You are on page 1of 20

TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)
Penggal 3 Tahun 2013

PERINGATAN:
Manual ini khusus untuk kegunaan guru/calon sahaja. ______________________________________________________________________________

Manual ini terdiri daripada 19 halaman bercetak. Majlis Peperiksaan Malaysia 2013
0

TERHAD

TERHAD
Kandungan Bil BAHAGIAN I : GURU 1.0 2.0 3.0 Pengenalan Objektif Penilaian Pelaksanaan Kerja Kursus 3.1 Arahan Am 3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan 3.4 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta 3.5 Tanggungjawab Calon 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Format Penulisan Struktur Penulisan Penskoran Markah Skema Penskoran Markah 2 2 2 2 2 3 4 5 6 8 9 9 10 Perkara Halaman

BAHAGIAN II : CALON 9.0 Tanggungjawab Calon 11 12 13 14 15 18

10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 11.0 Format Penulisan 12.0 Struktur Penulisan Soalan Kerja Kursus (Kerja Projek) Pengajian Perniagaan 946/4 Lampiran

TERHAD

TERHAD BAHAGIAN I : GURU


1.0 Pengenalan Setiap calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, atau calon persendirian individu, mesti membuat satu tugasan pada Penggal 3, yang akan dinilai sebagai kerja kursus. Laporan tugasan berkenaan mesti disiap dan dikemukakan pada satu tarikh yang ditetapkan oleh MPM. Calon juga dikehendaki membuat pembentangan lisan yang akan diberikan penilaian. Calon yang gagal mengemukakan laporan tugasan dan gagal hadir untuk membuat pembentangan lisan akan dianggap tidak memenuhi keperluan mata pelajaran ini dan akan diberikan gred gagal (F) untuk keseluruhan mata pelajaran ini. Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pengajian Perniagaan STPM, berasaskan mana-mana atau gabungan tajuk 1 hingga 13. 2.0 Objektif Penilaian Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai dan memperkukuh kemampuan calon untuk: 2.1 2.2 2.3 2.4 3.0 Memahami konsep-konsep asas yang dipelajari dalam subjek ini Menganalisis secara kritis dan memahami elemen-elemen perniagaan yang perlu ada dalam sebuah organisasi yang baik Mengaplikasi pengetahuan yang dipelajari daripada pelbagai topik pada organisasi kajian kes berkenaan Menerapkan domain kemahiran insaniah ke dalam mata pelajaran

Pelaksanaan Kerja Kursus 3.1 Arahan am 3.1.1 Kerja Kursus Pengajian Perniagaan wajib diambil oleh semua calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, atau calon persendirian Kerja kursus ini hendaklah dilaksanakan oleh semua calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan pada penggal 3 pengajian tingkatan enam Penilaian kerja kursus ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang berterusan Mempengerusikan Mesyuarat Pentaksiran Berasaskan sekolah (PBS) Tingkatan Enam peringkat sekolah Memastikan ahli jawatan kuasa PBS sekolah menyediakan Fail Induk PBS Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam mempunyai Fail PBS bagi mata pelajaran masing-masing Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 946/4 hendaklah dibimbing dan diselia oleh guru Pengajian Perniagaan Memastikan bahawa laporan kerja kursus calon telah dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan Memastikan bahawa semua hasil kerja kursus telah dinilai dan diberikan markah oleh guru mengikut peraturan pemarkahan yang ditetapkan

3.1.2 3.1.3

3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.2.1 3.2.2

3.2.3 3.2.4 3.2.5

TERHAD

TERHAD
3.3 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan 3.3.1 Memberitahu calon tentang arahan melaksanakan kerja kursus dan memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan menjalankan kerja kursus Memuat turun Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus (Kerja projek) Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Memberi taklimat kepada calon tentang tugasan dan perinciannya Membimbing calon dalam pemilihan tajuk kajian berdasarkan tugasan Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan Memaklumkan calon tentang elemen, aspek, dan kriteria penskoran yang terdapat dalam Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus Memastikan calon melaksanakan kerja kursus Memaklumkan calon tahap pencapaian yang diperoleh mereka supaya mereka boleh membaiki hasil kerja

