You are on page 1of 57

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KURSUS : PENDIDIKAN, PEKERJAAN DAN SENGGANG


(GD 6233)

SEMESTER 1 SESI 2006/2007

TAJUK PROJEK :

KEDUDUKAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH :

a) PERSEPSI GURU.

b) PERSEPSI PELAJAR.

PENSYARAH :

PROF. PUAN SRI DR. FARIDAH KARIM

DISEDIAKAN OLEH :

ABU BAKAR BIN MOHD HUSAIN


P 35I81
1. KEDUDUKAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH-GURU

a) Bilakah sesi kokurikulum dijalankan di sekolah?


b) Bagaimana guru / penasihat kelab, persatuan, badan beruniform dilantik?
c) Adakah guru / penasihat tersebut mempunyai latihan dalam aktiviti
berkenaan?
d) Siapa yang membuat perancangan aktiviti? Adakah ini sama untuk tiap-tiap
tahun?
e) Adakah dan sejauhmana guru / penasihat melibatkan diri dengan aktiviti
kokurikulum?
f) Adakah guru / penasihat jelas mengenai tujuan dan objektif kokurikulum yang
dijalankan?
g) Sejauhmana tujuan aktiviti kokurikulum tercapai?

PELAJAR

a) Apakah sambutan pelajar terhadap jenis-jenis aktiviti kokurikulum?


b) Adakah penyertaan dalam aktiviti tersebut kerana minat atau diwajibkan?
c) Kerelevenan aktiviti ko kurikulum dalam masa senggang.
d) Siapa yang menentukan aktiviti?
e) Cadanagan untuk meningkatkan penyertaan dan aktiviti ko kurikulum.
f) Adakah aktiviti sama setiap tahun?
g) Peluang untuk bergaul dengan rakan sama etnik/etnik lain.
h) Adakah aktiviti bermanfaat dan memberi pengetahuan/kemahiran baru?

PENGENALAN

Sistem pendidikan negara kita adalah berteraskan falsafah pendidikan negara yang
memberi tumpuan kepada perkembangan potensi diri pelajar secara menyeluruh dalam
melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, jasmani dan emosi serta bertujuan
untuk melahirkan seorang warganegara yang berketrampilan, bertanggungjawab dalam
segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju Wawasan 2020.

Matlamat Dasar Pelajaran Kebangsaan bertujuan untuk melahirkan satu bangsa


bercorak Malaysia yang bersatu dan dihormati. Hasrat ini akan dicapai sekiranya generasi
muda sekarang dapat diberi pendidikan yang seimbang dan sempurna. Pendidikan yang
seimbang dan sempurna sentiasa memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu
kurikulum (akademik) dan gerak kerja kokurikulum. Ini bermakna seorang pelajar itu
diberi pendidikan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, fizikal dan rohani.

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.
(Kementerian Pendidikan Malaysia 1990)

Sejajar dengan perkembangan dasar pendidikan di Malaysia, bentuk pengajaran


dan pembelajaran bagi sekolah – sekolah di negara ini telah berubah. Pembentukan diri
pelajar tidak lagi tertumpu di dalam bilik darjah tetapi sahsiah dan perawakan pelajar
dididik melalui penyertaan aktiviti luar darjah iaitu aktiviti ko-kurikulum. Sekolah bukan
sahaja tempat untuk mengasah minda pelajar bahkan sekolah berperanan untuk
membentuk sahsiah para pelajar. Seorang cerdik pandai yang tidak beretika tidak
memberi sebarang erti kepada masyarakat bahkan mendatangkan masalah pula kepada
masyarakat dan negara.

Pengelolaan ko kurikulum secara teratur dan sistematik akan membawa


keberkesanan dalam mencapai tujuan dan matlamat bagi memenuhi aspirasi pendidikan
negara dan secara tidak langsung ia akan mendorong minat pelajar menyertai bidang ko
kurikulum. Penglibatan pelajar secara menyeluruh dan komitmen yang tinggi terhadap
aktiviti yang dijalankan membolehkan pelajar menimba pengalaman. Ini mendorong
mereka menghadapi dunia sebenar apabila mereka bergaul dengan masyarakat.
PERNYATAAN MASALAH.

Jika dilihat pada sistem pembelajaran sekarang kokurikulum tidak dititikberatkan oleh
pihak pentakbir sekolah, guru dan pelajar. Ini kerana ia bukanlah perkara utama yang
dititikberatkan oleh sekolah. Sistem persekolahan yang menitikberatkan kecemerlangan
akademik menyebabkan ko kurikulum diabaikan.

Pelajar enggan dan kurang berminat dalam aktiviti ko kurikulum. Tambahan pula
sikap sambil lewa guru dalam melaksanakan ko kurikulum itu menyebabkan ianya
terabai. Ini adalah bertentangan dengan falsafah pendidikan negara yang ingin
membangunkan jasmani, rohani, emosi dan intelek. Sedangkan dalam falsafah
pendidikan itu jelas menunjukkan ko kurikulum memainkan peranan yang penting.

Perlaksanaan kokurikulum memerlukan penglibatan guru. Fretwell(1931)


menyarankan guru menerima tugas dan mengendalikan aktiviti ko kurikulum dengan
sepenuh hati. Long (1977) menyatakan terdapat masalah kekurangan masa selain
daripada tenaga terlatih yang terhad di bidang ko kurikulum. Masalah guru kurang
terlatih juga disebut oleh Jonson dan Ronald (1952). Mereka menyatakan tidak semua
program kurikulum dijalankan dengan baik kerana setengah guru yang menyelia adalah
kurang terlatih.

Sistem pendidikan tradisional sebelum dikemaskinikan tidak begitu seimbang dan


ianya terlalu mementingkan kecemerlangan akademik (pencapaian di dalam peperiksaan)
sehingga membuatkan pelajar mengabaikan aktiviti luar bilik darjah sewaktu melalui
proses pembelajaran.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenapasti kedudukan kokurikulum di sekolah-sekolah


dalam konteks penyertaan dan penglibatan oleh pelajar-pelajar dalam aktiviti-aktiviti
gerak kerja kokurikulum yang telah diatur di sekolah-sekolah berkenaan. Kajian ini juga
dilihat sebagai satu cara mengenalpasti masalah-masalah yang berkaitan dengan
penglibatan dan penyertaan para pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan cadangan untuk
mengatasi masalah tersebut. Seterusnya, dari kajian ini juga diharap dapat memberi
petunjuk dan kekuatan sumbangan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah dari segi
penglibatan dan penyertaan pelajar dalam kegiatan gerak kerja kokurikulum kepada
pembentukan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi mental, sosial dan emosi
seperti mana yang dihasratkan oleh Dasar Pendidikan Negara Malaysia.

Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dialami


ketika melaksanakan aktiviti gerak kerja ko kurikulum di sekolah. Ia juga mengenalpasti
persepsi guru terhadap perlaksanaan ko kurikulum di sekolah. Selain dari itu persepsi
pelajar tentang perlaksanaan ko kurikulum di sekolah juga diambil kira. Dapatan dari
persepsi guru dan pelajar inilah boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi mengemaskini
perlaksanaan ko kurikulum di sekolah.

OBJEKTIF KAJIAN :

Guru
1. Mengenalpasti tahap kemahiran guru dalam menguruskan ko kurikulum di
sekolah.
2. Mengenalpasti perancangan aktiviti ko kurikulum di sekolah.
3. Menenalpasti penglibatan guru dalam aktiviti ko kurikulum di sekolah.
4. Mengenalpasti sejauhmanakah aktiviti ko kurikulum itu tercapai

Pelajar
1. Melihat penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang
dilaksanakan di sekolah.
2. Mengetahui masalah-masalah yang berkaitan dengan penglibatan dan penyertaan
pelajar di dalam aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah.
3. Melihat sumbangan aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah kepada
pelajar.
4. Memberi cadangan-cadangan untuk meningkatan penyertaan dan penglibatan
pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.

BATASAN KAJIAN

Kajian ini bukan satu kajian yang menyeluruh kerana bersifat tinjauan. Penyelidik
membataskan kajian kepada guru-guru di tiga buah sekolah di daerah Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur. Sekolah yang terlibat ialah SMK Rompin, SMK Agama Pahang,
SMK Perantau Damai dan SMK Seri Rompin. Responden dalam kajian ini adalah guru-
guru SMK Rompin, SMK Agama Pahang, SMK Perantau Damai dan SMK Seri Rompin.
Jumlah guru di SMK Rompin ialah seramai 88 orang SMK Agama Pahang seramai 75
orang dan SMK Seri Rompin seramai 43 orang dan SMK Perantau Damai seramai 85
orang. Sebanyak 57 soal selidik diberikan secara rawak kepada guru-guru dari sekolah-
sekolah berkenaan.

Pemilihan sampel adalah berdasarkan rasional berikut iaitu bilangan sampel


mencukupi dan dari pelbagai latarbelakang yang berbeza agar dapat mengelakkan bias
semasa pemilihan. Pengkaji memilih sejumlah 57 orang sampel dari populasi kajian yang
bersaiz N = 206 secara rawak. Hasil kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada
pelajar-pelajar bangsa lain dan dari tempat dan negeri yang lain.

DEFINISI KOKURIKULUM

Dari segi definisi, kurikulum boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti, proses dan isi
kandungan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di dalam bilik darjah dan juga
yang dilakukan diluar bilik darjah seperti mata pelajaran Sejarah, Sains, Geografi dan
bahasa. Proses ini lebih dikenali sebagai mata pelajaran akademik. Manakala
kokurikulum pula, sebahagian besarnya dilaksanakan di luar bilik darjah dan ada juga
dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pada asasnya, gerak kerja kokurikulum merupakan
sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap pelajar perlu melibatkan diri dalam
aktivitit ini. Mengikut Md. Aris Mansor (1985) dalam Pengurusan Gerak Kerja
Kokurikulum, menyatakan kokurikulum merupakan satu bidang pembelajaran yang
berasaskan kepelbagaian gerak kerja terancang dan perlu dilakukan dalam masa
persekolahan. Gerak kerja kokurikulum berasaskan mata pelajaran akademik atau tidak
berasaskan mata pelajaran akademik. Walau bagaimanapun, sebahagian besar gerak kerja
kokurikulum merangkumi pembelajaran yang bukan berasaskan mata pelajaran
akademik. ( Ab. Halim Abdul Rahim, 2004 ). Secara amnya, kokurikulum merujuk
aktiviti dan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Kokurikulum
lebih banyak dilaksanakan secara tidak langsung atau tidak formal. Aktiviti kokurikulum
lebih menekankan nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial dan sebagainya. Aktiviti ini
juga dikenali kurikulum tersembunyi.

Menurut Omar Mohd Hashim (1993), kokurikulum adalah masa senggang dalam
konteks kehidupan harian, di mana masa senggang adalah suatu jangkamasa waktu
seseorang itu bebas untuk mempertingkatkan keupayaan dirinya sebagai seorang individu
dan sebagai seorang anggota masyarakat yang produktif. Kokurikulum dalam konteks
pendidikan adalah pembelajaran luar bilik darjah kerana proses pengajaran dan
pembelajaran masih berada dalam keadaan bebas, tidak formal dan tidak terkongkong.
Kegiatan kokurikulum memberi peluang dengan lebih luas kepada pelajar untuk
mempraktikkan pembelajaran dengan lebih mendalam.

