You are on page 1of 15

1

PENULISAN PROPOSAL PENYELIDIKAN

1. MAKSUD PROPOSAL PENYELIDIKAN

“A research proposal provides a preview of why a study will be undertaken and how
it will be conducted. A research project is often required to get permission or
necessary resources. Even when not required, a proposal is a useful device for
planning.” (Earl Babbie, The Basics of Social Research 2002: 110)

Tujuan utama penyediaan proposal:

 Sebagai panduan dalam menjalankan penyelidikan bermula daripada


mengenalpasti permasalahan kajian, menetapkan objektif yang ingin dicapai,
pembentukan metodologi, pengumpulan data dan penganalisaan data.

 Sebagai kontrak antara penyelidik dengan agensi atau instusi yang


mengarahkan menjalankan penyelidikan. Pemantauan perjalanan
penyelidikan, tahap perlaksanaan dan bajet dilakukan berdasarkan proposal
yang dipersetujui.

Sebelum menulis proposal perkara paling asas yang perlu dimiliki oleh seorang
penyelidik ialah maklumat-maklumat awal permasalahan penyelidikannya yang
diperolehi melalui kajian literatur.

2. KANDUNGAN PROPOSAL PENYELIDIKAN

Sebuah proposal penyelidikan yang baik seharusnya mengandungi komponen-


komponen berikut mengikut kesesuaian atau nature penyelidikan:

 Tajuk Kajian
 Latarbelakang & Permasalahan Kajian
 Matlamat Kajian
 Objektif Kajian
 Defenisi Operasi Kajian
 Skop Kajian
 Kerangka Teori
 Metodologi Kajian
 Literature Review
 Carta Kajian

Proposal Penyelidikan
2

 Rangka/Cadangan Laporan
 Rujukan
 Bajet
 Lampiran
3. TAJUK KAJIAN

Kajian dijalankan berdasarkan kepada tajuk yang diterokai daripada permasalahan


yang ditemui. Tajuk kajian hendaklah menarik, tepat, bersifat deskriptif, ada nilai
pasaran (marketable), berfaedah kepada instusi atau masyarakat. Dengan itu
sewajarnya tajuk kajian memenuhi prinsip: “An informative but catchy title. An
effective title not only pricks the reader's interest, but also predisposes him/her
favourably towards the proposal”. Dalam menulis tajuk, perkataan seperti ‘kajian
atau penyelidikan’ tidak perlu ditulis kerana sudah maklum proposal berkenaan
adalah berkaitan penyelidikan atau kajian. Sebagai contoh: penyelidik tidak perlu
menulis: ‘(Kajian) Keberkesanan Dakwah di Kalangan Masyarakat Orang Asli’.

4. PERMASALAHAN KAJIAN

Telah dihuraikan dalam Kertas I (Sesi 1).

5. MATLAMAT KAJIAN

Matlamat kajian adalah satu matlamat umum yangg ingin dicapai dalam sesebuah
penyelidikan. Kebiasaannya ia ditulis berdasarkan kepada tajuk supaya dapat
memberikan gambaran objektif umum yang dicapai oleh penyelidik. Ia dinyatakan
dalam satu perenggan yang ringkas menggunakan satu ayat atau gabungan dua
ayat. Sebagai contoh tajuk kajian: ‘Kefahaman & penerimaan non-Muslim terhadap
Islam hadhari di Malaysia: kajian kes Lembah Klang’ ditulis dalam bentuk matlamat
kajian dengan: Kajian ini bertujuan mengkaji tahap kefahaman dan penerimaan
golongan non Muslim Lembah Klang terhadap konsep Islam hadhari.

6. OBJEKTIF KAJIAN

Dimaksudkan dengan Objektif Kajian ialah matlamat khusus yang hendak dicapai
daripada penyelidikan. Objektif yang dirangka seharusnya mengambil kira tiga
faktor: (i) kemampuan dan kepakaran penyelidik, (ii) kos pengendalian penyelidikan,
dan (iii) jangkamasa penyelidikan. Penyelidik hendaklah bersikap realistik dalam
merancang objektif kajiannya kerana berjaya atau gagalnya sesebuah penyelidikan

Proposal Penyelidikan
3

diukur berdasarkan pencapaian objektif yang dirangka. Dengan demikian konsep


SMART iaitu: Specific, Measurable, Achievable and action-oriented, Realistic, Time
defined hendaklah diberi keutamaan semasa merangka objektif kajian.
Kebiasaannya objektif kajian dirangka berdasarkan terminologi berikut yang
menggambarkan metod dan hasrat penyelidik:

 Mengenalpasti . . .
 Mencari hubungan . . .
 Mengukur . . .
 Mengkaji . . .
 Menjelaskan . . .
 Menganalisis . . .
 Menilai . . .
 Membandingkan . . .
 Menentukan . . .
 Membuktikan . . .
 Menunjukkan . . .
 Menghuraikan . . .
 Merangka cadangan . . .
 Mencadangkan . . .

