1 HUBUNGAN ANTARA GAYA ASUHAN IBUBAPA DENGAN DISIPLIN PELAJAR.

BAB I 1.1 PENGENALAN

Bahagian ini menjelaskan kajian yang dijalankan dari segi latar belakang kajian, pernyataan masalah, kerangka konseptual kajian, tujuan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan definisi istilah. Bahagian tujuan kajian menjelaskan objektif dan persoalan kajian serta hipotesis-hipotesis kajian yang dibina untuk mencapai tujuan kajian ini. Bahagian definisi istilah pula menjelaskan istilah-istilah penting yang digunakan dalam kajian ini. 1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Ibubapa telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga, mengasuh, mendidik dan memberi segala hak anak-anak supaya mereka berfungsi sebagaimana yang dikehendaki oleh ibu bapanya. Amanah itu wajib dilaksanakan bagi memastikan perkembangan jiwa anak-anak berada pada tahap yang paling baik sehingga mereka remaja dan meningkat dewasa. Unit keluarga didapati pada semua masyarakat dan remaja merupakan produk daripada persekitaran keluarga iaitu satu sumber primer dalam proses sosialisasi. Untuk itu segala pertentangan di dalam nilai sosial dan moral yang wujud dalam populasi remaja merupakan hasil daripada jenis sistem yang digunakan oleh sesebuah keluarga dan persekitaran di mana mereka disosialisasikan. (White,1996) Seorang ahli antropologi, George Peter Murdock (dalam Goode, 1982) mentakrifkan bahawa keluarga adalah satu kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat. Faktor

2 kepincangan keluarga dan taraf sosioekonomi sesebuah keluarga akan mencorakkan kehidupan seorang kanak-kanak. Kegagalan ibu bapa sendiri untuk membetulkan kepincangan anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak ini tidak lagi menghormati mereka. Institusi keluarga memainkan peranan yang penting sebagai pembentuk sahsiah anak-anak. Ibu bapa haruslah membimbing, memahami dan menyelami kehendak jiwa remaja serta berfikiran terbuka. Ini akan mendorong kepada kewujudan suasana harmonis. 1.3 PERNYATAAN MASALAH

Banyak gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah, maksiat, isu 'mat rempit', kemerosotan disiplin, ponteng sekolah dan sebagainya yang selalunya dikaitkan dengan remaja. Lebih mengejutkan ialah Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran, Datuk Abdullah Abdul Kadir bahawa purata kes ponteng di pedalaman cecah 40 peratus sehari. (Berita Harian, 17 Ogos 2005). Lebih membimbangkan lagi, beliau berkata, kadar itu meningkat pada waktu tertentu, terutama ketika musim buah-buahan atau hujan. Apabila gejala-gejala seperti ini berlaku institusi keluarga sering dipersalahkan dan menjadi tempat tunding jari pihak-pihak tertentu. (Lim, 2005) Ini bertepatan dengan ulasan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dalam isu kajian masalah sosial remaja di mana beliau menyarankan supaya berhenti menyalahkan remaja sahaja. Sebaliknya orang tua yang selalu menghukum remaja juga perlu menilai semula peranan mereka dalam hal ini. (Berita Harian, 1.3.2007) Sementara itu, lima aspek personaliti dikenal pasti punca utama jenayah membabitkan kanak-kanak berusia antara 7 hingga 12 tahun yang semakin kerap berlaku. Kajian seorang pensyarah dan pelajar peringkat kedoktoran Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selama dua tahun

3 membabitkan kanak-kanak dari rumah kebajikan di seluruh negara, mendapati lima kelakuan itu dipengaruhi pelbagai konflik dalaman membabitkan institusi kekeluargaan dan pendidikan. Kajian itu mendapati kebanyakan pelaku jenayah juvana itu mempunyai personaliti tidak matang yang diwarisi daripada ibu bapa kerana didikan keluarga yang kurang sempurna. Kepincangan institusi berkenaan menjadi salah satu faktor perlakuan jenayah terjadi di kalangan kanak-kanak. (Berita Harian, 6.9.2005) Kajian itu juga mengesahkan kanak-kanak yang kerap melakukan jenayah seumpama itu hadir dari keluarga yang mempunyai masalah kendiri, tidak mampu berkomunikasi dengan baik dan mempunyai hubungan kemanusiaan yang lemah kerana tidak cenderung berfikir secara kritikal serta berbual mengenai perkara yang sihat dengan anak-anak. Berdasarkan kenyataan di atas maka pengkaji berminat untuk melihat kesan gaya asuhan dan kaitannya dengan disiplin pelajar di sekolah. Maksud Hadis, 'setiap anak yang lahir ke dunia fitrah semulajadinya suci dan bersih, ibu bapalah yang membentuk anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi'. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Ertinya tanggungjawab dan kesan asuhan ibubapa ke atas anak-anak sangatlah besar kerana anak-anak kecil umpama kain putih yang sedia diberi apa saja corak yang disukai oleh ibubapanya.

4 1.4 1.4.1 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN Institusi Yang Mempengaruhi Remaja

MASYARAKAT

IBUBAPA

REMAJA RAKAN

SEKOLAH

Sumber: Diubahsuai daripada Myers, (1993). Rajah 1.1 Institusi Yang Mempengaruhi Tingkahlaku Remaja.

Dalam proses pembesaran seorang remaja, banyak institusi yang boleh mempengaruhi mereka tetapi yang paling penting ialah ibu bapa atau keluarga, rakan, sekolah atau guru dan masyarakat. Institusi-institusi ini mempengaruhi remaja secara langsung. Seseorang remaja akan terjerat dengan masalah kehidupannya bergantung kepada apa yang dipengaruhi oleh keempat-empat institusi ini dan setakat mana keupayaan individu remaja itu mengawal dirinya.

5 1.4.2 Pendekatan Teori

Dalam kajian ini teori yang akan diperbincangkan dengan terperinci ialah model gaya asuhan Baumrind, teori ini akan dijadikan asas dalam sumber rujukan utama dalam kajian. Pemilihan model gaya asuhan Baumrind ini adalah kerana model gaya asuhan ini adalah satu model yang telah kukuh kerana ia telah digunakan sejak 25 tahun yang lalu oleh ramai pengkaji sama ada pengkaji luar negara mahupun dalam negara. 1.4.3 Model Gaya Asuhan Baumrind

Model gaya asuhan telah diperkenalkan oleh Diana Baumrind pada tahun 1966 dan kajian ini telah dilanjutkan lagi hingga tahun 1971, 1980, 1987 dan 1989. Kajian ini berkaitan dengan kesan-kesan gaya asuhan yang berbeza ke atas remaja. Berdasarkan pemerhatiannya Baumrind (1987) (dalam Conger & Galambos, 1988), telah mengenalpasti tiga profil personaliti asas kanak-kanak dan juga telah mengklasifikasikan empat bentuk gaya asuhan anak-anak yang berbeza iaitu: 1. Demokratik : Merupakan satu cara pembesaran di mana ibu bapa mengenakan peraturan atau had-had batasan tingkahlaku tertentu tetapi membenarkan komunikasi yang bersifat terbuka dan anak-anak juga diberi kebebasan untuk membuat keputusan sendiri dalam perkara-perkara tertentu. 2. Autokratik : Merupakan sejenis gaya asuhan membesarkan anak di mana ibu bapa mengenakan kawalan yang ketat ke atas tingkahlaku anak dengan membuat peraturan-peraturan, memastikan nilai-nilai dipatuhi oleh anak-anak dan tidak membenarkan anak menyoal tentang perturan-peraturan dan nilai-nilai tersebut.

6

3. Permisif Indulgen : Cara pembesaran bersifat corak komunikasi yang terbuka dan ibu bapa kurang menekankan tentang tingkahlaku anak. Ibu bapa juga bersifat tidak mengawal tetapi tinggi dalam responsif. 4. Permisif Negligen : Gaya asuhan anak dicirikan dengan tiada langsung corak komunikasi terbuka antara ibu bapa dengan anak. Ibu bapa mengambil langkah tidak terlibat atau mengabaikan terus anak-anak. Dengan kata lain ibu bapa disifatkan tidak mengawal dan tidak memberi respon terhadap anak-anak mereka.

Baumrind, (1988), telah menekankan kepentingan dua dimensi dalam cara pembesaran anak-anak iaitu demandingness dan responsiveness ibu bapa. Mekanisme pembesaran yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak adalah diwakili oleh penyilangan antara dua dimensi tersebut. Demandingness didefinasikan sebagai jumlah atau darjah ketegasan serta kawalan yang dikenakan oleh ibu bapa terhadap anak-anak manakala responsiveness pula dilihat sebagai kekerapan interaksi dan kemesraan dengan anak sama ada secara positif atau negatif. Dimensi demandingness adalah merujuk kepada gaya asuhan berkaitan dengan tahap ketegasan dan kawalan ibu bapa. Selalunya ibu bapa tegas terhadap apa yang dilakukan oleh anak-anak dan akan memarahi sekiranya tidak mencapai tahap dan ekspektasi yang mereka ingini. Bagi demensi responsiveness pula cara asuhan berkaitan dengan tahap sokongan, kemesraan dan penglibatan ibu bapa selalunya ibu bapa dalam dimensi ini akan melibatkan diri dan memberi sokongan terhadap aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak

7 mereka. Mereka boleh mendengar dengan aktif, memberi respon, menunjukkan kemesraan dan boleh memberi fokus kepada apa yang dititikberatkan oleh anak-anak mereka. Baumrind telah membuat kesimpulan bahawa ibu bapa yang kedua-duanya demanding dan responsif mempunyai anak yang bertanggung jawab secara sosial. Ringkasan dari Rajah 1.2 di bawah membawa makna bahawa gaya asuhan adalah : Autokratik Permisif indulgen Demokratik Permisif negligen Tinggi Kawalan, Kurang Responsif Tinggi Responsif Kurang Kawalan Tinggi Responsif Dan Kawalan Rendah Responsif Dan Kawalan

KAWALAN DIMENSI Rendah Tinggi RESPONSIF Sederhana Rendah Permisif negligen Permisif indulgen Sederhana Autokratik Sederhana Tinggi Demokratik

Sumber : Judith A Schickedanz, 1998. Understanding Children And Adolescent, 3rd Edition. Rajah 1.2 Corak Asuhan Dua Dimensi Baumrind Dalam kajian awalnya Baumrind melihat hubungan antara cara asuhan dan tingkahlaku kanak-kanak. Dia mendapati kanak-kanak yang diasuh dengan cara asuhan demokratik mempunyai keyakinan sosial dan tanggungjawab sosial. Manakala kanak-kanak yang

8 diabaikan atau ditolak oleh ibu bapa, rendah tangunggjawab sosial dan keyakinan sosial. Kanak-kanak yang diasuh dengan gaya demokratik akan tinggi keyakinan sosial dan sederhana tanggungjawab sosial. Manakala kanak-kanak yang diasuh cara autokratik dan permisif adalah berkemampuan atau berkecekapan sederhana.

9 1.4.4 Kerangka Konseptual Kajian

(Gaya-gaya Asuhan)

AUTOKRATIK

DEMOKRATIK

DISIPLIN PELAJAR

(Pembolehubah Bebas)

PERMISIF (Pembolehubah Bersandar) Sumber: Diubahsuai daripada Boocock (1972) Rajah 1.3 Kerangka Konseptual Kajian

Berdasarkan Rajah 1.3, kerangka konseptual kajian menyatakan bahawa gaya asuhan terbahagi kepada tiga jenis iaitu gaya asuhan autokratik, gaya demokratik dan gaya permisif. Manakala disiplin pelajar pula merujuk kepada tingkahlaku ponteng bagi pelajar-pelajar menengah rendah. Oleh yang demikian, gaya asuhan mempunyai hubungan dengan disiplin pelajar-pelajar di sekolah khususnya tingkahlaku ponteng. Pengkaji merasakan pendekatan teori yang dinyatakan di atas sesuai dijadikan rangka dan asas panduan kepada pengkaji dalam melihat hubungan antara cara asuhan dengan salah laku ponteng.