PENGENALAN KEPADA KO-KURIKULUM

Program ko-kurikulum sebenarnya merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah


sama ada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) atau Kurikulum Barsepadu Sekolah
Menengah (KBSM). Secara praktisnya aktiviti ini dilakukan di dalam dan di luar bilik
darjah. Aktiviti ko-kurikulum ini tidak dimasukkan di dalam jadual waktu persekolahan.
Oleh kerana itu, semua kegiatan ko-kurikulum adalah dijalankan di luar waktu
persekolahan. Ko-kurikulum terdiri daripada beberapa kumpulan iaitu sukan, permainan,
badan-badan berpakaian seragam, kelab dan persatuan-persatuan. Berdasarkan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pelajar-pelajar adalah digalakkan
untuk menyertai sekurang-kurangnya salah satu kumpulan aktiviti di bawah:

a. Membina kemahiran psikomotor dan efektif selaras dengan pembinaan


sahsiah.
b. Membina kualiti kepimpinan, nilai estetika, disiplin dan timbang rasa.
c. Membina nilai-nilai yang diperlukan, seperti semangat kumpulan dan
semangat kesukanan serta kesedaran sosial.
d. Menseimbangkan perkembangan fizikal dan kerohanian untuk menjadi
pelajar yang bertanggungjawab dan berdikari.
e. Memperoleh semangat perpaduan di kalangan pelajar berbilang bangsa dan
mempunyai kesedaran dan identiti nasional.

Khidmat masyarakat Matapelajaran Pengayaan

Ko-kurikulum
unit pakaian seragam Kelab-kelab

Rekreasi
-Pendidikan Jasmani,
seni,
muzik.

Rajah 1.1: Pembelajaran di dalam bilik darjah diperkukuhkan lagi melalui kegiatan ko-
kurikulum.
Tujuan Perlaksanaan Ko-Kurikulum

Kegiatan ko-kurikulum adalah bertujuan sebagai pengukuhan dan pengayaan


pembelajaran, sebagai pelengkap sistem pembelajaran dalam bilik darjah supaya
menyuburkan lagi nilai murni, mengembangkan bakat dan sifat kepimpinan pelajar, dan
memupuk sikap sedia berkhidmat di kalangan masyarakat pelajar.

Menurut Eh Ah Meng di dalam bukunya yang bertajuk “Pendidikan Sebagai


Suatu Proses: Asas Pendidikan 1”, ko-kurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang
berasaskan gerak kerja tersusun dan terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan
daripada proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah yang dijalankan melalui
pertubuhan pakaian seragam, persatuan atau kelab dan unit permainan serta sukan.

Menurut beliau lagi, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum menyediakan peluang bagi


murid untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai-
nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Ini bermakna, aktiviti ko-kurikulum
dilaksanakan dengan tujuan untuk menyediakan suatu wadah bagi membentuk etika
seseorang pelajar itu.

Jika dilihat kepada struktur Kurikulum Baru Sekolah Rendah (Rajah 1.1), ko-
kurikulum dilaksanakan dengan tujuan untuk membantu perkembangan diri individu.
Tugas ko-kurikulum adalah berseiringan dengan pelajaran muzik, Pendidikan Seni dan
Pendidikan Jasmani. Ini membuktikan bahawa ko-kurikulum memainkan peranan penting
dalam membentuk sahsiah diri pelajar terutamanya semasa di sekolah rendah lagi.
Rajah 1.2:Struktur Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).

KOMUNIKASI
Kemahiran Asas
(Membaca, Menulis dan Mengira)
Bahasa Matematik

PELAJAR
PERKEMBANGAN DIRI
MANUSIA DAN ALAM SEKITAR
INDIVIDU
Kerohanian, Nilai dan Sikap, Seni, Rekreasi, Pendidikan Seni, Pendidikan
Kemanusian dan Alam Sekitar, Pendidikan Jasmani, Ko-kurikulum
Agama Islam, Muzik, Pendidikan Moral,
dan Alam dan Manusia

Sumber: Pendidikan di Malaysia, 1993:113

MATLAMAT KOKURIKULUM DIWUJUDKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH

Sistem Pendidikan Negara mewajibkan pelajar menceburkan diri dalam kegiatan


kokurikulum. Ini adlaah langkah pragmatik kerajaan untuk mewujudkan pelajar yang
berdisiplin, bertanggungjawab, berkarisma dan berketerampilan. Ini selaras dengan
laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pembelajaran 173 menyatakan:

“ Kegiatan kokurikulum yang dijalankan di luar biik darjah adalah penting untuk
menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan atau “esprit de corps” di antara
murid-murid berbagai keturunan yang mempunyai latar belakang yang berlainan. Ia
juga bertujuan melatih murid-murid supaya bersikap bertanggungjawab , berdikari dan
berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai”.
Seorang pelajar dididik dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan untuk menjadi
seorang insan yang seimbang dan harmonis. Pendidikan hendaklah dilihat sebagai satu
proses sepanjang hayat. Seluruh agen pendidikan formal, tak formal dan bukan formal
berkewajipan dan berperanan secara bekerjasama, lengkap melengkapi dan memenuhi
tanggungjawab masing-masing dalam pendidikan. Aktiviti kokurikulum sukan bersama
dengan unit beruniform dan persatuan ini telah diperuntukkan dalam peraturan-peraturan
Kursus Pengajian Sekolah 1956. Pada tahun 1985, kegiatan ini diberikan peruntukkan
waktu 60 minit seminggu dan dimasukkan ke dalam jadual waktu persekolahan.

Dalam usaha untuk membentuk masyarakat pelajar yang mempunyai perwatakan


peribadi yang tinggi, ko-kurikulum memainkan peranannya yang tersendiri. Secara
amnya kesemua gerak kerja ko-kurikulum adalah bermatlamat untuk melahirkan pelajar
yang mempunyai ciri-ciri manusia yang berakhlak tinggi. Walau bagaimanapun matlamat
aktiviti ko-kurikulum boleh diperincikan lagi kepada perkara-perkara seperti berikut:

A. Menyemai Dan Memupuk Disiplin, Nilai Dan Sikap Positif Selaras Dengan
Falsafah Pendidikan Negara.

Melalui penglibatan pelajar dengan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, sikap pelajar akan


dibentuk dengan sendirinya. Umpamanya sikap disiplin pelajar dapat dibentuk dengan
aktiviti-aktiviti pasukan berpakaian seragam seperti berkawad, berkhemah, latihan ikhtiar
hidup dan sebagainya.

B. Memupuk Semangat Kewarganegaraan Dan Perpaduan.


Nilai-nilai yang diterapkan melalui aktiviti-aktiviti secara berkumpulan dan
bekerjasama akan memupuk semangat perpaduan di kalangan para pelajar tanpa
mengira bangsa, keturunan, agama, taraf kekayaan dan sebagainya.

C. Menyemai Kesedaran Pelajar Terhadap Agama Dan Kepercayaan Kepada


Tuhan.
Kebanyakan aktiviti ko-kurikulum berteraskan kepada nilai-nilai murni dan

bersandarkan kepada keagamaan serta kepercayaan kepada tuhan. Bagai pelajar-

pelajar yang beragama Islam, aspek keagamaan diterapkan dengan memperkukuhkan

ibadah, akidah dan akhlak bagi setiap pelajar. Bagi pelajar bukan Islam, aspek

moraliti dititiberatkan dengan penekanan terhadap nilai-nilai murni dan pengukuhan

sahsiah.

D. Menseimbangkan Perkembangan Mental Dengan Perkembangan Rohani,


Jasmani Dan Emosi Pelajar.
Sekolah pada masa kini bukan hanya sebagai pusat perkembangan minda, tetapi juga
pencetus kepada pembentukan rohani, jasmani dan emosi pelajar. Oleh itu ko-
kurikulum akan bertindak sebagai agen pemangkin pembentukan rohani, jasmani dan
emosi pelajar. Dengan ini secara tidak langsung akan dapat menyamai dengan
perkembangan mental pelajar.

E. Mengukuhkan Perhubungan Dan Pergaulan Di Kalangan Pelajar-Pelajar Di


Sekolah.
Kebanyakan daripada aktiviti yang dilakukan di dalam ko-kurikulum adalah

berlandaskan gerak kerja berkumpulan. Ini akan membina kemahiran untuk

berinteraksi di kalangan pelajar dan juga mengeratkan perhubungan di antara mereka.

Kesinambungan daripada itu juga pergaulan di kalangan pelajar dapat diperkukuhkan

dan melahirkan pelajar yang ramah serta berhemah.

F. Mewujudkan Budaya Sekolah Yang Menarik Dan Menggembirakan.


Kepelbagaian aktiviti di dalam ko-kurikulum menjamin keseronokan dan kepuasan

kepada pelajar. Pelajar tidak akan cepat bosan dengan tekanan kerja-kerja akademik
yang berbentuk mantik dan statik. Pelajar boleh menikmati kepuasan dengan

menyertai aktiviti yang diminati dengan cabaran.

Kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa matlamat utama ko-kurikulum ialah untuk membentuk personaliti pelajar
yang berkemahiran tinggi dalam komunikasi, kepimpinan, keagamaan, kesukanan dan pemikiran.

OBJEKTIF KO-KURIKULUM

Selain daripada matlamat-matlamat yang digariskan di atas ko-kurikulum juga adalah


berhasrat untuk membolehkan pelajar:

A. Meningkatkan Minat, Bakat, Kemahiran Dalam Bidang-Bidang Tertentu.

Pelajar-pelajar adalah diberi peluang untuk memilih aktiviti ko-kurikulum yang diminati
oleh mereka. Dengan ini mereka akan lebih bersemangat untuk meneruskan aktiviti
tersebut kerana mendapat kepuasan dan kegembiraan di hati mereka. Dengan menyertai
aktiviti sebegini juga pelajar-pelajar akan didedahkan dengan pelbagai cabaran dan
dugaan. Dalam keadaan sebeginilah, iaitu dalam usaha untuk mengatasi cabaran, bakat
para pelajar akan diasah terutama daripada aspek kepimpinan, pengurusan, membuat
keputusan dan sebagainya. Serentak dengan itu kemahiran-kemahiran seperti kemahiran
untuk berfikir, ikhtiar hidup dan lain-lainya akan diperolehi untuk dipraktikkan pada
masa depan.

B. Mengisi Masa Lapang Dengan Aktiviti Masa Lapang Dengan Aktiviti Yang
Berfaedah Di Samping Membina Kesihatan Dan Kesejahteraan Diri.

Banyak permasalahan sosial yang dihadapi oleh remaja adalah akibat daripada pengisian
masa lapang dengan aktiviti yang tak berfaedah. Ini memudahkan pelajar untuk
terjerumus ke lembah maksiat yang memudaratkan masyarakat. Oleh itu satu usaha perlu
dilakukan untuk menganjurkan satu pengisian yang berfaedah kepada pewaris-pewaris
negara ini. Usaha ini tentulah daripada pihak berwajib dengan dibantu oleh ahli
masyarakat yang prihatin. Sebagai suatu institusi pendidikan, maka sekolah boleh
dijadikan wahana untuk mempraktiskan usaha ini. Aktiviti ko-kurikulum adalah salah
suatu penyelesaian ataupun sebahagian daripada usaha yang telah dilaksanakan. Ko-
kurikulum menyediakan aktiviti yang padat dan bermanfaat sebagai alternatif untuk
mengisi masa lapang para pelajar. Penyertaan di dalam aktiviti ko-kurikulum dapat
mengelakkan mereka daripada terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang kurang sihat.

C. Membuat Kerja Khidmat Kepada Masyarakat.

Sikap dan tingkah laku individu perlu dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi. Kalau di
bangku sekolah tidak pernah melakukan kerja-kerja kebajikan, maka apabila dewasa
nanti adalah susah dimulakan. Perasaan malu dan malas akan mula timbul. Kalau ini
berlaku maka hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat penyayang menjelang tahun
2020 tidak akan tercapai. Sejajar dengan itu, gerak kerja ko-kurikulum diserapkan dengan
elemen-elemen khidmat masyarakat. Setiap sub-unit ko-kurikulum akan diterapkan
dengan unsur-unsur sebegini sebagai usaha untuk melahirkan rasa kebertanggungjawaban
di kalangan pelajar-pelajar. Apabila pelajar sudah biasa dengan aktiviti ini maka
kesedaran serta keinsafan akan timbul dan rasa kasih sayang ini akan menyerap masuk di
sanubari masing-masing. Apabila sudah dewasa kelak mereka yang sudah biasa berbakti
akan terus berbakti sama ada secara individu ataupun berkumpulan seperti yang
dilakukan oleh Yayasan Salam Malaysia dan lain-lain pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

D. Memberi Sumbangan Kepada Sekolah.

Jika dilihat kepada kurikulum terdahulu sebelum adanya Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), tidak semua pelajar
tidak diberi peluang untuk berbakti kepada sekolah. Sumbangan kepada sekolah bukan
sahaja berbentuk material tetapi juga menaikkan nama sekolah dengan memenangi
kejohanan atau mengaut sebarang anugerah serta pengiktirafan. Dalam gerak kerja ko-
kurikulum, pelajar masing-masing berpeluang untuk berbakti kepada sekolah sama ada
dengan sumbangan berbentuk fizikal dan bukan fizikal seperti menaikkan nama baik
sekolah. Aktiviti-aktiviti yang diatur banyak memberi ruang kepada pelajar seperti
pertandingan di peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa. Gerak kerja gotong-
royong pula banyak memberi sumbangan kepada pihak sekolah. Secara keseluruhannya,
penglibatan pelajar dengan aktiviti ko-kurikulum itu sendiri sudah banyak membantu
pihak sekolah iaitu menjadikan sekolah itu sebagai sekolah yang aktif. Ini akan
menaikkan nama baik sekolah dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Ibu bapa akan
berlumba-lumba untuk menghantar anak-anak ke sekolah yang aktif dan bukannya ke
sekolah yang pasif dan lembab.

E. Meningkatkan Disiplin Diri.

Disiplin adalah salah satu cabang pekerti yang mulia bagi seseorang insan. Disiplin
mengajar erti sebuah kehidupan yang bertamadun dan mempunyai peraturan. Tanpa
disiplin manusia akan hidup dengan maruah yang rendah dari maruah makhluk Tuhan
yang dinamakan haiwan. Disiplin juga adalah salah satu ciri-ciri masyarakat yang
berjaya. Masyarakat yang berdisiplin mudah untuk mencapai kejayaan dan
kegemilangan. Disiplin ialah suatu amanah kepada diri yang tidak boleh dipaksa dan
dibuat-buat. Sehubungan itu aktiviti ko-kurikulum menitikberatkan soal disiplin ini. Unit
berpakaian seragam menjadikan elemen ini sebagai identiti mereka. Semua aspek tingkah
laku, gerak kerja, keterampilan, pembelajaran, pakaian dan segalanya bermula dan
berakhir dengan disiplin. Begitu juga dengan gerak kerja lain samada rekreasi,
pertubuhan, kelab atau persatuan juga mementingkan elemen ini. Ini adalah kerana tanpa
disiplin, segala perancangan tidak akan dapat dilaksanakan. Tanpa disiplin juga keadaan
akan menjadi tidak terkawal bahkan juga akan membawa kepada kemusnahan organisasi.

Dengan ini, ko-kurikulum bertindak sebagai agen utama yang membantu


pembentukan dan peningkatan disiplin pelajar di sekolah. Secara tidak langsung masalah
sosial dapat dihindarkan dan keadaan aman dapat diwujudkan.

F. Berhubung, Bergaul Dan Bersatu Padu.


Telah dijelaskan pada permulaan tadi bahawa kebanyakan atau hampir kesemua aktiviti
ko-kurikulum adalah dilakukan secara berkumpulan iaitu memerlukan kerjasama dan
semangat setiakawan. Kemahiran berinteraksi dapat diasah untuk mereka berhubung di
antara satu sama lain. Dengan ini semangat muhibah dapat dipupuk untuk melahirkan
masyarakat yang bersatu padu tanpa mengira adat resam, agama dan pengkat.

G. Meningkatkan Kerjasama Dan Sumbangan Dua Hala Antara Sekolah Dan


Masyarakat.

Sekolah merupakan gedung ilmu dan pusat pendidikan. Walau bagaimanapun di


persekitarannya ada masyarakat yang memerlukan pertolongan dan bantuan. Sekolah itu
sendiri memerlukan sokongan daripada masyarakat. Tanpa kerjasama ini, fungsi sekolah
tidak berjaya dilaksanakan. Menyedari akan hakikat ini, aktiviti ko-kurikulum telah
disusun sedemikian rupa untuk bertindak sebagai pemangkin perhubungan dan kerjasama
di antara sekolah dan masyarakat. Perhubungan yang dimaksudkan bukan sekadar
perhubungan sehala, akan tetapi merupakan perhubungan dua hala yang membawa
manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Masing-masing mempunyai peranan sendiri.
Konsep memberi dan menerima perlu dipraktiskan untuk meastikan kejayaan kerjasama
ini.
(Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah,
1993)

METODOLOGI KAJIAN

i. Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan untuk melihat kedudukan ko kurikulum di
sekolah mengikut persepsi guru. Kajian yang berbentuk tinjauan ini diklasifikasikan oleh
Mohd Majid (1998) sebagai penyelidikan deskriptif. Kajian bermatlamat untuk
mengumpul maklumat mengenai padangan guru mengenai kedudukan kokurikulum di
sekolah. Kajian ini menggunakan soal selidik sepenuhnya yang ditadbir kepada 57 orang
guru. Cara ini juga membolehkan penyelidik mendapat maklumat dengan cepat dalam
masa yang singkat memandangkan masa yang terhad. Kajian ini juga mengumpul
maklumat 30 orang pelajar dari satu sekolah Sekolah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah,
Negeri Sembilan. Responden kajian terdiri daripada 30 orang murid lelaki dan
perempuan dari tingkatan 1 hingga 4. Semua responden adalah dipilih secara rawak.

ii. Populasi Dan Sampel Kajian

Populasi kajian ini adalah seramai 1100 orang guru di sekolah menengah daerah Rompin
Darul Makmur. Sampel adalah terdiri daripada 57 guru lelaki dan perempuan di SMK
Rompin, SMK Agama Pahang, SMK Perantau Damai dan SMK Seri Rompin. Jumlah
guru di SMK Rompin ialah seramai 88 orang SMK Agama Pahang seramai 75 orang,
SMK Perantau Damai 85 orang dan SMK Seri Rompin seramai 43 orang. Sebanyak 57
set soal selidik diberikan secara rawak kepada guru-guru dari sekolah-sekolah tersebut
yang terdiri dari berlainan jantina diambil secara rawak berstrata untuk mengurangkan
ralat persampelan dan diharap boleh mewakili populasi. Manakala responden bagi relajar
pula hádala dari sebuah sekolah Populasi bagi kajian ini ialah murid-murid sekolah di
Sekolah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Responden kajian terdiri
daripada 30 orang murid lelaki dan perempuan dari tingkatan 1 hingga 4. Semua
responden adalah dipilih secara rawak.

iii. Alat Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 2
bahagian iaitu;-

Guru
i. Bahagian A – untuk mendapat maklumat latarbelakang seperti umur, jantina,
pengalaman mengajar, kegiatan ko kurikulum dilaksanakan, perlantikan dan
surat perlantikan
ii. Bahagian B – adalah maklumat minat dan persepsi guru, tanggapan guru,
perancangan ko kurikulum, penglibatan guru.

Pelajar
i Bahagian A : Demografi
ii Bahagian B : Kedudukan Kokurikulum di Sekolah

iv. Tatacara Penganalisisan Data

Penganalisisan data dibuat untuk mengetahui hasil kajian yang diperoleh daripada
responden. Segala data dan maklumat yang diperoleh daripada soal selidik diproses
melalui program SPSS ( Statistical Package For The Social Sciences ). Analisis secara
deskriptif dilakukan untuk mengetahui kekerapan, min, sisihan piawai dan peratus setiap
item soalan yang dijalankan serta latar belakang responden.

Kesimpulan

Bahagian ini telah menerangkan metodologi yang digunakan untuk menjalankan kajian
untuk melihat kedudukan ko kurikulum di sekolah mengikut persepsi guru di samping
mengenalpasti masalah-masalah yang dialami ketika melaksanakan aktiviti gerak kerja
ko kurikulum di sekolah. Selain dari itu persepsi pelajar tentang pelaksanaan ko
kurikulum di sekolah juga diambil kira. Dapatan dari persepsi guru dan pelajar ini boleh
dijadikan panduan dan rujukan bagi mengemaskini perlaksanaan ko kurikulum di
sekolah.
DAPATAN KAJIAN
KEDUDUKAN KO KURIKULUM DI SEKOLAH-GURU

Bahagian ini menjelaskan dapatan kajian yang dibuat berdasarkan persoalan-persoalan


kajian. Dapatan kajian adalah berdasarkan jawapan yang telah diberikan oleh guru-guru
di dalam soal selidik. Pembentangan dapatan kajian diberikan dalam bentuk statistik
deskriptif. Statistik deskriptif yang digunakan ialah kekerapan, peratusan, min dan sisihan
piawai. Dapatan deskriptif akan memerihalkan taburan sampel mengikut jantina dan
menjawab persoalan kajian berkaitan dengan kedudukan ko kurikulum di sekolah dari
persepsi guru.

Bagi menjawab persoalan kajian tentang kedudukan ko kurikulum di sekolah dari


persepsi guru, penyelidik menggunakan interpretasi skor min seperti dalam Jadual 1 bagi
menentukan tahap persepsi guru terhadap ko kurikulum.

4.1. Profil Sampel Responden Kajian

4.1.1 Jantina.

Kajian ini melibatkan 57 orang responden yang terdiri daripada guru-guru di daerah
Rompin. Sampel kajian terdiri daripada 23 lelaki (40.4%) dan perempuan 34 (59.6%)
seperti dalam Jadual 1 dan sepertimana dipaparkan di dalam Rajah 1.