7. DEFENISI OPERASI KAJIAN

Terminologi-terminologi yang signifikan kepada kajian perlu dijelaskan bagi


memberikan gambaran yang jelas kepada pembaca atau penilai proposal ataupun
bertujuan mengelak daripada disalah tafsir. Defenisi tidak perlu dirujuk kepada
mana-mana kamus tetapi berdasarkan kepada operasi kajian yang berlaku. Dengan
itu perkara yang remeh temeh dan tidak berkaitan dengan konteks kajian tidak
perlu didefinisikan.

8. SKOP KAJIAN

Sebuah kajian yang baik hendaklah bersifat spesifik kepada skop permasalahan
tertentu. Bagi mengelak kajian bersifat umum dan sukar dicapai, maka perkara-
perkara berikut perlu dibataskan.

 Lokasi kajian terutama yang melibatkan kajian kes. Sebagai contoh fokus
kajian kepada kawasan Lembah Klang bagi mengeluarkan lokasi lain yang
tidak terlibat.

Proposal Penyelidikan
4

 Kumpulan sasar populasi atau responden terpilih. Contohnya, skop kajian


tertumpu kepada pegawai agama, masyarakat FELDA atau kalangan non-
Muslim.
 Masa atau tempoh kajian. Sebagai contoh kajian dari bulan Jun hingga
September 2008 sahaja.
 Subjek atau permasalahan kajian. Sebagai contoh kajian ditumpukan kepada
isu penerimaan fatwa kalangan orang awam terhadap keputusan Majlis Fatwa
Kebangsaan.

9. KERANGKA TEORI

Telah dijelaskan dalam Kertas 1 (Sesi 1).

10.METOD KAJIAN

Metod atau kaedah kajian adalah jantung kepada sesebuah penyelidikan. Perkara ini
perlu dijelaskan dengan sebaik mungkin kerana kegagalan menyediakan metod
yang baik menyebabkan kegagalan pengumpulan dan penganalisaan data yang
baik dan pencapaian objektif kajian. Dengan itu: The methods or procedures section
is really the heart of the research proposal. The activities should be described with
as much detail as possible, and the continuity between them should be apparent”
(Wiersma 1995, 409). Dalam penulisan metod kajian beberapa perkara penting
perlu dinyatakan seperti: Instrumen Kajian, Persampelan dan Analisis Data.

10.1 Instrumen Kajian

Terdapat pelbagai instrumen atau alat digunakan untuk memunggut data


bergantung kepada kesesuaian atau nature kajian. Instrumen-instrumen tersebut
seperti borang soalselidik (questionnaire), pemerhatian (observasi), temubual atau
analisis dokumen. Sebagai contoh, kajian mengenai gejala sumbang mahram di
kalangan masyarakat Islam mungkin menggunakan instrumen temubual dan
soalselidik sahaja, sebaliknya kajian mengenai ajaran sesat menggabungkan
instrumen pemerhatian, analisis dokumen dan temubual.

a. Soalselidik

Soalselidik hendaklah dirangka berdasarkan objektif kajian. Beberapa prinsip


berikut perlu diutamakan semasa merangka soalselidik: (i) KISS (Keep it Short
and Simple) –Setiap soalan dalam soalselidik sewajarnya ditulis secara ringkas

Proposal Penyelidikan
5

mengandungi tidak lebih daripada dua ayat bagi mengelak keraguan dan
kesamaran kepada responden; (ii) Memfokuskan satu subjek atau satu isu bagi
satu soalan. (iii) Bertanya soalan dengan tepat. Jumlah, waktu, lokasi, kadar,
angka perlu dinyatakan dengan jelas bagi mengelak kekeliruan kepada
responden. Contohnya soalan: “Berapa kerapkah anda bersolat jamaah?” ditukar
kepada: “Berapa kerapkah anda bersoalat jamaah seminggu?”. (iv) Soalan
sepatutnya dibina dalam bentuk positif. Bukannya secara negatif seperti:
“Pengajaran al-Quran secara berkumpulan tidak sepatutnya dihapuskan” ditukar
“Pengajaran al-Quran secara berkumpulan patut diteruskan”.

