan peralatan pembelajaran 2.Aplikasi Komputer 4. Kaedah Pengajaran . Persekitaran .melibatkan kemudahan dan kos .Aspek-aspek: (a) kandungan (b) kemahiran (c) bahan/ teknologi 3.Penilaian Sumatif .Modifikasi Tingkah Laku .Penilaian Formatif Rancangan Pendidikan Individu (RPI) • RPI merupakan satu perjanjian bertulis antara ibu bapa dengan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan murid dan cara bagaimana keperluan ini dapat dipenuhi.satu proses yang sistematik dalam mengumpul maklumat yang relevan dengan pendidikan .Pengurusan Kontingen .Perlu diubahsuai mengikut keperluan khas pelajar . Matlamat dan objektif RPI dirangka berdasarkan prestasi sedia ada murid.11  IMPLIKASI PENDIDIKAN KHAS Pengajaran kanak-kanak berkeperluan khas • bertujuan memberi perkhidmatan-perkhidmatan yang tidak diberi di sekolah biasa dan bilik darjah biasa • berbeza dengan pengajaran kanak-kanak biasa kerana mengambil kira perbezaan inter dan intra individu Empat komponen penting dalam pengajaran kanak-kanak khas 1. • • • . guru khas/resos.Pengajaran Individu .Pembelajaran Kooperatif .contoh: bilik resos. Berdasarkan RPI yang telah dibentuk dan dipersetujui. murid berkeperluan khas berhak menerima perkhidmatan-perkhidmatan yang dinyatakan dalam RPI tersebut.Analisis Tugasan . pencapaian murid dapat dilihat dengan jelas dari semasa ke semasa.

Perkara lain adalah spt: biodata dan masalah pelajar. menerangkan objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran serta sumber-sumber yg. ibu bapa & ahli badan sukarela. diperlukan utk mencapai objektif-objektif tersebut. membaca. Di antaranya adalah:  Ahli fisioterapi  Ahli terapi cara kerja  Ahli terapi pertuturan  Kaunselor  Doktor perubatan  Guru  Ibu bapa • • • • • • . sesuai utk sekurang-kurang sekali setahun bagi menentukan sama ada objektif pendidikan telah tercapai. Keterangan tentang perkhidmatan pendidikan & bahan pengajaran tertentu yg akan diperuntukkan. tepat dan terperinci tentang program pendidikan terkini bagi pelajar istimewa. ahli profesional. keterangan tentang sumber & pengubahsuaian alternatif pendidikan. Tarikh-tarikh yg. disediakan oleh guru khas. RPI membekalkan satu keterangan yg. Keterangan tentang maklumat tahunan termasuk objektif pengajaran jangka pendek. akuan persetujuan & tanda tangan ibu bapa/penjaga. Kriteria & prosedur penilaian yg. yg. dianggarkan bagi permulaan & jangka masa bagi perkhidmatan berkenaan. terlibat serta tugasan & tanggungjawab mereka. juga merupakan satu dokumen yang mengandungi pelbagai maklumat tentang kanak-kanak berkeperluan khas yang dapat membantu proses pengajaran pembelajaran mereka. ringkas. sosio-emosi. RPI perlu dibentuk oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai disiplin yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak berkeperluan khas. penting penting dlm RPI : • keterangan tentang peringkat pencapaian pendidikan dlm kemahiran-kemahiran spt: bantuan-kendiri. motor halus. tahap pencapaian tahunan. senarai ahli prof. perkembangan bahasa. mengira. motor kasar. • • • • 5 unsur yg. Ringkasnya. perkembangan fizikal dan kesihatan.12 • RPI bertindak sebagai penilaian yang berterusan bagi murid itu dalam mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.

Mewujudkan suasana kelas yang menggalakkanpengajaran dan pembelajaran 4. mewujudkan perhubungan yang baik dengan ibu bapa 4. menjalankan latihan perkembangan staf bagi cikgu di sekolah 7. Menjalankan pelbagai penaksiran 6. 8. Melaksanakan dan memantau pendidikan inklusif yang dijalankan 10. Membahagikan tugas program kepada guru 5. Membantu murid berkeperluan khas bergaul dengan murid-murid biasa dari segi sosial dan emosi 9. Membantu penyelaras dalam usaha menjayakan program khas 7. PERANAN GURU PENDIDIKAN KHAS 1. Melaksanakan program khas bagi guru besar sekolah 3. Mencari kelemahan dan kekuatan murid-murid dan menjalankan pengajaran . Mengurus tingkah laku murid khas 5. Mengembangkan program khas. Mewujudkan perhubungan yang baik dengan guru besar dan guru biasa 9. Mewujudkan sistem-sistem berkesan mengendalikan perkara-perkara yang wajib 6. Melaksanakan segala program dan aktiviti yang diarahkan oleh JPN dan JPK 2.13 Aliran Pembentukan RPI PERANAN PENYELARAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS 1. memastikan peralatan dan keperluan fizikal mencukupi 11. Melaksanakan aktiviti kokurikulum bagi murid khas 3. Mewujudkan suasana persekitaran yang menggalakkan pembelajaran 8. Melaksanakan P & P Pendidikan Khas 2. Menjadi “Advocate” bagi hak murid khas.

16. 12. 15. 11. Membuat alat-alat bahan bantu mengajar untuk pengajaran yang lebih berkesan dan menarik Berhubung dengan agensi-agensi bantuan Membantu murid mencapai perkembangan yang optimum Merancang IEP (RPI) untuk murid-murid bekeperluan khas mengikut keupayaan murid tersebut Merancang aktiviti untuk murid-murid berkeperluan khas berasaskan keperluan individu dan ujian diagnostik Merancang penilaian berkala tentang pencapaian murid berdasarkan keputusan untuk perubahan atau kutipan data melaksanakan sistem modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tingkah laku yang dikehendaki atau melupuskan yang tidak diingini . 14. 13.14 10.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful