You are on page 1of 58

1

HUBUNGAN ANTARA GAYA ASUHAN IBUBAPA DENGAN DISIPLIN


PELAJAR.

BAB I

1.1 PENGENALAN

Bahagian ini menjelaskan kajian yang dijalankan dari segi latar belakang kajian,
pernyataan masalah, kerangka konseptual kajian, tujuan kajian, kepentingan kajian,
batasan kajian dan definisi istilah. Bahagian tujuan kajian menjelaskan objektif dan
persoalan kajian serta hipotesis-hipotesis kajian yang dibina untuk mencapai tujuan
kajian ini. Bahagian definisi istilah pula menjelaskan istilah-istilah penting yang
digunakan dalam kajian ini.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Ibubapa telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga, mengasuh, mendidik dan memberi


segala hak anak-anak supaya mereka berfungsi sebagaimana yang dikehendaki oleh ibu
bapanya. Amanah itu wajib dilaksanakan bagi memastikan perkembangan jiwa anak-anak
berada pada tahap yang paling baik sehingga mereka remaja dan meningkat dewasa.

Unit keluarga didapati pada semua masyarakat dan remaja merupakan produk
daripada persekitaran keluarga iaitu satu sumber primer dalam proses sosialisasi. Untuk
itu segala pertentangan di dalam nilai sosial dan moral yang wujud dalam populasi
remaja merupakan hasil daripada jenis sistem yang digunakan oleh sesebuah keluarga dan
persekitaran di mana mereka disosialisasikan. (White,1996)

Seorang ahli antropologi, George Peter Murdock (dalam Goode, 1982)


mentakrifkan bahawa keluarga adalah satu kelompok sosial yang tinggal di bawah satu
bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat. Faktor
2

kepincangan keluarga dan taraf sosioekonomi sesebuah keluarga akan mencorakkan


kehidupan seorang kanak-kanak. Kegagalan ibu bapa sendiri untuk membetulkan
kepincangan anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak ini tidak lagi menghormati
mereka.

Institusi keluarga memainkan peranan yang penting sebagai pembentuk sahsiah


anak-anak. Ibu bapa haruslah membimbing, memahami dan menyelami kehendak jiwa
remaja serta berfikiran terbuka. Ini akan mendorong kepada kewujudan suasana
harmonis.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Banyak gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah, maksiat, isu 'mat rempit',
kemerosotan disiplin, ponteng sekolah dan sebagainya yang selalunya dikaitkan dengan
remaja. Lebih mengejutkan ialah Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG),
Kementerian Pelajaran, Datuk Abdullah Abdul Kadir bahawa purata kes ponteng di
pedalaman cecah 40 peratus sehari. (Berita Harian, 17 Ogos 2005). Lebih
membimbangkan lagi, beliau berkata, kadar itu meningkat pada waktu tertentu, terutama
ketika musim buah-buahan atau hujan. Apabila gejala-gejala seperti ini berlaku institusi
keluarga sering dipersalahkan dan menjadi tempat tunding jari pihak-pihak tertentu.
(Lim, 2005)

Ini bertepatan dengan ulasan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dalam
isu kajian masalah sosial remaja di mana beliau menyarankan supaya berhenti
menyalahkan remaja sahaja. Sebaliknya orang tua yang selalu menghukum remaja juga
perlu menilai semula peranan mereka dalam hal ini. (Berita Harian, 1.3.2007)

Sementara itu, lima aspek personaliti dikenal pasti punca utama jenayah
membabitkan kanak-kanak berusia antara 7 hingga 12 tahun yang semakin kerap berlaku.
Kajian seorang pensyarah dan pelajar peringkat kedoktoran Pusat Pengajian Psikologi
dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selama dua tahun
3

membabitkan kanak-kanak dari rumah kebajikan di seluruh negara, mendapati lima


kelakuan itu dipengaruhi pelbagai konflik dalaman membabitkan institusi kekeluargaan
dan pendidikan. Kajian itu mendapati kebanyakan pelaku jenayah juvana itu mempunyai
personaliti tidak matang yang diwarisi daripada ibu bapa kerana didikan keluarga yang
kurang sempurna. Kepincangan institusi berkenaan menjadi salah satu faktor perlakuan
jenayah terjadi di kalangan kanak-kanak. (Berita Harian, 6.9.2005)

Kajian itu juga mengesahkan kanak-kanak yang kerap melakukan jenayah


seumpama itu hadir dari keluarga yang mempunyai masalah kendiri, tidak mampu
berkomunikasi dengan baik dan mempunyai hubungan kemanusiaan yang lemah kerana
tidak cenderung berfikir secara kritikal serta berbual mengenai perkara yang sihat dengan
anak-anak.

Berdasarkan kenyataan di atas maka pengkaji berminat untuk melihat kesan gaya
asuhan dan kaitannya dengan disiplin pelajar di sekolah. Maksud Hadis, 'setiap anak
yang lahir ke dunia fitrah semulajadinya suci dan bersih, ibu bapalah yang membentuk
anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi'. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Ertinya tanggungjawab dan kesan asuhan ibubapa ke atas anak-anak sangatlah besar
kerana anak-anak kecil umpama kain putih yang sedia diberi apa saja corak yang disukai
oleh ibubapanya.
4

1.4 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

1.4.1 Institusi Yang Mempengaruhi Remaja

MASYARAKAT IBUBAPA

REMAJA

RAKAN
SEKOLAH

Sumber: Diubahsuai daripada Myers, (1993).


Rajah 1.1 Institusi Yang Mempengaruhi Tingkahlaku Remaja.

Dalam proses pembesaran seorang remaja, banyak institusi yang boleh mempengaruhi
mereka tetapi yang paling penting ialah ibu bapa atau keluarga, rakan, sekolah atau guru
dan masyarakat. Institusi-institusi ini mempengaruhi remaja secara langsung. Seseorang
remaja akan terjerat dengan masalah kehidupannya bergantung kepada apa yang
dipengaruhi oleh keempat-empat institusi ini dan setakat mana keupayaan individu
remaja itu mengawal dirinya.
5

1.4.2 Pendekatan Teori

Dalam kajian ini teori yang akan diperbincangkan dengan terperinci ialah model gaya
asuhan Baumrind, teori ini akan dijadikan asas dalam sumber rujukan utama dalam
kajian. Pemilihan model gaya asuhan Baumrind ini adalah kerana model gaya asuhan ini
adalah satu model yang telah kukuh kerana ia telah digunakan sejak 25 tahun yang lalu
oleh ramai pengkaji sama ada pengkaji luar negara mahupun dalam negara.

1.4.3 Model Gaya Asuhan Baumrind

Model gaya asuhan telah diperkenalkan oleh Diana Baumrind pada tahun 1966 dan kajian
ini telah dilanjutkan lagi hingga tahun 1971, 1980, 1987 dan 1989. Kajian ini berkaitan
dengan kesan-kesan gaya asuhan yang berbeza ke atas remaja.

Berdasarkan pemerhatiannya Baumrind (1987) (dalam Conger & Galambos,


1988), telah mengenalpasti tiga profil personaliti asas kanak-kanak dan juga telah
mengklasifikasikan empat bentuk gaya asuhan anak-anak yang berbeza iaitu:

1. Demokratik :

Merupakan satu cara pembesaran di mana ibu bapa mengenakan peraturan atau
had-had batasan tingkahlaku tertentu tetapi membenarkan komunikasi yang
bersifat terbuka dan anak-anak juga diberi kebebasan untuk membuat keputusan
sendiri dalam perkara-perkara tertentu.

2. Autokratik :

Merupakan sejenis gaya asuhan membesarkan anak di mana ibu bapa


mengenakan kawalan yang ketat ke atas tingkahlaku anak dengan membuat
peraturan-peraturan, memastikan nilai-nilai dipatuhi oleh anak-anak dan tidak
membenarkan anak menyoal tentang perturan-peraturan dan nilai-nilai tersebut.
6

3. Permisif Indulgen :

Cara pembesaran bersifat corak komunikasi yang terbuka dan ibu bapa kurang
menekankan tentang tingkahlaku anak. Ibu bapa juga bersifat tidak mengawal
tetapi tinggi dalam responsif.

4. Permisif Negligen :

Gaya asuhan anak dicirikan dengan tiada langsung corak komunikasi terbuka
antara ibu bapa dengan anak. Ibu bapa mengambil langkah tidak terlibat atau
mengabaikan terus anak-anak. Dengan kata lain ibu bapa disifatkan tidak
mengawal dan tidak memberi respon terhadap anak-anak mereka.

Baumrind, (1988), telah menekankan kepentingan dua dimensi dalam cara pembesaran
anak-anak iaitu demandingness dan responsiveness ibu bapa. Mekanisme pembesaran
yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak adalah diwakili oleh penyilangan antara
dua dimensi tersebut. Demandingness didefinasikan sebagai jumlah atau darjah ketegasan
serta kawalan yang dikenakan oleh ibu bapa terhadap anak-anak manakala
responsiveness pula dilihat sebagai kekerapan interaksi dan kemesraan dengan anak sama
ada secara positif atau negatif.

Dimensi demandingness adalah merujuk kepada gaya asuhan berkaitan dengan


tahap ketegasan dan kawalan ibu bapa. Selalunya ibu bapa tegas terhadap apa yang
dilakukan oleh anak-anak dan akan memarahi sekiranya tidak mencapai tahap dan
ekspektasi yang mereka ingini.

Bagi demensi responsiveness pula cara asuhan berkaitan dengan tahap sokongan,
kemesraan dan penglibatan ibu bapa selalunya ibu bapa dalam dimensi ini akan
melibatkan diri dan memberi sokongan terhadap aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak
7

mereka. Mereka boleh mendengar dengan aktif, memberi respon, menunjukkan


kemesraan dan boleh memberi fokus kepada apa yang dititikberatkan oleh anak-anak
mereka.

Baumrind telah membuat kesimpulan bahawa ibu bapa yang kedua-duanya


demanding dan responsif mempunyai anak yang bertanggung jawab secara sosial.

Ringkasan dari Rajah 1.2 di bawah membawa makna bahawa gaya asuhan adalah :

Autokratik Tinggi Kawalan, Kurang Responsif

Permisif indulgen Tinggi Responsif Kurang Kawalan

Demokratik Tinggi Responsif Dan Kawalan

Permisif negligen Rendah Responsif Dan Kawalan

KAWALAN
DIMENSI
Rendah Sederhana Tinggi
Permisif
Tinggi Demokratik
indulgen

RESPONSIF Sederhana Sederhana

Permisif
Rendah Autokratik
negligen

Sumber : Judith A Schickedanz, 1998. Understanding Children And Adolescent, 3rd


Edition.
Rajah 1.2 Corak Asuhan Dua Dimensi Baumrind

Dalam kajian awalnya Baumrind melihat hubungan antara cara asuhan dan tingkahlaku
kanak-kanak. Dia mendapati kanak-kanak yang diasuh dengan cara asuhan demokratik
mempunyai keyakinan sosial dan tanggungjawab sosial. Manakala kanak-kanak yang
8

diabaikan atau ditolak oleh ibu bapa, rendah tangunggjawab sosial dan keyakinan sosial.
Kanak-kanak yang diasuh dengan gaya demokratik akan tinggi keyakinan sosial dan
sederhana tanggungjawab sosial. Manakala kanak-kanak yang diasuh cara autokratik dan
permisif adalah berkemampuan atau berkecekapan sederhana.
9

1.4.4 Kerangka Konseptual Kajian


(Gaya-gaya Asuhan)

AUTOKRATIK

DISIPLIN
DEMOKRATIK
PELAJAR

(Pembolehubah Bebas)

PERMISIF

(Pembolehubah Bersandar)
Sumber: Diubahsuai daripada Boocock (1972)
Rajah 1.3 Kerangka Konseptual Kajian

Berdasarkan Rajah 1.3, kerangka konseptual kajian menyatakan bahawa gaya asuhan
terbahagi kepada tiga jenis iaitu gaya asuhan autokratik, gaya demokratik dan gaya
permisif. Manakala disiplin pelajar pula merujuk kepada tingkahlaku ponteng bagi
pelajar-pelajar menengah rendah. Oleh yang demikian, gaya asuhan mempunyai
hubungan dengan disiplin pelajar-pelajar di sekolah khususnya tingkahlaku ponteng.

Pengkaji merasakan pendekatan teori yang dinyatakan di atas sesuai dijadikan


rangka dan asas panduan kepada pengkaji dalam melihat hubungan antara cara asuhan
dengan salah laku ponteng.
10

1.5 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau pola-pola gaya asuhan yang diamalkan di
kalangan ibu bapa. Di samping itu, penelitian ke atas perkaitan antara gaya asuhan ke
atas disiplin anak-anak menjadi tujuan penting untuk menjalankan kajian ini. Masalah
disiplin anak-anak remaja merupakan satu isu yang perlu diberi perhatian ialah salah laku
ponteng. Ia kerap diperkatakan dan kegagalan gaya asuhan ibu bapa juga sering
dikaitkan. Ini kerana tidak mustahil masalah disiplin anak remaja tersebut adalah bertitik
tolak daripada masalah tingkah laku mereka di rumah sejak zaman kanak-kanak lagi.

Pelbagai faktor telah dihungkaitkan dengan fenomena salah laku remaja,


khususnya pelajar sekolah menengah. Antara faktor yang berkemungkinan menyebabkan
masalah disiplin pelajar ialah faktor keluarga, khususnya aspek gaya asuhan ibu bapa
terhadap anak-anak yang didapati menyumbang kepada salah laku pelajar. Oleh itu kajian
ini dijalankan untuk melihat gaya asuhan yang diamalkan oleh ibu bapa, faktor-faktor
fizikal seperti tahap sosioekonomi ibu bapa, tahap pendidikan ibu dan bapa, jenis
pekerjaan ibu dan bapa juga mempengaruhi gaya asuhan. Bagaimanakah jenis gaya
asuhan memberi impak negatif kepada masalah disiplin pelajar.

1.6 OBJEKTIF KAJIAN

1. Untuk mengenalpasti pola gaya asuhan ibu bapa di kalangan pelajar-pelajar


bermasalah disiplin.
2. Untuk mengenalpasti hubungan di antara masalah disiplin pelajar dengan gaya-
gaya asuhan ibu bapa.
11

1.7 PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah pola gaya-gaya asuhan di kalangan pelajar-pelajar bermasalah


disiplin.
2. Adakah terdapat terdapat perbezaan min bagi gaya-gaya asuhan di kalangan
pelajar-pelajar bermasalah disiplin berdasarkan jantina.
3. Adakah terdapat terdapat perbezaan min bagi gaya-gaya asuhan di kalangan
pelajar-pelajar bermasalah disiplin berdasarkan SES.
4. Apakah terdapat perhubungan di antara gaya-gaya asuhan dengan pelajar-
pelajar bermasalah disiplin.

1.8 HIPOTESIS KAJIAN

Ho1: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan antara gaya-gaya asuhan
berdasarkan jantina.
Ho2: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan antara gaya-gaya asuhan
berdasarkan SES.
Ho3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara masalah disiplin dengan
gaya asuhan jenis autokratik.
Ho4: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara masalah disiplin dengan
gaya asuhan jenis demokratik.
Ho5 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara masalah disiplin dengan
gaya asuhan jenis permisif.

1.9 KEPENTINGAN KAJIAN

Diharapkan kajian ini dapat memberikan maklumat tentang gaya asuhan yang diamalkan
oleh ibu bapa ke atas remaja yang dalam konteks ini ialah pelajar sekolah menengah.
Kajian berkenaan cara asuhan ini penting untuk membantu pihak sekolah menangani
masalah-masalah disiplin di kalangan pelajar dengan lebih baik.
12

Di samping ia juga bertujuan mengenalpasti permasalahan yang wujud di dalam


mencorakkan remaja yang berada di persekitaran felda, luar bandar dan perkampungan
nelayan. Dengan ini remaja yang tinggal di kawasan-kawasan berkenaan akan mudah
difahami dengan lebih mendalam. Di samping itu ia juga menyediakan atau merancang
langkah-langkah dan kaedah-kaedah berupa pencegahan ataupun rawatan peringkat awal
apabila punca berkaitan masalah disiplin mereka dikenal pasti khususnya masalah
ponteng yang jika diawasi akan merugikan masa depan mereka.

Kajian ini dianggap sebagai garis panduan bagi membaiki masalah disiplin bukan
sahaja dengan mengenakan hukuman dan dendaan tetapi lebih cenderung kepada
memberi bimbingan dan nasihat. Seterusnya ia diharap boleh dijadikan maklum balas
terutamanya kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan pentadbir sekolah serta
ibu bapa untuk mengenal pasti cara terbaik dalam usaha mengatasi masalah disiplin dan
mendisiplinkan pelajar-pelajar.

Akhir sekali ia sangat berguna juga kepada kaunselor-kaunselor untuk


membimbing pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan disiplin untuk menjadi warga
yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelektual selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

1.10 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan secara tinjauan dan terbatas kepada perkara seperti di bawah :

a) Responden dalam kajian ini adalah terbatas kepada pelajar menengah rendah di tiga
buah sekolah di Daerah Rompin, Pahang Darul Makmur. Tiga buah sekolah tersebut
diambil dari setiap zon yang terdapat di daerah Rompin iaitu zon Muadzam Shah, zon
Pantai dan zon Chanis. Sekolah-sekolah tersebut ialah:

1. Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah, Muadzam Shah, Pahang.


13

2. Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin, Pahang.


3. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak, Keratong, Pahang.

Oleh itu, dari tiga buah sekolah yang dipilih, kajian ini hanya akan dapat
digeneralisasikan di daerah Rompin, Pahang, sahaja.

b) Kajian ini melibatkan gaya-gaya asuhan ibu bapa terhadap disiplin pelajar di sekolah-
sekolah menengah di daerah Rompin sahaja. Ia tidak digeneralisasikan kepada semua
sekolah menengah. Kajian ini memperlihatkan hubungan gaya asuhan dengan disiplin
pelajar. Pola-pola gaya asuhan boleh berubah mengikut peredaran zaman serta perubahan
situasi pendidikan.

1.11 DEFINISI ISTILAH

Bahagian ini memberikan definisi kepada istilah-istilah penting yang digunakan dalam
kajian ini.

1.11.1 Gaya Asuhan

Gaya asuhan yang digunakan oleh ibu bapa dalam membentuk atau mengawal anak
mereka di sepanjang proses tumbesaran yang mana boleh memberi kesan corak
tingkalaku remaja. Menurut Edler (1980), terdapat tujuh cara asuhan terhadap anak
remaja seperti berkut :

a) Gaya asuhan pertama ialah autokratik di mana anak tidak dibenarkan untuk
memberikan sebarang pendapat. Keputusan adalah di tangan ibu bapa dan kemesraan
tidak wujud.

b) Gaya asuhan kedua pula ialah autoritarian. Cara gaya ini agak berbeza dengan
autokratik kerana gaya ini memberikan peluang kepada anak-anak untuk memberi
14

pendapat dalam proses membuat keputusan. Akan tetapi keputusan muktamat akan
ditentukan oleh ibu bapa.

c) Gaya asuhan ketiga ialah demokratik dan ini menerangkan hak dan kuasa
dalam membuat keputusan adalah berkongsi bersama tetapi keputusan tetap di tangan ibu
bapa.

d) Gaya asuhan keempat ialah permisif, di mana anak remaja mengambil


tanggungjawab di atas keputusan dan tindakan yang bakal diambil, ibu bapa tidak
bertanggungjawab di atas sebarang keputusan yang dibuat oleh anak mereka.

e) Gaya asuhan kelima ialah Equalitarian, di mana anak dan ibu bapa mempunyai
hak dan tanggungjawab bersama di atas setiap keputusan yang diambil.

f) Gaya asuhan keenam ialah Laissez-fair yang meletakkan tanggungjawab


kepada anak untuk mengawal keputusan yang dibuat. Ibu bapa boleh menyumbang
pendapat dan pandangan.

g) Manakala gaya asuhan ketujuh pula ialah ignoring yang menunjukkan ibu bapa
langsung tidak mengambil bahagian di dalam sebarang tindakan dan proses membuat
keputusan.

Di dalam kajian ini pengkaji mengambil klasifikasi yang dikemukakan oleh


Baumrind (1991) sebagai asas kepada pengukuran gaya asuhan. Beliau telah
mengklasifikasikan gaya asuhan kepada tiga iaitu :

a) Demokratik

Gaya asuhan demokratik menunjukkan ibu bapa lebih melibatkan diri secara aktif dalam
membentuk tingkahlaku anak, mengawalnya, mengadakan perbincangan, meminta anak
menjadi matang dan memupuk peribadi anak. Teknik yang digunakan lebih kepada
15

demokratik dan banyak membuat perbincangan terbuka berkenaan perasaan, perspektif


dan sebagainya. Dalam menangani tingkahlaku negatif anak, ibu bapa akan memberitahu
mengapa anak perlu mengikut peraturan. Ibu bapa juga akan memahami mengapa anak
bertingkahlaku sedemikian. Anak akan mempunyai keyakinan dan kawalan diri yang
tinggi dan lebih mengutamakan kualiti dan pencapaian tinggi dalam pelbagai bidang.
(Baumrind, 1973 dalam Seifert et al, 1991)

Gaya demokratik juga melibatkan kedua-dua arahan dan tindak balas. Ibu bapa
akan mengawasi dan memaklumkan dengan jelas mengikut tahap anak-anak. Mereka
tegas tetapi tidak mengganggu dan menyekat. Kaedah disiplin yang digunakan adalah
lebih kepada menyokong berbanding dengan menghukum. Ibu bapa yang mengamalkan
gaya ini inginkan anak mereka menjadi tegas, bertanggungjawab sosial dan teratur serta
bekerjasama.

b) Autokratik

Gaya autokratik pula mengenakan tuntutan yang tinggi dan banyak memberi arahan
tetapi tidak bertindak balas. Ibu bapa yang mendidik anak mereka dalam kategori ini
mahukan kepatuhan anak-anak mereka. Gaya ini juga berdasarkan status dan
mengharapkan arahan mereka dipatuhi tanpa sebarang alasan. Mereka menyediakan
persekitaran yang tersusun dan berstruktur dengan peraturan yang dinyatakan dengan
jelas. Gaya bercorak autokratik boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu autoritarian
bukan arahan yang berbentuk arahan tetapi tidak bersifat mengganggu atau autokratik
dalam menggunakan kuasa. Bahagian yang kedua pula ialah autoritarian arahan iaitu
didikan yang berdasarkan arahan yang banyak mengganggu.

Ibu bapa lebih mengawal dan meminta anak menjadi matang dalam segala
perkara. Mereka juga rendah dalam memupuk dan berkomunikasi dengan anak,
mementingkan unsur kuasa dan autoriti dalam cara asuhan. Ini akan menjadikan anak
tidak gembira, stress di sekolah. (Baumrind, 1973 dalam Seifert et al, 1991)
16

Cara autokratik kurang menerangkan sebab atau penjelasan dan kurang


menitikberatkan perihal anak. Anak diminta menerima peraturan tanpa persoalan kerana
ibu bapa tahu apa yang terbaik. Tiada ganjaran yang diberikan kerana dikira akan
menanjakan anak. Hubungan fizikal seperti sebat dan rotan digunakan untuk mengawal
tingkahlaku dan akhirnya menimbulkan dendam di dalam diri anak-anak. Malah ibu bapa
juga tidak mengambil tahu mengapa anak bertingkahlaku sedemikian. (Hurlock 1964)

c) Permisif

Gaya permisif menunjukkan ibu bapa lebih kepada memupuk dan berkomunikasi dengan
anak tetapi kurang mengawal dan kurang mematangkan anak dalam pelbagai perkara. Ibu
bapa lebih mengikut kemahuan anak dan hasilnya anak akan kurang kepercayaan pada
diri dan kurang mampu mengawal diri. (Baumrind, 1973 dalam Seifert et al, 1991)

Gaya permisif lebih kepada bertindak balas daripada membuat tuntutan. Ia tidak
bersifat tradisional dan tidak berdasarkan kekerasan, ia juga tidak memerlukan tingkah
laku yang matang, menggalakkan peraturan sendiri dan mengelak daripada berdepan. Ibu
bapa dalam kategori ini juga boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu demokratik-
walaupun lembut, mereka banyak meneliti dan menumpukan perhatian dan bekerjasama
dengan anak-anak mereka serta tidak mengarah. Manakala kumpulan yang kedua pula
ialah ibu bapa yang tidak mengarah.

1.11.2 Disiplin

Menurut Ee Ah Meng (1994), disiplin merupakan peraturan yang dipersetujui oleh


sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi
kesempurnaan kehidupan masyarakat itu sendiri. Disiplin juga merujuk kepada cara
berfikir yang tersusun dan seterusnya membawa kepada sikap rasional serta keyakinan
diri seseorang itu. Dalam bilik darjah disiplin memainkan peranan untuk mewujudkan
17

suasana bilik darjah yang sihat dan harmonis dan seterusnya menggalakkan proses
tersebut berlaku dengan lebih berkesan lagi. Bagaimanapun dalam setiap bilik darjah,
tidak kira apa jenis kepimpinan yang wujud di kalangan guru, masalah disiplin sentiasa
ada terutama di peringkat sekolah menengah.

Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, disiplin didefinisikan sebagai


kesanggupan seseorang uindividu untuk menghormati dan mematuhi budaya masyarakat.
Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja, menjalankan tugas atau
membuat sesuatu dengan cukup tertib dan teratur serta sanggup mengawal tingkahlaku
dan menghormati hak individu lain selain itu, individu yang berdisiplin mempunyai
semangat tolong menolong serta sanggup membaiki keadaan yang sedia ada menerusi
usaha membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.

Dalam konteks kajian ini, masalah disiplin merujuk kepada perlakuan salah laku
pelajar-pelajar sekolah menengah terhadap ponteng iaitu ponteng sekolah.

Umumnya disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan


untuk membentuk para pelajar supaya selari dengan kehendak agama, norma-norma
masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Dalam keadaan banyak unsur yang
mempengaruhi perkembangan mental pelajar usaha menanam nilai yang baik menjadi
sukar juga. Gejala seperti ponteng sekolah, melawan guru, bersikap antisosial (peraturan),
bergaduh, membuli, merokok dan sebagainya adalah masalah yang sering diperkatakan.
Mengikut kamus Oxford Advanced Learner’s, disiplin didefinisikan sebagai:

“ … is the practice of training people to obey rules and orders and punishing them
if they do not”

Mengikut Kamus Bahasa Melayu (1995), disiplin ditakrifkan sebagai 'kepatuhan,


kesetiaan dan ketaatan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan”. Manakala mengikut
Kamus Dewan, (1989) disiplin didefinisikan sebagai “latihan, terutamanya pemikiran dan
18

kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan
sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman atau denda dikenakan”.

Mengikut Barbara An Kipter, Ph.D dalam Roger’s 21st Century Thesaurus, beliau
mengatakan disiplin itu adalah “latihan dan dendaan (Training and punishment)”.
Terdapat 3 kategori masalah disiplin iaitu berat, sederhana dan ringan. Kesalahan disiplin
yang berat dan sederhana akan dimaklumkan kepada ibubapa untuk perhatian dan
tindakan. Kesalahan-kesalahan yang ringan dan yang lebih berat pula direkodkan.

(Disiplin Sekolah Semakin Merosot, http://tuanmat.tripod.com/disiplin.html)


Di dalam kajian ini pengkaji memilih satu sahaja daripada masalah disiplin yang
hendak dikaji iaitu ponteng sekolah.

1.11.3 Pelajar

Mengikut Lindgren (1972), pelajar adalah merujuk kepada individu atau kumpulan
individu yang membentuk kumpulan dalam bilik darjah yang mewakili program
pendidikan yang diwujudkan atau dijalankan. Dalam kajian ini pelajar adalah merujuk
kepada pelajar yang berada dalam peringkat menengah rendah di tiga buah sekolah di
Daerah Rompin, Pahang Darul Makmur.

Kesimpulannya masalah tingkah laku berlaku berdasarkan faktor dalaman dan


faktor luaran seperti kenyataan yang telah dinyatakan. Ia berlaku sama ada berdasarkan
perkembangan diri pelajar yang mengalami proses perkembangan remaja di samping
beberapa dorongan yang disumbangkan oleh keluarga bagi memenuhi keperluan harian
mereka.

Secara umumnya kajian ini akan melihat sejauhmana perkaitan di antara gaya
asuhan yang diamalkan oleh ibu bapa di rumah dengan masalah disiplin pelajar-pelajar.
Masalah disiplin pelajar secara khusus ialah masalah ponteng sekolah. Ini penting di
dalam usaha untuk mencari penyelesaian terhadap permasalahan ponteng di kalangan
19

pelajar. Persoalan-persoalan berkenaan gaya-gaya asuhan yang tersenarai akan terjawab


dan kajian ini akan memperlihatkan segala jawapan berkenaan persoalan-persoalan
tersebut secara ilmiah sama ada dari segi hipotesis dan sebagainya.

RUMUSAN

Dalam bab ini, penulis telah menjelaskan tentang masalah-masalah disiplin pelajar
sekolah menengah, yang secara khusus merujuk kepada tingkahlaku ponteng, tujuan
kajian, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian dan kerangka konsepsual kajian
untuk melihat dengan lebih jelas tentang berkaitan dengan masalah disiplin pelajar. Bab
ini juga menjelaskan berkenaan dengan kepentingan kajian, batasan kajian dan definisi-
definisi dalam penulisan. Bab seterusnya penulis akan menerangkan tentang kajian-kajian
lepas yang berkaitan dengan faktor-faktor yang menyebabkan masalah perlakuan
ponteng.
20

BAB II

TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN

Bab ini membincangkan konsep gaya asuhan dan hubungannya dengan masalah disiplin.
Ia juga turut membincangkan maklumat dan tinjauan penyelidikan yang telah dijalankan
oleh penyelidik tempatan dan luar negara berhubung gaya asuhan dan masalah disiplin
iaitu ponteng sekolah.

2.2 GAYA-GAYA ASUHAN

Melalui pembacaan yang dilakukan maka didapati bahawa jenis gaya asuhan yang
memberi impak positif kepada tahap disiplin anak ialah jenis demokratik. (Taris & Bok,
1996) Malah gaya asuhan ini merupakan gaya asuhan yang paling berjaya di dalam
jangka masa panjang.(Seifert,1991)

Manakala jenis asuhan autokratik merupakan gaya asuhan yang membawa kepada
persekitaran yang mengawal (kritikal) oleh ibu bapa. Selain itu jenis asuhan ini
memperlihatkan tingkat yang tinggi dalam mendesak dan ugutan terhadap anak oleh bapa
di dalam mempraktikkan disiplin yang tidak konsisten dan kasar. (Elder, 1994)

Malah gaya asuhan ini yang dicirikan sebagai tingkahlaku ibu bapa yang terlalu
mengongkong dan mengawal, tidak memberi sokongan dan kerjasama, tidak menghargai
dan empati perasaan anak, perhubungan dan komunikasi tidak mesra serta mengenakan
peraturan yang terlalu ketat dan menggunakan deraan bagi mengawal tingkahlaku anak.
Tingkahlaku ibu bapa seperti menjerit, memukul dengan tangan dan menampar atau
memukul dengan objek juga akan menyebabkan anak menjadi tertekan. (Bachok
Mohamad,1990), (Kandel,1990 dan Simon,1991 di dalam Conger & Elder,1994).
21

Ibu bapa merupakan model utama dalam mendisiplinkan anak-anak. Sehubungan


itu bentuk gaya keibubapaan memainkan peranan sangat penting, sama ada secara
langsung atau tidak terutama dalam menentukan perhubungan yang terjalin di antara ibu
bapa dengan anak.

Berdasarkan kajian Buri (199I), mendapati bahawa terdapat tiga jenis gaya asuhan
yang dicadangkan oleh Baumrind (197I), telah dipraktikkan dalam kehidupan
berumahtangga, iaitu gaya demokratik (tinggi desakan dan tinggi kemesraan),
autoritarian (tinggi desakan dan rendah kemesraan) dan permisif (rendah desakan dan
tinggi kemesraan). Hasil kajian menunjukkan bahawa gaya asuhan demokratik
merupakan gaya yang terbaik berbanding gaya autokratik dan permisif. Keadaan ini telah
dibuktikan dengan merujuk kepada balasan daripada anak remaja melalui tingkah
lakunya. Biasanya anak-anak yang dididik secara autoritatif, iaitu yang tinggi permintaan
dan boleh bertolak ansur lebih cenderung bertingkahlaku lebih baik berbanding dengan
remaja yang dididik secara autoritarian yang hanya mementingkan kawalan, peraturan
dan kepatuhan semata-mata tanpa kewujudan sikap saling bertolak ansur. Manakala gaya
permisif pula terlalu memberi kebebasan sehingga kurangnya kawalan dan terlalu
bertolak ansur.

Cara demokratik merujuk kepada gaya asuhan yang membawa pendekatan


tingkah laku ke arah usaha mematangkan pemikiran anak, iaitu melalui penekanan kuasa
terhadap anak, ia dipraktikkan dengan jelas melalui kemesraan dan lebih menyokong
terhadap persekitaran anak tersebut. Keadaan ini lebih ketara apabila rundingan dan
perbincangan tentang sesuatu peraturan dan perkara rutin dengan tingkah laku yang
diambil. Sementara itu penglibatan ibu dengan anak terutamanya dalam membuat
sebarang keputusan merupakan satu proses ke arah melengkapkan diri remaja dengan
pengalaman. Ini adalah kerana melalui penglibatan anak itu sendiri, secara tidak langsung
ianya turut menyemai sifat bertanggungjawab dan bertimbang rasa terhadap persekitaran.
22

Remaja yang dididik dengan gaya asuhan demokratik nampak kekuatan dalaman
dan luaran, mereka mampu menghubungkan mereka kepada kepelbagaian kehidupan
sosial yang mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan kematangan
psikologikal, kemampuan berhujah, kepatuhan, pencapaian yang baik di sekolah dan
kepandaian menyesuaikan diri di alam pekerjaan (Baumrind, 1971; Steinberg, Elmen, &
Mounts, 1989).

Hasil kajian Steinberg, Elmen, & Mounts (1989) mendapati bahawa gaya
keibubapaan demokratik mempunyai perkaitan yang tinggi dalam pembentukan
penyelarasan diri. Kebenaran ini disokong pula melalui kajian yang memperlihatkan
bahawa hukuman fizikal mempunyai kaitan dan boleh membawa kepada 'pencerobohan'
terhadap diri anak, ( Straus, 1991; Straus, Sugarman, dan Giles-Sims, 1997), di mana
para saintis memberi pandangan bahawa disiplin melalui fizikal sebagai satu tamparan,
tidak seperti kebiasaan dan tidak bersesuaian lagi dengan gaya asuhan demokratik.
Persepsi ini tidak lama dahulu dicabar oleh Baumrind (1967) yang menyatakan bahawa
kebanyakan ibu bapa tidak menunjukkan kekasaran ketika anak di peringkat prasekolah,
tetapi ada juga kenyataan yang menyatakan bahawa kekasaran apabila bergabung dengan
sesuatu yang negatif seterusnya akan menghasilkan tindakan yang agresif kepada anak
tersebut (Deluty,1985).

A.S. Alice Rani ( 1997 ) menyatakan, pembentukan personaliti anak-anak remaja


dikaitkan dengan gaya asuhan ibu bapa. Gaya asuhan autokratik membentuk individu
yang pendiam dan sukar bergaul, seterusnya gaya asuhan demokratik biasanya
membentuk remaja yang pandai bergaul, berfikiran terbuka dan penyayang. Manakala
remaja yang kurang bersemangat, kurang perasaan permusuhan adalah daripada keluarga
yang permisif. Gaya asuhan ibu bapa yang negatif memberikan kesan kepada anak-anak
seperti anak yang tidak berdisiplin dan proses sosialisasi mereka akan mengalami
kebuntuan.

Kajian lain pula menyatakan bahawa kepelbagaian jenis perkembangan anak


remaja, seperti perkembangan psikososial, masalah tingkah laku bahkan pencapaian
23

akademik pun mempunyai perkaitan dengan gaya ibu bapa yang mengamalkan gaya
demokratik (Baumrind, 1971; Steinberg, Elmen, & Mounts, 1989; Lamborn,. Mounts,
Steinberg dan Dornbusch, 1991). Tambahan pula, anak-anak merupakan golongan yang
sedang meningkat ke alam remaja dan membesar serta memerlukan pengawalan yang
sebaiknya. Oleh itu tingkah laku mereka memerlukan perhatian, sama sahaja remaja
lelaki atau perempuan, ini kerana didapati bahawa perubahan dalam struktur keluarga
boleh membawa kesan kepada tingkahlaku remaja.

Gaya asuhan autokratik lebih cenderung memberi tekanan dalam mendapatkan


sesuatu kepastian, terutamanya dalam memenuhi permintaan ibu bapa tersebut. Ibu bapa
seperti ini biasanya akan berjaya dalam arahannya kerana menggunakan kekerasan dan
disiplin. Anak-anak yang dihasilkan melalui gaya ini menunjukkan bahawa mereka
mengalami masalah perkembangan kualiti diri, tidak berminat di dalam pelajaran, serta
sentiasa menarik diri daripada hubungan sosial. Keadaan begini akhirnya boleh
membawa perasaan risau dan murung serta kurang berkemahiran dalam bersosial
(Lamborn, Mounts, Steinberg, dan Dornbush, 1991; Steinberg et al., 1994; Bee, 1995).

Gaya asuhan permisif cenderung menghasilkan anak kurang matang dan bersifat
impulsif, agresif, kurang berdikari dan kurang rasa bertanggungjawab. Remaja didapati
tidak mempunyai arah tujuan yang tepat berbanding remaja-remaja yang melalui asuhan
dengan gaya-gaya yang lain. Sungguhpun diketahui bahawa jenis asuhan autokratik dan
permisif menimbulkan impak negatif terhadap tahap disiplin, melalui kajian Choa (1994)
mendapati sebaliknya. Kajian paradok yang dilakukan di antara orang Eropah-Amerika
dengan orang Cina mendapati bahawa gaya autokratik yang diamalkan oleh orang Cina
memperlihatkan peningkatan tahap disiplin walaupun gaya asuhan ini telah dikenalpasti
sebagai gaya yang membawa kepada tahap disiplin rendah bagi orang Eropah-Amerika.
Namun gaya autokratik ini bukanlah diamalkan secara keseluruhan di dalam kehidupan
tetapi hanya di dalam aspek mengajar dan perkara melibatkan pendidikan sahaja.

Laporan Baumrind, (1991), menyatakan bahawa remaja yang berada dalam


keluarga yang demokratik akan berterusan cergas dan cekap dalam sosial dan kognitif.
24

Manakala remaja yang ditolak atau diabaikan menunjukkan tingkahlaku anti sosial,
kurang kawalan, kurang tanggungjawab sosial dan kebolehan kognitif, tingkahlaku
bermasalah dan menolak model ibu bapa. Baumrind juga mendapati bahawa remaja dari
keluarga yang demokratik akan berkeyakinan diri tinggi dan tidak suka bergantung.

Pada zaman dahulu anak-anak hidup dalam suasana robust atau lasak. Ibu bapa
ketika itu juga mendidik anak-anak mereka dengan kesat. Mengikut ibu bapa dulu, kalau
dididik dengan lembut anak-anak akan rosak. Bagaimanapun sekarang kekerasan bukan
cara terbaik mendidik anak yang hidup dalam keadaan dan suasana yang berbeza dari
pada dahulu. Pendedahan anak-anak terutamanya dengan teknologi maklumat tanpa
sempadan dan hiburan yang canggih menyebabkan remaja lebih terbuka. Mereka boleh
membezakan sikap ibu bapa mereka sama ada positif atau negatif, garang atau lembut.

Tingkah laku remaja dibentuk oleh ibu bapa sejak ia kecil lagi. Segala gerak geri
perhubungan secara lisan dan sahsiahnya. Penyelewengan dalam tingkah laku juga
tertakluk kepada perubahan fizikal, perubahan dalam keluarga, remaja yang cepat matang
dari segi fizikal masih memerlukan sokongan dan bimbingan ibu bapa kerana ia belum
lagi matang dalam perkembangan emosi. Remaja akan merasa kurang selesa ke atas
perubahan fizikal dan juga akan menghadapi perasaan tekanan jiwa dalam keadaan masih
belum bersedia menerima hakikat hidup remaja.

Jadi tidak hairanlah semakin pesat negara membangun dengan pelbagai teknologi
moden semakin banyak pula kemerosotan sosial berlaku di kalangan masyarakat
terutamanya generasi remaja. Malah ia semakin menular hingga ke seluruh negara. Tidak
kira di bandar mahu pun di desa. Persoalannya adakah gaya asuhan ibu bapa memainkan
peranan dan mempunyai hubungan yang rapat dalam tersebar luasnya salah laku di
kalangan remaja.

Sekiranya sikap sebenar remaja dapat dibandingkan dengan sikap ibu bapa secara
terperinci maka akan didapati bahawa terdapat perbezaan jurang di antara keduanya.
Rusnani (2000), contohnya menyatakan bahawa terdapat perbezaan persepsi di antara
25

remaja dengan ibu bapa tentang perhubungan sosial. Jurang ini juga disebabkan oleh
harapan ibu bapa yang menginginkan remaja meneruskan nilai-nilai yang dipegang oleh
ibubapanya. Remaja pula pada satu pihak sedang berhadapan dengan perubahan dalaman
dan luaran yang membawa kepada krisis.
26

2.2.1 Gaya Asuhan Dan Kebolehan Sosial

Gaya Asuhan Ciri Asuhan Tingkahlaku Remaja

Menghukum, terlalu Interaksi sosial yang tidak


mengawal, tegas, terasing, berkesan, kurang cekap,
1 tidak bersedia memberi tidak puas hati dan menarik
Autokratik
. penjelasan atau diri.
mempertimbangkan
peraturan.

Menggalakkan, tidak Kebolohan sosial,


bergantung, tegas, kawalan bertanggungjawab, cekap,
dengan penjelasan, ada kawalan kendiri, suka
2 mendengar luahan dan mencuba, puas hati dengan
Demokratik
. pendapat, bersedia memberi diri.
penjelasan dan
mempertimbangkan
peraturan.

Kurang penglibatan, tidak Tidak mantap, lemah


menghukum, kurang kawalan diri, lemah ciri
3 Permisif
pengharapan, memberi kepimpinan.
. Indulgen
kebebasan yang sepatutnya
kepada remaja.

Menolak atau mengabaikan Anti sosial, tidak matang,


4 Permisif
tanggungjawab mengasuh masalah psikologikal, tiada
. Negligen
anak. arah tujuan.
27

Sumber : Judith A. Scihickedanz, 1998, Understanding Children And Adolescents, 3rd


edition.
Rajah 1.1 Gaya Asuhan dan Kebolehan Sosial

Walaupun klasifikasi dalam pendekatan ini diutarakan empat bahagian asuhan namun
dalam kajian ini, pengkaji cuma menggunakan tiga klasifikasi gaya asuhan sahaja iaitu
autokratik, demokratik dan permisif. Di mana pengkaji menggabungkan permisif
indulgen dengan permisif negligen satu bahagian sahaja iaitu permisif.

Dapatlah dirumuskan bahawa ketiga-tiga konsep asuhan tersebut mempunyai


pendekatan yang berbeza. Namun apa yang penting adalah hasil yang bakal diperolehi,
ini kerana anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga demokratik akan lebih
28

bertanggungjawab, yakin, adaptif, kreatif, mempunyai daya ingin tahu serta pandai
bergaul dan cemerlang di sekolah. Manakala anak yang dibesarkan melalui gaya asuhan
autokratik menunjukkan bahawa mereka lebih pasif, kurang pandai bergaul, kurang yakin
dan kurang cemerlang pencapaiannya. Berikutnya anak-anak yang melalui gaya asuhan
permisif akan cenderung kurang matang, tidak bertanggungjawab, tidak mempunyai arah
tujuan yang tepat dan lebih akur kepada rakan sebaya. Sehubungan itu jelas kelihatan
kejayaan atau kegagalan mendidik anak dipengaruhi oleh penggunaan strategi yang
bersesuaian serta strategi tersebut perlulah bersesuaian denagn matlamat mendisiplinkan
anak.

2.3 Model Tingkah Laku

Sebenarnya menurut model tingkah laku, perlakuan manusia boleh diramal, dilihat dan
dikawal. Malahan tingkah laku manusia sentiasa dipengaruhi persekitaran yang berubah
ke arah positif atau negatif. Daripada rangsangan terhadap alam persekitaran, manusia
akan bertindak balas dan berlakulah pembinaan tingkah laku. Maka menurut teori ini,
jelas menunjukkan faktor persekitaran lebih penting dari faktor baka (Nor Anisah, 1992).
Stevenson (1974) menyatakan unsur tingkah laku yang diwarisi hanya pantulan-pantulan
fisiologikal, tetapi tingkah laku yang lain merupakan hasil pembelajaran. Oleh itu,
pendidikan merupakan satu unsur teras dalam pembentukan dan pengubahan tingkah
laku.

Rangsangan-rangsangan negatif terhadap alam persekitaran tadi kelak membentuk


personaliti anti-sosial dan hasilnya ialah tindak balas anti-sosial juga. Misalnya, keluarga
yang suka bermain judi, anak-anak mereka akan meniru tingkah laku itu dan
menghayatinya. Pendekatan tingkah laku merupakan pendekatan rangsangan dan gerak
balas terhadapnya yang berlaku dalam persekitaran seseorang. Kesan memerhati dan
meniru tingkah laku adalah lebih efektif, oleh itu ibu bapa merupakan model yang paling
rapat kepada anak-anak mereka.
29

Peranan pembimbing sangatlah penting seperti menjadi model yang terbaik,


bahkan menurut teori tingkah laku, peranan ibu bapa sangat kritikal. Pada asasnya,
tingkah laku manusia ditentukan hukum-hukum tertentu yang boleh diterangkan secara
saintifik. Hukum ini menunjukkan bagaimana faktor persekitaran berhubung rapat
dengan tingkah laku manusia. Tingkah laku manusia dapat diubah melalui mekanisma-
mekanisma pelazim (rangsangan dan peneguhan).

Pavlov (1927) telah "menjalankan penyelidikan tentang pelaziman klasik, yang


memberikan implikasi bahawa :

(a) Tingkah laku dipengaruhi oleh keberkesanan sistem saraf, iaitu individu yang
baik sistem sarafnya lebih mudah menguasai gerak balas tertentu melalui
rangsangan terlazim dan tidak terlazim.
(b) Gerak balas terlazim akan bertambah kukuh melalui ulangan.
(c) Faktor motivasi memain peranan penting bagi menghasilkan gerak balas.
(d) Dalam proses membina disiplin, tingkah laku yang dapat dilihat dan dikawal
perlu diberi perhatian.
(e) Pemindahan tingkah laku boleh berlaku melalui proses generalisasi untuk
membolehkan pengalaman digunakan dalam situasi-situasi yang lain.
(f) Penghapusan gerak balas terlazim memang boleh dihasilkan bagi sesuatu
tingkah laku.

Menurut Skinner (1979), pembelajaran akan berlaku, jika mempunyai rangsangan


dan tindak balas yang berulang. Skinner membahagikan tingkah laku kepada dua
bahagian, iaitu tingkah laku pantulan yang dapat dipelajari melalui pelaziman klasik dan
tingkah laku operan yang ditunjukkan seseorang tanpa rancangan yang nyata. Apa juga
tingkah laku yang diikuti dengan pengukuhan atau keadaan yang menyenangkan, maka
tingkah laku itu akan menjadi lazim.

Teori pelaziman dan kaedah pembentukan tingkah laku telah digunakan sebagai
alat untuk membentuk disiplin yang positif. Setiap individu akan melalui peringkat
30

perubahan pada diri, bermula dan peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan
sehingga tua. Sehubungan itu, persekitran sama ada ibu bapa, keluarga dan sebagainya
merupakan model dan boleh mempengaruhi setiap peringkat perubahan tersebut sama ada
ke arah berbentuk positif atau negatif. Tingkah laku turut berkembang dan dipertahankan
melalui peneguhan positif serta negatif dan melalui dendaan.

Kesimpulannya, Skinner percaya bahawa manusia boleh berkembang dengan


pelbagai cara dan tingkah laku tertentu yang boleh timbul atau hilang bergantung kepada
konsekuen-konsekuen tingkah laku tersebut, iaitu sama ada positif atau negatif.

2.3.1 Teori Perkembangan Kognitif

Piaget ( 1953); Chomsky ( 1968 ) dan Bernstein ( 1977) ( dalam Docking, 1987 ) telah
memberi tumpuan terhadap cara kanak-kanak menterjemahkan pengalaman- pengalaman
dan bagaimana kanak-kanak yang sedang membesar menyesuaikan diri dengan
pengalaman-pengalaman baru dan membentuk corak-corak pembelajaran yang lebih
kompleks. Piaget menekankan fungsi dan tindak balas minda kepada persekitaran. Piaget
melihat manusia sebagai penggerak dan bersifat rasional dan intelek. Kanak-kanak pula
dilihat sebagai punya gagasan, iaitu mempunyai daya ingin tahu dan aktif bergerak balas
terhadap persekitaran mengikut fahaman atau keupayaan kognitif kanak-kanak tersebut.
Keupayaan kognitif kanak-kanak banyak bergantung kepada :

a.Bagaimana kanak-kanak bergerak balas terhadap peristiwa di persekitaran.


b.Apakah kesan-kesan peristiwa-peristiwa tersebut terhadap perkembangan
kanak-kanak.

Wall (dalam Docking, 1987) memberi penjelasan tentang masalah tingkah laku
dengan menggunakan model Piaget. Seseorang kanak-kanak cuba membentuk cara-
cara bertindak berdasarkan pengalaman dirinya. Pengalaman-pengalaman baru
membolehkannya mcmbuat skema berdasarkan interaksinya kepada dunia fizikal dan
interaksinya dengan orang ramai. Dia akan mengubah skema ini berdasarkan
31

pengalaman-pengalaman baru berhubung alam sekitarnya. Lama kelamaan, dia dapat


mengagak tindak balas yang dihadapinya. Walau bagaimanapun, jika seseorang
kanak-kanak kerap berhadapan dengan tindak balas yang tidak dapat diagak terlebih
dahulu, maka dia terpaksa mengubah perlakuan untuk menyesuaikan dengan
skemanya.

Skema kognitif kanak-kanak melibatkan dua aspek , iaitu asimilasi di mana


merupakan satu proses apabila pengetahuan baru yang diserap oleh kanak-kanak dan
dimasukkan ke dalam skema yang ada dalam kanak-kanak. Manakala akomodasi
merupakan satu proses apabila kanak-kanak terpaksa membuat pengubuhsuaian
kepada skema pemikiran yang sedia ada kerana pengetahuan yang baru diterima itu
tidak sepadan dengan skema yang sedia ada.

2.3.2 Teori-Teori Pembelajaran Sosial

Teori-teori pembelajaran sosial menekankan pembentukan tingkah laku adalah hasil


daripada pemerhatian, membendung pemerhatian itu, menghasilkan tingkah laku yang
dibendung serta peneguhan dan motivasi terhadap tingkah laku yang dihasilkan.
(Bandura, 1977 ).