3.3.2

3.3.3

3.3.4 3.3.5 3.3.6 3.3.7 3.3.8 3.3.9

3.3.10 Membimbing calon untuk menghasilkan kerja kursus yang terbaik 3.3.11 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan secara individu 3.3.12 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus Pengajian Perniagaan 3.3.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian Perniagaan pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Muka hadapan penulisan kerja kursus (kerja projek) hendaklah digunakan muka hadapan yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) 3.3.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 3.3.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama dengan kerja kursus Pengajian Perniagaan 3.3.16 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon 3.3.17 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus 3.3.18 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon 3.3.19 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan, BMKKC, dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu 3

TERHAD

TERHAD
3.3.20 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM ketika mentaksir kerja kursus calon 3.3.21 Menilai hasil kerja calon secara berterusan 3.3.22 Menilai laporan akhir kerja kursus setiap calon 3.3.23 Memastikan hasil kerja kursus calon adalah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan 3.3.24 Memeriksa/menilai/mentaksir kerja kursus Pengajian Perniagaan bagi setiap calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4) 3.3.25 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi esubmission yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Kegagalan menghantar markah kerja kursus calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus dan tidak mengambil kertas 946/4 3.3.26 Memastikan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Perniagaan, BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi tempoh selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan diumumkan 3.4 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Swasta 3.4.1 3.4.2 3.4.3 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan Memuat turun Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon (a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan (b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan (c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan yang digunakan dalam tugasan 3.4.5 3.4.6 3.4.7 3.4.8 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap calon semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus secara individu Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan. Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder PBS untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus

3.4.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:

3.4.9

3.4.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus 3.4.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat 4 TERHAD

TERHAD
3.4.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan penulisan kerja kursus 3.4.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian Perniagaan pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Muka hadapan penulisan kerja kursus hendaklah digunakan muka hadapan yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) 3.4.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 3.4.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus 3.4.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon. 3.5 Tanggungjawab calon 3.5.1 3.5.2 3.5.3 3.5.4 3.5.5 3.5.6 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal penggal 3 sehingga tamat penggal tersebut Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan kajian Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi mencari dan mengumpul fakta Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah disediakan secara individu Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat bantuan pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint Bagi calon persendirian, calon bebas untuk memilih mana-mana pembimbing atas tanggungan sendiri Untuk mendapat taklimat berkaitan dengan kerja kursus, calon persendirian hendaklah menyemak portal MPM untuk mendapat maklumat tentang tarikh, tempat, dan waktu

3.5.7 3.5.8 3.5.9

TERHAD

TERHAD
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN AKTIVITI Tugasan kerja kursus diterima

MASA

TINDAKAN GURU

TINDAKAN PELAJAR/ CALON Menerima arahan tugasan. Semak http://www.mpm.edu.my Memahami skop tugasan kerja kursus Merancang jadual kerja Membuat persiapan awal: Keperluan kewangan Pengesahan sekolah dan kebenaran penjaga Perancangan kerja Penyediaan peralatan dan instrumen seperti borang soal selidik Mengenal pasti sumber rujukan, seperti sumber sekunder,sumber Internet, dan sumber-sumber lain. Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual dan kaji selidik Memperoleh data dan maklumat dari sumber sekunder Menyusun dapatan (data dan maklumat) mengikut keutamaan dan struktur tugasan Memproses, mentafsir, menganalisis, dan merumus data dan maklumat Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk yang sesuai, seperti peta lokasi, jadual, graf, carta dan lain-lain Membincangkan dapatan hasil kajian dan menghubung kait dengan prinsip dan teori yang dipelajari Berlatih membuat pembentangan mengikut format yang sesuai

29 Mei hingga 9 Jun 2013

Taklimat tugasan kursus kepada calon (sila rujuk manual kerja kursus)

10 Jun hingga 28 Jun 2013

Persiapan awal sebelum ke lapangan

Membincangkan dan membimbing pemilihan tajuk, responden kajian, dan jadual kerja Penyediaan suratmenyurat Menyemak keperluan peralatan dan instrumen kajian Menjelaskan kepada pelajar tentang elemen kemahiran insaniah (soft skills) yang akan dinilai Membimbing pelajar melaksanakan aktiviti lapangan Membantu penyelesaian masalah yang timbul Memantau perkembangan tugasan