Frequency Percent
Lelaki 23 40.4
perempuan 34 59.6
Total 57 100.0
Jadual 1

Jantina
70

60

50

40

30

20
Percent

10

0
Lelaki perempuan

Jantina

Rajah 1.

4.1.2. Umur

Umur responden adalah terdiri dari guru yang berumur 25 tahun sehingga ke 46 tahun.
Guru yang berumur 35 tahun adalah merupakan yang paling ramai menjadi responden
bagi kajian ini iaitu 8.8 %. Jadual 2 di bawah menunjukkan umur responden kajian.
Manakala umur purata bagi responden kajian ialah 34 tahun sepertimana yang
ditunjukkan oleh Rajah 2 dan Rajah 3.

Descriptive Statistics

N Minimum Maximum Mean


umur 57 25 46 34.42

Jadual 2
umur
10

4
Percent

0
25 27 29 31 33 35 37 39 42 44 46

um ur

Rajah 2

36

34

32

30

28

26

24
Count

22

20
Lelaki perempuan

Jantina

Rajah 3
4.1.3. Pengalaman Mengajar.

Descriptive Statistics

N Minimum Maximum Mean


Pengalaman mengajar 57 1 21 8.82
Valid N (listwise) 57

Jadual 3.

Merujuk pada Jadual 3 di atas min pengalaman mengajar guru yang terlibat sebagai
responden adalah di tahap 8.82 tahun pengalaman mengajar dan pengalaman responden
yang paling lama ialah selama 21 tahun.

Pengalaman mengajar
20

10
Percent

0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 16 17 18 21

Pengalaman mengajar

Rajah 4.
4.1.4. Pengalaman mengajar

Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 1 1 1.8 1.8 1.8
2 4 7.0 7.0 8.8
3 7 12.3 12.3 21.1
4 2 3.5 3.5 24.6
5 6 10.5 10.5 35.1
6 1 1.8 1.8 36.8
7 2 3.5 3.5 40.4
8 1 1.8 1.8 42.1
9 5 8.8 8.8 50.9
10 9 15.8 15.8 66.7
11 4 7.0 7.0 73.7
12 5 8.8 8.8 82.5
13 1 1.8 1.8 84.2
14 2 3.5 3.5 87.7
16 2 3.5 3.5 91.2
17 1 1.8 1.8 93.0
18 2 3.5 3.5 96.5
21 2 3.5 3.5 100.0
Total 57 100.0 100.0

Jadual 4.

4.2.DAPATAN DESKRIPTIF

4.2.1 Peratusan Responden Terhadap Pelaksanaan Aktiviti Ko-Kurikulum Di


Sekolah.

Dapatan deskriptif seperti ditunjukkan dalam Jadual 5 memperihalkan gambaran profil


sampel kajian dari segi peratusan responden terhadap pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum
di sekolah. Hasil dari dapatan tinjauan ini menunjukkan bahawa 45.6% sekolah
melaksanakan ko-kurikulum pada hari Rabu, 19.3% melaksanakannya sepanjang tahun,
19.3% melaksanakannya pada hari Sabtu, 7% melaksanakan pada waktu petang dan 1.8%
ko-kurikulum dilaksanakan dari Januari hingga Oktober.
Bilakah ko kurikulum dijalankan Frequency Percent

sepanjang tahun 11 19.3


hari rabu Frequency Percent
26 45.6
sabtu 11 19.3
jan-okt Ya 32 56.11 1.8
waktu petang 25 43.94 7.0
Total Tidak 53 93.0
Total 57 100.0
57 100.0
Total
Jadual 5

4.2.2 Siapa yang melantik.

Frequency Percent
Gpk Koko 12 21.1
Pentadbir 13 22.8
pengetua 30 52.6
ketua guru penasihat 1 1.8
Total 57 100.0
Jadual 6

Merujuk kepada Jadual 6 di atas peratusan terbesar tentang siapa yang melantik guru-
guru penasihat sukan dan permainan, badan-badan beruniform, kelab-kelab dan persatuan
adalah Pengetua (52.6%), pentadbir sekolah (22.8%), GPK Ko kurikulum (21.1%) dan
hanya 1% menyatakan Ketua Guru Penasihat. Di antara Pengetua, pentadbir dan GPK Ko
kurikulum yang dimaksudkan ialah pengurusan sekolah, dicadangkan oleh Guru
Penolong Kanan dan dilantik oleh Pengetua.

4.2.3 Surat perlantikan.


Jadual 7

Mengenai surat perlantikan pula, 56 % menyatakan ada surat perlantikan dan


selebihnya tidak mendapat surat perlantikan iaitu 43.9% seperti di dalam Jadual 7.
4.3. MINAT DAN PERSEPSI GURU

4.3.1 Peratusan Respondan Terhadap Cara Lantikan Sebagai Guru Penasihat


Ko-Kurikulum.

Dapatan dari Jadual 8 di bawah menunjukkan bahawa 73.7% responden bersetuju dan
8.8% sangat setuju dengan pemilihan/lantikan pentadbir sebagai guru penasihat dalam
aktiviti ko-kurikulum. 10.5 % guru tidak pasti manakala 3.5% masing-masing tidak
setuju dan sangat tidak setuju.

Saya bersetuju atas pemilihan pentadbir terhadap


tugas anda sebagai guru penasihat dalam aktiviti ko- Frequency Percent
kurikulum
Sangat tidak setuju 2 3.5
2 3.5
Tidak setuju
6 10.5
tidak pasti
42 73.7
setuju
5 8.8
sangat setuju
57 100.0
Total

Jadual 8

Saya berminat dengan kelab/persatuan/kokurikulum


yang diberi
Frequency Percent
Sangat tidak setuju 2 3.5
5 8.8
Tidak setuju
6 10.5
tidak pasti
40 70.2
setuju
4 7.0
sangat setuju
57 100.0
Total
Jadual 9
4.3.2 Profil Minat Responden Terhadap Kelab/ Persatuan / Ko Kurikulum.

Dapatan dari Jadual 9 di atas menunjukkan bahawa 70.2% guru berminat dan 7.0% guru
sangat berminat, dengan kelab/persatuan/kokurikulum yang diberi, 10.5 % guru tidak
pasti, 8.8% guru tidak berminat dan 3.5% guru sangat tidak berminat dengan
kelab/persatuan/kokurikulum yang diberi.

Perkaitan di antara umur guru atau pengalaman mengajar dengan minat


terhadap kelab/persatuan/kokurikulum yang diberi. Jadual 9 di bawah menunjukkan
bahawa pengalaman guru mengajar dan umur bukanlah faktor utama dalam membantu
pihak sekolah mengaktifkan kelab/persatuan/kokurikulum kerana dapatan membuktikan
bahawa bagi penyataan "Saya berminat dengan kelab/persatuan/kokurikulum yang diberi
terdapat guru yang mempunyai pengalaman kerja selama 14 tahun dan 9 tahun bekerja
memberi respon sangat tidak bersetuju dan min umur mereka adalah pada umur 35 tahun.
Manakala untuk maklum balas sangat setuju bagi pernyataan di atas terdapat pelbagai
tahap pengalaman guru mengajar bermula dari seawal 2 tahun mengajar sehinggalah ke
18 tahun mengajar dan min umurnya adalah pada umur 36 tahun. Walau bagaimanapun
dari segi sisihan piawainya mempunyai serakan yang sangat tinggi iaitu 7.348. Bagi
persepsi guru yang baru mengajar pula mereka masih ditahap pemerhatian dan tidak pasti
oleh sebab itu pernyataan ini mereka lebih suka menanda tidak pasti.
Saya berminat dengan
kelab/persatuan/kokuriku
lum yang diberi Pengalaman mengajar Mean N Std. Deviation
Sangat tidak setuju 9 32.00 1 .
14 38.00 1 .
Total 35.00 2 4.243
3 26.00 1 .
5 30.00 1 .
7 33.00 1 .
8 39.00 1 .
Total 34.40 5 7.162
3 27.00 1 .
5 32.00 1 .
10 35.00 1 .
12 35.00 1 .
16 37.00 1 .
Total 32.50 6 3.886
3 27.00 4 1.826
4 29.50 2 2.121
5 31.50 4 3.786
6 31.00 1 .
7 31.00 1 .
9 33.67 3 1.528
10 34.75 8 1.488
11 38.00 4 1.414
12 37.25 4 3.304
13 42.00 1 .
16 45.00 1 .
17 45.00 1 .
18 43.00 1 .
21 45.50 2 .707
Total 34.53 40 5.796
9 35.00 1 .
14 42.00 1 .
18 41.00 1 .
Total 36.00 4 7.348
Tidak setuju 2 44.00 1 .
tidak pasti 1 29.00 1 .
setuju 2 26.67 3 .577
Sangat setuju 3 26.00 1 .

Jadual 10

4.3.3 Penambahan Ilmu dan Kemahiran dalam Persatuan atau Kelab.


Sekiranya masa terluang, anda akan melayari internet
atau apa sahaja pencarian ilmu untuk menguatkan serta
menambahkan lagi pengetahuan dan kemahiran anda Frequency Percent
dalam persatuan atau kelab yang dipimpin
Sangat tidak setuju 5 8.8
10 17.5
Tidak setuju
15 26.3
tidak pasti
24 42.1
setuju
3 5.3
sangat setuju
57 100.0
Total

Jadual 11

Dapatan dari Jadual 11 di atas menunjukkan bahawa majoriti guru-guru bersetuju bahawa
penambahan ilmu dan kemahiran di dalam persatuan atau kelab yang dipimpin adalah
perlu sama ada melalui internet atau apa saja sumber. 42.1% guru bersetuju dan 5.3%
sangat setuju. 26.3% guru tidak pasti manakala 17.5% guru tidak bersetuju, 8.8% guru
sangat tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut.

4.3.4 Kelayakan Dan Latihan Guru Penasihat Dalam Aktiviti Ko


Kurikulum.

Frequency Percent
Sangat tidak setuju 6 10.5
Tidak setuju 21 36.8
tidak pasti 12 21.1
setuju 14 24.6
sangat setuju 4 7.0
Total 57 100.0

Jadual 12

Jadual 12 di atas menunjukkan persepsi guru terhadap cara pemilihan dan perlantikan di
dalam menguruskan aktiviti-aktiviti ko kurikulum berdasarkan kelayakan dan latihan
guru iaitu 36.8 % daripada responden tidak setuju dan 10.5% menyatakan sangat tidak
setuju. Manakala 21.1 % tidak pasti dan 24.6% bersetuju serta dan 7 % sahaja sangat
setuju. Begitu juga latihan-latihan yang diperlukan di dalam mengendalikan aktiviti-
aktiviti kelab, persatuan atau unit-unit beruniform.

4.3.5 Adakah pemilihan yang dibuat mengikut tahap kemahiran dan


pengetahuan guru terhadap persatuan/kelab/unit berunifom yang di
tentukan?

Frequency Percent
Sangat tidak setuju 4 7.0
10 17.5
Tidak setuju
17 29.8
tidak pasti
23 40.4
setuju
3 5.3
sangat setuju
57 100.0
Total

Jadual 13

Berdasarkan Jadual 13 di atas 29.8% responden tidak pasti sama ada tahap kemahiran dan
pengetahuan guru diambilkira di dalam proses perlantikan guru-guru di dalam persatuan-
persatuan, kelab-kelab dan unit-unit beruniform. Manakala 40.4 % bersetuju dan 5.3%
sangat setuju. Manakala 24.5 % yang lain tidak bersetuju.
4.3.6 Saya tidak berminat menjadi penasihat dalam aktiviti ko kurikulum
kerana tugas sebagai guru akademik membebankan.