Format Soalselidik. Soalselidik dibina dengan menggunakan Font Arial 11,


menarik (sama ada aspek kualiti kertas, design dan disusun secara struktur
vertical), maksimun 10 halaman (125 soalan atau masa dijangka tidak melebihi
30 minit untuk responden menjawab) berserta dengan surat lampiran yang
mengandungi maklumat agensi, tajuk kajian, pengenalan diri, objektif,
permohonan kerjasama daripada responden, janji menyimpan rahsia dan ucapan
terima kasih kepada responden. Janji menyimpan rahsia dan ucapan terima kasih
hendaklah dinyatakan kali kedua selepas soalan terakhir. Bagi soalselidik yang
menggunakan pendekatan pos responden, sampul surat bersetem berserta
alamat peneylidik hendaklah disertakan.

Skala Soalan dalam Soalselidik. Terdapat beberapa skala yang digunakan bagi
mengukur jawapan atau respon yang diberikan responden, antaranya:

i. Force Choice:

Contoh: Adakah anda faham konsep Islam Hadhari?

( ) Ya
( ) Tidak

ii. Skala Semantik Defferential:

Contoh: Sila nyatakan pandangan anda terhadap pegawai agama:

Amanah ___ ___ ___ ___ ___ Rasuah

iii. Skala Likert:

Contoh: Sila nyatakan tahap persetujuan anda kontroversi pendapat mufti di


media?

Proposal Penyelidikan
6

( ) Amat tidak setuju


( ) Tidak setuju
( ) Tidak pasti
( ) Setuju
( ) Amat Setuju
Bentuk soalan berskala di atas, adalah soalan berstruktur. Bentuk kedua soalan
dikenali sebagai soalan tidak berstruktur atau soalan terbuka.

Contoh: Adakah anda faham konsep Islam hadhari?

_________________________________________________________________________________
______________

Sebelum pengedaran soalselidik dalam skala yang besar, sebanyak 30


soalselidik sewajarnya diuji terlebih dahulu dalam pilot study. Semua soaselidik
yang telah dijawab hendaklah dianalisis dan dibuat perbetulan di mana perlu
bagi tujuan pemantapan penyelidikan sebenar.

b. Pemerhatian

Pemerhatian dilakukan ke atas tingkah laku, objek atau peristiwa. Ia dijalankan


bagi mendapat gambaran sebenar atau secara langsung ke atas perkara-perkara
tersebut. Beberapa persediaan awal perlu dilakukan sebelum pemerhatian
sebenar dilakukan antaranya: (i) Mengenalpasti sejauh mana keperluan
pemerhatian dalam penyelidikan; (ii) Memastikan lokasi atau objek pemerhatian;
(iii) Persiapan instrumen pemerhatian; (iv) Pemilihan teknik pemerhatian terbaik;
(v) Menjangka kekurangan atau kelemahan bakal dihadapi semasa pemerhatian,
dan; (vi) Bersedia membentuk kerangka laporan berasaskan pemerhatian.

Dalam pemerhatian, penyelidik seharusnya mengelak daripada berlakunya bias


kerana tafsiran sendiri dan keduanya mengelak daripada fenomena Hawthorne
Effect iaitu perubahan tingkahlaku seseorang atau kumpulan yang diperhati
tidak natural kerana mereka sedar diperhatikan.

Instrumen Pemerhatian. Pemerhatian boleh direkodkan melalui: (i) mekanikal


seperti kamera; (ii) chekcklist atau senarai perubahan objek, (iii) skala rating
seperti Skala Likert, (iv) penjadualan bagi merekod perkembangan pemerhatian,
serta; (v) one way screen di mana pemerhati sahaja yang melihat yang
diperhati.

