You are on page 1of 29

PENGENALAN KEPADA

MASALAH BAHASA DAN


KOMUNIKASI

PSIKOLINGUISTIK
Psikolinguistik

• Ilmu yang menggabungkan DUA


disiplin sains - elemen psikologi
dan linguistik
• Membicarakan hubungan bahasa
dengan perilaku dan akal budi
manusia
Psikolinguistik

• Ahli-ahli psikologi telah lama menerima


kenyataan bahawa otak manusia bergerak
berdasarkan simbol-simbol linguistik.
• Ahli-ahli linguistik pula mengakui kewujudan satu
alat di dalam otak manusia yang dikenali sebagai
motor psikososial yang menggerakkan jentera
tatabahasa dan leksikon (Miller 1973).
• Daripada kedua-dua pendapat ini, ahli-ahli
psikolinguistik telah berusaha mengesan
pertalian rapat antara psikologi dan linguistik.
Mereka cuba mengkaji bagaimana otak manusia
dapat memproses bahasa dan mampu
menerbitkan perkataan-perkataan serta ayat-
ayat yang tidak terhingga banyaknya.
Psikolinguistik

• Pit Corder (1975), tumpuan utama


psikologi ialah usaha untuk
mengetahui proses-proses psikologi
yang berlaku apabila seseorang itu
menghasilkan dan memahami ujaran
dan bagaimana pula kebolehan ini
diperoleh. Mengikut beliau lagi, yang
pertama itu ialah tentang prestasi
bahasa dan yang kedua adalah
tentang pemerolehan bahasa.
Psikolinguistik

• Jamali Ismail ( 1980), membahagikan


kajian-kajian ahli-ahli psikolinguistik
kepada tiga aspek penting:

(a) Pemahaman percakapan


 
(b) Penghasilan percakapan

(c) Pemerolehan bahasa


Psikolinguistik

(a) Pemahaman percakapan


  mengkaji proses-proses mental
yang berlaku apabila seseorang itu
mendengar, memahami dan
mengingati percakapan yang
didengarnya
Psikolinguistik

(b) Penghasilan percakapan

mengkaji segala proses mental


yang berlaku ketika seseorang itu
cuba menghasilkan percakapan, iaitu
bertutur
Psikolinguistik

(c) Pemerolehan bahasa

mengkaji peringkat-peringkat yang


dilalui oleh kanak-kanak dalam proses
memperoleh bahasa.
Tujuan Psikolinguistik

• Mengkaji struktur dan proses


yang mendasari kebolehan
manusia bertutur dan memahami
bahasa
Psikolinguistik

• Dalam kajian menggunakan


pendekatan yang sama;
• Memulakan kajian dgn
membentuk hipotesis
• Mengakhiri kajian selepas
menguji hipotesis
Psikolinguistik

• Contoh hipotesis;
– Pertuturan org yg berpenyakit
sistem saraf adalah mengikut
susunan tertentu
Psikolinguistik

• Andaian psikolinguis :
pertuturan yg paling baru
dipelajari pesakit adalah yg
paling cepat lenyap daripada
ingatannya.
• Uji hipotesis menggunakan data
yg dikutip daripada pertuturan
di pesakit.
Pendekatan
Psikolinguistik