Frequency Percent
Sangat tidak
4 7.0
setuju
Tidak setuju 23 40.4
tidak pasti 15 26.3
Setuju 12 21.1
sangat setuju 3 5.3
Total 57 100.0
Jadual 14

Jadual 14 menunjukkan 40.4% responden tidak bersetuju bahawa aktiviti-aktiviti ko


kurikulum membebankan mereka dan menyebabkan mereka tidak berminat. Manakala
21.1 % responden bersetuju dan 26.3% tidak pasti.

4.4. TANGGAPAN GURU

4.4.1. Kesesuaian Masa

Masa kokurikulum sesuai dengan saya Frequency Percent


Sangat tidak setuju 2 3.5
Tidak setuju 5 8.8
tidak pasti 13 22.8
setuju 36 63.2
sangat setuju 1 1.8
57 100.0
Total
Jadual 15

Persepsi guru terhadap kesesuaian masa aktiviti kokurikulum dijalankan dapat dilihat di
dalam Jadual 15 di atas iaitu 63.2 % peratus bersetuju ia dijalankan pada masa yang
sesuai. 22.8% tidak pasti dan 12.3% tidak setuju dan sangat tidak bersetuju.

4.4.2 Saya amat jelas dengan tujuan dan objektif aktiviti ko kurikulum dijalankan.

Frequency Percent
Sangat tidak setuju 1 1.8
Tidak setuju 5 8.8
tidak pasti 9 15.8
setuju 36 63.2
sangat setuju 6 10.5
Total 57 100.0
Jadual 15

Majoriti responden bersetuju bahawa mereka jelas terhadap tujuan dan objektif aktiviti-
aktiviti kokurikulum yang dijalankan iaitu sebanyak 63.2% dan 10.5 % sangat bersetuju.
Manakala 15.8% tidak pasti dan 10 .6% masing-masing tidak setuju dan sangat tidak
setuju.

4.5. PERANCANGAN KO KURIKULUM

4.5.1. Perancangan Aktiviti Tahunan.

Ahli jawatankuasa persatuan/ kelab yang saya pimpin bersama-sama membuat


perancangan aktiviti tahunan.

Frequency Percent
Sangat tidak setuju 1 1.8
Tidak setuju 7 12.3
tidak pasti 9 15.8
setuju 37 64.9
sangat setuju 3 5.3
Total 57 100.0
Jadual 16

Dapatan yang diperolehi menunjukkan majoriti guru-guru iaitu 64.9% menyatakan


mereka terlibat bersama merancang aktiviti tahunan persatuan/kelab atau aktiviti-aktiviti
ko kurikulum yang lain seperti yang dipaparkan di dalam Jadual 16 di atas .Manakala
15.8% tidak pasti dan 12.3% tidak setuju.

4.5.2. Saya turut serta bersama-sama pelajar membuat aktiviti yang


dirancang.

Frequency Percent
Tidak setuju 4 7.0
tidak pasti 7 12.3
setuju 44 77.2
sangat setuju 2 3.5
Total 57 100.0
Jadual 17

Berdasarkan kepada Jadual 17 di atas 77.2% dapatan atau majoriti guru


menyatakan mereka turut serta bersama-sama pelajar di dalam membuat aktiviti yang
dirancang dan 3.5% sangat setuju. Ini menunjukkan tahap penyertaan guru dan
keterlibatan adalah tinggi. Ini mambantu mencapai matlamat sesuatu aktiviti yang
dijalankan. 12.3% tidak pasti dan 7% yang lain tidak setuju.

4.5.3. Saya hadir di setiap aktiviti ko kurikulum.

Frequency Percent
Sangat tidak setuju 1 1.8
Tidak setuju 4 7.0
tidak pasti 15 26.3
setuju 32 56.1
sangat setuju 5 8.8
Total 57 100.0

Jadual 18
Matlamat sesuatu aktiviti ko kurikulum yang dilakukan boleh dicapai atau tidak
bolehlah dilihat kepada tahap komitmen guru-guru. Jadual 18 menunjukkan persepsi
guru-guru terhadap kehadiran mereka di setiap aktiviti ko kurikulum mencatat 56.1%
bersetuju dan 8.8% sangat setuju. Manakala 26.3% responden menyatakan ketidakpastian
dan 8.8% selebihnya tidak setuju. Kadar kehadiran responden boleh dikatakan tinggi
kerana ini melibatkan seorang individu guru selama setahun sedangkan bagi satu-satu
kelab atau persatuan terdapat dua atau tiga orang Guru Penasihat yang kehadiran mereka
boleh digilir-gilirkan bagi setiap kali aktiviti diadakan. Oleh itu penglibatan guru adalah
tinggi di dalam memastikan aktiviti itu berjalan dan mencapai matlamatnya.

RUMUSAN

Pada keseluruhannya, dapatan kajian ini telah menjawab persoalan kajian yang
dikemukakan. Melalui analisis deskriptif, didapati secara keseluruhannya kegiatan
kokurikulum tidak dititikberatkan oleh pihak pentadbir sekolah walaupun guru-guru dan
pelajar telah menunjukkan komitmen yang tinggi melalui kehadiran dan keterlibatan
mereka. Ini kerana didapati peratus yang besar juga responden yang tidak pasti dan tidak
bersetuju dengan matlamat dan tujuan yang jelas di sebalik pelaksanaan aktiviti-aktiviti
kokurikulum yang dijalankan. Sepatutnya isu ini tidak timbul jika pentadbir sekolah
berjaya menunjukkan kepentingan yang jelas kepada semua aktiviti tersebut dan
merangka perancangan yang teliti termasuk pemilihan untuk dilantik memegang jawatan-
jawatan dan sebagainya. Sistem persekolahan yang menitikberatkan kecemerlangan
akademik menyebabkan ko kurikulum diabaikan.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Data-data yang telah dikumpul telah dianalisis secara terperinci. Kaedah utama yang
digunakan untuk menjawab setiap persoalan kajian ialah dengan mengaplikasikan kaedah
frekuensi dan juga perbandingan min.
Dapatan kajian yang telah diperolehi akan dikupas berdasarkan pandangan
tentang kaedah pelaksanaan dan masalah-masalah aktiviti-aktiviti ko kurikulum di
sekolah. Beberapa jawapan kepada persoalan-persoalan berikut telah diperolehi.

Aspek masa pelaksanaan aktiviti ko kurikulum kebanyakannya ialah ditetapkan


pada hari Rabu setiap minggu. Kekerapan ini dilaksanakan secara selang-seli di antara
aktiviti-aktiviti kelab, aktiviti-aktiviti persatuan akademik dan badan-badan beruniform.
Di antara cadangan yang perlu diambilkira ialah faktor penglibatan murid secara
menyeluruh memandangkan terdapat banyak kelab-kelab, persatuan-persatuan akademik
dan badan-badan beruniform yang ditubuhkan. Penyertaan murid perlulah dipelbagaikan
kerana kadang-kadang murid yang sama sahaja menyertai aktiviti-aktiviti ko kurikulum
tersebut wal hal terdapat juga yang disebut sebagai 'the nerd' yang tidak sama sekali
menghiraukan aktiviti-aktiviti seperti ini, walaupun ianya mendatangkan banyak faedah.

Laporan akhbar menyatakan, Kementerian Pelajaran mulai tahun depan akan


mengendalikan pengiraan markah bagi aktiviti ko-kurikulum pelajar yang memohon ke
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan
Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi. Kerjasama kedua-dua
kementerian dalam menyelaras elemen ko-kurikulum di peringkat sekolah itu dibuat
berikutan keputusan Kabinet untuk melaksanakan dasar 90:10 akademik dan ko-
kurikulum bagi kemasukan pelajar secara pendekatan yang lebih holistik ke IPTA.
Mulai tahun ini, kerajaan mensyaratkan pelajar mempunyai 10 peratus penyertaan
dalam aktiviti ko-kurikulum untuk layak ke IPTA.
(BERNAMA, 15.4. 2006, Kementerian Pelajaran Kendali Pengiraan Markah Ko-
kurikulum Pelajar Ke IPTA, http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php)

Guru-guru penasihat aktiviti ko kurikulum kebanyakannya dilantik oleh pentadbir


sekolah setelah diambilkira faktor kebolehan, minat dan keupayaan mereka. Untuk
menambah keberkesanan tugas itu dilaksanakan pentadbir sekolah dan Pejabat
Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri perlulah mengambil apa-apa inisiatif
menyediakan guru-guru ini dengan latihan formal dan diberi sijil kelayakan khas
pengendalian aktiviti-aktiviti ko kurikulum secara lebih meluas supaya kesemua sekolah
mempunyai guru-guru yang mempunyai latihan yang diperlukan tertamanya yang
melibatkan aktiviti-aktiviti yang tinggi risikonya seperti sukan air, terjunan dan
sebagainya lagi.

Surat perlantikan tidak begitu dititikberatkan oleh pentadbir sekolah sehingga


hampir separuh guru-guru penasihat Ko kurikulum tidak memiliki surat perlantikan dari
Pengetua. Ini bererti mereka menjalankan tugas secara arahan lisan sahaja tanpa surat
perlantikan rasmi.

Perancangan aktiviti tahunan pula dirancang oleh ahli-ahli jawatan kuasa masing-
masing dan diperkemaskan oleh pentadbiran sekolah kususnya Guru Penolong Kanan Ko
Kurikulum atau Guru Penolong Kanan HEM. Untuk mengelakkan acara-acara yang sama
sahaja setiap tahun supaya ianya pelbagai dan tidak membosankan program-program
peringkat negeri atau kebangsaan perlu diperluaskan lagi. Oleh itu ramai pelajar
berpeluang bertukar-tukar pengalaman dengan rakan-rakan dari negeri-negeri lain dan
meningkatkan pendedahan diri mereka.

Tahap penyertaan guru sangat tinggi di dalam kegiatan ko kurikulum yang


diadakan bersama-sama pelajar. Kehadiran dan penglibatan semata-mata tanpa
kemahiran-kemahiran yang perlu boleh menghadkan pencapaian pelajar di dalam aktiviti-
aktiviti ko kurikulum yang dipertandingkan. Oleh itu sejauhmana tercapai matlamat
aktiviti-aktiviti ko kurikulum sangatlah bergantung kepada kesanggupan menyediakan
guru-guru yang terlatih di dalam bidang ko kurikulum sepertimana guru-guru yang sama
dilatih untuk mengajar di dalam kelas barulah ia bertepatan dengan falsafah pendidikan
negara yang ingin membangunkan jasmani, rohani, emosi dan intelek. Sedangkan dalam
falsafah pendidikan itu jelas menunjukkan ko kurikulum memainkan peranan yang
penting. Long (1977) menyatakan terdapat masalah kekurangan masa selain daripada
tenaga terlatih yang terhad di bidang ko kurikulum.
Masalah guru kurang terlatih juga disebut oleh Jonson dan Ronald (1952).
Mereka menyatakan tidak semua program kurikulum dijalankan dengan baik kerana
setengah guru yang menyelia adalah kurang terlatih.