Proposal Penyelidikan
7

Bentuk Pemerhatian. Tiga bentuk pemerhatian boleh digunakan dalam


penyelidikan: (i) Pemerhatian tanpa penyertaan tanpa kawalan. Dalam hal ini
penyelidik bertindak sebagai orang luar memerhati dari jauh seperti meninjau
sesuatu lokasi kajian dalam tempoh yang singkat. (ii) Pemerhatian dengan
penyertaan tanpa kawalan, iaitu penyelidik menyertai kumpulan yang diperhati
tanpa disedari kehadirannya. Sebagai contoh, penyelidik menyertai masyarakat
Orang Asli bagi meneliti sikap kegamaan mereka, dan; (iii) Observasi dengan
kawalan, iaitu pemerhatian dilakukan secara satu hala. Ini boleh dilakukan
dengan memerhatikan tingkah laku kanak-kanak dalam sebuah kelas tanpa
disedari mereka.

c. Temubual

Temubual dilakukan bagi mendapatkan maklumat secara langsung dan lebih


mendalam mengenai sesuatu isu dalam penyelidikan. Ia dilakukan dengan
mereka yang sangat signifikan dengan kajian. Dua bentuk temubual yang
terlibat sama ada: (i) Temubual Berstruktur –yang dilakukan dengan soalan-
soalan yang telah dirangka dengan ramalan-ramalan jawapan yang mungkin
diberikan oleh responden. (ii) Temubual tidak Berstruktur –yang dilakukan
dengan bentuk soalan yang bebas dan responden tidak dipandu dalam
memberikan respon.

Bagi memastikan temubual betul-betul memberikan input yang baik,


penemubual hendaklah: (i) memilih setting temubual sama ada dari aspek
masa atau lokasi yang sesuai; (ii) membawa penampilan diri dengan baik serta
demeanor, iaitu kehadirannya dapat diterima secara natural oleh responden;
(iiii) Kemahiran melakukan acahan (probing) bagi mendapat maklumat atau
keyakinan yang lebih dari responden terhadap respon yang diberikan.

Tiga pendekatan temubual boleh dilakukan bagi mendapatkan maklumat iaitu


sama ada melalui: (i) temubual bersemuka; (ii) temubual melalui telefon; atau
(iii) perbincangan secara berkumpulan (focus group discussion) yang terdiri
daripada 8-10 peserta.

d. Analisis Dokumen

Dokumen ditulis dalam pelbagai bentuk termasuk buku, rekod, nota, kitab dan
sebagainya. Analisis terhadap bahan dokumen adalah perkara asas dalam
menjalankan penyelidikan. Ia amat perlu dilakukan sama ada pada tahap
mengenalpasti tajuk penyelidikan, permasalahan, metodologi dan sebagainya.
Beberapa pendekatan perlu dilakukan semasa menganalisis dokumen:

Proposal Penyelidikan
8

 Meneliti isi kandungan sama ada ia menepati fakta, bersifat logik,


mengandungi isi meragukan dan sebagainya.
 Menilai hujah dan kesahihan fakta dalam dokumen. Termasuk taraf hadis,
ketepatan tafsiran al-Quran dan sumber rujukan.
 Membuat perbandingan antara beberapa dokumen, sumber rujukan dalam
dokumen dan perbandingan karya penulis dokumen dengan penulis lain.
Perbandingan dilakukan dalam dua aspek sama ada persamaan atau
perbezaan.
 Kritikan positif terhadap kekuatan atau kelemahan kandungan komen.
 Membuat rumusan dan kesimpulan.

10.2 Persampelan

Persampelan adalah satu teknik atau prosedur pemilihan sampel daripada


sekumpulan populasi (sekumpulan pelajar, pegawai agama, guru). Aspek
persampelan penting dalam penyelidikan bagi memastikan kesimpulan yang dibuat
daripada sampel benar-benar mewakili pandangan atau persepsi sejumlah populasi.
Berdasarkan kepada kesesuaian dan kemudahan mendapatkan sampel, penyelidik
boleh memilih sama ada (i) persampelan tanpa rawak (non probability sampling)
seperti persampelan mudah, purposive, bola salji dan kuota atau; (ii) persampelan
berawak (probabiliti sampling) seperti persampelan rawak mudah, rawak
sistematik, rawak berlapis atau rawak berkelompok. Di samping itu, jumlah sampel
yang dipilih dengan nisbah jumlah populasi juga perlu dinyatakan dengan jelas.
Bagi menentukan jumlah sampel yang diperlukan, penyelidik boleh menggunakan:
(i) Jadual Pemilihan Sampel yang tersedia dalam buku Kaedah Penyelidikan, (ii)
Sample Size Calculator di
http://www.surveysystem.com/sscalc.htm#terminology, atau formula berikut
(Yamne) yang tahap keyakinan 95 % dan P= .5 adalah dianggarkan tercapai.