• Psikolinguistik meliputi proses-proses


kognitif yang membolehkan penjanaan ayat-
ayat yang mempunyai tatabahasa dan
bermakna dari segi perbendaharaan kata
dan struktur tatabahasa, serta proses-
proses yang membolehkan pemahaman
pernyataan, perkataan, teks, dan
sebagainya.
• Psikolinguistik perkembangan mengkaji
keupayaan bayi-bayi dan kanak-kanak
untuk membelajari bahasa, biasanya
melalui kaedah-kaedah uji kaji atau
sekurang-kurangnya kaedah kuantitatif (dan
bukannya pencerapan naturalistik seperti
Bidang kajian
• Psycholinguistik bersifat antara disiplin dan dikaji
oleh orang-orang daripada berbagai-bagai bidang,
seperti psikologi, sains kognitif, dan linguistik.
Adanya banyak subbahagian dalam bidang
psikolinguistik yang mendasari komponen-
komponen bahasa manusia.
• Fonetik dan fonologi adalah berkenaan dengan
kajian bunyi pertuturan. Dalam bidang
psikolinguistik, penyelidikan menumpukan
perhatian pada bagaimana otak memproses dan
memahami bunyi-bunyi itu.
• Morfologi ialah kajian struktur-struktur kata,
khususnya hubungan antara perkataan-perkataan
yang berkait (seperti jalan dan berjalan), dan
pembentukan perkataan berdasarkan peraturan-
peraturan (umpamanya, pembentukan kata
Bidang kajian
• Sintaksis ialah kajian pola-pola yang
menetapkan bagaimana perkataan-perkataan
digabungkan untuk membentuk ayat.
• Semantik adalah berkenaan dengan makna
perkataan-perkataan dan ayat-ayat. Jika
sintaksis adalah berkenaan dengan struktur
formal ayat, semantik mengolahkan maksud
ayat-ayat yang sebenar.
• Pragmatik adalah berkenaan dengan peranan
konteks dalam pentafsiran makna.
• Kajian tentang pengecaman kata dan
pembacaan memeriksa proses-proses yang
terlibat dalam pemerolehan maklumat
Teori
• Teori-teori mengenai bagaimana bahasa
bertindak dalam akal manusia mencuba
menjelaskan, antara lain, bagaimana kita
mengaitkan bunyi-bunyi (atau isyarat-isyarat)
bahasa, dan bagaimana kita menggunakan
sintaksis — iaitu, bagaimana kita dapat
menyusun perkataan-perkataan untuk
menghasilkan dan memahami urutan-urutan
kata yang kita panggil "ayat". Yang pertama
antara perkara-perkara ini — mengaitkan bunyi
dengan maksud — tidak menimbulkan begitu
banyak perbalahan dan secara amnya dianggap
sebagai bidang yang komunikasi haiwan dan
manusia mempunyai sekurang-kurangnya
sesetengah persamaan (sila lihat Komunikasi
Teori

• Pada dasarnya, terdapat dua buah


aliran fikiran tentang bagaimana kita
dapat mencipta ayat-ayat sintaksis:
• Sintaksis ialah hasil evolusi kecerdasan
manusia yang semakin meningkat
dengan berlalunya masa, dan faktor-
faktor sosial yang menggalakan
perkembangan bahasa pertuturan;
• Bahasa wujud kerana manusia
mempunyai keupayaan semula jadi
untuk memperoleh apa yang telah
Teori
• Pandangan kedua ini menganggap bahawa keupayaan
manusia untuk memperoleh sintaksis adalah "terbina" di
dalam otak, dan mendakwa bahawa, sebagai contoh, ciri-
ciri sintaksis yang rumit seperti rekursi tidak dapat difahami
juga oleh makhluk-makhluk bukan manusia yang paling
cerdas dan sosial. (Rekursi, umpamanya, termasuk
penggunaan ganti nama relatif untuk merujuk kembali
kepada bahagian-bahagian ayat yang awal — "Gadis itu
yang keretanya menghalang pemandangan pokok yang
saya tanam pada tahun lalu ialah kawan saya".) Keupayaan
untuk menggunakan sintaksis seperti ini tidak akan wujud
tanpa konsep semula jadi yang mengandungi sokong
bawah untuk peraturan-peraturan tatabahasa yang
menghasilkan rekursi, berkata pandangan "semula jadi"
Oleh itu, kanak-kanak yang membelajari sesebuah bahasa
mempunyai ruang pencarian yang luas untuk memeriksa
dengan teliti antara tatabahasa-tatabahasa manusia yang
mungkin, dan secara logik memilih bahasa(-bahasa) yang
dituturkan di dalam komuniti penuturnya. Sintaksis ini,
Teori

