P. 1
Beberapa Konsep Dalam Morfologi

Beberapa Konsep Dalam Morfologi

|Views: 43,874|Likes:
Published by jack
www.Malaysia-Students.com Konsep tentang Morfologi
www.Malaysia-Students.com Konsep tentang Morfologi

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: jack on Jun 03, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/23/2014

pdf

text

original

BEBERAPA KONSEP DALAM MORFOLOGI

A. TATABAHASA 1. Konsep tatabahasa = Aturan bahasa yang dijelmakan dalam bentuk rumus-rumus bahasa. 2. Korpus (unsur) tatabahasa: morfem, perkataan, frasa, klausa, dan ayat. Unsur paling kecil: morfem Unsur paling besar/tinggi: ayat – unsur bahasa lain terkandung di dalamnya 3. Kelima-limanya dibahagikan kepada dua aspek utama: Morfologi – morfem dan perkataan Sintaksis – frasa, klausa, dan ayat Ayat Klausa Frasa Perkataan Morfologi Morfem Sintaksis

B. MORFOLOGI 1. Konsep morfologi Ilmu atau pengetahuan tentang pembentukan kata Bidang tatabahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.1 Struktur kata = Susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Contohnya, perkataan bermain, terdiri daripada susunan awalan (ber-) yang diikuti dengan kata dasar (main). Bentuk kata = Rupa unit tatabahasa, yang berbentuk tunggal atau yang terhasil daripada proses pengimbuhan (kata terbitan), pemajmukan (kata majmuk), dan penggandaan (kata ganda).
1

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (2008:43)

1

Penggolongan kata = Proses menjeniskan perkataan mengikut keserupaan bentuk atau fungsi, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas. 2. Perkataan dibentuk oleh morfem dan kata.

C. MORFEM 1. Konsep morfem = Unit yang terkecil yang mempunyai makna Boleh menjadi unsur dalam pembentukan kata Tidak dapat dipisahkan kepada unit yang lebih kecil yang bermakna Boleh terbina daripada satu atau lebih suku kata Sesetengah morfem (bebas) boleh menjadi kata. 2. Jenis morfem a) Morfem bebas Boleh berdiri sendiri sebagai kata penuh Boleh digunakan bersendirian Jumlahnya banyak dan boleh bertambah Mempunyai makna: Makna leksis (makna morfem itu sendiri) Makna struktur (makna yang digunakan dalam ayat) laut cantik sekolah terjun dari untuk wah telah sangat

b) Morfem terikat:

Tidak boleh berdiri sendiri sebagai kata dasar Memerlukan morfem lain – morfem bebas atau morfem terikat – untuk membentuk perkataaan Mendukung makna kenahuan. Jumlahnya terhad Jenis morfem terikat: i) Morfem terikat satuan: = Morfem yang utuh dalam bentuknya dan bahagian-bahagiannya tidak boleh dipisah-pisahkan. Jenis: Awalan: antaranya ber-, ter-, me-, ke-, di-, dsb. Akhiran: contohnya -an, -kan, -i, dsb. Kata akar: bukan imbuhan dan bukan perkataan, antaranya mudi, nyala, tawa, tani, tapa, juang

2

ii) Morfem terikat terbahagi: = Morfem yang wujud serentak sebelum dan selepas kata dasar sebagai satu kesatuan. Terdiri daripada apitan, antaranya ke-...-an, pen-...-an, dan per-...an. iii) Morfem terikat kompleks: = Morfem gabungan dua morfem terikat atau lebih, sama ada: Gabungan dua awalan: antaranya memper-, diperGabungan awalan dan akhiran: antaranya, me-...-kan, di-...kan, me-...-i, di-...-i Gabungan dua awalan dan satu akhiran: contohnya memper...-kan, diper-...-kan, memper-...-i, diper-...-i 3. Jumlah morfem Kata boleh dibina dengan menggunakan satu morfem atau lebih, sama ada dengan satu morfem bebas, atau gabungan satu morfem bebas dengan satu, dua atau tiga morfem terikat. sembah = satu morfem bebas persembahan = dua morfem ( 1 morfem bebas, 1 morfem terikat = per-...an) mempersembahkan = empat morfem (1 morfem bebas, 3 morfem terikat = mem-, per-, -kan)

D. ALOMORF = Kelainan atau anggota sesuatu morfem Disebabkan/ditentukan oleh huruf/fonem awal kata dasar mememmenmengmenymengepepempenpengpenypenge-

meN-

peN-

E.

MORFOFONEM = Gabungan antara morfem dengan fonem. = Ciri bunyi yang terhasil apabila imbuhan dicantumkan dengan kata dasar. Perubahan unsur sengau N pada awalan meN- atau peNFonem pertama kata dasar akan menentukan sama ada N akan digugurkan atau berubah

3

F. KATA 1. Konsep kata = Bentuk bahasa yang bebas Boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal apabila diberikan intonasi yang sesuai. Mengandungi maksud/mesej lengkap Bentuk satuan makna kerana memiliki maksud tertentu. Unsur yang digunakan untuk membentuk kata lain – terbitan, ganda, majmuk, dan akronim. Boleh berubah kedudukan dan fungsi dalam ayat – subjek, predikat, objek, pelengkap, dsb. 2. Kata akar: = Unsur yang belum diberikan apa-apa imbuhan Boleh merupakan morfem bebas dan morfem terikat bawa cantum fikir hantar panjang juang tawa nyala mudi anai

Bebas

Terikat

3. Kata dasar: = Kata yang menjadi dasar bagi sesuatu perkataan i) Kata akar bantu niaga jadi kata akar: menjadi kata dasar bagi kata akar: menjadi kata dasar bagi kata akar: menjadi kata dasar bagi

membantu peniaga kejadian

4

ii) Kata berimbuhan (kata terbitan) sembahkan buangan kata berimbuhan: menjadi kata dasar bagi kata berimbuhan: menjadi kata dasar bagi kata berimbuhan: menjadi kata dasar bagi

mempersembahkan pembuangan

kemampuan

berkemampuan

iii) Kata ganda besar-besar pura-pura kata ganda: menjadi kata dasar bagi kata ganda: menjadi kata dasar bagi kata ganda: menjadi kata dasar bagi

dibesar-besarkan

berpura-pura

gembargembur

menggembargemburkan

iv) Kata majmuk warganegara luar biasa reka bentuk kata majmuk: menjadi kata dasar bagi kata majmuk: menjadi kata dasar bagi kata majmuk: menjadi kata dasar bagi

kewarganegaraan keluarbiasaan

mereka bentuk

v) Frasa ke tepi tidak imbang frasa: menjadi kata dasar bagi frasa: menjadi kata dasar bagi

mengetepikan ketidakimbangan

5

Perbezaan Aspek Jumlah perkataan Jenis makna yang dibawa Kedudukan dalam bahasa Aspek Peranan Morfem bebas Banyak, sukar untuk disenaraikan Makna leksikal Dapat berdiri sendiri Morfem terikat Terhad, mudah untuk disenaraikan Makna tatabahasa Tidak dapat berdiri sendiri

Morfem Unsur membentuk kata Bentuk terikat tidak dapat berdiri sebagai ayat minimal Tidak semua morfem merupakan kata

Taraf

Kata (Perkataan) Unsur membentuk frasa, klausa dan ayat Dapat berdiri sebagai kata minimal dengan intonasi yang sesuai dan mesej yang lengkap Semua kata merupakan morfem

6

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->