10 1.5 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau pola-pola gaya asuhan yang diamalkan di kalangan ibu bapa. Di samping itu, penelitian ke atas perkaitan antara gaya asuhan ke atas disiplin anak-anak menjadi tujuan penting untuk menjalankan kajian ini. Masalah disiplin anak-anak remaja merupakan satu isu yang perlu diberi perhatian ialah salah laku ponteng. Ia kerap diperkatakan dan kegagalan gaya asuhan ibu bapa juga sering dikaitkan. Ini kerana tidak mustahil masalah disiplin anak remaja tersebut adalah bertitik tolak daripada masalah tingkah laku mereka di rumah sejak zaman kanak-kanak lagi. Pelbagai faktor telah dihungkaitkan dengan fenomena salah laku remaja, khususnya pelajar sekolah menengah. Antara faktor yang berkemungkinan menyebabkan masalah disiplin pelajar ialah faktor keluarga, khususnya aspek gaya asuhan ibu bapa terhadap anak-anak yang didapati menyumbang kepada salah laku pelajar. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk melihat gaya asuhan yang diamalkan oleh ibu bapa, faktor-faktor fizikal seperti tahap sosioekonomi ibu bapa, tahap pendidikan ibu dan bapa, jenis pekerjaan ibu dan bapa juga mempengaruhi gaya asuhan. Bagaimanakah jenis gaya asuhan memberi impak negatif kepada masalah disiplin pelajar.

1.6

OBJEKTIF KAJIAN 1. Untuk mengenalpasti pola gaya asuhan ibu bapa di kalangan pelajar-pelajar bermasalah disiplin. 2. Untuk mengenalpasti hubungan di antara masalah disiplin pelajar dengan gayagaya asuhan ibu bapa.

11 1.7 PERSOALAN KAJIAN 1. Apakah pola gaya-gaya asuhan di kalangan pelajar-pelajar bermasalah disiplin. 2. Adakah terdapat terdapat perbezaan min bagi gaya-gaya asuhan di kalangan pelajar-pelajar bermasalah disiplin berdasarkan jantina. 3. Adakah terdapat terdapat perbezaan min bagi gaya-gaya asuhan di kalangan pelajar-pelajar bermasalah disiplin berdasarkan SES. 4. Apakah terdapat perhubungan di antara gaya-gaya asuhan dengan pelajarpelajar bermasalah disiplin. 1.8 HIPOTESIS KAJIAN Ho1: Ho2: Ho3: Ho4: Ho5 Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan antara gaya-gaya asuhan berdasarkan jantina. Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan antara gaya-gaya asuhan berdasarkan SES. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara masalah disiplin dengan gaya asuhan jenis autokratik. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara masalah disiplin dengan gaya asuhan jenis demokratik. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara masalah disiplin dengan gaya asuhan jenis permisif.

1.9

KEPENTINGAN KAJIAN

Diharapkan kajian ini dapat memberikan maklumat tentang gaya asuhan yang diamalkan oleh ibu bapa ke atas remaja yang dalam konteks ini ialah pelajar sekolah menengah. Kajian berkenaan cara asuhan ini penting untuk membantu pihak sekolah menangani masalah-masalah disiplin di kalangan pelajar dengan lebih baik.

12 Di samping ia juga bertujuan mengenalpasti permasalahan yang wujud di dalam mencorakkan remaja yang berada di persekitaran felda, luar bandar dan perkampungan nelayan. Dengan ini remaja yang tinggal di kawasan-kawasan berkenaan akan mudah difahami dengan lebih mendalam. Di samping itu ia juga menyediakan atau merancang langkah-langkah dan kaedah-kaedah berupa pencegahan ataupun rawatan peringkat awal apabila punca berkaitan masalah disiplin mereka dikenal pasti khususnya masalah ponteng yang jika diawasi akan merugikan masa depan mereka. Kajian ini dianggap sebagai garis panduan bagi membaiki masalah disiplin bukan sahaja dengan mengenakan hukuman dan dendaan tetapi lebih cenderung kepada memberi bimbingan dan nasihat. Seterusnya ia diharap boleh dijadikan maklum balas terutamanya kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan pentadbir sekolah serta ibu bapa untuk mengenal pasti cara terbaik dalam usaha mengatasi masalah disiplin dan mendisiplinkan pelajar-pelajar. Akhir sekali ia sangat berguna juga kepada kaunselor-kaunselor untuk membimbing pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan disiplin untuk menjadi warga yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelektual selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.10

BATASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan secara tinjauan dan terbatas kepada perkara seperti di bawah : a) Responden dalam kajian ini adalah terbatas kepada pelajar menengah rendah di tiga buah sekolah di Daerah Rompin, Pahang Darul Makmur. Tiga buah sekolah tersebut diambil dari setiap zon yang terdapat di daerah Rompin iaitu zon Muadzam Shah, zon Pantai dan zon Chanis. Sekolah-sekolah tersebut ialah: 1. Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah, Muadzam Shah, Pahang.

13 2. Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin, Pahang. 3. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak, Keratong, Pahang. Oleh itu, dari tiga buah sekolah yang dipilih, kajian ini hanya akan dapat digeneralisasikan di daerah Rompin, Pahang, sahaja. b) Kajian ini melibatkan gaya-gaya asuhan ibu bapa terhadap disiplin pelajar di sekolahsekolah menengah di daerah Rompin sahaja. Ia tidak digeneralisasikan kepada semua sekolah menengah. Kajian ini memperlihatkan hubungan gaya asuhan dengan disiplin pelajar. Pola-pola gaya asuhan boleh berubah mengikut peredaran zaman serta perubahan situasi pendidikan.

1.11

DEFINISI ISTILAH

Bahagian ini memberikan definisi kepada istilah-istilah penting yang digunakan dalam kajian ini. 1.11.1 Gaya Asuhan Gaya asuhan yang digunakan oleh ibu bapa dalam membentuk atau mengawal anak mereka di sepanjang proses tumbesaran yang mana boleh memberi kesan corak tingkalaku remaja. Menurut Edler (1980), terdapat tujuh cara asuhan terhadap anak remaja seperti berkut : a) Gaya asuhan pertama ialah autokratik di mana anak tidak dibenarkan untuk memberikan sebarang pendapat. Keputusan adalah di tangan ibu bapa dan kemesraan tidak wujud. b) Gaya asuhan kedua pula ialah autoritarian. Cara gaya ini agak berbeza dengan autokratik kerana gaya ini memberikan peluang kepada anak-anak untuk memberi

14 pendapat dalam proses membuat keputusan. Akan tetapi keputusan muktamat akan ditentukan oleh ibu bapa. c) Gaya asuhan ketiga ialah demokratik dan ini menerangkan hak dan kuasa dalam membuat keputusan adalah berkongsi bersama tetapi keputusan tetap di tangan ibu bapa. d) Gaya asuhan keempat ialah permisif, di mana anak remaja mengambil tanggungjawab di atas keputusan dan tindakan yang bakal diambil, ibu bapa tidak bertanggungjawab di atas sebarang keputusan yang dibuat oleh anak mereka. e) Gaya asuhan kelima ialah Equalitarian, di mana anak dan ibu bapa mempunyai hak dan tanggungjawab bersama di atas setiap keputusan yang diambil. f) Gaya asuhan keenam ialah Laissez-fair yang meletakkan tanggungjawab kepada anak untuk mengawal keputusan yang dibuat. Ibu bapa boleh menyumbang pendapat dan pandangan. g) Manakala gaya asuhan ketujuh pula ialah ignoring yang menunjukkan ibu bapa langsung tidak mengambil bahagian di dalam sebarang tindakan dan proses membuat keputusan. Di dalam kajian ini pengkaji mengambil klasifikasi yang dikemukakan oleh Baumrind (1991) sebagai asas kepada pengukuran gaya asuhan. Beliau telah mengklasifikasikan gaya asuhan kepada tiga iaitu : a) Demokratik Gaya asuhan demokratik menunjukkan ibu bapa lebih melibatkan diri secara aktif dalam membentuk tingkahlaku anak, mengawalnya, mengadakan perbincangan, meminta anak menjadi matang dan memupuk peribadi anak. Teknik yang digunakan lebih kepada

15 demokratik dan banyak membuat perbincangan terbuka berkenaan perasaan, perspektif dan sebagainya. Dalam menangani tingkahlaku negatif anak, ibu bapa akan memberitahu mengapa anak perlu mengikut peraturan. Ibu bapa juga akan memahami mengapa anak bertingkahlaku sedemikian. Anak akan mempunyai keyakinan dan kawalan diri yang tinggi dan lebih mengutamakan kualiti dan pencapaian tinggi dalam pelbagai bidang. (Baumrind, 1973 dalam Seifert et al, 1991) Gaya demokratik juga melibatkan kedua-dua arahan dan tindak balas. Ibu bapa akan mengawasi dan memaklumkan dengan jelas mengikut tahap anak-anak. Mereka tegas tetapi tidak mengganggu dan menyekat. Kaedah disiplin yang digunakan adalah lebih kepada menyokong berbanding dengan menghukum. Ibu bapa yang mengamalkan gaya ini inginkan anak mereka menjadi tegas, bertanggungjawab sosial dan teratur serta bekerjasama. b) Autokratik Gaya autokratik pula mengenakan tuntutan yang tinggi dan banyak memberi arahan tetapi tidak bertindak balas. Ibu bapa yang mendidik anak mereka dalam kategori ini mahukan kepatuhan anak-anak mereka. Gaya ini juga berdasarkan status dan mengharapkan arahan mereka dipatuhi tanpa sebarang alasan. Mereka menyediakan persekitaran yang tersusun dan berstruktur dengan peraturan yang dinyatakan dengan jelas. Gaya bercorak autokratik boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu autoritarian bukan arahan yang berbentuk arahan tetapi tidak bersifat mengganggu atau autokratik dalam menggunakan kuasa. Bahagian yang kedua pula ialah autoritarian arahan iaitu didikan yang berdasarkan arahan yang banyak mengganggu. Ibu bapa lebih mengawal dan meminta anak menjadi matang dalam segala perkara. Mereka juga rendah dalam memupuk dan berkomunikasi dengan anak, mementingkan unsur kuasa dan autoriti dalam cara asuhan. Ini akan menjadikan anak tidak gembira, stress di sekolah. (Baumrind, 1973 dalam Seifert et al, 1991)

16 Cara autokratik kurang menerangkan sebab atau penjelasan dan kurang menitikberatkan perihal anak. Anak diminta menerima peraturan tanpa persoalan kerana ibu bapa tahu apa yang terbaik. Tiada ganjaran yang diberikan kerana dikira akan menanjakan anak. Hubungan fizikal seperti sebat dan rotan digunakan untuk mengawal tingkahlaku dan akhirnya menimbulkan dendam di dalam diri anak-anak. Malah ibu bapa juga tidak mengambil tahu mengapa anak bertingkahlaku sedemikian. (Hurlock 1964)

c) Permisif Gaya permisif menunjukkan ibu bapa lebih kepada memupuk dan berkomunikasi dengan anak tetapi kurang mengawal dan kurang mematangkan anak dalam pelbagai perkara. Ibu bapa lebih mengikut kemahuan anak dan hasilnya anak akan kurang kepercayaan pada diri dan kurang mampu mengawal diri. (Baumrind, 1973 dalam Seifert et al, 1991)

Gaya permisif lebih kepada bertindak balas daripada membuat tuntutan. Ia tidak bersifat tradisional dan tidak berdasarkan kekerasan, ia juga tidak memerlukan tingkah laku yang matang, menggalakkan peraturan sendiri dan mengelak daripada berdepan. Ibu bapa dalam kategori ini juga boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu demokratikwalaupun lembut, mereka banyak meneliti dan menumpukan perhatian dan bekerjasama dengan anak-anak mereka serta tidak mengarah. Manakala kumpulan yang kedua pula ialah ibu bapa yang tidak mengarah.

1.11.2 Disiplin Menurut Ee Ah Meng (1994), disiplin merupakan peraturan yang dipersetujui oleh sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan masyarakat itu sendiri. Disiplin juga merujuk kepada cara berfikir yang tersusun dan seterusnya membawa kepada sikap rasional serta keyakinan diri seseorang itu. Dalam bilik darjah disiplin memainkan peranan untuk mewujudkan

17 suasana bilik darjah yang sihat dan harmonis dan seterusnya menggalakkan proses

tersebut berlaku dengan lebih berkesan lagi. Bagaimanapun dalam setiap bilik darjah, tidak kira apa jenis kepimpinan yang wujud di kalangan guru, masalah disiplin sentiasa ada terutama di peringkat sekolah menengah. Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, disiplin didefinisikan sebagai kesanggupan seseorang uindividu untuk menghormati dan mematuhi budaya masyarakat. Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja, menjalankan tugas atau membuat sesuatu dengan cukup tertib dan teratur serta sanggup mengawal tingkahlaku dan menghormati hak individu lain selain itu, individu yang berdisiplin mempunyai semangat tolong menolong serta sanggup membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat. Dalam konteks kajian ini, masalah disiplin merujuk kepada perlakuan salah laku pelajar-pelajar sekolah menengah terhadap ponteng iaitu ponteng sekolah.