• Pandangan pertama adalah amat popular


sehingga kira-kira tahun 1960, dan diwakili oleh
teori-teori mentalisme Jean Piaget dan
penyokong empirisisme, Rudolf Carnap. Aliran
fikiran psikologi yang dikenali sebagai faham
ketingkahlakuan (sila lihat Tingkah laku lisan
(1957) oleh B.F. Skinner) mengemukakan
pandangan bahawa bahasa (termasuk sintaksis)
ialah tingkah laku yang dibentuk oleh gerak
belas terlazim. Sudut pandangan kedua — iaitu
"yang semula jadi" — boleh dikatakan secara
adil sebagai bermula dengan ulasan
Noam Chomsky yang amat kritis terhadap buku
Skinner pada tahun 1959 di dalam halaman-
halaman jurnal Bahasa [1]. Ulasan itu
Teori
• Bidang psikolinguistik sejak masa itu telah ditakrifkan oleh
gerak-gerak balas terhadap Chomsky. Pandangan
penyokong masih menganggap bahawa keupayaan
manusia untuk menggunakan sintaksis adalah berbeza
secara kualitatif daripada sebarang komunikasi haiwan.
Keupayaan itu mungkin dihasilkan oleh mutasi yang
menggalakkan (terlalu tidak mungkin), atau (lebih
mungkin) oleh penyesuaian kemahiran-kemahiran yang
dikembangkan untuk tujuan-tujuan yang lain. Dengan kata
yang lain, sintaksis tepat mungkin memenuhi keperluan-
keperluan kelompok; ungkapan-ungkapan linguistik yang
lebih baik mungkin menghasilkan kepaduan, kerjasama,
dan potensi untuk hidup, TETAPI sintaksis tepat hanya
dapat berkembang daripada sintaksis asas — atau tiada
sintaksis — yang tidak mempunyai sebarang nilai hidup dan
oleh itu, langsung tidak akan berkembang. Oleh itu,
seseorang harus melihat pada kemahiran-kemahiran lain
yang ciri-cirinya mungkin berguna untuk sintaksis. Dalam
istilah biologi evolusi moden, kemahiran-kemahiran ini
Teori
• Pandangan penentang masih menganggap bahawa bahasa
(termasuk sintaksis) ialah hasil daripada perkembangan
kecerdasan selama beratus-ratus ribu tahun, serta interaksi
manusia selama berpuluh-puluh ribu tahun. Dari sudut
pandangan ini, sintaksis dalam bahasa beransur-ansur
meningkatkan kepaduan kumpulan dan potensi untuk
hidup. Bahasa, termasuk sintaksis dan lain-lain, ialah artifak
kebudayaan. Pandangan ini mencabar pandangan "semula
jadi" kerana kebenarannya tidak dapat dibuktikan secara
saintifik; dengan kata yang lain, ia tidak dapat diuji. Fakta
bahawa sesuatu struktur sintaksis yang dapat difikirkan
tidak wujud dalam mana-mana bahasa di dunia adalah
suatu pencerapan yang memang menarik, tetapi ia
bukannya bukti tentang kekangan genetik terhadap bentuk-
bentuk yang mungkin, ataupun bukti bahawa bentuk-
bentuk itu tidak dapat wujud atau tidak dapat dibelajari.
• Ahli-ahli teori sezaman, selain daripada Chomsky, yang
mengerjakan bidang teori-teori psikolinguistik termasuk
George Lakoff, Steven Pinker, dan Michael Tomasello.
Perkaedahan

• Kebanyakan perkaedahan dalam bidang


psikolinguistik mengambil bentuk uji
kaji tingkah laku.
• subjek eksperimen diberikan sesuatu
bentuk input linguistik dan diminta
melakukan sesuatu tugas (umpamanya,
membuat pertimbangan, menghasilkan
semula rangsangan, membaca
perkataan yang dipaparkan dengan
kuat). Masa tindak balas (biasanya
pada peringkat milisaat) dan kadar
jawapan yang betul paling biasa
Perkaedahan

• Tugas-tugas ini mungkin termasuk meminta subjek


menukarkan kata nama menjadi kata kerja;
umpamanya, "buku" membayangkan "menulis", "air"
membayangkan "minum", dan sebagainya.
• Contoh Eksperimen - memberikan ayat aktif seperti
"Ali membaling bola kepada Ahmad", serta padanan
ayat pasifnya, "Bola itu dibaling oleh Ali kepada
Ahmad", lalu bertanya, "Siapakah yang membaling
bola itu?" Kita mungkin akan menyimpulkan bahawa
ayat-ayat aktif dapat diproses dengan lebih mudah
(lebih cepat), berbanding dengan ayat-ayat pasif
(sebenarnya, ini telah dibuktikan benar). Lagi menarik,
kita mungkin mendapati bahawa sesetengah orang
tidak berupaya memahami ayat-ayat pasif (ini juga
terbukti benar), dan kita mungkin akan mengambil
langkah-langkah sementara untuk memahami jenis-
jenis kekurangan bahasa yang tertentu (secara amnya
Perkaedahan