Teori pembelajaran sosial menyatakan bahawa tingkah laku adalah dipelajari.


Kanak-kanak biasanya mengikuti tingkah laku daripada orang-orang di sekitarnya.
Proses ini menjadi lebih cepat jika mereka diberikan galakan dan peneguhan. Sebagai
contohnya, jika seseorang kanak-kanak dipuji kerana menolong membuat sesuatu,
maka ada kemungkinan besar dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk
meneruskan perbuatan tersebut.

Walau bagaimanapun, jika seseorang kanak-kanak itu berhadapan dengan


keganasan dan tingkah laku yang agresif di rumah, kemungkinan besar kanak-kanak
itu rnempelajari tingkah laku ini, Ini bermakna, faktor-faktor persekitaran boleh
32

mempengaruhi tingkah laku seseorang. Teori-teori ini banyak menekankan pengaruh


model dalam menjelaskan tingkah laku seseorang.

Dalam menjelaskan teorinya, Bandura mengutarakan empat eleman utama


yang harus diberi penekanan dalam menghuraikan pembelajaran yang berlaku hasil
pemerhatian. Eleman pertama ialah perhatian. Kanak-kanak selalunya menumpukan
perhatian terhadap ibu bapa, abang atau kakak dan guru-guru.

Seterusnya pembendungan merupakan tahap kedua dalam pembelajaran. Ini


boleh berlaku dengan cara mengingati perbuatan-perbuatan yang diperhatikan.
Pembendungan boleh menjadi kukuh dengan berfikir tentang itu berulang kali atau
melatih perbuatan yang diperhatikan. Penghasilan pula merupakan tahap ketiga dalam
pembelajaran. Ini bermakna seseorang itu "melakonkan" apa yang dipelajarinya dalam
kehidupan seharian. Ini memerlukan latihan supaya penghasilannya licin tanpa
sebarang masalah. Motivasi dan peneguhan merupakan tahap keempat dalam teori
pembelajaran teori ini. Kita mungkin mempelajarai sesuatu melalui pemerhatian,
tetapi kita mungkin tidak mempertunjukkan apa yang dipelajari itu. Maka motivasi
dan peneguhan boleh menyebabkan sesuatu yang diperhatikan dan dipelajari
dipertunjukkan.

2.4 Masalah Disiplin

Dzulkarnain (1999), menjelaskan masalah disiplin merupakan kerenah yang sering


berlaku dalam sesebuah sekolah atau di dalam bilik darjah. Masalah disiplin yang paling
kerap berlaku di kalangan pelajar antaranya melawan guru, ponteng sekolah, ponteng
kelas, lambat datang ke sekolah, bergaduh, merosakkan harta benda sekolah, mencuri,
berpakaian tidak kemas, salah guna dadah, peras ugut, buat bising, cuai terhadap
pelajaran, berambut panjang, berjudi, meminum minuman keras, menganggu guru
rnengajar, menganggotai kumpulan haram, menonton video lucah dan mencabul
kehormatan orang lain.
33

Sa'eadah (2002) pula menjelaskan ketidakmampuan ibu bapa menanamkan nilai-


nilai murni dalam usaha mendidik anak-anak mereka turut mempengaruhi disiplin
kanak-kanak tersebut. Selain dari terlibat dalam penyalahgunaan dadah, meminum
minuman keras dan berjudi yang kian berleluasa di kalangan kanak-kanak. Abdul Raof
(1991), melaporkan masalah disiplin juga berpunca daripada saiz kelas yang terlalu
besar.

Salah laku didefinisikan sebagai tingkah laku yang menyimpang, iaitu


melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah atau pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia. Terdapat sembilan kategori salah laku yang telah digariskan oleh
Kementerian Pendidikan sebagai melanggar disiplin sekolah. Kategori itu adalah
jenayah, lucah, kekemasan diri, tidak mementingkan masa, kurang sopan, laku musnah
(vandalism), tidak jujur, ponteng dan kategori lain-lain tingkah laku. (Rokiah Ismail
2001).

Menurut Ghazali Othman (2002), salah laku merupakan bentuk dan jenis
masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar. Salah laku terbahagi kepada dua jenis iaitu
jenis yang ringan dan berat. Jenis salah laku ringan adalah seperti kesalahan merokok,
ponteng kelas, ponteng sekolah, mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran
seperti membuat bising dan banyak lagi. Jenis salah laku berat pula ialah seperti
penyalahgunaan dadah, merompak, memeras ugut, vandalisme, membunuh, merogol
dan lain-lain lagi.

2.4.1 Ponteng

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1996), mendefinisikan ponteng sebagai kegiatan
meninggalkan sekolah tanpa sebab atau pengetahuan guru. Ini bermaksud tidak hadir
ke sekolah tanpa apa-apa sebab yang munasabah.
34

Menurut Yaakub (I977), dan Ismail (1983), ponteng bermaksud pelajar yang
tidak hadir atau tidak datang ke sekolah tanpa izin guru atau ibu bapa. Menurutnya
lagi pelajar yang meninggalkan kelas tanpa keizinan guru, lari atau keluar dari
kawasan sekolah pada waktu ia sepatutnya berada dalam bilik darjah atau kelas untuk
mengikuti pengajaran dan pembelajaran juga termasuk dalam pengertian ponteng.
Menurut Unit Hal Ehwal Pelajar, (2000), Kementerian Pendidikan Malaysia ponteng
adalah tingkah laku tidak hadir sekolah, asrama, kelas, perhimpunan, kegiatan
kokurikulum, ujian atau peperiksaan. Menurut panduan yang diberikan oleh Unit
Disiplin, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1994), tahap ponteng
sekolah seperti jadual 1.2

Jumlah Hari Ponteng dan Amaran


Surat
Ponteng Berturut-turut Ponteng Berkala
Amaran
Pertama Pada Hari Ke-3 Pada Hari Ke-10
Kedua 7 Hari Selepas Amaran Pertama 10 Hari Selepas
Amaran Pertama
Terakhir 7 Hari Selepas Amaran Ke-2 20 Hari Selepas
Amaran Kedua
Buang 14 Hari Selepas Amaran Terakhir 20 Hari Selepas
Sekolah Amaran Terakhir
Jumlah Hari 31 Hari berturut-turut 60 Hari Berturut-turut
Tidak Hadir
Sumber: Unit Disiplin, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1994.
35

Pelajar dikatakan ponteng apabila tidak hadir ke sekolah selama tiga hari
berturut-turut. Hukumannya ialah pelajar yang didapati ponteng berturut-turut dalam
tempoh tersebut akan diberi surat amaran pertama dan surat amaran kedua akan
menyusul jika tidak hadir selama tujuh hari berserta tiga hari sebelumnya. Surat
amarah terakhir akan dikeluarkan jika pelajar masih tidak hadir selama tujuh hari
seterusnya berserta sepuluh hari sebelumnya. Jika tidak ada alasan munasabah
daripada pelajar atau ibu bapa atau penjaga setelah empat belas hari berterusan
berserta tujuh belas hari sebelumnya, maka pelajar boleh dibuang sekolah mengikut
Undang-undang Ordinan Pelajar 1957, Peraturan-peraturan pelajar (Disiplin
Sekolah)1959. (Utusan Malaysia 3 April 2001)

Dalam konteks kajian ini pelajar ponteng ialah pelajar-pelajar menengah


rendah iaitu tingkatan satu, dua dan tiga. Mereka tidak hadi ke sekolah sekurang-
kurangnya selama tiga hari dalam sebulam secara berterusan atau tujuh hari dalam
sebulan secara berkala. Kriteria ini digunakan kerana pelajar-pelajar sekolah tidak
hadir selama tiga hari dalam sebulan bermakna dia telah ponteng sekolah lebih
kurang 15 peratus daripada masa persekolahannya dalam sebulan. Bagi pelajar yang
tidak hadir selama tujuh hari dalam sebulan bermaksud pelajar itu ponteng hampir
dua hari dalam seminggu. Ini bermakna dia ponteng sekolah selama 40 peratus
daripada masa persekolahannya dalam seminggu atau 35 peratus dalam sebulan.
Penetapan ini dibuat untuk memastikan amalan ponteng yang dilakukan pelajar-
pelajar adalah munasabah dan benar sebagai kes ponteng yang tepat.

2.4.2 Faktor Keremajaan Menimbulkan Masalah Disiplin Di Sekolah :

Usia pelajar-pelajar sekolah menengah adalah usia remaja. Menurut Ahmad Amin (1998),
keremajaan umumnya ditakrifkan sebagai jambatan di antara zaman kanak-kanak dan
dewasa. Ia selanjutnya menjadi satu masa yang penuh dengan kerisauan kerana timbulnya
keperluan untuk membuat keputusan mengenai kerjaya dan corak hidup. Semua ini
36

berpotensi mewujudkan konflik dan krisis. Perubahan yang banyak berlaku setelah akil
baligh memerlukan perhatian yang khusus dan pemahaman daripada golongan yang lebih
dewasa. Penglibatan ini akan membolehkan golongan remaja melalui perubahan ke arah
kedewasaan dengan jayanya.

Menurut Kasmini (1993), remaja merupakan peralihan umur dari zaman kanak-
kanak ke zaman dewasa. Pada kebiasaannya zaman ini bermula dengan kedatangan haid
pertama bagi perempuan dan keluarnya air mani bagi lelaki. Keadaan ini berlaku pada
peringkat umur di antara 11 dan 13 tahun di kalangan perempuan dan di antara 13 dan
17 tahun di kalangan lelaki. Pada peringkat umur remaja ini banyak perubahan fizikal
berlaku. Perubahan fizikal ini dipengaruhi oleh pengeluran hormon. Tempoh perubahan
fizikal biasanya memakan masa selama 4 hingga 5 tahun bagi lelaki dan bagi perempuan
tempohnya pendek iaitu, antara 3 hingga 4 tahun sahaja. Oleh itu kanak-kanak
perempuan menempuhi alam remaja lebih awal berbanding kanak-kanak lelaki, mereka
lebih banyak mengalami gangguan emosi di peringkat awal lagi jika dibandingkan
dengan kanak-kanak lelaki.

Pada peringkat keremajaan ini sangat penting memastikan dan memupuk


pengenalan diri seseorang untuk mengelak timbulnya kekeliruan tentang peranan diri. Ini
bermaksud setelah berakhirnya zaman kanak-kanak seseorang remaja perlu dan tahu
siapa dirinya dan tahu segala ciri-ciri diri, baik atau buruk dan ada keyakinan untuk
menonjolkan identiti diri mereka kepada orang lain.

Kekeliruan dan rasa tidak pasti dengan identiti diri menjadikan mereka sukar
dalam kehidupan seharian kerana tidak tahu tentang matlamat hidup. Mereka tidak ada
tujuan hidup dan tidak tahu ke mana hendak dituju. Remaja yang berada dalam keadaan
begini akan lebih mudah terpengaruh dengan unsur luaran tanpa berfikir panjang. Mereka
tidak risau akan akibat buruk yang boleh berlaku sekiranya terlibat dengan perkara yang
tidak wajar.
37

Menurut Corey et al. (2000), umur 12 hingga 18 tahun merupakan peringkat


remaja yang merupakan masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Masa ini
dianggap sebagai satu tempoh yang sukar untuk memilih satu dasar yang boleh dijadikan
penentu, di mana seseorang remaja boleh dibimbing ke arah membuat penilaian pada
sikap dan tingkah laku yang diperlihatkan boleh menolong dirinya untuk memasuki era
dewasa dengan kefahaman yang realistik mengenai tanggungjawabnya kepada dunia
sosialnya.

Pemikiran remaja adalah pada tahap pemikiran secara 'formal'. Mereka sudah ada
kesedaran untuk berfikir, boleh menggunakannya untuk membuat keputusan dan
mengambil tindakan mengikut pertimbangan. Mereka boleh membuat kesimpulan, boleh
bertukar-tukar fikiran, membuat hipotesis dan mencuba hipotesis mereka walaupun masih
belum mencapai peringkat kematangan.

Menurut (Mohd. Nazar 1992; Muhd. Mansur 1998; Noriah 2000) keremajaan
dikatakan berakhir apabila seseorang itu mencapai umur 17 tahun atau 18 tahun, kerana
waktu ini adalah situasi baru di mana segala keinginan hidup untuk berkeluarga
meningkat, terutamanya di kalangan remaja perempuan. Waktu begini para remaja mula
rnementingkan susuk badannya dan menjaga tubuh badannya dengan baik, pandai
bersolek, memakai pakaian yang menarik perhatian orang ramai terhadap dirinya. Remaja
juga ketika ini melalui medan perubahan yang cepat sama ada jasmani, emosi, rohani dan
inteleknya. Faktor persekitaran seperti pergaulan dengan ibu bapa, rakan sebaya dan
kumpulan masyarakat amat mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan rernaja.