Umumnya disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar supaya selari dengan kehendak agama, norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Dalam keadaan banyak unsur yang mempengaruhi perkembangan mental pelajar usaha menanam nilai yang baik menjadi sukar juga. Gejala seperti ponteng sekolah, melawan guru, bersikap antisosial (peraturan), bergaduh, membuli, merokok dan sebagainya adalah masalah yang sering diperkatakan. Mengikut kamus Oxford Advanced Learner’s, disiplin didefinisikan sebagai: “ … is the practice of training people to obey rules and orders and punishing them if they do not” Mengikut Kamus Bahasa Melayu (1995), disiplin ditakrifkan sebagai 'kepatuhan, kesetiaan dan ketaatan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan”. Manakala mengikut Kamus Dewan, (1989) disiplin didefinisikan sebagai “latihan, terutamanya pemikiran dan

18 kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman atau denda dikenakan”. Mengikut Barbara An Kipter, Ph.D dalam Roger’s 21st Century Thesaurus, beliau mengatakan disiplin itu adalah “latihan dan dendaan (Training and punishment)”. Terdapat 3 kategori masalah disiplin iaitu berat, sederhana dan ringan. Kesalahan disiplin yang berat dan sederhana akan dimaklumkan kepada ibubapa untuk perhatian dan tindakan. Kesalahan-kesalahan yang ringan dan yang lebih berat pula direkodkan. (Disiplin Sekolah Semakin Merosot, http://tuanmat.tripod.com/disiplin.html) Di dalam kajian ini pengkaji memilih satu sahaja daripada masalah disiplin yang hendak dikaji iaitu ponteng sekolah. 1.11.3 Pelajar Mengikut Lindgren (1972), pelajar adalah merujuk kepada individu atau kumpulan individu yang membentuk kumpulan dalam bilik darjah yang mewakili program pendidikan yang diwujudkan atau dijalankan. Dalam kajian ini pelajar adalah merujuk kepada pelajar yang berada dalam peringkat menengah rendah di tiga buah sekolah di Daerah Rompin, Pahang Darul Makmur.

Kesimpulannya masalah tingkah laku berlaku berdasarkan faktor dalaman dan faktor luaran seperti kenyataan yang telah dinyatakan. Ia berlaku sama ada berdasarkan perkembangan diri pelajar yang mengalami proses perkembangan remaja di samping beberapa dorongan yang disumbangkan oleh keluarga bagi memenuhi keperluan harian mereka. Secara umumnya kajian ini akan melihat sejauhmana perkaitan di antara gaya asuhan yang diamalkan oleh ibu bapa di rumah dengan masalah disiplin pelajar-pelajar. Masalah disiplin pelajar secara khusus ialah masalah ponteng sekolah. Ini penting di dalam usaha untuk mencari penyelesaian terhadap permasalahan ponteng di kalangan

19 pelajar. Persoalan-persoalan berkenaan gaya-gaya asuhan yang tersenarai akan terjawab dan kajian ini akan memperlihatkan segala jawapan berkenaan persoalan-persoalan tersebut secara ilmiah sama ada dari segi hipotesis dan sebagainya.

RUMUSAN Dalam bab ini, penulis telah menjelaskan tentang masalah-masalah disiplin pelajar sekolah menengah, yang secara khusus merujuk kepada tingkahlaku ponteng, tujuan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian dan kerangka konsepsual kajian untuk melihat dengan lebih jelas tentang berkaitan dengan masalah disiplin pelajar. Bab ini juga menjelaskan berkenaan dengan kepentingan kajian, batasan kajian dan definisidefinisi dalam penulisan. Bab seterusnya penulis akan menerangkan tentang kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan faktor-faktor yang menyebabkan masalah perlakuan ponteng.

20 BAB II

TINJAUAN LITERATUR 2.1 PENDAHULUAN

Bab ini membincangkan konsep gaya asuhan dan hubungannya dengan masalah disiplin. Ia juga turut membincangkan maklumat dan tinjauan penyelidikan yang telah dijalankan oleh penyelidik tempatan dan luar negara berhubung gaya asuhan dan masalah disiplin iaitu ponteng sekolah. 2.2 GAYA-GAYA ASUHAN Melalui pembacaan yang dilakukan maka didapati bahawa jenis gaya asuhan yang

memberi impak positif kepada tahap disiplin anak ialah jenis demokratik. (Taris & Bok, 1996) Malah gaya asuhan ini merupakan gaya asuhan yang paling berjaya di dalam jangka masa panjang.(Seifert,1991) Manakala jenis asuhan autokratik merupakan gaya asuhan yang membawa kepada persekitaran yang mengawal (kritikal) oleh ibu bapa. Selain itu jenis asuhan ini memperlihatkan tingkat yang tinggi dalam mendesak dan ugutan terhadap anak oleh bapa di dalam mempraktikkan disiplin yang tidak konsisten dan kasar. (Elder, 1994) Malah gaya asuhan ini yang dicirikan sebagai tingkahlaku ibu bapa yang terlalu mengongkong dan mengawal, tidak memberi sokongan dan kerjasama, tidak menghargai dan empati perasaan anak, perhubungan dan komunikasi tidak mesra serta mengenakan peraturan yang terlalu ketat dan menggunakan deraan bagi mengawal tingkahlaku anak. Tingkahlaku ibu bapa seperti menjerit, memukul dengan tangan dan menampar atau memukul dengan objek juga akan menyebabkan anak menjadi tertekan. (Bachok Mohamad,1990), (Kandel,1990 dan Simon,1991 di dalam Conger & Elder,1994).

21

Ibu bapa merupakan model utama dalam mendisiplinkan anak-anak. Sehubungan itu bentuk gaya keibubapaan memainkan peranan sangat penting, sama ada secara langsung atau tidak terutama dalam menentukan perhubungan yang terjalin di antara ibu bapa dengan anak. Berdasarkan kajian Buri (199I), mendapati bahawa terdapat tiga jenis gaya asuhan yang dicadangkan oleh Baumrind (197I), telah dipraktikkan dalam kehidupan berumahtangga, iaitu gaya demokratik (tinggi desakan dan tinggi kemesraan), autoritarian (tinggi desakan dan rendah kemesraan) dan permisif (rendah desakan dan tinggi kemesraan). Hasil kajian menunjukkan bahawa gaya asuhan demokratik merupakan gaya yang terbaik berbanding gaya autokratik dan permisif. Keadaan ini telah dibuktikan dengan merujuk kepada balasan daripada anak remaja melalui tingkah lakunya. Biasanya anak-anak yang dididik secara autoritatif, iaitu yang tinggi permintaan dan boleh bertolak ansur lebih cenderung bertingkahlaku lebih baik berbanding dengan remaja yang dididik secara autoritarian yang hanya mementingkan kawalan, peraturan dan kepatuhan semata-mata tanpa kewujudan sikap saling bertolak ansur. Manakala gaya permisif pula terlalu memberi kebebasan sehingga kurangnya kawalan dan terlalu bertolak ansur. Cara demokratik merujuk kepada gaya asuhan yang membawa pendekatan tingkah laku ke arah usaha mematangkan pemikiran anak, iaitu melalui penekanan kuasa terhadap anak, ia dipraktikkan dengan jelas melalui kemesraan dan lebih menyokong terhadap persekitaran anak tersebut. Keadaan ini lebih ketara apabila rundingan dan perbincangan tentang sesuatu peraturan dan perkara rutin dengan tingkah laku yang diambil. Sementara itu penglibatan ibu dengan anak terutamanya dalam membuat sebarang keputusan merupakan satu proses ke arah melengkapkan diri remaja dengan pengalaman. Ini adalah kerana melalui penglibatan anak itu sendiri, secara tidak langsung ianya turut menyemai sifat bertanggungjawab dan bertimbang rasa terhadap persekitaran.

22 Remaja yang dididik dengan gaya asuhan demokratik nampak kekuatan dalaman dan luaran, mereka mampu menghubungkan mereka kepada kepelbagaian kehidupan sosial yang mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan kematangan psikologikal, kemampuan berhujah, kepatuhan, pencapaian yang baik di sekolah dan kepandaian menyesuaikan diri di alam pekerjaan (Baumrind, 1971; Steinberg, Elmen, & Mounts, 1989). Hasil kajian Steinberg, Elmen, & Mounts (1989) mendapati bahawa gaya keibubapaan demokratik mempunyai perkaitan yang tinggi dalam pembentukan penyelarasan diri. Kebenaran ini disokong pula melalui kajian yang memperlihatkan bahawa hukuman fizikal mempunyai kaitan dan boleh membawa kepada 'pencerobohan' terhadap diri anak, ( Straus, 1991; Straus, Sugarman, dan Giles-Sims, 1997), di mana para saintis memberi pandangan bahawa disiplin melalui fizikal sebagai satu tamparan, tidak seperti kebiasaan dan tidak bersesuaian lagi dengan gaya asuhan demokratik. Persepsi ini tidak lama dahulu dicabar oleh Baumrind (1967) yang menyatakan bahawa kebanyakan ibu bapa tidak menunjukkan kekasaran ketika anak di peringkat prasekolah, tetapi ada juga kenyataan yang menyatakan bahawa kekasaran apabila bergabung dengan sesuatu yang negatif seterusnya akan menghasilkan tindakan yang agresif kepada anak tersebut (Deluty,1985). A.S. Alice Rani ( 1997 ) menyatakan, pembentukan personaliti anak-anak remaja dikaitkan dengan gaya asuhan ibu bapa. Gaya asuhan autokratik membentuk individu yang pendiam dan sukar bergaul, seterusnya gaya asuhan demokratik biasanya membentuk remaja yang pandai bergaul, berfikiran terbuka dan penyayang. Manakala remaja yang kurang bersemangat, kurang perasaan permusuhan adalah daripada keluarga yang permisif. Gaya asuhan ibu bapa yang negatif memberikan kesan kepada anak-anak seperti anak yang tidak berdisiplin dan proses sosialisasi mereka akan mengalami kebuntuan. Kajian lain pula menyatakan bahawa kepelbagaian jenis perkembangan anak remaja, seperti perkembangan psikososial, masalah tingkah laku bahkan pencapaian

23 akademik pun mempunyai perkaitan dengan gaya ibu bapa yang mengamalkan gaya demokratik (Baumrind, 1971; Steinberg, Elmen, & Mounts, 1989; Lamborn,. Mounts, Steinberg dan Dornbusch, 1991). Tambahan pula, anak-anak merupakan golongan yang sedang meningkat ke alam remaja dan membesar serta memerlukan pengawalan yang sebaiknya. Oleh itu tingkah laku mereka memerlukan perhatian, sama sahaja remaja lelaki atau perempuan, ini kerana didapati bahawa perubahan dalam struktur keluarga boleh membawa kesan kepada tingkahlaku remaja. Gaya asuhan autokratik lebih cenderung memberi tekanan dalam mendapatkan sesuatu kepastian, terutamanya dalam memenuhi permintaan ibu bapa tersebut. Ibu bapa seperti ini biasanya akan berjaya dalam arahannya kerana menggunakan kekerasan dan disiplin. Anak-anak yang dihasilkan melalui gaya ini menunjukkan bahawa mereka mengalami masalah perkembangan kualiti diri, tidak berminat di dalam pelajaran, serta sentiasa menarik diri daripada hubungan sosial. Keadaan begini akhirnya boleh membawa perasaan risau dan murung serta kurang berkemahiran dalam bersosial (Lamborn, Mounts, Steinberg, dan Dornbush, 1991; Steinberg et al., 1994; Bee, 1995). Gaya asuhan permisif cenderung menghasilkan anak kurang matang dan bersifat impulsif, agresif, kurang berdikari dan kurang rasa bertanggungjawab. Remaja didapati tidak mempunyai arah tujuan yang tepat berbanding remaja-remaja yang melalui asuhan dengan gaya-gaya yang lain. Sungguhpun diketahui bahawa jenis asuhan autokratik dan permisif menimbulkan impak negatif terhadap tahap disiplin, melalui kajian Choa (1994) mendapati sebaliknya. Kajian paradok yang dilakukan di antara orang Eropah-Amerika dengan orang Cina mendapati bahawa gaya autokratik yang diamalkan oleh orang Cina memperlihatkan peningkatan tahap disiplin walaupun gaya asuhan ini telah dikenalpasti sebagai gaya yang membawa kepada tahap disiplin rendah bagi orang Eropah-Amerika. Namun gaya autokratik ini bukanlah diamalkan secara keseluruhan di dalam kehidupan tetapi hanya di dalam aspek mengajar dan perkara melibatkan pendidikan sahaja. Laporan Baumrind, (1991), menyatakan bahawa remaja yang berada dalam

keluarga yang demokratik akan berterusan cergas dan cekap dalam sosial dan kognitif.