10 Jun hingga 28 Jun 2013

Pelaksanaan tugasan lapangan

1 Julai hingga 31 Julai 2013

Penyediaan dan penulisan laporan kerja kursus untuk sesi penilaian

Menjelaskan item-item yang mungkin dinilai dalam penulisan laporan kerja kursus Membimbing pelajar untuk menulis laporan mengikut format yang ditetapkan Memperbaiki kelemahan dan membimbing pelajar membuat penambahbaikan

TERHAD

TERHAD
PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN AKTIVITI Sesi pembentangan dan penilaian TINDAKAN PELAJAR/ CALON Hantar laporan bertulis Sesi pembentangan (10 minit hingga 15 minit sahaja untuk setiap calon)

MASA

TINDAKAN GURU

1 Ogos hingga 20 September 2013 23 September hingga 11 Oktober 2013 14 Oktober hingga 3 November 2013 Ogos 2014

Memeriksa dan memberi markah laporan kerja kursus dan pembentangan

Penskoran kerja kursus dan hantaran markah ke MPM

Menghantar markah ke MPM

Penyelarasan markah PBS oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan/Penyelaras Negeri/ Penyelaras Daerah

Pelupusan evidens kerja kursus (enam bulan dari tarikh keputusan STPM dikeluarkan)

5.0

Format Penulisan 5.1 5.2 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi mencari maklumat tambahan Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian mengikut format berikut: (a) Saiz kertas: A4 putih sahaja (b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci (c) Tulisan: Times New Roman (font 12) (d) Langkau (spacing): 1.5 (e) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten 5.3 Panjang penulisan sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan. Susunan penulisan kerja kursus adalah seperti berikut: (a) Kulit hadapan kerja kursus calon (Lampiran 1) (b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) (c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) (d) Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4) (e) Penulisan kertas kerja kursus Pengajian Perniagaan 5.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid 7

5.4 5.5

TERHAD

TERHAD
6.0 Struktur Penulisan Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan tetapi laporan kerja kursus hendaklah disediakan secara individu. Oleh itu, satu laporan kerja kursus yang lengkap perlu dibuat. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut: (a) Pengenalan/Tajuk dan Abstrak Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji. (b) Objektif kajian Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah ditentukan. (c) Latar belakang/Lokasi kajian Huraian ringkas tentang keluasan, kedudukan, letakan serta ciri alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang ada di kawasan kajian yang dijalankan. (d) Kaedah kajian Huraian tentang cara kajian dilakukan, seperti pengukuran, pencerapan, soal-selidik, temu temubual, dan pemerhatian untuk memperoleh data primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta. (e) Dapatan kajian dan perbincangan Pembentangan dan perbincangan tentang dapatan kajian yang telah dianalisis, merangkumi punca, proses, dan impak serta membandingkan, membezakan, dan menilai fakta dan maklumat. Hasil kajian hendaklah dalam bentuk penulisan kajian dan boleh disokong dalam bentuk jadual, rajah, dan graf. (f) Penutup Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan (g) Senarai rujukan (h) Lampiran 7.0 Penskoran markah Penilaian kerja kursus dibuat ke atas laporan bertulis dan pembentangan lisan hasil kerja calon. Calon mestilah menyenaraikan sumber rujukan dalam senarai rujukan laporan yang dikemukakan sekiranya hasil kerja calon melibatkan petikan mana-mana sumber luar. Penilaian bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan akan dibuat oleh guru mata pelajaran berkenaan. Penilaian bagi calon sekolah swasta, persendirian individu, dan sekolah integriti akan dibuat oleh penilai yang dilantik oleh MPM.