DAPATAN KAJIAN
KEDUDUKAN KO KURIKULUM DI SEKOLAH- PELAJAR

1. Penyertaan dan penglibatan pelajar

Kajian ini dijalankan untuk melihat penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Masalah pelaksanaan kokurikulum yang turut
menjadi perbincangan ialah masalah pennyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum. Sekiranya penyertaan dan penglibatan pelajar tidak mencapai tahap yang
dikehendaki, maka pelaksanaan kokurikulum tidak akan dapat dijalankan seperti yang
telah dirancang.

Hasil dari soal selidik yang telah dijalankan ke atas 30 orang pelajar di Sekolah
Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan didapati penyertaan dan
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah baik. Ini berdasarkan kepada
soalan yang diajukan untuk melihat penyertaan dan penglibatan pelajar di dalam aktiviti
kokurikulum yang dijalankan. Jadual di bawah dapat menunjukkan penyertaan dan
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan mendapat sambutan yang
baik disebabkan oleh minat terhadap aktiviti yang dijalankan.

Minat di sini boleh dijadikan satu faktor yang mempengaruhi motivasi seseorang.
Minat telah didefinisikan sebagai kesan tarikan kepada ciri-ciri aktiviti yang dilakukan
dan keseronokkan yang diperolehi semasa melakukan aktiviti merupakan sumber
motivasi secara langsung. Minat juga diertikan keseronokkan seseorang melakukan
sesuatu aktiviti dengan senang hati dan rela hati. Sekiranya seseorang itu tidak berminat
dengan apa yang dilakukan ataupun terpaksa, maka ia akan memberi kesan yang negatif
dan masalah-masalah lain akan timbul. Minat merupakan faktor utama dalam
memastikan sesuatu aktiviti kokurikulum itu berjaya atau sebaliknya.

Dalam jadual di bawah juga menunjukkan penyertaan dan penglibatan pelajar


bukan disebabkan oleh paksaan atau tindakan hukuman seperti denda dan sebagainya.
Dapatan ini mungkin dapat dikaitkan dengan kesedaran dikalangan para pelajar akan
kepentingan penglibatan pelajar di dalam kegiatan kokurikulum dalam membantu peajar
untuk ke IPTA dan IPTS.

Penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

Item Tidak setuju Setuju


(peratus ) ( peratus )
1. Sentiasa hadir daam perjumpaan 10 37
kokurikuum
2. Menyukai aktiviti kokurikuum yang 10 50
diadakan
3. Berminat dan menyertai semua aktiviti 13 33
kokurikuum
4. Hadir kerana terpaksa 67 17

2. Masalah Penglibatan Pelajar

Masalah penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan merupakan satu
isu yang sering menjadi sungutan kepada para guru. Ini sering berlaku terutamanya bagi
sekolah-sekolah kurang menguatkuasakan penglibatan para pelajar dalam kegiatan
kokurikulum yang di adakan sehingga terdapat sekolah untuk mengatasi masalah tersebut
terpaksa menjalankan aktiviti kokurikulum pada sebelah pagi iaitu semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dan waktu persekolahan terpaksa dilanjutkan untuk
mengganti masa P&P tersebut.
Dari kajian yang telah dijalankan menunjukkan tiada masalah berkenaan dengan
penglibatan pelajar dalam kegiatan dan aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Ini
berdasarkan kepada jawapan oleh pelajar di mana sebahagain besar pelajar mengatakan
bahawa waktu kokurikulum yang dijalankan seperti yang dijadualkan adalah sesuai dan
aktiviti kokurikulum yang dijalankan sesuai dengan waktu senggang/riadah pelajar itu
iaitu sebanyak 40 peratus setuju dengan kenyataan tersebut.

Meskipun begitu, ada peajar yang berpendapatan bahawa aktiviti yang


diaksanakan sama setiap tahun dan mereka berpendapatan peru ada perubahan dan juga
menambah aktiviti yang bersesuai dengan mereka terutama aktiviti yang bersifat
“outdoor” yang agak mencabar.

Kurangnya masalah penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang


dilaksanakan juga mungkin ada kaitan dengan kesedaran para pelajar tentang kepentingan
dan sumbangan-sumbangan yang diperolehi dari aktiviti-aktiviti kokurikulum yang
disertainya terutama dalam proses pembelajaran sosialisasi para pelajar. Ini dapat dilihat
daripada respons yang diperolehi dari soal selidik menunjukkan para pelajar mengakui
dari aktiviti kokurikulum yang disertai oleh mereka telah memberi peluang kepada
mereka untuk berjumpa, bergaul dan juga berinteraksi dengan rakan-rakan sama ada dari
etnik yang sama atau etnik yang berlainan. Mereka juga berpendapat bahawa kegiatan
kokurikulum juga telah menjadikan mereka manjadi seorang yang lebih berdikari,
bertanggungjawab dan dapat bekerjasama dengan rakan-rakan sama dari etnik yang sama
atau yang berbeza. Sebanyak 53 peratus pelajar dari soal selidik ini mengakui bahawa
banyak faedah dan manfaat yang diperolehi dari penglibatan dan penyertaan mereka
dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang diadakan. Mereka juga mengatakan
memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru melalui aktiviti-aktiviti yang disertai.
Jadual di bawah menunjukkan peratusan pelajar yang bersetuju dan sangat bersetuju
dengan pernyataan berkenaan.
Kepentingan Dan Sumbangan Aktiviti Kokurikulum Kepada Para Pelajar

Item Setuju sangat


(peratus ) setuju
( peratus )
1. Penyertaan dalam aktiviti kokurikulum memberi 47 30
peluang untuk bergaul dengan rakan sama/lain
etnik.
2. Aktiviti kokurikulum telah menjadikan mereka 47 50
lebih berdikari, bertanggungjawab dan
bekerjasama dengan orang lain.
3. Aktiviti kokurikulum telah banyak memberi 40 33
banyak manfaat dan faedah.
4. Aktiviti kokurikulum juga telah memberi 53 30
pengetahuan dan kemahiran yang baru.

3. Cadangan-Cadangan Meningkatan Penyertaan Dan Penglibatan Pelajar.

Kecemerangan seseorang pelajar bukan sahaja diukur dari segi kecemerlangan akademik
semata-mata malahan ia juga dilihat dari pelbagai sudut termasuklah aktiviti
kokurikulum. Aktiviti kokurikulum dapat membentuk insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek dan ianya juga mengajar pelajar untuk bermasyarakat
dalam masyarakat berbilang kaum. Kecemerlangan pelajar bukan sahaja diukur dari segi
kecerdasan (IQ) sahaja tetapi juga diukur melalui kecerdasan emosi (EQ).

Bagaimanapun, untuk menarik pelajar menyertai dan melibatkan diri dalam


aktiviti kokurikulum ini, pelajar mencadangkan agar kemudahan dan peralatan di tambah
dan diperlengkapkan oleh pihak sekolah agar lebih ramai pelajar berpeluang dan dapat
menyertai dan mleibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Selain dari itu,
para pelajar juga mencadangkan agar menambahbaikkan dan menaik taraf padang
sekolah.

Bagaimanapun, sebahagian besar pelajar mencadangkan agar aktiviti yang


berbentuk aktiviti “outdoor” seperti perkhemahan, “jungle tracking”, mengembara dan
juga aktiviti-aktiviti yang mencabarkan diperbanyakkan untuk menarik minat pelajar di
samping diadakan pertandingan-pertandingan sama ada untuk aktiviti kokurikulum sukan
dan permainan, kawat kaki juga pertandingan antara kelab dan persatuan.

Rumusan

Dari dapatan-dapatan di atas, dapat disimpulkan bahawa penyertaan dan penglibatan serta
minat para pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah di pengaruhi oleh
aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dan juga kemudahan dan perlatan yang lengkap. Di
samping itu juga, peranan guru-guru penasihat juga mempengaruhi penyertaan dan
penglibatan para pelajar dalam aktiviti yang dirancang bersama-sama dan melaksanakan
aktiviti yang telah dirancang. Minat bukan sahaja oleh para pelajar malah guru penasihat
juga harus mempunyai kemahiran dalam aktiviti kokurikuum yang diceburinya di
samping yang paling penting ialah guru juga harus mempunyai minat terhadap bidang
kokurikulum tersebut.

Jelaslah, aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah


mempunyai signifikannya yang tersendiri dalam membentuk pelajar yang seimbang dari
segi JERI sebagaimana yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Negara.
Kokurikulum juga merupakan sebahagian daripada mata pelajaran teras yang diajar di
dalam kelas. Kokurikulum sukan dan permainan misalnya merupakan kesinambungan
daripada mata pelajaran pendidikan jasmani yang merupakan mata pelajaran teras di
sekolah-sekolah. Kokurikulum merupakan suatu komponen pendidikan yang sangat
penting. Kegiatan-kegiatan kokurikulum mempunyai identiti, konsep, ciri-ciri, falsafah,
matlamat serta objektifnya tersendiri.

RUJUKAN

1. Abdul Shukur Abdullah. 1997. Pengurusan Ko Kurikulum. Fajar Bakti.


2. Buku Panduan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah (1990)
3. Buku Panduan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Menengah (1989),
Kementerian Pendidikan Malaysia.
4. Buku Panduan Pentadbiran Sekolah (1982)
5. Omar Mohd Hashim. 1993. Pendidikan: Persoalan, Penyelesaian dan Harapan.
DBP.Kuala Lumpur.
MAKLUMAT DEMOGRAFI

Arahan : Isikan maklumat seperti yang diminta.