• Sehingga kemunculan teknik-teknik perubatan


tak invasif, pembedahan otak merupakan cara
yang lebih disukai oleh penyelidik-penyelidik
bahasa untuk memahami bagaimana bahasa
bertindak di dalam otak. Umpamanya,
pemotongan korpus kalosum (berkas saraf yang
mengaitkan kedua-dua hemisfera otak)
merupakan rawatan untuk sesetengah jenis
epilepsi pada suatu ketika. Jadi penyelidik-
penyelidik dapat mengkaji cara-cara bagaimana
pemahaman dan penghasilan bahasa akan
dijejaskan oleh pembedahan yang drastik.
Sudah tentu, otak tidak dibedah hanya untuk
mengkaji bahasa. Bagaimanapun, jika patologi
memerlukan pembedahan otak, penyelidik-
Perkaedahan

• Teknik-teknik tak invasif yang lebih baru kini


termasuk pengimejan otak oleh tomografi
pancaran positron (PET); pengimegan
resonans magnet fungsian (fMRI);
keupayaan berkait peristiwa (ERP), serta
perangsangan magnet transkranial (TMS).
Teknik-teknik pengimejan otak berbeza-beza
dari segi peleraian ruang dan masaan (fMRI
mempunyai peleraian sebanyak beberapa
ribu neuron per piksel, manakala ERP
mempunyai ketepatan pada peringkat
milisaat). Setiap jenis perkaedahan
memberikan kelebihan-kelebihan dan
kelemahan-kelemahan tersendiri untuk
Perkaedahan

• Pemodelan pengiraan merupakan lagi


sejenis perkaedahan, dan merujuk kepada
amalan membina model-model kognitif
dalam bentuk atur cara boleh laku. Atur-atur
cara ini amat berguna kerana ia mendorong
ahli-ahli teori supaya mengemukakan
hipotesis-hipotesis yang lebih jelas, dan
kerana atur-atur cara ini boleh
dipergunakan untuk menjanakan ramalan-
ramalan yang lebih tepat bagi model-model
teori yang amat rumit sehingga analisis
diskursif tidak boleh dipercayai
(umpamanya, model DRC untuk pembacaan
dan pengecaman kata yang dicadangkan
Perkaedahan

• Lebih terkini, penjejakan mata telah


dipergunakan untuk mengkaji
pemprosesan bahasa dalam talian.
Bermula dengan Tanenhaus et al. [3],
sebilangan kajian telah mula
menggunakan gerakan mata sebagai
alat untuk mengkaji proses-proses
kognitif yang berkait dengan bahasa
pertuturan. Oleh sebab gerakan-
gerakan mata adalah amat berkait
dengan fokus perhatian terkini,
pemprosesan bahasa boleh dikaji
melalui pengawasan gerakan-gerakan
Perkaedahan
Rujukan
Chomsky, N. (1959) "A Review of B. F. Skinner's Verbal Behavior" dalam Language, 35, No. 1
(1959), 26-58.
Coltheart, M., Rastle, K., Perry, C., Langdon, R., & Ziegler, J. (2001). DRC: "A dual route cascaded
of visual word recognition and reading aloud." Psychological Review, 108, 204-256.
Tanenhaus, M. K., Spivey-Knowlton, M. J., Eberhard, K. M. & Sedivy, J. E. (l995). "Integration of
visual and linguistic information in spoken language comprehension." Science, 268, 1632-
1634.
Bibliografi/Bacaan tambahan
• Sebuah senarai ringkas buku-buku yang berkenaan dengan ahli-ahli psikolinguistik dan yang
ditulis dalam bahasa yang mudah untuk orang biasa, termasuk:
• Belyanin V.P. Foundations of Psycholinguistic Diagnostics (Models of the World). Moscow,
2000 (dalam bahasa Rusia) [1]
• Chomsky, Noam. (2000) New Horizons in the Study of Language and Mind. Cambridge:
Percetakan Universiti Cambridge.
• Lakoff, George. (1987) Women, fire, and dangerous things: what categories reveal about the
mind. Chicago: Percetakan Universiti Chicago.
• Piattelli-Palmarini, Massimo. (ed.) (1980) Language and learning: the debate between Jean
Piaget and Noam Chomsky. Cambridge, Mass.: Percetakan Universiti Harvard.
• Pinker, Steven. (1994) The Language Instinct. New York: William Morrow.
• Steinberg, Danny D., Hiroshi Nagata, dan David P. Aline, ed. (2001) Psycholinguistics:
Language, Mind and World, edisi ke-2. Longman [2]

You might also like