TERHAD

TERHAD
8.0 Skema Penskoran Markah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Bil. 1 2 3 4 5 Kriteria Pengenalan/Tajuk dan Abstrak Objektif Kajian Latar belakang/lokasi kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian dan Perbincangan (i) Susunan dan kekemasan laporan (ii) Kecukupan, ketepatan, dan kesesuaian maklumat (iii) Analisis dan pentafsiran (iv) Gaya dan bahasa 6 7 8 9 Penutup, Rumusan kajian, dan cadangan Rujukan Lampiran Pembentangan (i) Kerelevanan (ii) Soal jawab (iii) Kebahasaan (iv) Kreativiti (v) Keterampilan 10 11 Kemahiran Manipulatif Kemahiran Insaniah JUMLAH MARKAH 2 2 2 2 2 5 6 100 10 15 15 5 10 3 3 Markah Maksimum 3 2 6 7

TERHAD

TERHAD BAHAGIAN II : CALON


9.0 Tanggungjawab calon 9.1 9.2 9.3 9.4 9.5 9.6 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal sehingga tamat penggal tersebut penggal 3

Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan kajian Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi mencari dan mengumpul fakta Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah disediakan secara individu Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat bantuan pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint Bagi calon persendirian, calon bebas untuk memilih mana-mana pembimbing atas tanggungan sendiri Untuk mendapat taklimat berkaitan dengan kerja kursus, calon persendirian hendaklah menyemak portal MPM untuk mendapat maklumat tentang tarikh, tempat, dan waktu

9.7 9.8 9.9

10

TERHAD

TERHAD
10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN AKTIVITI Tugasan kerja kursus diterima

MASA 29 Mei hingga 9 Jun 2013

TINDAKAN PELAJAR/CALON Menerima arahan tugasan. Semak http://www.mpm.edu.my Memahami skop tugasan kerja kursus Merancang jadual kerja Membuat persiapan awal: Keperluan kewangan Pengesahan sekolah dan kebenaran penjaga Perancangan kerja Penyediaan peralatan dan instrumen seperti borang soal selidik Mengenal pasti sumber rujukan, seperti sumber sekunder,sumber Internet, dan sumber-sumber lain. Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual dan kaji selidik Memperoleh data dan maklumat dari sumber sekunder Menyusun dapatan (data dan maklumat) mengikut keutamaan dan struktur tugasan Memproses, mentafsir, menganalisis, dan merumus data dan maklumat Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk yang sesuai, seperti peta lokasi, jadual, graf, carta dan lain-lain Membincangkan dapatan hasil kajian dan menghubung kait dengan prinsip dan teori yang dipelajari Berlatih membuat pembentangan mengikut format yang sesuai Hantar laporan bertulis Sesi pembentangan (10 minit hingga 15 minit sahaja untuk setiap calon)

10 Jun hingga 28 Jun 2013

Persiapan awal sebelum ke lapangan

10 Jun hingga 28 Jun 2013

Pelaksanaan tugasan lapangan

1 Julai hingga 31 Julai 2013

Penyediaan dan penulisan laporan kerja kursus untuk sesi penilaian

1 Ogos hingga 20 September 2013

Sesi pembentangan dan penilaian

11

TERHAD

TERHAD
11.0 Format Penulisan 11.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi mencari maklumat tambahan 11.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian mengikut format berikut: (a) Saiz kertas: A4 putih sahaja (b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci (c) Tulisan: Times New Roman (font 12) (d) Langkau (spacing): 1.5 (e) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten 11.3 Panjang penulisan sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran 11.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan 11.5 Susunan skrip kerja kursus adalah seperti berikut: (a) Kulit hadapan kerja kursus calon (Lampiran 1) (b) Borang perakuan calon (Lampiran 2) (c) Borang rekod kerja kursus calon (Lampiran 3) (d) Borang markah kerja kursus calon (Lampiran 4) (e) Penulisan kertas kerja kursus 11.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid 12.0 Struktur Penulisan Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan tetapi laporan kerja kursus hendaklah disediakan secara individu. Oleh itu, satu laporan kerja kursus yang lengkap perlu dibuat. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut: (a) Tajuk dan Pengenalan Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji. (b) Objektif kajian Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah ditentukan. (c) Latar belakang/Lokasi kajian Huraian ringkas tentang keluasan, kedudukan, letakan serta ciri alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang ada di kawasan kajian yang dijalankan. (d) Kaedah kajian Huraian tentang cara kajian dilakukan, seperti pengukuran, pencerapan, soal-selidik, temu bual, dan pemerhatian untuk memperoleh data primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta. (e) Dapatan kajian dan perbincangan Pembentangan dan perbincangan tentang dapatan kajian yang telah dianalisis, merangkumi punca, proses, dan impak serta membandingkan, membezakan, dan menilai fakta dan 12