1. Umur : ______ tahun

2. Jantina : Lelaki Perempuan

3. Pengalaman mengajar __________ tahun

4. Bilakah kegiatan ko kurikulum dijalankan di sekolah anda


______________________________________________

5. Siapa yang melantik anda sebagai penasihat kelab,badan berunifom dan

persatuan.
_________________________________________________________

6. Adakah anda mempunyai surat perlantikan sebagai penasihat ko kurikulum?


________________________________________________

PERLAKSANAAN KO KURIKULUM DI SEKOLAH


Dengan mengikut skala 1- hingga 5 seperti yang di nyatakan di bawah, nyatakan
pendapat anda terhadap masalah-masalah yang di nyatakan dengan menanda x pada
kotak skor yang di beri.
1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Tidak pasti
4 Setuju
5 Sangat setuju

BIL SOALAN 1 2 3 4 5
MINAT DAN PERSEPSI GURU
1 Saya bersetuju atas pemilihan pentadbir terhadap
tugas anda sebagai guru penasihat dalam aktiviti ko
korikulum
2 Saya berminat dengan kelab/persatuan/kokurikulum
yang diberi
3 Adakah pemilihan yang dibuat mengikut tahap
kemahiran dan pengetahuan guru terhadap
persatuan/kelab/unit berunifom yang di tentukan?
4 Sekiranya masa terluang, anda akan melayari internet
atau apa apa aje pencarian ilmu untuk menguatkan
serta menambahkan lagi pengetahuan dan kemahiran
anda dalam persatuan atau kelab yang dipimpin
5 Anda mempunyai sijil kelayakan dan latihan yang
cukup tentang persatuan/kelab/ unit berunifom anda
TANGGAPAN GURU
6 Masa kokurikum itu sesuai dengan saya
7 Masa ko kurikulum itu mencukupi untuk pelajar
8 Aktiviti kokurikulum yang saya jalankan memberi
impak yang baik keatas pelajar
9 Saya amat jelas dengan tujuan dan objektif aktiviti ko
kurikulum di jalankan
10 Aktiviti ko kurikulum yang saya lakukan mencapai
objektifnya
PERANCANGAN KO KURIKULUM
11 Perancangan dalam aktiviti persatuan dan kelab yang
saya jalankan sendiri tanpa pemantauan PK
KoKurikulum
12 Ahli jawatankuasa persatuan/ kelab yang saya pimpin
bersama-sama membuat perancangan aktiviti tahunan.
13 Aktiviti yang saya jalankan sama setiap tahun
14 Saya turut serta bersama-sama pelajar membuat
aktiviti yang dirancang
15 Perjumpaan ko kurikulum kelab/ persatuan saya di
adakan seminggu sekali
PERANCANGAN KO KURIKULUM
16 Saya tidak berminat menjadi penasihat dalam aktiviti
ko kurikulum kerana tugas sebagai guru akademik
membebankan.
17 Aktiviti yang di lakukan membosankan kerana saya
tidak di beri pendedahan tentang aktiviti yang perlu di
lakukan serta tida pemantauan pihak pentadbir
18 Saya hadir di setiap aktiviti ko kurikulum
19 Sesi perjumpaan ko kurikulum bisanya di kendalikan
oleh pelajar senior dan P&P tidak berlaku dalam
aktiviti ko kurikulum
20 Saya tertekan jika berkhusus berkenaan ko kurikulum.

GD6283 : PENDIDIKAN, PEKERJAAN DAN SENGGANG


PROF. PUAN SRI DR. FARIDAH BT KARIM
TAJUK : KEDUDUKAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH

Pengenalan

Sistem pendidikan negara kita adalah berteraskan falsafah pendidikan negara yang
memberi tumpuan kepada perkembangan potensi diri pelajar secara menyeluruh dalam
melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, jasmani dan emosi serta bertujuan untuk
melahirkan seorang warganegara yang berketrampilan, bertanggungjawab dalam segala bidang
serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju Wawasan 2020.

Matlamat Dasar Pelajaran Kebangsaan bertujuan untuk melahirkan satu bangsa bercorak
Malaysia yang bersatu dan dihormati. Hasrat ini akan dicapai sekiranya generasi muda sekarang
dapat diberi pendidikan yang seimbang dan sempurna. Pendidikan yang seimbang dan sempurna
sentiasa memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu kurikulum (akademik) dan gerak kerja
kokurikulum. Ini bermakna seorang pelajar itu diberi pendidikan yang menyeluruh merangkumi
aspek mental, fizikal dan rohani.

Definisi kokurikulum

Dari segi definisi, kurikulum boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti, proses dan isi
kandungan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di dalam bilik darjah dan juga yang
dilakukan diluar bilik darjah seperti mata pelajaran Sejarah, Sains, Geografi dan bahasa. Proses
ini lebih dikenali sebagai mata pelajaran akademik. Manakala kokurikulum pula, sebahagian
besarnya dilaksanakan di luar bilik darjah dan ada juga dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pada
asasnya, gerak kerja kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap
pelajar perlu melibatkan diri dalam aktivitit ini. Mengikut Md. Aris Mansor (1985) dalam
Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum, menyatakan kokurikulum merupakan satu bidang
pembelajaran yang berasaskan kepelbagaian gerak kerja terancang dan perlu dilakukan dalam
masa persekolahan. Gerak kerja kokurikulum berasaskan mata pelajaran akademik atau tidak
berasaskan mata pelajaran akademik. Walau bagaimanapun, sebahagian besar gerak kerja
kokurikulum merangkumi pembelajaran yang bukan berasaskan mata pelajaran akademik. ( Ab.
Halim Abdul Rahim, 2004 ). Secara amnya, kokurikulum merujuk aktiviti dan pengalaman
pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Kokurikulum lebih banyak dilaksanakan
secara tidak langsung atau tidak formal. Aktiviti kokurikulum lebih menekankan nilai, bakat,
peranan, kepimpinan, sosial dan sebagainya. Aktiviti ini juga dikenali kurikulum tersembunyi.

Menurut Omar Mohd Hashim (1993), kokurikulum adalah masa senggang dalam konteks
kehidupan harian, di mana masa senggang adalah suatu jangkamasa waktu seseorang itu bebas
untuk mempertingkatkan keupayaan dirinya sebagai seorang individu dan sebagai seorang
anggota masyarakat yang produktif. Kokurikulum dalam konteks pendidikan adalah
pembelajaran luar bilik darjah kerana proses pengajaran dan pembelajaran masih berada dalam
keadaan bebas, tidak formal dan tidak terkongkong. Kegiatan kokurikulum memberi peluang
dengan lebih luas kepada pelajar untuk mempraktikkan pembelajaran dengan lebih mendalam.

Matlamat Kokurikulum di wujudkan di sekolah-sekolah

Sistem Pendidikan Negara mewajibkan pelajar menceburkan diri dalam kegiatan


kokurikulum. Ini adlaah langkah pragmatik kerajaan untuk mewujudkan pelajar yang berdisiplin,
bertanggungjawab, berkarisma dan berketerampilan. Ini selaras dengan laporan Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pembelajaran 173 menyatakan:

“ Kegiatan kokurikulum yang dijalankan di luar biik darjah adalah penting untuk
menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan atau “esprit de corps” di antara murid-
murid berbagai keturunan yang mempunyai latar belakang yang berlainan. Ia juga bertujuan
melatih murid-murid supaya bersikap bertanggungjawab , berdikari dan berkemahiran dalam
sesuatu lapangan yang mereka sertai”.

Seorang pelajar dididik dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan untuk menjadi seorang
insan yang seimbang dan harmonis. Pendidikan hendaklah dilihat sebagai satu proses sepanjang
hayat. Seluruh agen pendidikan formal, tak formal dan bukan formal berkewajipan dan
berperanan secara bekerjasama, lengkap melengkapi dan memenuhi tanggungjawab masing-
masing dalam pendidikan. Pendidikan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah
mempunyai matlamat seperti berikut:
1. Menyemai perasaan muhibbah, perpaduan dan integrasi nasional di kalangan generasi
muda.
2. Menggalakkan peningkatan disiplin pelajar.
3. Memperkenalkan pengalaman yang menyeluruh dan keseimbangan dengan pendidikan
formal.
4. Menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek kepimpinan, sosial dan
kemasyarakatan di kalangan pelajar.
5. Menyumbangkan usaha membina iklim, budaya dan tempat belajar yang menarik dan
menyeronokkan.
6. Mewujudkan perimbangan antara perkembangan intelek dengan perkembangan jasmani,
rohani dan emosi.
7. Mengisi masa lapang dengan berfaedah.
8. Menyemai nilai-nilai pendidikan dalam gerak kerja kokurikulum.

Gerak kerja kokurikulum di sekolah rendah, sekolah menengah dan maktab perguruan
dapat dikategorikan kepada tiga jenis atau bidang iaitu :

1. Unit beruniform / pasukan pakaian seragam


2. Kelab atau persatuan
3. Sukan dan permainan.

Aktiviti kokurikulum sukan bersama dengan unit beruniform dan persatuan ini telah
diperuntukkan dalam peraturan-peraturan Kursus Pengajian Sekolah 1956. Pada tahun 1985,
kegiatan ini diberikan peruntukkan waktu 60 minit seminggu dan dimasukkan ke dalam jadual
waktu persekolahan.

Pernyataan masalah

Sistem pendidikan tradisional sebelum dikemaskinikan tidak begitu seimbang dan ianya
terlalu mementingkan kecemerlangan akademik (pencapaian di dalam peperiksaan) sehingga
membuatkan pelajar mengabaikan aktiviti luar bilik darjah sewaktu melalui proses pembelajaran.
Mereka enggan atau kurang berminat melibatkan diri di dalam gerak kerja kokurikulum ini. Oleh
yang demikian, perancangan pendidikan yang lebih seimbang dan sempurna telah dilaksanakan
untuk memperbaiki keadaan ini dan seterusnya mengembangkan sifat-sifat yang ebih sempurna
dan menyeluruh bagi pelajar-pelajar.

Tujuan kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenapasti kedudukan kokurikulum di sekolah-sekolah


dalam konteks penyertaan dan penglibatan oleh pelajar-pelajar dalam aktiviti-aktiviti gerak kerja
kokurikulum yang telah diatur di sekolah-sekolah berkenaan. Kajian ini juga dilihat sebagai satu
cara mengenalpasti masalah-masalah yang berkaitan dengan penglibatan dan penyertaan para
pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Seterusnya,
dari kajian ini juga diharap dapat memberi petunjuk dan kekuatan sumbangan aktiviti
kokurikulum di sekolah-sekolah dari segi penglibatan dan penyertaan pelajar dalam kegiatan
gerak kerja kokurikulum kepada pembentukan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi
mental, sosial dan emosi seperti mana yang dihasratkan oleh Dasar Pendidikan Negara Malaysia.

Objektif kajian

Antara objektif-objektif kajian adalah:

5. Melihat penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang


dilaksanakan di sekolah.
6. Mengetahui masalah-masalah yang berkaitan dengan penglibatan dan penyertaan pelajar
di dalam aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah.
7. Melihat sumbangan aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah kepada pelajar.
8. Memberi cadangan-cadangan untuk meningkatan penyertaan dan penglibatan pelajar
dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.

Reka bentuk kajian


Reka bentuk kajian yang dipilih dalam kajian ini ialah kaedah deskriktif jenis tinjauan
melalui satu set soal selidik. Kaedah tinjauan dianggap kaedah yang paling sesuai digunakan
dalam kajian ini untuk memerihalkan kedudukan kokurikuum di sekoah. Kaedah ini dipilih
kerana ramai responden yang boleh diambil berbanding dengan kaedah lain.

Populasi dan responden kajian

Populasi bagi kajian ini ialah murid-murid sekolah di Sekolah Sains Tuanku Jaafar, Kuala
Pilah, Negeri Sembilan. Responden kajian terdiri daripada 30 orang murid lelaki dan perempuan
dari tingkatan 1 hingga 4. Semua responden adalah dipilih secara rawak.

Dapatan Kajian

1. Penyertaan dan penglibatan pelajar

Kajian ini dijalankan untuk melihat penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Masalah pelaksanaan kokurikulum yang turut
menjadi perbincangan ialah masalah pennyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum. Sekiranya penyertaan dan penglibatan pelajar tidak mencapai tahap yang
dikehendaki, maka pelaksanaan kokurikulum tidak akan dapat dijalankan seperti yang telah
dirancang.

Hasil dari soal selidik yang telah dijalankan ke atas 30 orang pelajar di Sekolah
Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan didapati penyertaan dan
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah baik. Ini berdasarkan kepada soalan yang
diajukan untuk melihat penyertaan dan penglibatan pelajar di dalam aktiviti kokurikulum yang
dijalankan. Jadual di bawah dapat menunjukkan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum yang dijalankan mendapat sambutan yang baik disebabkan oleh minat terhadap
aktiviti yang dijalankan.