Noraini (1993), pula mendapati masalah yang dihadapi oleh remaja akan
menyebabkan remaja berada dalam ketegangan dan kebimbangan, keadaan ini boleh
membawa kepada berlakunya perlakuan mengasingkan diri, melanggar peraturan,
kenakalan dan masalah tingkah laku yang lain. Remaja mempunyai sikap yang terlalu
egoistik, menganggap diri mereka sebagai tumpuan seluruh dunia dan sebagai satu-
satunya tumpuan minat. Mereka mementingkan diri sendiri dan bersifat kebendaan di
samping emosi yang sering kali berubah-ubah antara riang dan sedih.
38

Mohd. Salleh (1998), menjelaskan peringkat perkembangan remaja merupakan


satu zaman peralihan dari peringkat zaman kanak-kanak ke peringkat dewasa. Ia
merupakan satu kumpulan anak muda yang berusia di antara 15 hingga 20 tahun.
Sesetengah golongan remaja menganggap mereka tidak boleh lagi diperbudak-budakkan
kerana telah menjadi seorang yang mempunyai kematangan dari segi rohani, jasmani,
intelek dan sosial. Kematangan tersebut menyebabkan mereka ingin mendapatkan
kebebasan yang sebanyak mungkin dan seterusnya menunjukkan identiti yang tersendiri..
Apa yang membimbangkan ibu bapa dan masyarakat ialah golongan remaja sama ada
yang sedang bersekolah atau yang tidak bersekolah, sudah mulai menyedari tentang
perkembangan mental-emosi mereka dan mental-emosi orang lain. Justeru mereka
sentiasa ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu. Konflik dalam diri inilah menyebabkan
kehidupan golongan remaja penuh dengan kegelisahan dan cabaran.

Menurut Wan Mohd. Zaid (1993) dan Suradi (2000) murid sekolah menengah
ialah golongan remaja. Dalam kehidupan remaja terdapat beberapa masalah tertentu
seperti remaja mengalami perubahan jasmani. Umur baligh berbeza di kalangan kanak-
kanak dan perubahan tubuh badan juga berbeza-beza. Masa remaja juga merupakan
waktu orang muda perlu berusaha mencari dan mendapatkan kebebasan sendiri. Usaha
untuk kebebasan ini kerap kali menjadikan mereka berani mencabar dalam tindakan-
tindakan kemasyarakatan. Mereka tidak harus dicaci, sebaliknya mereka memerlukan
galakan dan timbang rasa daripada orang dewasa.

Tanggungjawab remaja di dalam hidup ialah mencapai nilai untuk membentuk


kehidupan mereka. Melalui perbincangan tidak formal remaja boleh menilai pandangan-
pandangan dan menerbitkan satu set nilai yang boleh diterima. Remaja juga perlu
mencapai kejayaan dalam erti kata dunia yang lebih mantap. Mereka perlu mendapatkan
pengakuan dewasa untuk membina keyakinan diri mereka dan akan dapat mengelakkan
dari pengaruh yang tidak membawa kebaikan kepada golongan remaja.
39

Menurut (Kimble 1990; Mohammad 1992; Oil 1997), remaja adalah golongan
yang mudah terpengaruh dan sentiasa melakukan sesuatu mengikut gaya masa kini dan
memberontak jika keseronokan dan kebebasan mereka dihalang. Mereka sering
berkhayal, ingin mencapai sesuatu yang di luar kemampuan mereka dan membuat
permintaan yang tidak realistik.

Kesimpulannya perilaku remaja boleh dilihat melalui keadaan dalaman serta


fisiologi manusia yang mana tingkah laku itu digerakkan dari diri individu di peringkat
bayi dan awal kanak-kanak sehingga akhirnya menjadi kenyataan untuk tujuan-tujuan
tertentu di masa dewasa nanti. Bimbingan dari orang dewasa, ibu bapa dan keluarga akan
dapat membantu remaja mengatasi masalah tingkah laku dari berterusan.

2.4.3 Teori Punca Masalah Disiplin Pelajar

Terdapat beberapa penjelasan mengenai punca devian. Teori fungsionalisme menganggap


devian sebagai disfungsi pada struktur sosial. Teori konflik mengatakan devian
merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang menindas. Teori
subbudaya dan deprivasi status pula berpendapat devian berpunca daripada budaya
kumpulan yang berbeza dengan budaya masyarakat besar. Deprivasi selalu berpunca
daripada kekurangan ekonomi dan kelemahan emosi. Remaja terutamanya daripada latar
belakang kelas sosial rendah yang tidak berjaya dalam akademik mengalami kekecewaan
dan tekanan status lalu bertindak melakukan devian.

Teori interaksionisme melihat devian sebagai sesuatu yang subjektif dan


merupakan suatu proses sosial. Pelajar sengaja memilih tingkahlaku tertentu mengikut
kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka menginterpretasi sesuatu . Kajian
Tattum (1986) mendapati bahawa pelajar sengaja melakukan devian sebagai teknik
neutralisasi dalam interaksi mereka. Menurut Merton (1938) terdapat empat jenis devian
iaitu inovasi (suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah), ritual (tindakan
mengulang perbuatan), undur (seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya
40

lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan ) dan menentang (menolak matlamat
persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain).

Ramai ibu bapa moden menyerahkan tugas mendidik anak pada guru di sekolah.
Memang guru memainkan peranan penting untuk mendidik. Mendidik membawa makna
yang jauh lebih besar daripada sekadar mengajar atau memberikan ilmu pengetahuan.
Pengaruh guru pada pelajar juga bukan kecil. Namun, guru hanya terbabit dalam
sebahagian proses pembentukan karakter itu. Selebihnya terletak pada bahu ibu bapa.

Memang wujud keadaan pelajar akur pada disiplin sekolah, mematuhi arahan
guru dan berbudi bahasa di dalam kelas tetapi mengisytiharkan ‘kemerdekaan’ apabila
berada di luar sekolah. Mereka menganggap disiplin dan tingkah laku yang baik hanya di
dalam pagar sekolah atau apabila mereka memakai pakaian sekolah.

Oleh sebab itu, peranan ibu bapa masih penting. Masa kanak-kanak berada di
rumah masih banyak dibandingkan dengan masa bersama guru. Dari hari pertama
kelahirannya hingga seorang kanak-kanak masuk ke tahun satu, mereka sepatutnya
berada di rumah selama 30,000 jam. Hanya peratusan kecil waktu dihabiskan di nurseri
atau taman didikan kanak-kanak. Bagaimanapun realiti moden hari ini ialah ibu bapa
menghantar anak kecil dari pagi hingga petang ke nurseri atau tadika.

Sepanjang seorang kanak-kanak bersekolah rendah (enam tahun) mereka


mempunyai masa lebih 52,000 jam. Daripada jumlah itu, mengambil kira mereka di
sekolah enam jam sehari selama kira-kira 200 hari setahun, mereka menghabiskan masa
7,200 jam di sekolah. Ia bermakna hanya satu pertujuh masa mereka di sekolah
berbanding di rumah. Memang benar waktu enam jam di sekolah banyak mempengaruhi
kanak-kanak tetapi waktu di rumah dan bersama ibu bapa sebenarnya jauh lebih penting
dalam mencorakkan kanak-kanak ini.

Malah hubungan di antara apa yang berlaku di rumah dan sekolah sudah sekian
lama menarik perhatian pakar kanak-kanak dan ahli psikologi. Kanak-kanak yang datang
41

daripada keluarga tidak stabil membawa ciri yang khusus. Kanak-kanak yang terbiar juga
membawa karakter berbeza. Besar kemungkinan mereka memberontak, kasar dan sukar
dikawal. Sebagai perbezaannya kanak-kanak yang mendapat kasih sayang ibu bapa
menunjukkan sifat tersendiri.

Ramai orang menganggap dengan adanya ibu bapa di rumah sudah memadai. Di
sini pentingnya apa yang disebut ‘masa kualiti’ untuk anak. Waktu sebenar interaksi
bersifat ilmu (educational interaction) di antara ibu bapa dengan anak mereka hanya 12.2
minit sehari bagi ibu dan 7.7 minit bagi bapa. Ini termasuk waktu membaca. Kajian ke
atas ibu bapa dan ibu atau bapa tunggal di Amerika Syarikat (AS) mendapati waktu ibu
bapa ‘bercakap’ dengan anak mereka hanya 10.7 minit bagi ibu bekerja dan empat minit
bagi bapa yang bekerja.( Berita Harian, 30.9.2006)

2.4.4 Hubungan Antara Ibu Dan Anak

Hubungan emosi berkualiti dan rapat terutama yang melibatkan ibu dengan anak
akan mewujudkan hubungan keluarga yang baik dan mendapati bahawa tidak wujud
konflik kebergantungan serta ia mempunyai perkaitan secara positif dengan penghargaan
kendiri anak. (Buchanan dan Dombush,1991 dalam McCurdy,1996)

Sungguh pun demikian apa yang dikesalkan ialah sikap bapa yang kurang
memainkan peranan dan kurang berkongsi kuasa dengan anak sehingga anak tidak rapat
dengan mereka (Weinmann,1990 Di Dalam Balk,1995)

Di dalam usaha meningkatkan perkembangan anak maka seharusnya ibu dan bapa
rapat dengan mereka agar elemen didikan dapat diterapkan. Sehubngan itu penerimaan
anak terhadap ibu bapa harus berada pada tahap yang terbaik. Ini ditambah dengan tahap
perkembangan anak yang sedang berada dalam waktu transisi. (Moser, Paternite dan
Dixon, 1996)
42

Jika anak mempersepsikan ibu dan bapa sebagai autonomy supportive maka
mereka juga akan mempunyai lebih autonomi di dalam aktiviti sekolah, merasa diri
mereka mempunyai tahap persaingan dan boleh mengawal diri di dalam kelas berbanding
mereka yang mempersepsikan ibu bapa sebagai pengawal. (Grolnick 1991, di dalam
Dresner, 1996)

2.4.5 Peranan Ibu Dan Bapa Di Dalam Mengasuh Anak

Sememangnya peranan ibu dan bapa di dalam memastikan perkembangan anak


terutamanya di sudut pendidikan tidak dapat dinafikan. Sehubungan itu ibu bapa perlu
bersama-sama memainkan peranannya di dalam mendidik anak. Namun apa yang berlaku
ialah golongan bapa kurang berperanan tetapi menyerahkan urusan mendidik anak
kepada golongan ibu. (Paulson & Sputa,1996),(Forehand & Nousiainen,1993 Di dalam
Paulson,1996)

Realiti yang wujud ialah golongan bapa kurang menerima anak sehingga
menyebabkan hubungan mereka adalah jauh dan tidak rapat. (Wienmann & New
Combe,1990 Di Dalam Balk,1995), dan hanya terlibat mengasuh anak jika diperlukan
terutama dalam mendisiplinkan mereka (Simon,Conger & Wu,1992, Di Dalam Conger &
Elder, 1994) Hubungan yang tidak menggalakkan di antara bapa dan anak ini akan
mewujudkan konflik. Ini merupakan salah satu sebab menurunnya tahap disiplin.

Namun apa yang melegakan ialah penglibatan golongan ibu di dalam urusan
mandidik anak adalah lebih baik dan bersifat autoritatif. Ibu didapati lebih tinggi dalam
mengawal, menerima, rapat dengan anak (Forehand & Nousiainen,1993 Di Dalam
Paulson, 1996) dan lebih kepada kombinasi di antara kuasa, keseimbangan, keintiman
serta lebih kepada konflik (Pipp, Shaver, Jenning & Lamborn,1985 Di Dalam Paulson,
1996)

Sungguhpun demikian terdapat juga sikap ibu bapa yang memandang remeh
penglibatan mereka di dalam mengasuh anak apabila anak mereka mula memasuki alam
43

persekolahan menengah wal hal di dalam waktu ini anak amat memerlukan sokongan dan
perhatian daripada mereka. Menurut Paulson dan Sputa (1996), penurunan tahap asuhan
dan penglibatan ibu bapa terhadap anak semakin ketara apabila anak meningkat daripada
gred 9 kepada gred 12.