24 Manakala remaja yang ditolak atau diabaikan menunjukkan tingkahlaku anti sosial, kurang kawalan, kurang tanggungjawab sosial dan kebolehan kognitif, tingkahlaku bermasalah dan menolak model ibu bapa. Baumrind juga mendapati bahawa remaja dari keluarga yang demokratik akan berkeyakinan diri tinggi dan tidak suka bergantung. Pada zaman dahulu anak-anak hidup dalam suasana robust atau lasak. Ibu bapa ketika itu juga mendidik anak-anak mereka dengan kesat. Mengikut ibu bapa dulu, kalau dididik dengan lembut anak-anak akan rosak. Bagaimanapun sekarang kekerasan bukan cara terbaik mendidik anak yang hidup dalam keadaan dan suasana yang berbeza dari pada dahulu. Pendedahan anak-anak terutamanya dengan teknologi maklumat tanpa sempadan dan hiburan yang canggih menyebabkan remaja lebih terbuka. Mereka boleh membezakan sikap ibu bapa mereka sama ada positif atau negatif, garang atau lembut. Tingkah laku remaja dibentuk oleh ibu bapa sejak ia kecil lagi. Segala gerak geri perhubungan secara lisan dan sahsiahnya. Penyelewengan dalam tingkah laku juga tertakluk kepada perubahan fizikal, perubahan dalam keluarga, remaja yang cepat matang dari segi fizikal masih memerlukan sokongan dan bimbingan ibu bapa kerana ia belum lagi matang dalam perkembangan emosi. Remaja akan merasa kurang selesa ke atas perubahan fizikal dan juga akan menghadapi perasaan tekanan jiwa dalam keadaan masih belum bersedia menerima hakikat hidup remaja. Jadi tidak hairanlah semakin pesat negara membangun dengan pelbagai teknologi moden semakin banyak pula kemerosotan sosial berlaku di kalangan masyarakat terutamanya generasi remaja. Malah ia semakin menular hingga ke seluruh negara. Tidak kira di bandar mahu pun di desa. Persoalannya adakah gaya asuhan ibu bapa memainkan peranan dan mempunyai hubungan yang rapat dalam tersebar luasnya salah laku di kalangan remaja. Sekiranya sikap sebenar remaja dapat dibandingkan dengan sikap ibu bapa secara terperinci maka akan didapati bahawa terdapat perbezaan jurang di antara keduanya. Rusnani (2000), contohnya menyatakan bahawa terdapat perbezaan persepsi di antara

25 remaja dengan ibu bapa tentang perhubungan sosial. Jurang ini juga disebabkan oleh harapan ibu bapa yang menginginkan remaja meneruskan nilai-nilai yang dipegang oleh ibubapanya. Remaja pula pada satu pihak sedang berhadapan dengan perubahan dalaman dan luaran yang membawa kepada krisis.

26 2.2.1 Gaya Asuhan Dan Kebolehan Sosial

Gaya Asuhan

Ciri Asuhan Menghukum, terlalu mengawal, tegas, terasing, tidak bersedia memberi penjelasan atau mempertimbangkan peraturan. Menggalakkan, tidak bergantung, tegas, kawalan dengan penjelasan, mendengar luahan dan pendapat, bersedia memberi penjelasan dan mempertimbangkan peraturan. Kurang penglibatan, tidak menghukum, kurang pengharapan, memberi kebebasan yang sepatutnya kepada remaja. Menolak atau mengabaikan tanggungjawab mengasuh anak.

Tingkahlaku Remaja Interaksi sosial yang tidak berkesan, kurang cekap, tidak puas hati dan menarik diri.

1 .

Autokratik

2 .

Demokratik

Kebolohan sosial, bertanggungjawab, cekap, ada kawalan kendiri, suka mencuba, puas hati dengan diri.

3 .

Permisif Indulgen

Tidak mantap, lemah kawalan diri, lemah ciri kepimpinan.

4 .

Permisif Negligen

Anti sosial, tidak matang, masalah psikologikal, tiada arah tujuan.

27

Sumber : Judith A. Scihickedanz, 1998, Understanding Children And Adolescents, 3rd edition. Rajah 1.1 Gaya Asuhan dan Kebolehan Sosial

Walaupun klasifikasi dalam pendekatan ini diutarakan empat bahagian asuhan namun dalam kajian ini, pengkaji cuma menggunakan tiga klasifikasi gaya asuhan sahaja iaitu autokratik, demokratik dan permisif. Di mana pengkaji menggabungkan permisif indulgen dengan permisif negligen satu bahagian sahaja iaitu permisif. Dapatlah dirumuskan bahawa ketiga-tiga konsep asuhan tersebut mempunyai pendekatan yang berbeza. Namun apa yang penting adalah hasil yang bakal diperolehi, ini kerana anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga demokratik akan lebih

28 bertanggungjawab, yakin, adaptif, kreatif, mempunyai daya ingin tahu serta pandai bergaul dan cemerlang di sekolah. Manakala anak yang dibesarkan melalui gaya asuhan autokratik menunjukkan bahawa mereka lebih pasif, kurang pandai bergaul, kurang yakin dan kurang cemerlang pencapaiannya. Berikutnya anak-anak yang melalui gaya asuhan permisif akan cenderung kurang matang, tidak bertanggungjawab, tidak mempunyai arah tujuan yang tepat dan lebih akur kepada rakan sebaya. Sehubungan itu jelas kelihatan kejayaan atau kegagalan mendidik anak dipengaruhi oleh penggunaan strategi yang bersesuaian serta strategi tersebut perlulah bersesuaian denagn matlamat mendisiplinkan anak. 2.3 Model Tingkah Laku

Sebenarnya menurut model tingkah laku, perlakuan manusia boleh diramal, dilihat dan dikawal. Malahan tingkah laku manusia sentiasa dipengaruhi persekitaran yang berubah ke arah positif atau negatif. Daripada rangsangan terhadap alam persekitaran, manusia akan bertindak balas dan berlakulah pembinaan tingkah laku. Maka menurut teori ini, jelas menunjukkan faktor persekitaran lebih penting dari faktor baka (Nor Anisah, 1992). Stevenson (1974) menyatakan unsur tingkah laku yang diwarisi hanya pantulan-pantulan fisiologikal, tetapi tingkah laku yang lain merupakan hasil pembelajaran. Oleh itu, pendidikan merupakan satu unsur teras dalam pembentukan dan pengubahan tingkah laku. Rangsangan-rangsangan negatif terhadap alam persekitaran tadi kelak membentuk personaliti anti-sosial dan hasilnya ialah tindak balas anti-sosial juga. Misalnya, keluarga yang suka bermain judi, anak-anak mereka akan meniru tingkah laku itu dan menghayatinya. Pendekatan tingkah laku merupakan pendekatan rangsangan dan gerak balas terhadapnya yang berlaku dalam persekitaran seseorang. Kesan memerhati dan meniru tingkah laku adalah lebih efektif, oleh itu ibu bapa merupakan model yang paling rapat kepada anak-anak mereka.

29 Peranan pembimbing sangatlah penting seperti menjadi model yang terbaik, bahkan menurut teori tingkah laku, peranan ibu bapa sangat kritikal. Pada asasnya, tingkah laku manusia ditentukan hukum-hukum tertentu yang boleh diterangkan secara saintifik. Hukum ini menunjukkan bagaimana faktor persekitaran berhubung rapat dengan tingkah laku manusia. Tingkah laku manusia dapat diubah melalui mekanismamekanisma pelazim (rangsangan dan peneguhan). Pavlov (1927) telah "menjalankan penyelidikan tentang pelaziman klasik, yang memberikan implikasi bahawa : (a) Tingkah laku dipengaruhi oleh keberkesanan sistem saraf, iaitu individu yang baik sistem sarafnya lebih mudah menguasai gerak balas tertentu melalui rangsangan terlazim dan tidak terlazim. (b) Gerak balas terlazim akan bertambah kukuh melalui ulangan. (c) Faktor motivasi memain peranan penting bagi menghasilkan gerak balas. (d) Dalam proses membina disiplin, tingkah laku yang dapat dilihat dan dikawal perlu diberi perhatian. (e) Pemindahan tingkah laku boleh berlaku melalui proses generalisasi untuk membolehkan pengalaman digunakan dalam situasi-situasi yang lain. (f) Penghapusan gerak balas terlazim memang boleh dihasilkan bagi sesuatu tingkah laku. Menurut Skinner (1979), pembelajaran akan berlaku, jika mempunyai rangsangan dan tindak balas yang berulang. Skinner membahagikan tingkah laku kepada dua bahagian, iaitu tingkah laku pantulan yang dapat dipelajari melalui pelaziman klasik dan tingkah laku operan yang ditunjukkan seseorang tanpa rancangan yang nyata. Apa juga tingkah laku yang diikuti dengan pengukuhan atau keadaan yang menyenangkan, maka tingkah laku itu akan menjadi lazim. Teori pelaziman dan kaedah pembentukan tingkah laku telah digunakan sebagai alat untuk membentuk disiplin yang positif. Setiap individu akan melalui peringkat

30 perubahan pada diri, bermula dan peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan sehingga tua. Sehubungan itu, persekitran sama ada ibu bapa, keluarga dan sebagainya merupakan model dan boleh mempengaruhi setiap peringkat perubahan tersebut sama ada ke arah berbentuk positif atau negatif. Tingkah laku turut berkembang dan dipertahankan melalui peneguhan positif serta negatif dan melalui dendaan. Kesimpulannya, Skinner percaya bahawa manusia boleh berkembang dengan pelbagai cara dan tingkah laku tertentu yang boleh timbul atau hilang bergantung kepada konsekuen-konsekuen tingkah laku tersebut, iaitu sama ada positif atau negatif. 2.3.1 Teori Perkembangan Kognitif

Piaget ( 1953); Chomsky ( 1968 ) dan Bernstein ( 1977) ( dalam Docking, 1987 ) telah memberi tumpuan terhadap cara kanak-kanak menterjemahkan pengalaman- pengalaman dan bagaimana kanak-kanak yang sedang membesar menyesuaikan diri dengan pengalaman-pengalaman baru dan membentuk corak-corak pembelajaran yang lebih kompleks. Piaget menekankan fungsi dan tindak balas minda kepada persekitaran. Piaget melihat manusia sebagai penggerak dan bersifat rasional dan intelek. Kanak-kanak pula dilihat sebagai punya gagasan, iaitu mempunyai daya ingin tahu dan aktif bergerak balas terhadap persekitaran mengikut fahaman atau keupayaan kognitif kanak-kanak tersebut. Keupayaan kognitif kanak-kanak banyak bergantung kepada :

a.Bagaimana kanak-kanak bergerak balas terhadap peristiwa di persekitaran. b.Apakah kesan-kesan peristiwa-peristiwa tersebut terhadap perkembangan kanak-kanak. Wall (dalam Docking, 1987) memberi penjelasan tentang masalah tingkah laku dengan menggunakan model Piaget. Seseorang kanak-kanak cuba membentuk caracara bertindak berdasarkan pengalaman dirinya. Pengalaman-pengalaman baru membolehkannya mcmbuat skema berdasarkan interaksinya kepada dunia fizikal dan interaksinya dengan orang ramai. Dia akan mengubah skema ini berdasarkan

31 pengalaman-pengalaman baru berhubung alam sekitarnya. Lama kelamaan, dia dapat mengagak tindak balas yang dihadapinya. Walau bagaimanapun, jika seseorang kanak-kanak kerap berhadapan dengan tindak balas yang tidak dapat diagak terlebih dahulu, maka dia terpaksa mengubah perlakuan untuk menyesuaikan dengan skemanya. Skema kognitif kanak-kanak melibatkan dua aspek , iaitu asimilasi di mana merupakan satu proses apabila pengetahuan baru yang diserap oleh kanak-kanak dan dimasukkan ke dalam skema yang ada dalam kanak-kanak. Manakala akomodasi merupakan satu proses apabila kanak-kanak terpaksa membuat pengubuhsuaian kepada skema pemikiran yang sedia ada kerana pengetahuan yang baru diterima itu tidak sepadan dengan skema yang sedia ada. 2.3.2 Teori-Teori Pembelajaran Sosial

Teori-teori pembelajaran sosial menekankan pembentukan tingkah laku adalah hasil daripada pemerhatian, membendung pemerhatian itu, menghasilkan tingkah laku yang dibendung serta peneguhan dan motivasi terhadap tingkah laku yang dihasilkan. (Bandura, 1977 ).