Minat di sini boleh dijadikan satu faktor yang mempengaruhi motivasi seseorang. Minat
telah didefinisikan sebagai kesan tarikan kepada ciri-ciri aktiviti yang dilakukan dan
keseronokkan yang diperolehi semasa melakukan aktiviti merupakan sumber motivasi secara
langsung. Minat juga diertikan keseronokkan seseorang melakukan sesuatu aktiviti dengan
senang hati dan rela hati. Sekiranya seseorang itu tidak berminat dengan apa yang dilakukan
ataupun terpaksa, maka ia akan memberi kesan yang negatif dan masalah-masalah lain akan
timbul. Minat merupakan faktor utama dalam memastikan sesuatu aktiviti kokurikulum itu
berjaya atau sebaliknya.

Dalam jadual di bawah juga menunjukkan penyertaan dan penglibatan pelajar bukan
disebabkan oleh paksaan atau tindakan hukuman seperti denda dan sebagainya. Dapatan ini
mungkin dapat dikaitkan dengan kesedaran dikalangan para pelajar akan kepentingan penglibatan
pelajar di dalam kegiatan kokurikulum dalam membantu peajar untuk ke IPTA dan IPTS.

Penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

Item Tidak setuju Setuju


(peratus ) ( peratus )
1. Sentiasa hadir daam perjumpaan kokurikuum 10 37
2. Menyukai aktiviti kokurikuum yang diadakan 10 50
3. Berminat dan menyertai semua aktiviti 13 33
kokurikuum
4. Hadir kerana terpaksa 67 17

2. Masalah penglibatan pelajar

Masalah penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan merupakan satu
isu yang sering menjadi sungutan kepada para guru. Ini sering berlaku terutamanya bagi sekolah-
sekolah kurang menguatkuasakan penglibatan para pelajar dalam kegiatan kokurikulum yang di
adakan sehingga terdapat sekolah untuk mengatasi masalah tersebut terpaksa menjalankan aktiviti
kokurikulum pada sebelah pagi iaitu semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan waktu
persekolahan terpaksa dilanjutkan untuk mengganti masa P&P tersebut.

Dari kajian yang telah dijalankan menunjukkan tiada masalah berkenaan dengan
penglibatan pelajar dalam kegiatan dan aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Ini berdasarkan
kepada jawapan oleh pelajar di mana sebahagain besar pelajar mengatakan bahawa waktu
kokurikulum yang dijalankan seperti yang dijadualkan adalah sesuai dan aktiviti kokurikulum
yang dijalankan sesuai dengan waktu senggang/riadah pelajar itu iaitu sebanyak 40 peratus setuju
dengan kenyataan tersebut.

Meskipun begitu, ada peajar yang berpendapatan bahawa aktiviti yang diaksanakan sama
setiap tahun dan mereka berpendapatan peru ada perubahan dan juga menambah aktiviti yang
bersesuai dengan mereka terutama aktiviti yang bersifat “outdoor” yang agak mencabar.

Kurangnya masalah penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan


juga mungkin ada kaitan dengan kesedaran para pelajar tentang kepentingan dan sumbangan-
sumbangan yang diperolehi dari aktiviti-aktiviti kokurikulum yang disertainya terutama dalam
proses pembelajaran sosialisasi para pelajar. Ini dapat dilihat daripada respons yang diperolehi
dari soal selidik menunjukkan para pelajar mengakui dari aktiviti kokurikulum yang disertai oleh
mereka telah memberi peluang kepada mereka untuk berjumpa, bergaul dan juga berinteraksi
dengan rakan-rakan sama ada dari etnik yang sama atau etnik yang berlainan. Mereka juga
berpendapat bahawa kegiatan kokurikulum juga telah menjadikan mereka manjadi seorang yang
lebih berdikari, bertanggungjawab dan dapat bekerjasama dengan rakan-rakan sama dari etnik
yang sama atau yang berbeza. Sebanyak 53 peratus pelajar dari soal selidik ini mengakui bahawa
banyak faedah dan manfaat yang diperolehi dari penglibatan dan penyertaan mereka dalam
aktiviti-aktiviti kokurikulum yang diadakan. Mereka juga mengatakan memperolehi pengetahuan
dan kemahiran baru melalui aktiviti-aktiviti yang disertai. Jadual di bawah menunjukkan
peratusan pelajar yang bersetuju dan sangat bersetuju dengan pernyataan berkenaan.

Kepentingan dan Sumbangan Aktiviti Kokurikulum kepada para pelajar

Item Setuju sangat setuju


(peratus ) ( peratus )
1. Penyertaan dalam aktiviti kokurikulum memberi 47 30
peluang untuk bergaul dengan rakan sama/lain etnik.
2. Aktiviti kokurikulum telah menjadikan mereka lebih 47 50
berdikari, bertanggungjawab dan bekerjasama dengan
orang lain.
3. Aktiviti kokurikulum telah banyak memberi banyak 40 33
manfaat dan faedah.
4. Aktiviti kokurikulum juga telah memberi pengetahuan 53 30
dan kemahiran yang baru.

3. Cadangan-cadangan meningkatan penyertaan dan penglibatan pelajar.


Kecemerangan seseorang pelajar bukan sahaja diukur dari segi kecemerlangan akademik
semata-mata malahan ia juga dilihat dari pelbagai sudut termasuklah aktiviti kokurikulum.
Aktiviti kokurikulum dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek dan ianya juga mengajar pelajar untuk bermasyarakat dalam masyarakat berbilang kaum.
Kecemerlangan pelajar bukan sahaja diukur dari segi kecerdasan (IQ) sahaja tetapi juga diukur
melalui kecerdasan emosi (EQ).

Bagaimanapun, untuk menarik pelajar menyertai dan melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum ini, pelajar mencadangkan agar kemudahan dan peralatan di tambah dan
diperlengkapkan oleh pihak sekolah agar lebih ramai pelajar berpeluang dan dapat menyertai dan
mleibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Selain dari itu, para pelajar juga
mencadangkan agar menambahbaikkan dan menaik taraf padang sekolah.

Bagaimanapun, sebahagian besar pelajar mencadangkan agar aktiviti yang berbentuk


aktiviti “outdoor” seperti perkhemahan, “jungle tracking”, mengembara dan juga aktiviti-aktiviti
yang mencabarkan diperbanyakkan untuk menarik minat pelajar di samping diadakan
pertandingan-pertandingan sama ada untuk aktiviti kokurikulum sukan dan permainan, kawat
kaki juga pertandingan antara kelab dan persatuan.

Rumusan

Dari dapatan-dapatan di atas, dapat disimpulkan bahawa penyertaan dan penglibatan serta
minat para pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah di pengaruhi oleh aktiviti-
aktiviti yang dilaksanakan dan juga kemudahan dan perlatan yang lengkap. Di samping itu juga,
peranan guru-guru penasihat juga mempengaruhi penyertaan dan penglibatan para pelajar dalam
aktiviti yang dirancang bersama-sama dan melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. Minat
bukan sahaja oleh para pelajar malah guru penasihat juga harus mempunyai kemahiran dalam
aktiviti kokurikuum yang diceburinya di samping yang paling penting ialah guru juga harus
mempunyai minat terhadap bidang kokurikulum tersebut.

Jelaslah, aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah mempunyai


signifikannya yang tersendiri dalam membentuk pelajar yang seimbang dari segi JERI
sebagaimana yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Negara. Kokurikulum juga merupakan
sebahagian daripada mata pelajaran teras yang diajar di dalam kelas. Kokurikulum sukan dan
permainan misalnya merupakan kesinambungan daripada mata pelajaran pendidikan jasmani
yang merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah. Kokurikulum merupakan suatu
komponen pendidikan yang sangat penting. Kegiatan-kegiatan kokurikulum mempunyai identiti,
konsep, ciri-ciri, falsafah, matlamat serta objektifnya tersendiri.

RUJUKAN.

1. Ab. Halim Abdul Rahim. 2004. Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum, Kursus Perguruan
Lepas Ijazah. Fajar Bakti.

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


GD6283 : PENDIDIKAN, PEKERJAAN DAN SENGGANG
TAJUK : KEDUDUKAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH

Borang Soal selidik

Bahagian A : Demografi

Tandakan ( √ ) pada kotak yang berkenaan

1. Nama sekoah :

2. Jantina : Lelaki Perempuan

3. Umur :

4. Nyatakan penglibatan anda dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.


Jawatan

a. Sukan / Permainan :

b. Persatuan / Kelab :

c. Unit beruniform :

Bahagian B : Kedudukan Kokurikulum di Sekolah

Dengan mengikut skala 1-5 seperti yang dinyatakan di bawah, nyatakan pendapat anda terhadap
pernyataan-pernyataan yang dinyatakan di bawah dengan membulatkan nilai skor yang diberi.

1 Sangat tidak bersetuju


2 Tidak setuju
3 Tidak pasti
4 Setuju
5 Sangat setuju

1. Saya sentiasa hadir di setiap perjumpaan kokurikuum 1 2 3 4 5

2. Saya menyukai aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah 1 2 3 4 5

3. Saya berminat dan menyertai semua aktiviti kokurikulum 1 2 3 4 5


yang dilaksanakan di sekolah
3. Saya hadir dalam aktiviti kokurikulum kerana terpaksa 1 2 3 4 5

4. Guru yang menentukan semua aktiviti kokurikulum 1 2 3 4 5

5. AJK pelajar dan ahli berbincang dan menentukan sendiri 1 2 3 4 5


semua aktiviti sepanjang tahun.

6. Waktu aktiviti kokurikulum yang dijadualkan adalah sesuai. 1 2 3 4 5

7. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan sesuai dengan waktu 1 2 3 4 5


senggang/beriadah pelajar.

8. Apakah aktiviti yang diadakan sama setiap tahun 1 2 3 4 5

9. Apakah anda ingin mengubah atau menambah aktiviti 1 2 3 4 5


kokurikulum yang sedia ada

10. Adakah penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum memberi 1 2 3 4 5


peluang untuk anda bergaul dengan rakan sama etnik/lain etnik

11. Aktiviti kokurikulum menjadikan saya seorang yang berdikari, 1 2 3 4 5


bertanggungjawab dan bekerjasama dengan pealar lain.

12. Saya mendapat banyak manfaat dan faedah dari penglibatan 1 2 3 4 5


dan penyertaan saya daam aktiviti kokurikulum

13. Saya memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru melalui 1 2 3 4 5


aktiviti yang saya sertai

Bahagian C : Jawap pada ruangan yang disediakan.

1. Apakah cadangan anda untuk meningkatkan penyertaan pelajar di dalam aktiviti


kokurikulum di sekolah anda.
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
____

2. Apakah aktiviti-aktiviti yang sedia ada sudah memadai. Jika tidak, beri cadangan aktiviti-
aktiviti yang dapat menarik penglibatan pelajar dalam kokurikulum di sekolah anda.
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
____

Terima kasih. Kerjasama anda amat dihargai dan di sanjung tinggi.

You might also like