Ibu bapa perlu mengubah sikap dan pesekitaran keluarga sekirannya ingin
menumbangkan terhadap peningkatan tingkahlaku anak. Antaranya yang boleh dilakukan
ialah membenarkan anak mereka berkembang dan membentuk elemen dalaman melalui
tingkahlaku yang diperakukan seperti persaingan yang tinggi, memahami dan
pengawalan diri yang baik serta memberikan autonomi kepada anak. (Grolnick,1991,
Dresner dan Golnick,1996 dan Allen dan Collegues, 1994 di Dalam Delaney,1996)

Selain itu kedua ibu bapa perlu banyak terlibat dalam aktiviti anak seperti
meluangkan masa dan bertingkahlaku menyayangi. Ini akan menyebabkan anak merasa
lebih persaingan, dapat mengawal diri dan lebih berorientasi kan motivasi dan autonomi
(Grolnick,1991)

2.4.6 Tingkahlaku Anak

Gaya asuhan yang tidak konsisten dan kritikal akan mewujudkan konflik di dalam diri
terutama apabila melalui waktu transisi di antara alam kanak-kanak dan remaja. Malahan
persekitaran keluarga yang tidak kondusif dan harmoni akan menyebabkan wujudnya
tingkahlaku bermasalah. (Astone dan Mc Lananagan, 1994)

Persekitaran keluarga yang tidak kondusif dan harmoni ini bleh didefinasikan
seperti pertelingkahan dalam hak pemeliharaan bagi ibu bapa yang telah bercerai, proses
perceraian, sikap anak yang tidak mahu tinggal serumah dengan ibu dan bapa kandung.
(Kurdek,1993) dan (McCurdy & Scherman,1996)

Moses (1996), Dresner (1996), McCurdy ,(1996), Kurdek, (1994), Buchanan,


(1991) dan Weinmann, (1990) pula banyak mempersoalkan penerimaan anak terhadap
44

bapa dan ahli keluarga yang lain. Anak tidak akan menerima ibu bapa yang kritikal
terhadap diri mereka dan ini akan mewujudkan konflik di antara mereka dan secara tidak
langsung akan mempengaruhi tahap disiplin mereka di sekolah.

2.5 Kelas Sosial

Terdapat banyak kajian tentang hubungan di antara latar belakang keluarga yang tidak
stabil dengan kerosakan akhlak di kalangan anak-anak muda. Pelajar-pelajar yang datang
dari keluarga bermasalah dengan taraf sosio ekonomi yang rendah adalah antara faktor
utama pelajar terjebak dalam kancah masalah disiplin atau lebih teruk lagi iaitu jenayah.

Di rumah, kekeluargaan dan penerimaan (acceptance) tidak wujud bagi


sebilangan pelajar. Selain itu, bilangan ibu bapa dan penjaga yang bekerja di luar rumah,
semakin meningkat menyebabkan pelajar berasa terbiar dan tidak mendapat perhatian
yang sewajarnya.

Dapatan yang dinyatakan ini bertepatan dengan hujah-hujah dan dapatan kajian
Athur & Ericson (1992); Kosterman (1996), yang jelas menunjukkan faktor keluarga
merupakan alasan utama menyebabkan masalah disiplin. Keadaan ini akan menjadi
semakin teruk jika masalah ini tidak ditangani.

Kelas sosial bermaksud usaha membahagi-bahagikan manusia mengikut kategori-


kategori tertentu berdasarkan pekerjaan mereka. Pekerjaan dijadikan asas penentu kepada
bentuk pendidikan dan pendapatan seseorang di dalam masyarakat. Pengaruh sosio
ekonomi ini pula menentukan pencapaian prestasi akademik para pelajar. Pekerjaan bapa
merupakan kriteria yang paling kerap digunakan untuk menentukan kelas sosial kanak-
kanak atau status sosio ekonomi mereka.

Status sosio ekonomi atau kelas sosial merupakan unsur penelah yang paling tekal
dan kukuh bagi menentukan tahap disiplin kanak-kanak di sekolah. Taraf sosio ekonomi
dan disiplin menunjukkan hubungan yang positif, iaitu semakin tinggi status sosio
45

ekonomi ibu bapanya, maka lebih tinggilah tahap disiplin kanak-kanak itu. Tahap disiplin
bukan sahaja unsur penentu yang tepat bagi pencapaian kanak-kanak di sekolah tetapi ia
juga merupakan satu penyebab kepada ketidakhadiran, ponteng, keciciran, kemundurun
dalam pelajaran atau peluang untuk memimpin di sekolah dan sebagainya.
Kajian-kajian yang dibuat di negara kita mendapati adanya satu hubungan yang
sinifikan di antara taraf sosio ekonomi dan pencapaian atau gejala tidak mendaftar diri
(Laporan Keciciran,1973). Kajian Isahak Haron (1977) mengenai hubungan antara kelas
sosial dan pencapaian pendidikan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia,
terdapat satu hubungan yang umum antara kelas sosial dan pencapaian akademik, tetapi
kekuatan hubungannya adalah berbeza bagi ketiga-tiga kaum.

Hubungan status sosio ekonomi dengan pencapaian akademik adalah paling


ketara dalam masyarakat India , masyarakat Cina pada tahap sederhana dan masyarakat
Melayu paling tidak ketara. Mayarakat Melayu paling kurang disusunlapiskan berbanding
masyarakat Cina dan India. Marimuthu (1975) dalam penyelidikan tentang pengaruh latar
belakang keluarga dalam pelajaran belia Tamil, mendapati adanya threshold effect dalam
pengelompokkan taraf sosio ekonomi yang menentukan sama ada belia itu berdaftar di
sekolah atau tidak. Di dalam kelas pekerja , ibu bapa dibahagikan kepada dua kumpulan ,
iaitu satu yang melampau tahap kemiskinan dan satu lagi di bawah tahap kemiskinan.
Bagi kumpulan di bawah tahap kemiskinan perbezaan dalam pendaftaran adalah
dipengaruhi oleh faktor ekonomi sementara bagi golongan lain yang melebihi tahap
kemiskinan, faktor bukan ekonomi seperti pendidikan ibu bapa adalah lebih penting
daripada pendapatan mereka.

RUMUSAN

Selain itu didapati bahawa ibu lebih memainkan peranan sebagai pendidik dan rapat
dengan anak berbanding bapa. Anak pula didapati lebih menerima ibu bapa yang
memberi sokongan dan menggalakkan perkembangan diri. Memlalui kajian yang dibuat
oleh pengkaji seperti Paulson (1996), Forehand (1993), Simon (1992) dan Pipps (1985),
didapati bahawa kuasa keterlibatan di dalam mengasuh anak lebih kepada ibu manakala
46

bapa lebih kepada aspek melaksanakan peraturan. Didapati juga ibu bapa yang kurang
terlibat di dalam proses ini akan menyebabkan permasalahan di dalam keluarga terutama
di antara ibu bapa dan anak remaja.

Manakala aspek keluargaan anak lebih ditumpukan oleh Taris (1995),


Aston(1994) dan Kurdek (1993). Permasalahan ini dilihat sebagai tingkahlaku mendesak
oleh anak dan ketidakinginan anak untuk tinggal bersama keluarga. Ini menimbulkan
konflik di dalam keluarga tersebut di antara ibu bapa dan anak.

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

PENDAHULUAN

Bab ini akan menerangkan tentang langkah yang diambil dalam merancang dan
menjalankan kajian. Perkara yang dibincangkan dalam bab ini ialah rekabentuk kajian,
47

tempat kajian, pemilihan sampel kajian, alat kajian, proses dan prosedur melaksanakan
kajian secara berkumpulan dan penganalisaan data.

REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan secara kuantitatif di mana kaedah soal selidik digunakan untuk
mengumpul maklumat dan ia lebih kepada bentuk survey kajian ini bertujuan melihat
apakah jenis gaya asuhan yang diamalkan oleh ibu bapa dan hubungannya dengan tahap
disiplin pelajar di sekolah.

RESPONDEN KAJIAN

Kajian ini memberi fokus hubungan antara disiplin pelajar dengan gaya asuhan ibu bapa.
Populasi kajian ini adalah pelajar-pelajar menengah rendah di tiga buah sekolah di
Daerah Rompin, Pahang Darul Makmur. Pemilihan sampel adalah berdasarkan kaedah
persampelan rawak mudah. Seramai 30 orang pelajar lelaki dan 30 orang pelajar
perempuan dari setiap sekolah dipilih daripada jadual kedatangan pelajar.

INSTRUMEN KAJIAN

Satu alat ukur disediakan untuk tujuan pengumpulan data dan soal selidik ini mempunyai
2 bahagian. Bahagian A dalam soal selidik ini mengandungi item-item demografik yang
bertujuan memperolehi maklumat latar belakang responden dan keluarga mereka.
Manakala Bahagian B pula mengandungi item-item bagi mengenalpasti gaya asuhan ibu
bapa Lampiran 3. Borang jawapan pula dibahagikan kepada Bahagian Bapa dan Ibu , ini
bagi memudahkan proses pemarkahan dan analisis.
48

Bahagian A (demografi)

Aspek responden meliputi prerkara berkenaan jantina dan tahap pendidikan ibu dan bapa,
jumlah pendapatan ibu bapa, jenis pekerjaan ibu dan bapa dan nama sekolah.

Bahagian B

(Item Gaya Asuhan Ibu Dan Bapa)

Gaya Asuhan No. Item


Autokratik 1, 4, 7,10,13,16,19,22,25,28.
Demokratik 2,5,8,11,14,17,20,23,26,29.
Permisif 3,6,9,12,15,18,21,24,27,30.

Bahagian B terdiri daripada item-item untuk mengukur apakah gaya asuhan yang
diamalkan oleh keluarga responden. Jumlah item ialah sebanyak 30 soalan dan setiap 10
soalan mewakili satu jenis gaya asuhan demokratik, demokratik dan permisif . Dominasi
3 gaya asuhan ibu anak dan bapa anak serta perkaitan hubungan dengan masalah disiplin
responden mampu diperolehi. Soalan kajian berbentuk terbuka dan responden perlu
memberikan jawapan berdasarkan ukuran skala likert iaitu:

1. Sangat tidak setuju


2. Tidak setuju
3. Kurang setuju
4. Setuju
5. Sangat setuju
49

Soal selidik untuk mengenalpasti gaya asuhan ibu bapa berdasarkan persepsi pelajar soal
selidik yang digunakan ialah soal selidik yang dibina oleh Ahmad Badruddin Abdullah
(1999), untuk mengukur 'Cara Gaya Keibubapaan Terhadap Pelajar Berpencapaian
Rendah'. Beliau mengadaptasikan skala pengukuran gaya asuhan daripada Maureen M.
Acker, (1995), alat ukuran ini telahpun diuji konsistensinya oleh pengkaji tersebut
melalui kaedah uji dan uji kembali (pre dan post test). Perbezaan dari segi ruang masa di
antara pra dan pasca test adalah selama 1 bulan dan ia memperlihatkan nilai konsistensi
sebanyak 0.616. Manakala ujian pearson melalui kaedah interkorelasi di antara sub skala
cara gaya keibubapaan dan tahap disiplin digunakan bagi mengkaji kaitan di antara cara
gaya asuhan dengan tahap disiplin pelajar.

Di dalam kajian ini pengkaji akan mengukur tiga gaya asuhan keibubapaan iaitu
autokratik, demokratikan dan permisif.

Status Sosio Ekonomi Sosial

Untuk menetapkan status sosio-ekonomi, tiga jenis penunjuk telah digunakan iaitu :

i. Taraf pendidikan ibu bapa,


ii. Pekerjaan ibu bapa dan
iii. Pendapatan bulanan ibu bapa.
Ketiga-tiga jenis petunjuk ini telah digunakan oleh Lim (1999) dalam kajiannya 'Gaya
Keibubapaan dan Hubungannya dengan Tingkahlaku Anak'. Tesis Sarjana,UKM. Taraf
pendidikan ibu bapa diukur dengan menggunakan maklumat tentang pencapaian
akademik tertinggi mereka. Pencapaian akademik ini adalah dari yang serendah-
rendahnya, iaitu tidak bersekolah kepada tahap yang tertinggi sekali, iaitu ijazah dari
universiti Tahap kelulusan yang ditetapkan ialah 6. Kod yang diberi kepada tahap yang
rendah sekali ialah 1 dan yang tertinggi sekali ialah 6.

Katogeri Kod
Tidak bersekolah 1
Sekolah Rendah 2
PMR/SRP 3
SPM 4
STPM 5
Ijazah/ Diploma 6
50

Penunjuk yang kedua yang digunakan untuk menetapkan status sosio-ekonomi ialah
pekerjaan ibu bapa. Dalam kajian ini kategori pekerjaan adalah dari tahap yang rendah ke
tahap yang tinggi. Kategori-kategori itu adalah seperti berikut :

Kategori Kod
Pekerjaan tidak mahir seperti buruh. 1
Pekerjaan separuh mahir seperti kerani. 2
Pekerjaan mahir seperti peniaga. 3
Pertengahan seperti guru. 4
Profesional seperti peguam, doktor. 5

Petunjuk yang ketiga pula ialah pendapatan bulanan ibu bapa. Pendapatan mereka
dikategorikan kepada enam kategori, tahap yang ditetapkan adalah dari tidak
berpendapatan yang dikodkan 1 dan lebih daripada RM4000 sebulan yang dikodkan
sebagai 6. Dalam kajian ini, kod pendapatan bulanan responden dan pasangannya diambil
kira dalam jumlah skor penentuan status sosio-ekonomi.