Teori pembelajaran sosial menyatakan bahawa tingkah laku adalah dipelajari. Kanak-kanak biasanya mengikuti tingkah laku daripada orang-orang di sekitarnya. Proses ini menjadi lebih cepat jika mereka diberikan galakan dan peneguhan. Sebagai contohnya, jika seseorang kanak-kanak dipuji kerana menolong membuat sesuatu, maka ada kemungkinan besar dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk meneruskan perbuatan tersebut. Walau bagaimanapun, jika seseorang kanak-kanak itu berhadapan dengan keganasan dan tingkah laku yang agresif di rumah, kemungkinan besar kanak-kanak itu rnempelajari tingkah laku ini, Ini bermakna, faktor-faktor persekitaran boleh

32 mempengaruhi tingkah laku seseorang. Teori-teori ini banyak menekankan pengaruh model dalam menjelaskan tingkah laku seseorang. Dalam menjelaskan teorinya, Bandura mengutarakan empat eleman utama yang harus diberi penekanan dalam menghuraikan pembelajaran yang berlaku hasil pemerhatian. Eleman pertama ialah perhatian. Kanak-kanak selalunya menumpukan perhatian terhadap ibu bapa, abang atau kakak dan guru-guru. Seterusnya pembendungan merupakan tahap kedua dalam pembelajaran. Ini boleh berlaku dengan cara mengingati perbuatan-perbuatan yang diperhatikan. Pembendungan boleh menjadi kukuh dengan berfikir tentang itu berulang kali atau melatih perbuatan yang diperhatikan. Penghasilan pula merupakan tahap ketiga dalam pembelajaran. Ini bermakna seseorang itu "melakonkan" apa yang dipelajarinya dalam kehidupan seharian. Ini memerlukan latihan supaya penghasilannya licin tanpa sebarang masalah. Motivasi dan peneguhan merupakan tahap keempat dalam teori pembelajaran teori ini. Kita mungkin mempelajarai sesuatu melalui pemerhatian, tetapi kita mungkin tidak mempertunjukkan apa yang dipelajari itu. Maka motivasi dan peneguhan boleh menyebabkan sesuatu yang diperhatikan dan dipelajari dipertunjukkan.

2.4

Masalah Disiplin

Dzulkarnain (1999), menjelaskan masalah disiplin merupakan kerenah yang sering berlaku dalam sesebuah sekolah atau di dalam bilik darjah. Masalah disiplin yang paling kerap berlaku di kalangan pelajar antaranya melawan guru, ponteng sekolah, ponteng kelas, lambat datang ke sekolah, bergaduh, merosakkan harta benda sekolah, mencuri, berpakaian tidak kemas, salah guna dadah, peras ugut, buat bising, cuai terhadap pelajaran, berambut panjang, berjudi, meminum minuman keras, menganggu guru rnengajar, menganggotai kumpulan haram, menonton video lucah dan mencabul kehormatan orang lain.

33

Sa'eadah (2002) pula menjelaskan ketidakmampuan ibu bapa menanamkan nilainilai murni dalam usaha mendidik anak-anak mereka turut mempengaruhi disiplin kanak-kanak tersebut. Selain dari terlibat dalam penyalahgunaan dadah, meminum minuman keras dan berjudi yang kian berleluasa di kalangan kanak-kanak. Abdul Raof (1991), melaporkan masalah disiplin juga berpunca daripada saiz kelas yang terlalu besar. Salah laku didefinisikan sebagai tingkah laku yang menyimpang, iaitu melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah atau pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Terdapat sembilan kategori salah laku yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan sebagai melanggar disiplin sekolah. Kategori itu adalah jenayah, lucah, kekemasan diri, tidak mementingkan masa, kurang sopan, laku musnah (vandalism), tidak jujur, ponteng dan kategori lain-lain tingkah laku. (Rokiah Ismail 2001). Menurut Ghazali Othman (2002), salah laku merupakan bentuk dan jenis masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar. Salah laku terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis yang ringan dan berat. Jenis salah laku ringan adalah seperti kesalahan merokok, ponteng kelas, ponteng sekolah, mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran seperti membuat bising dan banyak lagi. Jenis salah laku berat pula ialah seperti penyalahgunaan dadah, merompak, memeras ugut, vandalisme, membunuh, merogol dan lain-lain lagi. 2.4.1 Ponteng

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1996), mendefinisikan ponteng sebagai kegiatan meninggalkan sekolah tanpa sebab atau pengetahuan guru. Ini bermaksud tidak hadir ke sekolah tanpa apa-apa sebab yang munasabah.

34 Menurut Yaakub (I977), dan Ismail (1983), ponteng bermaksud pelajar yang tidak hadir atau tidak datang ke sekolah tanpa izin guru atau ibu bapa. Menurutnya lagi pelajar yang meninggalkan kelas tanpa keizinan guru, lari atau keluar dari kawasan sekolah pada waktu ia sepatutnya berada dalam bilik darjah atau kelas untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran juga termasuk dalam pengertian ponteng. Menurut Unit Hal Ehwal Pelajar, (2000), Kementerian Pendidikan Malaysia ponteng adalah tingkah laku tidak hadir sekolah, asrama, kelas, perhimpunan, kegiatan kokurikulum, ujian atau peperiksaan. Menurut panduan yang diberikan oleh Unit Disiplin, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1994), tahap ponteng sekolah seperti jadual 1.2

Jumlah Hari Ponteng dan Amaran Surat Amaran Pertama Kedua Terakhir Ponteng Berturut-turut Pada Hari Ke-3 7 Hari Selepas Amaran Pertama 7 Hari Selepas Amaran Ke-2 Ponteng Berkala Pada Hari Ke-10 10 Hari Selepas Amaran Pertama 20 Hari Selepas Amaran Kedua 20 Hari Selepas Amaran Terakhir 60 Hari Berturut-turut

Buang 14 Hari Selepas Amaran Terakhir Sekolah Jumlah Hari 31 Hari berturut-turut Tidak Hadir Sumber: Unit Disiplin, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1994.

35

Pelajar dikatakan ponteng apabila tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut. Hukumannya ialah pelajar yang didapati ponteng berturut-turut dalam tempoh tersebut akan diberi surat amaran pertama dan surat amaran kedua akan menyusul jika tidak hadir selama tujuh hari berserta tiga hari sebelumnya. Surat amarah terakhir akan dikeluarkan jika pelajar masih tidak hadir selama tujuh hari seterusnya berserta sepuluh hari sebelumnya. Jika tidak ada alasan munasabah daripada pelajar atau ibu bapa atau penjaga setelah empat belas hari berterusan berserta tujuh belas hari sebelumnya, maka pelajar boleh dibuang sekolah mengikut Undang-undang Ordinan Pelajar 1957, Peraturan-peraturan pelajar (Disiplin Sekolah)1959. (Utusan Malaysia 3 April 2001) Dalam konteks kajian ini pelajar ponteng ialah pelajar-pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua dan tiga. Mereka tidak hadi ke sekolah sekurangkurangnya selama tiga hari dalam sebulam secara berterusan atau tujuh hari dalam sebulan secara berkala. Kriteria ini digunakan kerana pelajar-pelajar sekolah tidak hadir selama tiga hari dalam sebulan bermakna dia telah ponteng sekolah lebih kurang 15 peratus daripada masa persekolahannya dalam sebulan. Bagi pelajar yang tidak hadir selama tujuh hari dalam sebulan bermaksud pelajar itu ponteng hampir dua hari dalam seminggu. Ini bermakna dia ponteng sekolah selama 40 peratus daripada masa persekolahannya dalam seminggu atau 35 peratus dalam sebulan. Penetapan ini dibuat untuk memastikan amalan ponteng yang dilakukan pelajarpelajar adalah munasabah dan benar sebagai kes ponteng yang tepat. 2.4.2 Faktor Keremajaan Menimbulkan Masalah Disiplin Di Sekolah :

Usia pelajar-pelajar sekolah menengah adalah usia remaja. Menurut Ahmad Amin (1998), keremajaan umumnya ditakrifkan sebagai jambatan di antara zaman kanak-kanak dan dewasa. Ia selanjutnya menjadi satu masa yang penuh dengan kerisauan kerana timbulnya keperluan untuk membuat keputusan mengenai kerjaya dan corak hidup. Semua ini

36 berpotensi mewujudkan konflik dan krisis. Perubahan yang banyak berlaku setelah akil baligh memerlukan perhatian yang khusus dan pemahaman daripada golongan yang lebih dewasa. Penglibatan ini akan membolehkan golongan remaja melalui perubahan ke arah kedewasaan dengan jayanya. Menurut Kasmini (1993), remaja merupakan peralihan umur dari zaman kanakkanak ke zaman dewasa. Pada kebiasaannya zaman ini bermula dengan kedatangan haid pertama bagi perempuan dan keluarnya air mani bagi lelaki. Keadaan ini berlaku pada peringkat umur di antara 11 dan 13 tahun di kalangan perempuan dan di antara 13 dan 17 tahun di kalangan lelaki. Pada peringkat umur remaja ini banyak perubahan fizikal berlaku. Perubahan fizikal ini dipengaruhi oleh pengeluran hormon. Tempoh perubahan fizikal biasanya memakan masa selama 4 hingga 5 tahun bagi lelaki dan bagi perempuan tempohnya pendek iaitu, antara 3 hingga 4 tahun sahaja. Oleh itu kanak-kanak perempuan menempuhi alam remaja lebih awal berbanding kanak-kanak lelaki, mereka lebih banyak mengalami gangguan emosi di peringkat awal lagi jika dibandingkan dengan kanak-kanak lelaki. Pada peringkat keremajaan ini sangat penting memastikan dan memupuk pengenalan diri seseorang untuk mengelak timbulnya kekeliruan tentang peranan diri. Ini bermaksud setelah berakhirnya zaman kanak-kanak seseorang remaja perlu dan tahu siapa dirinya dan tahu segala ciri-ciri diri, baik atau buruk dan ada keyakinan untuk menonjolkan identiti diri mereka kepada orang lain. Kekeliruan dan rasa tidak pasti dengan identiti diri menjadikan mereka sukar dalam kehidupan seharian kerana tidak tahu tentang matlamat hidup. Mereka tidak ada tujuan hidup dan tidak tahu ke mana hendak dituju. Remaja yang berada dalam keadaan begini akan lebih mudah terpengaruh dengan unsur luaran tanpa berfikir panjang. Mereka tidak risau akan akibat buruk yang boleh berlaku sekiranya terlibat dengan perkara yang tidak wajar.

37 Menurut Corey et al. (2000), umur 12 hingga 18 tahun merupakan peringkat remaja yang merupakan masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Masa ini dianggap sebagai satu tempoh yang sukar untuk memilih satu dasar yang boleh dijadikan penentu, di mana seseorang remaja boleh dibimbing ke arah membuat penilaian pada sikap dan tingkah laku yang diperlihatkan boleh menolong dirinya untuk memasuki era dewasa dengan kefahaman yang realistik mengenai tanggungjawabnya kepada dunia sosialnya. Pemikiran remaja adalah pada tahap pemikiran secara 'formal'. Mereka sudah ada kesedaran untuk berfikir, boleh menggunakannya untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan mengikut pertimbangan. Mereka boleh membuat kesimpulan, boleh bertukar-tukar fikiran, membuat hipotesis dan mencuba hipotesis mereka walaupun masih belum mencapai peringkat kematangan. Menurut (Mohd. Nazar 1992; Muhd. Mansur 1998; Noriah 2000) keremajaan dikatakan berakhir apabila seseorang itu mencapai umur 17 tahun atau 18 tahun, kerana waktu ini adalah situasi baru di mana segala keinginan hidup untuk berkeluarga meningkat, terutamanya di kalangan remaja perempuan. Waktu begini para remaja mula rnementingkan susuk badannya dan menjaga tubuh badannya dengan baik, pandai bersolek, memakai pakaian yang menarik perhatian orang ramai terhadap dirinya. Remaja juga ketika ini melalui medan perubahan yang cepat sama ada jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Faktor persekitaran seperti pergaulan dengan ibu bapa, rakan sebaya dan kumpulan masyarakat amat mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan rernaja. Noraini (1993), pula mendapati masalah yang dihadapi oleh remaja akan menyebabkan remaja berada dalam ketegangan dan kebimbangan, keadaan ini boleh membawa kepada berlakunya perlakuan mengasingkan diri, melanggar peraturan, kenakalan dan masalah tingkah laku yang lain. Remaja mempunyai sikap yang terlalu egoistik, menganggap diri mereka sebagai tumpuan seluruh dunia dan sebagai satusatunya tumpuan minat. Mereka mementingkan diri sendiri dan bersifat kebendaan di samping emosi yang sering kali berubah-ubah antara riang dan sedih.