TERHAD

TERHAD
maklumat. Hasil kajian hendaklah dalam bentuk penulisan kajian dan boleh disokong dalam bentuk jadual, rajah, dan graf. (f) Penutup Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan (g) Senarai rujukan (h) Lampiran

13

TERHAD

TERHAD

14 14

TERHAD

TERHAD Soalan kerja kursus. Calon diminta membuat kajian ke atas sebuah organisasi awam atau swasta. Calon boleh memilih organisasi yang terlibat dalam aktiviti berasaskan produk atau berasaskan perkhidmatan. Calon dikehendaki mengumpul, menyusun, menganalisis, menjelaskan, dan menuliskan laporan lengkap berkaitan perkara-perkara yang berikut: (a) Reka bentuk organisasi (b) Proses pengorganisasian (c) Konsep pengorganisasian (d) Gaya kepimpinan pemimpin tertinggi organisasi tersebut Nota: Laporan kajian mestilah berpandukan Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) STPM baharu.

15

TERHAD

TERHAD
LAMPIRAN 1

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN PERNIAGAAN 4 (946/4)

TAJUK

NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH

NAMA GURU

TANDATANGAN GURU TARIKH

MARKAH

16

TERHAD

TERHAD
LAMPIRAN 2 BPC SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Borang Perakuan Calon Mata pelajaran: Pengajian Perniagaan Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan. Nama Calon No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat PBS Calon Makluman kepada calon: Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Perniagaan (946) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan di sekolah (untuk sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan). Tandatangan Calon Tarikh Perakuan oleh Guru/Pemeriksa: Saya mengesahkan bahawa kerja kursus (kerja projek) Pengajian Perniagaan (946) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus (kerja projek) calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus (kerja projek) tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/Pemeriksa Nama Guru/Pemeriksa Tarikh Alamat

17

TERHAD

TERHAD
LAMPIRAN 3 BRKKC SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013 PENGAJIAN PERNIAGAAN BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON No. Pusat/Angka Giliran : ....... No. Kad Pengenalan : Aktiviti dalam Penghasilan Kerja Kursus (Untuk diisi oleh calon)

Tarikh Aktiviti

Ulasan Guru

Tandatangan Tandatangan Calon Guru

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman) Pengesahan Guru Pengajian Perniagaan Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 2013 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tandatangan Guru: .. Nama Guru: .. Tarikh : ............................................................ Cop Sekolah:

Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara guru-pelajar dan dilampirkan pada bahagian depan (sebelum kerja kursus calon) apabila kerja kursus dihantar kepada guru untuk dinilai.

18

TERHAD

TERHAD
LAMPIRAN 4 BMKKC SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013 PENGAJIAN PERNIAGAAN BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON Nama Calon : ............... No. Kad Pengenalan : Angka Giliran :

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa) Kriteria Penilaian 1. 2. 3. 4. 5. Pengenalan / Tajuk dan Abstrak Objektif Kajian Latar belakang / Lokasi kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian dan Perbincangan (a) Susunan dan kekemasan laporan (b) Kecukupan, ketepatan dan kesesuaian maklumat (c) Analisis dan pentafsiran (d) Gaya dan bahasa Penutup rumusan kajian dan cadangan Rujukan Lampiran Pembentangan (a) Kerelevanan (b) Soal jawab (c) Kebahasaan (d) Kreativiti (e) Keterampilan Kemahiran Manipulatif Kemahiran Insaniah Jumlah Markah Markah Penuh 3 2 6 7 10 15 15 5 10 3 3 2 2 2 2 2 5 6 100 PENGESAHAN PENYELARAS Saya memperakui bahawa markah dan Butiran di atas adalah benar. Markah Guru Markah Penyelaras

6. 7. 8. 9.

10. 11.

PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa: Tandatangan Penyelaras: Nama : Nama : . No. Kad Pengenalan : Tarikh : .. No. Telefon (sekolah) : No. Kad Pengenalan : . Tarikh : No. Telefon (sekolah) : .

Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.

19

TERHAD

You might also like