n=N = 2000 pegawai =


333 pegawai

1 + N (e)2 1+ 2000 (.05)2

11.LITERATURE REVIEW

Proposal Penyelidikan
9

Sorotan ringkas (literature review) terhadap tulisan termasuk buku dan jurnal atau
laporan kajian dalam bidang berkaitan penting bagi mendapat idea, metodologi
yang sesuai, atau mengenalpasti kelemahan dan kekuatan penyelidikan-
penyelidikan sebelumnya. Literature review atau kajian literatur juga memberi
gambaran tahap pengetahuan penyelidik dalam penyelidikan yang bakal
dilakukannya. Antara langkah yang perlu dilakukan dalam literature review:

 Membuat penilaian secara kritis terhadap literatur bidang kajian yang hampir
sama (niche area). Hasil kajian atau penulisan terdahulu menjadi wahana
dalam menghasilkan kajian terbaik setelah didapati kelemahan-kelemahan.

 Memastikan taraf dan bentuk penyelidikan sebelumnya. Kemungkinan


penyelidikan sebelumnya hanya bersifat lokaliti tertentu boleh diperluaskan
ke dalam wilayah yang lebih besar. Atau berkemungkinan penyelidikan
sebelumnya mengabaikan aspek metod tertentu sepert hanya mementingkan
pemerhatian hingga mengabaikan metod temubual.
 Meringkaskan literatur yang direview dan disusun dari lama kepada baru
serta dari umum kepada khusus.

 Berdasarkan kekuatan dan kelemahan kajian terdahulu, pada akhir review,


nyatakan rasional kajian seterusnya patut dilakukan. Aspek ini akan
memperlihatkan kekuatan, kepentingan dan kehebatan kajian yang sedang
dirancang semestinya dilakukan.

 Kajian ditulis dalam bentuk pengarang dan tarikh dengan bahasa yang padat
dan tepat.

 Persoalan-persoalan boleh ditimbulkan semasa menreview literatur bagi


menghasilkan sebuah literature review yang baik.

Proposal Penyelidikan
10

Apakah
sumber
utama? Apakah
Apakah kunci
isu utama
utama? teori,
konsep

Kajian Apakas
Apakah Literature asas
pandanga Review
epestimol
n politik? terhadap
Tajuk Kajian ogi
kepada

Apakah Bagaiman
asas dan a
definisi maklumat
Apakah
kepada masalah dan
disusun
tajuk? persoalan dan
yang
ditimbulkan
hingga kini?

12.CARTA KERJA KAJIAN

Masa yang realistik adalah penting bagi mereka yang baru menjalankan
penyelidikan, mereka yang telah berpengalaman atau penyelidik yang terikat
dengan kontrak dan geran penyelidikan dengan sesebuah isntitusi. Dalam hal
ini, carta kajian dinyatakan dalam dua bentuk iaitu:

i. Carta Alir (Flow Chart). Carta yang menjelaskan aliran kerja penyelidikan dari
awal hingga akhir termasuk daripada kajian literatur, pembentukan hipotesis
dan pengujiannya, pengumpulan data, kerja-kerja di lapangan seperti
pengedaran soalselidik, temubual, pemerhatian, penganalisaan data
sehinggalah kepada aktiviti penyerahan laporan penyelidikan.

Proposal Penyelidikan
11

(ii) Carta Gantt. Carta ini telah yang diperkenalkan oleh H.L. Gantt pada tahun
1910 bagi memaparkan aktiviti penyelidikan berdasarkan masa. Tujuan utama
Carta Gantt adalah untuk merancang penyelidikan dan mengelak berlakunya
pengulangan operasi penyelidikan. Berikut langkah membentuk Carta Gantt:

 Nyatakan langkah atau aktiviti akan dijalankan dinyatakan sebelah kiri.

 Masa yang dijangka yang bakal diliputi dalam kajian dicatat pada
sebelah atas.

 Graf bar disusun bagi menggambarkan titik permulaan dan titik akhir
setiap aktiviti.