38

Mohd. Salleh (1998), menjelaskan peringkat perkembangan remaja merupakan satu zaman peralihan dari peringkat zaman kanak-kanak ke peringkat dewasa. Ia merupakan satu kumpulan anak muda yang berusia di antara 15 hingga 20 tahun. Sesetengah golongan remaja menganggap mereka tidak boleh lagi diperbudak-budakkan kerana telah menjadi seorang yang mempunyai kematangan dari segi rohani, jasmani, intelek dan sosial. Kematangan tersebut menyebabkan mereka ingin mendapatkan kebebasan yang sebanyak mungkin dan seterusnya menunjukkan identiti yang tersendiri.. Apa yang membimbangkan ibu bapa dan masyarakat ialah golongan remaja sama ada yang sedang bersekolah atau yang tidak bersekolah, sudah mulai menyedari tentang perkembangan mental-emosi mereka dan mental-emosi orang lain. Justeru mereka sentiasa ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu. Konflik dalam diri inilah menyebabkan kehidupan golongan remaja penuh dengan kegelisahan dan cabaran. Menurut Wan Mohd. Zaid (1993) dan Suradi (2000) murid sekolah menengah ialah golongan remaja. Dalam kehidupan remaja terdapat beberapa masalah tertentu seperti remaja mengalami perubahan jasmani. Umur baligh berbeza di kalangan kanakkanak dan perubahan tubuh badan juga berbeza-beza. Masa remaja juga merupakan waktu orang muda perlu berusaha mencari dan mendapatkan kebebasan sendiri. Usaha untuk kebebasan ini kerap kali menjadikan mereka berani mencabar dalam tindakantindakan kemasyarakatan. Mereka tidak harus dicaci, sebaliknya mereka memerlukan galakan dan timbang rasa daripada orang dewasa. Tanggungjawab remaja di dalam hidup ialah mencapai nilai untuk membentuk kehidupan mereka. Melalui perbincangan tidak formal remaja boleh menilai pandanganpandangan dan menerbitkan satu set nilai yang boleh diterima. Remaja juga perlu mencapai kejayaan dalam erti kata dunia yang lebih mantap. Mereka perlu mendapatkan pengakuan dewasa untuk membina keyakinan diri mereka dan akan dapat mengelakkan dari pengaruh yang tidak membawa kebaikan kepada golongan remaja.

39 Menurut (Kimble 1990; Mohammad 1992; Oil 1997), remaja adalah golongan yang mudah terpengaruh dan sentiasa melakukan sesuatu mengikut gaya masa kini dan memberontak jika keseronokan dan kebebasan mereka dihalang. Mereka sering berkhayal, ingin mencapai sesuatu yang di luar kemampuan mereka dan membuat permintaan yang tidak realistik. Kesimpulannya perilaku remaja boleh dilihat melalui keadaan dalaman serta fisiologi manusia yang mana tingkah laku itu digerakkan dari diri individu di peringkat bayi dan awal kanak-kanak sehingga akhirnya menjadi kenyataan untuk tujuan-tujuan tertentu di masa dewasa nanti. Bimbingan dari orang dewasa, ibu bapa dan keluarga akan dapat membantu remaja mengatasi masalah tingkah laku dari berterusan.

2.4.3

Teori Punca Masalah Disiplin Pelajar

Terdapat beberapa penjelasan mengenai punca devian. Teori fungsionalisme menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial. Teori konflik mengatakan devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang menindas. Teori subbudaya dan deprivasi status pula berpendapat devian berpunca daripada budaya kumpulan yang berbeza dengan budaya masyarakat besar. Deprivasi selalu berpunca daripada kekurangan ekonomi dan kelemahan emosi. Remaja terutamanya daripada latar belakang kelas sosial rendah yang tidak berjaya dalam akademik mengalami kekecewaan dan tekanan status lalu bertindak melakukan devian. Teori interaksionisme melihat devian sebagai sesuatu yang subjektif dan

merupakan suatu proses sosial. Pelajar sengaja memilih tingkahlaku tertentu mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka menginterpretasi sesuatu . Kajian Tattum (1986) mendapati bahawa pelajar sengaja melakukan devian sebagai teknik neutralisasi dalam interaksi mereka. Menurut Merton (1938) terdapat empat jenis devian iaitu inovasi (suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah), ritual (tindakan mengulang perbuatan), undur (seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya

40 lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan ) dan menentang (menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain). Ramai ibu bapa moden menyerahkan tugas mendidik anak pada guru di sekolah. Memang guru memainkan peranan penting untuk mendidik. Mendidik membawa makna yang jauh lebih besar daripada sekadar mengajar atau memberikan ilmu pengetahuan. Pengaruh guru pada pelajar juga bukan kecil. Namun, guru hanya terbabit dalam sebahagian proses pembentukan karakter itu. Selebihnya terletak pada bahu ibu bapa. Memang wujud keadaan pelajar akur pada disiplin sekolah, mematuhi arahan guru dan berbudi bahasa di dalam kelas tetapi mengisytiharkan ‘kemerdekaan’ apabila berada di luar sekolah. Mereka menganggap disiplin dan tingkah laku yang baik hanya di dalam pagar sekolah atau apabila mereka memakai pakaian sekolah. Oleh sebab itu, peranan ibu bapa masih penting. Masa kanak-kanak berada di rumah masih banyak dibandingkan dengan masa bersama guru. Dari hari pertama kelahirannya hingga seorang kanak-kanak masuk ke tahun satu, mereka sepatutnya berada di rumah selama 30,000 jam. Hanya peratusan kecil waktu dihabiskan di nurseri atau taman didikan kanak-kanak. Bagaimanapun realiti moden hari ini ialah ibu bapa menghantar anak kecil dari pagi hingga petang ke nurseri atau tadika. Sepanjang seorang kanak-kanak bersekolah rendah (enam tahun) mereka mempunyai masa lebih 52,000 jam. Daripada jumlah itu, mengambil kira mereka di sekolah enam jam sehari selama kira-kira 200 hari setahun, mereka menghabiskan masa 7,200 jam di sekolah. Ia bermakna hanya satu pertujuh masa mereka di sekolah berbanding di rumah. Memang benar waktu enam jam di sekolah banyak mempengaruhi kanak-kanak tetapi waktu di rumah dan bersama ibu bapa sebenarnya jauh lebih penting dalam mencorakkan kanak-kanak ini. Malah hubungan di antara apa yang berlaku di rumah dan sekolah sudah sekian lama menarik perhatian pakar kanak-kanak dan ahli psikologi. Kanak-kanak yang datang

41 daripada keluarga tidak stabil membawa ciri yang khusus. Kanak-kanak yang terbiar juga membawa karakter berbeza. Besar kemungkinan mereka memberontak, kasar dan sukar dikawal. Sebagai perbezaannya kanak-kanak yang mendapat kasih sayang ibu bapa menunjukkan sifat tersendiri. Ramai orang menganggap dengan adanya ibu bapa di rumah sudah memadai. Di sini pentingnya apa yang disebut ‘masa kualiti’ untuk anak. Waktu sebenar interaksi bersifat ilmu (educational interaction) di antara ibu bapa dengan anak mereka hanya 12.2 minit sehari bagi ibu dan 7.7 minit bagi bapa. Ini termasuk waktu membaca. Kajian ke atas ibu bapa dan ibu atau bapa tunggal di Amerika Syarikat (AS) mendapati waktu ibu bapa ‘bercakap’ dengan anak mereka hanya 10.7 minit bagi ibu bekerja dan empat minit bagi bapa yang bekerja.( Berita Harian, 30.9.2006) 2.4.4 Hubungan Antara Ibu Dan Anak Hubungan emosi berkualiti dan rapat terutama yang melibatkan ibu dengan anak akan mewujudkan hubungan keluarga yang baik dan mendapati bahawa tidak wujud konflik kebergantungan serta ia mempunyai perkaitan secara positif dengan penghargaan kendiri anak. (Buchanan dan Dombush,1991 dalam McCurdy,1996) Sungguh pun demikian apa yang dikesalkan ialah sikap bapa yang kurang memainkan peranan dan kurang berkongsi kuasa dengan anak sehingga anak tidak rapat dengan mereka (Weinmann,1990 Di Dalam Balk,1995) Di dalam usaha meningkatkan perkembangan anak maka seharusnya ibu dan bapa rapat dengan mereka agar elemen didikan dapat diterapkan. Sehubngan itu penerimaan anak terhadap ibu bapa harus berada pada tahap yang terbaik. Ini ditambah dengan tahap perkembangan anak yang sedang berada dalam waktu transisi. (Moser, Paternite dan Dixon, 1996)

42 Jika anak mempersepsikan ibu dan bapa sebagai autonomy supportive maka mereka juga akan mempunyai lebih autonomi di dalam aktiviti sekolah, merasa diri mereka mempunyai tahap persaingan dan boleh mengawal diri di dalam kelas berbanding mereka yang mempersepsikan ibu bapa sebagai pengawal. (Grolnick 1991, di dalam Dresner, 1996) 2.4.5 Peranan Ibu Dan Bapa Di Dalam Mengasuh Anak

Sememangnya peranan ibu dan bapa di dalam memastikan perkembangan anak terutamanya di sudut pendidikan tidak dapat dinafikan. Sehubungan itu ibu bapa perlu bersama-sama memainkan peranannya di dalam mendidik anak. Namun apa yang berlaku ialah golongan bapa kurang berperanan tetapi menyerahkan urusan mendidik anak kepada golongan ibu. (Paulson & Sputa,1996),(Forehand & Nousiainen,1993 Di dalam Paulson,1996) Realiti yang wujud ialah golongan bapa kurang menerima anak sehingga menyebabkan hubungan mereka adalah jauh dan tidak rapat. (Wienmann & New Combe,1990 Di Dalam Balk,1995), dan hanya terlibat mengasuh anak jika diperlukan terutama dalam mendisiplinkan mereka (Simon,Conger & Wu,1992, Di Dalam Conger & Elder, 1994) Hubungan yang tidak menggalakkan di antara bapa dan anak ini akan mewujudkan konflik. Ini merupakan salah satu sebab menurunnya tahap disiplin. Namun apa yang melegakan ialah penglibatan golongan ibu di dalam urusan mandidik anak adalah lebih baik dan bersifat autoritatif. Ibu didapati lebih tinggi dalam mengawal, menerima, rapat dengan anak (Forehand & Nousiainen,1993 Di Dalam Paulson, 1996) dan lebih kepada kombinasi di antara kuasa, keseimbangan, keintiman serta lebih kepada konflik (Pipp, Shaver, Jenning & Lamborn,1985 Di Dalam Paulson, 1996) Sungguhpun demikian terdapat juga sikap ibu bapa yang memandang remeh penglibatan mereka di dalam mengasuh anak apabila anak mereka mula memasuki alam

43 persekolahan menengah wal hal di dalam waktu ini anak amat memerlukan sokongan dan perhatian daripada mereka. Menurut Paulson dan Sputa (1996), penurunan tahap asuhan dan penglibatan ibu bapa terhadap anak semakin ketara apabila anak meningkat daripada gred 9 kepada gred 12. Ibu bapa perlu mengubah sikap dan pesekitaran keluarga sekirannya ingin menumbangkan terhadap peningkatan tingkahlaku anak. Antaranya yang boleh dilakukan ialah membenarkan anak mereka berkembang dan membentuk elemen dalaman melalui tingkahlaku yang diperakukan seperti persaingan yang tinggi, memahami dan pengawalan diri yang baik serta memberikan autonomi kepada anak. (Grolnick,1991, Dresner dan Golnick,1996 dan Allen dan Collegues, 1994 di Dalam Delaney,1996) Selain itu kedua ibu bapa perlu banyak terlibat dalam aktiviti anak seperti meluangkan masa dan bertingkahlaku menyayangi. Ini akan menyebabkan anak merasa lebih persaingan, dapat mengawal diri dan lebih berorientasi kan motivasi dan autonomi (Grolnick,1991) 2.4.6 Tingkahlaku Anak