Katogeri Kod
Tidak berpendapatan 1
Kurang daripada RM1000 2
Antara RM1001- RM2000 3
Antara RM 2001- RM3000 4
Antara RM3001- RM4000 5
Lcbih RM4001 6
51

Untuk menentukan status secara keseluruhan, maka ketiga-tiga jenis penunjuk ini
dicampurkan. Status sosio-ekonomi ditetapkan dengan merujuk kepada skor yang
diperolehi bagi ketiga-tiga jenis penunjuk ini. Taraf sosio-ekonomi ditunjukkan seperti
berikut:

Jumlah Skor Taraf Sosio-ekonomi


Antara 1-14 Rendah

Antara 15-19 Sederhana

20 atau lebih Tinggi

Kajian Rintis

Kajian rintis dijalankan oleh pengkaji bagi mementukan kebolehpercayaan instrumen


kajian. Penyelidik menjalankan kajian rintis ke atas 30 orang responden dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Muadzam Agama Pahang, Muadzam Shah. Responden terdiri
daripada 15 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan.

TATACARA PENGANALISAAN DATA

Data keseluruhan diambil dan kemudian diketegorikan dengan mengguanakan alat


statistik SPSS atau menurut Taylor dan Bogdan, 1984, tujuan penganalisaan maklumat
bertujuan untuk menghasilkan kesimpulan dan generalisasi daripada maklumat yang
52

diperolehi. Malah penanalisaan data juga bertujuan untuk menjadikan sesuatu maklumat
itu lebih berguna dan bermakna. (Majid konting, 1993)

Gambaran secara terperenci proses penganalisaan data dapat diperlihatkan seperti


berikut:

1. Borang jawapan yang telah diisi oleh responden diambil dan dikira skor yang
diperolehi di dalam aspek jenis gaya asuhan pada bahagian bapa dan ibu.
2. Merekod data Bahagian A, demografi dan Bahagian B item mengenalpasti
gaya asuhan bapa dan ibu.

Data yang diperolehi derekodkan di dalam SPSS dengan mengasingkan aspek yang ingin
dikaji iaitu jantina responden, tahap pendidikan ibu dan bapa, jumlah pendapatan bulanan
ibubapa dan item-item pengukuran 3 jenis gaya asuhan berdasarkan borang jawapan
pelajar.

3. Melakukan penganalisaan.

Kaedah interkorelasi pearson dilakukan terhadap 3 sub skala gaya asuhan keibubapaan
yang mewakili cara asuhan ibu dan bapa terhadap skor tahap disiplin pelajar. Selain itu
maklumat-maklumat demografi di Bahagian A menggunakan ukuran kecenderungan
memusat yang terdiri daripada min, median dan mode.

4. Mendapat maklumat penganalisaan.

Skor-skor atau dapatan yang diperolehi kemudiannya dianalisi adan dibentuk satu
rumusan oleh pengkaji dan dengan kajian-kajian lepas. Ini bertujuan agar dapatan
tersebut boleh dibuat kesimpulan keseluruhan.
53

5. Melakukan kesimpulan dan perbincangan berdasarkan maklumat yang


diperolehi.

Akhirnya satu kesimpulan dibentuk bagi memperlihatkan dapatan maklumat bersama


cadangan dan perbincangan oleh pengkaji.

RUMUSAN

Kajian ini berbentuk kuantitatif yang memerlukan penganalisaan data yang benar-benar
tepat dan sehubungan itu SPSS digunakan kerana ia mampu memberikan data yang
menjurus kepada persoalan kajian. Kaedah yang digunakan mampu untuk menilai
persoalan kajian iaitu berkenaan cara asuhan keibubapaan dan hubungannya dengan
masalah disiplin pelajar.

RUJUKAN

Abdul Rauf Dalip, 1991, Situasi Disiplin Sekolah Sorotan Imbas Laporan Kajiselidik,
Disiplin Dalam Pendidikan, KL, Nurin Enterprise.

Ahmad Amin,1998, Peranan Ibu Bapa, Kajang, Makruf Publisher & Distributors Sdn
Bhd.

Ahmad Badruddin Abdullah, 1999. Cara Gaya Keibubapaan Terhadap Pelajar


Berpencapaian Rendah Di Felda Palong Negeri Sembilan, Tesis Sarjana, UPM,

A.S. Alice Rani A/P Anthony Samy, 1997, Gaya Asuhan Keluarga Dan Pembentukan
Personality Remaja, Latihan Ilmiah Yang Tidak Diterbitkan UPM.

Astone, N.M. & Mclanagan, S.S.1994, Family Structure, Residential Mobility And
School Dropout : A Research Note. Demografi,31.
54

Bachok Mohamad, 1990, Pengaruh Gaya Dan Tingkahlaku Ibu Bapa Terhadap
Penghargaan Kendiri Remaja, Kertas Projek Yang Tidak Diterbitkan, Serdang, Jabatan
Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM.

Balk,David E, 1995, Adolescent Development : Early Through Late Adolescence, Pacific


Grovee : Brooks Cole Pub Company.

Bandura, A. 1977, Social Learning Theory, Eaglewpod Cliffs : Prentice Hall

Berita Harian, 17.8.2005, Purata Kes Ponteng Di Pedalaman Cecah 40 Peratus ,


http://apps2.emoe.gov.my/

Berita Harian, 1.3.2007, Henti Salahkan Remaja, YB. Dato Shahrizat Jalil.

Berita Harian, 30.9.2006, Disiplin: Usah Salahkan Guru Sahaja, Johan Jaafar, Article.

Berita Harian, 6.9.2005, Lima Punca Budak Lakukan Jenayah, http://apps2.emoe.gov.my/

Boocock, S.S. 1972, An Introduction to Sosiology of Learning, Boston : Houghton


Mifflin Company.

Buri, J.R. 1991, Parental Authority Questionaire. Journal Of Personality Assessment.


57,110-119.

Baumrind D 1978 Parental Disciplinary Pattern And Social Competence In Children.


Youth And Society 9, 239-276.

Baumrind D, 1989, Rearing Competence Children, Child Development Today And


Tomorrow, Sans Francisco. Josey-Bass, 349-378

Baumrind, D. 1991. Influence Of Parenting Style On Adolescent Competence And


Substance Use. Journal Of Early Adolescence. 11 (1), 56-59.

Baumrind D, 1996, Effect Of Authoritative Parental Control On Child Behavior. Child


Development 37, 897-906.
55

Conger, Rand D.& Elder,Glen H, 1994, Family In Troubled Home. New York: Walter De
Gruyter.

Conger, John Janeway And Galambos, Nancy L. 1996 Adolescence And Yauth
Psychological Development In The Changing World, 5th Edition, New Jersey Longman.

Corey,G. 2000, Theory And Practice Of Group Counselling. 5th Edition.Pasific Grove,
California Brooks Cole Publishing Company.

Choa, Ruth K. 1994, Beyond Parental Control And Authoritarian Parenting Style:
Understanding Chinese Parenting Through The Cultural Nation Of Training. Adolescent,
Vol 29,No 115.Libra Pulishers Inc:San Diego

Dresner , Rachel & Grolnick,Wendy S.,1996, Construction Of Early Parenting, Intimacy


And Autonomy In Young Women, Journal Of Social And Personal Relationship.Vol
13.Lon Don : Sage Publication.

Delaney, Mary E ,1996, Across The Transition To Adolescent: Qualities Of


Parent/Adolescent Relationships And Adjustment, Journal Of Early Adolescent,Vol 16,
August 1996 Sage Publication.

Deluty, R.H.1985. Cognitive Mediation Of Aggressive, Assertive And Sumissive


Behavior In Children. International Journal Of Behavioral Development. 8 : 355-369

Docking, J.W. 1987, Control And Discipline In School. London: Paul Chapman
Pulishing.

Dzulkarnain, 1999, Pengaruh Budaya Ibu Bapa, Rakan Sebaya, Masyarakat dan Sekolah
Dalam Pembentukan Disiplin Pelajar, Tesis PhD, UKM.

Ee Ah Meng. 1994. Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling. Penerbit Fajar Bakti.

Elder.G.H..Jr.,1980, Parental Power Legitimation and Its Effects On The Adolescent,


Sociometry, 26, hal. 50-65

Elder,G.H. And Bowerman,C.E. (1994). Family Structure And Child Rearing Pattern:
The Effect Of Family Size And Sex Composition. American Psychological Review,Vol
28, 891-905.

Goode, William J. (1982). The Family. New Jersey ; Prentice Hall Inc.
56

Ismail Yusuf. 1983. Displin Di Sekolah: Ponteng, Laporan Persidangan Nasional


Mengenai Kaum Remaja Di Malaysia. Kuala Lumpur DBP.

Judith A Schickedanz, 1998. Understanding Children And Adolescent, 3rd Edition.

Kamus Bahasa Melayu (1995), terbitan Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.

Kurdek,Lawrence A & Fine,Mark A ,1994, Family Acceptence And Family Control As


Preditors Of Adjustment In Young Adolescence : Linear, Curvilinear Or Interactive
Effects. Journal Of Child Develpment Vol 65.

Kamus Dewan, Terbitan DBP, KL (1996)

Kandel,Denise B ,1990, Parenting Style,Drug Use And Children's Adjustment In Family


Of Young Adults, Journal Of Marriege And The Family,183-196.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1979. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji


Pelaksanaan Pelajaran. Kuala Lumpur DBP.

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000, Pendekatan Kementerian Pendidikan Malaysia


dalam Pengurusan Disiplin Murid Sekolah. Unit HEM, Bahagian Sekolah , Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Lindgren, H.C. ,1972, Educational Psychology in the Classroom. 4th Edition, New York.
John Wiley & Son.Inc.

Lim Chau, 2005, Gaya Keibubapaan Dan Hubungannya Dengan Tingkah laku Anak,
Tesis Sarjana, UKM.

Lamborn, S.D. , Mounts, N.S., Steinberg, L. Dan Dornbusch, S.M. 1991. Patterns Of
Competence And Adjustment Among Adolescents From Authoritative, Indulgent And
Neglecful Families, Child Development. 61, 485-494.

Mccurdy,Susan J. & Scherman, Abraham 1996. Effect Of Family On The Adolescent


Separation-Individuatian Process, Adolescence.Vol 31.San Deigo:Libra Pulication.

Moser,Michele R,Paternite,Carl E. & Dixon,Wallace E,1996. Merrill-Palmer Quaterly.


Journal Of Development Psychology. Vol.42 Detroit : Wayn State University Press.
57

Maureen M. Acker, (1995), Demographics, Parenting Scale & CBCL Scores For A Clinic
And Control Group, Psychology Department, Stony Brook University, Stony Brook, NY.

Myers D.G. 1993, Social Psychology. Ed Ke-4, New York: Mac Graw-Hill.

Nor Anisah. 1992. Konsep Manusia Menurut Pandangan Islam , Satu Pemiliran Ke Arah
Pembentukan Teori Kaunseling Islam, Kuala Lumpur, Arena Ilmu Sdn Bhd.

Paulson, Sharon E, And Sputa, Cherly, L. 1996, Pattern Of Parenting During Adolescence
: Perceptions Of Adolscence And Parent. Adolescence.Vol 31, 369-380.

Pavlov, I.P. 1927, Conditional Reflexes. London. Oxford University Press.

Rice, F. P. 1997, The Adolescence Development Relationship And Culture , Boston; Allyn
Bacon.

Rokiah Hj Ismail,2000, Salah Laku Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Pengalaman


Bersama Keluarga, Rakan Sebaya Dan Sekolah, Bab 21, Negara Pasaran Dan
Pemodenan Malaysia (Abd Rahman Embong).

Rusnani Abdul Kadir 2000, Kaunseling Dalam Masyarakat Keperluan Pendidikan


Seksual Kepada Remaja, Seminar Kaunseling Pendidikan Kebangsaan, Persatuan
Kaunseling U.M. K. Lumpur, 1-2 Sept 2000.

Seifet Kelvin. L and Hoffnung, Robert J., (1991) Child And Adolcence Development.
Boston : Houghton Mifflin Company.

Skinner.1979. The Shaping Of A Behaviorist. New York : Knoff Inc.

Steinberg, E.G. Elmen, J.D. And Mounts, N.S. 1989. Authoritative Parenting, Psychology
Maturity And Academic Success Among Adolescents, Child Development. 60, 1424-
1436.

Stevenson L. 1974. Seven Theories Of Human Nature. London. Oxford University Press.

Straus, M.A. Sugarman, D.B., And Giles Sims, J. 1997, Spanking By Parents And
Subsequent Antisocial Behavior Of Childrent. Archieves Of Pediatric And Adolescent
Medicine. 151, 761-767.
58

Taris, Toon And Bok, Inge A ,1996, Perenting Environment And Scholastic Achievment
During Adolcennce : Aretrospective Study. Early Child Development And Care . Vol
121,67-81.

Utusan Malaysia, 3.4.2001. http://www.utusan.com.my/

White, Fiona. A, 1996, Family Process As Predictors Of Adolscents Preference For


Ascribed Sources Of Moral Authorithy: A Proposed Model. Adolescents, vol. 31, 121-
127, Libra Publisher, San Diego.

Yaakub Yusuf.1977. Satu Perbandingan Mengenai Nilai-nilai Murid Yang Ponteng


Dengan Ibu Bapa Yang Tidak Ponteng. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya.

You might also like