A. CARTA ALIR

KAJIAN
LITERATU
R

KAJIAN
LITERATU
R

MERANGKA
SOALSELIDIK
& TEMUBUAL
Proposal Penyelidikan
12

KAJIAN
LAPANGA
N

MEMASUKKAN
DATA

ANALISIS
DATA

MENULIS
LAPORAN

MENYERA
H
B. CARTA GANTT
LAPORAN

JADUAL AKTIVITI BAGI KERANGKA KAJIAN

AKTIVITI Ogos Sep. Okt. Dis. Jan. Feb. Mac. Apr. Mei Jun Jul. Ogos
08 08 08 08 09 09 09 09 09 09 09
09

1. Kajian
literatur
2. Merangka
Soalselidik
3. Merangka
Temubual
4. Melakukan
Temubual &
Mengedar
Soalselidik

Proposal Penyelidikan
13

5. Memasukkan
Data
6. Analisis Data

7. Menulis
Laporan
8. Menyampaikan
Laporan

13.RANGKA CADANGAN LAPORAN KAJIAN

Cadangan laporan kajian secara ringkas perlu dirangka sebagai gambaran awal
bentuk laporan kajian. Ia boleh dibina dalam bentuk:

 Pendahuluan.
 Literature Review dan Metodologi Kajian.
 Demografi Lokasi dan Responden Kajian.
 Analisis Dapatan Kajian.
 Rumusan dan Cadangan.
 Rujukan.
 Lampiran.

Sebagai panduan menulis Laporan untuk Institusi Kerajaan, dua bentuk laporan iaitu
Laporan Eksekutif dan Laporan Penuh perlu disediakan oleh penyelidik. Laporan
Eksekutif untuk tujuan pembentangan di hadapan panel yang dilantik, adalah
laporan ringkas setebal 10 halaman yang setiap nombor atau bahagian yang terdiri
tiga komponen: (i) Masalah yang ditemui dalam kajian (berdasarkan hasil kajian
diperolehi); (ii) Cadangan mengatasi masalah, dan; (iii) Cadangan agensi
sewajarnya yang perlu mengambil tindakan. Bagi Laporan Penuh, format yang sama
digunakan tetapi mengandungi penditilan termasuk carta dan gambarajah serta
susunan seperti di atas.

14. RUJUKAN

Rujukan yang dirujuk semasa menulis proposal perlu dinyatakan dengan jelas.
Berbanding semasa menulis laporan kajian, istilah bibliografi lebih tepat
digunakan kerana ia merangkumi rujukan yang dirujuk khusus atau berkaitan
dengan bidang penyelidikan.

Proposal Penyelidikan
14

15. BAJET

Butiran belanjawan

(Nyatakan secara lengkap dengan Tahun 1 Tahun 2 Jumlah


pecahannya sekali)

Gaji dan upah

Pegawai Penyelidik

Elaun lebih masa

Perbelanjaan Perjalanan dan Sara Elaun Makan:


Hidup.
Bayaran Hotel:

K/terbang: RM

Teksi:

Pengangkutan barang

Perhubungan dan Utiliti (Telefon, faks,


Pos, dll)

Sewaan

Bekalan Bahan Mentah dan bahan bahan


untuk penyelenggaraan dan pembaikan.

Bekalan & bahan-bahan lain

Penyelenggaraan dan Pembaikan Kecil


yang dibeli

Perkhidmatan Ihktisas, Latihan -Dokumen utk. Litt. Percetakan


berkaitam diantara 3 minggu hingga 3 Review Laporan Awal
bulan dan perkhidmatan lain- lain yang
-Percetakan Soalselidik Percetakan
dibeli termasuk percetakan hospitaliti
Laporan Akhir
dan honorarium -Nilai token untuk
responden.

Peralatan

Proposal Penyelidikan
15

JUMLAH BESAR

16. LAMPIRAN

Perkara-perkara berkaitan seperti borang soalselidik yang disertakan dengan surat


lmapiran pengenalan penyelidik (cover letter) dan soalan temubual perlu
dilampirkan dalam Proposal Penyelidikan. Lampiran hendaklah dinomborkan dengan
baik dan teratur.

Ahmad Sunawari LONG, Prof. Madya Jab. Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia –aslong@ukm.my. Bengkel Metodologi Penyelidikan, 21-23
Mei 2008. Hotel Seri Malaysia, Port Dickson. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala
Lumpur.

Proposal Penyelidikan

You might also like