Gaya asuhan yang tidak konsisten dan kritikal akan mewujudkan konflik di dalam diri terutama apabila melalui waktu transisi di antara alam kanak-kanak dan remaja. Malahan persekitaran keluarga yang tidak kondusif dan harmoni akan menyebabkan wujudnya tingkahlaku bermasalah. (Astone dan Mc Lananagan, 1994) Persekitaran keluarga yang tidak kondusif dan harmoni ini bleh didefinasikan seperti pertelingkahan dalam hak pemeliharaan bagi ibu bapa yang telah bercerai, proses perceraian, sikap anak yang tidak mahu tinggal serumah dengan ibu dan bapa kandung. (Kurdek,1993) dan (McCurdy & Scherman,1996) Moses (1996), Dresner (1996), McCurdy ,(1996), Kurdek, (1994), Buchanan, (1991) dan Weinmann, (1990) pula banyak mempersoalkan penerimaan anak terhadap

44 bapa dan ahli keluarga yang lain. Anak tidak akan menerima ibu bapa yang kritikal terhadap diri mereka dan ini akan mewujudkan konflik di antara mereka dan secara tidak langsung akan mempengaruhi tahap disiplin mereka di sekolah. 2.5 Kelas Sosial

Terdapat banyak kajian tentang hubungan di antara latar belakang keluarga yang tidak stabil dengan kerosakan akhlak di kalangan anak-anak muda. Pelajar-pelajar yang datang dari keluarga bermasalah dengan taraf sosio ekonomi yang rendah adalah antara faktor utama pelajar terjebak dalam kancah masalah disiplin atau lebih teruk lagi iaitu jenayah. Di rumah, kekeluargaan dan penerimaan (acceptance) tidak wujud bagi sebilangan pelajar. Selain itu, bilangan ibu bapa dan penjaga yang bekerja di luar rumah, semakin meningkat menyebabkan pelajar berasa terbiar dan tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Dapatan yang dinyatakan ini bertepatan dengan hujah-hujah dan dapatan kajian Athur & Ericson (1992); Kosterman (1996), yang jelas menunjukkan faktor keluarga merupakan alasan utama menyebabkan masalah disiplin. Keadaan ini akan menjadi semakin teruk jika masalah ini tidak ditangani. Kelas sosial bermaksud usaha membahagi-bahagikan manusia mengikut kategorikategori tertentu berdasarkan pekerjaan mereka. Pekerjaan dijadikan asas penentu kepada bentuk pendidikan dan pendapatan seseorang di dalam masyarakat. Pengaruh sosio ekonomi ini pula menentukan pencapaian prestasi akademik para pelajar. Pekerjaan bapa merupakan kriteria yang paling kerap digunakan untuk menentukan kelas sosial kanakkanak atau status sosio ekonomi mereka. Status sosio ekonomi atau kelas sosial merupakan unsur penelah yang paling tekal dan kukuh bagi menentukan tahap disiplin kanak-kanak di sekolah. Taraf sosio ekonomi dan disiplin menunjukkan hubungan yang positif, iaitu semakin tinggi status sosio

45 ekonomi ibu bapanya, maka lebih tinggilah tahap disiplin kanak-kanak itu. Tahap disiplin bukan sahaja unsur penentu yang tepat bagi pencapaian kanak-kanak di sekolah tetapi ia juga merupakan satu penyebab kepada ketidakhadiran, ponteng, keciciran, kemundurun dalam pelajaran atau peluang untuk memimpin di sekolah dan sebagainya. Kajian-kajian yang dibuat di negara kita mendapati adanya satu hubungan yang sinifikan di antara taraf sosio ekonomi dan pencapaian atau gejala tidak mendaftar diri (Laporan Keciciran,1973). Kajian Isahak Haron (1977) mengenai hubungan antara kelas sosial dan pencapaian pendidikan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia, terdapat satu hubungan yang umum antara kelas sosial dan pencapaian akademik, tetapi kekuatan hubungannya adalah berbeza bagi ketiga-tiga kaum. Hubungan status sosio ekonomi dengan pencapaian akademik adalah paling ketara dalam masyarakat India , masyarakat Cina pada tahap sederhana dan masyarakat Melayu paling tidak ketara. Mayarakat Melayu paling kurang disusunlapiskan berbanding masyarakat Cina dan India. Marimuthu (1975) dalam penyelidikan tentang pengaruh latar belakang keluarga dalam pelajaran belia Tamil, mendapati adanya threshold effect dalam pengelompokkan taraf sosio ekonomi yang menentukan sama ada belia itu berdaftar di sekolah atau tidak. Di dalam kelas pekerja , ibu bapa dibahagikan kepada dua kumpulan , iaitu satu yang melampau tahap kemiskinan dan satu lagi di bawah tahap kemiskinan. Bagi kumpulan di bawah tahap kemiskinan perbezaan dalam pendaftaran adalah dipengaruhi oleh faktor ekonomi sementara bagi golongan lain yang melebihi tahap kemiskinan, faktor bukan ekonomi seperti pendidikan ibu bapa adalah lebih penting daripada pendapatan mereka. RUMUSAN Selain itu didapati bahawa ibu lebih memainkan peranan sebagai pendidik dan rapat dengan anak berbanding bapa. Anak pula didapati lebih menerima ibu bapa yang memberi sokongan dan menggalakkan perkembangan diri. Memlalui kajian yang dibuat oleh pengkaji seperti Paulson (1996), Forehand (1993), Simon (1992) dan Pipps (1985), didapati bahawa kuasa keterlibatan di dalam mengasuh anak lebih kepada ibu manakala

46 bapa lebih kepada aspek melaksanakan peraturan. Didapati juga ibu bapa yang kurang terlibat di dalam proses ini akan menyebabkan permasalahan di dalam keluarga terutama di antara ibu bapa dan anak remaja. Manakala aspek keluargaan anak lebih ditumpukan oleh Taris (1995), Aston(1994) dan Kurdek (1993). Permasalahan ini dilihat sebagai tingkahlaku mendesak oleh anak dan ketidakinginan anak untuk tinggal bersama keluarga. Ini menimbulkan konflik di dalam keluarga tersebut di antara ibu bapa dan anak.

BAB III METODOLOGI KAJIAN

PENDAHULUAN Bab ini akan menerangkan tentang langkah yang diambil dalam merancang dan menjalankan kajian. Perkara yang dibincangkan dalam bab ini ialah rekabentuk kajian,

47 tempat kajian, pemilihan sampel kajian, alat kajian, proses dan prosedur melaksanakan kajian secara berkumpulan dan penganalisaan data.

REKABENTUK KAJIAN Kajian ini dilaksanakan secara kuantitatif di mana kaedah soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat dan ia lebih kepada bentuk survey disiplin pelajar di sekolah. RESPONDEN KAJIAN Kajian ini memberi fokus hubungan antara disiplin pelajar dengan gaya asuhan ibu bapa. Populasi kajian ini adalah pelajar-pelajar menengah rendah di tiga buah sekolah di Daerah Rompin, Pahang Darul Makmur. Pemilihan sampel adalah berdasarkan kaedah persampelan rawak mudah. Seramai 30 orang pelajar lelaki dan 30 orang pelajar perempuan dari setiap sekolah dipilih daripada jadual kedatangan pelajar. kajian ini bertujuan melihat apakah jenis gaya asuhan yang diamalkan oleh ibu bapa dan hubungannya dengan tahap

INSTRUMEN KAJIAN Satu alat ukur disediakan untuk tujuan pengumpulan data dan soal selidik ini mempunyai 2 bahagian. Bahagian A dalam soal selidik ini mengandungi item-item demografik yang bertujuan memperolehi maklumat latar belakang responden dan keluarga mereka. Manakala Bahagian B pula mengandungi item-item bagi mengenalpasti gaya asuhan ibu bapa Lampiran 3. Borang jawapan pula dibahagikan kepada Bahagian Bapa dan Ibu , ini bagi memudahkan proses pemarkahan dan analisis.

48 Bahagian A (demografi) Aspek responden meliputi prerkara berkenaan jantina dan tahap pendidikan ibu dan bapa, jumlah pendapatan ibu bapa, jenis pekerjaan ibu dan bapa dan nama sekolah.

Bahagian B (Item Gaya Asuhan Ibu Dan Bapa)

Gaya Asuhan Autokratik Demokratik Permisif

No. Item 1, 4, 7,10,13,16,19,22,25,28. 2,5,8,11,14,17,20,23,26,29. 3,6,9,12,15,18,21,24,27,30.

Bahagian B terdiri daripada item-item untuk mengukur apakah gaya asuhan yang diamalkan oleh keluarga responden. Jumlah item ialah sebanyak 30 soalan dan setiap 10 soalan mewakili satu jenis gaya asuhan demokratik, demokratik dan permisif . Dominasi 3 gaya asuhan ibu anak dan bapa anak serta perkaitan hubungan dengan masalah disiplin responden mampu diperolehi. Soalan kajian berbentuk terbuka dan responden perlu memberikan jawapan berdasarkan ukuran skala likert iaitu: 1. Sangat tidak setuju 2. Tidak setuju 3. Kurang setuju 4. Setuju 5. Sangat setuju

49 Soal selidik untuk mengenalpasti gaya asuhan ibu bapa berdasarkan persepsi pelajar soal selidik yang digunakan ialah soal selidik yang dibina oleh Ahmad Badruddin Abdullah (1999), untuk mengukur 'Cara Gaya Keibubapaan Terhadap Pelajar Berpencapaian Rendah'. Beliau mengadaptasikan skala pengukuran gaya asuhan daripada Maureen M. Acker, (1995), alat ukuran ini telahpun diuji konsistensinya oleh pengkaji tersebut melalui kaedah uji dan uji kembali (pre dan post test). Perbezaan dari segi ruang masa di antara pra dan pasca test adalah selama 1 bulan dan ia memperlihatkan nilai konsistensi sebanyak 0.616. Manakala ujian pearson melalui kaedah interkorelasi di antara sub skala cara gaya keibubapaan dan tahap disiplin digunakan bagi mengkaji kaitan di antara cara gaya asuhan dengan tahap disiplin pelajar. Di dalam kajian ini pengkaji akan mengukur tiga gaya asuhan keibubapaan iaitu autokratik, demokratikan dan permisif. Status Sosio Ekonomi Sosial Untuk menetapkan status sosio-ekonomi, tiga jenis penunjuk telah digunakan iaitu : i. ii. iii. Taraf pendidikan ibu bapa, Pekerjaan ibu bapa dan Pendapatan bulanan ibu bapa.

Ketiga-tiga jenis petunjuk ini telah digunakan oleh Lim (1999) dalam kajiannya 'Gaya Keibubapaan dan Hubungannya dengan Tingkahlaku Anak'. Tesis Sarjana,UKM. Taraf pendidikan ibu bapa diukur dengan menggunakan maklumat tentang pencapaian akademik tertinggi mereka. Pencapaian akademik ini adalah dari yang serendahrendahnya, iaitu tidak bersekolah kepada tahap yang tertinggi sekali, iaitu ijazah dari universiti Tahap kelulusan yang ditetapkan ialah 6. Kod yang diberi kepada tahap yang rendah sekali ialah 1 dan yang tertinggi sekali ialah 6.

Katogeri Tidak bersekolah Sekolah Rendah PMR/SRP SPM STPM Ijazah/ Diploma

Kod 1 2 3 4 5 6

50

Penunjuk yang kedua yang digunakan untuk menetapkan status sosio-ekonomi ialah pekerjaan ibu bapa. Dalam kajian ini kategori pekerjaan adalah dari tahap yang rendah ke tahap yang tinggi. Kategori-kategori itu adalah seperti berikut : Kategori Pekerjaan tidak mahir seperti buruh. Pekerjaan separuh mahir seperti kerani. Pekerjaan mahir seperti peniaga. Pertengahan seperti guru. Profesional seperti peguam, doktor. Kod 1 2 3 4 5

Petunjuk yang ketiga pula ialah pendapatan bulanan ibu bapa. Pendapatan mereka dikategorikan kepada enam kategori, tahap yang ditetapkan adalah dari tidak berpendapatan yang dikodkan 1 dan lebih daripada RM4000 sebulan yang dikodkan sebagai 6. Dalam kajian ini, kod pendapatan bulanan responden dan pasangannya diambil kira dalam jumlah skor penentuan status sosio-ekonomi.

Katogeri Tidak berpendapatan Kurang daripada RM1000 Antara RM1001- RM2000 Antara RM 2001- RM3000 Antara RM3001- RM4000 Lcbih RM4001

Kod 1 2 3 4 5 6

51 Untuk menentukan status secara keseluruhan, maka ketiga-tiga jenis penunjuk ini dicampurkan. Status sosio-ekonomi ditetapkan dengan merujuk kepada skor yang diperolehi bagi ketiga-tiga jenis penunjuk ini. Taraf sosio-ekonomi ditunjukkan seperti berikut: Jumlah Skor Antara 1-14 Antara 15-19 20 atau lebih Taraf Sosio-ekonomi Rendah Sederhana Tinggi

Kajian Rintis Kajian rintis dijalankan oleh pengkaji bagi mementukan kebolehpercayaan instrumen kajian. Penyelidik menjalankan kajian rintis ke atas 30 orang responden dari Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Agama Pahang, Muadzam Shah. Responden terdiri daripada 15 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan.

TATACARA PENGANALISAAN DATA Data keseluruhan diambil dan kemudian diketegorikan dengan mengguanakan alat statistik SPSS atau menurut Taylor dan Bogdan, 1984, tujuan penganalisaan maklumat bertujuan untuk menghasilkan kesimpulan dan generalisasi daripada maklumat yang

52 diperolehi. Malah penanalisaan data juga bertujuan untuk menjadikan sesuatu maklumat itu lebih berguna dan bermakna. (Majid konting, 1993) Gambaran secara terperenci proses penganalisaan data dapat diperlihatkan seperti berikut: 1. Borang jawapan yang telah diisi oleh responden diambil dan dikira skor yang diperolehi di dalam aspek jenis gaya asuhan pada bahagian bapa dan ibu. 2. Merekod data Bahagian A, demografi dan Bahagian B item mengenalpasti gaya asuhan bapa dan ibu. Data yang diperolehi derekodkan di dalam SPSS dengan mengasingkan aspek yang ingin dikaji iaitu jantina responden, tahap pendidikan ibu dan bapa, jumlah pendapatan bulanan ibubapa dan item-item pengukuran 3 jenis gaya asuhan berdasarkan borang jawapan pelajar.

3. Melakukan penganalisaan. Kaedah interkorelasi pearson dilakukan terhadap 3 sub skala gaya asuhan keibubapaan yang mewakili cara asuhan ibu dan bapa terhadap skor tahap disiplin pelajar. Selain itu maklumat-maklumat demografi di Bahagian A menggunakan ukuran kecenderungan memusat yang terdiri daripada min, median dan mode. 4. Mendapat maklumat penganalisaan. Skor-skor atau dapatan yang diperolehi kemudiannya dianalisi adan dibentuk satu rumusan oleh pengkaji dan dengan kajian-kajian lepas. Ini bertujuan agar dapatan tersebut boleh dibuat kesimpulan keseluruhan.

53 5. Melakukan kesimpulan dan perbincangan berdasarkan maklumat yang diperolehi. Akhirnya satu kesimpulan dibentuk bagi memperlihatkan dapatan maklumat bersama cadangan dan perbincangan oleh pengkaji.

RUMUSAN Kajian ini berbentuk kuantitatif yang memerlukan penganalisaan data yang benar-benar tepat dan sehubungan itu SPSS digunakan kerana ia mampu memberikan data yang menjurus kepada persoalan kajian. Kaedah yang digunakan mampu untuk menilai persoalan kajian iaitu berkenaan cara asuhan keibubapaan dan hubungannya dengan masalah disiplin pelajar.

RUJUKAN Abdul Rauf Dalip, 1991, Situasi Disiplin Sekolah Sorotan Imbas Laporan Kajiselidik, Disiplin Dalam Pendidikan, KL, Nurin Enterprise. Ahmad Amin,1998, Peranan Ibu Bapa, Kajang, Makruf Publisher & Distributors Sdn Bhd. Ahmad Badruddin Abdullah, 1999. Cara Gaya Keibubapaan Terhadap Pelajar Berpencapaian Rendah Di Felda Palong Negeri Sembilan, Tesis Sarjana, UPM, A.S. Alice Rani A/P Anthony Samy, 1997, Gaya Asuhan Keluarga Dan Pembentukan Personality Remaja, Latihan Ilmiah Yang Tidak Diterbitkan UPM. Astone, N.M. & Mclanagan, S.S.1994, Family Structure, Residential Mobility And School Dropout : A Research Note. Demografi,31.

54

Bachok Mohamad, 1990, Pengaruh Gaya Dan Tingkahlaku Ibu Bapa Terhadap Penghargaan Kendiri Remaja, Kertas Projek Yang Tidak Diterbitkan, Serdang, Jabatan Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM. Balk,David E, 1995, Adolescent Development : Early Through Late Adolescence, Pacific Grovee : Brooks Cole Pub Company. Bandura, A. 1977, Social Learning Theory, Eaglewpod Cliffs : Prentice Hall Berita Harian, 17.8.2005, Purata Kes Ponteng Di Pedalaman Cecah 40 Peratus , http://apps2.emoe.gov.my/ Berita Harian, 1.3.2007, Henti Salahkan Remaja, YB. Dato Shahrizat Jalil. Berita Harian, 30.9.2006, Disiplin: Usah Salahkan Guru Sahaja, Johan Jaafar, Article. Berita Harian, 6.9.2005, Lima Punca Budak Lakukan Jenayah, http://apps2.emoe.gov.my/ Boocock, S.S. 1972, An Introduction to Sosiology of Learning, Boston : Houghton Mifflin Company. Buri, J.R. 1991, Parental Authority Questionaire. Journal Of Personality Assessment. 57,110-119. Baumrind D 1978 Parental Disciplinary Pattern And Social Competence In Children. Youth And Society 9, 239-276. Baumrind D, 1989, Rearing Competence Children, Child Development Today And Tomorrow, Sans Francisco. Josey-Bass, 349-378 Baumrind, D. 1991. Influence Of Parenting Style On Adolescent Competence And Substance Use. Journal Of Early Adolescence. 11 (1), 56-59. Baumrind D, 1996, Effect Of Authoritative Parental Control On Child Behavior. Child Development 37, 897-906.

55 Conger, Rand D.& Elder,Glen H, 1994, Family In Troubled Home. New York: Walter De Gruyter. Conger, John Janeway And Galambos, Nancy L. 1996 Adolescence And Yauth Psychological Development In The Changing World, 5th Edition, New Jersey Longman. Corey,G. 2000, Theory And Practice Of Group Counselling. 5th Edition.Pasific Grove, California Brooks Cole Publishing Company. Choa, Ruth K. 1994, Beyond Parental Control And Authoritarian Parenting Style: Understanding Chinese Parenting Through The Cultural Nation Of Training. Adolescent, Vol 29,No 115.Libra Pulishers Inc:San Diego Dresner , Rachel & Grolnick,Wendy S.,1996, Construction Of Early Parenting, Intimacy And Autonomy In Young Women, Journal Of Social And Personal Relationship.Vol 13.Lon Don : Sage Publication. Delaney, Mary E ,1996, Across The Transition To Adolescent: Qualities Of Parent/Adolescent Relationships And Adjustment, Journal Of Early Adolescent,Vol 16, August 1996 Sage Publication. Deluty, R.H.1985. Cognitive Mediation Of Aggressive, Assertive And Sumissive Behavior In Children. International Journal Of Behavioral Development. 8 : 355-369 Docking, J.W. 1987, Control And Discipline In School. London: Paul Chapman Pulishing. Dzulkarnain, 1999, Pengaruh Budaya Ibu Bapa, Rakan Sebaya, Masyarakat dan Sekolah Dalam Pembentukan Disiplin Pelajar, Tesis PhD, UKM. Ee Ah Meng. 1994. Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling. Penerbit Fajar Bakti. Elder.G.H..Jr.,1980, Parental Power Legitimation and Its Effects On The Adolescent, Sociometry, 26, hal. 50-65 Elder,G.H. And Bowerman,C.E. (1994). Family Structure And Child Rearing Pattern: The Effect Of Family Size And Sex Composition. American Psychological Review,Vol 28, 891-905. Goode, William J. (1982). The Family. New Jersey ; Prentice Hall Inc.

56 Ismail Yusuf. 1983. Displin Di Sekolah: Ponteng, Laporan Persidangan Nasional Mengenai Kaum Remaja Di Malaysia. Kuala Lumpur DBP. Judith A Schickedanz, 1998. Understanding Children And Adolescent, 3rd Edition. Kamus Bahasa Melayu (1995), terbitan Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd. Kurdek,Lawrence A & Fine,Mark A ,1994, Family Acceptence And Family Control As Preditors Of Adjustment In Young Adolescence : Linear, Curvilinear Or Interactive Effects. Journal Of Child Develpment Vol 65. Kamus Dewan, Terbitan DBP, KL (1996) Kandel,Denise B ,1990, Parenting Style,Drug Use And Children's Adjustment In Family Of Young Adults, Journal Of Marriege And The Family,183-196. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1979. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Pelajaran. Kuala Lumpur DBP. Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000, Pendekatan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pengurusan Disiplin Murid Sekolah. Unit HEM, Bahagian Sekolah , Kementerian Pendidikan Malaysia. Lindgren, H.C. ,1972, Educational Psychology in the Classroom. 4th Edition, New York. John Wiley & Son.Inc. Lim Chau, 2005, Gaya Keibubapaan Dan Hubungannya Dengan Tingkah laku Anak, Tesis Sarjana, UKM. Lamborn, S.D. , Mounts, N.S., Steinberg, L. Dan Dornbusch, S.M. 1991. Patterns Of Competence And Adjustment Among Adolescents From Authoritative, Indulgent And Neglecful Families, Child Development. 61, 485-494. Mccurdy,Susan J. & Scherman, Abraham 1996. Effect Of Family On The Adolescent Separation-Individuatian Process, Adolescence.Vol 31.San Deigo:Libra Pulication. Moser,Michele R,Paternite,Carl E. & Dixon,Wallace E,1996. Merrill-Palmer Quaterly. Journal Of Development Psychology. Vol.42 Detroit : Wayn State University Press.

57 Maureen M. Acker, (1995), Demographics, Parenting Scale & CBCL Scores For A Clinic And Control Group, Psychology Department, Stony Brook University, Stony Brook, NY. Myers D.G. 1993, Social Psychology. Ed Ke-4, New York: Mac Graw-Hill. Nor Anisah. 1992. Konsep Manusia Menurut Pandangan Islam , Satu Pemiliran Ke Arah Pembentukan Teori Kaunseling Islam, Kuala Lumpur, Arena Ilmu Sdn Bhd. Paulson, Sharon E, And Sputa, Cherly, L. 1996, Pattern Of Parenting During Adolescence : Perceptions Of Adolscence And Parent. Adolescence.Vol 31, 369-380. Pavlov, I.P. 1927, Conditional Reflexes. London. Oxford University Press. Rice, F. P. 1997, The Adolescence Development Relationship And Culture , Boston; Allyn Bacon. Rokiah Hj Ismail,2000, Salah Laku Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Pengalaman Bersama Keluarga, Rakan Sebaya Dan Sekolah, Bab 21, Negara Pasaran Dan Pemodenan Malaysia (Abd Rahman Embong). Rusnani Abdul Kadir 2000, Kaunseling Dalam Masyarakat Keperluan Pendidikan Seksual Kepada Remaja, Seminar Kaunseling Pendidikan Kebangsaan, Persatuan Kaunseling U.M. K. Lumpur, 1-2 Sept 2000. Seifet Kelvin. L and Hoffnung, Robert J., (1991) Child And Adolcence Development. Boston : Houghton Mifflin Company. Skinner.1979. The Shaping Of A Behaviorist. New York : Knoff Inc. Steinberg, E.G. Elmen, J.D. And Mounts, N.S. 1989. Authoritative Parenting, Psychology Maturity And Academic Success Among Adolescents, Child Development. 60, 14241436. Stevenson L. 1974. Seven Theories Of Human Nature. London. Oxford University Press. Straus, M.A. Sugarman, D.B., And Giles Sims, J. 1997, Spanking By Parents And Subsequent Antisocial Behavior Of Childrent. Archieves Of Pediatric And Adolescent Medicine. 151, 761-767.

58 Taris, Toon And Bok, Inge A ,1996, Perenting Environment And Scholastic Achievment During Adolcennce : Aretrospective Study. Early Child Development And Care . Vol 121,67-81. Utusan Malaysia, 3.4.2001. http://www.utusan.com.my/ White, Fiona. A, 1996, Family Process As Predictors Of Adolscents Preference For Ascribed Sources Of Moral Authorithy: A Proposed Model. Adolescents, vol. 31, 121127, Libra Publisher, San Diego. Yaakub Yusuf.1977. Satu Perbandingan Mengenai Nilai-nilai Murid Yang Ponteng Dengan Ibu Bapa Yang Tidak Ponteng. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful